Page 1


Badrul manusia terpantas di Malaysia Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM & AMIR AFFENDI (Pelatih UNISEL) Solekan RAZZI MUSA (013-2227871)

ua kali bertemu dengan remaja ini, sifat peribadinya yang malu-malu itu masih kuat dalam diri. Bercakap penuh sopan dan mencium tangan orang biarpun pertama kali berjumpa membuatkan saya tidak raguragu mengatakan dia seorang remaja yang suka merendah diri. Sebenarnya jika tidak mengenali Badrul Hisyam Abdul Manap yang usia 18 tahun ini, dia mungkin dianggap seorang remaja biasa apabila berselisih dengannya di jalanan. Tetapi di sebalik tubuh fizikal yang kecil itu, dia adalah manusia terpantas di Malaysia ketika ini dalam acara larian pecut 100 meter. Ini kerana dia telah meleburkan rekod acara itu yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun. Badrul melakukan rekod baharu negara selepas membuat catatan 10.29 saat ketika memenangi pingat emas 100 meter di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG2015) di Brunei, minggu lalu. Pada kejohanan di Bandar Sri Begawan itu, Badrul menewaskan rakan senegara, Asnawi Hashim (10.71s) dan ketiga pelari Thailand, Worawut Salabal (10.87s). Selain mencipta rekod kebangsaan itu, Badrul Hisyam turut mencipta rekod kejohanan acara 200m dengan catatan 21.39 mengatasi catatan lama 21.61s miliknya sendiri yang dilakukan di Filipina tahun lepas. Beliau turut membantu kuartet 4X400m negara muncul juara sambil mencipta rekod kejohanan dengan catatan 39.86s, mengatasi rekod lama 46.56s milik Thailand sejak 2009. Pantas ditanya samada dia merasa dirinya sudah popular ketika ini gara-gara kejayaan luar biasa itu, Badrul hanya


Saya tidak rasa apa-apa pun. Lagi pun ramai yang nasihatkan saya jangan rasa bangga sangat dan jalani kehidupan seperti biasa sebelum ini.”

tersenyum meleret. “ Saya tidak rasa apa-apa pun. Lagi pun ramai yang nasihatkan saya jangan rasa bangga sangat dan jalani kehidupan seperti biasa sebelum ini,” jawabnya jujur. Mula menceburi sukan olahraga pada usia 10 tahun, barangkali ramai yang tidak tahu banyak pengorbanan yang telah dilakukan anak muda ini. Berpisah dengan keluarga tersayang untuk tinggal di asrama, aktiviti hariannya hanya tertumpu di trek olahraga. Malah sebelum memasuk Tingkatan Satu, dia berada di dalam dilema kerana arwah bapa, Manap Mohd. Yatim dan ibu, Rozinah tidak menggalakkan dia menceburi bidang sukan. “Ini kerana arwah bapa dan ibu tidak mahu tinggal berjauhan dan mahu saya belajar bersungguh-sungguh kerana takut pelajaran terabai jika sibuk bersukan sahaja. “Bagi saya, restu ibu bapa sangat penting dalam bidang olahraga yang saya ceburi ini. Biar pun pada mulanya mereka tidak menggalakkan untuk saya menjadi ahli sukan tetapi akhirnya saya mendapat restu,” katanya merendah diri.


Saya akan sentiasa ingat pesan bapa. Kalau hendak bersukan, bersukan betul. Dan arwah selalu cakap dengan jurulatih agar ajar saya sampai berjaya.�


