Page 1

EDISI 1 2012 PERCUMA

Buletin Rasmi Perbandaran Port Dickson

Fokus didalam:

(EDISI KHAS SEMPENA SEDEKAD MPPD) Majlis Perbandaran Port Dickson My Port Dickson


Warkah Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Port Dickson Warkah Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tahun 2012, genap 10 tahun (Sedekad) Majlis Daerah Port Dickson (MDPD) dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran. Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengalami perkembangan seperti peningkatan bilangan anggota, jumlah pegangan dan pendapatan tahunan serta fungsi dan tanggungjawab. Dalam tempoh tersebut, Majlis Perbandaran Port Dickson sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem pengurusan khususnya sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekpektasi pelanggan seperti saranan serta slogan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Bagi merealisasikan slogan tersebut, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Port Dickson menitikberatkan aspek kompetensi anggota untuk mewujudkan barisan warga kerja yang cekap, bertanggungjawab, amanah, adil, berdedikasi dan berketerampilan. Sempena Sedekad MPPD pada tahun ini, Majlis telah menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat dimana sebanyak 13 program telah dirancang dan dilaksanakan. Program yang menjadi perhatian adalah Konvoi Bermotosikal ke Daerah-Daerah di Negeri Sembilan, Pertandingan Golf, Karnival Sukan Rakyat “Area Officer”, Treasure Hunt dan lain-lain. Selain itu juga, Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengekalkan penarafan 5 Bintang, Kedudukan Ke-10 dengan memperolehi markah sebanyak 93% dalam penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia 2012. Bagi pencapaian sukan, MPPD telah mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Negeri Sembilan Tahun 2012. Penglibatan dalam pertandingan ini dapat menambahkan lagi semangat kerjasama antara warga MPPD serta mengeratkan siraturahim antara warga-warga Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan. Pembudayaan 5S juga turut diterapkan dalam pengurusan. MPPD begitu komited melaksanakan Persijilan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal) daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC). Objektif 5S ini antaranya memastikan kepuasan pelanggan dalaman dan luaran dipenuhi, meningkatkan kerjasama antara warga dalam melaksanakan tugas harian, mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dikalangan warga, memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga dan meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui budaya Kaizen. Harapan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Tahun 2013 adalah untuk mewujudkan perkhidmatan perbandaran dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik. Hak cipta terpelihara : Sebarang penerbitan semula di dalam apa jua bentuk tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Perbandaran Port Dickson

Sekian, terima kasih. “KEBERSIHAN KEUTAMAAN KAMI” “PORT DICKSON BERSIH, INDAH DAN PERMAI”

Penasihat Tuan Abdul Wahab Bin Shamsuddin Yang Dipertua

Jurugambar Muhammad Syarqawi Bin Abd. Ghani Ahmad Sofiyuddin Bin Md. Hashim

Ketua Pengarang Encik Ahmad Hashim Bin Bakar

Penulisan Norizan Binti Abdul Rahman Noorhayati Binti Osman Norazurah Binti Mohd Nor Megala A/P Ayasamy

Pengarang Encik Ahmad Fairul Bin Ibrahim Penolong Pengarang Encik Mohd Muzamer Bin Busman Buletin MPPD Edisi (1/2012)

2

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson KM. 1, Jalan Pantai 71009 Port Dickson Negeri Sembilan Darul Khusus Tel : 06-6471122/1335 Faks : 06-6474984 Web : www.mppd.gov.my Email : mppdns@mppd.gov.my

Sumbangan Penulisan Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, MPPD Bahagian Perbendaharaan, MPPD Bahagian Penguatkuasaan, MPPD Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB), MPPD Bahagian Perancang Bandar, MPPD Bahagian Bangunan, MPPD Unit Inovasi dan Tindakan Khas, MPPD Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, MPPD D’Blue Wave, MPPD MPPDfc


