Page 1


D' EMINENCE 2009

1


Menarik di dalam

edisi ketiga

D’EMINENCE MAJALAH TAHUNAN KOLEJ PERDANA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penge n alan 3 4 9 10 11 13 16 18 19

SIDANG REDAKSI D’EMINENCE KATA-KATA ALUAN MOTTO KOLEJ LAGU & LOGO KOLEJ STAF PENTADBIRAN KOLEJ CARTA ORGANISASI JKM 2009/2010 SEJARAH KP INFRASTUKTUR KOLEJ AJK KELAB/BLOK

23

Aktivi t i k ole j 23 24 25 26 27 25 29 30 31 32 33 34 35 36 37

MALAM PUNCAK PERDANA VII PESBACS ‘09 MAISAC ‘09 EXPERD KURSUS PEMBENTUKAN JKM TRANS-JOHOR ‘08 PENYERAHAN DOKUMEN JKM; SUPER LADIES DAY; GREEN DAY PRA-EXPERD JELAJAH ANGKASAWAN; DERMA KILAT MAULIDUR RASUL PENGHARGAAN I-KACS PEMANTAPAN JKM 2009/2010 CERAMAH MAAL HIJRAH PENGHARGAAN TIOMAN

C etu san k re atif 39 40 43 45 51 57 58 59 70 72 73 75 76

TOKOH PERDANA TEMUBUAL BORAK STAF KOMIK DIALOG BERGAMBAR INFO UTM INFO TEKNOLOGI KARYA SISWA PERSONALITI PERMAINAN HEALTH FACTS COLOUR PSYCHOLOGY WARGA PERDANA

2

D' EMINENCE 2009

2009

25

29

30


Sidang Redaksi

D'EMINENCE 2009

Penasihat En. Mohd. Ismahadi bin Mohd. Pengarah Alif Firdaus bin Jalaluddin Ketua Pengarang

Fatin Fasehah binti Taufiak

Wartawan Noor Azwani binti Mohd. Nawi Muhammad Aiman bin Abu Bakar Nurul Sahrina binti Jamali

Fotografi Nur Farahin binti Onn Nor Atiqah binti Zolpakar

Isa

Pen. K. Pengarang

Izliana binti Abu Bakar

Grafik

Jamil bin Jaafar Afiq Aiman bin Dahlan

Percetakan

Hassan bin Samsudin

D' EMINENCE 2009

3


Kata-kata aluan Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, Majalah D’ Eminence 2009 telah berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Sidang Redaksi Kolej Perdana. Sudah semestinya semua warga Kolej Perdana menanti-nantikan kemunculan majalah ini yang hanya diterbitkan setahun sekali. Kolej Perdana yang mempunyai banyak kelebihan dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik kepada para mahasiswa patut dicontohi. Aktiviti-aktiviti inilah yang mampu menjana dan membentuk pemikiran dan sahsiah yang seimbang selaras dengan matlamat Universiti Teknologi Malaysia. Dunia kini semakin maju dari masa ke semasa. Banyak penemuanpenemuan baru yang menjadi isu penting dunia terutama dalam bidang Sains dan Teknologi. Mahasiswa yang tidak mampu mengikut perkembangan ini semestinya akan terkandas dari segi teknologi dan pengetahuan am. Dengan adanya generasi muda yang mempunyai kelebihan kemahiran generik bakal mentadbir negara dengan jayanya. Oleh itu, pelajarilah pelbagai ilmu pengetahuan selagi mampu untuk kebaikan dan kesenangan masa hadapan. Namun, ilmu pengetahuan sahaja masih belum cukup dengan tiadanya pengalaman yang mampu memberi kekuatan kepada mahasiswa untuk terus maju lagi. Akhir sekali, saya sentiasa mendoakan kejayaan para mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dan secara khususnya kepada para mahasiswa Kolej Perdana. Teruskanlah mengharumkan nama negara dan teruskan perjuangan. Selamat maju jaya! Sekian, Wassalam.

“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA” YANG BERBAHAGIA PROF. DATO’ IR. DR. ZAINI UJANG NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4

D' EMINENCE 2009


Kata-kata aluan

Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Majalah D’ Eminence edisi ketiga dapat disiapkan dan diterbitkan. Syabas diucapkan. Tanpa usaha yang gigih sudah pasti majalah ini tidak menjadi kenyataan. Negara Malaysia yang semakin pesat membangun kini bukan sahaja memerlukan mahasiawa yang mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik malah mempunyai kelebihan dalam pelbagai bidang seperti kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, kerjasama dan banyak lagi. Mahasiswa perlu mempelajari kesemua ilmu ini supaya mudah untuk mengaplikasikannya selepas di alam belajar ini iaitu di alam pakerjaan kelak. InsyaAllah. Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak universiti sangat banyak dan setiap satunya mempunyai objektif dan implikasi yang sangat berguna. Kolej Perdana merupakan salah satu kolej kediaman contoh kerana warganya yang sering melibatkan diri dengan segala aktiviti yang dianjurkan dan semestinya memperoleh banyak faedah dari aktiviti-aktiviti tersebut. Akhir kata, tahniah kepada barisan Sidang Redaksi Kolej Perdana kerana berjaya menerbitkan majalah D’ Eminence ini. Semoga usaha gigih yang telah dicurahkan bakal mencetuskan idea-idea yang lebih bernas pada masa akan datang. Sekian. Wassalam.

“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA” YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD. TAJUDDIN HJ. MD NINGGAL TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA D' EMINENCE 2009

5


Kata-kata aluan

Pengetua Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Majalah D’ Eminence dapat diterbitkan pada tahun ini. Tahniah kepada Sidang Redaksi Kolej Perdana kerana bersungguh-sungguh menghasilkan majalah tahunan kolej ini dengan input-input yang lebih menarik. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana sesi 2008/2009 dan 2009/2010 kerana telah menyediakan program-program yang berfaedah kepada warga Kolej Perdana. Setiap program yang dilaksanakan ada manfaatnya dan merangkumi pelbagai aspek baik rohani atau jasmani. Pembelajaran secara teori belum mencukupi tanpa dipraktikkan. Penghargaan yang tidak terhingga juga perlu diberikan kepada semua warga Kolej Perdana kerana tanpa sokongan dan kerjasama anda, Kolej Perdana tidak mungkin menjadi kolej terunggul dan yang paling utama kerana berjaya mengetengahkan mahasiwa yang intelek dari segi akademik dan kokurikulum. Akhir kata, syabas sekali lagi kepada Sidang Redaksi Majalah D’ Eminence kerana berjaya menghasilkan sebuah majalah yang menarik dan semestinya memori indah tidak dapat dilupakan oleh warga kolej. Sekian. Wassalam.

“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA” YANG BERUSAHA PROF. MADYA AHMAD BIN HAJI KHALID PENGETUA KOLEJ PERDANA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

6

D' EMINENCE 2009


Kata-kata aluan

Pengerusi JKM Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Perpaduan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, saya telah diberi peluang untuk menitipkan kata-kata aluan di ruangan majalah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi majalah D’ Eminence pada tahun ini. Semestinya majalah ini mempunyai kandungan yang padat dengan infoinfo terkini dan menarik. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pentadbiran Kolej Perdana kerana memberi kepercayaan kepada JKM Kolej Perdana sesi 2009/2010 bagi merancang dan mengendalikan aktiviti-aktiviti kolej. Tanpa sokongan dari warga kolej, mustahil untuk kami menerima impak-impak yang positif dalam kesemua aktiviti yang berjaya dijalankan setakat ini. Perpaduan kaum tidak menjadi halangan kepada warga Kolej Perdana untuk menjayakan aktiviti-aktiviti ini malah memberi kelebihan kepada setiap individu baik dari segi fizikal mahupun mental. Kolej Perdana dihiasi dengan warganya yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa, dan agama yang mana dapat menjadikan kolej ini sebagai kolej yang gemilang. Penglibatan mahasiswa antarabangsa dari pelbagai negara memberi peluang pada mahasiswa tempatan untuk mendalami adat resam mereka yang pastinya berbeza. Saya amat berharap agar warga Kolej Perdana akan sentiasa memberi sokongan kepada barisan pentadbiran kolej dan JKM Kolej Perdana bagi mencapai matlamat setiap aktiviti dan program yang telah dirancang. Kejayaan sesebuah kolej bergantung kepada penghuninya sendiri. Sekian. Wassalam.