Saya terkilan

Antara pengalaman sedih yang dilalui Badrul apabila dia tidak berada di sisi arwah bapa ketika menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham Abdul Manap meninggal dunia pada 6 Jun 2011 akibat sakit radang paru-paru selepas menderita sejak sekian lama. Jelas Badrul, seminggu sebelum bapanya meninggal dunia, dia berulang-alik ke hospital setiap hari untuk melawat arwah bermula pukul 5 petang hingga 7 malam. Lantas dia mengorbankan jadual latihannya yang perlu diawalkan bermula pukul 3 petang agar dapat dihabiskan cepat bagi bergegas ke sana. “Akhirnya bapa menghembuskan nafas terakhir pukul 11 malam dan pemergiannya dimaklumkan oleh cikgu kepada saya ketika berada di asrama sekolah,� katanya sedikit sebak. Jelas Badrul, biarpun reda, dia terkilan kerana kejayaaannya pada hari ini tidak dapat diraikan bersama dengan arwah bapanya. “Saya akan sentiasa ingat pesan bapa. Kalau hendak bersukan, bersukan betul. Dan arwah selalu cakap dengan jurulatih agar ajar saya sampai berjaya,� katanya sayu.


Sasar rekod

M.Jegathesan 47 tahun Selepas memecah rekod kebangsaan, Badrul kini menyasarkan dua impian selepas ini dalam kariernya. Pertama, dia mahu lebih pantas daripada catatan 10.29 saat miliknya ituuntuk layak beraksi di Sukan Olimpik Rio deJaneiro, Brazil tahun depan. Ini kerana dia perlu memecah rekod kebangsaan miliknya itu di mana-mana kejohanan antarabangsa yang menawarkan kelayakan ke Sukan Olimpik, untuk meloloskan diri bagi kategori B. Kelayakan ke Sukan Olimpik bagi acara 100m adalah 10.18s manakala kategori B pula ialah 10.24s atau pun tiket wildcard sekiranya mampu mengatasi rekod kebangsaan. Untuk rekod, Badrul pernah mencatatkan masa 9.90 saat dan 10.1 saat menerusi catatan tangan ketika sesi latihan. Kedua, Badrul kini menetapkan sasaran untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter yang kini dipegang oleh Tan Sri Dr. M. Jegathesan selama 47 tahun. Sebenarnya, pelari pecut negara itu pada awalnya sudah pun memecahkan rekod tersebut ketika memenangi pingat emas acara 200m Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Oktober lalu dengan catatan masa menakjubkan 20.88s. Bagaimanapun, catatan yang sepatutnya menjadi rekod 200m kebangsaan baharu itu tidak diiktiraf gara-gara bantuan angin dengan kelajuan 2.2m/s (meter per saat) pada aksi final 200m di Stadium Syed Sirajuddin Areeb Putra, Arau, Perlis . Jadi, rekod 200 meter milik dengan catatan masa 20.92 saat (s) dicipta pada Sukan Olimpik Mexico pada 15 Oktober 1968 lalu masih kekal hingga ke hari ini. “Harapan saya selepas ini agar dapat masuk bertanding lebih banyak kejohanan yang kompetitif agar dapat meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang,� katanya penuh harap.


Kenali Badrul Hisyam •Lahir 2 Januari 1997 •Asal Batu Gajah, Merlimau, Melaka rendah di Sekolah Kebangsaan Batu •Bersekolah Gajah semua jenis sukan sebelum Darjah 5 ceburi •Aktif acara lompar berpagar 80 meter. Sekolah Sukan Negeri Melaka Seri Melaka •Bersekolah hingga penghujung Tingkatan 4 2 beralih ke acara 100 meter dan mencatat- •Tingkatan kan masa di bawah 12 saat. ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail •Berpindah (SSTMI) kerana mengikut jurulatihnya, Mohd. Poad

Mohd. Kassim. Kini merupakan pelajar pra-universiti dalam bidang sastera di SSTMI. Emaknya merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja di rumah dengan menjaga anak orang dan mempunyai seorang kakak yang baru tamat pengajian Diploma Farmasi di UiTM. Tidak memiliki sejarah dalam keluarga yang meminati bidang sukan. Suka makan nasi goreng patayya tetapi tidak makan sambal belacan. Minuman kegemaran milo ais. Memiliki motosikal Honda EX5 di kampung tetapi simpan impian miliki motosikal Ducatti Monster dan kereta BMW. Sumber inspirasi Usain Bolt. Rutin hidup di SSTMI bermula pukul 7 pagi untuk latihan larian sebelum masuk kelas pukul 9 pagi hingga 2 petang. Turun kembali ke padang pukul 5 petang. Wajib masuk tidur pukul 10 malam. Diet pemakanan bila dekat dengan kejohanan sahaja dan jarang ambil makanan tambahan.

