Page 1


Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia Pengarah Projek / Project Director Hasnul Jamal Saidon Penyumbang Esei / Essay Contributors Hasnul Jamal Saidon Nur Hanim Mohamed Khairuddin Penyunting / Editor Safinawati Samsudin Pembantu Penerbitan / Publication Assistant Nor Laila Abd. Rozak@Razak Konsep Rekabentuk / Design Concept Mohd Shafiq Haris Online Exhibition http://mgtf.usm.my/exhibit.php

Hasnul Jamal Saidon, 1965Wanita dalam koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia / Hasnul Jamal Saidon, Nur Hanim Mohamed Khairuddin, ISBN 978-967-0226-01-9 1. Women in art--Exhibitions. 2. Feminism and the arts--Exhibitions. 3. Arts, Modern--20th century--Exhibitions. 4. Arts, Modern--21st century-Exhibitions. I. Nur Hanim Mohamed Khairuddin. II. Judul. 704.042 Š2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia. Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula kecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit.

Tel: 04 6533888 ext 3261/2137/4789/4788/4786/3294 Fax: 04 6563531/6535060 Email: dir_muzium@notes.usm.my Website: www.mgtf.usm.my www.mgtfusmpenang.blogspot.com www.tagged.com/mgtfusm www.facebook.com/mgtfusm www.twitter.com/mgtf www.youtube.com/mgtfusm


KANDUNGAN / CONTENTS

TENUNG, RENUNG & MENUNG WANITA

6

READING WOMEN: USM FINE ART COLLECTION AT KANITA (WOMEN DEVELOPMENT RESEARCH CENTER)

9

Nur Hanim Mohamed Khairuddin

Hasnul Jamal Saidon

Wanita Dalam Koleksi Seni Halus Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

10

Hiasan Wanita Dari Koleksi Seni Tradisional Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

44


TENUNG, RENUNG & MENUNG WANITA Bila disorot dari kacamata feminisme, aneka pameran dan penceritaan sejarah di institusi-institusi seperti muzium kerap mengisari hal-hal yang seperti mahu mempertonjol keperkasaan kaum lelaki sahaja. Seperti sains, sejarah dalam apa-apa bidang pun seolah dititip oleh tangan-tangan mereka. Demi sepenuh hati memeri rangka kuasa kejantanan, pengkisahan kaum hawa sering tersisih dan perupaan mereka dipinggir oleh citra-citra kaum adam. Bahkan adakala wanita umpama melukut di tepi gantang: terperosok, tersembunyi, terhijab dan acapkali dipadam dari sejarah perdana: legenda Wan Empok-Wan Malini di Bukit Seguntang ditenggelami mitos Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun. Semenjak dulu, sejak tercipta lipurlara lisan, nyanyian rakyat, hikayat purba dan naratif istana (hasil titipan perawi lelaki), wanita merupakan subjek picisan. Watak dan wajah mereka tidak berapa diserlahkan; kelibat dan susuk mereka kurang diperikan. Di sebalik unsur kejelitaan dan seksualiti mereka yang disanjung dalam pantun dan syair, wanita tetap dianggap makhluk daif yang selama-lama berharap pada belas-ihsan lelaki. Sama ada di rumah, istana atau kayangan, mereka wajib tunduk patuh pada telunjuk suami, ayah, abang, sultan, kadi, hulubalang, menteri, dewa. Meski pensejarahan bangsa tidak berniat menafikan peranan mereka dalam pelbagai bidang, wanita selalu diwar-war sekadar sebagai dayang istana dan inang pengasuh, bonda pahlawan dan nenek kebayan, isteri pingitan dan puteri idaman: yang berahi, yang pertiwi, yang sensual, yang ‘spectacle’. Fungsi mereka hanya demi menghibur, mencantik, mengandam, mengarang dan mempesona susurgalur riwayat. Cerita-cerita yang menyelitkan watak-watak wanita pula tidak banyak yang mengangkat mereka sebagai penyelamat dan serikandi (kecuali sekali-sekala muncul heroin-heroin seperti Siti Zubaidah, Tun Fatimah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong). Mereka cuma bayang6

