Page 1

Edisi 58/2017

KRIKET WANITA Kisah 3 Srikandi Kriket Malaysia

IFWAT AKMAL

WARISI BAKAT AYAH JAGA GAWANG

KELAB KORYO

Kilang Lahir Bintang Taekwondo

Ann Osman

SEM. MALAYSIA

SABAH & SARAWAK

RM 8.00 RM 10.00

“PENTAS SAMA, PERTARUNGAN BERBEZA”

1


REED BICYCLES

BOLEH DI DAPATI DI ONLINE DS STORE KAMI w w w. du n ias u k an . c o m

No. 155, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia. +6019 998 7333 +603 2697 1999 +603 2697 7699 www.reedbicycles.my

2

3


DUNIA SUKAN

APRIL 2018

EDITORIAL

Edisi 58/2017

PENAUNG Dato’ Noor Azli Bin Othman PENASIHAT Muhammad Farouk Noor Shahwan Shafizul Dato’ Mohd Salleh Mohd Naziman Mohd Yunus Syed Saifulbahri Syed Mohamed KETUA PEGAWAI OPERASI Syamsul Razali (syamrazali@duniasukan.com) KETUA EDITOR Mohd Syamil Sohimi (m.syamil@duniasukan.com)

KRIKET WANITA

EDITOR Nadzreen Shah Mat Salim (nadzreenshah@duniasukan.com)

Kisah 3 Srikandi Kriket Malaysia

PENULIS Mohd Amirul Fazli Muhammad Sufi Bin Suhaimi

IFWAT AKMAL

WARISI BAKAT AYAH JAGA GAWANG

KREATIF & GRAFIK Ibnizar Akashah (ibnizarakashah@duniasukan.com)

KELAB KORYO

Mus’ab Umair Bin Mahadi (umair@duniasukan.com)

Kilang Lahir Bintang Taekwondo

Ann Osman

MEDIA DIGITAL

EDITOR FOTO Kamarul Akhir

JURUFOTO Naim Mahamud, Afiq Ismail, Abdul Halim, Abdul Razak Ghazali, Ahmad Ridhuan, Azlandy Mohammid, Fadzil Daud, Hazmin Hussin, Khairul Azrin, Jaiman Taip, Mohd Hasif, Mohd Mazlan Yusoff, Muhammad Muslimi, Mohamad Nur Ridzuan, Dzulfadlil Azim, Nizam Abdul Rahman, Rizanizam Rozlan, Safwan Rozi, Syahrul Azam Zahari, Mohd Zureehan, Muhammad Afiq Johari, Muhammad Irzan, Muhammad Shahrizal, Syamil Naim, Muhammad Zulfachri, Nazrulhad Hashim, Norazmi Ibrahim, Zamry Nur Zainal Abidin, Zulkifly Abdul Hamid.

Ali Iskandar (aliiskandar@duniasukan.com)

“PENTAS SAMA, PERTARUNGAN BERBEZA”

RM 8.00 RM 10.00 SEM. MALAYSIA

SABAH & SARAWAK

1

Garang bukan penghias muka depan kami? Ya, itulah Ann ‘Athena’ Osman. Ramai yang mungkin belum sedar akan persaraannya dari gelanggang profesional. Edisi kali ini kami bawakan kepada anda secara eksklusif perkembangan Ann pasca karier pertarungannya. Selain Ann, kami turut membawa ramai lagi atlet wanita untuk tatapan pembaca. Syakirah Naza dari sukan jetski, kriket wanita Malaysia, Emelia Eva Natasha dari sukan takraw serta gandingan adik beradik acara pacuan empat roda - Nurul Izzati dan Nur Aina Md Adnan membuktikan wanita Malaysia juga mampu mengibarkan cabaran negara di persada antarabangsa. Sememangnya tidak dapat dinafikan atlet wanita Malaysia adalah berkelas dunia. Pandelela Rinong, Fatehah Mustapha dan Cheong Jun Hoong telah membuktikannya. Mereka adalah inspirasi bukan sahaja untuk wanita-wanita Malaysia malah kepada seluruh masyarakat. Diharap edisi ini dapat meniupkan lagi semangat untuk kaum hawa terus aktif dalam bidang sukan. Hidup wanita Malaysia!

Nurul Ili Nadiah (ilinadiah@duniasukan.com)

Wan Wahab (wahab@duniasukan.com) Neesa Sodirman (neesa@duniasukan.com)

CREATIVE SPORT NETWORK

Nur Darina Zarin (darinazarin@duniasukan.com)

EDITOR FOTO

Nadzirah Iskandar (nadzirahiskandar@duniasukan.com) DITERBITKAN OLEH DS AMAL GLOBAL SDN BHD No. 1-2, D’Bayu Business Centre, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. DICETAK OLEH Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd No 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 2, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan PENGEDAR Central Paper Agency Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian tidak boleh diulang cetak, disiarkan dalam apa jua bentuk sebelum mendapat kebenaran bertulis dari pihak penerbit.

Edisi kali ini menampilkan jurugambar-jurugambar hebat mereka seperti Nizam Rahman dan Mohamad Nur Ridzuan menerusi foto-foto bolasepak mereka.

bersama Rufino Segovia pemain bola Selangor

Nur Amanina Surani (nuramaninasurani@duniasukan.com)

PEMASARAN

All Sports Images And News Agency @ www.asiana.my yang diketuai Kamarul Akhir (KA) merupakan sebuah agnesi yang memfokuskan berita dan fotografi sukan di Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain.

FOKUS DI SEBALIK LENSA

Faiez Tajudin (faieztajudin@duniasukan.com)

SALUTASI

4

ASIANA

Khairol Rizal

JURUFOTO Shafiq Hashim, Kamal Moharzan, Zaidi Hashim, Zaidun Hazrin, Armizan Rusli, Kamarul Azam, Hafiz Hassan, Khairulnizam Hairuddin, Haizal Zainal Abidin, Vincent Phoon, Nur Rohhim, Noor Alhafizh Pauzi, Hafizal Othman, Abdul Rahman Abdul Razak, Hafiz Kathi, Suhaimi Mohamad, Safian Said, Faiz Zakwan, Nizam Hakim, Fauzi Sain, Muizzudin Yahaya, Wan Othman Ahmad, Farid Syauqi, Zainie Khalili, Hamzi Fahmi, Mohd Saufee, Idzwan Mohamad, Muhammad Ridwan, Hisham Abd Gani, Zainuddin Mamat, Babul Saletul Tahi,. Nor Azmi Othman, Azwan Asmawi, Ali Mufti, Aliff Najmi, Faiz Yunus.

5


Menarik bulan ini

14

MUKASURAT

MUKASURAT

42

MAP Kaki Jersi

Jersi Pilihan Pasukan Liga Malaysia

50

MUKASURAT

Nadia Wafa

Tawan Dunia

C

38

M

MUKASURAT

Y

CM

MY

CY

CMY

LIGA Hoki Malaysia

K

Najmi Farizal & Razi Rahim

MUKASURAT

Honda

Penuh Citarasa Motosikal Berkuasa Tinggi

22

42

JASON LEE

Freestyle & Farmasi

6

Pemain Bola Selangor

MUKASURAT

68

CHATRI SITYODTONG Pembina Empayar

Rufino Segovia

BIG WING

7


KLIK!

Gambar aksi tersendiri bintang luncur air negara, Aaliyah Long yang memenangi emas di Sukan SEA tahun lalu ini dinobatkan sebagai pemenang gambar terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) bulan lalu. Kisah disebalik gambar ini diceritakan oleh jurugambarnya pada mukasurat 49. FOTO: Khairol Rizal

(Creativeimage Sports Network)

8

9


KLIK!

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin melakukan simbolik pelancaran Akademi Bola Sepak PFAM di Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan, Mac lepas.Keunikan Akademi ini adalah ia merupakan jalinan kerjasama antara para pemain profesional dan komuniti KRT setempat. FOTO: PFAM

10

11


KLIK!

Aksi salah seorang peserta Red Bull Paranaue di Salvador, Brazil. Red Bull Paranaue dianjurkan pertama kalinya bagi mencari atlet terbaik dalam sukan mempertahankan diri dari Brazil iatu capoeira. FOTO: Marcelo Maragni (Red Bull Content Pool)

12

13


EKSKLUSIF

EKSKLUSIF

ANN OSMAN

Bertarung U Tugasan L ntuk ebih Besar

Tahun lalu, Ann Osman membuat kejutan dengan mengumumkan persaraannya dari pentas profesional dalam sukan mempertahankan diri campuran (MMA). Dalam 9 pertarungannya di pentas ONE Championship, 5 daripadanya berakhir dengan kemenangan. Bagi anak kelahiran Sabah ini, selepas 5 tahun menjadi seorang 'pejuang' di atas gelanggang, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menggantung sarung tangan tinju dan fokus kepada perkara lain. Mengakui ia adalah satu keputusan yang sukar, Ann bagaimanapun berkata beliau perlu akur dan teguh dengan pendiriannya demi masa depan sendiri. "Sebelum menjadi atlet ONE, saya bermula dalam bidang korporat. Kemudian saya membuka perniagaan sendiri sebelum menamatkan status bujang dengan lelaki pilihan.

14

"Semua perkara ini membuatkan saya terfikir untuk bersara dari akksi profesional. Saya ada tanggungjawab yang lebih besar terhadap diri sendiri dan keluarga jadi selepas 5 tahun saya kira ini adalah masanya" kata Ann ketika ditemubual Dunia Sukan di Merican Muay Thai, Solaris Damansara. Ann bagaimanapun tidak menafikan kerinduannya untuk beraksi di atas pentas. "MMA telah mengubah kehidupan saya. Sukan ini sukar dipisahkan dengan jiwa saya. Ada ketikanya memang saya rindu untuk beraksi tetapi saya kira, keputusan bersara adalah yang terbaik untuk saya. "Lagipun, saya cuma tidak lagi bergelar atlet profesional. Saya masih lagi berlatih dengan pasukan Borneo Tribal Squad di Sabah. Saya tetap melatih orang lain di sana. Jadi ia bukanlah satu masalah yang besar untuk saya lepaskan kerinduan".

SANTAI BERSAMA ANN OSMAN Suka bercuti di pantai. Pantai kegemarannya adalah di Tip Of Borneo yang terletak di Kudat. “Saya dan suami selalu ke sana jika ada waktu lapang. Pantainya cantik dan yang penting, tidak terlalu ramai orang.”

Ann mengusahakan perniagaan syarikat pelancongan berasaskan aktiviti lasak berakit arus laju (white water rafting) di Sabah iaitu Xtreme Paddlers. “Kami mempunyai tiga lokasi berbeza untuk pengunjung merasai sendiri cabaran berakit di Sabah iaitu di Kiulu, Kedamaian dan Padas.”

Makanan kegemarannya sebelum bersenam adalah pisang dan roti bersalut mentega kacang. “Apabila tamat bertarung, selalunya saya akan cari nasi daun pisang. Saya suka kari sehinggakan ketika dalam proses ‘cutweight’, saya akan taburkan serbuk kari di atas ikan salmon.”

Berbeza dengan atlet lain yang mendengar muzik pilihan sebelum bertarung, Ann akan mendengar podcast. “Podcast adalah sumber motivasi saya sebelum bertarung. Antara yang saya minati adalah podcast dari Gary Vee”.

Hadiah paling istimewa pernah diberikan oleh peminatnya adalah senaskah Al-Quran. “Dalam satu sesi bertemu peminat, ada seorang gadis memberikan AL-Quran kepada saya. Kebiasaannya saya akan solat hajat dalam minggu pertarungan dan membaca AL-Quran menggunakan apps dalam telefon saya. Ia satu hadiah yang cukup istimewa”.

15


EKSKLUSIF

EKSKLUSIF TAWARAN BAHARU DI ONE CHAMPIONSHIP Selepas bersara dari pentas ONE, Ann menerima berita gembira. Siri MMA terbesar di Asia itu menawarkan tugas baharu untuk dirinya khusus dalam bahagian korporat. “Saya menerima tawaran untuk menguruskan atlet dan juga pencarian bakat. Ia satu tugas yang besar. Sebelum ini sebagai atlet, saya hanya fokus untuk berlatih dan bertarung tetapi tugasan baharu saya ini benar-benar membuka mata saya mengenai apa yang berlaku di luar gelanggang. “Saya perlu memastikan atlet bertanding mengikuti jadual yang ditetapkan selain turut sama terlibat secara langsung dengan bahagian produksi, pemasaran dan jualan. Ia sememangnya satu perspektif yang cukup berbeza. Tambah Ann, beliau juga perlu memantau bakat-bakat baharu untuk dibawa ke pentas ONE Championship terutamanya dari Malaysia. “MMA semakin berkembang di Malaysia. Sebelum ini, Malaysia hanya menganjurkan dua acara dalam setahun tetapi bermula tahun ini, tiga acara dilangsungkan. Ia menunjukkan betapa sukan ini mempunyai pengikut yang cukup besar di Malaysia. “Secara peribadi, saya melihat Malaysia mempunyai potensi dari segi bakat-bakat baharu. Ramai atlet kita sebenarnya mempunyai kriteria untuk bertanding di pentas yang lebih besar dan bukannya amatur semata-mata. Bagaimanapun kata Ann, beliau tidak melihat kepada skill dan teknik semata-mata sebaliknya turut memerhatikan kepada kebolehan atlet tersebut untuk memenuhi nilai yang diterapkan oleh ONE. “Kami mencari bakat yang lengkap dari segenap pakej. Skill dan teknik memang penting tetapi dalam masa yang sama mereka perlu mempunyai nilai-nilai murni seperti menghormati jurulatih dan lwan, bekerja keras, dan berdisiplin. “Inilah nilai sebenar dalam sukan mempertahankan diri. ONE sentiasa mengutamakan perkara ini”.

16

IMBAU KENANGAN BERTARUNG Bercerita mengenai pengalamannya sebelum persaraan, Ann menggangap kemenangan dan kekalahan adalah perkara yang manis untuk diimbau. “Pastinya jika menang, ia menjanjikan perasaan yang menggembirakan. Bila kalah, sudah tentu saya kecewa. Bagaimanapun apa yang berlaku selepass pertarungan, saya tetap akan mengingatinya sebagai satu sesi pembelajaran buat diri saya. “Menang atau kalah, ia tetap pengalaman yang berharga buat saya”. Menjadi tumpuan dalam sukan ini terutamanya di Malaysia, Ann mengakui kadang kala situasi tersebut memberikan sedikit tekanan buat dirinya. “Saya menjadi antara atlet wanita pertama dalam pentas ONE Championship dan juga Malaysia. Tumpuan memang banyak diberikan kepada saya terutamanya jika bertarung di negara sendiri. “Kadang kala, saya rasa lebih tenang jika bertarung di luar tetapi dalam masa yang sama, saya memang sangat teruja untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri. Cuma ya, tekanan lebih besar.” Bagi meredakan tekanan, beliau hanya akan mengambil perkara yang positif sahaja untuk dirinya. “Saya tak peduli dengan perkaraperkara negatif yang orang luar lemparkan. Saya tahu saya mempunyai sokongan yang lebih besar dan kuat dibelakang saya”. Ditanya siapakah yang akan mengantikan tempatnya dalam pentas ONE Championship sebagai ‘Puteri MMA Malaysia’, Ann melihat Jihin Radzuan sebagai atlet yang berpotensi besar.“Jihin adalah atlet yang serba lengkap. Dapat dilihat dia sangat mendahagakan kemenangan ketika beraksi di dalam gelanggang. Dia juga masih muda. Saya fikir dia mempunyai masa depan yang cukup cerah dalam ONE Championship. “Selain itu, kita juga ada Ella Tang, Adek Omar dan Audrey Laura Boniface. Mereka semua berbakat besar”.