• • • • • • • • •


SITI NURHALIZA KEGUGURAN Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM

enyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nuhaliza memaklumkan kandungannya telah mengalami keguguran sekali gus menamatkan spekulasi dirinya hamil sebelum ini. Berita itu disahkan oleh Siti di laman sosial Instagram miliknya pagi ini namun tidak memberitahu tarikh kejadian itu. “Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai. “Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran,” tulis Siti. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, namun penyanyi Jaga Dia Untukku itu reda menerima ketentuan takdir sambil meng-

harapkan doa daripada peminat agar rezeki untuk menimang cahaya mata terus berpihak kepadanya. “Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah beri Siti jawapan di atas doa selama ini. “Insya-Allah, semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” ujarnya. Menurut Siti lagi, beliau kini sedang menjalani proses berpantang dan akan kembali menjalankan tugas seperti biasa selepas itu. Bekas juara Bintang HMI 1995 ini turut meluahkan rasa syukur kerana keluarga, terutama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, banyak memberikan sokongan ketika berdepan dengan situasi itu. Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Spekulasi Siti mengalami keguguran mula tersebar sejak semalam apabila dikatakan mendapat rawatan di sebuah hospital pakar swasta di Ampang, di sini.

Pada masa sama, Siti juga menyepi di laman sosialnya sejak beberapa hari sebelum muncul semalam dengan status tersirat yang bersifat motivasi selepas dilanda musibah. Minggu lalu sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial seolah-olah mengesahkan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini hamil anak sulung. Gambar Siti sedang duduk itu memperlihatkan bentuk badannya berisi dan bahagian perut yang sedikit buncit. Difahamkan, gambar itu diambil baru-baru ini bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30). Siti sebelum ini enggan menafikan atau mengesahkan dia berbadan dua. Bagaimanapun sebelum ini, berita kehamilan disahkan oleh sumber keluarga terdekat yang mengatakan kandungan Siti kini sudah memasuki enam minggu. Mengikut perkiraan, Siti yang kini berusia 36 tahun dijangka bersalin pada bulan Jun atau Julai tahun depan. Berita kehamilan Siti mula menjadi bualan apabila penyanyi Hetty Koes Endang mengusap perutnya semasa konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya minggu lalu. Dalam konsert itu Hetty, berdoa agar Siti cepat hamil dan dikurniakan zuriat. Sehari selepas itu, muncul satu video di atas pentas konsert itu apabila Hetty melarang Siti melompat dan terlalu agresif sambil menunjuk isyarat di perut penyanyi itu. Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibu mengandung. Namun dalam satu sidang akhbar, Siti tidak menafikan dan mengesahkan mengenai kehamilannya itu. Difahamkan, pihak Siti enggan berkongsi cerita itu disebabkan usia kandungan yang masih baharu. Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa bernikah pada 21 Ogos 2006


‘Datin Ghairah’ bergelar isteri kedua Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH

ktres kontroversi, Maria Farida akhir selamat bergelar isteri buat kali kedua apabila diijabkabul dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman pada 26 November lalu. Maria menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 beserta sebentuk cincin namun tiada wang dan dulang hantaran diberikanoleh pihak lelaki. Majlis pernikahan mereka berlangsung di Kelab Glof Kuala Lumpur (KLGCC) selepas diijabkbulkan solat Zohor. Selain itu, kelihatan rakan artis lain yang turut hadir dalam majlis pernikahan tersebut seperti Puan Sri Tiara Jacquelina dan Fasha Sandha. Difahamkan, Maria, 46, dan Rahman yang berusia 62 tahun itu merupakan sahabat baik sebelum ini. Sebelum ini, Maria pernah didakwa sebagai perampas apabila dikatakan mengganggu rumahtangga kawan baiknya, Karen Rahman yang juga pengasas produk kecantikan KR Beauty Care. Namun, anak-anak Karen tampil dalam rancangan Melodi mendedahkan perilaku sebenar ibu mereka yang dikatakan suka menipu selain selalu keluar dengan lelaki lain ketika ketiadaan suami di rumah. Maria yang mula berlakon sejak remaja popular dengan drama bersiri Astana Idaman, Dhia Sofea dan Datin Ghairah selain filem Bisikan Cinta. Dia sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.


