Page 1

TINJAUAN EKSKLUSIF OLEH: ZAKARIA SUNGIB FOTO: KOLEKSI HASAN SUYUT

Ada di kalangan ibu bapa yang dikurniai anak istimewa, sangat prihatin dengan perkembangan anak mereka. Dalam usaha mencarikan rawatan untuk anak istimewa mereka, sesetengahnya sanggup ‘mengembara’ dari satu kaedah rawatan ke satu kaedah rawatan yang lain. Bahkan sanggup terbang ke luar negara, berkorban masa dan wang.

“Kami merantau menuruti Wazif” Masih ingat kisah kanak-kanak istimewa bernama Atiq Wazif yang pernah dipaparkan dalam ruangan Kami Endah hampir dua tahun lalu (“Tidak pernah kami sesalkan”, ANIS Sept 2006)? Kalau sebahagian pembaca masih ingat, saya telah mengisahkan bagaimana ibu bapa kanak-kanak itu, Hasan Suyut, 42, dan Cikgu Dora Othman, 42, menempuh perjalanan hidup yang getir sejak Wazif mula menunjukkan gejala tidak normal ketika umurnya 40 hari. Tubuhnya jadi biru dan dia ditempatkan di wad ICU. Sejak itu bermulalah episod keluar masuk hospital. Sewaktu masih bayi, pernah selama beberapa hari dia menangis 12 jam tanpa henti. Sepanjang empat tahun pertama kehidupannya, dia terbaring lesu dan kaku. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata keluar dari mulutnya. Siang malam Wazif menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “jangan mengharap” dan pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya.

Rahmat Besar Rupanya apa yang saya tahu mengenai Wazif yang saya coretkan

92 ::

anis :: J U L A I

2008

Kembara bersama

ANAK ISTIMEWA ANIS menelusuri pengalaman seorang ayah, Hasan Suyut, dalam kembara ‘berkejar dengan masa’ dan ‘bergelut’ dengan takdir demi anak istimewanya Atiq Wazif…

dalam majalah ANIS sebelum ini, baru sekelumit saja dari rentetan episod yang dilalui oleh Hasan sekeluarga sejak kelahiran Wazif. Patutlah apabila Hasan menceritakan kisah itu kepada seorang pengarah program pendidikan khas kanakkanak di Florida, Amerika Syarikat, pegawai itu terharu dan tergamam, lalu berkata, “You can make a movie out of this! (Awak boleh buat filem dari kisah ni!)” Atiq Wazif, anak keempat daripada lima adik-beradik, kini berusia 8 tahun. Dia telah dibawa berhijrah ke Orlando, Florida, AS dalam usaha ayahnya yang tidak pernah kenal putus asa untuk memulihkannya. Hasan sekeluarga bermastautin di sana sekarang. “Kami hidup sederhana ketika ini. Kami merantau menuruti Wazif dan buat apa yang terbaik untuknya,” beritahu Hasan dalam salah satu emelnya kepada saya selepas berhijrah ke AS pertengahan tahun lalu. Dengan apa yang berlaku pada Wazif , kehidupan Hasan sendiri banyak berubah. Barulah dia tahu erti menjadi suami dan ayah, kerana sekian lama lulusan kejuruteraan yang mahir dalam business development ini tenggelam dalam kesibukan membina kerjaya. Terlalu sibuknya Hasan sampaikan

salah seorang anaknya pernah bertanya kepada mamanya, “Ma, macam mana ye rupa papa, Wafeeq lupalah!” Anak sulungnya Atiqah Filzah pula mengimbau, “Papa dulu kan, sekejap ada kat rumah, sekejap tak ada, lepas tu bila telefon ada kat Australialah, kejap lagi ada kat Perancis, lepas tu pergi pulak Korea. Bila jumpa, papa dah beruban.” Segalanya berubah apabila Wazif lahir. Tumpuan istimewa yang perlu diberi kepada Wazif telah ‘mengembalikan’ Hasan ke pangkuan keluarganya, seperti yang sering dipohon oleh isterinya dalam doa kepada Allah. Ya, rupanya dalam diam semasa si isteri mengandungkan Wazif, dia selalu berdoa semoga dengan kelahiran anak itu, suaminya dapat


“Dia kan ahli syurga, bang”

Wazif pernah menerima sentuhan pakar fisioterapi, Cik Fatimah (Kak Ro) di pusat rawatan persendiriannya di Behrang.

