Page 1

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Bil. 1/2014


2

SIDANG REDAKSI PENAUNG Prof. Madya. Dr. Ahmad bin Esa

PENASIHAT Prof. Madya Nawawi bin Jusoh

KETUA

EDITOR

En. Ismade bin Niam

EDITOR En. Mahyuzie bin Jenal En. Rosmaidi bin Shahal Pn. Nor Azwa binti Mohammad

PENULIS Pn. Nor Azila binti Kelewon

PENGARANG Pn. Siti Khadijah binti Hj.Md Som Cik Nur Afifah binti Shahidan

FOTOGRAFI &

GRAFIK

En. Mohd Suffian bin Md Nor

Dari Meja Pengarah Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, kita merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT yang memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal dan memberikan keupayaan hingga makalah Pusat Kokurikulum ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana makalah ini kerana berusaha menghasilkan makalah yang pertama diterbitkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM. Tujuan makalah tersebut dihasilkan untuk memperkenalkan Pusat Kokurikulum yang wujud di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dengan lebih terperinci sekaligus memberikan maklumat mengenai aktiviti Kokurikulum yang telah djalankan untuk mahasiswa bagi

memenuhi jam kredit mereka. Diharapkan agar makalah ini dapat meningkatkan Pusat Kokurikulum UTHM menjadi pusat yang lebih produktif.

PROF. MADYA Dr. AHMAD BIN ESA Pengarah Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kata Aluan Ketua Editor Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah Pusat Kokurikulum menerbitkan makalahnya yang pertama. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli editorial yang telah berusaha menyiapkan makalah ini sehingga berjaya tanpa mengenal erti jemu.

Memandangkan makalah ini merupakan makalah versi pertama, kami telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pembaca. Diharapkan juga dengan adanya makalah ini dapatlah dijadikan sebagai satu rujukan dan pengenalan mengenai Pusat Kokurikulum UTHM. Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan makalah ini. Wassalam. ISMADE BIN NIAM Ketua Editor


3

Objektif Kualiti 

Memastikan semua Kursus Kokuri-  kulum Berkredit ditawarkan pada setiap semester.

Memastikan 90% pelajar yang mengambil kokurikulum lulus dengan cemerlang dan mencapai tahap terampil dalam penilaian kemahiran in-  saniah.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran Pusat dalam keadaan  baik. Memastikan sekurang-kurangnya 20% pelajar terlibat dalam 4 Teras Kokurikulum atau minimum 5%  setiap Teras (Kepimpinan, Pengucapan Awam, Kesukarelawanan dan  Daya Usaha & Inovasi). Melaksanakan pemurnian dan penilaian silabus kursus sekurang kurangnya 2 tahun sekali. Memastikan semua jurulatih terlibat dalam Bengkel Training Of Trainers (TOT) sekurang-kurangnya sekali  setahun. Memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan selaras dengan prosedur dan peraturan universiti

Fungsi

Piagam Pelanggan

Melaksanakan Bengkel Training Of  Trainers (TOT) kepada semua tenaga pengajar/jurulatih kokurikulum yang diiktiraf oleh Majlis Kokurikulum  Universiti-universiti Malaysia (UniCC).

Piagam Pelanggan ini adalah janji kami dalam menawarkan perkhidmatan berkualiti.

Meningkatkan kompetensi tenaga  pengajar/jurulatih dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kursus kokurikulum berkredit berkaitan.

Memastikan tenaga pengajar yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran adalah terlatih dan diiktiraf oleh UniCC.

Menawarkan kursus kokurikulum berkredit holistik bagi melahirkan mahasiswa/i kompeten dalam Kemahiran Insaniah.

Menyediakan peralatan dan prasarana yang kondusif dan lengkap (100%) semasa aktiviti, pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Memproses permohonan aktiviti pelajar yang kurang daripada RM1000 dalam tempoh seminggu dan permohonan melebihi RM1000 dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.

Memastikan semua pelajar berpeluang mendaftar kursus kokurikulum mengikut minat masingmasing berdasarkan kuota yang ditetapkan secara atas talian.