bayang di balik tabir sejarah dan mitos. Mereka cuma saksi-saksi bisu yang sering ditempelak oleh khalayak hanya kerana mereka wanita: seperti Dang Anum yang payah hendak menceritakan pembunuhan sebenar Jebat oleh Patih Kerma Wijaya bukan Tuah. Cerita hawa adalah cerita dapur, gelanggang joget, kamar tidur dan taman larangan; riwayat nestapa, derita, sengsara dan air mata; kisah gundik, tawanan, rebutan dan pelaris. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan sebuah pameran seni yang memperaga subjek wanita. Dikutip dari koleksi MGTF sendiri, karyakarya catan, cetakan, fotografi dan lain-lain bahan membawa tema kewanitaan. Ia hasil sorotan pelukispelukis negara sejak tahun 1950an hingga sekarang. Pameran tersebut menyajikan pelbagai gaya, bentuk dan isi yang menceritakan kedudukan wanita dalam masyarakat kita: wanita sebagai mewakili elemen penting dalam kehidupan. Sukar dinilai reaksi khalayak ke atas kesan penyelitan elemen seni dalam sains dan imej hawa dalam adam. Objek-objek seni yang disusun dalam ruang muzium kelihatan menyongsangi ehwal-ehwal sains dan teknologi yang menguasai wacana ruang tersebut. Pada hemat kebanyakan anggota masyarakat, bidang seni tidak setaraf ilmu sains: kesenian adalah unsur sosial yang remeh berbanding sains. Manakala karyakarya yang berbau kewanitaan diletak di sudut yang amat kuat nuansa kejantanannya. Entah berapa ramai yang benar-benar teruja menonton potret wanita yang disaji dalam lingkungan keperkasaan lelaki, yang ingin melihat potret-potret tersebut dari sudut perwakilan kewanitaan mereka dan bukan sematamata gambaran susuk wanita? Sedangkan objek-objek dan replika-replika sejarah yang membawa lambang kemajuan manusia (tentunya hasil perahan akal dan kerahan otot lelaki) memenuhi segenap sudut sehingga menghimpit lukisan-lukisan ke penjuru kecil muzium.


Melalui sebahagian karya-karya yang terpilih, tertonjol juga nilai ‘keperkasaan’ wanita. Wanita sebagai ibu yang menggoncangkan buaian, wanita sebagai isteri yang menyediakan hidangan, wanita sebagai pendidik yang tegas berwawasan, wanita sebagai objek penghilang kesah yang tak keruan!

dengan rotan tergenggam di tangan, begitu tegas bersiapsiaga untuk memberi ajar kepada anak-anak di bawah tanggungjawabnya. Adegan ini dilakar secara humor oleh kartunis Lat, yang sering menyelitkan karikatur gurunya ‘Mrs. Liew’ di dalam komik-komiknya sebelum ini.

Wanita sebagai isteri, ibu, kakak, yang tidak pernah luntur kasih sayang kepada anak-anak mahupun adikberadiknya dipaparkan di dalam sebilangan karya. Ia merupakan indikator penting tentang peranan sebenar wanita sebagai bekas untuk kelahiran serta sebagai makhluk yang penuh nilai keibuan menjaga, mendidik dan membelai darah daging supaya hidup terpelihara. Begitu banyak simbol ‘mother and child’ muncul di dalam peradaban manusia. Dari pahatan arca serta ikon keagamaan kaum Kristian merayakan kewujudan Mary dan Jesus kepada siri ibu dan anak Pablo Picasso yang cuba mencari wanita ideal sebagai ibu mahupun isteri, melarat hingga ke rantau ini, seni tampak banyak merakam adegan yang membawa pengertian besar tentang wanita walaupun terbingkai dalam dunia partriarki.

Setinggi manapun pencapaian wanita dalam karier dan dunia profesionalisme, secara adatnya wanita tidak terlepas dari dikaitkan dengan tugas-tugas domestik seperti mencuci, mengemas dan lebih-lebih lagi menyediakan makanan untuk keluarganya. Apatah lagi dalam konteks negara Timur, tugas-tugas sebegitu dianggap faktor yang menyempurnakan lagi diri seseorang wanita. Ianya berlaku secara automatik dan timbul dari naluri kewanitaan itu sendiri. Oleh sebab itu, selain karya-karya seni moden, pameran ini turut menampilkan koleksi perkakas lama mainan wanita. Gebok laksa, kukur kelapa, kendi dan cepu (tepak nasi nelayan) yang pada suatu masa dahulu sememangnya menjadi perkakas dapur yang cukup penting bagi kaum wanita, digandingkan bersama karya-karya seni moden yang ada. Sebuah karya Zulkifli Dahalan yang agak jarang dilihat sebelum ini bertajuk “Ruang Dapur” (1978) seolah-olah mengutarakan isu dunia kewanitaan yang sememangnya sinonim dengan persekitaran dapur. Dalam karya ini kelihatan kuasa di hujung pisau pemotong daging dipegang oleh wanita yang sedang menghayun tenaga memotong semacam ayam atau burung, sedangkan tiga ekor ‘burung’ muncul di ruang masuk rumah hanya untuk mengenyangkan perut.

