Issuu on Google+

WHAT SHOULD I BRING TO UK?

Selamat datang ke United Kingdom untuk sesi akademik 2010/2011! Baiklah... Mari kita kenal geografi UK sedikit sebanyak... United Kingdom merupakan gabungan beberapa negeri iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland. Oleh sebab itulah negara ini turut dikenali sebagai The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Bermula daripada pertengahan September 2010 sehingga awal Oktober 2010, kita semua akan menyaksikan kemasukan para pelajar secara beramai-ramai ke UK untuk meneruskan pengajian dalam peringkat ijazah dari serata dunia. Percaya atau tidak, anda adalah sebahagian daripada mereka – duta-duta kecil yang memikul pelbagai macam impian dan harapan! Belum lagi terlambat untuk anda menerima ucapan TAHNIAH kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke UK! Pastinya anda tertanya-tanya apakah barangan yang sepatutnya anda bawa ke UK? Nah, di bawah ini, akan disenaraikan apakah yang sepatutnya anda bawa... Selamat membaca! Luggage Terdapat 2 jenis luggage yang akan dibawa oleh anda iaitu check-in luggage dan hand luggage.


Check-in luggage ialah luggage besar yang anda akan check-in sebelum mendapat boarding pass. Manakala hand luggage ialah luggage kecil yang akan dibawa naik ke atas kapal terbang bersama anda. Berat yang dibenarkan oleh pihak MAS bagi check-in luggage ialah 20 kg. Namun bagi para pelajar, jika berat luggage itu mencecah 25 kg, pihak MAS biasanya tidak akan mengambil tindakan kejam (seperti meminta anda memunggah beg di khalayak ramai untuk mengeluarkan segala jenis barangan yang tidak diperlukan...) Tetapi sekarang, para pelajar yang akan fly ke luar negara mendapat satu kelebihan iaitu dengan adanya Enrich Grads Card yang dikeluarkan oleh pihak MAS. Boleh dibeli di KL Central (KL Central Air Terminal) di Pejabat Enrich MAS. Bayaran yang dikenakan cuma RM 20 dan anda boleh menambah berat check-in luggage anda sebanyak 10 kg lagi! Maknanya, anda boleh mengisi beban di dalam beg anda up to 30 kg! Sangat best!!! Banyak yang boleh disumbat tu... Berat yang dibenarkan oleh pihak MAS bagi hand luggage ialah 5 kg. Namun jika hand luggage anda beratnya mencecah 100 kg sekalipun, pihak MAS tidak akan peduli kerana hand luggage tidak akan ditimbang. Hand luggage hanya akan discan untuk mengelakkan anda membawa sebarang jenis barang larangan. Apakah barang larangan yang tidak dibenarkan (diharamkan) untuk berada di dalam hand luggage anda?  Segala macam cecair merbahaya seperti racun atau bahan kimia  Segala macam benda tajam seperti pengetip kuku, pisau, garfu etc  Segala macam dadah kecuali ubat yang dibenarkan oleh doktor. Jika anda mahu juga membawa cecair di dalam hand luggage anda (seperti ubat gigi, minyak wangi, ubat cecair...), maka kesemuanya akan tertakluk dalam peraturan di bawah...  Setiap satu cecair itu beratnya tidak melebihi 100 mg/100 ml  Kesemua cecair itu diletakkan di dalam satu plastik jernih (boleh didapati di KLIA nanti secara percuma) dengan berat keseluruhan item tidak melebihi 1 liter.  Container yang mengisi cecair juga mestilah kecil dan tidak besar meskipun isi dalamnya hanya 100 ml (cth: botol mandian seberat 500 ml yang isi dalamnya tak sampai 50 ml – tidak dibenarkan untuk berada dlm hand luggage anda)


