Page 1

JR

EDISI KHAS

imam

Islamic medical association of Malaysia journal

KELUARAN KEDUA MENARIK DI DALAM;

INE??? T S E L A APAn kP 2 e KENah B agia Sister’s Iron Chef Competition Apakah

Kempen

5?

Kenapa Palestine?

( bahagian kedua )

Kenapa umat Islam memusuhi Yahudi? Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain. Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.

(...bersambung di dalam‌)


Kenapa Palestine?

(...Part 2 of 3‌)

Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini. Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.

Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian? Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw. Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq. Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam sejarah peradaban dunia yang panjang.

Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?

Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka? Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia. Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis.

Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib yang zalim telah bermandian darah apabila lebih Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah den60 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh gan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta daritersebut. Namun maruah umat telah dikempada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian yang merempat di negara-negara jiran dan juga di balikan semula oleh generasi pejuang di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi. Perjuangan benegara mereka sendiri. Perjanjian damai demi liau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjukperjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis kan bahawa perjuangan untuk mengembalikan terus melakukan penjajahan demi penjajahan, penangkapan dan penderaan, penindasan dan pem- maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang bunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat berdosa. umat Islam di seluruh dunia.


Apakah Kempen 5 ? Bersempena Roadshow Palestine: Searching for Salahuddin, Kempen 5 untuk palestine dilancarkan selama sebulan dalam usaha mengajak masyarakt di Eropah terutamanya dari kalangan warga Malaysia untuk turut sama menghayati keperitan warga Palestin. 5 prinsip dalam kempen ini termasuklah: 1 - Tingkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pembebasan Al-Quds yang diberkahi. 2 - Hulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya 5 Euro sebulan. 3 - Boikot barangan dan syarikat Zionist. Sebarkan artikel dan kebaikan boikot.

4 - Sebarkan maklumat kepada rakan. 5 - Tingkatkan berdoa. Jalankan Qiyamulail dan sebarkan doa Qunut Nazilah di kalangan kawan-kawan! Sebagai langkah praktikal, warga Ireland digalakkan untuk menderma sekurang-kurangnya 5 Euro untuk kutipan sepanjang Kempen 5 untuk Palestin ini Untuk maklumat lanjut? Lawati Website: http://sos2011.ismaeropah.com/ Ayuh warga Ireland, Lets FIVE!!


Pertandingan ‘Iron Chef ‘Sisters Mencungkil Kreativiti dan Bakat Memasak dengan bahan yang sangat terhad, peserta-peserta mampu menghasilkan hidangan-hidangan yang begitu menyelerakan dan mengagumkan.

St Stephen Green, 26 march 2011- Bertemakan Demimu Palestin, seramai 25 orang pelajar perempuan telah berkumpul di sini untuk bersama-sama memeriahkan pertandingan Iron chef anjuran ISMA Ireland dengan kerjasama IMAM Ireland. Pertandingan ini merupakan salah satu daripada aktivitiaktiviti yang di jalankan bersempena kempen ‘5 for Palestin!’ yang dilaksanakan bermula 18 Mac lalu sehingga 8 April nanti. Pertandingan yang bertujuan bagi mengutip sumbangan untuk Palestin ini bermula pada pukul 2.00 petang dan di meriahkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang majlis berlangsung. Antaranya penghakiman masakan, jualan lelongan amal, dan permainan telefon buruk. Sebanyak 5 buah rumah telah mengambil bahagian dalam pertandingan Iron Chef yang mana kesemuanya telah berjaya menghasilkan masakan yang sangat menarik dan menyelerakan. Pertandingan memasak ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu setiap rumah perlu mengundi terlebih dahulu 5 bahan yang akan di gunakan dalam masakan masing-masing yang mana salah satunya merupakan bahan utama iaitu samada beras, tepung dan roti. Manakala 4 bahan lain adalah daripada senarai ini; cili padi, madu, keju, pisang, santan, cendawan, oat/bijirin, telur, kentang, susu, sos, ayam, bawang dan lobak. Kelimalima bahan yang telah diundi ini wajib digunakan sepenuhnya dalam masakan dan markah akan dipotong jika menggunakan bahan tambahan selain yang telah diundi kecuali minyak, gula, garam dan serbuk perasa. Peserta juga perlu menghasilkan satu hidangan utama serta satu hidangan pencuci mulut daripada bahan-bahan tersebut. Antara senarai bahan yang menarik yang telah di perolehi oleh salah satu kumpulan ini ialah beras, santan, pisang, cili padi, dan keju. Pada awalnya, rata-rata peserta menyatakan agak mustahil untuk menghasilkan satu masakan daripada bahan-bahan yang telah mereka perolehi sehinggakan ada yang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir. Namun, pada hari pertandingan tersebut 5 buah rumah telah berjaya mempersembahkan hasil kreativiti masakan mereka kepada para juri dan hadirin yang hadir. Ternyata

Seterusnya, diadakan jualan lelongan amal bagi menambahkan lagi kutipan sumbangan pada hari tersebut. Antara barang-barang yang di lelong adalah sebuah buku berkisar pengalaman seorang wanita Australia dalam misi kemanusiaannya ke Palestin, baju-baju Amal Wafa’, perfume, kek tiramisu dan kek walnut brownies. Suasana menjadi gamat kerana masing-masing berlumba mem’bidding’ untuk memiliki barang-barang yang di lelong. Hasil kutipan akan diserahkan sepenuhnya kepada tabung Aman Palestin. Bagi memeriahkan lagi majlis, game telefon buruk yang di kendalikan oleh saudari Thaqifah turut diadakan . Setiap kumpulan bertanding untuk memastikan mesej yang disampaikan daripada ahli kumpulan yang pertama Berjaya disampaikan dengan sempurna sehinggalah kepada ahli kumpulan yang terakhir . Ternyata, mesej yang sampai kepada ahli kumpulan yang terakhir berbeza sama sekali dengan mesej asal . Antara pengajaran yang cuba diterapkan melalui permainan ini adalah mengenai kepentingan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi dengan memperbanyakkan sumbersumber maklumat itu sendiri. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh timbalan pengarah S.O.S Ireland, saudari Nor Azimah yang mewar -warkan mengenai kempen 5 for palestin! dan mengajak untuk bersama-sama membantu dalam menyumbang kepada saudara-saudara kita di Palestin. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang dan pemenang pertandingan Iron chef akan diumumkan pada majlis kemuncak Road show palestin ini nanti iaitu pada 8 April 2011 di Malaysian Hall. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, semoga dengan usaha yang tidak seberapa ini mampu membantu sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka di Palestin sana.

Buletin IMAM Edisi Khas SOS: #2  

Edisi Khas sempena Roadshow Palestin: Searching for Solahuddin

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you