Di dalam pameran ini, ciri-ciri sebegitu hadir antaranya melalui karya “Berehat Di tepi Jalan Johor Bharu” (1960) oleh Cheong Soo Pieng, “Menjual Tembaga di Benares” (1963) oleh Patrick Ng Kah Onn, “Tanpa Tajuk” (1972) oleh Chuah Thean Teng, “Tidak Mengapa Nak”(1964) oleh Seah Kim Joo dan “Kakak dan Adik” (1959) oleh Hoessein Enas. Ianya berkait pula dengan kehidupan anak-anak itu sendiri seperti melalui karyakarya Dzulkifli Buyong “Bermain Gelang Getah” (1963) dan “Kebahagiaan Hidup” (1964). Memastikan agar anak-anak sempurna melalui alam persekolahan dan menerima pendidikan sewajarnya menjadi tugas utama yang digalang kaum ibu. “Murid Sekolah” (1962) oleh Dzulkifli mengimbau nostalgia silam sewaktu ibu memakaikan pakaian seragam sekolah, menyisir rambut dengan minyak zaitun dan menempel wajah dengan bedak wangi. Beralih ke landskap persekolahan pula kita saksikan tenungan seorang guru wanita

Sama ada ianya menjadi lumrah mahupun dibina sebegitu rupa, wanita juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur kecantikan. Di dalam hikayat-hikayat sastera Melayu lama, keindahan seseorang tuan puteri sering digambarkan dengan saratnya emas dan intan permata yang menyaluti tubuh selain sifat ayu fizikalnya sendiri. Hikayat Merung Mahawangsa ada menggambarkan keadaan Tuan Puteri Seribulan yang memakai barang-barang perhiasan emas dan intan 7


“begemerlapan seperti bintang di langit rupanya”. Emas dan permata dianggap suatu saham atau harta kepada si pemakai selain menyerlahkan kejelitaan seseorang wanita. Di dalam pameran ini alat-alat perhiasan tradisional seperti pending, kerongsang intan dan gelang kaki emas dipersembahkan bagi mewakili satu aspek sifat kewanitaan yang gemar akan perhiasan. Konsep keindahan yang dibina oleh dunia seni Barat dimana sensualisme tubuh wanita diperaga sebagai satu bentuk kecantikan dan kesempurnaan yang harus dirayakan turut mempengaruhi penghasilan karya oleh para pelukis di rantau ini. “Gadis Sedang Duduk” (1978) oleh Chia Yu Chuan, “Menyisir Rambut” (1962) oleh Dzulkifli Buyong, “Gadis Memegang Sejambak Bunga” (1967) dan “Gadis Berpakaian Putih” (1970) oleh Khoo Sui Hoe, terang-terangan menonjolkan aspek femininiti dan romantis wanita. Sementara secara lebih abstrak, karya seni fotografi Alexander Syudikus dan catan Joseph Tan bertajuk “To The Asian Women” (1970) mengintai secara eksplisit keghairahan dan dunia gelap wanita. Tenungan ke atas karya-karya yang dipamerkan tidak patut berhenti sekadar di penjuru mata. Menenung kosong akan susuk-susuk wanita yang dipaparkan perlu melangkaui rasa sedap pada deria penglihatan; sebab wanita tidak lagi wajar dipandang sebagai sematamata makhluk berahi yang mendatangkan syahwat, atau insan lemah yang menagih kasihan dan simpati. Menenung secara retinal menghalang pengalaman estetik yang lebih bermakna, iaitu pengalaman yang membawa khalayak memahami tanda dan lambang visual. Kini perlu direnung dan diselami kesan signifikasi serta alegori potret-potret mereka menerusi rangka wacana yang lebih kritikal, yang mencakup berbagai perspektif dan naratif. Terdapat dalam masyarakat secebis mitos yang kononnya kaum wanita kerap termenung mengenangkan nasib dan takdir hidup yang dilingkari oleh kekuasaan dan keperkasaan lelaki. Barangkali tanggapan begitu ada 8

benarnya; maklumlah dalam keadaan tubuh-jasad mereka diperlaku dan diakui sebagai bahan solekan, barang dagangan dan objek untuk diberahikan, kebanyakan wanita menjadi tidak keruan. Hidup mereka sering dibayangi oleh rasa takut dicop sebagai derhaka, jalang, sundal, murahan, bunga dedap dan sebagainya. Justeru menjejak asal-usul dan sebabakibat ketermenungan wanita adalah langkah awal memahami hakikat penciptaan mereka dari selangka kiri adam. Tenung, renung dan menungkanlah kelibat wanita melangkaui rangka sedia ada. Nur Hanim Mohamed Khairuddin Ipoh, 2007


