Page 1

Apliksi IPeople untuk pengguna kemuka maklum balas kepada MBKS KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MKS) hari ini melancarkan aplikasi IPeople bagi memudahkan orang awam mengemukakan maklum balas secara terus mengenai isu-isu yang mereka hadapi kepada pihak berkuasa tempatan tersebut. Pelancaran aplikasi itu disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Prof Dr. Sim Kui Hian dengan diiringi Datuk Bandar MBKS, Datuk James Chan di Pasar Komuniti Stutong, di sini. Dr Sim dalam ucapannya berkata, aplikasi itu yang merupakan projek perintis pertama MBKS bersama Techninier Sdn Bhd, kini boleh dimuat turun secara percuma pada telefon pintar masing-masing di Apple App Store dan Google Play Store dalam dua minggu akan datang. "Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan menerima maklum balas berhubung isu-isu yang mereka utarakan dengan lebih cepat melalui telefon pintar masing-masing. "Ia sememangnya sangat mudah untuk digunakan dan oleh itu, saya berharap orang ramai atau pengguna aplikasi ini akan menggunakan IPeople App MBKS dengan bijak dan sewajarnya supaya duplikasi permintaan dan maklum balas mereka dapat dikurangkan, dan seterusnya diselesaikan dengan lebih cepat," katanya. Dr Sim yang juga Calon BN Parlimen Stampin memuji usaha MBKS kerana memperkenalkan apliaksi itu di mana ia turut membolehkan orang awam menjadi mata dan telinga, sejajar dengan usaha mereka menjadikan bandar raya Kuching sebagai tempat yang lebih baik untuk didiami. Hadir sama, calon BN Parlimen Kuching, Kho Teck Wan.

Profile for Milda Oser

Techninier Gl - Apliksi IPeople untuk pengguna kemuka maklum balas kepada MBKS  

Techninier Gl - Technology & Games - Celcom Game Hero - Endless Trials

Techninier Gl - Apliksi IPeople untuk pengguna kemuka maklum balas kepada MBKS  

Techninier Gl - Technology & Games - Celcom Game Hero - Endless Trials

Profile for mildaoser
Advertisement