Page 1

de LIMA, kau curi hatiku. Setiap kali bulan Disember menjenguk kalendar, setiap kali itu juga hatiku ini terkenangkan peristiwa 5 tahun dahulu. Waktu itu, umurku baru mencecah 21 tahun dan aku baru sahaja tamat latihan dan dilantik sebagai jururawat gred U29, di Hospital Langkawi. Aku masih ingat lagi. Ketika itu berlangsung Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi. Semua orang tentu tahu bahawa sewaktu LIMA berlangsung, antara acara kemuncaknya ialah pertunjukan aerobatik oleh jet-jet pejuang daripada serata dunia. Aku adalah di antara ramai-ramai manusia yang teruja untuk menyaksikan persembahan itu. Kebetulan pula, pihak hospital memilih aku dan lebih kurang 50 orang kakitangan hospital berbagai peringkat, untuk berkhidmat di pusat gerakan, di MIEC, Padang Matsirat. Memang teruja sangatlah! Kira-kira pukul 11 pagi, kelihatan beberapa buah jet mula mengisi ruang udara. Seronoknya bila dapat melihat aksi-aksi berani para juruterbangnya. Hatiku asyik memuji keberanian mereka. Bersama-sama orang ramai di sekeliling kami, aku turut bersorak riuh. “Bravo! Bravo!” “Sukanya dia!” Kawanku Azlin mengusik. “Mestilah! Hebat tu!” balasku. “Alah, renung kat atas dapat apa? Tu, kat bawah tu, ramai askar. Senyum je, mesti dia orang kenyit mata kat kau!” Yusri, satu-satunya jururawat lelaki dalam kalangan kami, mengusikku. “Aku nak pilot, bukan nak askar biasa-biasa tu!” balasku, angkuh. Tapi, sebenarnya, aku tak ada niatpun hendak mengurat sesiapa. Aku kan muda sangat waktu tu? Baru 21 tahun. Tak kuasa nak fikir fasal lelaki. “Selera tinggi bukan main. Weh, cik Emi Maisarah. Kalau hang tu cantik macam Lisa Surihani, bolehlah berangan nak kahwin dengan pilot.” Makk aaii, menyengat betul mulut si Yusri ni. Buat sakit hati sahaja. Tapi, aku mana boleh kalah dengan dia. Terus aku cakap, “Abang Yus, tau la yang abang Yus dok gila kat Lisa Surihani tu, tapi, jangan la dok kutuk cek! Tuhan buat cek dah cukup comel. Cek syukur sangat! Sebab cek rasa diri cek comel, tu yang cek perasan nak tackle pilot. Awat, abang Yus jeleskah?” Azlin dan beberapa orang lagi yang ada bersama kami, ketawa. Yusri mendengus geram. Marahkan aku! Tiba-tiba seseorang menjerit, “Eh, tengok tu! Jet tu nak jatuh la!” Semua pakat tengok ke arah yang ditunjukkan. MasyaALLAH, takutnya! Kami melihat sebuah pesawat kelihatan sudah tidak terkawal oleh juruterbangnya. Bila-bila masa sahaja, ia akan jatuh terhempas. Mataku terpaku. Rasa gayat, gerun, takut... semua menyerang hendap diri ini. Tak pernah aku alami perasaan sebegini. Dalam hati asyik memekik, “Tuhan, selamatkan pilot tu! Selamatkan dia! Selamatkan dia!”


Aku sudah tidak berani hendak melihat lagi lantas aku tunduk sambil jari telunjuk, ku jolokkan ke dalam telinga agar aku tidak mendengar bunyi dentuman sebaik jet pejuang itu menyembah bumi. Namun, ia tetap terdengar. Keadaan terus jadi kelam kabut. Di tempat jatuhnya pesawat itu, aku nampak kepulan asap. Innalillah... sebak hatiku. Terus jatuh kasihan kepada si juruterbang yang malang. Kasihan dia! Seketika kemudian, terdengar jeritan Ketua Operasi kami, Dr Osman. “Get ready! He is alive! We are bringing him in here!� Dalam kalut, kami masing-masing melafaz rasa syukur. Terperanjat kerana juruterbang itu masih selamat. Rupa-rupanya, beberapa saat sebelum jet pejuang F-18D Hornet itu terhempas, dia berjaya keluar dengan melentingkan kerusi yang diduduki. Alhamdulillah! Tapi, bagaimana keadaannya? Terukkah? Bukan mudah kerana paras kejatuhannya bukanlah rendah. Hmm, tentu teruk kecederaan yang dialaminya! Ketika dia sampai, keadaannya memang kelihatan tenat. Darah meleleh-leleh di sana sini. Aku sebagai orang baru, tidak berpeluang mendekat kerana tentunya dia perlukan khidmat mereka yang lebih berpengalaman. Ramai kawan-kawannya hadir di antara kami. Nampaknya, dia ni popular juga orangnya. Aku dengar mereka menyebut namanya sebagai Kapten Ahmad Faiz Zakuan. Hehe... dah tak ada kerja untukku, jadi aku pasang telingalah, kan? Umurnya 28 tahun. Orangnya? Entahlah! Kalau sudah tubuh badan dipenuhi darah, tak dapat dilihat dengan teliti fizikalnya. Tak lama pun dia di pusat gerakan tu. Setengah jam kemudian, Kapten Ahmad Faiz dibawa ke Hospital Langkawi. Dan aku? Aku terus lupakan dirinya sehinggalah aku kembali bertugas di wad, 3 hari kemudian. ..................... selamat membaca bingkisan cerpen terbaru kak sofi. enjoy, k! 2 Di Hospital Langkawi, biasalah! Pusat rawatan, kan? Sentiasa sahaja keadaannya hingar bingar, riuh rendah dengan pelbagai bunyi. Anak merengek inginkan susu, suara marah-marah orang ramai kepada petugas-petugas yang mereka katakan lembab malah tangisan kedukaan akibat ditinggalkan orang-orang tersayang dapat anda dengari. Sebagai jururawat, aku sudah biasa dengan semua itu. Aku bertugas di wad untuk pesakit lelaki. Kata kawan-kawanku, lebih baik bertugas di wad lelaki daripada wad pesakit perempuan. Pesakit wanita ni, lain macam sikit. Ada yang garang dan suka marah-marah. Kalau terlambat memenuhi kehendak mereka, maka mereka pasti akan mengeluarkan kata-kata yang kesat. Entahlah, aku belum pernah mengalaminya. Tapi, bagi aku, sebenarnya, di wad manapun serupa sahaja. Di wad pesakit lelaki ini pun, sama juga keadaannya. Tapi, aku ni memang penyabar. Bagi aku, leteran bagaikan irama dangdut di telinga ini. Yang aku pastikan memasuki telinga kanan dan kukeluarkan melalui telinga kiri. Prinsipku mudah. Aku bekerja untuk berbuat baik dengan orang. Pesan ayah sentiasa dalam ingatan...


“Jadi misi, kamu mesti kuat dan sabar, Emi Maisarah! Orang sakit memang banyak kerenah. Orang sakit suka buat perangai. Bukan apa, mereka hendak menarik perhatian kamu. Mereka menagih simpati kamu. Bukan semua orang boleh jadi misi. Bukan semua orang dikurniakan sifat sabar dan tenang. Dua sifat ini perlu sentiasa kamu bawa bila bekerja. Jagalah pesakit dengan penuh kasih sayang, supaya sakit mereka berkurang. Berlembut dengan mereka. Pujuk, kalau mereka enggan makan ubat. Sentuh mereka dengan halus, biar mereka tidak terasa bertambah sakit.” Itulah ayahku. Meskipun hanya seorang penoreh getah, nasihatnya amat berhemah. Ayah tidak pernah berkasar dengan kami, anak-anaknya yang seramai lima orang ini. Kepada diriku, anak yang sulung, sering diingatkan lagi dan lagi, supaya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik. Emakku? Oh, namanya Rubiah. Emak tidak banyak cakap orangnya. Tapi dia cukup mudah mesra. Jadi, apa yang aku hendak beritahu ialah aku lahir dalam keluarga yang miskin tapi cukup bahagia. Argh, maaf, aku sudah melalut pula. Bukankah aku hendak menceritakan tentang Kapten Ahmad Faiz Zakuan? Okey! Ketika dibawa ke hospital, kecederaannya tidak nampak parah. Hanya tangan kirinya yang patah. Tapi doktor tetap risau. Takut pendarahan dalaman berlaku pula. Setelah dua hari dia berada di unit rawatan rapi, dia dimasukkan ke wad kami. Wah, heboh satu hospital, hehe.... Semua orang mengambil kesempatan untuk melihat dia. Waduh, memang dia sangat kacak. Betullah kata orang, lelaki yang bekerja sebagai juruterbang mempunyai keistimewaan fizikal. Disertakan pula dengan otak yang bijak. Tentulah menawan, kan? Boleh dikatakan, sepanjang hari itu, namanya menjadi perbualan kami. Apa hendak dihairankan, jururawat juga orang perempuan, kan? Dan, orang perempuan suka bergosip. Betul tak? Kali pertama aku ditugaskan untuk mengambil bacaan nadi dan rentak jantungnya, fuhh, berdebar sungguh! Gemuruh beb! Apatah lagi bila sepasang matanya itu begitu asyik merenungku. “Nama?” Aku yang ketika itu sedang tunduk melihat alat tekanan, mendongak bila kudengar suara garaunya. Lantas, jari kutunjukkan pada tanda nama yang dipinkan ke dada. “Umur berapa?” Aik, apa hal tanya-tanya umur ni? “Bisu ke?” keras suaranya bila aku tidak memberitahu umurku tadi. Dan, senyumku meleret bila dia ingin tahu sama ada aku bisu atau tidak. “Nak panggil apa? Emi atau Maisarah?” Dia mengajak aku berbual. Seriaulah aku dengan mamat ni! Macam-macam dia hendak tahu. Dahlah kami berdua sahaja di dalam bilik ‘first class’ dia ni. Seram juga aku dengan dia. Manalah tahu, kut-kut kesan jatuh dalam ruang udara tu, otak dia jadi biul sikit. Mati aku nanti! “Panggil saja, misi. Tak apa!” jawabku sambil tersenyum. Tapi, dia? Terus melenting. Terkejut aku dibuatnya.