READING WOMEN: USM FINE ART COLLECTION AT KANITA (WOMEN DEVELOPMENT RESEARCH CENTER) Much can be learnt from women, which in most cases, are framed, conditioned and signified by religious, cultural, social and political views. In the case of early modern art history of Malaysia, women were predominantly interpreted and portrayed according to their ‘by default’ marginal and passive positions in relation to a rather ‘male-centric’ reading. Some may propose that the reading had prompted a representation of women as the ‘exotic others’. It reflects romantic longing to rediscover and celebrate a sense of feminine identity from a colonial and modernist position, disembodied from their cultural rooting. Are Western modernist (or even post-modernist) discourses neutral or value-free? The placement of ‘women’ from the USM Fine Art Collection at Kanita intends to question such by-default adherence to a singular centrality in regards to reading women as cultural and social texts. Women can be read through women’s view point, as much as from other vantage points. The placement may induce multidimensional readings, multi-centrality, connectivity, flexibility, and fluidity in reading, constructing and representing narratives and meanings about women. Thus, it may destabilise the notion of ‘being on the margin’ or ‘otherness’, and defuse easy dichotomies in reading and responding to women through art.

What if ‘women’ as the ‘objects’ of gaze became the subjects who were doing the reading? What if women were taken as the center, and the rest of the world (with its male-centric, Western notion and cliché representation) as their margin? This exposition reflects a convergence of academic or analytical methodology (from MGFT as the guardian of the Collection) with intuitive or reflective approach (from the ‘stakeholders’ of Kanita as the ‘readers’). It will hopefully remind us of how women as cultural and social texts can be read in many ways to unveil how certain political, economic, social and cultural ideologies as well as religious rituals are passed down, practiced, reinforced, stabilised, naturalised, deified, empowered, romanticised and represented. It may also reiterate the notion that one’s instrument (and method) of observation, analysis and discourse may not always be ‘neutral’; that it is integral in determining the outcome of meanings surrounding representation of women through modern and contemporary art. Hasnul Jamal Saidon Director Muzium & Galeri Tuanku Fauziah September 2010

Male centricity and easy dichotomies may not have a strong hold in the contemporary art practice today. In many forms of Eastern traditions for examples, all things are said to spring from the bowels of the mother earth, live on earth and eventually return to it. Nevertheless, despite post-colonial and contemporary awareness, such otherness may still prevail. Many forms of academic discourses and representation (or ‘mis’representation) of women today are embedded with multiple forms of binary oppositions such as modernity vs religion and tradition, or local values vs globalisation. 9


Wanita Dalam Koleksi Seni Halus Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