MPPD MERUPAKAN PBT PERTAMA BEKERJASAMA DENGAN IWK GUNA HASIL PENGOLAHAN AIR KUMBAHAN Majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara MPPD dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) diadakan bersempena dengan Majlis Pelancaran Ulangtahun MPPD Ke-10 (Sedekad), MPPD telah dilaksanakan di Medan Ikan Bakar, Km ¼ Jalan Seremban, Port Dickson. MPPD merupakan PBT pertama yang menjalinkan kerjasama dengan IWK dalam penggunaan kitar semula hasil pengolahan air kumbahan. Turut hadir menyaksikan perjanjian persefahaman ini adalah Menteri Besar, Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hasan, Yang Dipertua MPPD, Tuan Abdul Wahab Bin Shamsuddin, Pegawai Daerah Ab Khalid Bin Mat dan Pengerusi IWK Datuk Ibrahim Bin Mahaludin Puteh. Kerjasama ini adalah langkah ke arah menyemarakkan lagi penggunaan teknologi hijau dalam kalangan PBT. IWK menghasilkan baja kompos selepas selesai sistem pembetungan berpusat dalam memastikan sisa kumbahan tidak terus disalurkan ke laut. Kerjasama ini juga berjaya mengaplikasikan kaedah ‘Bio Effluent’ dan bio pepejal ke atas tanaman landskap sekali gus dapat merealisasikan polisi Teknologi Hijau Kerajaan dan Bandar Raya Rendah Karbon serta amalan lestari dan mesra alam. Dalam majlis ini, turut diadakan pelancaran Skuad Inovasi dan Tindakan Khas MPPD, Menepung Tawar Kaunter Bergerak dan Bas MPPD, Memperkenalkan Pemain dan Pegawai MPPD FC, Lawatan Pameran Projek RMK-9 Projek Kementerian Pelancongan Malaysia, Lawatan Sambutan Sedekad MPPD, Lawatan Pengiktirafan MPPD, Lawatan IWK dan Pelancaran Kumpulan D’Blue Wave MPPD

3

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


LAPORAN PROGRAM-PROGRAM PELANCONGAN Tahun 2012 menyaksikan kepelbagaian program-program pelancongan yang diluluskan MPPD dan ini telah menyerikan lagi Sambutan Sedekad MPPD. MPPD turut bekerjasama dan memantau perjalanan program-program ini agar ia berjalan dengan lancar dan mendapat impak yang baik dari pelancong. Ini membuktikan Port Dickson terus menjadi destinasi utama bagi penganjuran acara-acara pelancongan di Negeri ini. Port Dickson terus diberi pengiktirafan bagi penganjuran siri Pesta Air Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan acara ini turut dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Nasional. Melalui Pesta Air Malaysia Port Dickson ini, MPPD telah buat julung kalinya menganjurkan Port Dickson Beach Night Run yang telah disertai pelari dalam dan luar negara. Selain itu, program Port Dickson International Triathlon dan Raptor Watch turut dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Nasional dan ini telah menguatkan lagi status Port Dickson sebagai lokasi penganjuran Acara bertaraf Nasional dan Antarabangsa, Dataran Teluk Kemang terus menjadi tumpuan utama bagi penganjuran program-program pelancongan. Ia menjadi tarikan kepada pelancong bagi beriadah dengan mengikuti program yang dianjurkan selain menghayati keindangan Pantai Teluk Kemang. Berikut adalah senarai program-program pelancongan yang telah dilaksanakan di Dataran Teluk Kemang bagi tahun 2012 :-

PROGRAM PELANCONGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN DI DATARAN SERI KEMANG, TELOK KEMANG 2012 Bil

Nama Program

Tarikh Anjuran

Anjuran

1

KARNIVAL JOM MASUK “U”

3-4/3/2012

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DGN KERJASAMA MPPD

2

KARNIVAL USAHAWAN MUDA 2012

9-18/3/2012

BELIA MUKIM JIMAH BARU DGN KERJASAMA MPPD

3

KARNIVAL SANTAI HARI BURUH SIRI KE-10

4

PESTA MUZIK SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PORT DICKSON NS 2012

12/5/2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KEMANG DGN KERJASAMA MPPD

5

KARNIVAL GENERASI Y “KAMI PRIHATIN”