IKON WANITA Sebagai wanita pertama di Malaysia yang beraksi di pentas MMA antarabangsa secara profesional, Ann telah dianggap sebagai seorang ikon untuk wanita di Malaysia. Dari seorang yang berlatarbelakangkan bidang korporat menjadi atlet profesional sebelum berkhidmat sebagai pengurus kepada jenama MMA terbesar di Asia, perjalanan karier Ann sudah cukup untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang wanita yang berjaya. “Untuk sampai ke tahap ini, ia bukannya mudah. Pelangi bukannya sepanjang masa ada di siang hari. Saya pernah jatuh dan bangkit semula. “Apa yang penting bagi seseorang wanita itu untuk mencapai cita-cita mereka adalah jangan pernah berhenti mengejar impian. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. Itu yang saya pegang. “Walau apa halangan sekalipun, pasti ada cara untuk kita capai matlamat yang dikehendaki”.

17


BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

B Penjaga gol skuad utama kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim atau lebih mesra dengan nama panggilan Ifwat merupakan antara watak penting dalam skuad Kedah. Walaupun baru berusia 22 tahun, Ifwat sudah bermain dengan skuad utama. Ini adalah satu perkara yang membanggakan kerana bukan mudah pada usia yang muda dapat beraksi bersama skuad senior apatah untuk posisi penjaga gol.

agi Ifwat, dia percaya setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri dan perlu berusaha setiap masa untuk meningkatkan lagi prestasi dari semasa ke semasa agar mutu permainan juga meningkat dan boleh membantu pasukan mencapai kejayaan. Ifwat mula meminati bola sepak sejak dari kecil. Sewaktu itu, dia selalu mengikuti ayahnya yang juga merupakan seorang penjaga gol. Mungkin kerana selalu melihat aksi ayahnya di padang sebagai penjaga gol menyebabkan Ifwat mula meminati posisi yang tidak begitu digemari kanak-kanak ini. “Mungkin sebab bakat semula jadi yang diwarisi dari ayah menyebabkan posisi yang lebih tepat untuk saya bermain adalah posisi penjaga gol berbanding posisi lain,” kata Ifwat. Ketangkasannya ketika bersama Kedah tidak perlu dipertikaikan lagi. Ketangkasan mengemudi benteng terakhir Hijau Kuning Kedah sentiasa mendapat pujian para penyokong setia hijau kuning.

MULA DARI BAWAH Untuk capai di tahap tertinggi bukan sesuatu yang mudah kerana setiap orang perlu bermula dari bawah. Begitu juga dengan Ifwat. Pada usia 17 tahun, dia terpilih mewakili skuad bawah 23 tahun Kedah untuk kejohanan Piala Presiden. Di sinilah perjalanannya dalam bolasepak bermula. Bakatnya dikesan pengurusan skuad senior yang seterusnya membawa Ifwat ke pasukan utama. Ternyata pilihan mereka tidak salah apabila kepercayaan yang diberikan dibalas dengan aksi yang begitu cemerlang sehingga dia dipilih sebagai penjaga utama Kedah sekaligus mengetepikan penjaga gol yang lebih berusia darinya.

SUKA DAN DUKA Ketika bersama skuad utama, Ifwat berjaya membantu Kedah merangkul beberapa kejayaan seperti menjuarai Piala Malaysia 2016, Piala FA 2017 dan Piala Sumbangsih 2017. Bersama skuad bawah 23 tahun kebangsaan, dia membantu pasukan untuk muncul pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Pengendali pasukan bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee terus menyenaraikan Ifwat bagi kempen Kejohanan AFC Bawah 23 tahun di China awal tahun ini. “Kekalahan kepada Iraq 4-1 ketika perlawanan pertama AFC U23 Championship antara detik yang sukar untuk saya lupakan kerana ketika itu. Saya dikecam begitu teruk oleh peminat bola sepak. “Bagi saya, mereka hanya akan melihat satu kesilapan dari penjaga gol lakukan berbanding aksi menyelamat yang lebih banyak. Namun saya tetap positif dengan setiap kritikan itu,” ujar Ifwat. MISI IFWAT kini adalah untuk membantu kekal terus mencapai kemenangan demi kemenangan dan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan. “Sasaran peribadi saya adalah untuk membantu Kedah memenangi satu kejuaraan.Seperti tahun lalu, Kami memenangi piala FA. Saya berharap saya mampu ulangi kejayaan itu sekali lagi,” katanya yang berharap untuk menjadi seorang ahli perniagaan satu hari nanti selepas bersara.

IFWAT Wa r i s i B a k a t A y a h

18

FOTO: Khairil Ajhar (Arena Hijau Kuning)

19


BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

SORAKAN RED DEVILS B e rg e m a D i B e rj a y a T im e s S q u a re S e m p e n a

# IL O V E U N IT E D

Berjaya Times Square telah menjadi saksi kehadiran lebih dari 3000 peminat Manchester United yang hadir menyaksikan perlawanan paling ditunggu -tunggu di gelanggang rasmi mereka dimana United mencatatkan kemenangan manis 2-1 ke atas Liverpool sempena acara #ILOVEUNITED yang diadakan Mac lalu. Sepanjang acara berlangsung, sorakan penuh gempita bergema setiap kali pemain Manchester United menjaringkan gol. Acara eksklusif dan percuma ini telah diadakan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi negara terbaru untuk menganjurkannya. Pengarah Urusan Kumpulan Manchester United, Richard Arnold berkata, Manchester United sememangnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang baik dengan Malaysia. “Kami gembira dapat kembali ke sini untuk menganjurkan tayangan siaran langsung perlawanan paling ditunggutunggu musim ini buat pertama kalinya di negara ini. Manchester United mempunyai 8 juta penyokong setia termasuk di Malaysia.

20

“Acara #ILOVEUNITED telah dihadiri ribuan penyokong sekaligus mewujudkan suasana yang hebat di kalangan peminat keluarga di seluruh dunia dan elemen interaktif akan membawa mereka lebih rapat bersama” tambah Arnold. Duta Manchester United iaitu Dwight Yorke dan Denis Irwin beserta lagenda kelab David May hadir untuk bertemu para peminat sambil merasai sendiri keenakan makanan tempatan di samping memberi pandangan dan analisis pra-perlawanan serta separuh masa. Peminat juga turut dihiburkan dengan acara hiburan, peraduan dan pemberian hadiah termasuk peluang memenangi trip VIP ke Old Trafford. Acara turut membawakan aktiviti interaktif secara online menghubungkan seluruh peminat di dunia dengan peluang untuk mereka memuatnaik video dan gambar menyokong pasukan mereka ini.

B

ersempena Piala Dunia yang akan berlangsung pada Jun nanti, Resorts World Genting bakal melancarkan kempen “Demam Bola Sepak Genting” bagi meraikan kejohanan bolasepak terbesar di dunia itu. Antara yang menarik dalam kempen itu nanti adalah kehadiran 3 lagenda bolasepak England iaitu Micheal Owen, Robbie Fowler dan Paul Scholes untuk bersama-sama dengan peminat di Genting nanti. Owen akan menjadi tetamu di Genting dari 14 hingga 16 Jun diikuti Fowler dan Scholes pada 13 hingga 15 Julai. Menurut Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting, Kevin Tann, kehadiran ketiga-tiga lagenda tersebut pastinya menambahkan lagi kehangatan Piala Dunia di Genting nanti. “Selain bertemu dengan legenda bola sepak berkenaan, Genting juga akan mendirikan perkampungan bolasepak interaktif di Sky Avenue. “Namun yang paling menarik, kami turut menawarkan hadiah istimewa kepada ahli Genting Rewards Card (GRC) dimana mereka berpeluang memenangi 10 pakej pelancongan ke Rusia merangkumi tiket penerbangan ke Moscow, penginapan empat malam di hotel serta tiket menyaksikan majlis perasmian Piala Dunia.

“Selain itu, turut ditawarkan ialah sebuah kereta baharu Toyota C-HR” tambah Kevin. Orang ramai boleh mendaftar menjadi ahli GRC secara percuma sebelum menyertai peraduan. Pemegang kad keahlian yang membelanjakan minimum RM500 dalam satu resit di mana-mana outlet Resort World Genting dari 1 Mac hingga 30 April berpeluang memenangi pakej ke Rusia. Kevin menambah, berdasarkan kempen yang sama empat tahun lalu, mereka berjaya mendaftarkan kira-kira 30,000 ahli baharu dan kali ini kita berharap lebih ramai akan berbuat demikian.

GENTING LANCAR KEMPEN PIALA DUNIA

21


TOK GAJAH

KEJOR YOB KEJOR

MENGAMOK

Sama ada di Ipoh atau Lumut,penyokong Perak pasti akan turun menyokong pasukan kesayangan mereka beraksi. FOTO: Idzwan Selamat (Dunia Sukan)

TOLONG MENOLONG

Pemain Pahang meraikan kemenangan membelasah Negeri Sembilan empat jaringan tanpa balas dalam saingan Liga Super.

AMALAN MULIA

FOTO: Khairulnizam Hairuddin (Creativeimage Sports Network)

MULA DAPAT SENTUHAN

Walaupun sedang berentap di atas padang, itu tidak menghalang Ashmawi Yakin dari Selangor membantu penyerang Perak, Gilmar yang mengalami kekejangan otot.

Penyerang Kedah, Pablo Parales yang dikritik hebat awal musim menjaringkan dua gol dalam pertemuan menentang Kuala Lumpur sekaligus menutup mulut pengkritiknya.

FOTO: Faiez Tajudin (Dunia Sukan)

LEPAS TAK LEPAS

FOTO: Faiez Tajudin (Dunia Sukan)

TERIMA KASIH PENYOKONG

Aksi pemain PKNS FC, Jafri Chew yang cuba melepasi halangan pertahanan Kelantan ketika pasukannya menang tipis 1-0 di Shah Alam, bulan lalu.

22

Tewas memang perit namun kesakitan tersebut sedikit dapat diubati jika pasukan menghargai ppenyokong mereka seperti yang dilakukan Kelantan .

FOTO: Faiez Tajudin (Dunia Sukan)

FOTO: Idzwan Selamat (Dunia Sukan)

23


PAHANG

GILMAR DA SILVA PE R A K FA

24

FOTO: Khairulnizam Hairuddin

(Creativeimage Sports Network)

(Creativeimage Sports Network)

FOTO: Idzwan Selamat

25


BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

KING A

KAZU 51 TAHUN DAN MASIH GAGAH

da yang sudah mula bermain dengan cucu. Ada yang fokus dengan perniagaan. Jika yang aktif dalam bolasepak, mereka mungkin akan menjadi pengurus atau jurulatih. Itu adalah antara perkara yang dilakukan untuk lelaki yang berumur 50-an. Bagaimanapun, situasi ini tidak sama dengan Kazuyoshi Miura. Dilahirkan pada 26 Februari 1967, Kazuyoshi yang lebih dikenali sebagai King Kazu merupakan pemain bolasepak tertua bermain di peringkat profesional ketika ini. Berumur 51, Kazu yang merupakan seorang penyerang memulakan karier bersama pasukan remaja Jonai FC pada tahun 1979. Beliau kemudiannya berkelana ke Brazil dan bermain dengan beberapa kelab terkemuka seperti Santos, Palmeiras dan Coritiba.

26

“Saya cintakan bolasepak. Saya masih tidak terfikir untuk bersara. Saya akan terus bermain sehingga saya rasa saya tidak mampu”.

PULANG KE JEPUN Pada tahun 1990, Kazu kembali pulang ke Jepun selepas beraksi empat tahun di Brazil. Kepulangannya ini dianggap sebagai berita sensasi mengambil kira pengalamannya beraksi di negara yang memang terkenal sebagai kuasa bolasepak dunia itu. Beraksi untuk Verdy Kawasaki, Kazu cukup menyerlah sehingga berjaya membawa kejuaraan liga sebanyak dua kali selain menjadi pemain pertama menerima Anugerah Pemain Terbaik (MVP) pada musim pertama J-League dilancarkan iaitu pada 1993. Kehebatannya di Jepun dihidu pencari bakat Eropah. Kazu kemudiannya menyarung jersi kelab Genoa pada tahun 1994, menjadikannya pemain Jepun pertama beraksi di Serie A sebelum berhijrah ke Dinamo Zagreb. Pada tahun 2005, kelab Australia, Sydney FC menawarkan kontrak kepada Kazu yang ketika itu sudah pun berusia 38 tahun.

MASIH BERBISA Selepas menamatkan musim dengan Sydney FC, Kazu mencari pasukan yang baru di saat rakan-rakan seusianya sudah mula menggantung kasut bola. Bagaimanapun, tiada istilah bersara dalam fikiran Kazu. Kazu yang juga terkenal dengan gaya meraikan jaringan tersendiri yang digelar ‘Kazu Dance’ kemudiannya ditawarkan kontrak oleh kelab divisyen dua J-League, Yokohama FC. Kini, Kazu sudah 13 tahun bersama dengan pasukannya itu. “Ketika saya berusia 20-an, saya tak terfikir dapat bermain sehingga berumur 30 tahun. Ketika berusia 30 tahun, saya rasa mustahil untuk saya beraksi pada usia 40-an” jelas Kazu yang bersyukur tidak pernah mengalami kecederaan serius selain tidak pernah menjalani pembedahan.

SIMBOL KEBANGGAAN JEPUN Walaupun mepunyai 89 caps bersama pasukan kebangsaan Jepun, Kazu tidak pernah bermain dalam Piala Dunia. Hakikatnya, Kazu memang seorang penyerang yang hebat tetapi tidaklah sehebat seorang lagi pemain ternama Jepun, Hidetoshi Nakata. Kazu juga bukanlah seorang yang boleh disamakan seperti Maradona, Pele atau Gary Lineker namun beliau boleh dianggap sebagai simbol kejayaan buat masyarakat Jepun yang memang terkenal dengan semangat dan produktiviti yang unggul. Malah, ada yang mempercayai kewujudan komik terkenal Captain Tsubasa sebenarnya adalah diinspirasikan oleh perjalanan karier Kazu sendiri. Kazu masih akan terus bermain dan mungkin mahu melepasi angka 60, satu rekod yang pastinya tak tercapai dek akal manusia.

INFOGRAFIK ANTARA REKOD PEMAIN PALING TUA BERMAIN SECARA PROFESIONAL 1) Essam El-Hadary (44 Tahun dan masih bermain sehingga kini) 2) Stanley Mathews (sehingga 50 tahun) 3) Rivaldo (sehingga 42 tahun) 4) Jalaludin Jaafar (sehingga 40 tahun) 5) Aleksander Duric (sehingga 44 tahun) 6) Faryd Mondragón (sehingga 43 tahun) 7) John Burridge (sehingga 46 tahun)

27


AKAR UMBI

AKAR UMBI Disertai oleh pemain seawal usia enam tahun, akademi Sollo Setiawangsa FC ini sudah tidak asing lagi di area Kuala Lumpur dan juga Selangor. Tempoh hari, kami di Dunia Sukan mengambil kesempatan untuk menemubual jurulatih Sollo FC, Mohd Farez Hazri bin Mohamed Idris mengenai objektif dan tarikan menarik yang ada dalam Sollo FC.