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti kokurikulum. Merancang pembangunan prasarana dan menyediakan kelengkapan yang  kondusif. Memupuk semangat perpaduan dan  menjana pengembangan ilmu dalam kalangan mahasiswa/i dan masyara kat. Menyediakan peluang kepada mahasiswa/i untuk mengembangkan bakat dan potensi diri dalam aktiviti kokuri-  kulum.

Memastikan setiap aduan pelajar diproses dalam tempoh seminggu dari tarikh aduan diterima. Memastikan setiap aktiviti pelajar dipantau oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai pengiring. Memastikan segala tuntutan jurulatih dan pelajar yang lengkap diproses dalam tempoh 10 hari bekerja. Memastikan senarai tampal markah pelajar akan dipaparkan di papan kenyataan Pusat Kokurikulum dua minggu selepas peperiksaan akhir bermula. Memastikan pengurusan organisasi yang telus, adil dan mesra pelanggan

Senarai Staf Pusat Kokurikulum Nama

Jawatan

No. Tel

EMAIL @uthm.edu.my

Pengarah

07-4537480

ahmad

Tempoh Mula Perkhidmatan Di Pusat Kokurikulum 2013

Nor Azwa binti Mohammad

Setiausaha Pejabat

07-4537481

azwa

2011

Prof. Madya Nawawi bin Jusoh

Timbalan Pengarah

07-4537011

nawawi

2012

Mahyuzie bin Jenal

Ketua Jabatan

07-4537485

mahyuzie

2012

Rosmaidi bin Shahal

Pen. Pengawai Tadbir

07-4537483

rosmaidi

2011

Juruteknik

07-4537484

msuffian

2011

Ismade bin Niam

Pembanu Tadbir (P/O)

07-4537759

ismade

2011

Nor Azila binti Kelewon

Pembanu Tadbir (P/O)

07-4537759

norazila

2011

Nur Afifah binti Shahidan

Pembanu Tadbir (P/O)

07-4537484

nurafifah

2011

Siti Khadijah binti Hj. Md. Som

Pembantu Am Pejabat

07-4537484

skhadija

2011

Prof. Madya Dr. Ahmad bin Esa

Mohd. Suffian bin Md. Nor


4

Selayang Pandang Pengarah Pusat Kokurikulum Nama

: Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa

Tarikh Lahir

: 22 Ogos 1965

Tempat Lahir

: Gelang Patah, Johor

Fakulti

: Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokalsional

Jawatan

: Profesfor Madya

PENDIDIKAN

PERKHIDMATAN

2007 - Doktor Falsafah Pendidikan Teknik & Vokasional Di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

1998 - Sarjana Pendidikan Di Universiti Teknologi Malaysia

1991 - Diploma Pendidikan Di Maktab Pergurusan Temenggong Ibrahim

1989 - Sarjana Ekonomi Di Universiti Utara Malaysia

Perkhidmatan beliau di UTHM bermula pada tahun 01 Januari 1999 yang pada ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) dan seterusnya bertukar menjadi Kolej Universiti Teknologi Tun Huseein Onn (KUiTTHO). Kini, KUiTTHO telah diiktiraf sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan beliau masih lagi setia berkhidmat dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kokurikulum dan juga Ahli Senat UTHM.

JAWATAN PENTADBIRAN YANG PERNAH DISANDANG 

Timbalan Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar

Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya

Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Teknikal

AKTIVITI PROFESIONAL / PENGIKTIRAFAN Anugerah Jasa Bakti 10 Tahun Perkhimatan Di UTHM Anugerah Khidmat Cemerlang 2008


5

STAF PUSAT KOKURIKULUM

BERDIRI DARI KIRI : SITI KHADIJAH, MOHD. SUFFIAN, ISMADE, ROSMAIDI, NUR AFIFAH DUDUK DARI KIRI : NOR AZWA, PROF. MADYA NAWAWI, PROF. MADYA DR. AHMAD, MAHYUZIE, NOR AZILA

STRUKTUR ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Pengarah Prof. Madya Dr. Hj. Ahmad b. Esa (DS54)

Setiausaha Pejabat Pn. Nor Azwa bt. Mohammad (N27)

Timbalan Pengarah Prof. Madya Nawawi b. Jusoh (DS54)

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN

BAHAGIAN AKADEMIK

Ketua Jabatan Kokurikulum En. Mahyuzie b. Jenal (DS45)

Penolong Pegawai Tadbir En. Rosmaidi b. Shahal (N27)

