Page 77

TERAS STRATEGIK 5

struktur KEJOHANAN sedia ada 1.

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) B-12 Merupakan kejohanan karnival peringkat kebangsaan melibatkan pelajar di bawah umur 12 tahun dari semua negeri dalam Malaysia. Pertandingan ini bermula di negeri masing-masing, daripada peringkat antara sekolah yang kemudiannya ke peringkat antara zon atau daerah, dan berkesudahan di kejohanan ini yang merupakan peringkat antara negeri. Kejohanan ini dikelolakan oleh KPM.

2.

LIGA BOLA SEPAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PIALA MENTERI PENDIDIKAN B-14 Liga kebangsaan yang melibatkan kesemua Sekolah Sukan Negeri. Buat masa ini, 14 Sekolah Sukan Negeri bersaing dalam kejohanan ini, dengan jemputan khas penyertaan skuad-skuad tertentu daripada SekolahSekolah Sukan Malaysia. Liga ini dikelolakan oleh KPM dan berlangsung selama enam sehingga lapan bulan.

3.

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) B-15 Kejohanan karnival peringkat kebangsaan ini melibatkan pelajar di bawah umur 15 tahun dari semua negeri dalam Malaysia. Pertandingan ini bermula di negeri masing-masing, iaitu daripada peringkat antara sekolah kepada peringkat antara zon atau daerah, dan berkesudahan di kejohanan ini yang merupakan peringkat antara negeri. Kejohanan ini dikelolakan oleh KPM.

4.

LIGA BOLA SEPAK PIALA REMAJA KPM/FAM B-17 Liga kebangsaan ini melibatkan kesemua Sekolah Sukan Negeri. Buat masa ini, sebanyak 14 Sekolah Sukan Negeri bersaing dalam kejohanan ini, dengan jemputan khas penyertaan skuad-skuad tertentu daripada Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia. Liga ini dikelolakan oleh KPM dan berlangsung selama enam sehingga lapan bulan.

5. KEJOHANAN BOLA SEPAK JUARA SEKOLAH B-17 Kejohanan karnival peringkat kebangsaan ini melibatkan sekolah-sekolah yang merupakan pasukan terbaik dari negeri masing-masing. Kejohanan ini dikelolakan oleh KPM. 6.

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) B-18 Kejohanan karnival peringkat kebangsaan ini melibatkan pelajar di bawah umur 18 tahun dari semua negeri dalam Malaysia. Pertandingan ini bermula di negeri masing-masing, daripada peringkat antara sekolah ke peringkat antara zon atau daerah, dan berkesudahan di kejohanan ini yang merupakan peringkat antara negeri. Kejohanan ini dikelolakan oleh KPM.

7.

KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKOLAH PREMIER B-18 Kejohanan karnival peringkat kebangsaan ini diadakan untuk sekolah-sekolah yang dinobatkan status Sekolah Premier iaitu sekolah-sekolah yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua. Pertandingan ini bermula di negeri masing-masing, daripada peringkat antara sekolah ke peringkat zon gabungan negeri, dan berkesudahan di kejohanan kebangsaan yang merupakan peringkat antara pemenang zon gabungan negeri. Kejohanan ini dikelolakan oleh KPM.

75

Profile for Man Olimpik

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Advertisement