1-5/6/2012

BELIA TAMAN INTAN DGN KERJASAMA MPPD

6

KARNIVAL SANTAI FIESTA CUTI SEKOLAH KE PORT DICKSON

8-10/6/2012

ANITA ENTERTAINMENT & PRODUCTION DGN KERJASAMA MPPD

7

KARNIVAL MOBILE TRAK 17/6/2012

7/6/2012

SRI PAJAM DEVELOPMENT SDN. BHD. DGN KERJASAMA MPPD

8

KARNIVAL PANTAI WARISAN KITA

23/6/2012

PASUKAN PENGAKAP MALAYSIA DGN KERJASAMA MPPD

9

KARNIVAL BELIA KREATIF & INOVATIF

20/9/2012

TITIAN SENI

10

KARNIVAL GEGAR 1 BELIA 2012

11

KARNIVAL FIESTA SANTAI PERKAHWINAN 1 MALAYSIA

12

KARNIVAL GERAK USAHAWAN

8-16 /12/ 2012

MAK EVENT COMMUNICATION

13

KARNIVAL YEAR END SALE

17-25/ 12/ 2012

TETRA PROMO EVENT

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

4

28/4 – 1/5/2012

10-18 /11/2012 30/11-2 /12/ 2012

ANITA ENTERTAINMENT & PRODUCTION DGN KERJASAMA MPPD

YOUTH GENERATION MOVEMENT ANITA ENTERTAINMENT & PRODUCTION


PROGRAM-PROGRAM PELANCONGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN DI PANTAI-PANTAI AWAM SELURUH PORT DICKSON BIL

NAMA PROGRAM

1

MALAYSIA WATER FESTIVAL

2

PORT DICKSON BEACH NIGHT RUN

3

TARIKH 4-6/5/2012

ANJURAN

LOKASI

PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN, NS DENGAN KERJASAMA MPPD

PANTAI CAHAYA NEGERI

5/5/2012

MPPD

PANTAI CAHAYA NEGERI

PD NATIONAL SAND SCULPTURE CHAMPIONSHIP 2012

30/6/2012

LEMBAGA PELANCONGAN N. SEMBILAN DENGAN KERJASAMA MPPD

PANTAI SAUJANA

4

PORT DICKSON INTERNATIONAL 4 X 4 SAND CHALLENGE 2012

19-21 /12/2012

LEMBAGA PELANCONGAN N. SEMBILAN DENGAN KERJASAMA MPPD

PANTAI CAHAYA NEGERI

5

KEJOHANAN SUKAN PANTAI (MASUM) VARSITY BEACH GAMES

30/11-2/12/2012

UITM DENGAN KERJASAMA MPPD

PANTAI BAGAN PINANG

6

PORT DICKSON BEACH TOUCH FIT (FEDERATION INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP) 2012

23/12/2012

X’TREME OUT BOUND DENGAN KERJASAMA MPPD

PANTAI BAGAN PINANG

PROGRAM-PROGRAM PELANCONGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN DI LAIN-LAIN KAWASAN DI PORT DICKSON BIL

NAMA PROGRAM

TARIKH

ANJURAN

LOKASI

1

PESTA PONGGOL

18/2/2012

MIC TELOK KEMANG DENGAN KERJASAMA MPPD

PADANG MERDEKA, PD

2

PELANCARAN PERASMIAN MC’DONALD PD WATER FRONT

19/2/2012

MC’DONALD PD WATER FRONT DENGAN KERJASAMA MPPD

MC’DONALD PD WATER FRONT

3

RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 19/2/2012

BARISAN NASIONAL, TELOK KEMANG DENGAN KERJASAMA MPPD

HADAPAN ARKED MARA, PD

4

RAPTOR WATCH 2012

10-1/3/2012

KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MPPD

ILHAM RESORT, PD

5

PROGRAM PENETASAN PENYU BERSAMA MEDIA

12/3/2012

GLORY BEACH RESORT, PD DENGAN KERJASAMA MPPD

GLORY BEACH RESORT, PD

6

PORT DICKSON INTERNATIONAL TRIATHLON 2012

7-8/7/2012

LEMBAGA PELANCONGAN N. SEMBILAN DENGAN KERJASAMA MPPD

AVILION ADMIRAL LOVE PD

7

CYCLOSPORTIF FOCUS BIKES

25/11/2012

LEMBAGA PELANCONGAN N. SEMBILAN DENGAN KERJASAMA MPPD

TIARA BEACH RESORT, PD

8

MPPD CORPORATE BOWLING TOURNAMENT

10/12/ 2012

MPPD

OCEANIC MALL PD

5

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM-PROGRAM PELANCONGAN PROGRAM-PROGRAM PELANCONGAN DI DATARAN SERI KEMANG

