Page 1

Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net Ditulis oleh Hafizul Amri. 6 Januari 2010

Mengapakah saya memilih web hosting di sepakuhosting.net? Bukankah ada banyak lagi web hosting lain yang lebih terkenal yang boleh saya pilih seperti mercumaya.net, onebytes.com.my, exabytes.com.my, mesrahosting.net dan lain-lain lagi? Walaupun nama sepaku hosting kelihatan macam pelik, tetapi ternyata harga yang ditawarkannya amat murah berbanding dengan yang lain dengan pakej serendah RM5 yang sesuai amat untuk kegunaan blogging serta perkhidmatannya amat memuaskan tambahtambah lagi sepaku hosting baru sahaja berpindah ke server yang baru. Walaubagaimanapun, saya tidak memberi sebarang jaminan kepuasan kepada sesiapa yang ingin membeli web hosting ini, tetapi saya cuma mencadangkan web hosting yang terbaik sahaja bagi saya dan saya tidak pula mendapat apa-apa ganjaran daripada sepakuhosting atas promote yang saya lakukan ini. Jika anda bersedia untuk membeli web hosting di sepakuhosting, sila ikuti beberapa step mudah di bawah. Selamat berjaya!

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

1. Buka browser (Internet Explorer / Mozilla Firefox). Sila taip ‘sepakuhosting.net’ di search bar seperti yang ditunjukkan dibawah. Kemudian tekan Enter.

2. Paparan seperti dibawah akan keluar pada browser anda.

3. Sebagaimana yang dipaparkan di dalam website ini. Sepaku hosting menyediakan dua pakej iaitu pakej personel dan pakej bisnes. Klik pada gambar tersebut untuk melihat info dengan lebih lanjut bagi setiap pakej.

ATAU..

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Klik pada menu webhosting dan klik pada pakej yang ada ingin lihat info selanjutnya.

Berikut adalah paparan bagi setiap pakej di halaman info lanjut.

Pakej Personel:

Pakej Bisnes:

Anda boleh memilih mana-mana pakej yang disediakan. Kemudian, setelah anda pasti dengan pilihan anda, sekarang anda boleh memulakan proses tempahan. Sekarang saya akan memilih Pakej Personel Silver yang berharga RM10 setahun untuk pilihan saya.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

4. Klik pada butang di bawah pakej pilihan anda tadi. Sekarang saya berada di halaman tempahan Pakej Personel Silver dan anda akan berada pada halaman tempahan pakej yang anda pilih.

Pada halaman ini, kita dikehendaki membuat konfigurasi dengan memilih dua pilihan yang diberikan iaitu samada untuk mendaftar domain baru atau menggunakan domain kita yang sedia ada. Anda boleh memilih pilihan kedua sekiranya anda sudahpun memiliki domain. Tetapi, bagi saya, saya ingin mendaftar domain baru untuk hosting ini. Jadi saya memilih pilihan yang pertama iaitu ‘I want Sepaku Hosting to register a new domain for me.’. Saya akan mendaftar domain baru yang bernama ‘www.hafizulamri.com’. Anda boleh memilih nama domain yang anda inginkan. Domain akan didaftarkan oleh sepakuhosting dengan bayaran tambahan serendah RM30 bergantung kepada Top Level Domain (TLD) yang anda pilih. Contohnya, TLD bagi .com ialah berharga RM30. Jadi jumlah keseluruhan yang perlu saya bayar nanti adalah RM40. Berikut adalah senarai TLD dan harga untuk setahun.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Klik butang pilihan anda.

untuk teruskan tempahan setelah mengisi nama domain

Setelah itu, paparan Choose Domains akan keluar dibawahnya. Tick pada bahagian status iaitu Available! Order Now. Kemudian klik pada butang

di bawahnya.

Jika anda mengisi nama domain yang telah pun dimiliki oleh orang lain, maka anda perlu mengisi semula nama domain yang lain sehingga paparan status menunjukkan Available! Order Now. Di bawah adalah contoh sekiranya domain yang anda pilih telah di daftarkan oleh orang lain.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

5. Setelah berjaya memilih nama domain. Sekarang anda berada di halaman Shopping Cart.

Disini disenaraikan perkara-perkara yang telah anda pilih beserta harga yang perlu dibayar. Setelah pasti bahawa tiada kesilapan pemilihan dibuat, maka tekan pada butang untuk meneruskan proses penempahan.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Paparan seperti di atas akan keluar setelah anda menekan butang borang tersebut seperti yang ditunjukkan di atas dengan maklumat anda. Seterusnya tekan butang

. Kemudian isi

.

Setelah itu, paparan seperti dibawah akan keluar sekiranya tiada kesalahan yang diisi pada borang tersebut.

Seterusnya klik pada link yang menuju kepada invoice iaitu . Setiap nombor invoice tidak akan sama. Anda akan mendapat nombor invoice yang berbeza daripada yang ditunjukkan diatas.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Setelah itu, halaman seperti di bawah akan dipaparkan.

6. Anda dikendaki membayar jumlah yang perlu dibayar ke dalam bank yang diberikan. Anda bebas memilih cara pembayaran semada melalui ATM ataupun Online Banking. Setelah membuat pembayaran. Sila SMS atau YM maklumat pembayaran seperti masa pembayaran kepada pihak sepakuhosting sebagai bukti pembayaran.

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri


Generated by Foxit PDF Creator Š Foxit Software http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Setelah mendapat pengesahan pembayaran daripada pihak sepakuhosting, anda akan menerima dua emel, iaitu emel pemberitahuan Invoice Payment dan Domain Registration Confirmation. Kemudian pihak sepakuhosting akan membina akaun hosting anda dalam masa 24 jam. Apabila akaun anda telah berjaya dibina, anda akan mendapat satu emel dari sepakuhosting yang mengandungi maklumat hosting anda tersebut seperti username dan password untuk login ke cpanel. Tahniah kerana anda telahpun berjaya mendaftar web hosting anda di sepakuhosting.net dengan harga yang murah dan telah memiliki hosting dan domain name sendiri!

Mendaftar Web Hosting di Sepakuhosting.net

Hafizul Amri

Daftar Sepaku Hosting  

Tutorial untuk daftar web hosting

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you