SOLLO SETIAWANGSA FC DULU SOLO, KINI KELUARGA

BESAR

Akademi yang mulanya diterajui oleh seorang jurulatih, Ahmad Shafie bin Harun yang juga merupakan presiden kelab ini menjadi suatu tarikan kepada peminat bola sepak disebababkan peglibatan peserta dalam kelab ini bermula sejak seawal usia enam tahun lagi. Minatnya yang mendalam terhadap bola sepak menaikkan semangatnya untuk melopori sebuah akademi bola sepak yang berpangkalan di Setiawangsa. Shafie mula aktif dalam menguruskan sukan bola sepak sejak dua tahun lepas. Sehingga kini, Sollo Setiawangsa FC sudah disertai lebih kurang seramai 120 orang termasuk 10 orang jurulati. Setiap jurulatih mempunyai Lesen Kejurulatihan yang diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan AFC. Jurulatih di Sollo Setiawangsa FC mempunyai Lesen Awalan,Lesen D dan Lesen C (Lesen Kejurulatihan Bolasepak). Adalah menjadi suatu kemestian untuk mencipta nama bagi sesuatu kelab atau akademi dengan membina identiti tersendiri dalam sesebuah sukan. Nama ‘Sollo’ diilhamkan sempena di awal permulaan akademi ini dimana hanya seorang jurulatih sahaja iaitu presiden sendiri yang mengendalikan sesi latihan di Padang Stadium Mini Setiawangsa. Dari situlah tercetusnya idea untuk menamakan kelab ini sebagai Sollo Setiawangsa FC.

“Kami terima cabaran ini menerusi pendekatan positif”. Mohd Farez Hazri bin Mohamed Idris Jurulatih Sollo Setiawangsa FC

Tambah Farez, dalam era moden ini, tiada masalah buat mereka untuk bersaing dengan kelab bola sepak yang lain asalkan dengan cara yang sihat. Dalam pada itu, Sollo Setiawangsa telah berjaya mencipta nama di persada antarabangsa. Mereka telah muncul sebagai naib juara dalam satu kejohanan yang dilangsungkan di Stadiom Tumenggung Abdul Jamal, Batam, Indonesia pada 25 Februari lepas. Ini sekaligus membuktikan Sollo FC mampu mencabar bolasepak komuniti yang wujud di Malaysia. Bagaimanapun bagi Farez, banyak aspek perlu diketengahkan untuk pergi lebih jauh terutamanya dari segi sumber dana dan kewangan serta padang latihan. Baginya, pembangunan bolasepak dari akar umbi harus dipergiatkan dengan lebih rancak sebaris komuniti bola sepak yang ternama dalam negara. Tambahnya lagi, Sollo Setiawangsa memasang impian untuk bersaing ke peringkat lebih tinggi setanding dengan liga utana yang wujud di Malaysia. Jika peluang diberikan ketika mereka sudah bersedia dari aspek mental,fizikal dan kewangan, tidak mustahil Sollo Setiawangsa FC mampu berdiri sama tinggi dengan kelab-kelab komuniti tempatan yang dikenali ramai di Malaysia.

Ibu bapa yang hadir memberikan sokongan

Presiden Kelab Sollo FC, Ahmad Shafie bin Harun

Antara keistimewaan buat pasukan ini menurut Farez adalah kelab membuka peluang kepada semua pemain dimana mereka tidak mengambil kira kebolehan dan kemahiran pemain. “Seawal usia enam tahun mereka boleh sertai. Selain dapat menimba pengalaman, hubungan yang erat akan dapat dijalinkan. dimana kami sentiasa mengutamakan hubungan baik di antara pihak pengurusan dan ibubapa. Kami di Sollo Setiawangsa ibarat satu keluarga besar yang penuh dengan kasih sayang. Sollo Setiawangsa juga tidak lari daripada berdepan cabaran tersendiri. Paling diingati, mereka mendapat halangan untuk meneruskan program ekoran desakan daripada beberapa kelab lain di sekitar Setiawangsa. “Ada yang menuduh Sollo Setiawangsa mencuri pemain-pemain dari kelab mereka. Ada juga individu yang menghalang kami dari menggunakan padang untuk sesi latihan,” kata Farez.

28

Piala yang dimenangi dalam International Friendly Match di Batam, Indonesia

Pemain sedang menjalani sesi latihan

29


BOLA SEPAK

BOLA SEPAK

Program Diploma Pengajian Bolasepak yang ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Cyberlynx (CIC) adalah satu program yang cukup menarik untuk dikupas. Sukan nombor satu di Malaysia ini sentiasa menjalani revolusi di peringkat dunia mahupun di dalam Malaysia sendiri. Kursus sebegini pasti akan dapat menyediakan pakar-pakar bolasepak dari semua aspek untuk membawa bukan sahaja bolasepak malah sektor sukan di Malaysia menjadi sebuah industri. Dunia Sukan bersama dengan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CIC, Datuk Dr. PB. Ashok untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ditawarkan oleh CIC ini.

DA: Ya, memang ramai bersikap skeptikal terhadap program ini. Jurulatih, ibubapa masih ragu-ragu. Program ini bermula dengan 15 orang pelajar sahaja tetapi hari ini, kami mempunyai lebih daripada 160 orang pelajar - dalam dan laur negara. Ada mengatakan Malaysia masih belum bersedia dengan kursus sebegini. Saya tidak bersetuju. Jika kita tidak mulakan, kita tidak akan dapat keputusannya. Sekarang, saya sangat berbangga dengan pencapaian yang diraih menerusi alumni-alumni CIC. Ada yang berkhidmat untuk kelab Inggeris, QPR. Ada juga yang menyertai FIFA dan berpengkalan di Jordan. Peluang pekerjaan sangat luas dalam bolasepak.

KOLEJ ANTARABANGSA

CYBERLYNX

MAHU LAHIRKAN PA K A R B O L A S E P A K

1) DS (Dunia Sukan): Terlebih dahulu, bagaimana Datuk boleh berkhidmat dengan Kolej Antarabangsa Cyberlynx (CIC)? DA (Datuk PB Ashok): Selepas tamat

pengajian di luar negara, saya pulang dan bekerja untuk Bank Negara sebelum menyertai Nestle sebagai penolong bendahari kumpulan. Pada tahun 1996, saya menyertai Cyberlynx untuk membantu melancarkan proses pemindahan pelajar ke Australia. Pada tahun 2005, saya dan seorang rakan kongsi dari Australia yang merupakan bekas pendaftar Universiti Adelaide membuat keputusan membeli Cyberlynx dan menjadikannya sebagai sebuah kolej antarabangsa.

2) DS: Bagaimana boleh datangnya idea untuk mempunyai kursus yanng khusus untuk bolasepak di CIC ini? DA: Apabila menubuhkan kolej, saya tidak boleh menawarkan kursus yang sama seperti yang ditawarkan institut lain. Ini kerana saya sedar persaingan sangat sengit. Maka saya fikir perlunya CIC menawarkan kursus yang berbeza. Saya kemudian mencari apakah bidang yang kurang diberikan penekanan di Malaysia dan seterusnya mendapati sukan antara yang perlu saya pelopori. Dalam masa yang sama, saya bertemu dengan mendiang Datuk Paul Mony, bekas setiausaha agung AFC. Beliau mencadangkan kepada saya untuk menganjurkan kursus kejurulatihan, kepengadilan dan yang berkaitan dengan bolasepak. Saya terima nasihat namun saya tidak mahu ia berkisarkan bolasepak semata-mata kerana saya mahu pelajar di CIC dibekalkan dengan program akademi. Maka, gabungan kedua-dua elemen ini terbinalah kursus Diploma Pengajian Bolasepak.

30

3) DS: Pasti ada nada skeptikal pada permulaan kursus ini diperkenalkan. Bagaimana anda mengharunginya?

4) DS: Apakah yang boleh dijangkakan bagi mereka yang menamatkan pengajian dalam kursus ini? DA: Ramai yang beranggapan, kursus sebegini hanya akan menjadikan pelajar sebagai seorang jurulatih. Itu silap. Program di CIC bersikap holistik. Kami mengajar dari semua aspek - pemasaran, tiket, kecergasan, penajaan, penjagaan padang, media dan bermacam-macam lagi. Untuk makluman, pelajar-pelajar kami telah mendapat tempat di organisasi-organisasi besar seperti Felda, Maybank, Media Prima, Astro dan Nestle. Organisasi-organisasi sebegini yang mementingkan sukan sebagai satu medium CSR (tanggungjawab sosial korporat) sedar akan kemampuan pelajar-pelajar CIC.

6) DS: Baru-baru ini CIC telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM). Boleh Datuk huraikan perkara ini. DA: Kita serba maklum, pemain bolasepak mempunyai jangka hayat karier yang pendek. Umur 33 tahun, mereka sudah sukar mendapat tempat dalam pasukan. Ada pula yang terpaksa bersara awal akibat kecederaan. Selepas karier sebagai pemain berakhir, apa hala tuju mereka? Takkan mahu menjadi jurulatih sahaja? Di sini mereka akan mengalami masalah dari segi kewangan. Maka kami melihat PFAM sebagai satu badan yang mampu membawa pemain-pemain berada dalam landasan yang tepat terutama selepas bersara. Jadi atas rasa tanggungjawab, kami bekerjasama dengan PFAM dimana CIC menawarkan biasiswa dan yuran yang berpatutan kepada ahli-ahli mereka agar masa depan terjamin selepas bersara kelak. Dengan kelayakan yang ada selepas menamatkan pengajian di CIC, pasti mereka akan mendapat karier baharu selepas menggantung kasut bola. Antara nama-nama yang menjadi pelajar kami adalah Shahril Arshad, Dollah Salleh dan beberapa pemain di Liga Malaysia.

5) DS: Apakah keistimewaan yang ada pada kursus Diploma Pengajian Bolasepak yang ditawarkan CIC ini? DA: 70% program ini adalah berpandukan teori sementara 30% lagi adalah hasil praktikal. Kami mementingkan kualiti. Sebagai contoh, pelajar didedahkan dengan undang-undang bolasepak termasuk peraturan baharu yang digunapakai FIFA. Kami antara institusi yang terawal untuk mendapat perkembangan sebegini. CIC turut menjalinkan kerjasama dengan universiti di England dimana program bolasepak di sana bukan perkara yang asing. Kami membawa profesor di sana sebagai pensyarah jemputan untuk berkongsi pengalaman dan idea. Selain itu, kami turut menjemput bekas bintang Liga Inggeris untuk sama-sama membantu pelajar memahami bolasepak dengan lebih mendalam.

7) DS: Apakah matlamat jangka panjang dan harapan Datuk terhadap CIC khususnya untuk program bolasepak ini. DA: Satu hari nanti saya mahu melihat CIC akan bertukar tarafnya menjadi sebuah universiti yang mempunyai kampus tersendiri dilengkapi dengan stadium bolasepak. Saya mahu ia dikenali sebagai satu universiti khas untuk bolasepak dimana kita akan ada pusat khas untuk pengadil, pencari bakat, pegawai pemasaran, jurulatih dan sebagainya. Saya mahu setiap pelajar yang menamatkan pengajian disini menjadi pakar dalam bolasepak untuk segenap aspek.

31


SANA SINI

SANA SINI

OLA BOLA THE MUSICAL

SENI, BUDAYA & BANGSA Siapa menjangkakan irama joget dan hip-hop boleh digabungkan dalam pementasan teater sukan? Penghasilkan mash-up rap, rock dan muzik tradisional yang seakan janggal tetapi apabila dipersembahkan ia menjadi satu persembahan yang sangat menghiburkan.

GABUNGAN SENI DAN BAKAT

ISTANA BUDAYA JADI STADIUM MERDEKA

Skuad bolasepak Harimau Malaya menjalani latihan dibawah bimbingan Sarjan Ahmad lakonan Altimet. Lagu kegemaran ramai yang berjaya membuat penonton menyanyi bersama terletak pada Babak 15: Your “Altimet” Nightmare. Sebaik sahaja lagu “I Cover You” berkumandang, semangat penonton berkobar-kobar kerana gabungan irama hip-hop dan kawad tentera yang diakhiri dengan visual helikopter membawa skuad Harimau Malaya benar-benar memukau penonton. Penggunaan pelbagai bahasa mencerminkan Malaysia yang mempunyai berbilang kaum. Kisah kekeluargaan Tauke dan Muthu disampaikan dalam bahasa masing-masing. Menariknya, penonton dapat memahasi isi kandungan dialog walaupun tanpa ada terjemahan atau sari kata.

Jika ada filem yang boleh melambangkan cerminan masyarakat majmuk negara Malaysia, filem Ola Bola adalah contoh terbaik untuk dipersembahkan di mata dunia. Sarat dengan nilai-nilai positif, tidak keterlaluan jika penulis mengatakan yang filem ini adalah sebuah filem yang malar segar dan tidak jemu untuk ditonton berulang kali. Diilhamkan oleh peristiwa sebenar perjalanan pasukan bola sepak Malaysia ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow selain diadaptasi dari filem box office 2016, OlaBola The Musical adalah kisah perpaduan, keazaman dan persaudaraan. Watak utama teater ini adalah “Tauke” Chow Kwok Keong, ketua pasukan yang bertekad untuk memimpin pasukan Harimau Malaya ke puncak Olimpik, serta kawan baiknya Rahman selaku pengulas sukan.

32

Pada mulanya, tidak dapat dibayangkan apabila Istana Budaya (IB) menjadi Stadium Merdeka membawa kemusykilan kepada penonton. Ini kerana IB baru sahaja melalui kerja baik pulih yang ekstensif. Timbul persoalan mampukah produksi ini mengembalikan kegemilangan perlawanan akhir 1980 sebaik versi filem ‘Ola Bola’ (2016)? Namun, semua tanggapan berubah selepas penonton menjejak kaki ke dalam Panggung Sari. Set yang dibangunkan produksi Enfiniti sangat luar biasa. Penggunaan teknologi pementasan digital tekini menampakkan lagi suasana perlawanan bolasepak di stadium.

LAKONAN HEBAT MENJIWAI WATAK Kehebatan OLA BOLA THE MUSICAL sebenarnya terletak kepada bakat-bakat mudanya seperti Brian Chan (Tauke), Luqman Hafidz (Ali), Abimanyu Masilamani (Muthu), Kai Chalmers (Eric) dan Lim Jian Wei (Ah Chai). Kebanyakannya adalah nama baru dalam dunia pementasan. Mereka perlu belajar menyanyi, menari dan teknik pergerakan bolasepak, tanpa stamina dan latihan pasti mereka akan pancit sebelum pementasan berakhir. Pelakon West End, Stephen Rahman-Huges bertindak sebagai jurulatih Harry Mountain dan Douglas Lim sebagai Mr. Wong pemilik kedai kopi berjaya mengamatkan keadaan dengan karisma dan komedi mereka. Rata-rata penonton menantikan Rahman, pengulas sukan yang dilakonkan oleh Iedil Putra. Kebijaksanaan Iedil dalam merwarnai suasana amat menghiburkan dan penonton menikmati aksi di atas pentas. Secara kesimpulannya, Ola Bola The Musical satu naskah yang digarap dengan indah. Tahniah buat pengarah, Datin Seri Tiara Jacquilina, barisan pelakon serta kru pementasan yang bertungkus lumus dalam menjayakan teater ini.