Manakala bagi check-in luggage anda, ikut sukalah nak isi apa asalkan bukan dadah, senjata, bahan propaganda etc. Barangan Yang Perlu Dibawa JENIS: DOKUMEN 1) Passport (yang dah ada visa sekali di dalamnya) 2) Boarding pass/tiket kapal terbang (akan diberi oleh sponsor masingmasing) 3) Surat tawaran ‘unconditional’ daripada universiti – buat salinan fotostat beberapa keping. 4) Financial guarantee letter daripada sponsor – buat salinan fotostat beberapa keping. 5) Segala jenis dokumen yang diperlukan oleh pihak universiti. 6) Gambar berukuran passport beberapa keping. 7) X-ray film (digulung) 8) Contact details UK + Malaysia (cth: nombor telefon sponsor, nombor telefon university, abang-abang seniors/kakak-kakak seniors etc) Kenapa contact details ini diperlukan? -untuk mengelakkan segala macam kerenah birokrasi yang mungkin akan timbul di Heathrow nanti. Memandangkan UK sekarang ditadbir oleh Kerajaan Konservatif-Liberal Demokrat yang baru dipilih dalam pilihanraya yang lalu, pelbagai macam peraturan imigresen baru telah diperkenalkan. Oleh itu, anda mesti berhati-hati dan mengikut semua peraturan yang ditetapkan. JENIS: PAKAIAN 1) Baju lengan panjang (4, 5 helai dah memadai) 2) Seluar jeans (3, 4 helai) – kalau tak suka jeans, bawaklah apa-apa jenis seluar yang suka. 3) T-shirt biasa (3, 4 helai dah memadai) 4) Pakaian dalam – seadanya 5) Baju melayu sepasang 6) Samping 7) Songkok + kopiah 8) Kain pelekat (jika perlu) – dua helai 9) Tuala – sehelai 10) Sweater – sehelai/dua helai 11) Stokin – 2,3 pasang


12) Sejadah 13) Selimut biasa* 14) Selipar jepun – kat UK takde...  15) Sandal 16) Sapu tangan 17) Tudung – seadanya (kat UK takde tudung-tudung yang best)** 18) Telekung** *selimut biasa – bawa jika perlu (jika pihak accommodation biasanya tidak menyediakan duvet dan anda pula terus mendaftar masuk ke hall sejurus tiba di UK) ** sisters sahaja! Perhatian: musim luruh baru bermula di UK ketika anda tiba di sana. Suhu tidaklah sesejuk mana, tetapi bagi anda yang baru pertama kali sampai, mungkin suhu itu akan melemahkan sendi-sendi lutut anda. Pakaian boleh dibeli di UK nanti...jadi tak perlu bawa banyak-banyak. Sekadar yang mencukupi sahaja (jangan sampai tak bawa langsung!). Nanti kita semua pergi shopping sama-sama di Primark, Lillywhites etc ok! JENIS: MAKANAN 1) Rempah kari ayam, daging dan/atau kurma 2) Sup bunjut/perencah sup 3) Ikan bilis 4) Perencah/kiub tom yam 5) Kiub ayam + kiub ikan bilis 6) ‘Cukup Rasa’ Maggi 7) Aji-No-Moto (kepada para pengamal MSG) 8) Lauk pauk segera jenama Brahim’s 9) Serunding daging/ayam 10) Budu (to Kelantanese) 11) Kicap (jika perlu) 12) Maggi dll. Perhatian: kalau tak nak bawak makanan-makanan ni semua pun tak mengapa pasal boleh beli di UK nanti (kalau warga London tu...boleh dicari di Oriental Village, Bayswater atau China Town, Leicester Square mahupun di Lewisham, Greenwich =P)


JENIS: PERALATAN ELEKTRIK 1) 2) 3) 4) 5)

Handphone Charger Periuk nasi* Laptop iPod etc

*periuk nasi – anda sangat-sangat digalakkan untuk membawa periuk nasi sendiri kerana periuk nasi buatan UK amat hampeh (sebab orang UK tak makan nasik...). Bawa periuk nasi yang comel aje...periuk nasi terkecil ialah 0.6 liter. Perhatian: laptop boleh dibeli di UK kalau tak nak bawak dari Malaysia. JENIS: PELBAGAI 1) Sudu dan garfu 2) Pinggan plastic 3) Cawan plastic 4) Berus gigi 5) Ubat gigi 6) Sabun/mandian 7) Syampu 8) Panadol 9) Plaster luka 10) Minyak gamat 11) Pengetip kuku 12) Pengorek telinga Perhatian: ikut kesesuaian dan keperluan JENIS: ALAT TULIS DAN BUKU 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Test pad – 1 Semua jenis khazanah alat tulis Buku catatan – 1 Al-Quran (saiz mini yang handy) Al-Ma’thurat Gambar mak, ayah, family, kucing etc.


