Issuu on Google+


Limpas Bayu Borneo

1 - 31 March 2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia Pengarah Projek & Penyunting / Project Director & Editor Hasnul Jamal Saidon Kurator / Curator Afzanizam Mohd Ali, Nor Mohammad Abd. Rahim, Nur Hafizah Ab. Aziz, Aizuan Azmi, Shamsul Ikhmal Mansori Penyumbang Esei / Essay Contributors Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon Prof. Madya Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman Prof. Madya Dr. Ismail Ibrahim Zaimie Sahibil Mohamad Azareen Aminullah Mohammad Puad Bebit Konsep Rekabentuk / Design Concept Lilian Lee Shiau Gee Pembantu Teknikal / Technical Assistants Mohd Firdaus Khairuddin,Noordin Ban, Rosli Hamzah, Muhammad Husni Abd. Latiff, Mohamad Yazdi Yaacop, Izrul Abd. Aziz, Noor Rashid Shabidi Pembantu Penerbitan / Publication Assistant Nor Laila Abd. Rozak@Razak, Safinawati Samsudin Pembantu Kewangan / Financial Assistant Rohaya Sanapi Promosi & Publisiti / Promotion & Publicity Nurul Ashikin Shuib, Azizi Yahya, Adlan Redzuan, Salim Ibrahim Sokongan Umum / General Support Radhiyah Abu Bakar, Salmiah Mohamad, Faridah Hashim, Ravi Vansamy Pameran Atas Talian / Online Exhibition http://mgtf.usm.my/exhibit/php

Limpas Bayu Borneo ISBN 978-967-10008-2-3 1. Art, Malaysian--Sabah. 2. Art and society--Sabah. 3. Sabah--Social life and customs. I. Judul. 709-59521 Š2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia & Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula kecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit.

Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Telefon/Telephone: 04 6533888 samb/ext3261/4789/2137/4786/4787/4788 Faks/Fax: 04 6563531 Emel/Email: dir_muzium@notes.usm.my Laman web/Website: http://www.mgtf.usm.my http://mgtfusmpenang.blogspot.com http://profile.to/mgtfusm www.tagged.com/mgtf www.twitter.com/mgtf www.youtube.com/mgtf

Penganjur Bersama


KANDUNGAN / CONTENTS

LIMPAS BAYU BORNEO Gabungan projek-projek penyelidikan dan seni visual dari SENI UMS (Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah) dan Persatuan Seni Visual Sabah

6

LIMPAS BAYU BORNEO Fusion of research projects and visual arts from SENI UMS (School of the Arts, Universiti Malaysia Sabah) and Sabah Visual Art Association

9

PENGENALAN Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah

12

Melestari Budaya Kadazan Dusun Menerusi Karya Kartunis Langkawit

14

Estetik Sunduk Etnik Suluk Pulau Jambongan

18

Tanjak (Dastar) Sebagai Simbol Status Kaum Iranun di Kota Belud, Sabah

22

Rumah Tradisi Dusun Bonggi: Kajian Tentang Konsep dan Rekabentuk

26

Tatu Murut Borneo Kajian Terhadap Lagu-lagu Tradisional Suku Kaum Brunei Di Daerah Papar Bongawan dan Membakut, Sabah Maskot

30

Maskot Watak Kartun Sabah

36

PERSATUAN PELUKIS SENI VISUAL SABAH

38

LAWATAN

54

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

71

PENGHARGAAN

76

34


LIMPAS BAYU BORNEO Gabungan projek-projek penyelidikan dan seni visual dari SENI UMS (Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah) dan Persatuan Seni Visual Sabah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bangganya mempersembahkan LIMPAS BAYU BORNEO, sebuah gabungan menarik yang memaparkan enam projek penyelidikan oleh para penyelidik dari UMS dan lima puluh tiga karya seni visual oleh lima belas orang pengkarya dari Sabah. Gabungan ini adalah sebahagian dari TAUTAN RENTAS SAMUDERA USM-UNIMAS-UMS yang bertujuan untuk mempergiatkan lagi usahasama penyelidikan, penerbitan dan akademik antara USM, UNIMAS dan UMS dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Disamping itu, lokasi universiti-universiti awam ini (seberang lautan) yang berada di luar dari ketepuan tarikan pusat (Kuala Lumpur) membawa banyak potensi untuk membangunkan bidang-bidang pilihan yang lebih segar dan belum diterokai. LIMPAS BAYU BORNEO menandai anjakan dari segi kaedah kuratorial dalam mana kedua-dua penyelidik dan pengkarya seni visual dibentangkan sebagai peneroka ilmu dan pencari hikmah yang saling bersinergi, sentiasa dipacu oleh perasaan ingin tahu dan dipandu oleh keingingan untuk menggali-semula kekayaan warisan negara. Dalam hal ini, fokusnya adalah kekayaan warisan budaya tradisi Sabah yang unik. Menerusi gabungan ini, Sabah sebagai sebuah teks budaya, ditandai secara rasional dan emosional, secara akademik dan intuitif. Namun demikian, gambaran terhadap Sabah boleh dibaca menerusi pelbagai cara yang terbuka menerusi projek ini.

Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai sedang melawat pameran “Limpas Bayu Borneo� sambil diiringi oleh Encik Mohammad Puad Bebit. 6

LIMPAS BAYU BORNEO menampilkan dokumentasi terperinci tentang dastar Iranun, sunduk Suluk, tatu Murut, gambus Brunei, kartunis Dusun dan rumah Dusun. Kajian-kajian ini kebanyakannya bersifat


deskriptif, mencerminkan minat mendalam untuk menggali-semula beberapa peninggalan budaya Sabah yang kaya namun masih kurang diketahui umum. Pendekatan projek ini yang bersifat pengumpulan dan penerangan membolehkan pengunjung mentafsir dan membentuk pembacaan tersendiri tentang bagaimana Sabah sebagai sebuah teks budaya digambarkan atau harus digambarkan. Banyak yang boleh dipelajari dari kepelbagaian budaya Sabah. Dalam kes-kes tertentu, budaya ini ditandai oleh dikotomi politik Malaysia timur dan barat, juga oleh kedudukan geografinya yang sering dianggap kepinggiran jika dibandingkan dengan apa yang sering ditafsir sebagai ‘pusat’ amalan seni kontemporari dan wacana budaya. Ia juga ditandai oleh bentuk-bentuk penentangan binari yang lain yang sudah sebati dalam wacana sosio-budaya – seperti antara kemodenan dan tradisi. Bagaimana jika Sabah dibaca sebagai pusat, manakala dunia yang lain dianggap sebagai pinggiran? Malah, gabungan dalam LIMPAS BAYU BORNEO bertujuan untuk menyoal kebergantungan terhadap ide sepusat (misalnya Kuala Lumpur) dalam membaca Sabah sebagai sebuah teks budaya. Sabah boleh dibaca menerusi sudut pandangan Sabah sendiri, seperti juga ianya boleh dibaca dari pelbagai sudut pandangan yang lain. Oleh yang demikian, sebarang kajian, kaedah, wacana dan juga usaha menandaaras tidak boleh dianggap mutlak dalam membina sebarang naratif tentang Sabah. Sebaliknya, gabungan ini menggalakkan ide-ide tentang kepelbagaian pusat, pertautan, keanjalan, kecairan dan kesementaraan dalam membina pelbagai naratif dan makna tentang Sabah. Oleh itu, ia menyah-stabil ide tentang ‘berada di pinggiran’ dan melesapkan sebarang dikotomi mudah dalam mentafsir dan memberi reaksi terhadap Sabah. Kebanyakan bahan hasil kajian dipersembahkan menerusi panel-panel grafik dengan beberapa bahagian interaktif untuk menyuntik dialog dan penglibatan pengunjung. Penglibatan dengan bahan

hasil kajian diperkukuhkan lagi oleh paparan karyakarya seni visual. Karya-karya ini dibentangkan dalam tiga tema utama – figura sebagai lapangan untuk gambaran budaya, ironi dalam abstraksi, dan stuktur binaan dan persekitaran semulajadi. Gabungan antara karya-karya akhir dan bahan hasil kajian mencetuskan dialog yang menarik. Pada satu tahap, ia mengimbas-semula hubungan pelik antara bebanan fahaman seni moden dengan tradisi tempatan, yang diantaranya menghasilkan beberapa bentuk produksi artistik bertujuan menyahut seruan pasaran pelancongan budaya. Terdapat beberapa karya yang menggemakan ide tentang ‘orang lain yang eksotik’ terutama sekali dalam mewakili atau menggambarkan wanita dan feminiti. Apa yang menarik, walaupun telah wujud kesedaran pascakolonial, kelainan dan penonjolan perbezaan (dari kacamata modenis Barat) masih bertahan. Ramai dikalangan pengkarya seni visual dalam gabungan ini secara ironisnya mencerminkan keinginan romantis untuk menemui-kembali dan meraikan jati diri menerusi sisi kolonial dan modenis. Sisi ini secara tidak langsung menandai suatu pemisahan dari akar budaya menerusi wacana seni moden dan kontemporari. Adakah wacana seni moden dan kontemporari itu berkecuali atau bebas nilai? Abstraksi umpamanya, menampilkan ironi yang menggamit minda. Abstraksi sebenarnya sudah lama berakar dalam banyak bentuk kosmologi tradisional serta tatabahasa visual Asia Tenggara, seperti yang boleh dilihat pada motif-motif tatu Murut dan sunduk Suluk. Namun, seperti yang boleh dikesan pada karyakarya yang dipamerkan, abstraksi telah diguna-semula menerusi lensa modenis. Ide tentang kelestarian dan kepelbagaian budaya juga mungkin boleh diheret dalam kancah paradoks yang sama, walaupun keduanya sudah merupakan elemen yang intrinsik dalam banyak bentuk warisan budaya Sabah. Dalam soal ini, ide berkaitan 1Malaysia juga boleh dibaca 7


