Page 1

SISTEM KARDIOVASKULAR


Pengenalan Sistem Kardiovaskular Sel tubuh tidak bergantung kepada persekitaran luar untuk berfungsi . Ia bergantung kepada sistem organ tubuh. Sistem kardiovaskular / kardiorespiratori bertanggungjawab mengangkut oksigen , nutrien dan keperluan lain kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh .


Komponen Utama Sistem Kardiovaskular Jantung ď ś Organ penting untuk mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan oksigen dan nutrien . ď ś Saiz sebesar penumbuk dan berat kurang daripada satu paun . ď ś Memiliki 4 ruang iaitu atrium kanan , atrium kiri , ventrikel kanan dan ventrikel kiri .


STERNUM

JANTUNG

DIAFRAGMA


Darah Tisu cecair terdiri daripada pelbagai unsur sel termasuk eritrosit , leukosit dan platelet yang terkandung di dalam plasma . 55 % isipadu darah ialah plasma manakala 45 % ialah eritrosit . Membentuk lebih kurang 7 % berat tubuh orang dewasa normal . Orang dewasa berat tubuhnya 70 kg mempunyai 5 – 6 liter darah .


Salur Darah o Terdiri daripada arteri , vena dan kapilari . o Membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung .


Fungsi Sistem Kardiovaskular  Membantu membekalkan oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida dari darah .  Sistem peredaran angkut oksigen dari paru-paru ke sel-sel tisu badan dan keluarkan karbon dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru .  Semasa inspirasi , udara mengandungi oksigen masuk ke paru-paru melalui salur pernafasan. Gas oksigen disimpan sementara dalam alveolus. Jantung mengepam darah nyahoksigen ke paruparu melalui kitaran pulmonari . Gas oksigen dan karbon dioksida meresap melintasi membran alveolus dan kapilari . Karbon dioksida dihembus keluar dari paru-paru melalui salur pernafasan .Oksigen yang melintasi membran alveolus dan kapilari akan meresap ke dalam darah . Darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk diagihkan kepada sel-sel tisu badan .


Struktur Dan Fungsi Bahagian Jantung ďƒź Terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam . ďƒź 2 ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis . Kedua-dua ruang dipisahkan oleh septum interatrial . ďƒź Dinding otot yang membentuk 2 ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal.Septum interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikel .


Sambungan‌..

Atrium sebagai ruang penerima darah . Atrium kanan menerima darah kurang oksigen dari tisu tubuh .Atrium kiri menerima darah kaya oksigen dari paru-paru. Ventrikel bertindak sebagai pam yang mengepam darah keluar dari atrium . Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.


Sambungan‌ ď ą Injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri yang terbit daripada jantung membenarkan aliran darah pada satu arah sahaja. ď ą Injap atrioventrikular ( injap mistral dan trikuspid ) membenarkan darah mengalir dari atrium ke ventrikel . ď ą Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta .


Sambungan‌. o Dinding otot jantung teridiri daripada lapisan epikardium , miokardium dan endokardium . o Pada jantung ada injap atrioventrikular dan semilunar . Injap AV membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja dari atrium ke ventrikel setrusnya ke arteri . o Ada 2 injap AV iaitu trikuspid pada kanan jantung dan bikuspid pada kiri jantung . o Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta . Setiap injap semilunar mempunyai tiga kelompok.


Kadar denyutan rehat diperolehi semasa individu dalam keadaan rehat . Isipadu strok ialah amaun darah dipam oleh ventrikel kiri disukat dalam unit liter sedenyutan . IS lelaki adalah lebih besar berbanding perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi IS ( berbaring lebah besar daripada berdiri ). Ia berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kadiovaskular. Contoh pengiraan : KDJ semasa rehat = IS = Q

= = = =

KDJ 72 5.04 5L/

72 denyutan seminit 70 ml

x IS x 0.07 min


SISTEM PEREDARAN DARAH Kitaran Sistemik ď ąDarah beroksigen dan dengan nutrien dibawa ke organ badan dan membawa darah kurang oksigen ke jantung .

Kitaran Pulmonari ď śMembawa darah kurang oksigen ke paruparu untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung .


Gambarajah kitaran sistemik dan kitaran pulmonari


Faktor Pengembalian Darah Ke Jantung Bila otot menguncup , vena tertekan dan darah di dalamnya ditolak ke jantung . Injap pada vena menghalang darah mengalir ke belakang . Ia hanya membenarkan pengaliran darah ke jantung . Semasa otot mengendur , vena dipenuhi semula dengan darah . Proses penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung .


Semasa inspirasi , tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung.Ia memaksa darah mengalir ke arah atrium kanan jantung . Bila tekanan intratorasik meningkat semasa ekspirasi , vena dipenuhi semula dengan aarah kurang oksigen . Semakin tinggi tekanan, semakin banyak output jantung . Pernafasan yang membantu keluaran jantung dikenali “ Pam Pernafasan “ .


Mengukur Tekanan Darah o Tekanan ialah daya yang mengedarkan darah dalam sistem darah . o Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggike tekanan rendah . o Contoh : Bila ventrikel menguncup , ia menghasilkan tekanan lebih tinggi daripada tekanan di aorta . Darah dari ventrikel kiri ditolak keluar ke aorta dan lain-lain saluran darah sistemik dan ke bahagian kanan jantung . o Tekanan darah manusia diukur dengan menggunakan “Sfigmomanometer� .


o Tekanan darah berbeza mengikut jantina , umur,keaktifan ( gerak kerja ) dan lain-lain . o Atrium-atrium menguncup serentak pada jantung yang normal . Bila atrium mengendur , ventrikel pula menguncup . o Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik . o Sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel . o Diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel . o Tekanan darah diukur menggunakan unit mm Hg ( milimiter merkuri ) . o Tekanan darah normal ialah 120 / 80 mm Hg .


Gambar Mengambil Tekanan Darah


Hipertrofi Jantung  Saiz jantung setiap incividu berbeza .  Ia boleh membesar atau mengalami hipertrofi jika individu melakukan latihan fizikal secar konsisiten dan berterusan .  Saiz jantung atlit adalah lebih besar berbanding individu yang sedantari .  Bila hipertrofi berlaku , ketumpatan kapilari juga meningkat .  Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :  Penambahan saiz kaviti ventrikel  Bertambah ketebalan dindin ventrikel


 Atlit berdaya tahan tinggi ( spt perenang , pelari jarak jauh ) mempunyai kaviti ventrikel yang besar .  Oleh itu , isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa diastol. IS atlit ini lebih tinggi berbanding individu sedantari dan atlit acara eksplosif .  Atlit terlibat dalam aktiviti rintangan tinggi seperti gusti / melontar peluru memiliki dinding ventrikel yang tebal .  Walaupun hipertrofi jantung mereka sama dengan atlit berdaya tahan tinggi , IS mereka sama dengan individu sedantari .

Sistem kardiovaskular t5 2  
Advertisement