“KREATIVITI MENJANA KECEMERLANGAN” MOHD. IMRAN B. NOORJAYA CHEW PENGERUSI JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA 2009/2010 KOLEJ PERDANA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA D' EMINENCE 2009

7


Kata-kata aluan

Ketua Pengarang Sidang Redaksi Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah segala puji dan syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rezekiNya, D’ Eminence edisi ketiga berjaya dihasilkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda Kolej Perdana, Prof. Madya Ahmad bin. Hj. Khalid, JKM Kolej Perdana, rakan-rakan Sidang Redaksi serta semua warga Kolej Perdana yang telah banyak membantu dalam usaha menerbitkan majalah ini. Warga Kolej Perdana semestinya mengharapkan setiap memori dan kenangan baik pahit atau manis sepanjang menjadi warga kolej dirakamkan dan boleh dijadikan tatapan pada masa akan datang. Kolej Perdana merupakan kolej yang sentiasa mengadakan program-program yang menjanjikan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Dengan adanya majalah ini, semua aktiviti dan kejayaan yang telah dicapai oleh Kolej Perdana dapat disematkan agar ianya terus kekal dan tidak luput dari ingatan warganya malah akan dijadikan dorongan oleh pelapis warga Kolej Perdana pada masa akan datang bagi merealisasikan misi dan visi Universiti Teknologi Malaysia secara amnya dan Kolej Perdana khususnya. Diharap D’ Eminence kali ini dapat memuaskan hati semua pihak. Sekian, Wassalam.

“DISIPLIN PEMANGKIN KECEMERLANGAN, ILMU ASAS KESEJAHTERAAN” FATIN FASEHAH BT. TAUFIAK KETUA PENGARANG MAJALAH D’ EMINENCE EDISI KETIGA KOLEJ PERDANA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

8

D' EMINENCE 2009


Visi

“Menjadikan kolej kediaman pelajar terunggul menerusi perkhidmatan berkualiti dan kemudahan yang kondusif ke arah kecemerlangan sahsiah dan akademik”

Misi

“ Menjana pembangunan sahsiah dan kecemerlangan pembelajaran dengan penyediaan kemudahan yang kondusif serta melalui program berkualiti sejajar dengan aspirasi HEP “

‘Kolej Terunggul, Motto Mahasiswa Terbilang’ Memantapkan kecemerlangan sumber manusia melalui perkhidmatan yang berkualiti dengan mewujudkan suasana integrasi antara kaum. Meningkatkan penyediaan kemudahan yang kondusif bagi memenuhi keperluan warga kolej.

Objektif Meningkatkan

kemahiran pembelajaran dan pengetahuan melalui program kecemerlangan akademik yang berterusan dan berkesan. Melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi dan serba boleh mencukupi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. D' EMINENCE 2009

9


Lagu Kolej Perdana Kami Warga Kolej Perdana, Sentiasa Setia Bersama, Mengejar Cita-cita Untuk Masa Hadapan, Galas Harapan Ayah Bonda; Kolej Perdana di Mata Dunia, UTM Menjadi Tonggaknya, Mengharumkan Nama Negara, Kebanggaan Kita Semua; Berilmu dan Bertaqwa, Menjadi Pegangan Warganya, Berusaha Mencapai Wawasan Negara, Menuju ke Puncak Jaya; Meraih Kegemilangan, Harapan dan Perjuangan, Bersatu Kita Tempuhi Semua Halangan, Kolej Perdana Kolej Gemilang..

10

D' EMINENCE 2009

Definisi logo

Kolej Perdana

Abstrak huruf berwarna putih yang mendominasi logo Kolej Perdana membawa maksud kadamaian dan keharmonian. Kuning menbawa maksud bahawa warga Kolej Perdana mendaulatkan misi dan visi kolej. Bulatan berwarna merah yang terletak di tengah-tengah logo menggambarkan keberanian warga kolej khasnya mahasiswa dalam menempuhi pelbagai cabaran. Bulatan yang tidak bersegi dan berhujung mencerminkan semangat mental warga Kolej Perdana dalam mencapai kejayaan tidak pernah pudar dan berakhir. Manakala elips berbentuk biru berpecah lapan bermaksud suatu bukti yang warga kolej ini mempunyai daya saing yang tinggi dalam apa jua bidang tanpa mencemari prinsip-prinsip perpaduan.


StafPentadbiran Kolej Perdana Pengetua

-Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid -Encik Mohd. Farid bin Sarji Mohamad Yusoff bin Mohamed Rashid -Encik Mohd. Ismahadi bin Mohd. Isa

Felo -Encik Pembantu Felo

-Encik Mohd. Hafizie bin Suhaimi -Encik Mohd. Fairous bin Mohd. Yousuf -Cik Safizahanin binti Mokhtar -Cik Nabila binti Ahmad -Cik Norhaslinda binti Hasim