Sebelum berhijrah ke AS, Wazif pernah menjalani rawatan di Therapies4kids, Florida, AS.

Terbaru… Wazif meletakkan kepala di riba abangnya Wafeeq setelah kepenatan memetik buah oren di Orlando.

meluangkan masa untuk keluarga.

Anak atau Kerjaya? Hasan tersedar dia perlu memilih salah satu – anak atau kerjaya. Kalau dia mahu, dia boleh terus bertungkuslumus memajukan lagi syarikat yang diterajuinya. Dengan pencapaian nilai jualan lebih RM5 juta setahun, syarikatnya berada di kedudukan selesa untuk disenaraikan di bursa saham kalau dapat mengekalkan momentum itu. Tapi Hasan sedar, kalau bukan dia yang memberi tumpuan penuh pada Wazif, siapa lagi? Dan kalau bukan sekarang, bila lagi? Lalu, tanpa berbelah bagi lagi, Hasan membuat keputusan yang paling berat dan mengambil risiko yang amat besar dalam hidupnya. Bukan saja dia mempercaturkan kerjayanya, malah meletakkan syarikatnya dalam keadaan yang

berisiko tinggi. Berlakulah titik penentu (turning point) dalam kehidupan Hasan sekeluarga. Episod-episod yang dilalui selepas itulah yang akhirnya membawa Hasan sekeluarga berhijrah ke AS, selepas puas ‘mengembara’ ke seluruh pelosok negara, malah sampai ke Beijing, China semata-mata untuk melihat Wazif pulih. “Bisnes saya di KL saya jual kesemuanya,” beritahu Hasan selepas dia mengambil keputusan berhijrah. “Rumah di Puchong, semua kereta, dan kebanyakan perabot saya jual. Cikgu Dora cuti tanpa gaji selama tiga tahun. Kena korban sikit la. Itulah sedikit pengorbanan yang saya dapat lakukan. Mudah-mudahan usaha saya diberkati,” tambah Hasan, membayangkan pergantungan hati dan penyerahan dirinya kepada Allah. Hasan dan isterinya bukan tidak redha dianugerahi anak istimewa. Juga bukan mahu melawan takdir, tapi hanya mahu membuktikan bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan Wazif jika mereka sendiri tidak sungguh-sungguh berusaha mengubahnya! BERSAMBUNG KE MUKA 95

Hasan dan Cikgu Dora bernazar, jika Wazif boleh berjalan, mereka akan bawa dia ke Tanah Suci. Wazif mula pandai melangkah ketika menjalani rawatan di Erkang Hospital, Beijing. Dalam usia 6 tahun, dia dibawa mengerjakan umrah pada Jun 2006. Di Tanah Suci itulah saya mengenali Hasan, Cikgu Dora dan Wazif. Pasangan ini ragu-ragu juga untuk pergi kerana memikirkan Wazif memerlukan layanan seperti anak kecil. Makannya hanya bubur dan perlu disuap. Dia belum tahu urus diri dan masih pakai lampin pakai buang. Bagaimana nanti di Tanah Suci? Tapi dengan berkat niat yang baik, Allah permudahkan segala urusan mereka di Tanah Suci. Malah Hasan juga terasa mudah untuk berlama-lama di Raudah, Masjid Nabi ketika membawa Wazif. Padahal ketika buat umrah sebelum ini, dia sukar untuk mendekati Raudah yang sentiasa dipenuhi pengunjung. “Dia kan ahli syurga, bang. Orang dalam masjid tu faham agaknya, sebab tu laluannya mudah,” kata Cikgu Dora kepada suaminya.

Sewaktu rawatan di Beijing inilah Wazif mula boleh berjalan.

Dalam gambar yang dirakam di J U Lini, A I Wazif 2 0 0 8 :: 93 pekarangananis Masjid:: Nabi nampak macam kanak-kanak normal.