GLAMOUR

l e m Sya un

k a j a ras Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto SAFWAN MANSOR

“Saya rasa jakun tiba-tiba bila dengar suara dan lagu sendiri buat pertama kali di radio.”


Selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Syamel berkunjung ke sebuah gerai burger pada satu malam. Ketika menunggu tempah dibuat, lagu yang dimainkan di gerai tersebut adalah lagunya nyanyian sendiri, Hidup Dalam Mati. Apa lagi, anak muda berusia 22 tahun itu seolah-olah rasa tidak percaya ketika itu. “Saya rasa jakun tiba-tiba bila dengar suara dan lagu sendiri buat pertama kali di radio. “Rasa teruja pun sebab saya pernah berangan alangkah seronok kalau lagu sendiri diputarkan di radio,” katanya sambil ketawa ketika berkunjung ke Studio MalaysiaGazette baru-baru ini. Dalam pada itu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd. Fodzly berkata, selepas keluar AF2015, dia mementingkan cara pemakaian apabila berada di tempat awam. “Saya tidak pakai lagi seluar kontot sebaliknya memilih pakaian yang sopan apabila keluar rumah. “Bukan apa, kadang-kadang saya tidak mungkin peminat kecil anggap saya role model sebab itu saya kena jaga penampilan saya,” katanya yang aktif bermain futsal. Ditanya tempias populariti yang dikecapi ketika ini, Syamel mengakui dia tidak memikirkan sangat tentang perkara itu. “Tak adalah rasa popular tapi saya rasa ada yang kenal saya. Saya hargai orang yang datang tegur saya.

“Saya memang tidak memilih kawan dan layan semua orang sama sahaja,” katanya. Syamel ketika ini sedang menangguhkan pengajian dalam Sarjana Muda E-Bisnes di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) gara-gara menyertai AF2015. “Saya akan tangguh pengajian saya selama setahun bagi memberi fokus kepada karier seni saya yang baru hendak bermula ini,” katanya yang bersedia untuk menceburi bidang lakonan jika diberi peluang. Sebagai naib juara, AF2015 Syamel telah berjaya memenangi wang tunai RM30,000, trofi dan pakej percutian ke Dubai. Pada konsert akhir itu, Syamel telah memberikan persembahan mantap menerusi dua buah lagu iaitu Sampai Mati nyanyian asal bekas juara Akademi Fantasia kesembilan, Hazama serta lagu ciptaannya sendiri, Hidup Dalam Mati. Anak muda berasal dari Cheras, Kuala Lumpur jugapernah bergelar juara pencarian bakat, SuEra, anjuran stesen radio Era pada April lalu.

Saya memang tidak memilih kawan dan layan semua orang sama sahaja,”


Bila

tidak bodek Wings Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto SAFWAN MANSOR


Saya tidak pernah bodek ayah. Lagi pun apa yang saya difahamkan, keputusan untuk jemput saya dalam konsert adalah keputusan bersama semua ahli Wings.”