Pembantu Tadbir (P/O) Cik Nur Afifah bt. Shahidan (N17)

Juruteknik (Elektrik) En. Mohd Suffian b. Md. Nor (J17)

Pembantu Am Pejabat Pn. Siti Khadijah bt. Hj. Md. Som (N1)

Pembantu Tadbir (P/O) En. Ismade b. Niam (N17)

Pembantu Tadbir (P/O) Pn. Nor Azila bt. Kelewon (N17)


6

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

Bengkel Pembangunan Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Seni Liberal (Liberal Art) & Brass-Band UTHM Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM pada 12 hingga 14 April 2013 di Vistana Hotel, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh stafstaf UTHM & Timbalan Setia Negeri Johor

Bengkel Pembangunan Kursus Baharu Berteraskan Kemahiran 13 hingga 15 Nov 2013 Bengkel ini telah diadakan di Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Konsert “Old Meets Modern” - Choir X Modern Music UTHM 2013

Snap To Pulau Tioman 26 hingga 28 April 2013 - Kursus Kokurikulum Fotografi Seksyen 1 telah menganjurkan program ini yang telah disertai oleh 23 orang pelajar dibimbing oleh pengajar Mohd Hanas bin Mohd Jaafar.

Diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM pada 30 Mei 2013. Anjuran Kursus Kokurikulum Muzik Moden & Koir. Seramai 23 Ahli Muzik Moden & 18 Ahli Koir yang dibimbing oleh Pn. Norzalinda bt Za’aba.

Pra Bengkel Pembangunan Kursus Kokurikulum Baharu Berteraskan Kemahiran 23 - 24 Oktober 2014. Pra bengkel ini telah dihadiri oleh staf-staf akademik FPTV UTHM yg diadakan di Pejabat Pusat Kokurikulum

Bengkel Persediaan Hari Kokurikulum 2013 (Gempak Koku 2013) Bengkel ini telah diadakan di Seri Costa Hotel, Melaka pada 20 hingga 22 Septamber 2013. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar-pelajar kursus kokurikulum berkredit & dipantau oleh staf-staf dari Pusat Kokurikulum serta pengajar.

Bengkel Training of Trainers Sem 1 Sesi 2013/2014 30 Ogos hingga 1 Sept 2013 – Bengkel ini telah diadakan di M Suites Hotel, Johor Bahru. Peserta-peserta dihadiri oleh pengajarpengajar kursus kokuirkulum berkredit UTHM

Seminar Kuliah Kerja Nyata 2013

Program Perintis Anak Desa Cemerlang

Lawatan Pusat Kokurikulum UTHM Ke IPTA Di Sekitar Lembah Klang 10 Hingga 12 Disember 2013 – Lawatan ini bertujuan untuk pertukaran idea & maklumat mengenai pengurusan kokurikulum. Melihat prasarana & kemudahan yang disediakan serta mengeratkan silatulrahim

18 hingga 20 Mei 2012.Program Perintis Anak Desa Cemerlang telah dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 10 di Bukit Baru, Melaka. Program disertai oleh 34 orang pelajar berserta pengajar Encik Azhar bin Abd Majid.

15 Oktober 2013 - telah dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM yang telah disampaikan oleh Profesor Dr Suratman, M.Sc Wakil Rektor Penulisan & Pengabdian Kepada Masyarakat dari Universitas Gadjah Mada, Indonesia. Seminar ini telah dihadiri oleh semua pengajar-pengajar kursus kokurikulum di UTHM


7 Bengkel Bengkel Manual Prosedur Kerja & Fail Meja (MPKFM) Pusat Kokurikulum UTHM

Jejak Huffaz

11 hingga 13 Mei - Kursus Keusahawanan Seksyen 5 telah menganjurkan program keusahawanan disekitar Bandaraya Johor Bahru dan disertai oleh 30 orang pelajar berserta pengajar Encik Mohd Halimi b Kolan.

19 hingga 20 Mei - Program Jejak Huffaz dianjurkan oleh Kursus Kemahiran Al Quran Seksyen 2 dengan di Kuala Lumpur dan disertai oleh 33 orang pelajar berserta pengajar Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman.