sebagai jelmaan-semula terhadap apa yang telah dihidup dan diamalkan di Sabah atau Borneo amnya sejak sekian lama. Pada tahap yang lain, gabungan ini mungkin mengingatkan kita bahawa Sabah sebagai teks budaya boleh dibaca menerusi pelbagai cara dalam usaha untuk meneliti bagaimana sesuatu ideologi politik, ekonomi, sosial dan budaya serta ritual agama itu diperturun, diamal, diperkukuh, distabil, dimulia, dibiasa, diperkasa, dibelai dan digambarkan. Secara tidak langsung, keseluruhan proses mengkaji, mendokumen, mengindeks, mengarkib, menerang, mentafsir, merenung dan menzahirkan, juga segala hal logistik untuk membawa gabungan ini dan menerangkan kandungannya, mungkin boleh memberi kesan dan pengaruh terhadap penelitian di atas. Gabungan ini juga menyatakan-semula bahawa instrumen (dan kaedah) pemerhatian, analisis dan wacana seseorang itu tidak selamanya berkecuali; bahawa ianya turut memainkan peranan dalam mempengaruhi dapatan kajian dan makna budaya. Gabungan antara metodologi akademik dan intuitif menegaskan lagi persoalan ini. Ringkasnya, gabungan ini boleh dianggap sebagai sebuah perjalanan menerusi beberapa tunggangan. Perjalanan ini digambarkan dengan sesuai (secara fizikal dan metafizikal) oleh penggunaan satu motif sunduk Suluk yang juga kelihatan seperti sebuah bot tradisional Suluk dipanggil lepa. Istilah ‘limpas’ itu sendiri merujuk kepada ‘memohon untuk lalu’ yang dikaitkan dengan bayu, merujuk kepada Sabah sebagai negeri di bawah bayu. Malah, kematian itu sendiri, berdasarkan banyak bentuk tradisi, bukanlah pengakhiran yang mutlak. Ia adalah permulaan untuk ‘laluan’, perjalanan dan jumpaan yang lebih panjang. Ia juga membolehkan sesuatu yang baru dilahirkan. MGTF USM menjemput anda untuk menyertai dan menjadi sebahagian dari gabungan, perjalanan dan penemuan menarik ini. Antara penyelidik dan pengkarya yang terlibat termasuklah Prof. Madya Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman, Prof. Madya Ismail Ibrahim, Zaimie Sahibil, Mohamad Azareen Aminullah, Mohammad Puad Bebit, Jennifer Linggi, Christianne Goonting, Datuk Mohd. Yaman Hj. Ahmad Mus, Dzulkifli Abdul Rahman, Datu Ruslan Sulai, Datin Maimun Pg. Bagul, Tina Rimmer, Zulwawi Hashim, Suzani Suhaimi, Awang Azmi Awang Bakar and Muslim Matajim. Gabungan ini disatukan dengan koordinasi bahan oleh Mohamad Puad Bebit dari UMS, Christianne Goonting dari Persatuan Seni Visual Sabah, Abdul Rasyid Abdul Razak dari Galeri Seni Melayu Pulau Pinang dan bantuan kuratorial dari Afzanizam Mohd Ali, Nur Hafizah Abd. Aziz and Nor Mohamad Abd. Rahim. Limpas Bayu Borneo adalah projek kedua dibawah TAUTAN RENTAS SAMUDERA USM-UNIMAS-UMS yang dimulakan oleh pameran IQRA’- TAMAN HIKMAH, anjuran MGTF USM yang dilangsungkan di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun lepas. Projek ketiga adalah pameran hibrid oleh FSGK UNIMAS di MGTF USM pada bulan Julai 2010 akan datang. Hasnul J Saidon Pengarah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

8


LIMPAS BAYU BORNEO Fusion of research projects and visual arts from SENI UMS (School of the Arts, Universiti Malaysia Sabah) and Sabah Visual Art Association Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM) is proud to present LIMPAS BAYU BORNEO, an enticing fusion that features six research projects by UMS-based researchers/academicians and fifty three pieces of artworks by fifteen Sabah-based visual artists. The fusion is a part of USM-UNIMAS-UMS CROSS OCEAN LINK, an effort to facilitate research, publication and academic collaboration in various artistic and cultural fields between USM, UNIMAS and UMS. In addition, the marginal locations (across ocean) of these three public universities outside the gravitational pull of the highly saturated center (Kuala Lumpur), carry potent possibility in developing fresh niche and in venturing into unchartered territories. LIMPAS BAYU BORNEO signifies a shift in curatorial methodology where both the researchers and visual artists are presented as seekers of knowledge and wisdom, always driven by never-ending inquiries and quest for discoveries as well as rediscoveries. In this case, the focus is on Sabah’s unique cultural heritage and rich tradition. Sabah as a cultural ‘text’, is signified both rationally and emotionally, academically and intuitively. The fusion nevertheless, is open to multiple readings on how Sabah is represented. LIMPAS BAYU BORNEO features extensive documentation of Iranun dastar (traditional Iranun headgear), sunduk (traditional Suluk tombstone ), Murut tattoo, Brunei gambus (musical genre), a Dusun cartoonist and Dusun houses. The studies are predominantly descriptive, reflecting deep interest in rediscovering and unveiling some of Sabah’s rich but mostly obscured cultural legacies. Its archival and descriptive stance may invite the audience to decipher and form their own reading of how Sabah as a cultural text is represented or 9


should be represented. Much can be learnt from Sabah’s cultural diversity, which in some cases may be signified by the political dichotomy of east and west Malaysia, its by-default ‘marginal’ position in relation to the commonly perceived ‘centre’ of contemporary practice and academic discourse, and other embedded forms of binary oppositions in socio-cultural discourses – such as modernity and tradition. What if Sabah was taken as the center, and the rest of the world as its margin?

notion of ‘exotic otherness’ especially in representing women and feminity. Interestingly, despite post-colonial awareness, such otherness and ‘difference’ still prevail. Most of the participating visual artists ironically reflect romantic longing to rediscover and celebrate a sense of cultural identity from a colonial and modernist position, disembodied from their own cultural rooting via modernist and contemporary discourses. Are modernist and contemporary discourses neutral or value-free?

