Mesyuarat Disiplin kali 1 2013

Page 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA MINIT MESYUARAT KHAS JAWATAN KUASA DISIPLIN BIL 1/TAHUN 2013 TARIKH : 16 Januari 2013 HARI : Rabu MASA : 11.00 pagi TEMPAT : Bilik Pengetua SMK Taman Megah Ria PENGERUSI : Pn Rosnah Binti Ismail KEHADIRAN (BILANGAN): 7 Orang NAMA YANG HADIR : Pn Puspha Rani a/p T Palanisamy Pn Khalidah Binti Khalid Pn Bahvany A/P Muthu Cik Nurizien Binti Shaharudin En Lokman Hakim bin Mahamad En Hafizi @ Muhammad Hafizi bin Mohd Zaki Pn Teoh Bee Ing NAMA YANG TIDAK HADIR: Pn Ande Noor Munawara Binti Bachok ( Bersebab) 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 1.2

Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat pada hari ini adalah berkaitan dengan kes Lim Ching Fei ( Peralihan B)

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT Tiada. 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada 4. LAPORAN GURU DISIPLIN 4.1 Rujuk kepada lampiran Tindakan :semua ahli mesyuarat 5 KEPUTUSAN MESYUARAT 5.1 Tuan pengetua memberi amaran dan nasihat kepada En Lokman Hakim dan Cik Normaliza supaya dimasa akan datang lebih prihatin kepada tatacara mengambil tindakan disiplin kepada pelajar. 5.2 Selaras dengan konsep Sekolah dan Guru Penyayang majlis sebulat suara setuju mengubah imej unit disiplin Sekolah 5.2.1 Guru disiplin tidak lagi dibenarkan membawa rotan sewaktu meronda dalam kawasan sekolah 5.2.2 Semua kes yang melibatkan hukuman rotan hanya akan dijalankan di bilik pengurusan disiplin sekolah dan direkod serta bersaksi. 5.2.3 Hanya guru yang diturunkan kuasa merotan sahaja yang boleh merotan pelajar. 5.2.4 Satu salinan surat akan dihantar kepada waris pelajar yang telah dirotan. 5.2.5 Setiap salah laku pelajar akan dimaklumkan oleh dari pihak sekolah melalui panggilan telefon atau surat untuk membolehkan waris pelajar datang ke sekolah membincangkan masalah disiplin anak mereka.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.