33


HOKI

Kaki Jersi

KHM TERIMA SISTEM ANALISIS

PRESTASI SUKAN DARI ISN

WEAR YOUR DREAM 34

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerima Sistem Analisis Prestasi Sukan buat skuad hoki negara menerusi perisian terkini ‘Catapult Sport System’ dan ‘Sportscode Performance Analysis Software V11’. Kedua-dua perisian terkini itu akan mula digunakan sepenuhnya semasa sesi latihan dan kejohanan dalam dan luar negara termasuk bagi saingan utama dalam masa terdekat ini iaitu temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 April ini dan Sukan Asia 2018 di Indonesia Ogos depan. Barisan tertinggi kedua-dua badan organisasi ketuai Pengerusi Lembaga ISN, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Presiden KHM, Dato’ Seri Subahan Kamal hadir dalam majlis penyerahan yang diaadakan bulan lalu di Bukit Jalil. ‘Catapult Sport System’ adalah satu perisian yang telah digunakan secara meluas oleh kebanyakan pasukan ternama dunia yang mampu membantu atlet, jurulatih serta pegawai sains sukan dalam merancang latihan yang bersesuaian dengan keperluan semasa pasukan. Ia berfungsi dalam menganalisis pergerakan atlet dalam latihan serta pertandingan melalui keupayaan untuk merekod koordinasi, kelajuan, pecutan, arah dan intensiti pergerakan seterusnya menterjemahkan parameter-parameter tersebut kepada beban latihan. Beban latihan yang sesuai (stimuli) mampu membantu atlet menyesuaikan diri (adaptation) dengan latihan yang diberi sekaligus meningkatkan prestasi dan mengurangkan risiko kecederaan. Sementara perisian ‘Sportscode Performance Analysis Software V11’ adalah satu perisian yang digunapakai oleh pegawai analisis prestasi dalam mengkaji tingkahlaku (petunjuk prestasi) pemain semasa latihan dan pertandingan melalui rakaman video atau secara langsung. Video akan dianalisis menggunakan petunjuk prestasi yang ditetapkan oleh jurulatih dan pegawai analisis prestasi bagi memahami tingkahlaku pemain sendiri mahupun lawan seterusnya menggunakan penilaian terhadap tingkahlaku tersebut untuk memperbaiki strategi perlawanan. Selain perkhidmatan teknologi analisis prestasi sukan, skuad hoki lelaki negara sebelum ini telahpun mendapat sokongan mantap dari pelbagai kemudahan sains, perubatan dan teknologi sukan antaranya kepakaran biomekanik, fisiologi, psikologi, pemakanan, suaian fizikal, perubatan sukan, urutan sukan, fisioterapi dan penyelidikan dan pendidikan.

35


INFOGRAFIK

INFOGRAFIk

KONTINJEN MALAYSIA GEMILANG DI SUKAN

KOMANWEL

Temasya Sukan Komanwel yang mula diperkenalkan sejak tahun 1930 adalah merupakan temasya yang kedua pentingnya selepas Sukan Olimpik diadakan setiap 4 tahun sekali di mana temasya ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF). Temasya ini mempertemukan kesemua negara bekas jajahan British dari 5 buah benua. Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1950 melalui nama Malaya pada ketika itu di mana kejohanan tersebut dikenali dengan nama British Empire Games. Bersempena Sukan Komanwel 2018 yang berlangsung di Gold Coast pada April tahun ini, kami bawakan 10 detik terbaik Malaysia dalam temasya ini.

PENGUASAAN BADMINTON

Sukan badminton sememangnya adalah lubuk emas buat kontinjen negara. Sejak 1990, tidak pernah skuad badminton negara gagal meraih emas dalam temasya ini. Dalam perseorangan lelaki, bermula dari Rashid Sidek pada 1990 diikuti Wong Choon Han, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei, hanya pada edisi di Glasgow 2014, emas perseorangan lelaki terlepas kepada negara lain. Dalam acara beregu lelaki pula, Malaysia mengekalkan emas dari tahun 1990.

36

SITI ZALINA RATU KUALA LUMPUR 1998. Kuala Lumpur ’98 bukan sahaja telah berjaya dianjurkan oleh negara dengan cemerlang tetapi lebih membanggakan ialah kejayaan para atlet negara mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat keseluruhan di antara 70 buah negara anggota Komanwel. Kontinjen Malaysia telah berjaya memperolehi 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa.

BOLING PADANG

Pembawa bendera Malaysia pada tahun 2010 ini dikenali sebagai jaguh sukan boling padang. Pada tahun 2002, beliau memenangi emas sebelum mempertahankan pingat tersebut empat tahun kemudiannya di Melbourne. Siti Zalina bagaimanapun gagal mencipta hatrik pada 2010 selepas terkandas di peringkat suku akhir.

HATRIK EMAS AMIRUL HAMIZAN.

Edisi di Manchester 2002 pastinya menjadi ingata buat atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang memenangi 3 pingat emas. Bagaimanapun, mimpi ngeri menimpa buat atlet kelahiran Pahang ini yang digantung dua tahun akibat penyalahgunaan bahan larangan. Amirul kemudiannya bangkit dan sekali lagi memenangi emas pada temasya di New Delhi, India pada 2010.

PEPENGUASAAN

SAPOK BIKI

Ramai yang mengingati jaguh tinju negara, Sapok Biki ketika beliau memenangi emas di Sukan Komanwel 1998 dimana Sapok menjulang potret Perdana Menteri Malaysia ketika, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sapok kini aktif melatih peninju-peninju muda di negeri kelahirannya, Sarawak.

KEIRIN MALAYSIA Pada temasya New Delhi 2010, dua pelumba

basikal negara, Josiah Ng dan Azizulhasni Awang mara ke final acara keirin. Pengakhiran yang cukup cemerlang disaksikan di Arena Indira Ghani dengan kemenangan1-2 dicatatkan pelumba negara selepas Azizul mengakhiri perlumbaan di tempat pertama diikuti Josiah di tempat kedua. Bagaimanapun kemenangan Azizul dibatalkan selepas pegawai perlumbaan mendapati pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika adegan pecut memecut berlangsung. Josiah kemudiannya mengambil tempat selaku pemenang pingat emas.

SKUAD HOKI RAIH PERAK

Kejayaan layak ke final Sukan Komanwel 1998 sentiasa diingati sebagai antara kejayaan terbesar yang pernah dicatatkan skuad hoki negara. Dibarisi nama-nama seperti Datuk Mirnawan Nawawi, mendiang Chua Boon Huat, Nor Azlan Bakar, Nor Saiful Zaini, S.Kuhan dan Roslan Jamaludin tewas tipis kepada Australia di pentas akhir. Kejayaan tersebut kekal pencapaian terhebat Malaysia di Sukan Komanwel sehingga setakat ini.

37


KRIKET

KRIKET

“Kriket wanita di Malaysia perluan sokongan media”

T20 Kumpulan Wanita

Emylia Eliani Md Rahim.

MAL AYSIA CRICKET

SRIKANDI KRIKET WANITA TEKAD JULANG NAMA MALAYSIA

P

erkembangan sukan kriket antarabangsa ketika ini tidak hanya terhad kepada kaum lelaki. Ia sebenarnya sudah mendapat perhatian kaum wanita sejak 70-an lagi dimana Piala Dunia Kriket Wanita dianjurkan buat pertama kalinya pada waktu itu. Bagaimanapun, penganjuran edisi tersebut berdepan pelbagai kesukaran. Bermula pada edisi 2005, ia semakin mendapat perhatian ramai. Sarah Ttaylor, Mithali Raj dan Ellyse Perry antara nama-nama besar dalam kriket wanita dunia. Malaysia juga tidak terkecuali. Di bawah pentadbiran Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA) iaitu Encik Mahinda Vallipuram, skuad wanita ditubuhkan bagi memberi peluang kepada kaum wanita di Malaysia beraksi di persada antarabangsa. Peluang tersebut nyata tidak disia-siakan. Walaupun masih baru dalam arena kriket antarabangsa, prestasi dan pencapaian srikandi kriket negara tetap boleh dibanggakan. Mereka mencatat kejayaan di beberapa kejohanan luar selain memenangi gangsa di Sukan SEA yang lalu. Tahun ini, cabaran lebih besarmenanti anak-anak didik Tushara Kodikara. Saingan Kriket Wanita Piala Asia pada Jun ini di Kuala Lumpur seharusnya menjadi titik tolak kebangkitan kriket wanita Malaysia. Dunia Sukan bersama dengan tiga tunjang utama kriket wanita negara yang berkongsi pengalaman, misi dan harapan mereka terhadap sukan yang dicintai ini.

38

Emylia Eliani Md Rahim.

Dia merupakan pemain paling senior dalam skuad wanita. Lebih mengagumkan, Emylia atau Emy adalah antara anggota skuad wanita yang pertama ditubuhkan sekitar 2004. Kini berusia 33 tahun, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini tetap setia untuk mencurah bakti kepada pasukan negara. “Rakan-rakan saya yang lain semua sudah bersara, tinggal saya seorang dari skuad pertama yang ditubuhkan. “Walaupun beraksi dengan mereka yang lebih muda, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya dianggap sebagai kakak kepada mereka. Saya sedar itu satu tanggungjawab untuk saya dalam membimbing mereka” katanya yang berasal dari Ipoh. Selama 13 tahun berkecimpung dalam sukan ini, Emy mengakui banyak perbezaan ketara ketika dia mula-mula mewakili negara berbanding ketika ini. “Saya bermula ketika zaman kriket wanita langsung tidak dipandang. Perlahan demi perlahan, orang ramai mula maklum akan kewujudan skuad wanita. Paling ketara adalah selepas Sukan SEA 2017. Ramai wanita sudah mula menunjukkan minat untuk bermain sukan ini. “Saya perlu berikan kredit kepada Presiden MCA, Encik Mahinda Vallipuram yang memberi peluang buat wanita Malaysia bergerak ke depan dalam sukan ini”. Bercerita mengenai Sukan SEA, Emy menjelaskan ia detik yang bercampur-baur. “Ia manis kerana kami beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri tetapi kami gagal untuk menghadirkan emas, hanya sekadar gangsa. Memang sedih ketika itu”. Dari situ, Emy tekad untuk terus membantu kriket wanita terus berkembang terutamanya di peringkat Asia Tenggara yang menyaksikan Thailand menjadi kuasa kriket wanita rantau tersebut. “Perlu diakui, Thailand jauh meninggalkan kita. Mereka ada pasukan wanita yang tetap dimana pemain adalah sepenuh masa bermain kriket selain ditempatkan dalam pusat latihan sendiri. “Thailand juga sudah beraksi di kelayakan Piala Dunia, jadi memang mereka ada pengalaman. Bagaimanapun dalam pemerhatian saya, Malaysia mampu mengejar kerana pemain kita mempunya bakat. Cumanya, kami kurang pengalaman. Emy melihat salah satu cara untuk memperkuatkan kriket wanita di Malaysia adalah dengan mempunyai kelompok pemain yang besar. Bagi merealisasikan perkara tersebut, dia benar-benar mengharapkan peranan media untuk membantu menarik lebih ramai penyertaan. “Bantuan media dapat memberi maklumat kepada orang di luar sana. Ia sudah terbukti ketika Sukan SEA yang lalu. Selepas berita kami mendapat gangsa serta berita adik beradik suku Temiar iaitu Zumika dan Sasha Azmi, kami mula mendapat perhatian” kata Emy yang mahu terus beraksi sehingga perkhidmatannya dengan TLDM berakhir 7 tahun lagi.

39


KRIKET

Your Preferred Cricket Store maestrosportsmalaysia

“Bayangkan pada waktu pagi saya akan ke kelas. Habis sahaja kelas, saya akan berkejar ke Kinrara menaiki LRT. “Ia sangat memenatkan tetapi itulah pengorbanan demi cinta terhadap sukan ini. Sebagai kapten, saya mahu berada dengan pasukan ini setiap hari. “Penat memang penat tetapi bila sudah terbiasa, ia tidak menjadi masalah” kata Winnie. Bercerita mengenai masa depan kriket wanita, Winnie mahukan lebih ramai penyertaan dari golongan tersebut terutamanya di peringkat sekolah. “Saya turut membantu program akar umbi dengan melatih pelajar sekolah rendah. Pemerhatian saya, mudah untuk dapatkan penyertaan pelajar lelaki tetapi agak susah untuk tarik minat pelajar perempuan. “Bagaimanapun saya percaya, usaha berterusan dari MCA bersama Kementerian Pendidikan dapat membantu mendedahkan pelajar-pelajar perempuan akan potensi besar kriket wanita di Malaysia”.

“Ketika ini jadual saya memang padat dengan latihan terutamanya pada waktu pagi. Ada 6 daripada kami (skuad wanita) yang masih bersekolah dan kami menjadikan waktu malam sebagai sesi mengulangkaji pelajaran” katanya. Emy mengakui apa yang dilaluinya sebagai pemain kriket berjaya membentuk karekter dirinya. “Sebelum ini saya sedikit pemalu. Apabila bermain kriket, saya mula berani untuk bercakap. Kriket juga membentuk disiplin. “Bagi saya, wanita boleh menjadikan sukan sebagai medium untuk membentuk karekter peribadi yang positif. Kriket telah membuktikannya kepada saya. “Jadi saya sangat galakkan kaum wanita untuk menceburi sukan kriket. Ia sangat membuka mata. Terima kasih kepada MCA kerana memberi peluang kepada wanita untuk bermain kriket”.

maestro_sports

“Kriket Bentuk Karekter Saya” Mas Elysa

“TAK KISAH BERKORBAN DEMI KRIKET” Winifred Anne Duraisingham.

Pemain kelahiran Banting ini mempunyai kisah menarik bagaimana dia terlibat dengan kriket. Abangnya, Eric Micheal Duraisingam merupakan pemain kriket kebangsaan. Di Banting, mereka bermain di atas jalan dan Winie terdetik untuk menyertai mereka. “Mereka mengenakan syarat untuk saya, jika mahu bermain, saya perlu mendapatkan wiket dari mereka. Saya berjaya dan dari situ bermulalah peranan saya sebagai pembaling dalam pasukan” kata gadis berusia 25 tahun ini. Winnie tidak pernah bermain untuk kelab atau negeri tetapi bakatnya dikesan sendiri MCA pada usia 13 tahun. Pada 2014, dia diberikan tugasan besar iaitu menjadi ketua pasukan skuad wanita yang beraksi di Sukan Asia. “Pada mulanya, memang sukar buat saya. Pernah saya menangis apabila pasukan kalah. Saya tidak dapat kawal tekanan “Lama kelamaan, saya mula dapat kawal situasi. Ditambah pula saya turut mempelajari psikologi dalam bidang pengajian saya, ia membantu saya mematangkan diri menjadi seorang ketua pasukan” katanya yang mengambil jurusan pendidikan sukan di UKM. Menjadi penuntut universiti dalam masa yang sama mewakili pasukan negara memang satu tugas mencabar. Winnie mengimbau kembali penat lelah sepanjang latihan Sukan SEA tahun lalu. Winifred Anne Duraisingham.