In fact, the fusion in LIMPAS BAYU BORNEO intends to even question such by-default adherence to a singular centrality (for example, Kuala Lumpur) in regards to reading Sabah as a cultural text. Sabah can be read through Sabah’s view point, as much as from other vantage points. Similarly, there is no singular study, methodology, discourse and even benchmarking that can claim superiority in constructing a narrative on Sabah. Instead, the fusion advocates multi-centrality, connectivity, flexibility, fluidity and temporality in constructing multiple narratives and meanings about Sabah. Thus, it destabilizes the notion of ‘being on the margin’ and defuses easy dichotomies in reading and responding to Sabah.

Abstraction for example, poses an engaging irony. It has its root in many forms of Southeast Asian traditional cosmology and visualization as exemplified by Murut tattoo and sunduk motifs. Yet, as exemplified by some of the exhibited artworks, abstraction has been relived through modernist lenses. The notion of sustainability and cultural diversity may also strike similar paradoxical twist, even though they have been intrinsically inherent it many forms of Sabah’s cultural heritage. In this regards, even the notion of 1Malaysia can be taken as the latest contemporary reincarnation of what has been lived and practiced in Sabah or Borneo in general for years.

Most of the research materials are presented through graphic panels with several interactive sections to instigate audience involvement and dialogue. Engagement with the research materials is further amplified by the display of original artworks. The artworks are spread under three main themes, namely figure as a site for cultural representation, the irony of abstraction, and built structure and the natural environment. The convergence of finished artworks with research materials creates an interesting dialogue. On one level, it recaptures the odd but now acceptable courting of modern art and its baggage with local tradition, resulting in some forms of artistic production meant as a respond to the commercial imperatives of cultural tourism. Some of the artworks may further amplify the 10

On another level, the fusion may remind us of how Sabah as a cultural text can be read in many ways to unveil how certain political, economic, social and cultural ideologies as well as religious rituals are passed down, practiced, reinforced, stabilized, naturalized, deified, empowered, romanticized and represented. Indirectly, the whole process of researching, documenting, indexing, archiving, describing, interpreting, reflecting and expressing, not to mention the logistic of putting up the fusion and explaining the contents may negate such readings. The fusion also reiterates the notion that one’s instrument (and method) of observation, analysis and discourse may not always be ‘neutral’; that it is integral in determining the outcome of finding and cultural meaning. The convergence of academic or analytical methodology with intuitive or reflective approach in this fusion epitomizes such notion.


In short, the fusion is a journey of some sort, albeit through different vessels. Fittingly, the journey (both physical and metaphysical) is exemplified by the use of a sunduk motif (traditional Suluk thombstone) which also resembles a lepa (traditional Suluk boat). The word ‘limpas’ means ‘polite request to pass through, surely, in relation to ‘bayu’ or wind, referring to Sabah as a ‘negeri di bawah bayu’ (a land below the wind). Even death itself according to many forms of tradition, is not the end. It is a beginning of a much longer journey of discovery. It also allows the new to be born. MGTF USM welcomes everyone to participate and be a part of this enticing fusion and journey of discovery. The participating researchers and artists include Assoc. Prof. Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman, Assoc. Prof. Ismail Ibrahim, Zaimie Sahibil, Mohamad Azareen Aminullah, Mohammad Puad Bebit, Jennifer Linggi, Christianne Goonting, Datuk Mohd. Yaman Hj. Ahmad Mus, Dzulkifli Abdul Rahman, Datu Ruslan Sulai, Datin Maimun Pg. Bagul, Tina Rimmer, Zulwawi Hashim, Suzani Suhaimi, Awang Azmi Awang Bakar and Muslim Matajim. The fusion is brought together by Hasnul J Saidon, Director of MGTF USM, with material coordination from Mohamad Puad Bebit from UMS, Christianne Goonting from Sabah Visual Artists Association, Abdul Rasyid Abdul Razak from Penang Malays Art Gallery and curatorial assistance from Afzanizam Mohd Ali, Nur Hafizah Abd. Aziz and Nor Mohamad Abd. Rahim. Limpas Bayu Borneo is a 2nd project under the USM-UNIMAS-UMS CROSS OCEAN LINK which was initiated by the exhibition IQRA’- GARDEN OF WISDOM, organized by MGTF USM and held at the Faculty of Applied & Creative Arts (FACA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) last year. The 3rd project will be a hybrid exhibition by FACA UNIMAS at MGTF USM on July 2010. Hasnul J Saidon Director Muzium & Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia

11


SEKOLAH PENGAJIAN SENI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Pengenalan Sekolah Pengajian Seni ditubuhkan pada 13 April 1999 bertujuan untuk menyediakan pakar sains dan industri yang memahami seni dan ilmu kemanusiaan serta melahirkan karyawan seni yang memahami ilmu sains, teknologi dan industri dan juga ilmu pengurusan. Sekolah Pengajian Seni melaksanakan pendidikan seni dengan mengembleng keempat-empat faktor di atas yang matlamat akhirnya ialah pengeluaran siswazah yang bukan saja mahir dalam sekurang-kurangnya satu bidang seni, malah juga melahirkan juga intelek, ahli korporat dan seniman yang didokong oleh teknologi seni. Sekolah Pengajian Seni merupakan sebuah pusat pengajian yang memberi tumpuan kepada pengajian seni visual, media dan persembahan yang terangkum dalam dua program iaitu Program Seni Kreatif dan Program Pengajian Muzik. Sekolah ini menawarkan kuliah-kuliah pengajaran yang berasaskan latihan studio, kerja makmal serta latihan pementasan. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu berpandukan modul-modul khas oleh para pensyarah yang berbakat dan berpengalaman, yang berusaha menjadikan sekolah ini sebagai pusat pendidikan terulung pada peringkat prasiswazah dan juga pascasiswazah. Kedudukan universiti di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum yang mengandungi lebih daripada 30 kumpulan etnik memberikan peluang-peluang akademik yang luas melimpasi sempadan studio terutamanya dalam menghubungkan pengalaman kemasyarakatan dengan amalan kesenian . Bidang penyelidikan yang menjadi tujahan khusus sekolah ini ialah kebudayaan pribumi Borneo, namun bagi tujuan pengajian dan penyelidikan pascasiswazah sekolah mempunyai fokus yang lebih luas iaitu kebudayaan dan kesenian Malaysia yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan.

12


Matlamat Sekolah Pengajian Seni •

Membekalkan pendidikan ilmu kesenian berasaskan teknologi yang menyeluruh bagi melahirkan siswazah yang berpendidikan seni dan berupaya menatar, memasar dan memasyarakatkan seni.

•

Menghasilkan siswazah-siswazah yang dapat mengemblengkan ilmu kesenian dengan ilmu-ilmu lain yang berorientasikan teknologi dan pasaran dalam menghasilkan karya seni.

•

Melahirkan kumpulan pakar dalam kesemua bidang teknologi kreatif dan gunaan yang menawarkan khidmat pakar rujukan dan rundingan.

•

Melahirkan usahawan-usahawan seni yang terlibat secara agresif dalam industri kesenian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

•

Melahirkan siswazah yang trampil dan berkemahiran interaksi inter-personal, inter-kelompok dan inter-masyarakat.

13


MELESTARI BUDAYA KADAZAN DUSUN MENERUSI KARYA KARTUNIS LANGKAWIT Abstrak Kajian ini membicarakan karya-karya seorang pelukis kartun yang disiarkan di ruangan akhbar tempatan Sabah. Langkawit yang sinonim dengan etnik Kadazan dusun di Negeri Sabah, cuba melestarikan nostalgia sosiobudaya yang hampir tenggelam melalui saluran karya seni kartunnya. Hasil karyanya berupaya berkomunikasi dengan mempaparkan aktiviti kehidupan harian dari sebuah kampung yang terpencil hinggalah paparan masyarakat Kadazan dusun yang menerima tempias era kemajuan pembangunan. Tema kartun Langkawit berkisar dalam soal nilai-nilai sosiobudaya, ekonomi, pendidikan, alam, binatang dan politik. Beliau menghasilkan karya mengenai kehidupan seharian dan juga komen terhadap masyarakat Kadazan dusun. Walaupun unsur-unsur budaya luar cuba meresap dalam kotak pemikirannya, namun kartunis Langkawit masih berjuang untuk mempertahankan jati dirinya. Karya Langkawit dapat mempertahankan budaya Kadazan dusun melalui bahasa, karektor, nama watak, suasana, busana dan penggunaan alat tradisi. Karya-karyanya bukan sahaja sekadar jenaka untuk menghiburkan tetapi turut menyalurkan unsur-unsur pengetahuan dan pendidikan serta segala aspek kebudayaan. Sosio-budaya yang meliputi kehidupan, adat dan aktiviti harian masyarakat setempat dapat dipindahkan ke dalam karya seni kartun. Usaha murni ini telah dilakukan oleh Langkawit agar masyarakat tidak mudah lupa tentang budayanya. Di samping itu juga, Langkawit bertindak untuk menyedarkan masyarakat setempat agar berusaha terus untuk mengikis sikap yang pasif di kalangan masyarakatnya. Mohammad Puad Bebit

14


Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai menunding ke arah bakul Lanji yang juga dilukiskan oleh Langkawit dalam menggambarkan latar sosio-budaya Kadazan Dusun.

15


Dua orang pelajar sedang menghasilkan watak kartun mereka sendiri di ruang pameran Langkawit. Ini dapat menggalakkan pelawat untuk menghayati kandungan pameran dengan lebih berkesan. 16 16


Penyelidik Encik Mohammad Puad Bebit sedang berjenaka dengan salah satu watak kartun Langkawit. 17 17