PROGRAM PORT DICKSON INTERNATIONAL TRIATHLON

PROGRAM PD NATIONAL SAND SCULPTURE CHAMPIONSHIP

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

6


LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENYELARASAN PESURUHJAYA BANGUNAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA KE MPPD Lawatan ini telah diadakan pada 12 Julai 2012 bagi melihat secara dekat mekanisme pemantauan pelaksanaan akta bangunan dan harta bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) serta masalah yang dihadapi oleh Bahagian COB, MPPD dan Bangunan Strata di bawah pentadbiran MPPD 12 JULAI 2012

MAJLIS PELANCARAN PERSEKITARAN AMALAN BERKUALITI 5S DAN ‘BIG CLEANING DAY’ MPPD

Majlis Pelancaran ini telah diadakan pada 8 Jun 2012 bertempat di Dewan MPPD. Ia bertujuan bagi memastikan setiap peserta mengetahui peranan dan juga tanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan persekitaran berkualiti amalan 5S dapat dilaksanakan dan seterusnya menjadikan tempat kerja lebih efisien serta produktif bagi menyumbang kepada kecermelangan organisasi. Sasaran bagi mendapatkan pensijilan 5S bagi MPPD akhirnya berjaya dicapai dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Majlis Penyampaian sijil ini disempurnakan semasa Program Konsert Sedekad MPPD pada 31 Disember 2012.

7

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


SAMBUTAN ULANGTAHUN SEMPENA SEDEKAD, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON Pada 2 Februari 2012, genap Majlis Perbandaran Port Dickson menyambut Ulangtahun Yang Ke-10 (Sedekad), MPPD. Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dianjurkan dari Bulan Februari sehingga Bulan April 2012 dengan melibatkan kerjasama antara semua Agensi Kerajaan, Media, Pemaju, Kontraktor, Syarikat Swasta, Pertubuhan-Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Pemimpin Masyarakat serta seluruh komuniti kawasan Perbandaran Port Dickson. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ini telah berjaya merapatkan lagi hubungan erat diantara semua pihak yang terlibat terutama di kalangan warga Majlis Perbandaran Port Dickson bagi memastikan program-program yang dirancang berjalan dengan lancar. Berikut adalah senarai acara-acara yang telah dilaksanakan sempena Sedekad, MPPD :-

Bil

Nama Program

Tarikh

Lokasi

Urusetia

2/2/2012

DEWAN, MPPD

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

1

MAJLIS DOA SELAMAT, BACAAN YASIN & TAZKIRAH

2

KONVOI BERMOTOSIKAL KE DAERAH-DAERAH DI NEGERI SEMBILAN (PELEPASAN) KELAB KARISMA

5-6/3/2012

DEWAN MPPD

KELAB KARISMA

3

PERTANDINGAN MEWARNA DAN MEMBINA ISTANA PASIR

10/3/2012

PANTAI BAGAN PINANG

UNIT AUDIT DALAM

4

PERTANDINGAN BOLA JARING PANTAI

10/3/2012

PANTAI BAGAN PINANG

BAHAGIAN PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA

5

PERTANDINGAN GOLF

11/3/2012

PORT DICKSON GOLF & COUNTRY CLUB

UNIT INOVASI & TINDAKAN KHAS

6

PERTANDINGAN BADMINTON

10-11/3/2012

KOMPLEKS SUKAN TELOK KEMANG DEWAN, MPPD

BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (OSC)

17/3/2012

PADANG MERDEKA, PD

BAHAGIAN PERKHIDMATAN, PERBANDARAN & KESIHATAN/BAHAGIAN SISTEM MAKLMAT/ BAHAGIAN PERANCANG BANDAR / BAHAGIAN LANDSKAP

17-18/3/2012 (MAJLIS PENUTUP) 7

KARNIVAL SUKAN RAKYAT “AREA OFFICER”

