Issuu on Google+

Darah Istihadah DARAH ISTIHADAH

Pendarahan yang terjadi di luar batas-batas haid (dan nifas) disebut pendarahan istihadah. Wanita yang mengalami hal yang seperti itu disebut mustahadhah. Wanita mustahadhah secara garis besarnya dibahagi kepada empat bahagian, iaitu:

1- Mubtadi ah Mumayyizah 2- Mubtadi ah Ghoiru Mumayyizah 3- Mu’taadah Mumayyizah 4- Mu’taadah Ghoiru Mumayyizah

Mubtadi ah ialah gadis yang baru pertama kali mengalami haid. Mumayyizah ialah wanita yang mampu membandingkan antara darah yang kuat dan lemah ketika terjadinya istihadhah. Jadi pengertian Mubtadi ah Mumayyizah ialah gadis yang pertama kali didatangi haid, namun ia sudah mampu membandingkan antara warna dan sifat darah, antara yang kuat dan yang lemah ketika terjadinya pendarahan istihadhah

Perbincangan Darah Istihadah

1/3


Kemampuan membandingkan antara darah kuat dan darah lemah yang terjadi ketika pendarahan disebut Attamyiiz.

Mu’taadah ialah wanita yang pernah didatangi haid sekalipun baru pertama kali dan setelah ia mengalami pendarahan haid kemudian bersuci.

Jadi pengertian Mu’taadah Mumayyizah ialah wanita yang sudah pernah mengalami datang bulan disamping itu, ia juga memiliki kemampuan untuk membandingkan antara darah yang kuat mahupun yang lemah.

Wanita jenis Mumayyizah baik Mubtadi ah mahupun Mu’taadah mempunyai persamaan hukum, baik dari segi cara-cara menentukan waktu haid dan istihadahnya, mahupun persyaratan yang harus dipenuhi kerana kedua-duanya sama-sama mumayyizah. Ketentuan hukum dengan mengembalikan kepada attamyiz.(iaitu dengan cara melihat hasil kemampuan mereka dalam membandingkan kualiti darah yang mengalir). Maka waktu yang digunakan pendarahan darah kuat dianggap waktu haid .

Begitu juga waktu bersih ( naqa’) yang menyelang-nyelingi waktu pendarahan darah kuat. Sementara itu waktu yang digunakan untuk pendarahan darah lemah dianggap waktu istihadhah, dengan tiga syarat iaitu:

1) Hendaklah waktu yang digunakan untuk pendarahan darah kuat tidak kurang dari batas minimum haid iaitu sehari semalam (24 jam).

2) Waktu yang digunakan untuk pendarahan darah kuat tidak melebihi had maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam.

2/3


3) Jika pendarahan masih terus berlangsung hingga ke akhir bulan, maka waktu yang digunakan untuk pendarahan darah lemah hendaklah tidak kurang dari batas minimum suci iaitu 15 hari 15 malam.

Ghoirul Mumayyizah

Pengertian ghoirul mumayyizah ialah wanita yang tidak mampu membandingkan kualiti atau warna darahnya yang keluar pada saat terjadinya istihadhah.

Jika ghoiru mumayyizah ini wanita yang pertama kali mengalami pendarahan ( mubtadi ah) dan ingat waktu pertama kali terjadinya pendarahan maka cara menentukan pendarahan haid ialah dengan mengembalikan kepada batas minimum haid iaitu sehari semalam (24 jam).

Dan jika ghoiru mumayyizah ini wanita yang sudah pernah mengalami pendarahan haid (mu’tadah). Maka cara menentukan pendarahan haidnya ialah dengan mengembalikan kepada adat kebiasaan pendarahan haid sebelumnnya, baik kadarnya mahupun waktunya hanya saja dalam pusingan pertama hendaklah menunggu sehingga darah keluar melebihi 15 hari. Sebaik sahaja masuk hari 16 hendaklah mandi bersuci dan mengqodo waktu-waktu sembahyang yang ditinggal selepas tradisi haidnya. Dan pada pusingan berikutnya hendaklah mandi bersuci sebaik sahaja darah melepasi sadat kebiasaan (tradisi haid sebelumnya).

Disediakan oleh, Jusup Marsudi

Darah Istihadah

3/3 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)


Darah Istihadah