“Ada ramai misi di dalam wad ni. Takkan semua nak dipanggil begitu?” Serius betul mukanya, takut aku! Argh, tolong! Aku nak keluar! Biar orang lain ajelah yang layan dia ni. Mereka tentu mahu, desis hatiku. Akupun cepat-cepat tarik troli. “Sara...” “Erkk...” Dia senyum! Aw! Terkesima aku dibuatnya. “Saya panggil awak, Sara. Boleh?” Tentulah boleh! Semua orang pun, panggil aku Sara. Aku tak kisah! Ramai sungguh yang datang melawat dia. Dengarnya, dia anak orang kaya. Kata kawan-kawanku, adik beradik , kaum keluarga dan sahabat handainya memenuhi hotel berhampiran. Wow! Dan, yang paling... menyayat, dia sudah ada tunang. Huhu! Hampeh! “Kenapalah lelaki yang hebat macam tu tak nak bersabar sikit?” Aku kerutkan dahi bila mendengar soalan Aina. Tak faham aku apa yang ingin Aina sampaikan. “Dia kan muda lagi? Baru 28. Sekarang ni, mana ada lelaki yang kahwin awal? Kurang-kurang pun 30. Pilih-pilihlah dulu, kan?” Aku, Azlin dan Liana ketawa. “Nak pilih siapa? Kita? Beranganlah kau, Aina. Orang kaya macam dia orang tentulah pilih yang sama taraf, kan? Cuba korang tengok tunang dia tu. Canggih! Pakai tudung, badan solid molid, bergaya! Dan, tak sombong pulak tu! Pejam matapun, memang perempuan itu akan jadi pilihan nombor satu si dia, tahu tak?” balas Azlin. Ya juga! Orang seperti mereka, berada dalam kelompok mereka. Tak kan dia perasan pada golongan marhain macam aku ni, kan? Merendah dirilah pulak! Rupa-rupanya, dia seorang yang sungguh mengada-ada. Sekejap-sekejap, Sara! Sekejap-sekejap, Sara! Tunang ada di sebelah pun, masih perlukan khidmat aku untuk buat itu ini. Geram betul! Dah tu, kalau jururawat lain tolong menggantikan aku, dia pasti marah-marah. Dia hendak aku juga yang melayan dirinya! Tu yang buat aku bengang! Hari ketiga aku bertugas, dialah pesakit pertama yang kena marah dalam sejarah perkhidmatanku. “Encik Kapten Ahmad Faiz Zakuan, encik ingat, saya ni bertugas untuk encik sorang ke? Encik ingat, kerja saya nak layan encik aje? Weh, saya ada banyak benda nak buat, tahu tak! Kalau encik asyik panggil panggil saya, nanti, semua kerja saya terbengkalai. Siapa yang susah? Saya! Siapa yang kena marah dengan sister? Saya! Jadi, saya nak nasihatkan encik, supaya, duduk diam-diam di sini. Kalau sakit ke apa, tekan loceng! Jangan banyak songeh! Siapa misi yang datang, semuanya nak tolong bagi encik selesa. Faham?” Aku tidak menunggu jawapannya tetapi aku tundukkan wajah supaya dia seorang sahaja yang mendengar amaranku. “Kalau lepas ni, encik panggil saya lagi, siap encik!” Bila aku bergerak meninggalkannya, dia membaling belakangku dengan bantal. “Sombong!” jeritnya.


Lepas tu, dia pula yang sombong denganku. Langsung aku tidak ditegurnya. Tengok muka akupun tak mahu. Tak apalah! Nak buat macam mana? Perangai dia macam budak kecil, kan? Tapi, aku buat tak peduli. Lagipun, aku rasa, dia tidak akan lama bersama kami. Esok-esok tentu keluarganya akan bawa dia pulang ke Kuala Lumpur. Dengarnya, mereka hendak membawa dia berjumpa doktor pakar di Hospital Pantai. Iyalah, orang berduit! .................................... hehe... nanti sambung lagi. sofi Hari ke enam. Aku bertugas di waktu pagi. Masuk kerja pukul tujuh. Perkara pertama mesti kubuat ialah menukar cadar pesakit. Kali ini giliran aku dengan Azlin. Setelah habis kami lakukan di bahagian luar, tibalah giliran untuk ke bilik kapten tu. Berat betul rasa hati aku nak masuk ke biliknya. Tak baik kan, aku? Kalau ayah tahu, ayah mesti marah! Hisy, aku mesti ubah sikap! Aku mesti bersikap profesional. Jangan terlalu ambil hati dengan sikap pesakit. Terutama Kapten Ahmad Faiz Zakuan! Matanya sudah celik ketika kami masuk. Azlin dengan ceria menyapa, “Selamat pagi, kapten. Apa khabar pagi ni?” Dia merenung wajahku ketika menyahut, “Pening sikitlah!” Aku terus mencapai pen dan buku kecil di dalam poket uniform putihku. Menurut kakak seniorku, kak Elin, setiap apa yang menjadi rungutan pesakit, perlu aku catat. Manalah tahu kalau-kalau itu simptom kepada penyakit yang lain yang belum dapat dikesan? “Sejak bila encik pening?” “Entah, tapi sepanjang malam saya tak boleh tidur,” gumamnya. Biar betul! Tadi waktu kami melihat rekod, tak ada pula tercatat dalam laporan jururawat yang bertugas malam. Seolah-olah tahu aku mengesyaki dia menipu, dia terus memberitahu, “Saya tak panggil nurse. Sesiapapun saya tak panggil. Saya cuba tidur aje!” “Tak boleh macam tu, kapten. Lain kali, kalau ada rasa sakit ke, pening ke, nak muntah ke, kapten mesti beritahu kami. Bolehlah kami rujuk pada doktor nanti. Kalau kapten sorok-sorok, susah kami kalau jadi apa-apa pada kapten,” tegas Azlin. Kalau Azlin tak cakap tadi, itulah juga yang aku hendak beritahu kepada kapten ini. Keadaan kesihatan bukannya boleh dibiarkan walaupun sesaat! Hisy, mujurlah malam tadi dia selamat. Kalau tidak, jenuh kami kena dengan doktor pakar. “Saya dah tak berani nak tekan loceng atau panggil nama misi. Nanti ada orang marah.” Spontan air mukaku berubah bila aku tengok dia. Pandainya buat muka seposen. Comel pulak tu! Uisy, pagi-pagi dah nak menggoda orang. Di sebelahku, Azlin ketawa kecil. Tentulah dia tahu yang Ahmad Faiz Zakuan sedang menyindir aku. Kami tak ada rahsia. Semua perkara yang terjadi dalam wad, aku kongsi dengan dia.


Aku singgung pinggang Azlin. “Kau pehal? Gelak pulak! Dah, jom tukar cadar!” Pandai pula dia berganjak ke hujung untuk memudahkan aku membuka cadar lama dan menggantikannya dengan yang baru. Bila tiba giliran Azlin membetulkan hujung sana, dia bergerak ke arahku. Tapi, yang sakit hati, kali ni, tetap dia paling tengok aku. Adoyai! Mamat ni suka benar bagi jantung aku mengepam darah laju-laju, tau! Selesai tugasan kami. Entah apa-apa yang Azlin pesan pada dia, aku biarkan saja. Tapi ketika hendak melangkah keluar, dia panggil aku. Azlin sengih lalu meninggalkan kami berdua. “Nak minum!” Ujarnya lembut. Siapalah yang tidak kasihan padanya bila suaranya manja beralun macam tu? “Air kosong ke?” tanyaku. Aku goncang flask. Ada air panas di dalamnya. aku perhatikan di atas meja. Ada tin kecil milo dan susu. “Kejap, saya buatkan awak air milo, ya!” Dia angguk tapi masih juga merenungku. “Kata ustaz, orang lelaki tengok orang perempuan, kali pertama, tak apa. Tapi, kalau asyik tengok aje macam encik ni, berdosa tahu!” Kuberikan tazkirah pagi kepadanya. Iyalah, kan! Mana tahan? Entah apa yang berada dalam fikiran dia tu? Pelik mamat ni! Aku pakai uniform serba putih, longgar, kain tebal siap dengan bertudung, tapi masih juga dia merenung macam nak tembus. Tak reti-reti nak jaga mata. Macam manalah agaknya kalau dia tengok Lagy Gaga atau Lindsay Lohan? Mahu terjojol biji mata dia, kut! Dia ketawa. “Saya kagum dengan ciptaan ALLAH.” Fuhh, berdesup darah naik ke muka. Kan dah cakap? Dia ni species keladi. Gatal! Macam mana ya, nak tutup mulut dia? Ahh... “Kalau macam tu, saya suruh tunang encik jaga encik siang malam. Dia lagi cantik. Lagi seronok direnung sebab dia pakai baju warna warni. Badan dia lagi bergetah.” Tersedak dia mendengar kata-kataku. Hisy! Habis tersembur pada baju. Macam budak kecil! Cepatcepat kuhulurkan tisu. Lepas dia lap mulut, dia cakap, “You are very outspoken!” Mulutku lancang? Cakap sesuka hati? Laa, aku tak tahu pun. Selama ini, aku ingat, akulah yang paling baik. Tapi, kenapa ya? Dengan dia aje kut? “Dan, bila awak panik, muka awak tu comel sangat!” Eeii, malunya aku dengan mamat ni. Kenapalah dia suka buat aku perasan? Nanti kalau aku terjatuh cinta pada dia, kan susah? Akulah susah, bukan dia! Tentu makan hati akhirnya. Aku kena tegas! “Saya tak makan pujianlah! Tak payah puji-puji saya. Puji tunang kesayangan awak tu. Dia bakal isteri, jadi, jaga hati dia! Kalau dia dengar awak puji perempuan lain, nanti dia merajuk. Ingat senang nak pujuk?” omelku. Dia diam. Hmm, mujur! Aku ambil peluang itu untuk meninggalkannya. Tapi, ketika aku sampai di muka pintu, kata-katanya benar-benar buat hati aku ni jadi tak menentu.