ESTETIK SUNDUK ETNIK SULUK PULAU JAMBONGAN Abstrak Kajian sunduk Jambongan adalah lanjutan daripada kajian sunduk di Pulau Omadal. Kajian ini mengupas nilai-nilai estetik yang terdapat pada tanda kematian dalam masyarakat Bajau Suluk Pulau Jambongan. Data-data terperinci mengenai objek kajian diperolehi daripada tukang-tukang buat tanda kematian, orang-orang tua serta mereka yang mahir dalam adat budaya masyarakat Bajau Suluk. Tanda kematian mempunyai berbagai-berbagai ragam bentuk daripada berbagaibagai kaum dan kepercayaan unik. Tanda kematian yang terbentuk daripada berbagai-bagai ragam saiz dan bentuk memaparkan maksud yang tersurat dan tersirat. Penekanan ditumpukan kepada kajian analitis terhadap nilai estetik yang terdapat pada objek kajian. Analisis deskriptif digunakan untuk membuat interpretasi setiap elemen seni yang didapati. Seterusnya analisis kepada corak dan motif-motif yang terpapar pada objek bertujuan untuk memahami hubung kaitnya dengan masyarakat tersebut. Beberapa kupasan ditemui pada tanda kematian kaum Bajau Suluk yang berkisar tentang konsep keindahan dan anugerah daripada Pencipta alam semesta. Tanda kematian etnik Suluk merupakan satu rakaman perwatakan, kedudukan dan cerita sejarah masyarakat tersebut. Mohammad Azareen Aminullah

18


Motif pada tanda kematian masyarakat Bajau Suluk Pulau Jambongan amat berkait dengan lepa, atau sejenis bot tradisional masyarakat tersebut. Kelihatan tiga orang pelawat di kalangan pelajar sekolah sedang menghasilkan botbot kertas mereka sendiri. Secara tidak langsung mereka di ajak untuk menyelami hubungan antara tanda kematian dan pelayaran. 19


20


21


TANJAK (DASTAR) SEBAGAI SIMBOL STATUS SUKU KAUM IRANUN DI KOTA BELUD SABAH Abstrak Kajian ini melihat salah satu kerencaman objek budaya, khususnya berkaitan dengan tanjak atau dastar yang digarap oleh masyarakat Iranun di Sabah. Tanjak merupakan satu khazanah unik yang ada kaitannya dengan status dan nilai warisan budaya. Kajian ini bermatlamat untuk menyingkap status pemakaian tanjak, misteri ikon dan motif sebagai cara pelengkap pakaian kaum lelaki dalam tradisi masyarakat Iranun. Motif reka corak kain tanjak melambangkan unsur kehidupan dan kebudayaan masyarakat. Motif asas pada kain tanjak pula berunsur geometrik. Motif-motif itu termasuklah motif tuarah (binatang), ungkup (penunggang kuda), walai (rumah), kalingon (daun sapar), gapa sapin sapakan (jantung pisang), unsud (bunga mangga) dan anunan (bunga). Motif yang paling dominan dan digemari adalah motif ungkup (penunggang kuda) yang menggambarkan kehidupan lelaki kaum Iranun. Warna kain tanjak adalah merah dan hitam. Manakala reka coraknya pula berwarna merah, jingga, kuning, hijau dan putih. Kadang-kadang benang emas atau seumpamanya digunakan bagi menyerikan lagi reka corak yang ditenun. Hasil kajian ini mendapati bahawa kain dastar merupakan bentuk ikon dan ekspresi budaya yang melambangkan status kehidupan masyarakat yang memakainya. Humin B. Jusilin

22


Bahan-bahan visual kajian dipamerkan dalam bentuk panel grafik berskala sebenar bagi meningkatkan pemahaman pengunjung. 23


24

Pengunjung sedang menghasilkan dastar dengan menggunakan kertas.


25


RUMAH TRADISI DUSUN BONGGI: KAJIAN TENTANG KONSEP DAN REKABENTUK Abstrak Dusun Bonggi merupakan salah satu masyarakat awal diketahui mendiami Pulau Banggi, yang masih mengamalkan kehidupan secara tradisi dan masih memiliki keunikan rumah tradisinya. Mereka bertutur dalam bahasa Molbog dan menjalani kehidupan secara bercucuk-tanam dan memburu sebagai sumber kehidupan. Tesis ini mengupas konsep dan rekabentuk rumah tradisi Dusun Bonggi melalui penyelidikan di kawasan Pulau Banggi khususnya antara beberapa buah kampung seperti kawasan Kampung Kapitangan, Kampung Limbuak Darat, Kampung Palak Darat dan Kampung Batu Layar Darat sahaja. Kajian ini menitik-beratkan konsep, komposisi rekabentuk dengan mengambil kira proses asas penghasilan rumah tradisi secara terperinci. Maklumat awal rumah tradisi didapati melalui kajian-kajian literatur yang kebanyakannya didapati daripada gambar, kertas penyelidikan, kertas-kerja, jurnal dan buku daripada simpanan Perpustakaan Muzium Sabah dan perpustakaan awam. Kekurangan amalan dan simpanan bahan-bahan mengenai rumah tradisi Dusun Bonggi kini menyebabkan penyelidik membuat beberapa adaptasi kajian daripada gambar-gambar yang didapati daripada buku, huraian penulisan terdahulu dan penerangan informan untuk melengkapkan fakta yang diperolehi. Analisis deskriptif atau analisis kandungan digunakan untuk membuat interpretasi setiap bahan yang didapati. Huraian berkaitan rumah tradisi Dusun Bonggi mengambil kira kupasan secara terperinci setiap konsep dan rekabentuk yang menjurus kepada penghasilan, melalui konsep rekaan senibina kontemporari khususnya pembikinan rumah yang sedia ada. Kupasan ini dapat melihat konsep dan rekabentuk, penggunaan dan fungsi ruang dan komposisi dengan mengambil-kira penggunaan bahan binaan dan ikatan yang diguna-pakai oleh masyarakat Dusun Bonggi. Paparan pembikinan juga menyampaikan sesuatu yang berhubung kait dengan adat dan kepercayaan Dusun Bonggi seperti upacara pemujaan “Geid Nein�. Upacara yang mengaitkan tentang pemilihan tapak dan binaan rumah menguatkan lagi kepercayaan bahawa ianya berfungsi sebagai penyuluh ke arah kebaikan. Kehidupan di dalam sebuah rumah secara tradisinya mewujudkan satu sistem rangkaian kekeluargaan yang bersifat global yang dilalui oleh semua manusia di dunia. Konsep dan reka bentuk rumah tradisi Dusun Bonggi memperlihatkan keunikannya tersendiri dari segi tahap senibinanya yang berbeza dengan rumah-rumah tradisi dusun lain yang terdapat di Sabah. Zaimie Sahibil