Pen. Pengurus -Pn. Norsidah Hj. Othman Asrama -Encik Mohd. Ismahadi bin

Mohd. Isa

-Puan Rohana binti Muhamad

Penyelia -Cik Abdah binti Ishak Asrama -Encik Mohd. Khairul Juman

bin Kassim -Encik Ahmad Fauzan bin Esa -Encik Azman bin Abdul Aziz

Pembantu Am -Cik Noor Azean binti Abdul Pejabat -Encik Suhaili bin Hassan

Wahab

-Encik Mohd. Hairul bin Abdul Rahman D' EMINENCE 2009

11


KETUA BLOK U4 NURUL AIMAN BINTI AB. MUNTALIB

RAVEENKUMAR A/L NANDAKUMAL

KETUA BLOK U5 NOR FADZIELLAIHA BINTI YAAKUB

KETUA BLOK U6 MUHAMMAD AKMAL BIN AYOB

MEDIA DAN PUBLISITI JAMIL BIN JAAFAR

ICT MUHAMAD ANWAR BIN ISMAIL

timbalan bendahari

bendahari

NORASYEEKEEN BINTI ADINAN

JOSTINAH LAM

KETUA BLOK U7 NUR HERZATIL AQMAR BINTI GHAZALI

SOSIAL MOHD. IZWAN BIN JALIL

HUBUNGAN LUAR AHMAD 窶連RIF BIN AHMAD MAHIR

REKREASI MUHAMMAD ADIB BIN MD NASIR

KAUNSELING MUHAMMAD SYAHRUL BIN AMIN

KEBAJIKAN MOHD. AMIRUL ASHRAF BIN ZUKILPLI

TUGAS-TUGAS KHAS MOHD AIZZUDIN BIN HASSAN BAKRI

PERPADUAN KAM CHUAN LONG

KESELAMATAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN ZAINAL

PENYELIDIKAN HONG KAI SHENG

KEUSAHAWANAN NOR AZLAN BIN ABD. AZIZ

PROTOKOL NOR FAIZRUL AZLIN BINTI HAIRI

SUKAN MAHENDRAN A/L PARAMASUWOM

KEBUDAYAAN NUR SYAFIQAH BINTI JAMALUDDIN

REKACIPTA MOHAMMAD SYUKRI BIN ABD. AZIZ

PENDIDIKAN TAN HENG LIANG

KEROHANIAN MUHAMMAD HAIRI BIN JASMAN

12

D' EMINENCE 2009

jawatankuasa kolej mahasiswa kolej perdana sesi 2009/2010

pengerusi NORFARHANA BINTI JAAFAR

AKITIVITI MOHD. IZWAN BIN HAMDAN

BLOK SOON LAM SAN

timbalan setiausaha

timbalan pengerusi setiausaha KETUA BLOK

PENGURUSAN ZULKIPLI BIN MOHD. YUSOF

DOKUMENTASI ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN

KETUA BIRO

MOHD IMRAN BIN NOORJAYA CHEW


2003/2004 JKM 2008/2009 JKM 2004/2005

JAWATANKUASA KOLEJ

SESI SESI

MAHASISWA

JAWATANKUASA KOLEJ

SESI

MAHASISWA

D' EMINENCE 2009

13


JKM JKM

JAWATANKUASA KOLEJ

MAHASISWA

JAWATANKUASA KOLEJ

MAHASISWA

14

D' EMINENCE 2009

SESI

2005/2006 2006/2007 SESI


JKM 2008/2009 JKM 2009/2010

JAWATANKUASA KOLEJ

SESI

MAHASISWA

JAWATANKUASA KOLEJ

SESI

MAHASISWA

D' EMINENCE 2009

15


Sejarah Kolej Perdana Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 1998 sebagai salah satu rancangan jangka panjang pihak universiti menambah kolej kediaman pelajar memandangkan peningkatan kemasukan jumlah penuntut ke universiti ini. Projek yang luas keamatannya meliputi 10 ekar dan menelan belanja hampir RM 76 juta dibiayai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dimajukan oleh Syarikat Usaha Bina Sdn. Bhd. Kolej yang dikenali sebagai “Kolej 8” sebelum ini telah dibuka secara rasminya untuk penempatan pelajar pada tanggal 17 April 2002. Cadangan nama “Kolej Perdana” diilhamkan oleh pengetua kolej sendiri, Kapt. Prof Madya Ahmad B. Hj. Khalid. Nama kolej ini diambil sempena singkatan perkataan “Perdana Menteri Malaysia” yang merupakan jawatan tertinggi di negara ini. Bersesuaian dengan reka bentuk yang unik dan kedudukannya yang tersegam indah di puncak bukit, nama ‘Perdana’ melambangkan semangat juang dan daya saing yang tinggi serta unggul dalam semua bidang yang diceburi. Nama ini mula digunakan selepas pelancarannya pada ‘Malam Puncak Perdana’ yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Yg. Bhg. Datuk Prof. Ir. Dr. Mohd Zulkifli B. Tan Sri Mohd. Ghazali pada 8 Februari 2003. Lokasinya terletak di atas bukit bersebelahan dengan Kolej Tuanku Canselor dan berhampiran dengan Kolej 9, Kolej 10 serta kompleks sukan universiti. Melihat dari segi panoramanya yang tenang dan damai, telah menarik minat ramai pelajar untuk memohon menjadi warganya. Di awal penubuhannya hanya 3 buah blok dengan kapasiti muatan 1008 orang pelajar telah dibuka dan seramai 968 orang pelajar telah mendaftarbagi kemasukan semester pertama sesi 2002/2003. Kolej ini terdiri daripada 6 buah blok iaitu U4, U5, U6, U7, U8, dan U9.

16

D' EMINENCE 2009


Mengikut perancangan asal, agihan penempatan kolej, setelah dilihat dan dinilai dari pelbagai aspek, pihak pentadbiran kolej telah menetapkan blok U5, U6, dan U7 adalah untuk pelajar lelaki, blok U8 dan U9 untuk pelajar perempuan, manakala U10 dan U11 untuk pelajar berkeluarga. Namun, pada penghujung tahun 2004, hanya 3 buah blok sahaja dibuka untuk penempatan pelajar. U5 dan U7 bagi perempuan, dan U6 bagi pelajar lelaki. Pentadbiran kolej diterajui oleh Pengetua, Felo, Pembantu Felo dan staf sokongan. Matlamat utama pembukaan kolej ini adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar yang bukan hanya menganggap kolej ini sebagai tempat tinggal semata-mata bahkan turut melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej tanpa mengabaikan objektif utama mereka untuk Berjaya dengan cemerlang di dalam bidang akademik.

D' EMINENCE 2009

17


Kemudahan

infrastruktur

18

D' EMINENCE 2009

Seiring dengan keindahan persekitaran, KP juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Objektif utamanya adalah untuk memberi lebih keselesaan dan mewujudkan suasana kondusif kepada mahasiswa. Antara kemudahan yang terdapat di KP adalah cafeteria di U5 dan U7. Kafeteria ini beroperasi setiap hari dan penghuni KP tidak perlu berjalan jauh untuk keluar makan. Selain itu, terdapat juga kedai fotokopi yang menyediakan pelbagai khidmat berkaitan percetakan. Kedai ini beroperasi di bawah blok U6. Bagi memenuhi keperluan mahasiswa, sebuah mini market telah dibuka di bawah blok U7. Mini market ini yang lebih dikenali sebagai ‘Skit Mart’ menjual pelbagai barangan harian pada harga yang berpatutan. Terdapat juga bilik belajar yang kondusif iaitu berhawa dingin dan meja, kerusi yang selesa di mana terletak di bawah blok U5 dan U7. Di setiap blok telah ditempatkan mesin basuh automatik bersama-sama mesin pengering. Mesin ini beroperasi secara automatik selepas syiling dimasukkan. Selain itu di blok U5 dan U7 juga terdapat peti televisyen dilengkapi dengan perkhidmatan Astro. Kemudahan ini dapat digunakan oleh semua mahasiswa. Tujuannya adalah untuk memberi sedikit hiburan kepada mahasiswa untuk menghilangkan tekanan belajar. Selain itu, di setiap bilik pelajar telah dibekalkan dengan perkhidmatan internet secara percuma. Ini merupakan kemudahan yang terunggul yang terdapat di KP berbanding kolej-kolej lain. Di KP juga terdapat dewan iaitu ‘Dewan Seri Perdana’ yang memudahkan apa sahaja aktiviti yang ingin dijalankan. Dengan adanya kemudahan ini, warga KP akan lebih selesa menginap di sini.


Malam Puncak Perdana VII Malam Etnik Kreatif

Pada 15 Februari yang lalu, Kolej Perdana telah menganjurkan satu acara yang dinanti-nantikan oleh warga kolej iaitu Malam Puncak Perdana(MPP). MPP yang dianjurkan untuk kali yang ke tujuh ini telah memilih Malam Etnik Kreatif sebagai tema pada malam itu. Antara VIP yang hadir pada malam itu ialah, Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias B. Mohd Noor, Timbalan Naib Cancelor HEP dan Alumni UTM, Prof. Dr. Mohd Tajudin B. Hj Ninggal, Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM, Prof. Madya Ahmad B. Haji Khalid, Pengetua Kolej Perdana, dan pengetua-pengetua kolej mahasiswa. Pengarah program untuk menjayakan malam tersebut ialah saudara Soon Lam San. Acara bermula pada pukul 9 malam apabila tetamu kehormat telah tiba. Setelah ucapan alualuan oleh pengerusi majlis, acara diteruskan dengan ucapan pengarah program. Pengarah program dalam ucapan beliau mengatakan bahawa tema yang dipilih adalah untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan di antara warga kolej. Dalam ucapan Pengetua Kolej Perdana pula, beliau mengharapkan warga Kolej Perdana dapat bekerjasama di antara satu sama lain untuk memartabatkan nama Kolej Perdana di UTM. Acara yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh, Dato’ Prof. Ir. Dr. Alias B. Mohd Noor, TNC HEP dan Alumni UTM, beliau antara lain dalam ucapannya menceritakan pengalaman beliau terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh Kolej Perdana. Acara pada malam itu diserikan lagi dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan kontemporari. Selain jamuan makan untuk para VIP dan hadirin serta warga kolej, pada malam itu terdapat juga anugerah yang diberikan untuk mengiktiraf warga kolej yang telah berjaya dalam akademik dan kokurikulum. Acara cabutan bertuah antara yang dinantikan semua warga kolej. Pada malam tersebut juga, saudara Husaini dan saudari Hoo Ba Soon telah dipilih sebagai King and Queen Of The Night. Malam Puncak Perdana VII diakhiri dengan persembahan band yang terdiri daripada pelajar Kolej Perdana. MPP kali ini berjalan dengan lancar dan meriah.