40

Mas Elysa Yasmin binti Zulkifli antara pemain paling muda dalam skuad wanita negara ketika ini. Berusia 17 tahun, Mas hanya dipanggil mewakili bermula tahun lalu. Bermain hoki di sekolah rendah sebelum bertukar angin kepada kriket selepas dinasihati bapa dan gurunya, jelas keputusan tersebut satu tindakan yang tepat. “Sebelum ini saya hanya bermain di peringkat kelab. Bila dipanggil oleh MCA, baru saya tahu banyak lagi yang perlu saya belajar mengenai sukan ini” kata pelajar SMK Chemor ini. “Dengan MCA, latihan lebih intensif, berbeza dengan apa yang saya pelajari sebelum ini. Tambah Emy, dia sangat berbangga untuk mewakili negara di pentas Sukan SEA lalu. Sepanjang mewakili negara, Emy memberitahu ada satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Ia terjadi ketika satu perlawanan pra-Sukan SEA tahun lalu. “Kami patut menang perlawanan itu namun berlaku sedikit kesilapan sehingga menyebabkan kami tewas. “Semua pemain menangis kecewa termasuk jurulatih. Ia satu detik yang membuat ikatan kami satu pasukan menjadi lebih kuat” jelasnya. Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, ibu bapa Emy menghadkan penglibatannya sehingga bulan Jun sahaja. “Selepas tamat kempen Piala Asia, saya akan beri fokus sepenuhnya kepada pelajaran. Selepas itu, saya akan kembali ke padang.

Mas Elysa.

41


GOLF

GOLF

UNGGUL DENGAN SUKAN BAHARU

DARI SKUASY

KE GOLF D

ari kecil lagi Muhammad Wafiyuddin Abdul Manaf atau lebih dikenali sebagai Wafiy meminati sukan. Segala macam sukan dicubanya. Bakatnya kemudian jelas terserlah dalam sukan skuasy dimana dia berjaya mewanili pasukan Pulau Pinang dalam kejohanan bawah 12 tahun kebangsaan. Namun begitu, karier pemain Wafiy dalam sukan raket itu hanya bertahan sehingga dia berumur 11 tahun. Wafiy melihat perlunya transisi baharu buat dirinya untuk menceburi sukan yang baharu. Selepas dua tahun mencari, akhirnya dia jatuh cinta dengan sukan golf. “Minat dalam golf ini bermula ketika mengikut ayah yang sememangnya aktif dengan sukan ini. Dalam keluarga, hanya kami berdua yang bermain golf. Mungkin bakat ayah ini mengalir dalam darah saya” kata pemain berusia 27 tahun ini.

42

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Kini Wafiy bergelar pemain golf profesional di Malaysia. “Ketika saya mula bergelar atlet sukan golf, saya memasang impian untuk menyertai beberapa kejohanan dan cuba untuk memenanginya. “Saya bersyukur kerana sehingga ke tempoh ini, saya berjaya mewakili negara dalam beberapa kejohanan” tambahnya. Antara kejohanan besar yang pernah disertainya adalah Kejohanan Golf Amatur Dunia, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Universiti Dunia dan beberapa jelajah profesional. “Antara kejayaan paling manis pernah saya kecapi adalah muncul juara Kejohanan Terbuka Amatur Kedah ke-45 pada tahun 2011, memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Sea Myanmar 2013, pemain terbaik Malaysia di Kejohanan Seriemas CCM Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia 2017 dan muncul pemain terbaik Malaysia di PGM Darul Aman Championship awal tahun 2018. “Saya juga sangat bersyukur dapat beraksi di kejohanan berstatus Jelajah Eropah dan Asia seperti Maybank Championship. Ia adalah satu pengalaman yang begitu berharga kepada saya untuk belajar lebih mendalam tentang corak permainan daripada pemain Eropah,” kata Wafiy.

TAK LUPAKAN PELAJARAN

MUZIK DAN HARAPAN

Walaupun jadualnya padat dengan latihan, Wafiy tetap mementingkan bidang akademinya. Ketika ini dia sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM). “Saya sangat berterima kasih kepada UUM kerana banyak memberi sokongan dan galakkan menyertai kejohanan di luar meskipun terikat dengan jadual pelajaran. “UUM juga banyak memberi sokongan dalam sukan golf sendiri. Terdapat akademi golf di sana. Kemudahan asas untuk para pemain golf sangat baik untuk kami lakukan latihan. Ini juga adalah salah satu usaha UUM dalam melahirkan pemain golf yang berkaliber. Dalam menguruskan pelajaran, Wafiy mempunyai cara tersendiri berbeza dengan rakan-rakan kuliahnya. Meskipun menyedari dia ‘lewat’ untuk menamatkan pengajian berbanding rakan-rakan sebayanya, itu tidak menjadi masalah buat Wafiy. “Kebiasaannya saya berlatih selama 5 jam sehari jadi memang perlu panjangkan tempoh belajar. Saya tidak kisah untuk tamat pengajian lewat kerana saya memang mengutamakan golf namun tidak sesekali saya meminggirkan akademi.

Bagi meredakan tekanan sebagai seorang atlet dan juga penuntut universiti, Wafiey menjadikan muzik untuk mengisi masa lapangnya. “Saya sangat fanatik dengan gitar. Saya ada koleksi gitar tersendiri. Muzik bagi saya dapat memberi ketenangan” katanya. Kini sibuk dengan siri Jelajah Malaysia dan Jelajah Pembangunan Asia (Asian Development Tour), Wafiy mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kedua-dua kejohanan besar ini. “Saya harap dapat mencatat kejayaan dalam kejohanan-kejohanan. Saya mahu banggakan keluarga terutamanya penyokong nombor satu saya iaitu ayah saya sendiri”.

43


VARSITI

VARSITI

Universiti Putra Malaysia melakar sejarah selepas mengadakan kerjasama dengan Kelab Besbol Seibu Lions dari Jepun untuk Program Pembangunan Sukan Besbol UPM. Program bersama Persekutuan Besbol Malaysia ini adalah merangkumi dari aspek kejurulatihan dengan menyediakan tenaga pengajar terlatih untuk melatih pasukan Besbol universiti dan pasukan kebangsaan. Kelab Seibu Lions pula menyumbangkan peralatan besbol di mana peralatan ini akan disalurkan kepada kelab besbol, sekolah- sekolah menengah dan rendah yang merupakan sekolah angkat UPM dan PBM dalam sukan ini

UPM TERIMA BANTUAN

KELAB BESBOL

SEIBU LIONS

44

Objektif program sekolah angkat bagi sukan Besbol adalah untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Besbol di semua peringkat demografi dan pendidikan. Untuk jangka masa panjang, program ini berupaya melahirkan pemain-pemain Besbol yang hebat dan akhirnya Malaysia mampu mempunyai pasukan Besbol kebangsaan. Terdapat 4 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah dari sekitar Selangor telah dijadikan sekolah angkat bagi UPM dan PBM bagi sukan T-Ball dan Besbol. Peralatan sukan Besbol yang disumbangkan oleh Kelab Besbol Seibu Lions ini akan memberikan manfaat untuk jangkamasa panjang kepada sekolah-sekolah untuk mereka menjalani latihan persendirian.

Bersempena dengan kerjasama ini, satu Majlis Penyerahan Peralatan Besbol telah diadakan pada Mac lalu dimana wakil Kelab Seibu Lions sendiri hadir untuk menyampaikan peralatan tersebut kepada kelab dan sekolah-sekolah yang terpilih. Selain itu, satu klinik SK Serdang, SK Bukit Mahkota, SK Sri Serdang, SK Bandar Baru Bangi, SMK Seri Indah, SMK Sri Serdang, Pasukan Besbol UPM, Kelab Besbol Putrajaya, Kelab Besbol Selayang dan Kelab Besbol Pilahdelphia dengan penyertaan seramai 150 orang murid. Majlis ini telah dihadiri oleh Datuk Low Beng Choo (Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia), Dato’ Wan Azman Wan Omar (Pendaftar UPM, merangkap Presiden Persekutuan Besbol Malaysia), Dr. Hanafiah Ayub (Ketua Pusat Sukan UPM), Lt. Kol (PA) Michael Yei Wee Keat (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Sukan, Nilai University), Mr. Fumiteru Nishikawa (Setiausaha Pertama, Kedutaan Jepun), Mr. Manabu Beppu (Seibu Lions Baseball Club), Mr. Masanori Takahashi (Seibu Lions Baseball Club) and Mr. Minoru Ikegami (Penyelaras Program Kesukarelawanan, JICA Malaysia). “Saya yakin program yang dijalankan oleh Pusat Sukan UPM dan Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) ini mampu melonjakkan sukan besbol di Malaysia” jelas Dr. Hanafiah Ayub. “Dengan kerjasama yang erat bersama pelbagai pihak seperti kerajaan Jepun, Kelab Besbol Seibu Lions termasuk beberapa agensi yang telah merancang kerjasama dengan UPM dan BFM, kami yakin satu hari nanti kita akan melihat negara kita menjadi salah satu kuasa besar besbol di rantau ini”.

45


BINTANG

BINTANG

LIBASAN S EMILIA

GEGARKAN LAWAN

46

ukan takraw hakikatnya sinonim dimainkan oleh kaum lelaki. Bagaimanapun, ia menjadi popular dikalangan wanita termasuk di Malaysia. Semenjak kategori wanita dimasukkan dalam temasya Sukan SEA 2005, sukan ini semakin mendapat perhatian wanita bukan setakat di rantau Asia Tenggara, malah hingga ke peringkat Asia. Bagi skuad takraw wanita negara, kejayaan meraih perak dalam acara regu pada Sukan SEA tahun lalu satu pencapaian yang membanggakan. Dunia Sukan berkesempatan menemubual Emilia Eva Natasha Saudia atau lebih dikenali sebagai Acha, salah seorang bintang takraw wanita Malaysia. Beraksi di posisi tekong, anak jati Sabah ini mula bermain sejak berumur 10 tahun lagi. Gadis berusia 22 tahun ini sebenarnya aktif dengan banyak sukan lain antaranya Bola jaring, badminton, bola keranjang dan olahraga sebelum memilih sukan takraw. Menurutnya, pengalaman dipanggil mewakili kebangsaan dalam sepak takraw antara pengalaman manis buat dirinya. “Saya mula menyarung jersi kebangsaan pada tahun 2013 ketika berumur 17 tahun. Walaupun sibuk dengan SPM, minat mendalam terhadap takraw tidak menghalang saya untuk beraksi. “Perasaan apabila dapat bermain untuk Malaysia adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” katanya. Menjadi atlet negara, Acha menerima peruntukkan elaun sebanyak RM800 sebulan. Bagi sesetengah individu, jumlah itu adalah sedikit namun bagi Acha, itu satu jumlah yang besar kerana sudah terbiasa hidup susah. “Selepas dapat mewakili Malaysia, kehidupan saya semakin selesa dan bertambah baik kerana mampu mempunyai kereta dan juga motosikal. Saya juga berterima kasih kepada MSNS (Majlis Sukan Negeri Sabah) kerana memberi insentif sebanyak RM1000 setiap kali menyertai perlawanan.

PERLU LIGA UNTUK WANITA Acha berpendapat bahawa kewujudan liga takraw untuk wanita sangat bagus kerana dapat meningkatkan prestasi skuad kebangsaan. Pada masa yang sama, ia akan menjadi tempat untuk mencungkil bakat pemain muda. “Saya lihat banyak bakat baru diluar sana boleh diketengahkan,” katanya. “Agak terkilan kerana tiada kategori wanita dipertandingkan pada kejohanan Sepak Takraw League (STL). Saya harap akan ada kategori wanita dipertandingkan dalam masa terdekat,” katanya. lagi Bercakap mengenai sukan takraw yang majoriti dikuasai oleh kaum lelaki, ramai yang seakan tidak menyedari akan kewujudan skuad takraw wanita. Dia mengakui menerima segelintir kecaman dari orang di luar sana. “Seperti biasa pasti ada segelintir pihak yang mengecam dan juga tidak menyokong. Alasannyya kerana‘terkangkang sana-sini’ dan kelihatan tidak sopan. “Bukan setakat atlet takraw, atlet wanita sukan lain juga menghadapi perkara yang sama. Mungkin mereka tidak tahu, kami memakai seluar ‘tight’, ada juga yang berhijab”. Bagaimanapun Acha bersyukur kerana lebih ramai pihak yang memberikan sokongan selain memuji akan keberanian kaum wanita menceburi sukan takraw.

SEMANGAT KEKELUARGA AN DAL AM PASUK AN Menurut anak kedua daripada enam beradik ini, dia berasa bertuah kerana mempunyai rakan sepasukan yang sangat mengambil berat akan dirinya. “Keluarga saya jauh di Sabah jadi rakan seperjuangan sudah menjadi seperti adik beradik saya. Terubat rindu pada keluarga dikampung dengan adanya mereka di sini,” katanya. Selain itu, kehadiran jurulatih Fikri Md Noor juga banyak membantu dalam meningkatkan permainan di atas gelanggang. “Coach Fikri sangat baik dan sentiasa memberi teguran kepada kami para pemain. Saya sudah menganggap beliau seperti bapa saya”. Tahun ini, Acha mempunyai misi tersendiri bersama ahli-ahli pasukan yang lain. “Saya menaruh harapan untuk disenaraikan di Sukan Asia di Palembang, Indonesia pada bulan Ogos nanti. Andai tersenarai, sudah pasti saya akan beri persembahan terbaik dengan matlamat untuk membawa pulang pingat walaupun saya sedar ia lebih sukar dari Sukan SEA kerana selain Thailand, kami perlu berdepan lawan dari China, Korea Selatan dan India”.