Treking Final Camp 2012

Program Kemahiran Golf

Seramai 214 pelajar dan 6 orang pengajar telah menyertai Treking Final Camp dari 11 hingga 13 Mei. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kursus Treking dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum PKQ yang diadakan di Kampus UTHM.

11 Mei 2012 - Program Kemahiran Golf telah dianjurkan untuk melatih dan mengajar pelajar mengenai golf. Program ini dianjurkan oleh Kursus Golf Seksyen 3 di St Rhodes, Chaah yang disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar En Nor Fauzi bin Hamid.

Bengkel Pemurnian Buku Panduan Kokurikulum 2013 Bengkel ini telah diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2013 di Vistana Hotel, Kuala Lumpur yang pesetapesertanya terdiri daripada Pengajarpengajar kursus kokurikulum berkredit UTHM

Persahabatan Bola Baling 27 hingga 28 April Perlawanan Persahabatan Bola Baling bersama UKM Bangi, Selangor telah diadakan di UKM dan disertai oleh 29 orang pelajar berserta pengajar En Ramli bin Jusoh.

Kejohanan Futsal MTUN 2013 22 hingga 24 Disember 2013 - Kejohanan ini disertai oleh pelajar-pelajar kursus kokurikulum di universitiuniversiti MTUN Malaysia yang terdiri daripada UTHM, UniMAP, UTEM & UMP yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM. Kejohanan futsal ini telah berlangsung di Gelanggang Futsal Kastam Batu Pahat, Johor

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Pusat Kokurikulum 2013 Bengkel ini telah diadakan di M Suites Hotel, Johor Bahru. Peserta-peserta terdiri daripada staf Pusat Kokurikulum UTHM

Lawatan Sambil Belajar Ke Kejohanan MASUM 2013 10 - 12 Mei 2013- Kursus Hoki Seksyen 1 mengadakan lawatan pertandingan hoki MASUM 2013 di UNISZA. Ianya telah disertai oleh 27orang pelajar berserta pengajar Encik Firdaus Bin Mohamad

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

10 hingga12 Mei 2013 Dihadiri oleh staf-staf Pusat Kokurikulum UTHM bertujuan mengemaskini & menambahbaik MPKFM setiap staf . Diadakan di Hang Tuah Heritage Hotel, Melaka.

Program Keusahawanan Seksyen 5


8

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

Festival Teater Negeri Johor 2013 13 hingga 14 Sep Seramai 6 orang pelajar dan pengajar Encik Rosdi bin Abdullah telah menyertai Festival Teater ini . Festival ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013 & Lawatan Ke Majlis Sukan Negeri Terengganu 27 hingga 29 Sep - Seramai 17 orang pelajar Kursus Kokurikulum Olahraga & Pengajarnya Puan Marina binti Shazan Amir telah menyertai acara larian ini di Kuala Terengganu

Shooting At Pasir Lanun

Lawatan Ke Bukit Tinggi, Pahang

02 Hingga 03 Nov Program ini dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Vidoegrafi seramai 33 orang pelajar & pengajarnya En Mohd Norasri bin Ismail

22 - 24 Nov Seramai 34 orang pelajar & pengajar En Jaafar bin Mohamad Kursus Kokurikulum Fotografi Seksyen 2

“Keluarga Sakinah”

“Mahasiswa Penyayang”

19 - 20 Dis 2013. Program ini diadakan di Dewan Al-Farabi, masjid UTHM. Seramai 34 orang pelajar & pengajar Haji Baharudin bin Haji Yamah

Jejak Qari & Qariah 26 hingga 27 Anjuran Kursus Kokurikulum Taranum Seksyen 1. Seramai 31 orang pelajar menyertainya & pengajar Ust Abdul Aziz bin Ahmad

Program “Basic Photography DSLR)

Program Tunas Harapan

12 Okt - Program ini telah dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 1. Program ini telah dijalankan di Sekitar Kampus dan disertai oleh 34 orang pelajar berserta pengajar En Mohd. Hanas bin Mohd. Jaffar

16 hingga 17 NovProgram anjuran Kursus Kokurikulum Khimat Masyarakat Seksyen 8. Seramai

37 orang pelajar & pengajar En Zoolhilmi bin Ahmed di Ayer Itam

22 hingga 23 Nov Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 8 telah menganjurkan program ini di Zoo Negeri Johor. Seramai 35 orang pelajar & pengajar En Azhar bin Abd Majid