D' EMINENCE 2009

19


PESBACS '09

Pencetus masyarakat gemilang

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kolej Perdana sekali lagi menganjurkan program khidmat masyarakat dengan tujuan mendekatkan lagi Universiti Teknologi Malaysia ke hati masyarakat luar di samping menaburkan khidmat kepada masyarakat itu sendiri. Kali ini, program diadakan di tiga tempat berasingan iaitu Pulau Pangkor, Perak; Brunei dan Miri, Sarawak. ‘Perak, Sarawak, Brunei Academic and Community Service’ atau PESBACS ini dilangsungkan pada waktu-waktu berbeza untuk memberi ruang untuk persediaan sebelum pergi ke tempat-tempat berkenaan. Pelbagai aktiviti diadakan di antaranya bengkel-bengkel, seperti bengkel ‘fibreglass’ dan bengkel laman web. Selain gotong royong, pelbagai sukan dan permainan turut diadakan bersama-sama masyarakat setempat di samping program anak angkat. Setiap tahun, pelbagai kelainan cuba ditonjolkan dalam menganjurkan program khidmat masyarakat kolej. Dengan penutupan tirai PESBACS ’09, diharap program khidmat masyarakat dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik hendaknya.

20

D' EMINENCE 2009


MAISAC '09 15 Mei 2009 , seramai 17 penghuni Kolej Perdana termasuk 2 orang pegawai , Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai telah mengadakan lawatan akademik di samping menunaikan ibadah umrah di Makkah dan Madinah selama 10 hari , pada 15 Mei hingga 25 Mei 2009. Menurut pengarah program , Khairul Amilin , MAISAC’09 ini bertujuan mengadakan satu aktiviti berkonsepkan pemerhatian dan kajian tentang konsep pembelajaran dan pengajaran cara islam melalui lawatan akademik ke Makkah dan Madinah. Selain itu, ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa melihat corak kehidupan masyarakat tanah Arab untuk dijadikan panduan melayari kehidupan dewasa mereka. Tambahan pula, bagi menerapkan nilai-nilai murni melalui 5 dasar HEP di samping menunaikan ibadah umrah. Madinah ,ataupun dulunya dikenali sebagai Yathrib merupakan destinasi pertama lawatan ini. Berada 3 hari di sini sebelum bertolak ke Makkah telah memberi peluang kepada pelajar –pelajar ini mengenali dengan lebih lanjut masjid-masjid yang terdapat di Madinah seperti Masjid Nabawi , Masjid Hijabah , Masjid Qiblat’ain dan Masjid Quba yang penuh dengan sejarah islam dan tempat-tempat seperti Baqi dan Jabal Uhud yang ramai pahlawan islam bersemadi. Bir Ali , tempat permulaan untuk bergerak ke Makkah telah menjadi saksi peserta-peserta berniat ihram. Bermula dengan tawaf di Masjid al-Haram, disertai dengan umrah saie dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak 7 kali dan diakhiri dengan tahalul , maka tamatlah ibadat umrah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Senyuman kepuasan terukir di wajah setiap peserta walaupun penat dan keletihan. Jabal Thur , padang Arafah yang terdapat masjid Namirah , Jabal Rahmah , Muzdalifah ,muzium Haramain, ladang unta dan juga masjid Hudaibiyah turut menjadi tempat lawatan untuk pelajar-pelajar ini dan akan menjadi ingatan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Malah berkat semangat kerjasama dan semangat kental peserta –peserta lawatan ini , gua Hira yang terletak di atas bukit yang cerun dan berbatu licin akhirnya berjaya didaki.

D' EMINENCE 2009

21


EXPERD 2009

gagah perkasa

Pada 18 Jun 2009, penghuni-penghuni Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Pendakian ke Gunung Kinabalu (Expert 2009) selama sembilan hari. Mereka bergerak dari Kolej Perdana pada 18 Jun 2009. Setibanya mereka di Kota Kinabalu, mereka bermalam di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada keesokan harinya, mereka sempat melawat di sekitar kampus dan fakulti UMS. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke Muzium Sabah. Pada 20 Jun 2009 pula, mereka pergi ke One Borneo, pasar Filipino dan kawasan sekitar Kota Kinabalu. Selepas itu, mereka bergerak ke Biro Tatanegara (BTN) Kundasang untuk menjalani kursus Biro Tatanegara. Mereka berada di situ sehingga 23 Jun 2009 sebelum mereka memulakan pendakian. Banyak aktiviti yang telah dijalankan di BTN Kundasang. Pada 24 Jun 2009, tibalah tentatif utama program ini. Para peserta telah bersiap sedia untuk memulakan pendakian. Mereka memulakan pendakian pada jam 8.00pagi. Mereka telah sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 6.00pagi keesokan harinya (25 Jun). Untuk sampai ke puncak, para peserta mestilah mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. Setelah sampai di puncak, ia merupakan satu kepuasan bagi setiap peserta. Pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu sangat cantik, udaranya segar dan nyaman. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik manis berada di puncak Gunung Kinabalu dengan mengambil beberapa keping gambar sebelum bertolak pulang. Pada 26 Jun 2009, para peserta bertolak pulang ke UTM. Menurut peserta program ini, banyak pengalaman yang telah diperolehi. Selain itu, mereka juga telah mempelajari bahawa kerjasama dan semangat berpasukan amat penting untuk mencapai kejayaan.

22

D' EMINENCE 2009


Untuk kesekian kalinya, kursus pembentukan telah diadakan bagi memilih barisan baru anggota Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Perdana untuk sesi 2009/2010. Jika kursus pada tahun lalu berlangsung di Kem Sekakap, Mersing, edisi kali ini pula dijalankan di Kem Tango, Tg. Gosong, Pekan dan juga Kolej Perdana bermula 22 hingga 29 November 2008 yang lalu. Seramai 41 orang pelajar telah menyertai kursus pada kali ini dan diiringi oleh tujuh orang urusetia yang terdiri daripada fasilitator dan penceramah yang diketuai oleh En Mohd Yusoff bin Mohd Rashid selaku komandan kem. Turut mengikuti perjalanan kursus pada kali ini tidak lain tidak bukan Pengetua Kolej Perdana, Kapt. Prof Madya Ahmad bin Khalid. Fokus utama kursus ini adalah untuk membentuk dan memilih barisan baru keanggotaan JKM 2009/2010 selain daripada menyemai sifat kepimpinan dalam diri peserta dan juga sahsiah diri. Kursus yang terbahagi kepada dua fasa ini mempunyai tujuan yang tersendiri, yakni fasa pertama yang berteraskan membentuk ketahanan fizikal dan mental selain menyemai nilai-nilai kerjasama dan keyakinan pada diri sendiri melalui akitiviti riadah secara berkumpulan. Antara aktiviti yang dijalankan semasa fasa pertama kursus adalah berkayak, absailing dan juga pandu arah selain beberapa aktiviti permainan kreatif yang bersifat menguji ketajaman peserta menyusun strategi yang terbaik bagi mencapai objektif permainan yang tersendiri. Selain itu, terdapat juga sesi bertukar-tukar pendapat dalam kalangan peserta dan juga fasilitator untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dan juga sikap professionalisme ketika membicarakan beberapa isu-isu semasa. Kembali semula ke Kolej Perdana untuk fasa kedua kursus, para peserta terlebih dahulu diberikan ceramah-ceramah yang berkaitan dengan pengurusan organisasi, keterampilan dan juga keperibadian seorang pemimpin. Seterusnya, semua peserta akan bekerja dalam kumpulan masing-masing untuk membuat kertas kerja dan juga merancang dan menyusun aktivitiaktiviti kolej untuk tahun 2009; sebelum membentangkannya kepada Tuan Pengetua dan juga felo-felo Kolej Perdana. Majlis penutup diadakan di Dewan Seri Perdana pada malam terakhir. Selain daripada jamuan makan malam barbeku, sesi nyanyian juga turut diadakan bagi melatih keberanian peserta dalam berdepan dengan audiens sebelum semua peserta dan juga urusetia kursus bersalam-salaman antara satu sama lain. Keesokan harinya, para peserta ditemuduga oleh para urusetia sebelum pengumuman rasmi jawatan-jawatan dalam JKM Kolej Perdana oleh Tuan Pengetua dan mesyuarat pertama anggota-anggota baru JKM. Diharapkan semua anggota JKM dapat memberikan komitmen yang padu selain warga kolej juga dapat bekerjasama sepanjang sesi ini demi memartabatkan Kolej Perdana.