47


INSPIRASI

ANUGERAH

JULANG NAMA TOJO

S

eperti yang diramal, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang dinobatkan Olahragawan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2017 yang diadakan pada Mac lalu. Kemenangan ‘The Pocket Rocketman’ sudah dijangka selepas anak kelahiran Dungun itu muncul juara dunia pada acara keirin di Kejohanan Dunia 2017 di Hong Kong, tahun lalu sekaligus memenangi Jersi Pelangi yang diiidam-diidamkan. Ini merupakan kemenangan ketiga Azizul dalam ASN selepas memenanginya pada 2009 dan 2010. “Alhamdulillah saya bersyukur dan berbangga dinobatkan sebagai Olahragawan negara 2017 dan ia adalah kali ketiga saya menerima anugerah terbesar negara ini. Sesungguhnya segala pengorbanan, susah payah serta halangan saya tempuhi selama karier ini berbaloi dan membuatkan semua itu menjadi manis. “Penganugerahan ini akan menjadi sumber motivasi saya untuk beraksi dengan lebih cemerlang di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tidak lama lagi,” kata Azizul yang menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan RM20,000. Azizulhasni disaingi oleh Mohd. Syarul Azman Mahen (bina badan), Muhammad Hakimi Ismail (olahraga), Gavin Kyle Green (golf), Mohd. Fitri Saari (hoki), Mohamad Rafiq Ismail (boling), Wong Weng Son (wusyu) dan Khairul Hafiz Jantan. Dalam kategori Olahragawi ASN pula, kejayaan penerjun negara, Cheong Jun Hoong memecah dominasi penerjun China, sekali gus menjadi penerjun pertama negara meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary Julai lalu membawanya memenangi anugerah pertama buat dirinya. Jun Hoong bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana berada di Jepun menewaskan S. Sivasangari (skuasy), Koi Sie Yan (gimrama), Fatehah Mustapa (lumba basikal), Emma Firyani Saroji (bo­ling padang) dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman (boling). “Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada saya untuk terus cemerlang di pentas kejohanan utama terma­s uk dalam Sukan Komanwel,” kata Jun Hong dalam satu kenyataan. Hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan serta sijil disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

48

ASN2017:

AZIZULHASNI, JUN HOONG Tepati Ramalan

SENARAI PENERIMA ANUGERAH Olahragawan Kebangsaan

Azizulhasni Awang (Basikal)

Olahragawati Kebangsaan

Cheong Jun Hoong (Terjun)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan

Muhammad Ziyad Zolkefli (Olahraga)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan

Mohd Poad Md Kassim (Olahraga)

Jurulatih Wanita Kebangsaan

Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang)

Pasukan Lelaki Kebangsaan

Pasukan Hoki

Pasukan Wanita Kebangsaan

Pasukan Tenpin Bowling Kepimpinan Sukan

Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (Persekutuan Lawn Bowls Malaysia) Anugerah Tokoh Sukan

Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Persatuan Bola Sepak) Anugerah Khas

Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan Hafizh Syahrin Abdullah (Moto GP)

Salah satu kategori yang sentiasa menjadi tumpuan setiap kali berlangsungnya Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) adalah Anugerah Fotografi Sukan Terbaik. Tahun ini, anugerah dimenangi oleh jurugambar dan juga editor foto bagi agensi fotografi sukan Creativeimage Sport Network (CSN), Khairol Rizal. Lebih dikenali dengan nama Tojo, beliau sudah berkecimpung dalam bidang fotografi sukan hampir 6 tahun. Pada tahun 2013, Tojo menubuhkan CSN, agensi media digital online tertumpu pada berita dan gambar sukan di dalam dan luar negara. Bermula dengan 5 orang ahli sahaja, kini CSN mempunyai hampir 50 orang ahli yang terdiri dari kalangan jurugambar dan wartawan. Mengulas mengenai kejayaan pada Anugerah SAM tempoh hari, Tojo memberitahu memotret gambar aksi Aaliyah bukan satu perkara yang mudah. “Saya membuat kaji selidik sebelum bermulanya temasya KL2017. hasil dari kajian itu, saya lebih fokus pada sukan yang kurang mendapat sambutan liputan dimana atlet luncur air negara, Aaliyah Yoong merupakan atlet muda yang sangat berbakat dan patut diberikan banyak pendedahan media agar sukan tersebut lebih dikenali. “Saya lebih suka mencabar diri saya ke tahap yang lebih ekstrem lagi dan mencuba sesuatu yang baru ketika bertugas mengambil gambar sukan. Kebetulan juga semasa temasya sukan KL 2017, Aaliyah berjaya merangkul emas dalam kategori gaya bebas sukan luncur air” jelasnya. Tambah Tojo, beliau merakamkan ribuan terima kasih kepada NPS/ Nikon Malaysia atas kepercayaan bagi menyediakan peralatan kamera dan lensa sepanjang temasya tersebut. Kemenangan ini jelas memberikan semangat buat Tojo untuk terus berkarya dalam bidang fotografi sukan ini. “Komuniti jurugambar sukan perlu bekerjasama antara satu sama lain sambil hormat menghormati untuk memastikan bidang ini terus berkembang. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak, terus usaha. Tanamkan sifat ingin tahu untuk belajar yang tinggi dan jangan ada sifat malu bertanya. “Bila sudah berjaya, jangan ada timbul perasaan sombong atau hasad dengki atas kejayaan orang lain” jelas Tojo. Selaku pemenang kategori fotografi sukan terbaik, Tojo membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM 3000.

49


E-GAMES

E-GAMES

1

10 KELAB

2

ANTARABANGSA Dengan Pasukan E-Sukan Profesional

3

5

4

6

8

7

9

Dari pemainan FIFA sehinggalah League of Legends, e-sukan kini menjadi fenomena. Pasukan-pasukan di Eropah dan Amerika menyedari akan potensi besar sukan ini sehinggakan ada yang mula melabur terhadap sukan baharu ini termasuk menyediakan pasukan e-sukan secara profesional. Kami bawakan kali ini senarai kelab antarabangsa yang memiliki pasukan e-sukan profesional sendiri.

1) PARIS SAINT GERMAIN

Pada bulan Oktober 2016, gergasi bolasepak Perancis, PSG telah mewujudkan franchais e-sukan mereka. Koloborasi bersama dengan syarikat media Perancis iaitu Webedia menjadikan PSG kelab Perancis pertama yang terlibat secara kompetitif dalam acara ini.

2) AJAX AMSTERDAM Ajax telah mnandatangani bakat e-sukan terkemuka Belanda, Koen Weijland pada tahun 2016. Majlis tandatangani dihadiri oleh pengarah kelab, Edwin Van Der Sar yang juga penjaga gol lagenda pasukan tersebut. Ajax menyatakan mereka akan menyokong Weijland dalam semua pertandingan yang disertainya.

3) PSV EINDHOIVEN Satu lagi pasukan dari Belanda, PSV Eindhoven turut tidak ketinggalan menyertai arena e--sukan. Mereka telah menganjurkan satu pertandingan bertempat di gelanggang rasmi mereka, Stadium Phillips dan seterusnya memilih yang terbaik untuk pasukan e-sukan mereka. Kelebihan untuk mereka yang menjadi ahli pasukan e-sukan PSV Eindhoiven adalah mereka dapat menggunakan segala kemudahan di Stadium Phillips selain akan turut bersama dalam sesi fotografi pasukan.

4) WEST HAM Selepas menduduki tempat kedua dalam pertandingan FIFA Interactive World Cup, Sean ‘Dragonn’ Allan telah dilamar oleh West Ham United. Tindakan tersebut pada mulanya mendapat tentangan penyokong West Ham yang mempersoalkan hala tuju kelab sebelum mereka menyedari plan jangka panjang West Ham menjadikan e-sukan sebagai cabang baharu empayar mereka. West Ham merupakan kelab Inggeris pertama yang terlibat dengan e-sukan.

5) AS ROMA Kelab Itali ini telah menandatangani perjanjian dengan gergasi e-sukan dunia, Fnatic. Menerusi perjanjian ini, Fnatic akan menguruskan divisyen e-sukan AS Roma selain menyediakan latihan, pertandingan dan segala yang berkaitan mengenai e-sukan kepada kelab dan juga para penyokong.

50

6) MANCHESTER CITY

Pada 2016, Manchester City menyertai West Ham sebagai kelab Inggeris terawal menubukan pasukan e-sukan. City menandatangani Kieran ‘Kez’ Brown sebagai permulaan dalam agenda melebarkan sayap ke persada e-sukan. Brown bagaimanapun meninggalkan City awal Mac tahun ini.

7) VALENCIA Valencia - kelab Sepanyol ditubuhkan 95 tahun yang lalu mengumumkan pasukan e-sukan mereka pada 2016 di stadium kebanggaan, Mestalla. Selain permainan FIFA, pasukan e-sukan Valencia turut merangkumi untuk permainan Rocket League dan Heartstone. Menurut kenyataan Valencia, e-sukan adalah industri yang bernilai ratusan juta dan mereka pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi yang terawal terbabit dalam industri tersebut.

8) SCHALKE Mereka adalah kelab Eropah pertama yang mempunyai pasukan profesional dalam permainan League Of Legend selepas membawa masuk pasukan Elemen untuk slot mereka dalam kejohanan League of Legend Eropah pada 2016. Schalke seterusnya menandatangani juara FIFA Jerman, Mario Viska dan juara FIFA Austria, Berliner Cihan Yasarlar.

9) FC COPENHAGEN Kelab dari Denmark ini mengumumkan penglibatan dalam e-sukan selepas menandatangani pasukan Counter Strike, Team Dignitas dan menjenamakannya menjadi pasukan ‘North’.Prestasi mereka dalam pertandingan antarabangsa cukup cemerlang dimana North mara ke suku akhir ELeague Major tahun lalu selain mara ke separuh akhir DreamHack Masters Las Vegas.

10) PHILADELPHIA 76ers Tidak terhad kepada kelab bolasepak sahaja, e-sukan turut menerima perhatian kelab bola keranjang di Amerika Syarikat. Philadelphia 76ers pada September 2016 mengumumkan pembelian terhadap Team Diginitas dengan nilai dipercayai sehingga 15 juta USD.

51


KESIHATAN

MENGUBAH PERSPEKTIF MASYARAKAT

Terhadap Sukan Umum mengetahui aktiviti bersukan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang merangkumi aspek secara menyeluruh dari segi fizikal, sosial, intelektual dan psikologikal. Walaupunbegitu, ramai yang tidak mengaplikasikannya sebagai amalan harian. Malah, tahap penglibatan masyarakat terhadap aktiviti seperti ini masih di tahap yang sangat rendah. Kemungkinan punca yang menjadi penyumbang kepada kekurangan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, faktor dalaman diri, faktor kemudahan dan juga faktor persekitaran. Seharusnya amalan bersukan dipraktikkan daripada usia muda. Bukan sahaja hanya di sekolah semata-mata, ibubapa juga perlu memainkan peranan sebagai agen sosial untuk ‘melentur’ diri anak-anak mereka. Kajian menunjukkan tabiat bersenam dalam kalangan dewasa terbentuk semenjak dari kecil.Sehubungan itu, fungsi yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam menanam amalan bersukan boleh mempengaruhi anak-anak melalui pelbagai mekanisme. Sokongan dan sikap yang baik hendaklah ditunjukkan oleh ibu bapa untuk memupuk anak-anak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Percambahan bidang sukan juga merancakkan lagi keinginan kita untuk mengamalkan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian. Ironinya, penglibatan masyarakat untuk memperaktikkannya hanya untuk mendapatkan nama di arena sahaja bukan hanya kesihatan semata-mata. Persoalannya, bagaimana mahu mengubah persepsi ini?

52

Apa yang penting, individu perlu didedahkan dengan lebih terperinci lagi tentang kepentingan bersukan di dalam diri. Kehidupan pada zaman serba moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan permikiran. Dalam kesibukan membangunkan negara, golongan profesional dan separa profesional sering kali terpaksa mengabaikan amalan bersukan atas faktor kekangan waktu. Kegiatan sukan merupakan langkah awal dalam mengawal penyakit kronik. Usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat mampu mengubah tanggapan masyarakat dalam aktiviti bersukan. Impak yang jelas ialah sukan mampu menjana kesihatan dalam masyarakat untuk terus melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antarabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Disamping itu, perspektif masyarakat boleh diubah jika menjadikan amalan bersenam sebagai salah satu instrumen penting bagi mengeratkan perpaduan dan intergrasi hidup bermasyarakat. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius diperingkat glokal dan global, ia mampu menjana keuntungan. Ibu bapa perlu berfikiran terbuka terhadap sukan ini kerana sukan pada masa sekarang sukan tidak lagi seperti dahulu.

Buktinya? Kita boleh lihat mereka yang bergiat aktif di dalam sukan mendapat pelbagai manfaat malah kehidupan mereka juga berubah 180 darjah setelah berkecimpung dalam sukan.

‘Tuah ayam Nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu’. Lihat sahaja atlet yang berjaya sekarang seperti pemain bola sepak secara professional - Datuk Lee Chong Wei, Shalin Zulkifl, Ziyad Zolkifli dan ramai lagi. Masing-masing menjadikan sukan sebagai kerjaya. Ingin ditekankan bahawa penglibatan dalam aktiviti sukan dan senam tidak semestinya menjurus terhadap penglibatan di peringkat kompetitif tetapi ia harus bermatlamatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Kesan menyeluruh aktiviti senaman dan sukan terhadap diri, termasuk dalam aspek intelek haruslah dijadikan asas membentuk tanggapan dan pendekatan terhadap aktiviti senaman dan sukan ini.

53


KOMUNITI

KOMUNITI

KELAB KORYO TAEKWONDO Mahu Jadi Yang Terbaik

Taekwondo merupakan sukan mempertahankan diri yang cukup popular di Malaysia. Ramai ibubapa menghantar anak-anak mereka sejak kecil lagi bagi tujuan mempertahankan diri. Satu soalan sentiasa terbayang difikiran mereka. Dimana tempat terbaik untuk hantar anak-anak mempelajari taekwondo? Salah satu kelab yang cukup terkenal di Lembah Klang adalah Kelab Koryo Taekwondo. Mula ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu, kelab ini sentiasa menjadi ‘kilang’ dalam melahirkan atlet taekwondo terbaik negara.

54

Jurulatih kelab, Encik Muhiyudin berkata, Kelab Koryo sentiasa mempunyai matlmat menjadi kelab terbaik selain mencapai pelbagai kejayaan di dalam mahupun di luar negara. “Saya berasa bangga kerana Kelab Taekwondo Koryo telah menjadi salah satu lambang kepada sukan taekwondo di Malaysia. Kelab Koryo ini juga telah mendominasi anugerah kelab taekwondo terbaik Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2017. “Saban tahun bilangan pelajar yang mendaftar di bawah kelab Koryo juga meningkat dan ini menjadikan kelab ini antara yang terbaik di Malaysia,” katanya. Selain di Lembah Klang, Kelab Koryo turut mempunyai cawangan di negeri lain seperti Johor, Pahang dan Melaka. Antara pencapaian terbaik atlet Koryo adalah memenangi 10 pingat emas untuk kategori bawah 12 tahun di Korea pada 2016. Malah, atlet mereka, Rozaimi Rozali juga berjaya memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini “Setelah lapan tahun kemarau pingat emas taekwondo, akhirnya kita berjaya mendapatkan pingat emas melalui Rozaimi dari Johor. Bagi saya, itu antara pencapaian terbaik buat kelab ini sekaligus menjanjikan Koryo sebagai pusat pelapis yang kuat untuk masa akan datang,” kata jurulatih berusia 27 tahun ini.

DIPUJI JURULATIH LUAR Bermula dengan pelawaan dari jurulatihnya untuk membantu mengajar, Muhiyudin akhirnya telah jatuh cinta kepada bahagian kejurulatihan dan mula fokus menjadi jurulatih setelah tamat pengajian. Bercerita mengenai pengalaman manis sepanjang menjadi jurulatih taekwondo, beliau berkata, tahun 2016 menjadi tahun yang paling menggembirakan buat dirinya kerana memenangi 10 pingat emas kategori bawah 12 tahun di Korea. “Saya tidak sangka kami akan membawa banyak pingat balik ke Malaysia. Pada mulanya kami tidak meletakkan sasaran pingat, kami datang hanya untuk pendedahan kepada pelajar-pelajar kami, tetapi setelah sampai di sana, kami berasa kami boleh mendapatkan sesuatu dan hasilnya kami berjaya memenangi 10 pingat emas di sana. “Saya tidak sangka akan kebolehan pelajar-pelajar muda kami. Kami mendapat pujian dari jurulatih-jurulatih asing dan juga media di sana. Saya rasa Malaysia bakal mempunyai pelapis yang kuat dan mampu mengangkat sukan taekwondo negara di mata dunia,” katanya. Dunia Sukan sempat bertanyakan pendapat beliau tentang prestasti sukan taekwondo Malaysia ketika ini, beliau berkata masalah dalaman sebelum ini telah merencatkan perjalanan sukan taekwondo di negara kita. Ditanya tentang harapan beliau, anak jati Klang ini berharap sukan taekwondo Malaysia akan terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa. “Saya memasang impian untuk melahirkan pelajar di bawah bimbingan saya sendiri untuk memenangi pingat emas di Olimpik nanti. Saya percaya akan kemampuan pelajar-pelajar saya dan ini tidak mustahil,’ katanya.