26


Encik Zaimie Sahibil sedang menerangkan kajian beliau kepada Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai. 27


28


Ramai pelajar sekolah menggunakan kajian Encik Zaimie Sahibil sebagai bahan rujukan mereka. 29


TATU MURUT BORNEO Abstrak Tatu merupakan tanda yang dibuat pada bahagian kulit badan. Perlakuan menggambar dan mewarna pada bahagian kulit badan ini boleh dibuat dengan cara melarik, melukakan, menggaris atau mencucuk menggunakan objek yang tajam untuk tujuan penyerapan warna. Pada akhirnya, tanda ini akan berkekalan dan sebati dengan kulit badan. Selain daripada tatu, tanda ini juga disebut sebagai cacah. Di samping itu, terdapat sebahagian daripada masyarakat primitif hanya menggaris kulit badan menggunakan benda yang tajam tanpa melakukan penyerapan warna hanya semata-mata untuk mendapatkan kesan dan tanda pada badan. Tatu dalam konteks kini boleh dikategorikan kepada tatu yang bersifat kekal dan tatu yang bersifat sementara. Tatu kekal ialah tatu yang sebati dengan kulit, dan tidak boleh dipadam manakala tatu yang bersifat sementara ialah tatu yang boleh dihilangkan ataupun pudar dalam masa yang singkat. Dalam konteks masyarakat moden, penggunaan tatu lebih kepada hiasan yang bertujuan untuk kecantikan dan kepuasan kepada penggunanya. Ianya boleh bersifat sementara atau berkekalan. Prof. Madya Dr. Ismail Ibrahim

30


Seorang pengunjung sedang melukiskan motif tatunya sendiri. 31


Tatu hasil pengunjung turut dipamerkan di ruang yang sama. 32


33


KAJIAN TERHADAP LAGU-LAGU TRADISIONAL SUKU KAUM BRUNEI DI DAERAH PAPAR BONGAWAN DAN MEMBAKUT, SABAH Abstrak Kajian terhadap lagu-lagu tradisional suku kaum Brunei di daerah Papar Bongawan dan Membakut Sabah merupakan satu penemuan penyelidikan yang bertujuan untuk mendokumentasi lagu-lagu tradisional rakyat Brunei khususnya di Sabah meliputi daerah tersebut. Penyelidikan ini membawa pendekatan formalistik sebagai suatu pendekatan dalam menganalisis lirik-lirik lagu suku kaum Brunei. Amnya, diketahui bahawa lagu-lagu tradisional suku kaum Brunei di daerah-daerah tersebut ada sebahagiannya telah dibuat kajian secara dasar dan belum dikaji secara menyeluruh berdasarkan pendekatan formalistik yang bertujuan menilai unsur-unsur yang membina di dalam sesebuah karya sastera contohnya dari sudut tema dan persoalan. Dengan demikian kajian formalistik terhadap lirik-lirik lagu serta kajian terhadap penghasilan dan pembuatan gambus suku kaum Brunei di daerah Papar, Bongawan dan Membakut dapat mengetengahkan suatu genre kajian yang boleh digunapakai dan diaplikasi serta memberi maklumat kepada masyarakat meliputi generasi semasa dan akan datang selain mengekalkan seni budaya tersebut agar tidak dimamah zaman. Prof. Madya Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman

34


35


MASKOT WATAK KARTUN SABAH Abstrak Kraftangan memberi maksud barangan yang dihasilkan melalui kerja tangan dengan bantuan alatan yang ringkas. Kraftangan Sabah diperbuat oleh suku kaum etnik (Murut, Bajau, Rungus, Iranun, Kadazan, Dusun, Lundayeh dan lain-lain) yang terdapat di Negeri Sabah. Setiap kraftangan mempunyai fungsi dan kegunaannya. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya. Setiap barangan kraftangan yang dihasilkan mempunyai nilai estetik dan fungsi yang berbeza mengikut suku kaum yang ada di Sabah. Kraftangan yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan. Selain daripada itu, kraftangan digunakan dalam ritual, upacara keagamaan dan keramaian (Pesta Keamatan, Pesta Lepa, Tamu Besar Kota Belud dan lain-lain) . Maskot yang digunakan adalah untuk mempromosi, menarik minat dan perhatian masyarakat terutamanya kanak-kanak. Karektor maskot adalah bercirikan suku kaum yang terdapat di Sabah. Antaranya ialah Kadazan, Murut, Bajau, Rungus dan Iranun. Karektor kaum Kadazan dilambangkan dengan pemakaian Sirung (Tudung Kepala) , Bajau dilambangkan dengan kraftangan Tudung Saji (penutup makanan), Rungus dilambangkan dengan kraftangan Rinago (bekas penyimpan barang perhiasan wanita) dan Murut dilambangkan dengan pengunaan Takinan (bakul menyimpan barangan makanan). Penghasilan maskot dengan lipatan kertas merupakan salah satu kraftangan yang dapat merapatkan masyarakat untuk lebih mengenali dan menghargai kraftangan dari masyarakat Sabah. Lilian Lee Shiau Gee