“Bertahun saya dengan dia, semuanya biasa-biasa. Dengan awak, tak sampai seminggu pun kita kenal. Tapi, awak dah buat hati saya rasa semacam. Dia bercakap dengan saya, depan saya, tak ada pun jadi apa-apa pada dada saya. Tapi, bila saya dengar suara awak bercakap-cakap di luar, dada saya bergetar, degup-degap. Bila awak marah saya, saya amat terasa sedangkan kalau orang lain marah... saya tak kisah! Apa tandanya tu?” Ya, apa tandanya tu? Manalah aku tahu. Aku pun tak pernah mengalaminya. Tak mahulah aku jawab soalan itu. Tak berani nak jawab. Tak berani berharap! Waktu bergerak pantas. Aku tidak lagi masuk ke biliknya. Aku akui yang aku jadi takut dengan pengakuannya itu. Lagipun, pesakit baru ramai pula hari ini. Seorang tu nampaknya agak kritikal. Jadi aku minta kepada ketuaku, puan Salmi, untuk menjaga lelaki itu. Dalam pukul 11, Kapten Ahmad Faiz Zakuan keluar daripada biliknya. Bosan agaknya? Keluarga dia ni pun satu. Takkan tak boleh datang jaga? Emaknya? Kenapa tidak seperti pesakit-pesakit lain? Sanggup menunggu di tepi pesakit, tidur baring? Kalau ada ahli keluarga yang menjaga, ringanlah sikit tugas kami ni. Sekurang-kurangnya untuk mengurus makan minum, dia orang boleh tolong buat, kan? Dr Arif, doktor yang bertugas di wad, menyapa, “Kenapa kapten? Sakit ke?” Aku yang sibuk mengisi data, tak angkat muka. Hanya telinga ku pasang untuk mendengar perbualan mereka. “Tak! Boring! Duduk dalam tu sorang-sorang.” balasnya. “Memanglah! Terasing kat dalam tu. Kenapa, nak duduk ramai-ramai di sini?” tanya doktor kepadanya. “Boleh ke? Ada katil kosong?” “Boleh tu, boleh. Tapi dengarnya, Datuk Aziz nak mintak kita discharge kapten hari ini nanti. Datuk nak bawa kapten balik KL. Maklum kat KL, ada ramai pakar. Keadaan kapten yang jatuh pada ketinggian 500 meter tu merisaukan Datuk. Kalau kat sini, hasilnya macam yang pakar beritahu tadilah!” balas Dr Arif. Aku lihat dia mengeluh. Macam tak puas hati lagaknya. Bila dia tengok aku, cepat-cepat aku menoleh. Takut! Petang itu, ketika aku sedang berehat-rehat di asrama, tempat tinggalku dengan Azlin, Eisya memberitahu bahawa ada orang hendak berjumpa. Dahiku berkerut. Siapa, ya? Aku ajak Azlin turun ke lobi untuk menemaniku. Terkejut kami dibuatnya. Datin Kalsum sedang menunggu kami. Aww... “Nama awak Emi Maisarah?” datin itu bertanya sambil merenungku dari atas ke bawah. Entah apa yang berlegar-legar dalam fikiran dia, entah. Lagak macam nak telan aku aje. Hai.. Perbuatannya itu buat aku gementar dan suaraku hilang. Jadi aku mengangguk laju. “Awak ni kerja ke, menggoda orang?”


Uwaa.... apa kes ni? Tanya aku macam tu? Soalan tidak bertamadun! Tapi, tak sempat hendak bertanya pada dia, dia terus menyerangku lagi. “Saya nak bawa Zek balik KL tapi dia tak mahu. Dia kata, dia selesa di sini. Ramai orang datang jenguk dia bagai. Mana boleh dia pentingkan diri macam tu? Ingat murah ke papa dia booked hotel? Gesa punya gesa, dia cakap okey! Dia akan ikut cakap kami. Dia akan balik. Tapi, dia letak syarat, awak mesti jadi ‘home nurse’ dia. Awak yang bagi idea tu pda dia, ya?” “Puan!” “Datin! Datin Kalsum, okey!” Oops! Ayah, tolong Sara! Macam mana nak layan datin sombong ni? “Jadi, sebab awak gatal sangat nak jaga dia, kami dah bincang anak beranak. Kami setuju! Esok, kami nak bawa Zek balik. Jadi, esok, awak pun kena pack barang, ikut sekali. Awak...” “Stop! Puan..ops, datin dan keluarga datin tak ada hak nak atur hidup saya, ya! Saya tak pernah berniat nak berhenti kerja. Tu, di kampung, adik saya ada 4 orang yang bersekolah. Tugas saya bantu emak ayah bila saya dah kerja ni. Nanti, apa kata emak dengan ayah saya kalau sesuka hati saya berhenti?” Aku telan liur sekejap dan sambung lagi, “Saya tak peduli apa yang kapten, anak datin tu, cakap. Saya tak peduli pun dia! Tak pernah saya cakap saya nak jadi nurse peribadi dia. Datin salah faham ni! Lagipun, mungkin kapten berhalusinasi! Eloklah kalau cepat-cepat datin bawak dia jumpa pakar. Cek sikit otak dia tu...” Datin Kalsum pandang wajahku bagai hendak menelan. Mukanya merah menahan marah. Nampak sangat dia tidak berpuas hati denganku. “Datuk dah jumpa ketua awak. Dia cakap, tak ada masalah untuk lepaskan awak. Awak boleh berhenti! Jadi, saya tak mahu dengar apa-apa alasan lagi. Esok, awak mesti dah siap berkemas dan kita akan balik dengan ‘private plane’ kami. Awak jangan bimbang. Keluarga awak tak akan marah pada awak sebab datuk akan bayar awak dua kali ganda gaji berbanding sekarang.” Dia terus berlalu tanpa sempat aku bercakap apa-apa lagi. Huh! Berasap kepala aku! Aku tiba-tiba jadi benci kepada orang kaya. Melampau betul! Pandai-pandai sahaja hidupku mereka atur? Berlagak! Tiba-tiba Azlin ketawa. Aku naik rimas melihatnya. Bukan main seronok pula dia! Lalu lengannya ku cubit. “Gelak macam hantu! Dah kena rasuk dengan hantu kapten Ahmad Faiz Zakuan ke?” marahku. Bukan makin diam, makin menjadi-jadi, adalah! “Inilah yang orang cakap, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia pada...” “Otak kau! Kapten tu dah gila jatuh dari jet, aku jadi mangsa mak bapak dia.” jeritku. “Think positive, kawan! Bukan susah kerja kau nanti. Nak jaga dia aje. Kau dengan dia, boleh bayangkan, tak? Kalau aku jadi kau, aku make sure dia jatuh cinta pada aku.” Azlin peluk aku. “Bestnya, Sara! Bertuahnya kau! Nanti, kalau makan nasi minyak, jemput aku, ya!”


Arghh... merapu betul Azlin ni! Kapten Ahmad Faiz Zakuan! Kenapa awak buat saya macam ni? Apa yang awak nak! ................................ happy reading! sofi 4 Aku menutup sebahagian mukaku dengan pashmina agar tidak sesiapa cam mukaku ini. Setakat ini, alhamdulillah, aku berjaya melepasi pak guard, malah kawan-kawan di wad pun tak cam aku. Haha... jagalah kau, kapten! Ni, aku nak menyerang kau! Pandai sangat buat permintaan yang bukan-bukan! Kau ingat, aku ada hutang dengan kau, ke? Pada Azlin kuberitahu yang aku hendak keluar sekejap, ambil angin. Kawan baikku itu tidak tahu bahawa malam ini, aku hendak buat perhitungan dengan mamat biul tu. Agak-agak, kalau dia tahu, apa Azlin akan buat? Huh, tentu dia cakap, “Janganlah! Ikut sajalah permintaan Kapten Ahmad Faiz Zakuan tu! Bukannya susah sangat pun! Peluang hanya sekali, Sara! Kalau kau menolak kali ini, mungkin tak ada lagi rezeki kau dengan dia?” Tapi, aku tak boleh! Memang tak boleh! Usahkan dia, kalau anak raja sekalipun, aku tetap akan menolak! Semua ini bertentangan dengan prinsip aku! Dan, kerana prinsip yang aku pertahankan, kini aku sudah berdiri di hadapan pintu biliknya. Sunyi sepi keadaan di dalam bilik itu. Mana tidaknya? Jam sudah pukul 11 malam. Lampu bilik yang samar-samar menyuluh aku. Sepasang mataku melihat dia yang sudah lena. Alamak, kenapa dia tidur awal pulak? Semalam kata tak boleh nak lelapkan mata, kan? Aku jadi serba salah. Hendak cakap atau tidak? Tapi, kalau aku diam, maknanya, aku setuju nak ikut dia ke Kuala Lumpur sedangkan hati aku ni tak ingin pergi pun! “Kenapa terhendap-hendap tu?” Ohh...selesai satu masalah! Dia jaga! Yes! Aku menelan liur. “Saya nak cakap dan saya nak awak dengar!” Dia anggukkan kepala. “Saya tak dapat ikut awak esok.” Matanya buntang memandangku. “Kenapa?” “Sebab saya tak mahu jadi jururawat peribadi awak.” Dia diam sekejap. Lepas tu dia minta aku berikan 10 alasan. Katanya, satu alasan yang aku beri tadi, tak cukup. Aduh! Kalaulah aku tahu, dari rumah tadi aku dah hafal alasan-alasan tu. Tapi, tak kisahlah. Aku mesti sebut juga! Ikut turutan. “Pertama, sebab saya tak suka naik kapal terbang. Kedua, sebab saya takut naik kapal terbang. Ketiga, sebab saya takut jatuh daripada kapal terbang. Keempat, sebab saya tak suka KL. Kelima,