Ada detik meruntun emosi, mengharukan dan menyentuh naluri. Ada juga detik cemas dan mengerikan, seperti waktu Wazif tercabut tulang punggung atau waktu muncul gangguan makhluk halus. Tak ketinggalan anekdot lucu, kisah Hasan mengambil masa hanya tiga bulan untuk alam mistik perubatan Melayu, malah merakam perjalanan hidup selama kira-kira lapan disulam dengan cerita cinta suami tahun ke dalam buku setebal 263 halaman! isteri. “Mirip Drama in Real Life,” komen Hj. Abu Hassan Morad, Ketua Pengarang adangan daripada saya agar kami. kisahnya dibukukan dan Sejak dilancarkan pada Pesta hasrat Hasan sendiri untuk Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berkongsi segala pengalaman yang di PWTC, April lalu dengan harga telah dilaluinya bersama Wazif, telah jualannya RM24.50, ramai pembaca membawa kepada terbitnya buku memberi respons yang baik. Seorang kisah benar, Wazif: Satu Anugerah. rakan menceritakan bagaimana Uniknya penerbitan buku ini, pihak abangnya berjaga sampai 4 pagi kami di Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) untuk menghabiskan bacaan buku ini selaku penerbit, hanya berhubung iaitu sesuatu yang jarang dilakukannya melalui alam maya dengan penulisnya, kecuali “untuk tengok gusti.” yang sudah pun berhijrah ke AS. “Sesuai dan wajib dibaca oleh Melalui emel-emel saya kepada semua ibu bapa, bukan mereka Hasan mulai awal Disember tahun lalu, yang ada anak istimewa sahaja,” ulas saya memberi cadangan dan tip-tip seorang pembaca dari Sg Petani, untuk membantunya menulis. Antara Kedah, Puan Midah Tairak. Mungkin lain, saya menyarankan agar buku itu kerana buku ini menyajikan teladan Hasan melakukan rawatan sendiri nanti biarlah berbentuk penceritaan, di rumah ke atas Wazif. kesabaran, kegigihan dan hikmah ada gaya macam novel. dalam mendidik anak. “Jangan lupa masukkan dialog di Bagi yang ada anak istimewa, buku mengemelkan keseluruhan draf akhir sana sini supaya penceritaan lebih ini memberikan panduan yang amat manuskrip bukunya. ‘hidup’ dan menarik,” kata saya. berguna dalam membesarkan dan Saya juga syorkan dia menyelitkan menelusuri ‘kembara’ anak istimewa unsur perasaan – apa yang dia dan Rintangan mereka. isterinya Cikgu Dora rasa pada detik“Banyak juga rintangan Lebih-lebih lagi detik tertentu. yang dilalui sepanjang tiga dengan adanya “Selitkan juga unsur tauhid bulan lepas,” kenang Hasan. tip-tip yang – pergantungan hati dengan Allah “Saya sebenarnya diberi dalam waktu hadapi saat-saat cemas, merehatkan diri dari buat Bacaan Bonus di ketidakpastian, saat menunggu dan kerja consulting dengan bahagian kedua sebagainya. Di tempat-tempat Pak Arab untuk concentrate buku ini. tertentu boleh selitkan doa yang pada buku… Bila dah Saya rasa dipanjatkan kepada Allah waktu itu,” concentrate menulis, sampai berbesar hati beritahu saya. rambut dan misai pun mengambil Hasan memberi perhatian kepada tak terbela! Isteri sampai tanggungjawab setiap saranan saya dan bertanya perli, nak jadi penulis kena selaku editor mengenai beberapa perkara yang dia serupa dengan A.Samad buku ini. tidak jelas. Said ke?” Memang berbaloi Pada awal Januari lalu, Hasan Perjalanan hidup memilikinya emelkan kepada saya draf awal selama kira-kira dan puas Buku ini merakam kembara dua bab yang dia berjaya siapkan. lapan tahun dapat membacanya. Wazif selama lapan tahun. Dari situ saya beri beberapa komen diterjemahkan menjadi Saya tidak hairan untuk dia baiki. Begitulah seterusnya sebuah buku setebal 263 halaman kalau nanti ada pihak yang mahu hingga pada penghujung Februari hanya dalam masa tiga bulan! mengadaptasi buku ini menjadi lalu, setelah kira-kira tiga bulan Penceritaannya terperinci, detik demi sebuah filem atau drama tv! ✻ kami berurusan melalui emel, Hasan detik.

