Euforia

Page 42

EUFORIA Selonggok Retorik Nur Hanim Khairuddin Tentang Seni

Apahal (Pasca) Friction? Walaupun secara kasar berciri surreal-fantastikal berselirat dengan unsur-unsur simbolik dan perlambangan peribadi, di antara mereka karya-karya Kojek kelihatan menjurus kepada imajan visual real, pengkisahan linear dan oleh yang demikian mudah ditanggapi. Sedangkan karya-karya Haslin umumnya berupa lakaran-lakaran dan kolaj-kolaj neo-ekspressionis yang cenderung cyclical dan chaotic justeru sedikit sukar difahami sekilas pandang. Sekira siri karya Kojek saling bertaut rapat antara satu sama lain dengan naratif dan citraan yang ‘sewaktu’ lagi selari, catan-catan Haslin sebaliknya terdiri daripada beberapa siri mini yang masing-masing membawa tema dan cerita sedikit berbeza. Karyakarya representasional Kojek jiwanya sosial; karya-karya abstraksi tanpa imajan real bikinan Haslin personal; meski kedua-dua mengungkap rasa dan suasana sukar-kabur-gelita sosial realiti semasa. Menghayati nilai, karektor, unsur bahkan semangat kesenian mereka, kita mengesani beberapa kelainan di antara Kojek dan Haslin. Walaupun kedua-dua terdidik di UiTM Shah Alam, terdapat aspek-aspek tertentu yang membezakan pengkaryaan mereka. Barangkali latarbelakang, usia, pengalaman, lingkaran sosial, niat kesenimanan, minat, dorongan menatijahkan perbezaan tersebut. Mungkin juga konteks gerakan sosio-politik-budaya anak muda yang melatari kehidupan mereka mempengaruhi keberlainan itu. Yang pastinya antara mereka wujud geseran pelbagai bentuk yang mengacu karya-karya mereka menurut rumus-rumus yang tidak sama. Justeru penonjolan perbezaan berbagai unsur (secara langsung atau tidak) di dalam pameran Friction ini adalah bicara tentang pergeseran: yang berkait dengan estetik, fungsi seni dalam masyarakat, peranan seniman, kekuasaannya, intipatinya, fesyen-trend-stailnya, idealismenya; juga yang berkait dengan dinamika sosial, kewujudan, keinsanan, intelektualiti, nafsu-hasrat manusia. Adakah teks-teks Friction, sama ada terpalit sekelumit aura originality (Kojek) atau sedikit sebanyak bernahukan appropriation (Haslin), mitos-mitos delusi budaya yang cuba diperindahkan atau objek-objek kreatif yang mahu diperdagangkan

42


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.