Page 26

PELAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (PPBN)

RASIONAL PPBN KBS berhasrat untuk menambah baik inisiatif yang telah dirangka selama ini dan memperbaiki sebarang kelemahan yang telah timbul daripada pelaksanaan pelan pembangunan sebelumnya. KBS juga ingin membawa sukan bola sepak negara ke tahap yang lebih cemerlang melalui pendekatan baharu yang menyeluruh serta mampan. Pendekatan baharu melalui PPBN yang berpaksikan lima teras strategik ini diharap boleh menyemarakkan pembangunan secara holistik agar lebih ramai akan meminati, menyertai serta cemerlang dalam sukan bola sepak. Dalam hal ini, satu falsafah bola sepak negara atau DNA akan diperkenalkan untuk membentuk golongan muda agar menjadi pemain yang bukan sahaja mempunyai kepakaran teknikal dan taktikal, tetapi juga mempunyai gaya permainan tersendiri yang memberi kelebihan di persaingan serantau. Mereka juga akan dibentuk supaya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. DNA bola sepak ini akan diguna pakai dan disemai di setiap peringkat latihan PPBN dan menjadi panduan kepada semua pemegang taruh dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam usaha melahirkan pemain bola sepak Malaysia bertaraf dunia. Tumpuan yang lebih meluas dan mendalam akan diberikan kepada inisiatif pencarian bakat (talent scouting) dan pengenalpastian bakat (talent identification) yang merupakan kunci kejayaan utama bagi pembangunan bola sepak sesebuah negara. Hasrat PPBN adalah untuk melihat pembangunan saluran bakat yang lebih besar dan mantap. Kerjasama dan penyelarasan di antara pemegang taruh yang berkaitan juga akan terus diperkukuh dan diperkemaskan lagi. Setiap bidang tugas dan kuasa badan-badan yang berkenaan juga akan digariskan dengan lebih jelas agar tiada tugas yang bertindan. Ini juga penting supaya setiap agensi yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

24

Profile for Man Olimpik

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Pelan Pembangunan Bolasepak Negara #NFDP  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang menjadi pelan nasional, selain mengumu...

Advertisement