Euforia

Page 186

EUFORIA Selonggok Retorik Nur Hanim Khairuddin Tentang Seni

oleh kitaran sosial”. Self Portrait (Pameran Seni Philip Morris, 2001) oleh Nadiah Bhamadaj mungkin sedikit sebanyak berjaya menancapkan tiang feminis di persada seni moden tempatan. Sulaiman Esa menghayati karya ini sebagai “… imej batu nesan di pusara [atau juga] imej figura diselimuti jubah misteri.” Mengutip kiasan bermirip simbol falus, karya tersebut di samping membawa lambang penjelmaan ‘halimunan’ kewanitaan turut juga menandakan kesasaran ‘hantu’ phallogocentrism. Beliau meratapi suasana ‘kematian’ yang seakan membaluti fenomenologi wanita. Dengan mengangkat fahaman androgini dan mengandai dirinya sebagai entiti skizofrenik, Hamidah Abdul Rahman menindan foto wajahnya ke atas imej-imej personaliti lelaki. Hari Ini Aku Nak Jadi... bukan sekadar angan-angan. Beliau menegaskan kesediaan dirinya untuk menerima identiti yang pelbagai, memakai topeng bermacam watak; walau mungkin melampaui kewanitaannya. Beliau melahirkan dirinya sebagai ikon-ikon politik, sosial dan pop Malaysia, sebagai cara mengajukan ‘politik penyertaan’ ke arah menghapuskan dominasi lelaki dan serentak peminggiran wanita. Perlambangan Wanita 2: Kritik Susuk Spectacle Perlambangan wanita di dalam sistem penghasilan makna komunikasi harus dikaji sejajar dengan kefahaman budaya dan lingkaran konteksnya. Dalam sistem komunikasi budaya masa kini, wanita, akibat sering dikaitkan sematamata dengan perlambangan ‘jelita’ dan ‘berahi’, merupakan bahan komoditi. ‘Objek’ wanita dipergunakan sebagai cara untuk menawarkan kepuasan nikmat kepada khalayak penonton. Kewanitaan di dalam tema cerakinan Lacan adalah “tontonan spectacle yang hadir sekadar sebagai lambang keinginan maskulin” Imej-imej wanita narkisistik (acuan Freud) di dalam teks-teks budaya wujud untuk memuaskan intaian voyeurisme lelaki, menerbitkan gelojak nafsu tenungan. Fenomena tenungan maskulin di Malaysia diulas oleh beberapa pelukis (kebanyakannya lelaki). Ismail Zain, melalui imej cetakan komputer yang mempamerkan Sharifah Aini (Nasyid, 1988) dan Sahara Yaakob (Penyanyi Pujaan, 1988), mengkritik konsumerisme pop. Menerusi manipulasi imej ikonik

186


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Euforia by mgtf usm - Issuu