Page 30

PENDEKATAN PPBN

PENYEDIAAN PPBN Dalam mencari formula terbaik untuk pembangunan sukan bola sepak negara, beberapa langkah telah diambil demi memastikan PPBN yang dihasilkan adalah komprehensif dan efektif. Inisiatif pertama merupakan satu misi mencari fakta yang dilaksanakan atas arahan Menteri Belia dan Sukan untuk mendapat maklum balas, mengenal pasti masalah dan mengatur keutamaan bagi sukan bola sepak.

Pada masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan juga telah melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Lim merupakan bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich, salah sebuah kelab terkemuka di dunia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam melatih dan bermain bola sepak di Jerman serta Malaysia. Dalam usaha menyediakan PPBN, Lim telah dipertanggungjawabkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran beliau untuk memberi nafas baru dalam inisiatif pembangunan bola sepak negara, dengan mengambil kira perbezaan budaya antara Eropah dan Malaysia. Pelbagai pandangan serta idea daripada kalangan para pemegang taruh serta penggiat sukan telah dapat dikumpulkan dalam misi mencari fakta ini. Setelah rumusan awal dicapai, satu kertas perbincangan telah

28

dibentangkan oleh Menteri Belia dan Sukan kepada Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN) untuk pertimbangan dan tindakan bersama selanjutnya. Seterusnya, satu bengkel selama dua hari telah dianjurkan pada bulan Disember 2013, yang dihadiri 120 orang daripada pelbagai latar belakang. Dalam bengkel tersebut, para pemegang taruh, penggiat sukan dan pihak-pihak berkepentingan, termasuk wakil kumpulan penyokong bola sepak telah mengemukakan pelbagai pendapat yang bernas mengenai sukan bola sepak negara. Input-input ini juga telah digunakan untuk memperkukuhkan lagi PPBN. Selain itu, PPBN juga telah dibentang dan diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak.

Profile for Man Olimpik

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Advertisement