Pertandingan Novelties Golf 2013 11 Dis 2013 - Lokasi Padang Golf St. Rhodes Club, Chaah, Johor. Seramai 39 orang pelajar yang menyertai serta pengajar En Mohamad bin Ismail

“We Love, We Care, We Share”

Program “Snap To Taman Negara Kuala Tahan”

Teater Zaiton Ini Kisah Hitamku

16 - 17 Dis 2013 Telah diadakan Program Anak Angkat Di Kampung Bukit Pulau, Melaka. Kursus Khaimad Masyarakat Seksyen 2 Seramai 38 orang pelajar & pengajar En Mahyuzie bin Jenal

15-17 Nov - Anjuran Kursus Kokurikulum Fotografi Seksyen 1 seramai 33 orang pelajar 7 pengajar En Mohd Hanas bin Mohd Jaffar di

11 Dis - Seramai 35 orang pelajar Kursus Kokurikulum Teater yang menjayakan teater ini. Dibimbing oleh pengajar En Rosdi bin Abdullah bertempat di DewanTunku Mahkota Ismail UTHM

Jerantut Pahang Darul Makmur

Program Dari Hati Ke Hati 16 Nov - Program ini diadakan di Pusat Jagaan Persatuaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru dianjurakn oleh kursus kokurikulum Khidmat Masyarakat Seksyen 11. Seramai 37 orang pelajar terlibat & pengajar Dr Mohd Haziman bin Wan Ibrahim


9 Pemantapan Insaniah

Lawatan Muzik Moden UTHM 2013

Pertandingan Tenis “Man Double”

Jom Silat (Let’s Learn & Be Smart)

06 Dis 2013 - Dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Muzik Moden di ASWARA Kuala Lumpur. Program ini disertai oleh 37 orang pelajar berserta pengajar Pn Nurzalinda binti Za’aba

16 Nov 2013 - Kursus Tenis Seksyen 1 & 2 telah menganjurkan pertandingan tenis disekitar Kampus. Sebanyak 73 orang pelajar berserta pengajar En Hafiz bin Mohd Zaini menyertai pertandingan ini.

14 Dis 2013 — Kursus Kokurikulum Silat Cekak Hanafi telah menganjurkan program ini di Sekitar UTHM & disertai oleh 34 orang pelajar berserta pengajar En Khairulakmal Hj Kamaludin

Kursus Kejurulatihan Taekwondo 18 hingga 19 Dis Kursus Kokurikulum Taekwondo Seksyen 2 telah mengadakan Kursus Kejurulatihan Taekwondo di Dewan Serbaguna UTHM. Seramai 33 orang pelajar menyertainya serta tenaga pengajar Master Sashidaran A/L Ramasamy

13 - 15 Dis 2013. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Kursus Kelanasiswa Seksyen 1 Seramai 21 orang pelajar & Pengajar PM Dr Haji Mustaffa bin haji Ibrahim di Hutan Rekreasi Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka

Kejohanan Bolasepak Terbuka 9 Sebelah

Program Pemangkin Produktif Muslim

07 hingga 08 Dis 2013. Program kejohanan bola sepak telah dianjurkan oleh Kursus Bolasepak disekitar Kampus UTHM. Ianya disertai oleh 33 orang pelajar berserta pengajar Encik Mohd Hazrul Fadli bin Mohd Yusoff.

Let’s Explore The Universe 23 Nov - Bertempat di Planetarium & Bakai Cerap Teluk Kemang. Seramai 31 orang pelajar Kursus Kokurikulum Ilmu Falak Seksyen 1 & pengajar En Masiri bin Kaamin telah menjayakan program ini

Bengjkel Penulisan Novel Kursus Apresiasi Penulisan Kreatif 15 Dis 2013 - Dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Apresiasi Penulisan Kreatif diadakan di Muzium Sastera Melaka. Seramai 27 orang pelajar menyertai serta pengajar Pn Hasniza binti Haji Mustafa

Perkhemahan Perdana Pengakap Kelanasiswa

Konsert Memori 2013 14 Dis 2013 Program ini dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Muzik Moden & Koir. Diadakan di Dewan Kuliah A UTHM. Seramai 70 orang pelajar yang menjayakan konsert ini turut dibantu oleh pengajar Pn Nurzalinda binti Za.aba