D' EMINENCE 2009

23


TRANS-JOHOR 2008 pupuk generasi muda prihatin Pihak Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Johor telah menganjurkan program kayuhan amal anak merdeka TRANS-JOHOR 08’. Program yang bermula pada 20-25hb Disember 2008 ini bertujuan mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) disamping memberi pendedahan kepada masyarakat setempat berkaitan betapa berbahayanya penyakit kanser. Program kayuhan amal ini disertai seramai 36 orang peserta dan 6 pegawai pengiring yang merupakan warga Kolej Perdana Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. Program yang diterajui oleh anak-anak muda dari Kolej Perdana ini merupakan satu simbolik bahawa bersukan dan bersenam mampu menghindarkan diri daripada sebarang penyakit terutamanya penyakit kanser yang banyak meragut nyawa rakyat Malaysia masa kini. Program kayuhan ini meliputi seluruh negeri Johor bermula dan berakhir di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Darul Ta’zim. Pada hari pertama, peserta kayuhan akan memulakan kayuhan awal ini di UTM ,Skudai dan berakhir di Batu Pahat. Kemudian, kayuhan akan diteruskan dari Batu Pahat ke Tangkak. Di Tangkak, satu program ilmiah berbentuk ceramah bertajuk `Campus Life’ yang dikelolakan oleh peserta TRANS-JOHOR di dewan kuliah Kolej Matrikulasi Johor. Ceramah ini bertujuan mendedahkan para pelajar tentang kehidupan di universiti yang akan ditempuhi mereka kelak. Pada hari ketiga pula , kayuhan diteruskan ke Yong Peng, sebelum bergerak ke Mersing pada hari yang berikutnya. Seterusnya, konvoi berbasikal akan bergerak ke Ulu Tiram pada hari kelima dan menginap di Savanna Hill. Bagi menamatkan amal ini, anak-anak muda berwawasan ini akan meneruskan kayuhan dari Ulu Tiram ke UTM,Skudai. Diharapkan lebih ramai lagi anak muda yang tampil memberi sumbangan seperti anak muda yang juga mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia ini. Inilah usaha yang boleh dilakukan oleh generasi muda pada zaman moden ini menghardai usaha wira-wira negara dalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu.

24

D' EMINENCE 2009


SUPER 2009 17-18 Januari 2009

Majlis Penyerahan dokumen

JKM

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa(JKM) telah beralih puncak kepimpinananya. Penyerahan watikah daripada mantan JKM 08/09 kepada JKM 09/10 telah pun diadakan pada 14 Jan 2009 yang lalu bertempat di Restoran Nelayan, Gelang Patah. Majlis penyerahan itu telah pun dihadiri oleh pengetua Kolej Perdana bersama isteri serta felo-felo .Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengetua Kolej Perdana. Beliau telah pun memberi amanat kepada barisan JKM yang baru agar dapat memberi komitmen yang sepenuhnya kepada tugas masing-masing. Di samping itu juga, beliau juga menyampaikan ribuan terima kasih kepada mantan-mantan JKM kerana berjaya melaksanakan programprogram yang dirancang seperti I-KACS, Le Case, Trans-Johor, dan yang akan menyusul EXPERD. Selesai penyerahan watikah, majlis diteruskan dengan makan malam. Mereka telah disajikan dengan hidangn makanan laut dan disertakan juga dengan persembahan karaoke daripada ahli-ahli JKM yang baru dan lama. Kejutan telah diberikan kepada Puan Zila apabila hadirin telah bersama-sama menyambut ulang tahun Puan Zila yang ke-44. Sambutan telah diadakan dengan penuh meriah.

17 januari 2009, bermulanya salah satu aktiviti tahunan Kolej Perdana iaitu SUPER ’09. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola Jaring, Marathon, Futsal dan juga Bola Keranjang. Program yang berlangsung selama 2 hari ini dan berakhir pada 18 Januari ini cukup mendapat sambutan yang baik dari warga kolej. Berdasarkan kepada sambutan dan reaksi warga kolej ini, ternyata objektif SUPER ’09 ini iaitu memberi peluang terhadap warga kolej untuk menunjukkan bakat terpendam, melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup dan seterusnya mampu memupuk hubungan erat antara warga kolej dan semangat berpasukan ini dapat dicapai sepenuhnya. Semoga dengan permulaan berlangsungnya SUPER’09 di kolej ini mampu melahirkan para atlet yang mampu menaikkan nama kolej di peringkat SUKAM dan seterusnya di peringkat MASSUM.

D' EMINENCE 2009

25


Ladies Day 2009 Pada 22 Mac 2009 telah berlangsung program LADIES DAY yang yang dilancarkan oleh Nur Hamizah Mohd Hamka, pengarah ladies day 2009. program Ladies Day ini dianjurkan oleh ajk blok U5 dan dibantu oleh AJK blok U7 dan U4. ladies day terbahagi kepada dua sesi. Pada sebelah siang, terdapat pelbagai aktiviti dianjurkan seperti bola senamrobik, pertandingan memasak, pertandingan menghias makanan,telematch dan pertandingan congkak. Terdapat gerai jualan dan pameran berkaitan wanita. Pada sebelah malam pula aktiviti khas untuk kaum wanita sahaja seperti karaoke, pertunjukan fesyen dan persembahan khas dari pelajar 1-SCJ. peserta yang menghadari aktiviti pada malam itu dibekalkan dengan buah tangan. Dengan berakhirnya program ini diharapkan ladies day yang buat pertama kali diadakan ini menjadi perintis kepada wujudnya program yang lebih hebat di masa hadapan.

Green Day 2009 Dengan bermatlamat meningkatkan semangat cintakan alam sekitar, menggalakkan aktiviti kitar semula serta meningkatkan semangat perpaduan di kalangan warga kolej, Biro Perpaduan, JKM Kolej Perdana berjaya menganjurkan satu program gotong-royong pada 10 januari lalu. Program yang bermula seawal 8 pagi ini berjaya menarik minat warga kolej untuk saling bekerjasama dalam melakukan kerja-kerja gotong-royong dan mengecat beberapa kawasan sekitar kolej seperti bilik mesyuarat JKM. Seperti yang telah dirancang oleh jawatankuasa penganjur program ini berjalan dengan lancar dan hasilnya dapat dilihat sehingga ke hari ini apabila kolej kelihatan lebih ceria. Terima kasih diiucapkan kepada semua yang terlibat, semoga aktiviti seperti ini dapat terus dilaksanakan di kolej ini.