Satu

ANUGERAH

C

94 ::

anis :: J U L A I

2008


Kepayahan bertukar

KESERONOKAN – Hasan Suyut –

D

alam temubual terkini dengan Hasan Suyut melalui emel, Zakaria Sungib mencungkil pandangan dan rasa hatinya dalam aspek-aspek yang tidak disentuhnya di dalam bukunya. “Sebenarnya dalam saya menulis buku, saya juga agak keberatan untuk menceritakan ‘penderitaan’ kami dan liku-liku membesarkan dan membela Wazif. Cerita Wazif itu hanyalah musabab sahaja,” beritahu Hasan dalam mukadimah emelnya. “Apa yang saya mahu tonjolkan sangat dalam buku itu adalah perjalanan kehidupan yang mana majoriti kita sebenarnya sudah tersalah arah. Sama ada kita tersedar kita sudah tersalah arah bergantung kepada apa yang kita cari. Kadangkadang Allah beri peringatan secara ‘sepoi-sepoi bahasa’, mungkin kita tidak sedar pun! Sebab itu semasa mengarang buku, bab yang saya siapkan dulu adalah Bab 16, Bahagia Tidak Boleh Dijual Beli.” Ikuti jawapan Hasan kepada soalan-soalan yang diajukan. Bagaimana saudara dan Cikgu Dora mampu bersabar dan bertahan dengan segala kepayahan dalam tempoh membesarkan Wazif? Saya rasa kerana saya dan Cikgu Dora sudah dapat menerima kenyataan, maka segala kepayahan itu bertukar jadi keseronokan. Kami juga sentiasa redha bahawa sesuatu ‘kepayahan’ itu Allah beri untuk kita diberikan sesuatu di kemudian hari kelak.

Cabaran paling sukar? Pada saya, saat yang paling sukar sebenarnya ialah untuk menerima kenyataan bahawa Wazif ini tidak seperti manusia normal macam kita semua. Setelah kami dapat menerima keadaannya yang begitu, perkaraperkara lain walaupun di kaca mata orang lain sukar, pada kami adalah mudah. Apakah perkembangan paling memberangsangkan dan paling menggembirakan yang berlaku pada Wazif sepanjang tempoh itu? Saya rasa adalah apabila Wazif mampu berjalan dan mampu mengunyah makanan sendiri serta bila keadaan kesihatannya agak lebih stabil. Saudara dan Cikgu Dora telah ‘menangguhkan’ kerjaya demi Wazif. Bagaimana menghadapi cara hidup baru selepas ‘melepaskan’ cara hidup yang agak senang sebelum ini? Dalam hidup, kita perlu meletakkan prioriti kita dengan betul. Prioriti ini berbeza bagi setiap orang. Bila kita meletakkan prioriti kita dulu maka yang lain memang akan jadi mudah. Cara hidup baru ini bukannya saya cari tapi kami sekeluarga hanya mengikut arus. Memang dari kaca mata kasar, hidup dulu lebih senang dari segi material, namun gundah-gulana kehidupan tak siapa yang tahu. Kehidupan seharian hanya mengejar kebendaan semata dan mungkin yang tidak diperlukan oleh keluarga pun.

SAMBUNGAN DARI MUKA 93

Seperti kata Hasan, “Kepada Allah kami berserah, dan selepas itu kami berusaha sedaya yang kami mampu.”

Kehidupan Sekarang Bulan Jun 2008 genap setahun Hasan sekeluarga berhijrah ke AS. Hasan puas dengan kehidupannya sekarang. “Kehidupan seharian sebenarnya ketika ini cukup-cukup saja, namun kami bersyukur dengan setiap rezeki yang ada,” beritahu Hasan. “Sekarang Wazif ke sekolah dan mendapat rawatan fisioterapi, okupasional dan terapi pertuturan secara percuma. Pengangkutan ke sekolah pun percuma, ada bas khusus untuk orang kurang upaya datang menjemput Wazif. Saya hantar pagi depan rumah. Untuk naik bas ambil masa 20 minit. Tapi diorang dah dilatih untuk handle orang-orang seperti Wazif. Balik sekolah pukul tiga petang, bas turunkan depan rumah, emak Wazif tunggu. Makanan di sekolah pun sebenarnya pihak mereka boleh sediakan, tapi sebab kami mestikan makanan halal, jadi kami bawakan makanan untuk Wazif.” Untuk menampung sara hidup di perantauan, Hasan membantu seorang pengusaha pasaraya berbangsa Arab di Florida untuk menaiktaraf sistem operasi pasarayanya menggunakan automation. “Di samping itu, saya sedang berusaha untuk mendapatkan visa yang akan membolehkan kami tinggal lebih lama di sini,” kata Hasan. Hasan juga bersyukur kerana anak-anaknya yang lain menunjukkan prestasi yang baik di sekolah baru mereka di sana. “Masa di Kuala Lumpur mereka average saja kecuali Kak Long yang agak cemerlang. Di sini semua top scorer, bukan saja di bidang akademik malahan dapat anugerah dari pihak sekolah kerana berkelakuan baik.” ✻

anis :: J U L A I

2 0 0 8 :: 95


Hasan sekeluarga di depan kediaman mereka di Orlando.

