Page 79

TERAS STRATEGIK 5

MENAMBAH BAIK DAN MEMPELBAGAIKAN STRUKTUR PERTANDINGAN DI BAWAH PPBN Sejajar dengan penambahan bakat baru yang dilatih dalam saluran PPBN, lebih banyak lagi kejohanan perlu dianjurkan untuk mengasah bakat individu yang berpotensi. Daripada maklum balas yang telah diterima, kejohahan – kejohanan sebelum ini lebih tertumpu kepada konsep karnival, di mana keberkesanannya terbatas dalam membangunkan pemain muda. Pertandingan baharu yang akan dianjurkan di bawah PPBN adalah berunsur pembangunan jangka panjang, dan menjadi landasan yang terbaik dalam pencarian, pengasahan dan pembentukan individu berlandaskan konsep DNA yang akan diperkenalkan. 1.

SIRKIT LIGA KOMUNITI AKADEMI TUNAS B-7, B-8 dan B-9 Dianjurkan bagi mengatasi kekurangan jumlah pertandingan di peringkat umur ini. Melalui sirkit ini, Akademi Tunas di dalam kawasan zon tertentu akan bertindak sebagai tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan tempatan di dalam komuniti mereka pada setiap dua atau tiga minggu sepanjang tempoh enam sehingga lapan bulan. Pertandingan ini menjurus kepada konsep santai dan menyeronokkan (fun-games) dan melibatkan pasukanpasukan jemputan seperti sekolah dan kelab yang berhampiran. Ini juga menyediakan peluang untuk Jawatankuasa PPBN mengenal pasti bakat yang berada di luar program PPBN. Liga ini dikelolakan oleh KBS (MSN) dan KPM.

2.

LIGA AKADEMI TUNAS PERINGKAT ZON B-10, B-11 dan B-12 Diadakan bagi mengatasi kekurangan pertandingan bagi peringkat umur ini. Pertandingan liga mingguan di peringkat sebegini menjadi asas program pembangunan seperti yang telah terbukti berjaya di Eropah, Amerika Selatan dan Amerika Utara. Liga ini melibatkan semua Akademi Tunas yang digabungkan melalui zon-zon tertentu, dengan tempoh pertandingan selama enam sehingga lapan bulan. Liga ini dikelolakan oleh KBS (MSN) dan KPM.

3.

LIGA AKADEMI TUNAS PERINGKAT KEBANGSAAN B-10, B-11 dan B-12 Liga di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini merupakan persada bagi pemain-pemain terbaik di kalangan Akademi Tunas di setiap negeri menunjukkan keupayaan masing-masing. Pertandingan berasaskan liga ini akan diadakan selama enam sehingga lapan bulan di antara negeri. Bagi Sabah dan Sarawak, disebabkan faktor jarak perjalanan, Akademi Tunas di dalam kawasan zon tertentu bertindak sebagai tuan rumah untuk menganjurkan pertandingan tempatan di komuniti mereka secara mingguan sepanjang tempoh enam sehingga lapan bulan. Pemilihan Akademi Tunas di kedua-dua negeri terbabit yang berbeza dengan cara penganjuran di Semenanjung Malaysia dibuat disebabkan faktor jarak perjalanan. Liga ini dikelolakan oleh KBS (MSN) dan KPM.

4.

KARNIVAL JEMPUTAN ANTARABANGSA B-12, B-14 dan B-16 Kejohanan karnival jemputan khas ini melibatkan pasukan-pasukan tertentu dari semua saluran di bawah PPBN serta jemputan antarabangsa dan kelab-kelab komuniti tempatan. Selain daripada menyediakan pendedahan kepada para pemain, ia juga penting untuk menilai aspek perkembangan pembangunan pemain-pemain skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa. Ia dikelolakan oleh KBS (MSN).

5.

LIGA PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) PERINGKAT ZON B-14 dan B-17 Diadakan sejajar dengan peningkatan jumlah bakat yang ditempatkan di PLD. Liga ini melibatkan semua PLD yang digabungkan melalui zon-zon tertentu, dengan tempoh pertandingan diadakan selama enam sehingga lapan bulan. Liga ini dikelolakan oleh KPM dan KBS (MSN).

77

Profile for Man Olimpik

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Advertisement