26

D' EMINENCE 2009


PRA-EXPERD

Gunung Berlumut

KLUANG - Seramai 48 orang pelajar Kolej Perdana telah menyertai program pendakian Gunung belumut di sini pada 17 dan 18 Januari yang lalu. Program ini adalah sebagai persediaan untuk program yang dianjurkan oleh Biro Rekreasi di bawah kelolaan ahli jawatankuasa pelaksana program Ekspedisi Pendakian Kinabalu (Experd). Rombongan peserta ini mula bertolak pada jam 8.30 pagi, 17 Januari 2009 dari Kolej Perdana dan tiba di Hutan Lipur Gunung Belumut pada jam 10.42 pagi. Malangnya, pendakian yang dijadualkan dijalankan pada pagi itu terpaksa ditunda. Ini adalah kerana rombongan pasukan tersebut telah tiba sejam lewat daripada perancangan. Jika pendakian diteruskan, dikhuatiri tempoh pendakian tidak mencukupi, dan seterusnya memaksa para peserta bermalam di atas gunung. Walaubagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat para peserta pendakian ini. Sebaliknya, kelapangan masa tersebut di isi dengan aktiviti riadah yang banyak membantu meningkatkan tahap stamina dan semangat berkumpulan di kalangan semua ahli. Antara aktiviti tersebut ialah malam bakat. Aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu dan setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan satu persembahan. Turut menghadirkan diri pada malam tersebut adalah, En. Mohd Ismahadi Bin Mohd Isa dan En. Farid Bin Sarji. Selain daripada itu, makanan untuk para peserta selama dua hari satu malam di Hutan Lipur Gunung Belumut telah disediakan sendiri oleh peserta-peserta pendakian ini. Hal ini jelas dapat membantu meningkatkan daya ketahanan diri peserta dan memupuk jati diri dalam diri mereka. Pada keesokan harinya pendakian dimulakan pada jam 8.30 pagi. Perjalanan sejauh 6km dan setinggi 1010km dengan lima kali berhenti berehat di setiap ‘check point’ telah diselesaikan selama lebih kurang 5 jam. Para peserta kemudiannya berehat di puncak gunung tersebut sebelum bertolak turun ke kaki gunung pada jam 2 ptg. Setelah sampai ke kaki gunung, para peserta merehatkan diri di kawasan perkhemahan sambil bermandi-manda di sungai sebelum bertolak pulang ke kolej perdana pada jam 7.30 malam. Pengalaman yang berharga ini diharap dapat mendidik minda para peserta program pendakian Kinabalu EXPERD untuk menjadi lebih bersemangat dan cergas untuk menghadapi rintangan yang lebih mencabar lagi di masa akan datang.

D' EMINENCE 2009

27


JOHOR BAHRU, 19 Januari-Majlis perasmian jelajah angkasawan negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed telah dilangsungkan di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Seramai 43 orang pelajar Kolej Perdana telah menyertai acara tersebut di mana ia turut melibatkan penyertaan para pelajar sekolah dari seluruh negeri Johor. Dengan fokus untuk menyemai minat golongan muda terhadap bidang sains dan teknologi, sudah tentunya Mejar Dr. Faiz Khaleed akan menjadi tumpuan utama dalam program tersebut. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, turut diisi dengan ceramah khas dari Mejar Faiz sendiri berkaitan dengan pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan sebagai angkasawan. Selain daripada sesi soal jawab antara para pelajar dengan Mejar Faiz. Diharap pengalaman yang dikongsi bersama sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman buat para pelajar dalam usaha mencapai cita-cita di masa hadapan kelak.

Program Jelajah ANGKASAWAN Pada 16 Januari 2009 yang lalu, Ketua Biro Kebajikan telah mengutip derma kilat untuk Muhammad Ishak bin Abdul Sukur, pelajar U6 Kolej Perdana yang kehilangan adiknya yang tersayang, Muhammad Imran Syafi bin Abdul Sukur akibat jangkitan kuman pada paru– paru. Sumbangan yang telah berjaya dikutip adalah sebanyak RM820.00 daripada pelajar– pelajar Kolej Perdana dari blok U4, U5, U6, dan U7. Kutipan derma ini adalah dengan bantuan daripada ketua– ketua blok. Sumbangan yang telah berjaya dikutip tersebut telah disampaikan kepada pelajar berkenaan oleh Pengetua Kolej Perdana, Kapt. Prof Madya Ahmad bin Haji Khalid pada 11 Februari 2009 yang lalu.Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada para pelajar atas sumbangan ikhlas anda.

Kutipan

Derma Kilat

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

28

D' EMINENCE 2009

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.


Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Sambutan maulidur rasul 1430 Hijrah telah berlangsung pada 9 Mac 2009 bertempat di perkarangan Kolej Perdana..Program ini bertujuan memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W.. Program ini dianjurkan oleh biro kerohanian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana.Sebelum berlangsung nya sambutan maulud nabi ini pada 9 Mac, pertandingan membuat sepanduk telah bermula dua minggu awal sebelum sambutan ini..Sebanyak 6 sepanduk menghantar penyertaan..Antaranya adalah blok U6, blok U5, blok U7, JKM, 1SMV, dan 1SET. Program ini bermula seawal jam 7.45 pagi. Semua muslimin dan muslimat berkumpul didataran U4 untuk menyertai perarakan. Pengarah program telah membuat pengumuman hampir sepuluh kali bertujuan mengejut pelajar. Perarakan bermula pada jam 8.30 pagi. Perarakan dilakukan di sekitar blok U6 dan U7 dan terus menuju ke dewan seri perdana.,.Perarakan disertai denan mengalunkan alunan selawat keatas Rasulullah S.A.W..perarakan disertai Cik Mad, pengetua kolej perdana, barisan felo dan pelajar2. Ceramah pada pagi itu disampaikan oleh ustaz Nurazmallail bin Marni.Tajuk yang disampaikan adalah “Keajaiban Sunnah�.Ceramah tamat pada jam 11 pagi. Setelah selesai ceramah, diumumkan pemenang pertandingan sepanduk. Blok U6 telah terpilih sebagai sepanduk terbaik. Setelah selesai, pelajar dihidangkan sedikit jamuan. Pelajar dihidangkan makan dengan talam kerana makan dalam talam merupakan sunnah yang diamalkan Nabi Muhammad S.A.W.. Majlis bersurai pada jam 12 tengahari.

Wahdah Pemangkin Khairu Ummah

D' EMINENCE 2009

29


Penghargaan

IKACS

Kinabalu sudah dijelajahi bumi Mahsuri ditakluki

2008

Pada 21-24 Mac telah diadakan satu program penghargaan kepada pesertapeserta I-Kacs yang telah diadakan di Pulau Langkawi dan telah disertai oleh 28 peserta. Program ini diakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan oleh para peserta demi menjayakan program khidmat masyarakat Iskandar-Kinabalu Academik & Community Service. Program ini disertai oleh pengetua kolej Perdana Prof. Madya Ahmad B Haji Khalid dan Puan Zila yang sanggup untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan lawatan ini. Walaupun diselubungi dengan kepenatan dari perjalanan yang jauh, namun kegembiraan dapat dilihat dari raut wajah para peserta terutamanya bagi peserta yang baru pertama kali menjejakan kaki di tanah tumpahnya darah Mahsuri ini. Kami menginap di Hotel Chandek Kura yang terletak tidak jauh daripada pantai Chandek Kura yang terkenal dengan kecantikannya. Pada hari pertama di Langkawi, kami dibawa untuk meluangkan masa dan membeli belah di Pekan Kuah. Ramai diantara para peserta yang menggunakan peluang keemasan ini untuk membeli coklat sebanyak mungkin memandang harganya yang lebih murah dari biasa. Kami juga dibawa untuk melawat ke kilang pembuatan Gamat Asli dan juga tempat tumpuan kain batik asli. Keesokannya, kami di bawa melawat ke Makam Mahsuri yang merupakan sejarah yang paling masyhur dengan sumpahnya. Geopark merupakan destinasi yang di tunggutunggu kerana disinilah kami boleh merasai dan menikmati keindahan alam semulajadi sambil memberi makan kepada helang. Destinasi kami yang seterusnya adalah ‘Cabel Car’. Dari sini kami dapat melihat pemandangan pulau dari pemandangan dari atas bukit yang tinggi. Pada malamnya, majlis penghargaan telah pun diadakan yang dimulakan dengan ucapan pengetua Kolej Perdana, Prof. Madya Ahmad B Haji Khalid yang telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan kemudiannya diikuti oleh ucapan oleh saudara Khairul Salleh b. Mokhtar selaku pengarah bagi program penghargaan ini dan diikuti oleh saudari Farahdiana bt Khalid sebagai pengarah I-Kacs.Kami semua berangkat pulang keesokannya dan meninggalkan kenangan yang tidak dapat digambarkan di pulau tumpah darah Mahsuri ini. Â