sebab saya tak nak duduk di KL. Ke enam, sebab saya takut tak sesuai duduk di rumah agam. Ketujuh, sebab saya tak pandai sesuaikan diri dengan orang kaya. Ke lapan, err....sebab,” “Cukup!” Laa, kata tadi, hendak sepuluh alasan. Baru tujuh, dah suruh aku berhenti pula. Hisy! “Saya perlukan awak!” Ouch! Ayat power! Terperasan aku sekejap. Tapi, cepat-cepat aku sedar diri. Maksud dia tu, dia perlukan seorang jururawat, ya! “Ramai lagi jururawat yang terlatih, encik! Saya ni apalah sangat? Baru aje habis latihan. Tak ada banyak pengalaman. Kalau encik nak, saya boleh berikan nama-nama kakak senior yang encik boleh pilih. Cuma,” “Saya nak awak, bukan misi-misi yang lain, Sara!” “Tapi, saya tak nak, encik! Tak nak! Faham tak?” Aku tewas bila terpaksa berlaga anak mata ni. Tak berani aku! Karang, kalau terpukau, susah! Daripada sihat walafiat, terus hati ini dapat penyakit. Eeii, tak rela! Aku lihat dia terkial-kial hendak bangun. Aku berundur sedikit. Takut melihat gelagatnya. “Awak akan kerja dengan saya. Saya tak peduli! Esok,” “Awak pekak ke?” Aku sudah hilang sabar! Tak faham bahasa betul, mamat ni. Cakap lembut-lembut, elok-elok, masih nak paksa-paksa orang! Apa hal? Dia mengetap bibir. Geram pada aku lah tu! Aku? Aku lagi geram pada dia. Dah tahap menyampah, meluat, benci! “Sepanjang hidup saya, ayah tak pernah ajar saya benci pada orang lain. Tapi, hari ini, saya dah benci orang. Orang tu, enciklah! Saya tak tahu apa yang dah merasuk dalam kepala encik sampai encik fikir, encik boleh arah-arah saya buat itu, buat ini. Ayah saya pun tak pernah memaksa saya buat sesuatu, apa lagi kalau benda tu, saya tak suka! Encik tahu tak?” aku menjerkah. Dia pandang wajahku tajam. “Sara, tak guna awak cakap banyak-banyak! Saya selalu dapat apa yang saya hendak!” Lelaki ini benar-benar menakutkanku. Sikapnya buat aku gelisah. Kesungguhannya buat aku gawat. Apakah dia sudah gila? Kenapakah dia begitu beria-ia denganku? Ah, pening! Tapi, aku tidak mahu mengalah. “Awak salah! Tak ada seorang pun yang dapat semua benda yang dia mahu. Termasuk awak! Contohnya, masa awak buat pertunjukan hari tu. Awak tentu nak apa saja yang awak buat di udara tu, menjadi. Betul tak? Tapi, mungkin sebab awak riak sangat, atau sombong, ALLAH tunjukkan pada awak kekuasaan DIA. Enjin jet pejuang awak tu rosak dan awak jatuh! Nasib baik tak mati, kan? Tak, encik kapten, tak! Saya percaya, kalau awak ingat-ingat balik pada sejarah hidup awak, mesti ada benda yang awak nak, awak tak dapat. Cuma, awak tak mahu mengaku saja.”


“Awak ni memang melampau!” jeritnya. Mujurlah pintu bilik sudah kututup rapat, kalau tidak? “Encik Kapten Ahmad Faiz Zakuan, saya tak peduli. Keputusan saya muktamad. Saya tak mahu ikut telunjuk awak dan keluarga awak. Jangan ingat awak tu kaya, awak boleh buli saya!” Aku tengok dia picit tengkuk dengan tangan kanannya. Dahinya berkerut-kerut, seolah-olah menahan sakit. Aku rasa kasihan padanya tapi kukuatkan hati. Aku tak boleh mengalah. “Saya rasa, eloklah encik cari jururawat lain yang berminat nak jadi private nurse. Your private nurse. Saya tak layak!” Aku berpaling. Aku dah habis cakap dan aku ingin keluar. Dia memanggil namaku. Aku tak peduli. Tak mahu aku tengok dia lagi. Ketika aku buka pintu, aku dengar bunyi benda jatuh. Lantaklah! Aku tetap tinggalkan dia..... Pagi esoknya, aku masuk bekerja seperti biasa. Semua orang memandangku. Pelik! Kenapa pula? Apa yang sudah terjadi? Tak kan dah terbongkar rahsia kedatanganku menemui lelaki itu semalam? “Sara!!” “Hmm...” “Kau tahu tak?” Aku yang sedang duduk, mendongak tengok Aina yang sedang sibuk mengemaskan barangbarangnya untuk balik, kerana syif dia sudah habis. “Pak we kau dah tak ada!” Terjatuh pen yang aku pegang. Mati? Kapten Ahmad Faiz Zakuan dah mati? Tapi, macam mana? Bila? Tiba-tiba aku diserang rasa menyesal. Tiba-tiba aku dihantui rasa bersalah. Kerana akukah? Kerana kata-kataku semalam? Teringat detik-detik sebelum aku meninggalkannya. Dia memicit tengkuk. Dahinya berpeluh-peluh. Tapi, aku tidak endah. Malah panggilannya tidak aku pedulikan. Arghh... betapa berdosanya aku! “Innalillahiwainnailaihiroji’un... bila?” Aina pandang wajahku dengan muka yang pelik. Hairan kut tengok sepasang mataku yang berkacakaca. Tapi, iya tak ya juga. Kenapa aku menangis? Tetiba pulak aku emo ni, apasal? “Bila apa?” Aina menyoalku. Giliranku menjadi bingung. “Mati?” “Siapa yag mati?” Eisya, May, kak Salmi bertanya kepadaku secara serentak. Tiba-tiba Aina ketawa. “Kau ni! Maksud aku, kapten kau tu dah dibawak pergi malam tadi. Bukannya dia mati. Apa daa...” Semua orang pandang wajahku tak berkelip-kelip. Kenapa? “Kesian kau, Sara. Agaknya, dalam kelam kabut semalam, mereka terlupa pada kau.” Aku jadi keliru. Kelam kabut? Kenapa?


“Sara, kau tak tahu ke? Pukul 12 tengah malam, waktu Aina pergi bilik dia, Aina jumpa dia dalam keadaan tak sedarkan diri. Dia terjatuh dari katil. Kelam kabut kita orang!” Lemah lututku. Salah aku! Salah aku! Maknanya, dia jatuh dah lama. Sebab waktu aku tinggalkan dia, aku tengok jam pukul 11.30 malam. Teringat pada bunyi sesuatu jatuh masa tu. Tapi aku tidak berpaling untuk melihat. Rupa-rupanya, dia yang jatuh. Tuhan, apa yang aku dah buat? “Dr Zaini turun semalam.” Dr Zaini tu doktor pakar saraf di hospital ini. “Dia suruh buat scanning. Kau nak tahu, Sara. Ada dua clot dalam otak dia. Darah beku. Terus doktor suruh panggil emak bapak dia. Dia orang bincang apa entah. Dalam pukul 3 pagi tadi, terus hantar dia ke airport. Dengarnya, papa dia nak dapatkan rawatan pakar di KL.” Aku longlai, tak mampu bergerak. Terbayangkan dirinya yang tidak bermaya. Pucat dan lemah. Argh, kesian dia! Kalau aku tak ganggu dia semalam, tentu dia tak jatuh, kan? “Kesian kau, Sara.” Aku kerut dahi. “Kenapa kesiankan aku?” Kak Salmi genggam tanganku. “Kami tahu yang datin tu nak bawak kamu ikut mereka balik. Kata datin, kamu sanggup letak jawatan dan kerja dengan mereka.” dia memberitahu. Cepat-cepat aku gelengkan kepalaku. “Mana ada? Sara tak cakap pun yang Sara nak ikut mereka, kak.” Mulut masing-masing buat bentuk O. Hmm, biarlah! ......................... “Weh, mengelamun, ya? Teringat siapa?” Aku tersenyum kepada kawan baikku ini. Perutnya yang bulat itu aku usap. “Mana ada? Aku cuma tak sangka yang aku boleh jejak balik ke sini.” balasku. “Dah lama peristiwa tu berlaku. Tapi, kau tak pernah lupa pada dia, kan?” Aku bulatkan mata merenung wajah Azlin. Wajahku sengaja ku masamkan. Aku cukup tak suka bila kenangan lima tahun dulu tu diimbau semula. Kerana, tiap kali teringatkan dia, hatiku cukup resah. Resah dek kerana rasa bersalah yang teramat sangat! “Sebab tu aku ajak kau datang tengok LIMA 2011 ni. Mana tahu, kut kut nanti, dia buat pertunjukan udara lagi? Boleh kau jumpa dia. Tak pun, tengok dia dari jauh. Jadi, tak adalah kau asyik rasa bersalah sampai tak nak kahwin.” Aku sudah menjegilkan mataku kepadanya. Amboi mulut! Mentang-mentanglah dia sudah berumahtangga? Kahwin dengan doktor! aku yang masih belum dapat jodoh ni, diperli, disakat. Hampeh! “Bukan sebab dia. Aku belum ada jodoh. Itu saja!”