55


KAYUH

KAYUH

PROGRAM BERBASIKAL DEKATKAN RAJA DENGAN RAKYAT

S

atu program basikal bersempena dengan acara ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ telah diadakan Mac lalu di Perlis anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Program kayuhan tersebut turut disertai delegasi luar seperti Asia Islamic Universities Association (AIUA), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), agensi-agensi kerajaan dan beberapa kelab berbasikal di sekitar Perlis. Lebih menarik, ia turut disertai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Canselor KUIPs. Kayuhan sejauh 12 kilometer itu bermula dan berakhir di Masjid Kampung Sentua, Utan Aji. Rektor KUIPs, Prof. Madya Dr. Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata, objektif utama program yang memasuki edisi ke-21 ini diadakan adalah untuk menyantuni golongan-golongan Asnaf ini dari satu tempat ke satu tempat dengan harapan bantuan yang diberikan ini mampu meringankan beban mereka.

56

“Saya pasti akan berkongsi detik manis ini bersama teman-teman saya di Indonesia nanti dan berharap kami juga boleh melakukan program seperti itu. Jarang kita melihat Raja itu sendiri turun mendekati rakyat dengan cara bersantai,” kata Yudian Wahyudi, Rektor Universiti Islam Sunan Kalijaga, Yogyakarta. Pada sebelah malam pula, satu majlis makan malam telah berlangsung bagi meraikan ulang tahun kelima Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Tuanku Syed Faizuddin dalam titahnya mengucapkan tahniah kepada institusi itu di atas sambutan lima tahun penubuhannya setelah mengharungi pelbagai cabaran yang mendewasakannya dalam dunia pendidikan berteraskan Islam. Sebagai rekod, KUIPs yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mempunyai seramai 564 orang pelajar dengan mana 10 peratus daripadanya adalah pelajar luar negara. “Kita memberi bantuan zakat kepada golongan yang layak melalui program kayuhan berbasikal bersama Raja Muda Perlis sendiri. Selain itu, kita membawa delegasi luar untuk mereka merasai sendiri pengalaman unik dan secara tidak langsung dapat merapatkan perhubungan sesama kita,” ujar Mizan. Beliau turut berharap akan ada lebih ramai pihak tampil memberi sumbangan pada masa akan datang. “Melihat dalam jangka masa panjang, kemungkinan kita akan memperluaskan lagi program ini di lain-lain tempat termasuk di luar negara pada masa akan datang. “Sedikit sebanyak ia dapat memberi aura positif kepada masyarakat setempat selain menceriakan kehidupan mereka,” tambah Mizan. Bagi delegasi jemputan luar, mereka nyata kagum dengan program berbasikal sebegini. “Saya terkejut apabila melihat Raja Muda Perlis sendiri menaiki basikal dan bersama-sama berkayuh dalam program ini. Ia satu pengalaman baharu buat saya.

57


LASAK

SYAKIRAH PECAH DOMINASI Suatu ketika dahulu, sukan jet ski cukup popular di kalangan penggiat sukan air tempatan sehingga melahirkan pelumba professional yang berjaya menempa nama di pentas antarabangsa. Satu perkara yang boleh disimpulkan dalam sukan ini adalah penunggang lelaki lebih mendominasi sukan ini berbanding wanita.

58

LASAK TEMPUR

Namun, persepsi itu disangkal oleh Syakirah binti Naza. Mengenali dengan lebih dekat gadis berusia 25 tahun ini, dia yang juga anak kepada Timbalan Presiden Persatuan Jet Ski Malaysia, Haji Naza Haji Omar, menceritakan bagaimana drinya mula jatuh cinta kepada sukan jet ski ini. Bersempena dengan kejuaraan Danga Bay PWC Challenge di Johor baru-baru ini, Dunia Sukan berkesempatan bertemu sendiri dengan Syakirah. “Saya mula berjinak-jinak dalam sukan jet ski seawal usia 12 tahun. Saya banyak mempelajari teknik pengendalian daripada ayah saya kerana beliau juga seorang pelumba professional. Ayah saya banyak menolong dalam membantu memperbaiki tunggangan saya. Menurut Syakirah, ahli keluarganya adalah watak penting dalam memacu karier perlumban sukan jet ski ini. “Saya aktif sejak di bangku sekolah. Kedua-dua ibu saya selalu memberi galakan. Mereka berdua merupakan pengasas kepada Malaysia Spark Team jadi memang saya bertuah kerana selalu berpeluang untuk berlatih” tambahnya. Bercerita mengenai dirinya sebagai ‘bunga’ dalam sukan yang rata-ratanya dikuasai oleh ‘kumbang’, dia mempunyai peristiwa menarik apabila ditanyakan soalan sebegitu. “Pada mulanya ramai yang tidak tahu saya perempuan kerana kami semua para peserta perlu memakai topi keledar. “Selepas saya buka topi keledar, baru mereka tahu yang mereka berlumba dengan wanita. Rata-rata mereka terkejut dengan saya,” kata Syakirah yang bekerja sebagai seorang pereka grafik. Bagi bapanya, Haji Naza, penglibatan anaknya itu diharap dapat membuka mata orang ramai bukan sahaja dari golongan wanita tetapi termasuk kaum lelaki untuk kembali meminati sukan jetski yang popular satu ketika dahulu. “Saya berharap agar ramai lagi pelapis muda di luar sana yang berminat dengan sukan jet ski ini agar Malaysia tidak ketandusan bakat dan boleh bersaing di luar negara. “Kita tidak mahu sukan ini semakin tenggelam di kalangan generasi muda memandangkan kita mempunyai potensi dan peluang untuk meraih kejayaan melalui sukan jet ski ini, katanya lagi. Haji Naza turut memberitahu Malaysia ketika ini sedang mempersiapkan atlet untuk saingan Sukan Pantai Asia di Turkemenistan yang berlangsung dua tahun lagi. “Jetski merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam temasya tersebut. Sasaran kami pastinya mahu muncul sebagai pasukan terbaik namun kami perlu berwaspada dengan strategi atlet dari Thailand”. “Mereka ada datang pada kejohanan PWC Challenge ini tetapi lebih kepada memerhati. Mereka ada perancangan tersendiri namun kita tidak gentar kerana kita juga mempunyai perancangan tersendiri”.

59


LASAK FESYEN

LASAK

MAHU JADI YANG TERBAIK

Bagi Nurul Izzati, dia tidak gentar menyertai sukan permotoran yang menguji fizikal, mental, daya ketahanan badan serta kemahiran memacu jentera pada tahap tinggi sementara Nur Aina pula berminat terhadap sukan permotoran itu hadir sejak berusia 10 tahun. “Ketika itu saya dan kakak mengikuti ayah kami Md Adnan Abdullah, 60, menyertai pertandingan sukan itu di seluruh negara. Sejak kecil kami sudah didedahkan dengan aktiviti ini. Kami teruja apabila melihat ayah memandu pikap dan berjaya mengharungi cabaran di trek. “Kali pertama memandu pikap Mitshubishi Triton, saya panik dan hampir membuat kenderaan itu terbalik dan itulah pengalaman tidak dapat saya lupakan,” katanya yang juga pelajar jurusan Perakaunan di Universiti Multimedia.

T

idak serik dan ingin kembali ke dunia pemotoran. Itulah luahan dua beradik ‘Gadis Besi’ selepas ditimpa kemalangan pada Rainforest Challenge 2017 di Pekan Balok, Pahang, tahun lepas. Imej gadis dan berperwatakan lembut sering dianggap tidak sesuai untuk menceburkan diri dalam sukan permotoran seperti pemanduan lasak pacuan empat roda (4x4) yang kebanyakannya dimonopoli lelaki. Bagaimanapun, dua beradik, Nurul Izzati Md Adnan, 27 dan Nur Aina Md Adnan, 22, berjaya menyangkal persepsi itu, sekali gus membuktikan mereka setanding lelaki apabila menyertai pertandingan.

Bagi Izzati, banyak pantang larang yang perlu kami ikut setiap hari, tetapi ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk mengejar cita-cita. “Segala pengorbanan dan kerja keras itu berbaloi apabila mereka tampil selaku pemandu dan pembantu arah yang berjaya mencipta nama dalam pertandingan berkenaan” kata Izzati. Selain mengejar cita-cita menjadi pemandu profesional, mereka berdua turut berazam mengetengahkan sukan permotoran itu kepada golongan muda terutama kaum hawa. “Saya memang tidak boleh mengelak daripada pandangan sinis dan cemuhan masyarakat terutama pada awal pembabitan dalam sukan permotoran ini. Ketika di alam persekolahan, guru turut mempersoalkan keputusan saya menceburkan diri dalam sukan yang dianggap hanya sesuai untuk lelaki ini. “Namun, kini segalanya sudah berubah dan masyarakat menerima kami sebagai pemandu wanita dalam perlumbaan ini” kata Izzati. Tambahnya, persepsi sukan ekstrem hanya sesuai untuk lelaki tidak lagi relevan. “Kini, ramai wanita yang beraksi dalam pelbagai sukan ekstrem di serata dunia. Mereka wanita moden yang gemarkan cabaran dan suka bersaing dengan lelaki walaupun risikonya besar”.

BIDADARI 4X4

Buktikan Kemampuan Nurul Izzati

KEMALANGAN LUMRAH RFC

“Kami berdua jatuh dan tidak sedarkan diri sehingga pasukan marshal datang memberikan bantuan,” katanya. Akibat dari kejadian itu, Aina mengalami pendarahan di telinga kanan dan hilang ingatan pada kejadian itu manakala Izzati mengalami lebam di muka dan bahagian kanan anggota badannya. “Aina tidak sedarkan diri selama dua minggu di hospital. Ahli keluarga kami bimbang dengan keadaannya ketika itu dan kini alhamdulillah keadaannya beransur pulih seperti sedia kala,” katanya.

Ditanyakan mengenai kejadian malang yang menimpa mereka berdua pada kejohanan RFC tahun lepas, mereka berdua hanya mampu ketawa kecil apabila kejadian itu disebabkan radiator kereta pecah menyebabkan air panas merecik sekaligus membuatkan mereka panik. “Pada masa itu kami berdua panik kerana berfikir kereta kami akan terbakar. Saya (Nurul Izzati) bertindak menolak Aina keluar dari tingkap kereta sebelum saya melompat keluar dari pintu. Nur Aina Md Adnan

60

61


OLIMPIK

OLIMPIK

PYEONGCHANG

2018 TINGGALKAN Legasi Tersendiri

Sukan Olimpik musim sejuk yang dianjurkan selama hampir dua minggu di Pyeongchang, Korea Selatan menutup tirainya pada Februari. Pelbagai kisah menarik baik berita yang mengembirakan mahu pun yang menyedihkan dibaca peminat sukan seluruh dunia sepanjang temasya berlangsung. Edisi kali ini juga mempunyai nilai tersendiri untuk kontinjen negara yang beraksi buat pertama kalinya di Sukan Olimpik musim sejuk. Berikut antara momen menarik yang dititipkan pada Pyeongchang 2018.

1) KOREA UTARA JUARA SORAK Di Pyeongchang, Korea Utara telah menghantar lebih ramai ahli pasukan sorak berbanding atlet mereka ke negara jiran itu. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ramai yang ingin mengambil gambar dan bersorak untuk mereka. Bagi kebanyakan penduduk Korea Selatan, ini adalah kali pertama mereka berjumpa dengan saudara mereka yang berada di utara.

2) NORWAY CIPTA REKOD BAHARU Negara scandinavia, Norway menjuarai temaysa di Pyeongchang selepas memenangi 14 pingat emas, 14 perak dan 11 gangsa. Jumlah keseluruhan 39 pingat merupakan rekod baharu yang dicipta. Sebelum ini, juara dengan koleksi pingat terbanyak dipegang oleh Amerika Syarikat iaitu 37 pingat pada temasya Vancouver 2010. Ini juga merupakan kali kelapan Norway muncul juara dalam temasya Sukan Olimpik musim sejuk. Apa yang lebih teruja, salah seorang atlet mereka, Marit Bjørgen, mengaut 5 pingat (2 emas, 1 perak, 2 gangsa) dari jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi Norway. Berusia 37 tahun, ini adalah Olimpik kelima yang disertai oleh beliau. Sepanjang 5 edisi, Bjorgen telah pun memiliki 15 pingat.

4) KEJUTAN HARI KEKASIH. Masih lagi dengan Hari Kekasih, beberapa atlet dan jurulatih dari kontinjen Finland mencuri tumpuan orang ramai apabila mereka mengait selimut untuk dihadiahkan kepada Presiden Finland yang baharu sahaja menyambut kelahiran anaknya. Tradisi ini sebenarnya telah bermula pada temaysa di Sochi 2014 dan Finland sangat berbangga dengan apa yang mereka lakukan ini.

Selain mendahului tangga pingat, Norway juga membuat kejutan yang melucukan pada Hari Kekasih. Pasukan curling mereka dilihat memakai seluar panjang yang bercorakkan hati berwarna merah jambu menghiasi arena ais Pyeongchang.

62

Atlet luncur ais laju (speed skating) Great Britain, Elise Christie jatuh sebanyak tiga kali semasa berlumba di trek. Walaupun beliau merupakan pemenang pingat emas dalam Kejohanan Dunia 2017, Christie mengalami nasib berbeza di Sukan Olimpik. Ia sememangnya tragedi buat Christie yang berjanji akan bangkit pada temaysa 2022 di Beijing nanti.

BERSATU DI GELANGGANG 5) PAKAIAN TERDEDAH TANPA SENGAJA 8) KOREA HOKI AIS Peserta luncur ais Perancis, Gabriella Papadakis pasti akan mengenang penampilannya di Pyeongchang. Semasa menari dengan pasangannya Guillaume Cizeron, pakaian Papadakis secara tiba-tiba terdedah lebih daripada biasa secara tidak sengaja. “Ia adalah mimpi ngeri saya yang paling teruk berlaku di Sukan Olimpik,� katanya. Bagaimanapun, pasangan itu terus mengekalkan momentum, bergembira di pentas dan akhirnya mereka berjaya memenangi pingat perak.

6) ABANG SADO DI RIO KEMBALI DI PYEONGCHANG 3) SELUAR BERCORAK HATI

7) JATUH 3 KALI

Masih ingat pembawa bendera Tonga pada Sukan Olimpik musim panas di Brazil, 2016? Ya, Pita Taufatofua menjadi bualan ramai selepas membawa bendera negaranya dengan pakaian tradisi masyrakat Tonga tanpa memakai baju sehingga menampakkan otot-ototnya. Pita kembali di Pyeongchang dengan kostum yang sama. Walaupun cuaca sejuk, beliau tetap bersahaja dalam acara perasmian dan penutup temasya. Beliau yang beraksi dalam acara taekwondo di Brazil menyertai Sukan Olimpik musim sejuk sebagai peserta acara ski merentas desa.

Berlaku penyatuan antara Korea Utara dan Korea Selatan dalam acara hoki ais wanita dimana mereka bersatu beraksi dalam satu pasukan. Pasukan ini terdiri daripada 22 pemain Korea Selatan dan 13 pemain Korea Utara. Bagaimanapun aksi mereka sedikit menghampakan dalam peringkat kumpulan selepas dibelasah 8-0 oleh Sweden dan Switzerland sebelum tewas 1-4 kepada Jepun. Begitupun, bukan aksi di dalam gelanggang menjadi ukuran kerana dunia melihat penyatuan ini sebagai permulaan untuk kembali menjernihkan hubungan kedua-dua negara yang agak tegang ketika ini.