Dahulu saya mengejar kerjaya tanpa mengira duduk perkara keperluan keluarga. Bila kita mengikut arus, insya-Allah Allah permudahkan perjalanan kita. Kerjaya saya yang seterusnya saya pun tak pasti lagi ke arah mana namun apa yang lebih penting kita dapat meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan keluarga. Dalam kita berkerjaya juga, kita perlu melibatkan keluarga supaya kerjaya itu jadi satu ibadah dan mendapat barakah. Bagaimana saudara bertahan dalam kehidupan sekarang, tanpa kerjaya khusus, di tempat yang belanja hidupnya mahal pula. Kalau nak buat perkiraan, memang nampak mustahil. Kalau dibuat bajet memang sentiasa defisit. Tapi itulah agaknya apabila kita letakkan prioriti dengan betul di samping cuba ubah cara hidup. Awal bulan memang tak

96 ::

anis :: J U L A I

2008

nampak lagi rezeki tu nak datang, kadang-kadang sewa rumah tinggal dua hari nak sampai tarikh bayar, baru dapat diadakan. Kami makan atau beli barang bila ada, bila tak ada tak belilah. Hidup secara qanaah. Kami sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun sedikit. Makan pun sekarang sentiasa ada, alhamdulillah. Yang menariknya, isteri saya pula dah pandai buat macammacam jenis makanan. Saya pula okla jugak bab kat dapur ni, dari buat pizza sehingga buat mi kuning, kue tiau, daging kukus, sate... Kalau dulu sebab agaknya berduit, semuanya pakai beli saja. Sekali ke Pizza Hut habis hampir RM100 untuk sekeluarga. Bila buat sendiri, beli dough, olive, cheese, mushroom dan lain-lain, tak sampai pun US9.00 belanja, itu pun tak habis makan. Lepas tu yang bestnya, apabila anak-anak sedang makan, mereka komen, “Pa… best la pa buat pizza nih,

sedap kan Kak Long.” Kalau dulu kita bawak ke Pizza Hut, tak ada pun kata begitu. Jadi sebagai ayah, yang mana lebih membahagiakan? Apakah harapan atau jangkaan saudara terhadap Wazif sekitar 5-10 tahun akan datang? Saya dan isteri mencuba sedaya yang mampu. Kami dahului usaha kami dengan doa. Usaha itu satu kemestian, hasilnya kami serahkan kepada Allah SWT. Tentang perkembangan Wazif pada masa akan datang, saya sendiri pun tak tahu lagi. Dulu ramai doktor yang meramal Wazif akan hanya jadi ‘vegetable’, namun kini dia boleh berjalan dan mengunyah sendiri! Ini sudah melebihi jangkaan orang yang sepatutnya lebih tahu dalam bidang perubatan. Sebenarnya jangkaan kami sekeluarga melebihi dari skop Wazif sahaja. Hari itu kami bersembang sekeluarga


selepas solah Maghrib berjemaah. Dalam masa 7-10 tahun akan datang saya akan cuba selesaikan PhD saya, kemungkinan besar dalam bidang Pemasaran dan Perkembangan Kanak-kanak. Cikgu Dora pula ingin habiskan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Anak-anak yang lain harus tamatkan degree mereka, kecuali agaknya Qiha kerana pada ketika itu nanti Qiha baru berumur 14 tahun. Jadi dalam pada saya dan isteri melakarkan perkembangan Wazif, kami juga bersemangat baru untuk menempuh cabaran yang kami sekeluarga lakarkan itu. Namun itu semuanya berpaksi kepada perkembangan Wazif. Contohnya kalau kami terjumpa mana-mana pusat pemulihan yang dapat memberikan kesan yang lebih baik untuk Wazif, kami tidak akan teragakagak untuk berpindah ke tempat baru itu. Yang lain nanti, kami akan cuba sesuaikan ikut keadaan. Sejauh mana apa yang saudara pelajari dalam ‘kembara’ bersama Wazif, memberi manfaat dalam melaksanakan tugas sebagai suami dan bapa? Saya jadi lebih prihatin tentang apa yang diperlukan oleh anak dan isteri. Saya juga lebih prihatin tentang bagaimana untuk memberikan yang terbaik kepada ibu bapa saya. Saya juga lebih bersabar dalam mendidik anak dan isteri. Ini mungkin hasil dari ‘kembara bersama Wazif’ itu. Umpama air yang lembut menitis atas batu, lama-lama lekuk juga. Mendidik anak dan mengemudi keluarga perlu hikmah dan kesabaran yang tinggi. Setiap hari kita perlu memberi nasihat dan berterusan memberi nasihat. Tidak ada istilah pukul, tengking, herdik dalam diari kehidupan saya. (Ini memang amat berbeza dari dulu.)