30

D' EMINENCE 2009


Kursus

Pemantapan JKM Kolej Perdana Pada 5 hingga 7 Mei 2009 Kolej Perdana telah mengadakan kursus pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah diadakan di Pulau Pangkor. Kursus ini telah diadakan bagi menyediakan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej perdana untuk mengadakan aktiviti yang lebih mantap pada masa akan datang. Para peserta bertolak ke Pulau Pangkor pada jam 11.00 malam dan tiba sekitar jam 7.00 pagi.Kursus ini dimulakan dengan perasmian oleh pengetua Kolej Perdana sendiri iaitu Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung. Aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan tujuan kursus ini diadakan antaranya ialah pembentangan bagi setiap biro dan takwim, sesi bersama pengetua, sesi hati ke hati, ceramah, forum, edit fail biro dan kertas kerja. Selain daripada itu, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti riadah di bahagian petang dan beberapa LDK diadakan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan tali siraturrahim antara peserta malah aktiviti ini juga dapat menambah keyakinan diri peserta. Aktiviti kerohanian seperti bacaan Yaasin dan solat berjemaah juga tidak dilupakan. Sebelum berangkat pulang para peserta diberi peluang untuk bersiarsiar di sekitar Pulau Pangkor. Para peserta tidak mensia-siakan kesempatan ini untuk membeli cenderamata dan bergambar sebagai tanda kenangan semasa di Pulau Pangkor. Walaupun agak berat untuk meninggalkan tiupan angin pantai ini, sekitar jam 12.00 tengah hari para peserta bertolak balik ke UTM. Diharap kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi natijah yang baik kepada para peserta dan dapat dipraktikkan semasa tiba di Kolej Perdana nanti.

D' EMINENCE 2009

31


Ceramah Perdana Maal Hijrah Sempena sambutan tahun baru Islam 1430 hijrah yang lalu, Kolej Perdana telah mengadakan satu program santapan minda dan rohani iaitu program yang dinamakan Ceramah Perdana. Ceramah tersebut telah diadakan pada tanggal 16 Januari 2009 yang bertemakan Maal Hijrah. Penceramah yang telah dijemput untuk menyempurnakan program tersebut ialah pengarah dari Masjid Sultan Ismail, iaitu Dr. Azhar bin Mohamad. Acara bermula pada pukul 7.15 malam yang dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah di surau Kolej Perdana yang terletak di bawah blok U6. Ceramah bermula sebaik sahaja para jemaah selesai menunaikan solat sunat ba’diah Maghrib. Antara isi kandungan ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Azhar ialah sejarah penghijrahan dalam islam, konsep penghijrahan, dan juga kepentingan penghijrahan dalam diri setiap individu itu sendiri. Ceramah ini sedikit sebanyak telah memberikan input positif kepada para jemaah yang hadir pada malam tersebut. Ceramah berakhir pada pukul 8.40 malam. Selepas selesainya ceramah tersebut, para hadirin mengerjakan solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh Dr Azhar sendiri. Selepas semuanya selesai, para hadirin telah dihidangkan dengan sedikit jamuan ringan. Majlis bersurai pada pukul 10 malam.

32

D' EMINENCE 2009

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Penghargan

Tioman

Pada 29 Januari yang lalu, satu program Eksplorasi Tioman telah dijalankan. dengan penyertaan 22 orang peserta beserta seorang pegawai pengiring. Jam 10.30 malam, semua peserta program eksplorasi Tioman 2009 berkumpul di hadapan blok U5 kolej Perdana, UTM. Kelihatannya semua peserta tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan perjalanan. Jam 10.45 malam, bas yang dinanti telahpun tiba, tanpa membuang masa segala beg dan barang yang dibawa dipunggah masuk ke dalam bas. Setelah segalanya selesai, bas pun bertolak ke destinasi kami iaitu jeti Mersing dengan dimulai dengan bacaan doa. Perjalanan ke jeti Mersing mangambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Kami tiba di jeti pada jam 1.10 pagi. Beg dan barang yang dibawa dipunggah keluar. Kami menanti feri yang pertama bertolak ke Tioman iaitu pada jam 7.00 pagi. Sementara menunggu, kami dibenarkan duduk di jeti itu. Memandangkan perjalanan ke jeti yang agak lama, ramai yang mengambil peluang ini untuk berehat dan tidur. Jam menunjukkan 5.00 pagi. Kami bangun dan bersiap untuk menunaikan solat subuh. Usai solat subuh, kami bersarapan di gerai berhampiran. Pengarah program menyelesaikan segala urusan pembelian tiket untuk ke Tioman. Jam 7.30 pagi, semua peserta sudah tidak sabar lagi untuk menjejakkan kaki ke Tioman. Feri bertolak dari jeti dalam pukul 8.00 pagi dan dijangka tiba di destinasi kami iaitu Kg. Salang, Tioman pada pukul 10.30 pagi. Semua peserta mengambil tempat masing-masing. Ketika dalam perjalanan, ada di antara peserta yang tidur dan tidak kurang juga ada peserta yang pergi ke bahagian atas feri untuk menikmati pemandangan laut yang sangat indah. Pelbagai ragam dan karenah dapat dilihat dan banyak kenangan indah dirakamkan sepanjang perjalanan di atas feri itu. Jam 10.30 pagi. Kami tiba ke destinasi yang dituju. Ketibaan kami disambut oleh pengurus chalet berkenaan. Kami diberi kunci bilik dan masing-masing yang agak keletihan terus menuju ke bilik untuk berehat. Kami menikmati juadah tengahari yang disediakan pada jam 1.00 petang. Usai solat zohor, ada peserta yang pergi bersiar-siar di tepi pantai . Jam 3.30 petang, kebanyakan peserta meminjam snorkeling gear untuk melakukan aktiviti snorkeling di pesisir pantai. Keindahan dasar laut yang tak dapat dilupakan. Dasar lautnya dipenuhi dengan terumbu karang dan ikan yang berwarna- warni. Jam 5 petang. Kebanyakan peserta masih lagi melakukan aktiviti snorkeling. Ada sebahagian dari peserta yang menjalankan aktiviti riadah dengan bermain futsal pantai. Semua peserta menikmati serta bergembira dengan segala aktiviti yang mereka lakukan. Jam 7.00 malam para peserta beransur pulang ke bilik masing- masing, menyiapkan diri, solat dan jam 8.00 malam kami turun untuk menikmati juadah makan malam yang disediakan.

D' EMINENCE 2009

33


Angin malam itu sejuk sekali. Kali ini para peserta mengambil peluang ini untuk mencuba nasib dalam aktiviti memancing. Dengan berbekalkan umpan sotong, para peserta memulakan pancingan dengan harapan di hati ada ikan yang tumpas malam ini. Kami bangun awal pagi itu. Selesai bersiap kami menjamah sarapan yang disediakan. Hari ini kami akan menjalankan aktiviti snorkelling di beberapa tempat di perairan pulau Tioman. Setelah selesai makan kami meminjam peralatan untuk snorkelling dan juga jaket keselamatan untuk digunakan sepanjang ’tour’ kami di Pulau Tioman. Pada mulanya, kami dibawa ke Taman Laut dengan menaiki bot. Di sana, kami diberi peluang untuk snorkelling dan menikmati keindahan dasar laut dengan pelbagai spesies ikan yang berwarna –warni. Ada juga diantara kami yang memberi makan ikan-ikan tersebut dengan roti, dan ia sememangnya pengalaman yang mengujakan. Setelah itu, kami di bawa pula ke sebuah tempat yang dipenuhi dengan coral hidup. Kami tidak lama di situ, kerana kebanyakan peserta sudah letih. Kami bergegas pulang ke tempat penginapan kami. Oleh kerana waktu yang agak lewat, kebanyakan peserta menjamu makan tengahari sebelum pulang ke bilik masing- masing. Pada sebelah petang, kebanyakan peserta kepenatan. Namun masih ada juga peserta yang meneruskan aktiviti snorkelling. Kebanyakan peserta yang lain hanya bermain futsal pantai dan ada juga yang masih setia dengan aktiviti memancing. Aktiviti pada sebelah malam pula ialah aktiviti yang sangat ditunggu- tunggu iaitu makan BBQ. Kami bukan sahaja dijamu dengan makanan BBQ sedia ada namun hasil tangkapan peserta siang tadi turut dipanggang. Ia merupakan pengalaman yang sangat indah. Hari ini kami akan pulang semula ke UTM. Perasaan sedih dan gembira menyelubungi jiwa. Sedih kerana terpaksa pulang dan gembira kerana program yang dirancang akhirnya berjaya. Selesai sarapan, kami mengemas barang untuk dibawa pulang. Feri akan bertolak jam 12.00 tengahari dari jeti Kg. Salang, Tioman. Kami tiba di jeti Mersing jam 3.00 petang dan bas telahpun tersedia menunggu kami. Sebelum pulang, ramai peserta mengambil peluang untuk membeli cenderahati untuk djadikan kenang-kenangan ataupun sebagai hadiah untuk yang tersayang. Sebelum meninggalkan jeti Mersing, segala kenangan terindah selama program ini akan sentiasa tersemat di hati. Kami tiba di Kolej Perdana UTM jam 6.30 petang. setelah selesai mengambil semua barang, para peserta pun bersurai.