9) SEJARAH BUAT MALAYSIA Bagi rakyat Malaysia, Pyeongchang 2018 merupakan edisi bersejarah selepas dua atlet negara buat pertama kalinya beraksi di temasya ini. Julian Yee menamatkan kedudukan di tangga-25, hanya terlepas satu slot sahaja ke pusingan seterusnya dalam acara figure skating. Peluncur apline ski, Jeffrey Webb pula menduduki tangga ke-68 dari 110 peserta yang beraksi dalam acara giant slalom sebelum tidak berjaya untuk menyempurnakan pusingan pada acara slalom.

63


TEMPUR Di Amerika, peminat gusti memang sudah dikenali sengan sikap fanatik mereka terhadap bintang-bintang gusti kegemaran. Ada yang memakai kostum sama seperti bintang pujaan mereka. Senario tersebut sudah pun menular ke seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Jika pasukan bola mempunyai penyokong yang dikenali sebagai ‘ultras’, gusti mempunyai ‘Lalang Squad’. Kewujudan Malaysia Pro Wrestling (MyPW) sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor penubuhan Lalang Squad. Bermula dengan 6 orang, kini mereka mempunyai ahli seramai 16 oang. Penubuhan Lalang Squad adalah bertujuan memberi sokongan moral kepada penggusti tempatan yang beraksi di MyPW. Selain itu, Lalang Squad menjadi medan perkongsian suara terhadp isu-isu semasa berkaitan gusti profesional. Bagi mereka, ahli gusti profesional tempatan juga berkualiti setanding bintang antarabangsa. Hasil kerja keras mereka, acara MyPW yang dianjurkan sebelum berjaya mendapat perhatian media-media tempatan selain dipenuhi peminat gusti dari setiap sudut. Kewujudan mereka bagaimanapun pada awalnya menerima pelbagai persepsi buruk. Mereka diketawakan netizen yang mengganggap gusti di Malaysia tidak mampu untuk pergi jauh. Mereka dituduh sebaga kroni serta dilabel penyokong berbayar bagi memenuhkan tempat duduk. Ada ketikanya ahli-ahli Lalang Squad dihalau dari tempat duduk ringside yang dibeli dengan duit sendiri hanya kerana diminta untuk memberi laluan kepada jemputan VIP. Paling dahsyat, mereka telah dituduh mengambil bahan terlarang kerana menyorak tanpa henti sepanjang aksi gusti berlangsung. Tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan masih tidak berjaya memudarkan semangat Lalang Squad untuk terus ‘menggilai’ arena gusti tempatan. Menggunakan duit poket sendiri untuk membeli tiket, membuat sepanduk, baju dan poster, Lalang Squad tetap dengan sikap fanatik mereka. Industri gusti profesional di Malaysia yang pada dahulunya dicemuh dan ditertawakan kini sudah mendapat perhatian termasuk dari promoter WWE yang mengintai ahli gusti Malaysia untuk dibawa ke pentas mereka di Amerika. Semua ini dulu hanya mimpi tetapi kini ianya menjadi realiti. Lalang Squad tidak akan berhenti memberi sokongan dan mahukan hanya yang terbaik untuk arena gusti Malaysia. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai atau mengikuti perkembangan terkini Lalang Squad, anda boleh ikuti laman instagram, facebook dan youtube rasmi mereka. Hanya disini anda akan dapat perkembangan terkini arena gusti tempatan dengan lebih pantas dan tepat.

64

FANATIK GUSTI

65


TEMPUR

SHADOWCAT, Alligator Curi Tumpuan

TEMPUR

“Terima kasih rakan sepasukan, keluarga, para penyokong dan juga jurulatih saya, Melvin Yeoh atas kemenangan ini. Saya tidak dapat ungkap dengan kata-kata” -

M

ac lalu menyaksikan pentas pertama ONE Championship berlangsung pada tahun ini. ONE: VISION OF VICTORY merupakan acara ONE Championship pertama diadakan di Axiata Arena selepas 2 tahun dipindahkan ke Stadium Negara ekoran venue asal tersebut menjalani pengubahsuaian sempena Sukan SEA. Hanya empat bintang negara beraksi pada malam tersebut selepas aksi Hisyam ‘Zephyrus’ Samsudin terpaksa dibatalkan ekoran kecederaan yang dihadapi lawannya, Jerome S Paye. 3 daripada bintang MMA negara memenangi pertarungan dimana dua daripadanya iaitu Jihin Radzuan dan Agilan Thani menjadi tumpuan utama pada acara tersebut. Beraksi pada debutnya dalam pentas ONE FC, Jihin “Shadowcat” Radzuan langsung tidak menunjukkan rasa gentar berdepan jaguh India yang lebih berpengalaman, Pooja Tomar. Atlet berusia 19 tahun itu mengakui menghadapi sedikit cabaran daripada pesaingnya sewaktu berbalas tumbukan pada awal pusingan, namun berjaya mengatasinya apabila dia membawa lawannya itu ke lantai. Semasa di pusingan kedua, Jihin dilihat dapat mengawal rentak perlawanan dan memaksa pesaingnya menyerah kalah pada minit ke 2:23 pertarungan menerusi kuncian tiga segi (triangle choke). Bagi Agilan “The Allgator” Thani pula, dia meneruskan rekod cemerlangnya di Kuala Lumpur selepas menewaskan Amitesh Chaubey yang juga dari India.

Jihin Radzuan.

Agilan seperti biasa menguasai perlawanan dengan gerakan kunciannya. Namun Amitesh berjaya bertahan pada pusingan kedua. Agilan yang mendapat sorakan gemuruh dari penonton ini kemudiannya sekali lagi menghumban lawannya dan memaksa pesaingnya itu menyerah kalah melalui kuncian tangan pada pusingan kedua. Seorang lagi peserta negara yang memenangi pertarungan pada malam tersebut ialah Muhammad Aiman. Berbeza dengan Jihin dan Agilan, Aiman terpaksa bekerja keras dalam pertarungan itu sebelum diumumkan pemenang hasil keputusan sebulan suara juri selesai 3 pusingan diadakan. Pertarungan utama pada acara tersebut yang melibatkan bintang negara, Gianni Subba menentang Recce McLaren dari Australia pula tidak berpihak kepada peninju negara. Gianni bagaimanapun memberikan saingan sengit kepada lawannya itu dengan aksi tumbukan sehingga membuatkan Recce berdarah dibahagian kepala. Pada pusingan kedua, kesilapan Gianni membuka ruang untuk Recce menghumbannya ke lantai.

“Saya tidak berapa ambil pusing rekod bersih di Malaysia. Saya tidak kisah berlawan di dalam atau luar negara. Saya sedia untuk bertarung dimana-mana” -

Dari situ, Recce yang sememangnya lebih mahir dalam pertarungan atas lantai menguasai lawannya sehinggalah Gianni menyerah kalah setelah menerima kuncian tiga segi. Selain 4 aksi tersebut, beberapa lagi pertarungan yang diadakan pada malam ONE: VISIONS of VICTORY menayksikan Christian Lee dari Singapura tewaskan Kazunori Yokota dari Jepun, Danny Kingad (Filipina) tewaskan Sotir Kichukov (kyrgyzstan), Luis Santos (Brazil) tewaskan Kiamrian Abbasov (Rusia), Michelle Nicolini (Brazil) tewaskan Iryna Kyselova (Ukraine), Ahmed Mujtaba (Pakistan) kalah kepad Ma Jia Wen (China) dan Khon Sichan (Kemboja) menang ke atas Riski Umar dari Indonesia.

“Aksi kali ini sedikit sukar namun saya bersyukur dapat memenangi pertarungan ini dihadapan penyokong Malaysia” -

Muhammad Aiman.

“Saya perlu banyak belajar daripada kekalahan iini terutama sekali skill BJJ saya. Saya akan perbaiki kekurangan ini pada masa hadapan” Gianni Subba.

Agilan Thani.

66

67


PERMOTORAN

PERMOTORAN Kejayaan jenama Benelli menjadikan Benelli TNT 125 sebagai jentera kecil dan ringan paling popular di Malaysia membawa mereka untuk hadir dengan edisi istimewa jentera tersebut yang menjalani pengubahsuaian estetik yang baharu.

Benelli TNT 135 LE yang dilancarkan baru-baru ini adalah “mini/fun” bike yang merupakan varian yang terkecil di rangkaian Benelli. Untuk edisi terhad ini, ia dilengkapi dengan banyak aksesori estetik tambahan. Aksesori tambahan ini memberikan wajah yang lebih sporti untuk TNT 135 LE. Di bahagian hadapan, versi LE dilengkapi dengan tuas brek & klac dengan pelindung bar pemegang, penaik bar pemegang, penutup takungan cecair brek hadapan, “axle bar” hadapan dan pemijak kaki hadapan yang berwarna merah. Di bahagian belakang pula dilengkapi pelbagai aksesori dari penutup minyak enjin, penutup penapis minyak , pelindung enjin, pemijak kaki belakang, “axle bar” belakang, dekorasi casis dan penutup ekzos “carbon fiber”.

BENELLI

TNT 135 LE

Kecil Yang Stylo

68

Casis TNT 135 LE ini pula dicipta setaraf dengan enjinnya yang berteknologi maju. Bermula dengan rekabentuk casis “steel-tube lattice” yang serupa dengan casis motosikal kami yang lebih besar, tetapi ianya lebih kecil dan ringan. Geometri casis yang optimum membantu memastikan pengendalian yang stabil & sporti di semua permukaan jalan, manakala fork “inverted” 41mm di hadapan yang serupa dengan motosikal kami yang lebih besar dan sistem penyerap hentakan tunggal yang boleh dilaras di bahagian belakang membantu melindungi penunggang & penumpang di semua permukaan jalan.

BenelIi TNT 135 LE adalah sporti, ringan, dan mudah untuk dikendali. Motosikal ini dilengkapi dengan rim aloi, brek cakera depan & belakang, rekabentuk casis ‘steel-tube lattice”, sistem suspensi hentakan tunggal di belakang, fork “inverted” di hadapan dan sistem exzos berkembar yang memberi bunyi ekzos yang sporti tapi senyap. Ia memberikan TNT 135 LE rupa motosikal berteknologi tinggi & besar, menghidupkan enjin juga amat senang dengan adanya butang “push start” elektrik . Roda TNT 135 LE pula adalah unit aloi 12-inci yang dilengkapi tayar mencengkam & berprofil tinggi menawarkan keselesaan tambahan kepada penunggang & penumpang. Kualiti yang dibawakan oleh Benelli kepada edisi terhad TNT 135 ini tela dibuktikan semasa sesi pengenalan jentera kepada media menerusi pertunjukan lasak dari dua atlet ‘stunt’ dari Thailand, Withithep Komolhiran dan Yupadee Vongtaveesub.

Hanya 1000 unit TNT 135 LE yang dikeluarkan. Jentera ini boleh dibeli dari semua pengedar Benelli yang sah.TNT 135 LE boleh didapati dengan 3 pilihan warna, Hitam, Putih & Merah dengan stiker stripe edisi terhad, stiker running “Limited Edition” hanya untuk 1000 unit yang dikeluarkan & harganya pula RM9988.00 tidak termasuk GST & insurans. Dengan harganya yang sangat berpatutan, ia adalah motosikal yang sangat sesuai untuk penunggang yang muda atau baru.

Versi TNT 135 LE ini mempunyai penyejuk minyak, 135cc, dua palam pencucuh, SOHC dengan transmisi 5 kelajuan yang memenuhi piawaian EURO 4. Enjin TNT 135 LE mengeluarkan 13 kuasa kuda, ini menjadikan kuasa enjin sangat mudah dikendali. Dengan transmisi 5 kelajuan pula, penunggang akan sentiasa dapat mencari gear yang sesuai untuk setiap keadaan. Ini menjadikan Benelli TNT 135 LE sebagai motosikal yang amat sesuai untuk golongan muda mahupun penunggang baru.

69


EKSKLUSIF

borang langganan

Tempah Sekarang!! B er mina t unt u k melanggan majalah dunia Sukan?

/2017

8 Edisi 5

7

201

KRIKET A WAhNIT

A LIG A VIU UNI PREIKET DSasar KR ysia n 3

K is a a n d i 3 Sr ik K riket ys ia M a la

la ye M a D iv is ke

& HIM L RA RIZA A ZIE RA JMI Fwar, atang NAubaneKsami D

IFWAT L AKMIABA K AT WA R IS JAGA AYA H N G GAWA

A

IM

R “DA

ng 1

an

m Ann Os S

“PENTA

AN RUNG , PERTA SAMA

ZA”

BERBE

BORANG MELANGGAN

RM 8.000 10.0

F RU

ID DR

LAN

SE KE

B in ta La h ir K ila n g o n d o Ta e kw

YSIA SEM. MALA RM WAK H & SARA

S INO

R GO

0 8.0 RM 10.00 RM

P ba Te r n g a n De

SIA LAY MA K M. WA SE RA SA H&

FA WA DIA ggi liding NA ng Tinarag

1

SABA

VKEILAAB KORYO O EG

Bh nggu Tu

BA

58/

SA

i Edis

Maklumat Peribadi Nama

No K/P

Alamat Bandar

Email

Poskod Telefon ( Rumah )

JENIS LANGGANAN

Telefon ( Pejabat )

[

] Persendirian

Telefon ( Individu )

[

] Korporat

Cara Pembayaran

[

]

Wang pos/ kiriman wang/ cek bepalang bernombor _________ RM __________ atas nama DS AMAL GLOBAL SDN. BHD. ( Sila tulis nama di belakang Wang Pos / Cek. Hanya cek tempatan diterima. Sila Sertakan komisyen untuk cek luar Kuala Lumpur )

[

]

Pembayaran melalui akaun CIMB 8006859079. ( Sila email slip pembayaran dan borang langganan kepada myduniasukan@gmail.com )

PAKEJ

70

[

] RM 27 untuk 3 Keluaran

[

] RM 54 untuk 6 Keluaran

[

] RM 108 untuk 12 Keluaran

Hantarkan borang langganan anda kepada :

DS AMAL GLOBAL SDN. BHD. No. 1-2 D’bayu Business Centre, Jalan Serambi U8/ 24, Bukit Jelutong, Shah Alam. Email : myduniasukan@gmail.com Tel : 03 - 7832 5263

71


Edisi 58/2017

IMPAK KRIKET MALAYSIA ANJUR ACC BAWAH 19

FABRIO MAGRAO DARI TIMOR LESTE KE KUALA LUMPUR

NATASHA ONN BINTANG GOLF DALAM PEMBIKINAN

An Najwa Julian Yee -Buru tiket ke Liverpool

SEM. MALAYSIA

SABAH & SARAWAK

RM 8.00 RM 10.00

-Tak Sabar ke Pyeongchang



Edisi 58/2017

IMPAK KRIKET MALAYSIA ANJUR ACC BAWAH 19

FABRIO MAGRAO DARI TIMOR LESTE KE KUALA LUMPUR

NATASHA ONN BINTANG GOLF DALAM PEMBIKINAN

An Najwa Julian Yee -Buru tiket ke Liverpool

SEM. MALAYSIA

72

SABAH & SARAWAK

RM 8.00 RM 10.00

-Tak Sabar ke Pyeongchang



Dunia Sukan 63  
Dunia Sukan 63  
Advertisement