8

PERTANDINGAN BOWLING

16-18/3/2012

PD SUPERBOWL SDN. BHD, PD

9

PERTANDINGAN TARIK TALI

24-25/3/2012

PADANG MERDEKA, PD

BAHAGIAN KEJURUTERAAN

10

MAJLIS PELANCARAN SEDEKAD, MPPD

28/3/2012

MEDAN IKAN BAKAR, MPPD

BAHAGIAN KORPORAT & PELANCONGAN

11

PERTANDINGAN NASYID

30/3/2012

DEWAN, MPPD

BAHAGIAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

12

TREASURE HUNT

2/4/2012

PANTAI CAHAYA NEGERI

BAHAGIAN PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

8

KELAB KARISMA, MPPD


LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM-PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN SEDEKAD, MPPD

Majlis Bacaan Yassin

Kejohanan Badminton Piala YDP

Kejohanan Bowling Sempena Sedekad MPPD

Kejohanan Golf Piala YDP

Treasure Hunt

Sukan Area Officer

Konsert Sedekad MPPD

Kejohanan Tarik Tali 9

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


LAWATAN SAMBIL BELAJAR ’LIAISON OFFICER’ MPPD KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA DAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Program ini diadakan pada 12 Oktober 2012 dan disertai oleh semua ‘Liaison Officer’ yang mewakili semua bahagian MPPD. ‘Liaison Officer’ ini bertanggungjawab menyelaraskan aduan-aduan awam bagi setiap bahagian. Perkara utama yang dikongsi bagi program lawatan ini adalah dari segi pengurusan aduan, penangkapan anjing dan penyewaan dewan. Berbagai ilmu dan perkongsian pendapat telah diterima hasil daripada lawatan yang disifatkan sangat berfaedah bagi pendedahan dan ilmu yang bermanfaat.

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

10


LAWATAN KERJA BAHAGIAN BANGUNAN KE MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU DAN MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN Program Lawatan Kerja ini diadakan pada 3 Jun 2012 sehingga 5 Jun 2012 dan disertai oleh Bahagian Teknikal MPPD iaitu Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Landskap, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta, Bahagian Perbendaharaan, Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Perancang Bandar. Lawatan ini telah berjaya membawa peserta berkongsi pengalaman dan mempelajari secara teknikal sistem kerja yang dipraktikkan serta memberi pendedahan terhadap kakitangan teknikal berhubung beberapa isu perundangan dan melihat dari segi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan yang dilaksanakan. Aspek pembangunan kawasan pantai juga dapat dipelajari bagi memberi lebih idea bagi perancangan pembangunan akan datang.

11

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MPPD TAHUN 2012 SEMPENA ULANG TAHUN KE-10 MPPD Pada 12 September 2012 , Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPPD Tahun 2012 Sempena Ulang Tahun Ke-10 MPPD bertempat di Dewan Besar, MPPD. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Pengisian program ini diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan bagi kakitangan MPPD yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2011. Cabutan ini telah dilakukan oleh YB Dato’ Hj Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tn. Abdul Wahab bin Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Ahli-ahli Majlis dan Ketua-ketua Bahagian yang turut hadir pada Majlis tersebut. Seramai 68 pemenang yang telah berjaya dan terpilih daripada 24,534 pembayar cukai yang telah menjelaskan keseluruhan cukai taksiran. Hadiah utama merupakan 3 buah motosikal yang berjumlah RM3,000 setiap satu selain hadiah-hadiah yang lumayan berupa barangan elektrik, TV Plasma 50’’, Samsung Galaxy, Komputer Riba, Jam Tangan dan sebagainya. Pihak Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas keprihatinan pembayar cukai terhadap tanggungjawab mereka untuk menjelaskan keseluruhan cukai taksiran.

PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PENYEWA GERAI & PASAR Terdapat 69 penyewa gerai dan pasar yang terdiri daripada penyewa Pasar Besar Port Dickson, Pasar Lukut, Pasar Teluk Kemang, Pasar Pasir Panjang, Pasar Linggi, Medan Selera Dataran Teluk Kemang, Gerai Sg. Raya, Gerai Pre-Emptive Kg. Sg. Raya, Gerai Rumah Rakyat Linggi, Gerai Perhentian Bas Linggi, dan Gerai Pekan Linggi yang telah menjelaskan keseluruhan sewaan bagi Tahun 2012 secara tahunan. Di atas komitmen yang diberikan, Pihak Majlis telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada penyewa-penyewa tersebut di lokasi perniagaan secara berperingkat. Pada 3 Ogos 2012, Tn. Abdul Wahab bin Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Ahli-ahli Majlis, Ketua Bahagian dan kakitangan yang terlibat telah berkumpul diperkarangan pejabat Yang Dipertua dan bertolak ke lokasi penyerahan sijil dan cenderahati di Pasar Besar Port Dickson (7 penyewa) dan Pasar Lukut (10 penyewa). Bagi 52 penyewa yang selebihnya, sijil penghargaan dan cenderahati telah diserahkan sendiri kepada penyewa di lokasi perniagaan pada, 13 Ogos 2012, 10 September 2012 dan 11 September 2012.