Jelasnya pada masa sama, dia berharap masyarakat dapat menerima saiz fizikal dirinya seadanya pada hari ini. Mengulas perbezaan hidup Ramainya berpendapat, un- “Namun mungkin kerana selepas bergelar bintang tungnya menjadi Bila iaitu saya mula menyanyi dengan AF2015, Bila tidak merasakan anak kepada gitaris kumWings dari kecil, mereka su- dirinya sudah popular dan pulan rock lagenda Wings, dah tahu kemampuan saya dikenali ramai hari ini. Eddie. macam. Jemputan itu sebe- “Memang ada yang kenal dan Apa tidaknya, pemenang narnya satu penghargaan bila jumpa ajak ambil gamtempat ketiga program real- besar buat saya,” kata gadis bar. Namun saya tidak rasa iti Akademi Fantasia 2015 berusia 19 tahun itu. sudah popular sangat. ini diberi peluang menjadi Ditanya perancangan un“Cuma selepas keluar AF ini, artis jemputan pada Kontuk mengurangkan berat saya tidak boleh buat sesuasert 30 TahunWings di Stabadannya sebaik keluar tu perkara sesuka hati dan dium Merdeka penghujung AF2015, Bila berkata, dia perlu berfikir dulu. Oktober lalu. sudah mengamalkan diet “Cara duduk kena jaga dan Sebenarnya, bukan calangdengan tidak mengambil tidak boleh hendak baring calang artis baharu boleh nasi. ikut hati. Saya juga kena jaga muncul dalam konsert “Sebenarnya sebelum AF dan percakapan di tempat besar sebegitu. Khabarnya saya sudah mula berjogging awam,” katanya yang memilagi, Bila akan dijemput lagi setiap hari. Sebaik keluar liki sikap yang periang dan pada konsert Wings yang AF, saya meneruskan aktivi- peramah. sama di Johor Bahru pada ti tersebut setiap pagi. Anak kedua daripada tiga 25 Disember ini. “Saya juga jarang makan beradik menduduki tempat Berkunjung ke Studio Manasi dan kadang-kadang ketiga AF2015 dan berjaya laygazette baru-baru ini, sampai seminggu saya memenangi wang tunai seBila ditanya tentang isu tidak ambil nasi. Namun banyak RM20,000, trofi dan tersebut. Mentang anak seminggu sekali sehari saya pakej percutian ke Dubai. Eddie, senang-senang dap- kena ambil juga,” katanya Pada konsert akhir itu, dia at jadi artis jemputan pada tersenyum. telah memberikan persemsetiap konsert Wings. Bila atau nama sebenarnya, bahan yang cukup bertenaga “Saya tidak pernah bodek Nurnajmi Nabila Samsaimenerusi lagu asal nyanyian ayah. Lagi pun apa yang di menegaskan, dia hanya Faizal Tahir berjudul Karma saya difahamkan, keputusan akan menguruskan badanselain lagu baharu, Diam Saja untuk jemput saya dalam nya demi kesihatan dan ciptaan sepenuhnya oleh konsert adalah keputusan bukannya menjadi terlalu Edry Abdul Halim. bersama semua ahli Wings. kurus atau ramping.


POSEUP

360

P e r k a hw i n a n

Shukri Yahaya & Tya Adnan

PHOTO KREDIT: DW.CO Email : dreamywedsco@gmail.com Instagram : dw.co Contact person : 0164117095 ( Ayul Rahman 0162170646 ( Molkhan ), 0107662853 ( Admin )


Fesyen SelebrItI Rekaan keqasehbyanas jadi pilihan


FILEM

Oleh KAMARUL ANUAR

CHOWRASTA K URAN G RA S A Chowrasta, buah tangan terbaru Datuk Profesor A Razak Mohaideen, kali ini ia diterbitkan dengan usaha sama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd. Filem adaptasi daripada novel semi-biografi ‘Mencorak Destini’ berkisar tentang latar belakang Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan sejarah penubuhan UiTM. Naskah ini diangkat dengan formula aksi, romantik dan komedi berlatarkan genre drama realisme. Secara ringkas Chowrasta mengisahkan tentang Hamid (lakonan Chem Amar) yang hidup miskin dan terdedah dengan dunia gelap gangsterim dipaksa belajar ke ITM di Shah Alam oleh bapa saudaranya Uncle Don (Datuk Rosyam Noor). Di ITM, dia berkenalan dan bercinta dengan Hanizah (Nora Danish). Kesimpulan yang boleh dibuat, Chowrasta adalah filem terbaik pernah dihasilkan oleh Razak. Bagaimanapun ia bukanlah filem yang baik. Banyak kelonggaran yang dapat dikesan. Kelemahan utama adalah filem ini bergerak tanpa jiwa. Pengarah gagal menterjemah emosi Hamid. Tatkala Hamid berbelah bahagi untuk

