[Annual] La Légende 2017/18 - Edition 03

Page 43

O

bjektif utama misi ini adalah untuk memberi bantuan kewangan untuk pembangunan Pusat Islam Muslim Care sebagai pusat ibadat & kegiatan masyarakat muslim serta pengedaran bekalan keperluan asas seperti pakaian musim sejuk kepada para pelarian Chechen yang diselubungi dengan mimpi peperangan yang dahsyat sehingga menyebabkan mereka terpaksa bermigrasi ke Negara Poland yang merupakan negara yang paling banyak menerima pelarian daripada Chechnya kerana kedudukannya yang strategik iaitu bersebelahan dengan Russia. Misi ini juga dianjurkan dengan tujuan memupuk sifat persaudaraan dalam kalangan pelajar Malaysia di UK dan Eropah terhadap pelarian Muslim Chechnya sekaligus menjadikan pertemuan ini sebagai ruang untuk mereka merapatkan ukhuwah, berkongsi maklumat dan meluahkan masalah yang dihadapi di samping menjadi satu wadah untuk melibatkan

para pelajar Malaysia di UK dan Eropah khususnya dalam program kemanusiaan berbentuk sukarelawan agar dapat memupuk rasa cakna dan empati terhadap kesusahan orang lain, terutamanya pelarian Muslim yang berada di Eropah. Padahari Jumaat 19 April 2018, bumi Warsaw menyambut ketibaan para sukarelawan yang hadir dari pelbagai bandar di Perancis dan United Kingdom. Seramai 32 orang sukarelawan yang terdiri darpada mahasiswa yang menyambung pengajian di luar negara berkumpul di hotel penginapan bermula pada pukul 1 tengahari. Beberapa Wakil sukarelawan pergi ke pasar raya besar Makro untuk membeli barang-barang sumbangan dan kemudian membungkus paket makanan harian untuk diedarkan kepada pelarian pada keesokan harinya di pusat Islam, Bodycha, iaitu pusat aktiviti dan kegiatan para pelarian Chechen di Warsaw

masafrance.org | Annual | 43


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.