36


37


PERSATUAN PELUKIS SENI VISUAL SABAH (PSVS) Pengenalan PSVS adalah persatuan sukarela didaftarkan pada 27 Ogos 2004 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah. Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Kota Kinabalu, berusia 18 tahun ke atas (ahli biasa) dan 18 tahun ke bawah (ahli muda).

Matlamat • Menjalankan aktiviti seni visual yang mengkhusus kepada bidang seni catan, seni lukisan, seni cetakan dan seni arca. • Mengadakan pameran karya seni lukis di dalam dan di luar negeri. • Mengadakan lawatan sambil menjalankan aktiviti bagi mempertingkatkan minda dan kreativiti para ahlinya. • Mengadakan aktiviti seperti seminar, forum, simposium yang berkaitan dengan seni visual. • Memelihara dan memupuk kumpulan pelukis dan mencungkil bakat-bakat baru.

38


39


Mohammed Yaman Hj. Ahmad Mus

40

illusi dimensi 60cm x 60cm Cetakan Digital


Datu Ruslan Sulai

LEPA II 46cm x 56cm Akrilik

41


Maimun Bte Pg. Bagul @ Dku Maimun

42

dUSUN GIRLS 79cm x 92cm Cat air


Christianne Goonting Devaster

Limbai | 8cm x 90cm Akrilik

43


Tina Rimmer

Dog and cat 46cm x 62cm Pastel

44


JENNIFER P. LINGGI

DUSUN WOMEN WITH BASKET 50cm x 60cm Akrilik

45


Mohd. Puad Bebit

46

Pulang Sudah 50cm x 60cm Akrilik


Zaimie Sahibil

lion fish series 65cm x 150cm Akrilik

47


Jainal Amambing

48

Happiness in a farm 48cm x 56cm Akrilik


Awang Fadillah Ali Hussein

Majmuk I 54cm x 54cm Akrilik

49


Dzulkifli Abd. Rahman (Pok)

NGAJAT PEMBELI (MENUNGGU PEMBELI) 20cm x 30cm Pastel 50


Muslim Mattajim

Tagal 26 79cm x 104cm Cat Minyak 51


Mohd. Zulwawi Hashim

Stop Bombing !!! 100cm x 98cm Akrilik 52


SUZANI SUHAIMI ETHNIQ SPLENDOUR

20cm x 29cm Cat Air 53


LAWATAN

54


55


56


57


58


59


60

Christianne Goonting sedang menerangkan karya beliau kepada Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai. Encik Mohammad Puad Bebit, Tuan Syed Bakar Syed Salim (Penyelidik Residen Muzium & Galeri Tuanku Fauziah) dan Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia) turut berminat.


Dari kiri, Encik Husaini Yaacob dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, Encik Zolkurnian Hassan (Kurator Kanan, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah) dan Encik Halimi Mohd Noh dari Pusat Pengajian Seni sedang berdiskusi. 61


62


63


64


65


66


67


68


69


70


PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Melestari Budaya Kadazan Dusun Menerusi Karya Kartunis Langkawit Mohammad Puad Bebit Rumah Tradisi Dusun Bonggi: Kajian Tentang Konsep Dan Rekabentuk Zaimie Sahibil Estetik Sunduk Etnik Suluk Pulau Jambongan Mohammad Azareen Aminullah

71


72


73


74


Dari Kiri: Encik Mohammad Puad Bebit, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal (Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia), Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai (Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah), Prof. Madya Hasnul Jamal Saidon (Pengarah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia) dan Encik Mohamad Azareen Aminullah.

75


PENGHARGAAN Yang Berbahagia Datu Rosmadi Datu Sulai Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah Perasmi Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia Prof. Madya Hj. Inon Shaharuddin Abdul Rahman Prof. Madya Ismail Ibrahim Zaimie Sahibil Mohamad Azareen Aminullah Mohammad Puad Bebit Lilian Lee Shiau Gee Penyelidik Datuk Mohd. Yaman Hj. Ahmad Mus Datu Ruslan Sulai Datin Maimun Pg. Bagul@DKU Maimun Christianne Goonting Devaster Tina Rimmer Jennifer P. Linggi Jainal Amambing Awang Fadillah Ali Hussein Dzulkifli Abdul Rahman (POK) Muslim Mattajim Mohd. Zulwawi Hashim Suzani Suhaimi Pengkarya Abdul Rasyid Abdul Razak Galeri Seni Melayu Pulau Pinang Universiti Sains Malaysia Universiti Malaysia Sabah Persatuan Seni Visual Sabah

76



Limpas Bayu Borneo