10


Bermain Gelang Getah (1963) Dzulkifli Buyong Kapor 58cm x 66cm

Murid Sekolah (1962) Dzulkifli Buyong Kapor 64cm x 51cm

11


Kebahagian Hidup (1964) Dzulkifli Buyong Kapor 94cm x 74cm

Menyisir Rambut (1962) Dzulkifli Buyong Kapor 94cm x 74cm

12


Membuat Bunga Kalong (1963) Yong Cheng Wah Kapor 58cm x 86cm

Menjual Tembaga di Benares (1963) Patrick Ng Kah Onn Dakwat 64cm x 74cm

13


Potret Toh Puan Norashikin (1968) Mohd Hoessein Enas Cat Minyak 74cm x 99cm

14


Kakak dan Adik (1959) Mohd Hoessein Enas Kapor 64cm x 79cm

15


Gadis Memegang Sejambak Bunga (1967) Khoo Sui Hoe Cat Minyak 97cm x 97cm

16


Dua Beradik (1964) Chong Nai Tong Cat Minyak 86cm x 66cm

17


Gizing of the Bird (Spring) (1998) Woo Seng Non Cat Minyak 55cm x 70cm

18


Berehat Di Tepi Jalan Johor (1960) Cheong Soo Pieng Cat Minyak 42cm x 90cm

Di Tepi Sungai (1963) Patrick Ng Kah Onn Cat Minyak 121cm x 121cm

19


Tidak Mengapa Nak (1964) Seah Kim Joo Cetakan Kayu 58cm x 28cm

20


Menjual Burung (1962) Seah Kim Joo Cat Minyak 91cm x 58cm

Kucing Hitam (1964) Seah Kim Joo Cetakan Kayu 30cm x 58cm

21


Women. Series Jawa (1972) Robert Crock Seni Foto 20cm x 36cm

22


Three With Baling Hill (1966) Khoo Sui Hoe Cat Minyak 104cm x 102cm

Gadis Berpakaian Putih(1970) Khoo Sui Hoe Cat Minyak 89cm x 76cm

23


Gadis Sedang Duduk (1978) Chia Yu Chuan Cat Minyak 74cm x 53cm

Tanpa Tajuk (1976) Osman Mansor Batik 84cm x 71cm

24


Burung Dalam Sangkar Chuah Thean Teng Batik 42cm x 37cm

25


Potret Anak Desa (2001) Mohamad Sani Mustafa Seni Foto 39cm x 50cm

Tanpa Tajuk (1976) Mohd Azlan Seni Foto 25cm x 30cm

26


Mother Love (2005) Chuah Siew Teng Cat Minyak 62cm x 45cm

27


Seated Lady (2001) Ng Hon Loong Akrilik 19cm x 28cm

Menumbuk Padi (1966) Hse Te Hsein Batik 62cm x 90cm

28


Welcome Home (2008) Liew Ting Chuang Media Campuran 213cm x 122cm x 61cm

29


Menjemur Sotong (2008) Woo Seng Non Cat Minyak 69cm x 55cm

30


Kumari (2007) Joan Marie Kelly Cat Minyak 69cm x 55cm

31


Magic Marker (1988) Ismail Zain Cetakan Komputer 28cm x 20cm

Al Kesah (1988) Ismail Zain Cetakan Komputer 20cm x 28cm

32


Dari Masa ke Masa (1967) Cheah Kong Heng Cat Air 55cm x 75cm

33


Lakaran Karikatur Mrs Liew (2005) Mohd Nor Khalid (LAT) Pen atas Kertas 51cm x 61cm

Lakaran Karikatur Liyana (2010) Mohd Nor Khalid (LAT) Pen atas Kertas 58cm x 41cm

34


Wanita (1963) Yong Cheng Wah Cat Air 70cm x 51cm 35


Ke Pasar (1983) Zakaria Ali Cat Minyak 53cm x 37cm

36


The Women (1937) Lee Cheng Yong Cat Minyak 42cm x 55cm

Tanpa Tajuk (1976) Osman Mansor Batik 74cm x 46cm

37


Hendak Mandi (1958) Ismail Mustam Cat Minyak 53cm x 74cm 38


Black Moon Drawing 1 (1997) Eng Hwee Chu Pensil atas Kertas 34cm x 50cm

Suasana I (1982) Siti Zainon Ismail Media Campuran 62cm x 53cm

39


b.o.m equipment (2005) Nur Hanim Mohamed Khairuddin Sutera Saring atas Cetakan Baju 137cm x 150cm

40


Murut Maiden in the Moonlight (1999) Christianne Goonting Akrilik 42cm x 50cm

Tanpa Tajuk (1972) Chuah Thean Teng Batik 74cm x 56cm

41


Ruang Dapur (1978) Zulkifli Mohd Dahlan Akrilik 102cm x 65cm

42


To The Asian Women (1970) Joseph Tan Struktur Kayu & Cat Emulsi 180cm x 180cm

43


Hiasan Wanita Dari Koleksi Seni Tradisional Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

44


Tepak Sireh Dengan 5 Celepa Tembaga 25cm x 25cm x 20cm

45


Pending Perak Bersalut Emas Perak Bersalut Emas 13cm x 9cm

46


Kain Limar (1940an) Kapas 126cm x 95cm

47


Kain Limar (1940an) Kapas 108cm x 98cm

48


Gelang Kaki (2 Pasang) Tembaga Ukur Lilit: 36cm

Gelang Tangan Permata (2 Pasang) Tembaga Ukur Lilit: 24cm

49


Anting-anting (2 Pasang) Tembaga Ukur Lilit: 4cm

Gelang Tangan (2 Pasang) Tembaga Ukur Lilit: 30cm

50


Pengikat Kepala Tembaga Ukur Lilit: 60cm

51


Tali Pinggang Besi Tembaga Panjang: 85cm Lebar: 3cm

Beg Anting-anting Tembaga Panjang: 9cm Lebar: 8cm

52


Kerongsang (3 pasang) Tembaga 3cm x 8cm

Cucuk Sanggul Tembaga 3cm x 6cm

53


Wanita Dalam Koleksi Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM  

Wanita Dalam Koleksi MGTF

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you