Kubiarkan Azlin mencebikkan bibirnya. Gasak dialah kalau dia tidak mahu percaya sebab itulah kenyataan. Usah hendak dapat suami. Nak dapat kawan lelaki pun susah. Entahlah, pintu hati aku ni tak mahu terbuka untuk bercinta. Mengapa? Mana aku tahu. Mungkin... “Memang sebab dia! Usahlah nak berdalih. Dulu, kan kau selalu cerita dengan aku yang bila tengok dia aje, kau rasa semacam. Dada kau jadi beginilah. Hati kau jadi begitulah. Tak tahan panahan mata dialah! Tapi, bila aku cakap kau jatuh cinta pada dia, asyik cakap ‘tidak’ memanjang.” Aku ketawa mendengar Azlin mengomel. Belum jadi ibu, dah pandai membebel. Haih! “Dahlah, Lin. Semua tu dah lima tahun berlalu. Dia pun entah macam mana keadaannya. Entah-entah dah beranak pinak dengan tunang dia tu. Tapi, memang dia dah jadi kenangan terindah dalam hidup aku. Seronok bila teringat masa kita jaga dia, kan?” Kami sama-sama ketawa mengenangi Kapten Ahmad Faiz Zakuan. Tapi, dalam hati, aku tetap mencarinya. Di mana dia sekarang, ya? .................... 5 Aku, Azlin dan suaminya, Dr Zahidi, sedang berdiri dengan megah di atas Bukit Pemandangan Indah, Langkawi. Sebentar lagi, pertunjukan udara akan bermula. Dengarnya, tahun ini, pasukan Krisakti akan membuat pertunjukan. Hatiku berdebar-debar ketika menyaksikan empat buah ‘propeller plane’ yang diterbangkan oleh juruterbang-juruterbang hebat pasukan Krisakti itu melakukan berbagai-bagai formasi menarik di udara. Segera kenangan kepada si dia menjenguk ingatan. Kembali teringat kepada aksinya dahulu. Rupa-rupanya, waktu itu, dialah merupakan ahli termuda dalam pasukan. Hebatnya dia, kan? Di mana dia sekarang? Apakah dia ada dalam kepulan awan itu? Apakah dia salah seorang daripada mereka? Ataukah dia sudah mengalami trauma? Tidak lagi berani menerbangkan pesawat? Takkan kut? Dia kan cekal orangnya? Gagah, tegap dan berani? Tapi... tegap lagikah dia? Macam dulu? “Sayang, kejaplah! You ni kalau jalan, mesti laju-laju! Sengaja aje nak tinggalkan I kat belakang, tau!” Alahai, mengada-adanya suara perempuan di belakang aku ni. Naik kembang tekak aku. Silap-silap, mahu termuntah di sini kang! “Siapa suruh you berjalan terkedeh-kedeh, macam itik?” Suara itu! Aku terus berpaling. Aku ingin melihat... Diakah? Oh TUHAN, betulkah dia? Aku tahu, aku tidak salah orang. Itu memang dia! Lelaki yang tinggi berambut pendek, hidung mancung dengan bibir kemerah-merahan. Dia memakai baju kemeja kotak-kotak berwarna biru dan putih serta berseluar panjang dari kain khaki. Memang dahulu, aku tidak pernah melihat dia memakai selain daripada seluar dan baju hijau hospital , tapi, sosok itu, tidak mungkin akan dapat aku melupakannya! Lagipun, suaranya... bukankah itu suara garang yang sering dia gunakan ketika memarahiku dahulu?


Tidak dapat aku berpaling darinya. Wajahnya kutatap dalam. Kenapa aku begini? Dia masih tidak menyedari. Masih tidak sedar bahawa aku sedang menelek dirinya penuh asyik. Iyalah, masakan dia memandang yang lain bila di sisi sudah ada si jelita, kan? Tiba-tiba aku teringat pada tunangnya. Ke mana perempuan itu? Haha, ini mesti kes curang ni! Lima tahun lepas dia bertunang. Tidak mustahil, dia sudahpun berkahwin dengan tunangnya itu. Sekarang dah jemu agaknya maka dia bersama dengan gadis yang hebat ini. Melihat gelagat mereka sekarang, aku yakin, mereka berdua sedang hangat bercinta. “Kau tengok apa, Sara?” Entah bila Azlin mendekatiku tidak pula aku menyedarinya. Tapi, soalannya kujawab dengan muncung bibirku. “Sara, dia ke tu?” Azlin pun macam aku juga! Kami sama-sama teruja. Kapten Ahmad Faiz Zakuan memberi impak yang besar dalam hidup silamku tanpa aku sedari sehinggalah hari ini. Kerana, melihatnya kini, pelbagai perasaan mendatangi hatiku. Aku seronok melihat dia yang segar bugar. Selama ini, hatiku tidak pernah tenteram memikirkan keadaannya. Takut juga kalau-kalau putus nyawa dia bila jatuh katil gara-gara sikap keras kepalaku dulu. Dalam pada itu, hatiku ini resah pula. Resah melihat dia memimpin tangan gadis itu. Resah melihat mereka berbisik-bisik manja. Resah melihat tawa dan keriangannya ketika ini. “Pergilah tegur dia. Takkan nak tengok saja!” Kujegilkan mata kepada Azlin. “Mengarut! Aku nak cakap apa pada dia?” tanyaku. Azlin menarik tanganku setelah berbisik sesuatu kepada suaminya. Jelas, dia hendak kami mendekati pasangan yang sedang berpelukan mesra itu. Uisy, tak tahu malu langsung! Dalam kelompok manusia yang ramai begini pun masih nak buat perangai macam orang putih. Aku betul-betul tak fahamlah! “Kita berdiri di sebelah dia. Mesti dia jeling kau nanti. Masa tu, mesti dia perasan punya. Pasti matanya tak akan berkelip tengok kau, macam dulu-dulu!” Azlin berbisik padaku. Usikan yang berjaya membuat aku tersenyum. Sudah lima minit aku berdiri di sini, di sebelah dia namun mengapa tidak ada reaksi darinya? Apakah Kapten Ahmad Faiz Zakuan sudah melupakan aku? Aku keliru. Desakan hati memaksa aku berpaling memandang wajahnya. Tersentap hatiku kerana, pada masa yang sama, dia juga berpaling merenungi diri ini. Tapi, hanya sekejap sahaja. Tanpa riak, dia kembali memandang ke arah lain. Dia tak kenal aku atau dia berpura-pura tidak mengenali? Mana satu? Mudahkah untuk seorang lelaki yang begitu beria-ia meluahkan perasaan suka padaku ini untuk membuang aku dan melupakan semua yang terjadi antara kami lima tahun dahulu? Atau, akukah yang sudah gila kerana percaya pada luahan hati seorang lelaki yang mengenali aku beberapa hari sahaja? Entah mengapa, hatiku jadi sayu. Pilu bila si dia terlalu dekat denganku tapi aku tidak dipedulikannya. Aduhai hati! Sakitnya!


“Lin, jom!” Giliran aku menarik tangan Azlin yang terpinga-pinga dengan sikapku. Tak sanggup aku jadi mak pacak di sisinya. Harapan agar dia menyapaku, hanya sia-sia. “Tapi, kau...” “Saudari,” Aku dan Azlin berpaling ke belakang. ‘Dia’ sedang memegang sesuatu berwarna merah jambu. Argh... dompet kecilku! Haih, macam mana boleh tercicir? “Awak punya, kan?” soalnya. Dekatnya kami... Kalaulah aku hulurkan tangan ini, dapat ku usap wajahnya! Cit! Gila kamu, Sara? Ya, aku dah jadi gila dengan sikapnya. Tetiba dia ketawa. Semakin kencang debaran jantungku ini bila mendengarnya. “Dompet ni awak punya, kan? Saya nampak awak pegangnya tadi. Agaknya awak nak cepat sampai dompet ni jatuh pun awak tak sedar.” Aku tengok dia. Aku tatap wajahnya. Aku tunggu dia menyebut namaku. Tapi, soalannya buat hatiku terguris. “Kenapa tengok saya macamlah saya ni pencuri dompet awak pulak? Hello! Hisy, budak ni! At least, ucaplah terima kasih! Pelik betul! Nahlah!” Dia pegang tanganku dan meletakkan dompet itu supaya aku menggenggamnya. Kemudian, sambil menggelengkan kepala, dia pergi begitu sahaja. Sedikitpun dia tidak menoleh kepadaku lagi. Tanpa sedar, air mataku menitis. Kejamnya dia padaku! Benci sangatkah dia sehingga langsung tidak menyapaku? Mustahil dia tak kenal aku? Mustahil dia lupakan aku? “Kenapa ni?” Suara Dr Zahari menyebabkan aku segera menyeka air mata. “Abang, logik tak kalau eseorang boleh lupakan kita dalam tempoh lima tahun?” Dr Zahari mengerutkan dahi bila mendengar soalan isterinya. “Siapa yang lupa pada siapa?” tanya dia. “Adalah!” balas Azlin manja. Dahi Dr Zahari berkerut-kerut. Lepas tu, dia jungkit bahu. “Bergantung pada keadaan. Mungkin lupa jika tak ada apa-apa yang dianggap istimewa. Tapi mungkin juga tidak, kalau dia sentiasa dalam ingatan kita.” Jawapan yang cukup jelas. Aku tidak pernah ada dalam ruang ingatannya. Sebab itu dia tak ingat. Bila dia dibawa keluar daripada Langkawi, bererti, semuanya tentang diri ini, sudah dipadamkan. Kutarik nafasku panjang-panjang lalu kulepaskannya perlahan-lahan. Mata kupejam rapat-rapat. Kata orang, kalau kita pejamkan mata selama seminit, andai ada wajah yang muncul, terlayar di


