Page 1

NAME

NO. MATRIX

Mohd Hilman Bin Saat

20DPM18F1056

Aiman Haziq Bin Ismail

20DPM18F1053


Keunggulan pimpinan Nabi Muhammad SAW


PENGENALAN • Nabi Muhammad SAW diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 april tahun Gajah, Baginda diputerakan di kalangan keluarga ternama dalam masyarakat Quraisy • Baginda dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika berusia 40 tahun , Baginda telah menerima wahyu yang pertama pada 17 ramadhan bersamaan 16 ogos 610 masihi , iaitu melalui surah AL Alaq 1-5 • Baginda mula menjalankan dakwah secara sulit selama tiga tahun dan kemudian secara terbuka , baginda bukan sahaja nabi atau rasul tetapi juga pemimpin negara dan masyarakat serta perancang ekonomi yang disegani


Bukti keunggulan kepimpinan Nabi Muhammad SAW


1) Sebagai pemimpin politik


1. Nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam menyelesaikan masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat banjir yang melanda Makkah ketika itu. 2. Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka.


2) Sebagai pemimpin masyarakat


Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai langkah seperti: 1. Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah perpecahan begitu lama. 2. Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari segi politik dan ekonomi.


• Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan 3. Ansar dan mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu.


4.• Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat

yang berjaya kerana baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di bawah pemerintahan Islam. Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.


3) Sebagai pemimpin Tentera


1.

Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah, dan akhlak mulia 2. Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan, baginda bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman. 3. Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam.


4. Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin

perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar , baginda menggunakan sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik mengepung dalam perang Taif.


Peranan Utama Pemimpin dalam sesebuah organisasi


Bersikap Adil Dalam menjalankan suatu tanggung jawab, sudah tentu pemimpin akan dihadapi dengan permasalahan kelompok yang berselisih faham pada pemberian keputusan. Pemimpin diharuskan untuk mampu bersikap adil dalam memberikan keputusan dari berbagai macam persoalan yang ada. Bersikap adil berarti mampu menentukan segala keputusan dari dua permasalahan yang ada. Pemimpin yang mampu bersikap adil tentunya akan mampu memberikan keputusan yang bijak untuk memecahkan suatu masalah.


Bersikap Menghargai • Menghargai bermaksud mengakui kemampuan dari seseorang. Pemimpin yang baik perlu memiliki peranan yang kuat dalam sikap menghargai seorang bawahannya, baik dalam situasi dan keadaan hati yang baik ataupun buruk, pemimpin harus bersikap secara dinamis dalam menghargai anggota. Sikap rendah hati ini pun jelas diperlukan oleh seorang pemimpin dalam mewujudkan bentuk kepemimpinan ideal bagi kelompoknya.


Memiliki Daya Kekuatan Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental. Sehubungan itu, wajar kita melatih generasi muda supaya mempunyai nilai dan memiliki daya kekuatan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di sekelilingnya. Untuk itu kita perlu melatih generasi muda supaya belajar daripada keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.


kesimpulan • Jelaslah bahawa nabi muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan dan pemimpin tentera yang bejaya. • Baginda cuba menonjolkan islam yang tidak hanya mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian. Beginda bejaya membina tamadun islam dan diwarisi pula oleh khulafa al rasyidin

Profile for Mohd Hilman

bukti keunggulan kepimpinan nabi Muhammad SAW  

bukti keunggulan kepimpinan nabi Muhammad SAW  

Advertisement