ke ITM atau tidak, Razak tidak berkongsi fikiran kecamuk Hamid itu. Begitu juga ketika Hamid penat kerana terpaksa berkerja dan belajar dalam masa serentak serta perasaan melankolik Hamid setelah dibuang daripada ITM. Emosi bagi babak penting ini tidak dikongsikan bersama penonton membuatkan Chowrasta seakan-akan mengejar durasi untuk tayangan. Chowrasta menggunakan ‘multiple camera’ atau pelbagai kamera untuk pengambaran. Bagaimanapun kelemahan suntingan jelas kelihatan apabila terlalu banyak ‘jump cut’. Bagaimanapun pujian harus diberikan kerana semua babak dan plot yang diterjemahkan atas layar tidak membazir. Paling penting Chowrasta mengajak kita untuk menghargai IPTA dan pentingnya orang melayu bersatu untuk maju. Aspek lakonan juga sememangnya boleh dijangka dengan kehadiran pelakon hebat Rosyam Noor dan Wan Hanafi Su. Pelakon lain seperti Nora Danish, Fauzi Nawawi serta Winnie K tampil biasa-biasa sahaja. Bagaimanapun pelakon baru, Chem Amar perlu diberi perhatian kerana dia mampu bermain watak dengan baik. Chowrasta menemui penonton 3 Disember ini.


Gemersik ROHANA JALIL Oleh KELLY AZMAN Foto AMIR AFFENDI (Pelatih Unisel)

N O S TA

L G IA

Jika disebut nama Dara Abdul Jalil, tentu tidak ramai yang tahu siapa insan yang dianugerahkan suara gemersik dan lunak itu. Dilahirkan di Kota Tinggi, Johor, Dara yang lebih dikenali sebagai Rohana Jalil melakar nama dalam bidang seni suara selepas menyertai pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981. Siapa sangka bakat Rohana mendapat pengiktirafan apabila beliau diumumkan pemenang pertandingan yang berlangsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur itu. Hakikatnya, wanita bersuara lunak itu telah lama berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau kerap menghiburkan orang ramai di majlis perkahwinan dan keramaian. Rohana juga pernah menyertai pertandingan nyanyian di Johor Bahru sebanyak dua kali namun nasib tidak menyebelahinya. Pada tahun 1979, dia telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan mencuba nasib sekali lagi pada tahun 1981 sehingga berjaya bergelar Bintang RTM. Beliau membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2,000. Hadiah disampaikan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat. Sejurus menang, Rohana meluahkan hasratnya kepada para pemberita untuk menjadi penyanyi terkenal sehingga ke taraf antarabangsa. Rohana kini masih aktif menyanyi dan tentunya suara gemersik beliau itu tetap menjadi halwa telinga para peminat muzik retro. Antara koleksi album: Sunting Gembira Di-Hari Raya (1979) Di Suatu Ketika Masih Dalam Ingatan (1987) Rayuan Ku (1988) Resah Ku (1989)


ARTIS BARU

NanaSheme kagumi Sheeda

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto FAREEZ FADZIL

Lagu Hantu Atau Buaya, ciptaan DJ Fuzz, lirik oleh Adib, berjaya menonjolkan penyanyi NanaSheme di persada seni tanah air. Album itu sering diputarkan di corong radio biarpun gadis berusia 20 tahun terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album singlenya sebelum ini. Bertemu anak kelahiran Kuching, Sarawak, dia sebenarnya memiliki sifat pemalu dan bersopan-santun. Sempat dirisik pendapatnya apabila lagu popularnya itu dinyanyikan oleh penyanyi dangdut Sheeda pada konsert ketiga program realiti Gegar Vaganza baru-baru ini. Ramai menyukai cara nyanyian Sheeda dengan lenggok dangdut hingga menjadikan lagu Hantu Atau Buaya lebih sedap didengar. “Saya sebenarnya kagum dan terharu apabila penyanyi senior seperti Kak Sheeda dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. “Namun kalau orang cakap nyanyian Kak Sheeda lebih sedap, itu perspektif masing-masing. “Apa pun saya bersyukur kerana Hantu Atau Buaya terus mendapat tempat di hati peminat biarpun hampir setahun dikeluarkan,” kata pelajar tahun akhir Diploma Bangunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak, Karier anak sulung daripada tiga beradik bermula apabila dia gemar menyanyi di laman YouTube dengan membuat cover