20 Dis 2013 - Telah dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Imam & Muazzin di Dewan AlFarabi Masjid Pusat Islam UTHM. Seramai 29 orang pelajar menyertai serta pengajar En Mohd Lotfi bin Solihin

Program Aspirasi Keusahawanan 2013 18 hingga 19 Dis 2013 – Program ini telah dianjurkan oleh Kursus kokurikulum Keusahawanan Seksyen 1 dengan disertai seramai 39 orang pelajar & pengajar Pn Hajah Sarebah binti Warman

Rentetan aktiviti sepanjang tahun 2013

16 hingga 17 Nov 2013 — Kursus Pengucapan Awam Seksyen 1 telah menganjurkan program ini pada di Bandar Melaka yang disertai oleh 34 orang pelajar dan tenaga pengajar Pn Suriayati binti Baharom


Coretan Aktiviti Pusat Kokurikulum UTHM

10


11

Coretan Aktiviti Pusat Kokurikulum UTHM


Coretan Karnival Gempak Koku 2013

12


13

Coretan Karnival Gempak Koku 2013


14

KRONOLOGI

Pusat Kokurikulum

05 Apr. 2011 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 1/2011 telah mempersetujui dan meluluskan penubuhan Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 15 Apr. 2011 - Pekeliling Pendaftar telah menjadikan Pusat Sukan sebagai sebuah PTJ sendiri di mana Encik Azli bin Puddin sebagai Pengurus Pusat Sukan. Ini bermakna Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK) telah dipisahkan kepada dua PTJ iaitu;1. 2.

Pusat Kokurikulum & Kebudayaan (PKK) Pusat Sukan (PSU)

Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan seterusnya beroperasi di kabin manakala Pusat Sukan berpindah ke stadium. 14 Dis. 2011 – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.18/2011 telah bersetuju meluluskan cadangan pemindahan Unit Kebudayaan dari Pusat Kokurikulum dan Kebudayaan ke Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar. 12 Mac 2012 – Pusat Kokurikulum telah beroperasi di bangunan baru bersebelahan kolam renang.

Pusat Kokurikulum bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB). Oleh itu, Pusat Kokurikulum telah mewujudkan 8 teras utama dan lebih 80 kursus diperkenalkan. Malah, terdapat lebih 80 orang tenaga pengajar dan jurulatih dalam mengendalikan kursus-kursus tersebut. Pelajar yang mengambil kokurikulum pula melebihi 3000 orang pada satu-satu masa.


15

Latar Belakang

Pusat Kokurikulum

Pusat Kokurikulum dahulunya dikenali sebagai Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah ditubuhkan melalui gabungan daripada Jabatan Kokurikulum dan Pusat Sukan dan Kebudayaan melalui kelulusan pihak pengurusan tertinggi KUiTTHO pada 1 Januari 2005. Pada peringkat awal, Jabatan Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti kokurikulum akademik pelajar. Pusat Sukan dan Kebudayaan menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan pelajar dan staf. Oleh kerana universiti berhasrat untuk mengoptimumkan sumber sedia ada bukan sahaja sumber kewangan tetapi juga sumber guna tenaga maka kedua-dua pusat ini digabungkan menjadi satu iaitu Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan. Secara amnya misi Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan adalah untuk melahirkan warga universiti yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui penawaran program akademik kokurikulum yang berkualiti serta pembangunan persekitaran sukan dan kebudayaan yang kondusif bagi memartabatkan UTHM di peringkat antara-

Jabatan/unit yang terdapat di PKSK adalah seperti berikut: 

Jabatan Kokurikulum

Unit Sukan

Unit Kebudayaan

Unit Pentadbiran dan Kewangan

Pentadbiran Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan diterajui oleh Pengarah dan dibantu oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kokurikulum, Ketua Unit Sukan, Ketua Unit Kebudayaan dan Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan di samping staf sokongan yang lain. Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan telah menganggotai dan menjadi ahli yang aktif dalam Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Kokurikulum Universiti-universiti Malaysia (UniCC).


16

PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

86400 PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR.

TEL: 07-4537759/7481/7484

FAKS: 07-4536808

BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL 1 TAHUN 2014  

BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you