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

12


PROGRAM ZIARAH KESEJAHTERAAN BANDAR Program diadakan pada 19 Mei 2012 bertempat di Dewan Besar MPPD dan dihadiri oleh YB. Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. MPPD merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama yang menerima bantuan tersebut pada tahun 2012. Penyampaian bantuan diberikan kepada peserta-peserta dari Daerah Port Dickson yang terpilih dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Kategori bantuan yang diberikan termasuk Bantuan Sewa Rumah dan Bantuan Perumahan Bandar.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN BAHAGIAN PERBENDAHARAAN ( 9 OGOS 2012 )

13

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


STATUS PROJEK PROGRAM BANDAR SELAMAT MPPD 2012 Peruntukan berjumlah RM 600 telah disalurkan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada MPPD pada 6 Januari 2012. Cadangan projek laluan pejalan kaki di Bandar Port Dickson daripada Terminal Bas dan Teksi Bandar Port Dickson hingga tempat letak kereta di hadapan Padang Merdeka, Bandar Port Dickson telah disiapkan pada 26 Jun 2012. Manakala, cadangan projek pemasangan tempat letak motorsikal berkunci di Bandar Port Dickson, Pekan Lukut dan Teluk Kemang telah disiapkan pada 25 Mei 2012.

MPPDfc MENJADI JOHAN PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA JKKK/TAMAN DAERAH PORT DICKSON 2012 Pasukan bolasepak MPPDfc telah menyertai Pertandingan Bolasepak Liga JKKK/Taman Daerah Port Dickson Tahun 2012 yang bermula pada 21 April 2012. Sebanyak 22 pasukan bolasepak telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan MPPDfc yang menggunakan nama Happy Garden dalam pertandingan ini telah berjaya ke peringkat akhir. Pertandingan akhir telah diadakan pada 15 Julai 2012 diantara MPPDfc melawan Pasukan Teluk Kemang A. Pasukan MPPDfc telah menjadi johan dalam pertandingan ini. Hadiah disampaikan oleh ADUN Bagan Pinang, YB Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj Abdul Samad.

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

14


AKTIVITI-AKTIVITI BAND D’BLUE WAVE, MPPD BERIKUT ADALAH ANTARA PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN YANG TELAH DIADAKAN OLEH BAND D’BLUE WAVE, MPPD. BAND INI DIANGGOTAI SEPENUHNYA OLEH WARGA MPPD SENDIRI

AHLI KUMPULAN KUGIRAN D`BLUE WAVE, MPPD Dari Kanan :- Noramen (Gitar Redum), Norazlina (Vokalis), Abu Bakar (Pen. Pengurus) Raley (Gitar Utama), Khairil Azrin(Drumer), Ramli (Gitar Bass)

PERSEMBAHAN DI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LOCAL AGENDA 21 PERINGKAT DAERAH TAMPIN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1433

JEMPUTAN PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN-JABATAN KERAJAAN PERINGKAT DAERAH JELEBU 2012

PERSEMBAHAN DI HOTEL GLORY RESORT, PORT DICKSON SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI BAPA 1 MALAYSIA PERINGKAT PARLIMEN TELOK KEMANG

PERSEMBAHAN DI MAJLIS MAKAN MALAM PEJABAT SUK,NS BERSAMA UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA, JPM DI GRAND LEXIS HOTEL, PORT DICKSON

PEGAWAI DAN KAKITANGAN MPPD YANG TERLIBAT PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN-JABATAN KERAJAAN PERINGKAT DAERAH JELEBU 2012

15

Buletin MPPD Edisi (1/2012)


LENSA MPPD

Buletin MPPD Edisi (1/2012)

16


buletin 120122  
Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you