Saya sebenarnya kagum dan terharu apabila penyanyi senior seperti Kak Sheeda dapat menyanyikan lagu itu dengan baik. “Namun kalau orang cakap nyanyian Kak Sheeda lebih sedap, itu perspektif masing-masing.” version sehinggalah dilamar oleh syarikat rakaman Life Records untuk menjadi penyanyi berlabel. Mempertaruhkan album ketiga iaitu single terbaharunya bertajuk Boleh Belah, NanaSheme cuba menggilap nama sebagai penyanyi wanita pelapis tanah air. Kalau nak tahu, NanaSheme juga memiliki single berjudul Permintaan Hati sebelum ini, namun ia seakan-akan tidak mampu menyaingi kekuatan yang dimiliki Hantu Atau Buaya. Di awal kemunculannya, ramai yang mempertikaikan kewujudan video-video lama NanaSheme yang masih tidak bertudung. Ada yang mendakwa, dia sengaja meniru seorang lagi penyanyi kelahiran YouTube, Najwa Latif yang terlebih dahulu terjun ke industri hiburan tanah air. Bersedia menempuh pancaroba sebagai anak seni, NanaSheme percaya, setiap kritikan positif mampu membantunya menjadi penghibur yang bagus. Pada masa sama, NanaSheme juga enggan pengajiannya terjejas semata-mata mahu mengejar impian sebagai penghibur serba boleh.


DIARI SENI

Asyik-asyik produk Qu Puteh Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH Foto FAREEZ FADZIL

Sebelum ini di Astro. Kini di TV3 pula. Itulah penangan iklan produk Qu Puteh. Iklan produk yang diasaskan oleh Datuk Vida itu akan menaja program peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 30 bermula 22 November lalu selama tiga minggu. Padahal lima minggu ini sebelum, produk Qu Puteh menjadi penaja utama program realiti Gegar Vaganza di Astro.

Banyak betul duit Datuk Vida ini atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza. Semua stesen TV ada muka dan produk beliau. Kalau yang tidak berapa suka itu, bersabar sahajalah. Lepas habis Gegar Vaganza dan Muzik-Muzik 30 itu, Datuk Vida akan taja Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30). Hebat bukan produk Qu Puteh ini?

Konsert Wings di Johor Bahru Selepas mencatat kejayaan bermakna dalam Konsert Wings 30 Tahun di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu yang dihadiri lebih 25,000 penonton, Wings bakal mengadakan konsert yang sama di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pula pada 25 Disember ini. Kumpulan rock legenda yang dianggotai Awie (penyanyi), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) ini memilih lokasi terb-

abit kerana menyasarkan peminat dari Johor dan negara jiran Singapura. Jika di Stadium Merdeka lalu menampilkan banyak penyanyi undangan, tetapi di Johor Bahru mereka hanya meletakkan lima artis sebagai persembahan pembuka iaitu Kristal, Aweera, Azlan & The Typewriter dan Bandi Amuk. Konsert kali ini menampilkan tema 1980-an secara keseluruhannya iaitu era kemuncak Wings.


EDITORIAL KETUA PENGARANG: Noraini Abd Razak WARTAWAN: Arif Nizam Abdullah Kamarul Anuar Kelly Azman JURUGAMBAR: Noor Asrekuzairey Salim Safwan Mansor Fareez Fadzil Ashraf Mustaqim Amir Affendi GRAFIK: Jamieshah Jamil JURUVIDEO: Zulfadhli Aziz

Poseup 1dis15  
Poseup 1dis15  
Advertisement