depan mata, itulah dia wajah orang yang kita cintai. Tapi, aku tahu... biarpun mata ini kupejamkan sejam, tidak ada bayangan yang akan muncul selain dia.... Inikah balasan? Saat dia perlukan aku, aku menolaknya mentah-mentah. Padahal, waktu itu dia sakit. Aku sepatutnya prihatin dengan keadaannya waktu itu. Tapi, aku tegas dengan pendirian. Kononyalah! Malam itu, dia benar-benar marah padaku. Harapannya aku musnahkan. Kubiarkan dia jatuh! Kubiarkan dia kesakitan. Aku tetap pergi meninggalkannya. Tadi, dia membalasnya padaku. Sama ada dia sengaja hendak menyakitkan hatiku atau dia sudah lupa padaku, hanya ALLAH yang tahu. Tapi, yang pasti.... aku terluka! Aku kecewa. Aku hampa! ............................... hmm, betulkah Ahmad Faiz zakuan sudah melupakan? Tunggu.... sofi 6 Kuperhatikan bilik hotel tempat aku menginap selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Bilik yang kutempah sejak bulan Jun hanya kerana aku bimbang tidak punya tempat tinggal untuk aku melihat pertunjukan aerobatik LIMA semalam. Azlin marahkan aku kerana tidak mahu duduk di rumahnya. Tapi, aku tahu dia faham bahawa aku segan dengan suaminya. Lagipun, dengan tinggal di hotel, mudah sedikit pergerakanku. Aku tersenyum kecil melihat beg dan bagasiku. Masa datang, aku hanya bawa 1 beg sahaja. Masa balik ni? Ada 3! Haha! Nak buat macam mana? Emak minta aku belikan dia macam-macam. Nak kuali TEFAL, nak melamin, nak kain batik, nak minyak gamat! Kalau pasukan kastam tengok berapa banyak botol minyak gamat yang aku beli, mesti dia orang ketawa. Mesti dia orang ingat aku hendak berniaga! Emak! Emak! Habis dikira semua rumah dalam kampung kami. Setiap rumah hendak disedekahkannya sebotol. Sebab itu aku beli 100 botol. Entah cukup, entah tidak! Hmm... Ayah? Dia tak mahu apa-apa. Dia sebenarnya tidak suka aku membazir duit. “Penat-penat kumpul selama 5 tahun, lepas tu buang duit. Duduk hotel, beli itu ini. Dah, tak payah belikan ayah apa-apa. Janji kamu selamat balik, sudah!� Itulah ayahku. Sentiasa mendoakan anaknya ini. Kerana kasih sayangnya, aku belikan dia kain pelikat dan cerut. Nak buat macam mana? Bukanlah aku membantah kempen ‘Tak Nak Merokok’ tapi dah kebetulan ke sini, biarlah aku belikan. Bukan banyak pun, satu sahaja! Daripada jenama paling mahal yang ada! Untuk adik-adikku, tentu sahaja segala jenis coklat kuangkut. Coklat DAIM kan sedap? Hehe... Juga, berbagai-bagai jenis T-shirti. Aku harap mereka gembira bila aku hadiahkan nanti. Aku lihat jarum jam. Dah pukul 11.30 pagi. Aku perlu keluar. Nak cari makan sikit di luar sana sebelum terus ke lapangan terbang. Rasanya, masih banyak masa lagi. Penerbanganku pukul 3 petang nanti! Aku sudah mengucapkan selamat tinggal pada Azlin pukul 8 pagi tadi. Dia singgah menjengah dalam perjalanan ke hospital. Kawan aku tu memberi aku kata-kata perangsang. Yalah, aku perlu naikkan semula semangatku dalam menjalani hidup selepas apa yang berlaku semalam.


Aku melangkah ke hadapan lif, menanti dengan sabar pintunya terbuka untuk membawa aku meninggalkan tingkat tiga ini. Aku rasa lemah. Aku rasa tidak bersemangat. Teruk betul penangan lelaki itu padaku. Aku malu dengan diriku sendiri tapi aku tidak berdaya menolak hakikat bahawa aku sedang kecewa. Kenapa aku rasa begini? Kenapa aku kecewa? Kenapa rasa tidak berdaya? Aku ingin menepis semua rasa yang membebankan ini, tapi aku tak mampu! Bodoh betul kan kalau dah angau? Hah! Aku benci perasaan ini! Benci! Pintu lif terbuka. Ketika kaki hendak melangkah, aku terpandang dia. Dia! Dia yang sedang berdiri tegap di hadapan beberapa orang dan sedang merenungku tajam. Aku tidak mampu bergerak kerana langkahku mati secara tiba-tiba. Aku tak sedarpun apa yang berlaku hanya tetiba terasa tanganku ditarik oleh seseorang memasuki ruang empat segi itu. Bila lif berhenti seketika kemudian, sekali lagi, tangan kanannya menarik tanganku dan tangan kirinya menarik beg beroda milikku. “Err..” Tanganku dilepaskan namun matanya masih merenungku. “Kau tengok aku macam kau nampak hantu. Semalam dan hari ini. Sama saja. Kenapa?” Makkk aii, malunya aku! Dia tahu aku tengok dia! Argh, tidak! “Kau nak berkenalan dengan aku ke?” Dia hulurkan tangannya. “Nama aku, Ahmad Faiz Zakuan bin Aziz. Umur 33 tahun. Dulu aku ni pilot TUDM, sekarang aku pilot MAS. Belum kahwin lagi. Kau pulak!” Aku berpaling. Pura-pura merenung jam di tangan. Tidak ku sahut kehendaknya. Tak payah kenal pun tak apa, kerana senyum nakalnya buat aku rasa semacam pula. “Hey!” Aku terus bergerak ke kaunter. Malas melayan dirinya. “Masih macam dulu! Sombong!” ................................... 7 Berderau darahku, serentak memaling tubuh untuk melihat dia yang kini terlalu hampir. “Awak masih ingat saya? Awak tak lupa? Awak... awak pura-pura? Semalam? Tadi? Awak buat-buat tak kenal saya?” Aku hampir menangis lagi. Tapi mujur, aku berjaya menahan air mata ini daripada tumpah. Kalau tidak, tentu aku malu. Kalau dia tanya kenapa air mata ini? Untuk apa? Tentu aku tiada jawapan dapat kuberikan kepadanya.


“Aku tak sangka jumpa kau lagi, Emi Maisarah. Aku ingat, malam tu, malam 5 tahun dulu tu, kali terakhir kita jumpa.” lunak suaranya menyapa gegendang telingaku. “Tapi, awak tak tegur saya pun, semalam,” rajukku. Gila betul! Apa hal aku nak merajuk ni? “Kau lagilah! Aku tahu kau kenal aku, tapi kenapa kau tak tegur pun?” tukasnya. Kujegilkan sepasang mataku padanya. “Gila, awak? Takkan nak menyapa lelaki yang tengah berduaduaan dengan buah hati dia pulak! Cemburulah girlfriend awak nanti!” Aku mengenakannya. “Mana kau tahu dia girlfriend aku?” Ahh, lelaki! Boleh dia tanya soalan itu pada aku? Tak kuasa aku hendak menjawabnya. Sendiri ada girlfriend, lagi mahu tanya. Nyampes! “Mana dia? Semalam bukan main romantis lagi? Berpeluk-peluk macam orang dah kahwin. Hari ini, dah tukar lain pulak?” Dia gelakkan aku. Sampai kecil matanya... masa dia ketawa. Hisy, apa yang lucu sangat ni? “Kau nak cakap yang hari ini, kau lah pengganti Serina, ya? Layak ke kau?” Aduh, bisanya ayat? Layakkah aku? ‘Dari dulu, kau tak layak, minah!’ Aku ingatkan diriku. Lantas aku berpaling. Aku harus menguruskan perkara yang lebih penting. Dia diam tapi aku tahu dia sedang memerhati aku dengan penuh minat. Lantak dialah. Aku tak kuasa hendak bercakap dengan dia lagi. “Terima kasih.” Aku membalas senyuman Nordin, lelaki yang menguruskan ‘check out’ aku daripada hotel. “Sama-sama. Jemput datang lagi ke mari.” Nordin hulurkan kad nama kepadaku. “Manalah tahu kalau-kalau,” Eh, apasal dia pula menyibuk dan rampas kad nama tu dari tangan aku? Bencilah mamat ni! Dari dulu, asyik menyakitkan hati saja. Kesian Nordin! Terpinga-pinga dia melihat gelagat Ahmad Faiz Zakuan. “Saya simpan kad ni!” kata Faiz kepada Nordin sambil memberi isyarat supaya aku mengikutnya. Aku cuba melajukan langkah untuk mengekori jejaknya yang besar-besar. “Awak!” Faiz memandangku. “Bagi saya beg. Saya kena pergi lapangan terbang sekarang. Kena ada di sana jam 1.” Aku memberitahu. “Tak payah! Kau balik dengan aku.” Aku rentap beg yang dia pegang. Geram!