Apa sikap negatif atau tindakan salah yang saudara lihat banyak dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, yang saudara sendiri berjaya atasi?. Pertamanya menerima hakikat bahawa anak istimewa perlukan pengorbanan yang ‘istimewa’. Ramai yang cuba menyembunyikan anak itu dengan tidak memberikan ‘sentuhan’ sendiri untuk membela dan membesarkannya. Kedua, kurang networking dan segan untuk bertanya itu-ini untuk tahu dengan lebih lanjut keperluan anak istimewa. Anak istimewa perlukan kita untuk bersama mereka. Tapi pada kebanyakan orang, ‘masa’ itulah yang paling berharga terutamanya kalau kita golongan berada dan berkerjaya, lalu menyerahkan bulat-bulat kepada orang gaji untuk membela anak istimewa ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu apa yang kita lakukan, kita perlu ada program untuk mereka dan kita perlu terlibat secara terus (‘handson’) untuk memulihkan mereka. Bagaimana saudara boleh ingat dengan agak terperinci semua yang saudara lalui sepanjang 8 tahun untuk dimuatkan dalam buku? Ini mungkin agak unik. Dalam saya mengarang buku, saya akan mula drafkan tentang sesuatu insiden atau plot. Selalunya saya menulis di waktu malam. Keesokannya semasa saya keluar bekerja, isteri saya akan membaca dan menokok tambah atau memperbetulkan tentang kejadian yang sebenar (kadang-kadang saya sendiri pun lupa). Sebelah petang pula Kak Long dan Abang Ngah sekembalinya dari sekolah akan baca, mereka juga membantu mengingatkan kembali sesuatu kejadian itu. Jadi perlu beri kredit kepada mereka juga. Kalau nak harap saya ingat semua kejadian, mungkin

taklah suspens sangat. Namun agaknya kerana saya dan isteri begitu terlibat dalam membesarkan dan memulihkan Wazif, maka ingatan itu tidak mudah luput. Tambahan lagi kami sentiasa berlapang dada dalam mengharungi kembara itu, maka kepayahan sudah jadi satu keseronokan kepada kami berdua. Kadang-kadang sesuatu insiden itu kami sembang-sembangkan beberapa kali, jadi cerita lawak pulak. Mungkin saudara boleh beri sikit tip yang dapat membantu ibu bapa lain yang ada anak istimewa macam Wazif. Wajib kepada semua ibu bapa untuk tahu setiap perkembangan anak. Ibu bapa perlu tahu untuk ambil tindakan. Jangan bergantung kepada pihak hospital dan doktor sahaja. Kemungkinan doktor agaknya tidak menjelaskan 100% apa yang berlaku atas sebab-sebab tertentu termasuklah mungkin berhadapan tindakan saman kalau ada berlaku kecuaian. Di Malaysia pulak masih tebal unsur rawatan tradisional (saya tidak menolak 100%), yang banyak mengatakan bayi terkena ‘badi’, ‘kenan’ dan sebagainya. Dalam banyak kejadian, ibu bapa perlu tahu pada dasarnya otak kanak-kanak perlukan cukup bekalan oksigen untuk membesar. Keadaan anak-anak ini tidak boleh dibiarkan terbaring sendirian. Ini sama macam kalau kita duduk terlalu lama, kaki akan jadi ‘kebas’ atau kata orang rasa ‘semut-semut’, apabila pegang rasa sensitif dan geli. Anak-anak ini pun begitu juga kalau dibiarkan bersendirian. Jadi kita kena sentiasa membuat pergerakan secara pasif dari menelentang, meniarap, duduk, berdiri, dan sebagainya ✻

anis :: J U L A I

2 0 0 8 :: 97

kisah atiq  

kisah adik atiq wazif yg dipetik dr majalah anis edisi julai 08