Perhatian: semua jenis alat tulis adalah mahal tahap terbeliak bijik mata di UK. Anda disarankan untuk membawa alat tulis secukupnya untuk mengelakkan pembaziran wang dengan membeli sebatang pen dengan harga £ 1.00 (yg paling murah) Al-Quran boleh dibeli di UK daripada mana-mana wakil penjual yang berdekatan. Tambahan: Peraturan Luggage Anda dibenarkan membawa laptop dan aksesorinya secara berasingan (dalam bag pack etc) JIKA anda menaiki penerbangan terus (direct flight) dari KLIA ke Heathrow tanpa sebarang connecting flight ke Manchester, Belfast dll. Jika anda akan menyambung perjalanan dari Heathrow ke Manchester (sebagai contoh), anda tidak dibenarkan membawa beg laptop secara berasingan – theoretically. Oleh itu, jika anda menaiki penerbangan terus dari KLIA ke Heathrow, dan anda bercadang membawa laptop, ini bermakna anda akan membawa 2 hand luggages naik ke kapal terbang.     

SEMUA dokumen diletakkan di dalam hand luggage Berus gigi, ubat gigi dan/atau minyak wangi diletakkan di dalam hand luggage Plaster luka diletakkan dalam hand luggage Lain-lain barangan diletakkan dalam check-in luggage JANGAN letak laptop dalam check-in luggage

Labelkan setiap luggage anda dengan betul. - spare sebatang pen di dalam hand luggage ok!


CHECKLIST Tandakan / jika sudah diisi... ITEM 1) Baju lengan panjang (4, 5 helai dah memadai) 2) Seluar jeans (3, 4 helai) – kalau tak suka jeans, bawaklah apa-apa jenis seluar yang suka. 3) T-shirt biasa (3, 4 helai dah memadai) 4) Pakaian dalam – seadanya 5) Baju melayu sepasang 6) Samping 7) Songkok + kopiah 8) Kain pelekat (jika perlu) – dua helai 9) Tuala – sehelai 10) Sweater – sehelai/dua helai 11) Stokin – 2,3 pasang 12) Sejadah 13) Selimut biasa 14) Selipar jepun 15) Sandal 16) Sapu tangan 17) Tudung 18) Telekung 1) Sudu dan garfu 2) Pinggan plastic 3) Cawan plastic 4) Berus gigi 5) Ubat gigi 6) Sabun/mandian 7) Syampu 8) Panadol 9) Plaster luka 10) Minyak gamat 11) Pengetip kuku 12) Pengorek telinga 1) Handphone 2) Charger

PLACE

CHECK IN LUGGAGE

CHECK IN LUGGAGE

CHECK

TICK


3) Periuk nasi 4) Laptop 5) iPod etc 1) Test pad – 1 2) Semua jenis khazanah alat tulis 3) Buku catatan – 1 4) Al-Quran (saiz mini yang handy) 5) Al-Ma’thurat 6) Gambar mak, ayah, family, kucing etc. 1) Rempah kari ayam, daging dan/atau kurma 2) Sup bunjut/perencah sup 3) Ikan bilis 4) Perencah/kiub tom yam 5) Kiub ayam + kiub ikan bilis 6) ‘Cukup Rasa’ Maggi 7) Aji-No-Moto (kepada para pengamal MSG) 8) Lauk pauk segera jenama Brahim’s 9) Serunding daging/ayam 10) Budu (to Kelantanese) 11) Kicap (jika perlu) 12) Maggi dll. 1) Passport (yang dah ada visa sekali di dalamnya) 2) Boarding pass/tiket kapal terbang (akan diberi oleh sponsor masing-masing) 3) Surat tawaran ‘unconditional’ daripada universiti – buat salinan fotostat beberapa keping. 4) Financial guarantee letter daripada sponsor – buat salinan fotostat beberapa keping. 5) Segala jenis dokumen yang diperlukan oleh pihak universiti. 6) Gambar berukuran passport beberapa keping. 7) X-ray film (digulung) 8) Contact details UK + Malaysia (cth: nombor telefon sponsor, nombor telefon university, abang-abang seniors/kakak-kakak seniors etc)

IN/HAND LUGGAGE (IKUT JENIS)

CHECK IN LUGGAGE

CHECK IN LUGGAGE

HAND LUGGAGE


CONTACT PERSON (LONDON/PORTSMOUTH/EXETER/WARWICK/OXFORD/CAMBRIDGE/SURREY ONLY)



Checklist