“Saya dah beli tiket tu! Mana boleh tukar?” “Degil! Kepala batu!” marahnya. “Suka hati sayalah!” “Tak boleh! Aku dah jumpa kau semula, Sara. Jadi, kau dah tak boleh buat sesuka hati kau dah! Kau mesti ikut aku! Ikut cakap aku!” Aku tercengang bila Faiz terus sahaja tarik beg roda aku. “Kapten Ahmad Faiz!!!” Dia buat pekak. Dia terus melangkah keluar dari hotel. Ya ALLAH, kenapalah dia buat aku macam ni? Aku malu, tahu tak? Orang keliling dok tengok. Hisy! Aku berlari. Kali pertama berlari anak dengan kasut bertumit 2 inci tinggi. Hebat, kan? Dah tu, aku pakai baju kurung pulak! Hah, manalah mereka yang nampak tak gelak tengok aku! Tapi, nak buat macam mana? Kapten gila tu..Ops! Terlanjur sudah! Dia buka pintu kereta Nissan Sentra tu untuk aku. Kemudian dia suruh aku masuk ke dalam kereta. Pantas aku tutupkan, nyaris tak tersepit jari dia. “Awak, kenapa perangai awak tak berubah-ubah? Masih macam dulu jugak, suka sangat paksa orang buat benda yang dia tak suka?” tanyaku perlahan. Lelah dengan semua yang berlaku di antara kami. Kali ini, matanya mencerlung memandangku bila mendengar soalan itu. Marah benar dia bila aku cakap aku tak suka dia. Mungkinkah kerana dia tidak pernah kena reject? Mungkinkah kerana selama ini, bila dia petik jari sahaja, berpusu-pusu gadis-gadis datang menghimpitnya? “Kau tak suka aku? Itu yang kau nak cakapkan pada aku, ya? Hah?” Belum sempat aku hendak menjawab, dia keluarkan beg rodaku dari bonet kereta, terus dia letak dengan ganas di hadapanku. “Dari dulu, aku asyik kacau kau, ya? Dari dulu, aku asyik ganggu dunia kau, gitu? Okey! Terima kasih sebab beritahu yang kau tak suka aku. Sekurang-kurangnya, aku taklah asyik tertanya-tanya tentang kau lagi. Ambil beg kau ni, dan pergi! Pergi jauh-jauh dan jangan muncul depan aku lagi, faham!” Makkk! Aku rasa sebak sangat! Sedih! Sedih kerana tiap kali dengannya, ada sahaja pertengkaran biarpun pada pertemuan sesingkat ini. Aku terduduk di kaki lima hotel ini. Aku menangis. Tak ku pedulikan orang yang lalu lalang. Tak ku kisahkan sesiapapun. Janganlah mengambil tahu. Biarkan aku! Biarkan aku menangisi pemergiannya dari hidupku. Biarkan aku meratapi kehilangannya untuk kali kedua. Daku kini menangis Dikau kini tlah pergi Memberi seribu duka Lara aku kehilangan dikau


Selamanya takkan melihat Hadirmu seperti dulu Aku kehilangan ........................ 8 Bunyi loceng pak cik penjual ais krim di hadapanku, menyebabkan aku memanggungkan kepala. Saat itu, aku melihat dia. Loceng itu dalam genggaman tangan kirinya. Di tangan kanan, ada ais krim yang berbungkus dengan roti sekeping. Ais krim itu disuruhnya aku ambil. “Pak cik, satu lagi ais krim untuk saya!” jeritnya, sambil duduk di sebelahku. Dia intai wajah yang aku tundukkan sambil mengenyit mata. Perbuatan yang menyebabkan aku ketawa. “Kan cantik bila gelak?” Ujarnya lembut sambil mengelap sisa air mata yang masih ada di pipiku. Terkedu dengan tindakan Kapten Ahmad Faiz Zakuan, aku hanya mampu menatap wajahnya yang sangat hampir sehingga hembusan nafas panasnya, menghangatkan pipiku. Tuhan, begitu sempurna ciptaanMU. Anak matanya yang berwarna coklat, alis matanya yang lentik, hidungnya yang tajam, bibir merahnya yang nipis.... menambahkan debar yang tidak pernah hadir bila aku melihat lelaki yang lain. Betapa istimewanya dia bagiku. Patutlah selama ini, hambar sahaja hubunganku dengan mana-mana lelaki. Rupa-rupanya, dia sudah ada tempat dalam hatiku ini. Tempat yang tidak pernah kubuka ruangnya kepada yang lain. “Ais krimnya, encik!” Kapten Ahmad Faiz Zakuan menghulurkan wang kertas RM50 kepada pak cik ais krim. Belum sempat pak cik itu hendak cakap yang dia tidak ada wang kecil agaknya, lelaki itu terus berkata, “Saya sedekah pak cik. Lagipun, pak cik dah tolong saya tadi. Kalau tak, tak dapatlah saya pujuk budak perempuan yang sombong ni.” Haih! Melampau betul dia? Masih lagi hendak mengenakan aku? Lepas tu, boleh pulak mereka samasama ketawa? “Cepat-cepat ajak kahwin, encik. Bila dah kahwin, tak adalah cik ni merajuk lagi!” Ewah, melebih-lebih pulak pak cik ni. Malu aku, tau! Bertambah malu kerana orang di sebelah diam saja. Hisy! Tadi, bukan main ketawa. Bila pak cik ais krim suruh dia ajak aku kahwin, terus tak bersuara. Tak sudilah tu! Hai, Emi Maisarah, nampaknya kau bertepuk sebelah tangan ajelah! Aku tak berani angkat muka. Takut hendak melihat dia. Takut pada kata-kata penolakan. “Kenapa tunduk pulak tu? Malu? Atau masih marah pada aku?” tanya dia, masih dengan suara yang beralun lembut. Aku mendongak. Dia ku lihat, sedang enak menikmati ais krim. Aku biarkan kerana aku suka dengan caranya.


Kami masih duduk di atas ruang tempat orang lalu lalang itu. Biarlah... bukannya kami mengganggu sesiapa. Lagipun, tak ada sesiapa yang marah. Mungkin kami nampak selesa agaknya. “Masa aku dibawa balik ke Kuala Lumpur dulu, papa dengan mama terus masukkan aku ke Hospital Pantai. Di hospital, macam-macam perkara yang doktor-doktor tu buat. Segala jenis rawatan termasuk scanning dan X ray, semua aku rasa. Akhirnya, doktor pakar yakin yang aku sihat. Darah beku tu pun sebenarnya tak ada. Dia orang tak jumpa. Selepas sebulan berehat, aku dah masuk kerja semula. Tapi waktu tu aku rasa hidup aku sunyi. Aku rasa, macam ada yang hilang dari aku.” Aku biarkan dia bercerita, mengungkit kisah silam yang dilaluinya. Yang dialaminya. “Aku selalu teringatkan kau. Boleh dikatakan apa yang berlaku kat dalam bilik hospital tu, asyik terbayang-bayang kat depan mata aku ni. Tapi, kenangkan kau dah tolak aku mentah-mentah, aku pun janji dengan diri aku yang aku mesti lupakan kau. Cuba teka, kau rasa, aku berjaya tak lupakan kau?” Kami saling bertatapan lagi. Aku geleng, tanda aku tak tahu. Tapi, Kapten Ahmad Faiz Zakuan ketawa. Katanya, “Sebahagian daripada hati aku ni cakap, kau kejam sebab kau benci aku. Tapi yang separuh lagi tak mahu percaya yang kau tak suka aku. Yang sebelah suruh aku cari kau. Yang sebelah lagi suruh aku lupakan kau. Hidup aku porak poranda, kau buat, kau tahu tak, Emi Maisarah?” Aku geleng lagi. Rasa terharu yang amat sangat. Begitu aku mempengaruhi hidupnya tanpa langsung aku sedari. “Kau tahu masa bila ingatan aku cukup kuat pada kau?” tanya dia. Mataku bulat memandangnya, menanti dia memberikan sendiri jawapan kepada soalannya itu. “Masa aku pakai uniform!” Sekali lagi aku terperanjat. Pelik betul! “Memang pelik! Sebab itu aku jadi geram pada diri aku ni. Jadi, aku nekad berhenti kerja. Mula-mula aku ikut cakap papa yang suruh aku kerja di ofis dia tapi aku tak selesa kerja di pejabat.” “Sebab itu awak kerja dengan MAS?” Kapten Ahmad Faiz Zakuan mengangguk. “Bila kerja di pejabat, mama mula bising suruh aku kahwin dengan Shereen, tunang aku tu. Aku pulak, bila tiap kali mama suruh kahwin, hati aku tawar. Dua tahun asyik bertangguh, buat Shereen marahkan aku. Terus dia mintak putus. Aku apa lagi? Rasa legalah!” Lama dia diam. Aku tidak memaksa dia meneruskan. Aku mengenangi semua yang kubuat dalam masa lima tahun ini, tanpa dirinya. Aku rasa, dia juga sama. “Aku baru saja dapat bawak plane ke oversea, tahu! First flight aku ke Sydney, Australia pada tahun lepas.” “Tahniah,” kataku. Aku tahu, dia tentu bahagia sekarang. Sebagai juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara terbesar di Malaysia, mengemudi pesawat ke luar negeri setelah cukup jumlah


