Page 1

ROADSHOW PALESTIN IRELAND (SOS) 2011

Searching

for

SALAHUDDIN &

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

8 April 2011 (Jumaat) Malaysia Hall 5 ptg - 8 mlm


Searching For Salahuddin

2

Dublin, Ireland

Tentatif Majlis

Kenapa Palestin???

J

enayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasankawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini. Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.

Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin Biro Dakwah, ISMA Cawangan Seremban

Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negaranegara Arab atau di negaranegara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini. Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin? Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

5.15 pm:

Kehadiran pelajarpelajar

5.30 pm:

Fiqh Perubatan

6.30 pm:

Persembahan sajak dan rehat

6.50 pm:

Intifadah Palestin

8.05 pm:

Bacaan ikrar solidariti oleh pengarah program

8.10 pm:

Penyerahan cek oleh Pengerusi ISMA Ireland dan Presiden IMAM Ireland kepada wakil Aman Palestin

8.15 pm:

Solat maghrib, makan malam dan bersurai

mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat? Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin? Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.

Besambung di halaman 5...


Dublin, Ireland

Searching For Salahuddin

Warga Kerja RSP SOS IRELAND 2011 Penasihat Zol Helmi Bin Md Zuki (Pengarah RSP SOS Seluruh Eropah 2011) Pengarah Mohd Ferdaus Mohd Tahar Penolong Pengarah Amirul Salehuddin Mannan Nor Azimah Roslan Setiausaha Nor Nasuha Ismail Bendahari Lokman Bahar Nur Izzah Zabidi

AJK Website AJK ISMA & Aman Palestin Eropah

AJK Pertandingan Abdul Salam Manaf (Poster) Hayati Hassan (Memasak)

AJK Buletin Rasyid Nasir Nor Azimah Roslan

AJK Promosi Abdul Salam Manaf Mohamad Arif Mustapha

AJK Kutipan Nur Asfahan Abd Halim (Online) IMAM & ISMA Ireland (Tabung)

AJK Aktiviti Amal Muhammad Faiz Moideen Mohamad Faezuddin Shamsualharis

AJK Kuiz Muhamad Faiz Mohd Fauzi Aisyah Razak

AJK Jualan Lokman bahar Helmi Hayati Hassan

Warga Kerja MAJLIS PENUTUP RSP SOS 2011 AJK Protokol Program Mohd Ferdaus Mohd Tahar

AJK Multimedia dan Siaraya Helmi Noor Ibrahim Abd Salam Manaf

AJK Media & Promosi Aisyah Razak Mohamad Arif Mustapha

AJK Makanan dan Kebersihan Hayati Hassan

AJK Pameran AP Faiz Moideen Faezuddin Shamsualharis

AJK Kit Program Mohd Ferdaus Mohd Tahar Muhamad Faiz Mohd Fauzi

Booth IMAM Nur Izzah Zabidi Farah Athirah Wan Nasrudin

AJK Pendaftaran Rasyid Nasir Nadira Shahrul Baharin

AJK Persembahan Nurthaqifah Farhani Mujiman

AJK Hadiah Nasuha Ismail Anis Farahana Abdullah

AJK Jualan Azimah Roslan AJK Logistik, Susun Atur & Hiasan Dewan Lokman Bahar Amirul Sallehuddin Mannan

Juruacara Majlis Amirul Asyrof

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

3


4

Searching For Salahuddin

Dublin, Ireland

Aktiviti Sepanjang RSP SOS Ireland 2011 Kutipan Online Seluruh Ireland 18 Mac - 8 April 2011 Kutipan Tabung Derma di Beaumont Hospital, James Hospital, RCSI, UCD, TCD, Cork dan Galway 18 Mac - 8 April 2011 Charity Lunch 18 Mac - 8 April 2011 Buletin Edisi Khas Palestin IMAM dan ISMA 18 Mac - 8 April 2011 Larian Amal dan Kutipan dari Pintu ke Pintu 20 Mac 2011 Pertandingan Memasak Amal untuk Palestin 26 Mac 2011 Pertandingan Mereka Poster bertemakan Palestin 1 - 6 April 2011 Pertandingan Kuiz Online 1 - 7 April 2011 Pameran Kepedulian Umat 8 April 2011 Majlis Penutup Kempen Lima Untuk Palestin 8 April 2011

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin


Dublin, Ireland

Searching For Salahuddin ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq. Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?

Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini. Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi. Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi? Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia

disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lainlainnya. Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini. Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini. Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian? Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar

Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya: 1.Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya. 2.Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya. 3.Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya. 4.Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin. 5.Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya. Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudarasaudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

5


6

Searching For Salahuddin

Dublin, Ireland

Fiqh Perubatan bersama Dr. Zainur Rashid

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin


Dublin, Ireland

Searching For Salahuddin

Intifadah Palestin

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

7


8

Searching For Salahuddin

Dublin, Ireland

Apologi Buat Seorang ADIK (Mengenang mereka dan dustanya seorang AKU) I ADIK; kau dan daerah bernama Aqsa tidak pernah mencium harum bahagia atau narwastu cinta dan kasturi sejahtera setelah perjanjian damai yang reput menabrak busuknya di udara. Lewat sekeping layar berita Kau pun bertanya warga dunia: “Apakah erti keharuman yang selalu dikata? Apakah ia serupa tengiknya kedamaian yang konon kalian perjuangkan?” Maafkanku ADIK, Pertanyaanmu itu tiada kujawab kerna aku sedang dibelai asyik diulit lena yang tiada penghujung dek semerbak wangi bunga kemodenan yang menguntum di kebun kemajuan negaraku. ADIK; kudengar tangis deritamu di nisan yang berdiri setia. kudengar ratapan cita-citamu di tengah kota yang kehilangan suara. Kulihat air matamu gugur; menyembah bumi Palestina nan mulia menitis; di kolam darah sengketa yang bertahun-tahun tiada keringnya. Kau melagukan takdirmu dalam senandung nestapa kepadaku; saudaramu: ”Di manakah dikau, duhai seorang abang yang sering menabur janji-janji palsu sedang aku menanti kehadiranmu di tanah sengsara ini.” Maafkanku ADIK, akulah sebenarnya pemungkir janji yang kulafaz pada setiap doa buatmu.

III ADIK; kau berjaga tanpa kenal erti masa malam, sendumu bermanja dengan bulan dan bintang siang, keluhmu berbicara sama matahari dan gerimis pagi. Kau sering sahaja berpesan kepada awan dan seekor merpati: “Tuan berdua, tolong! Khabarkanlah rintih ini kepada penguasa dunia kerana saudaraku hanya tahu tertawa di kota syurga milik mereka.” Maafkanku, ADIK akulah penghuni kota syurga yang kalut dengan bidadari anggur dan sungai susu tanpa sedar ia sekadar ilusi di pentas kehidupan duniawi. IV ADIK: Suatu malam kau tampil dalam mimpiku bersama sekuntum kemboja yang terselit di telingamu yang luka. Katamu: ”Aku sudah tiada nyawa, abang Terima kasih atas kiriman sayang yang kau palit bersama daki jahiliahmu.” Maafkan aku, ADIK. kematianmu di benua sunyi tiada didengar olehku yang berlakon sebagai seorang kekasihmu yang penuh taat setia. Shahkang Manchester, UK

Majlis Penutup Kempen Lima untuk Palestin

SOS & Majlis Penutup Kempen 5 utk Palestin Ireland  

Buku program sewaktu Majlis Penutup Searching for Salahuddin dan Kempen 5 utk Palestin di Ireland 8 April 2011 Malaysia Hall Dublin

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you