jam dan mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan, adalah satu kejayaan besar buat dirinya. Tapi, aku tidak pernah meragui kebolehannya. Kerana satu sikapnya yang tidak pernah aku lupa ialah keyakinan dirinya yang amat tinggi. “Cuba teka, ke mana last flight aku sebelum bercuti hari tu?” Aku kerut dahi. Manalah aku tahu? ‘Sebab tu dia suruh kau teka, ngok!’ hatiku berdesis. “Hmm, New Delhi?” Tempat pertama yang melintas dalam fikiran. “Ada pulak? Tak glamour langsung!” dengusnya tapi aku nampak senyumnya meleret. “Manila?” Dia pandang wajah aku dengan riak tak puas hati. “Londonlah!” “Jadi?” Apa hendak dibanggakan kalau ke London? fikirku. “Cik adik, Lapangan Terbang Heathrow tu merupakan lapangan terbang paling sibuk dalam dunia, kau tahu tak? Kapal terbang mendarat dan berlepas setiap 46 saat. Bagi juruterbang, inilah keadaan yang sangat menguji kami. Dapat mendarat dan berlepas dengan selamat di situ, satu cabaran yang cukup indah bagi aku.” Indah bagi dia tapi cemas bagi aku. Tiba-tiba aku takut kehilangannya. Tiba-tiba aku dihantui rasa bimbang. Di ruang mataku ini mula membayangkan yang bukan-bukan. Argh, tak sanggup! Tak sanggup aaakuu... Kehilangannnn..... Apa kes aku nyanyi lagu Anuar Zain ni? “Awak, awak kena hati-hati, awak!” Dia tatap mataku dengan pandangan penuh pesona. “InsyaALLAH! Sekarang, tentu aku akan lebih hati-hati.” Cair hatiku melihat senyumannya. Redup pandangannya seperti menyampaikan maksud. Dadaku jadi berdebar menanti kata-kata darinya lagi. “Aku tak sangka jumpa kau lagi, Emi Maisarah. Waktu aku ingat aku dah berjaya lupakan kau, kita jumpa semula. Kau tahu tak betapa berdebarnya hati aku ni semalam?” Aku juihkan bibirku. Mulalah tu hendak mengayat? Macamlah aku lupa perangai dia dengan perempuan cantik tu? Eleh! Ketawa Kapten Ahmad Faiz Zakuan menyebabkan aku tertanya-tanya mengapa. Tak adapun aku buat lawak, kan? “Kau tak percaya, betul tak?” “Alah, siapapun tak akan percaya encik Kapten. Bukan main awak himpit perempuan cantik tu, awak cakap awak berdebar tengok saya, konon. Huh!” Eeii, makin kuat dia gelak! Geram betul aku dibuatnya.


“Mana dia sekarang? Ke... dia tengah,” Matanya dijegilkan! “Jangan berani nak tuduh-tuduh sembarangan, okey!” Terus aku tak berani nak cakap apa. Kelu lidah! “Bagus! Tahupun takut!” katanya sambil tersengih. Sekejap saja, lepas tu dia kembali serius. “Dia tu pramugari. Memang calon pilihan mama jugak. Dan, aku pun ingat, dia jugak calon yang sesuai. Cadangnya, aku nak lamar dialah, semalam.” Ouch, sakit! Spontan, aku bergerak menjauhi dirinya. Menjauhi senyuman sinisnya. “Tapi, kaulah salah! Kau muncul kat LIMA tu, buat apa?” Erk... tak faham! “Sara, aku datang sini, masa kemuncak LIMA, sebab aku harap, TUHAN temukan kita. LIMA temukan kita kali pertama dulu meskipun aku tak ingat tapi, aku harap sangat kau ada di sini, menanti aku kali ini. Sara, kalau aku nak cari kau, tempat kau kerja, mudah aje aku buat tapi bagi aku, aku bukan sekadar nak jumpa kau. Tapi, aku nak tahu isi hati kau. Bila semalam, kita bertembung, aku tahu yang kau rindukan aku. Kau...” “Mana ada?” Cepat-cepat aku nafikan! Itulah aku cakap. Dia ni terlalu yakin diri. Percaya sangat pada gerak hati dia. Tengoklah tu! Aku nafi tapi dia gelak, tanda dia tak percaya cakap aku. “Kau tahu macam mana aku jejak kau di hotel ni?” Aku geleng. “Aku ikut kau dengan kawan kau semalam. Aku ingatkan, kau tidur di rumah dia, tapi rupa-rupanya kau menginap di sini.” “Habis tu, sayang awak mana?” “Aku dah berterus terang dengan dia yang hati aku ni dah ada yang punya. Aku rasa, dia faham.” “Fahamlah sangat! Esok-esok, dia goda awak dalam kapal terbang. Maklumlah, sorang pilot, sorang lagi pramugari. Mesti selalu jumpa, kan?” “Hmm....”

Sejak tiga tahun lepas, aku jadi pengunjung setia LIMA. Tak tahu kenapa, cuma aku harap nak jumpa kau. tak dapat jumpa, tengok pun jadilah. sebab itu aku berhenti kerja. Sebab, Kata-kata dan tingkah laku kau yang susah aku nak jangka. Aku pun bertekad nak lupakan kau. Pada masa yang sama, mama suruh aku kahwin dengan tunang aku, Shereen. Tapi, sebahagian lagi tak mahu percaya. Ada tawa dalam alun suaranya. Lepas tu, dia tanya aku, “Sudi kahwin dengan aku, Emi Maisarah?”


Aku tutup muka dengan tapak tangan. Malunya rasa. Kenapalah perangai dia begini? Tanya soalan penting macam tu dengan wajah bersahaja? dia ni perangainya Dia kuintai. “Awak tak nak bercinta dulu?” Alamak! Kenapa aku tanya dia soalan tu? Aku kan tak layak kawan dengan dia pun? Hisy! elok jahit aje bibir ni. Tak payah cakap dan tanya yang bukan-bukan! Tiba-tiba Kapten Ahmad Faiz Zakuan ketawa. Bukan main galak, dia gelak! “ , aku terduduk sambil menangis. kerana seorang lelaki bernama Ahmad Faiz Zakuan. Tangisan ini menangisi kehilangannya dari hidupku. Kenapa? Kenapa aku berjauh hati? Bodoh betul aku ni, kan? Kan tadi dia dah cakap yang aku ni tak layak berkawan dengan dia? “Kau marah!” Aku geleng. Dia ketawa tapi sumbang aje nadanya. “Tak marah? Habis, kenapa menolak bila aku pelawa kau naik kapal terbang dengan aku? Kau rasa diri kau tak layak, ya?” Sekali lagi dia mengatakannya. Sekali lagi hatiku tersayat. Kutarik nafas. Udara yang kuhirup, terasa memedihkan, memilukan! “Sejak dulu, saya tahu yang saya tak layak kawan dengan awak, encik Kapten Ahmad Faiz Zakuan.” Kami saling memandang. Mata saling bertentang. Aku tak tahu apa perasaannya. Tapi, aku rasa macam nak mati sekarang! Jadi, sebelum aku jatuh tersungkur di hadapannya, baik dia aku tinggalkan. Nanti, kalau aku pengsan di hadapannya, aku yang tidak setanding dengan semua wanita yang pernah mendampinginya ini, akan hanya menyusahkan dia. Tak boleh! Aku perlu pergi! “Tak sangka, nurse yang garang macam singa dengan aku dulu, kini jadi arnab yang penakut. Kenapa kau, Sara? Dah hilang taring?” Aku tatap wajahnya lagi. Saat ini, dia sedang tersenyum-senyum kepadaku. Puas hati agaknya dapat mengutuk aku? “5 tahun dulu, umur saya 21. Darah tengah muda. Sebab tu selalu angin! Sekarang, saya dah pandai selindung.” Dia mengangguk. “Aku tahu! Aku nampak!” balasnya. “Tapi, aku tak suka! Tak seronok bila kau baik sangat macam ni.” Ni, dia tengah puji aku ke, dia sedang mengutuk? Jadi baik pun salah ke? “Aku suka perempuan yang berkeyakinan tinggi. Dia yang teguh dengan pendiriannya. Dia yang tak mudah tunduk dengan ugutan. Dia yang berani melawan balik. Bila aku marah dia, dia tahu macam mana nak buat aku diam. Tapi, dalam masa yag sama, hatinya lembut. Bila aku mengadu sakit, dia sentiasa ada dekat aku. Dia pastikan aku selesa. Dia berdiri di hujung katil aku, ajar aku berzikir sampai mata aku pejam dan aku terlena. Memang, memang aku kenal dia, sekejap sangat.... Tapi,”


Tapi, kalau betul

Girlfriend sendiriAku terkejut bila nampak kau semalam. Selama lima tahun, aku sentiasa teringat pada kau tapi sebab kau tak pernah suka pada aku, aku paksa diri aku untuk tidak mencari kau.� Aku telan liur. Kata-katanya mengulang rasa bersalah.

CINTAKU DI AWAN BIRU  

KISAH CINTA DI ANTARA AHMAD FAIZ ZAKUAN DENGAN EMI MAISARAH. YANG SEORANG, PILOT YANG KERAS KEPALA, SEORANG LAGI SEORANG MISI YANG KERAS HAT...

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you