34

D' EMINENCE 2009


Tokoh

Profil

Perdana

Nor Hadilah binti Mohd. Hanapiah Tanggal 5 Mac 1986 , lahirlah seorang puteri kepada pasangan bahagia Mohd Hanapiah B. Mt. Kassim dan Jamilah Bt. Ab. Samad ke dunia ini. Permata hati pasangan ini diberi nama Nor Hadilah Bt. Mohd. Hanapiah . Anak jati Cheras, Selangor ini merupakan anak sulung daripada 5 adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah kebangsaan Cuepacs dari darjah 1 hingga ke darjah 3 , kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn dari darjah 4 hingga ke darjah 6. Seterusnya beliau menyambung pendidikan menengah di Methodist Girl’s School Klang dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3 semasa menetap di Asrama Yayasan Selangor dan seterusnya telah berjaya menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara Pontian , Johor dari tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5. Sebagai anak sulung sememangnya telah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjadi contoh dan tauladan kepada adik-adiknya. Dengan berbekalkan keazaman dan niat untuk berjasa kepada keluarga , beliau telah berjayamenjejakkan kakinya ke Kolej Matrikulasi Melaka,KMM dalam bidang sains fizikal, dan demi membuktikan yang beliau mampu mengalas tanggungjawab yang diamanatkan , beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Teknologi Malaysia Skudai,Johor didalam bidang Sarjana Muda Sains (Rekabentuk Industri) dari tahun 2005 hingga ke tahun 2009. Setelah masak dengan asam garam dan kehidupan di Kolej Perdana , beliau mula melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti kolej pada tahun 2007 dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha didalam Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana . Disebabkan ketokohan yang ada pada beliau , saudari Nor Hadilah telah diberi kepercayaan oleh semua pihak untuk memegang jawatan Timbalan Pengerusi Pengurusan didalam Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana bagi sesi berikutnya. Disamping itu , bakat kepimpinan beliau yang terserlah membolehkan beliau memegang jawatan Timbalan Pengarah Tugas-tugas Khas dalam 4 program khidmat masyarakat iaitu PTACS’07(Perak –Terengganu Academic and Community Service 2007) , PECS’07(Penang Academic and Community Service 2007) , LECASE’08(Lenggong Academic and Community Service 2008) , dan PESBACS’09(Perak-Sarawak-Brunie Academic and Community Service) . Selain terserlah dari segi kepimpinan , beliau juga menharumkan nama KP dengan memenangi tempat kedua acara bowling dan acara orientering didalam SUKAM , malah turut meharumkan nama UTM,Skudai dengan memenangi pertandingan Intervarsity Engineering Challenge 2008(NEC ‘08) dan Real Undergraduate Conference 2008 (RUC’08). Dengan berpegang kuat dengan kata-kata “buat sehabis baik dan ikhlas kerana ALLAH S.W.T” sebagai motto hidup , beliau telah dianugerahkan Anugerah Pengetua Kolej Perdana 2009 dan Anugerah Alumni Berpontensi UTM 2009, malah disebabkan beliau berjaya mengimbangi hal akademik dan kokurikulum dengan cemerlang , Anugerah Mutiara Siswi dirangkul oleh beliau selama dua tahun berturut-turut mengalahkan pelajar-pelajar siswi yang lain. Dikesempatan ini , beliau ingin menasihiti pelajar –pelajar KP supaya menjadikan pengalaman hidup sepanjang di KP dan UTM sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan jangan mudah berputus asa jika dugaan datang melanda, anggaplah ia sebagai satu cabaran.

D' EMINENCE 2009

35


Pengerusi: NUR SYAFIQAH BINTI JAMALUDDIN Pengerusi: AFIQ AIMAN BIN DAHLAN Timb. Pengerusi: NUR HAMIMI ASMA’AN Setiausaha: NUR AFIQAH BT AMRAN Bendahari: SAIDATUL SHAMILA BT RAMLI

Kelab

Kebudayaan

Timb. Bendahari: SITI NADZIRA BT RIDZWAN

Pengerusi: -NOR AZLAN B. ABD. AZIZ Timb. Pengerusi: -MOHD. SAFWAN B. SAHRI Setiausaha: -RAJA NURUL ALIA BT. RAJA AZIZ BendaharI: -ADILA FIRDAUS BT. ARBAIN Pengarah Unit: -SITI NADZIRAH -HASANNUDDIN B. ABDUL KADIR Ketua-ketua Unit: -SITI HAJAR BT. LOKMAN -MUHAMMAD SHAMIL -MUHAMMAD FARHAN -MUHAMMAD ZARITH -SAIDATUL SHAMILA -CHAIN EE MUN -ROZANA BT. ROZAN -AJIBAH BT. ABD. RAHIM -MOHAMAD ZAHIN

36

D' EMINENCE 2009

Kelab

Keusahawanan


Pengerusi: KAM CHUAN LONG Naib Pengerusi: LIM XIAO FEN Setiausaha: CHUA HUEY SHIN Naib Setiausaha: GAN HUI SHIN

Kelab

AJK: MEGAT VICTOR CHAN GAIT LIAN

Perpaduan “Obstacles can stop you..Problems can stop you..Most of all other people can’t stop.. Only you can stop you..” - Jeffrey Gitomer-

“The difference between a successful person and others is not lack of strength, not lack of knowledge, but rather a lack of will..” -Vincent T.Lombardi-

“You don’t have to be great to get started, but you have to get started to be great..” -Les BrownD' EMINENCE 2009

37


U4

AJK Blok

Ketua Blok: NURUL AIMAN BT. AB. MUNTALIB Timb. Ketua Blok: SYUZALIYANA BT. SOELASTRO Setiausaha: IZLIANA BT. ABU BAKAR Bendahari: NOR ATIQAH BT. ZOLPAKAR Biro-biro: NUR FARAHIN BT. ONN NURUL SAHRINA BT JAMALI FATIN FASEHAH BT. TAUFIAK

Ketua Blok: NORFADZIELLAIHA BT YAAKUB Timb. Ketua. Blok: -NORDIYANA BT ALIAS -NURHIDAYAH BT BAHARUDDIN Setiausaha: -ZALIKHA FARAHIN BT MOHD ZAMAN

Biro-biro: -NURHAMIZAH BT MOHD HAMKA -NOR DZAILIN BT DZULKAFLIE -NABILAH BT KAMARUL BAHRIN Ketua Aras 2 : SITI AINUN BASYIRAH BT MOHAMAD -FARAH ELLYZA BT Ketua Aras 3 : NUR IZZATI BT MOHAMAD SAAT HASHIM Ketua Aras 4 : EZATUL EREENA BT MOHAMAD RAMLI

38

Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua

Aras Aras Aras Aras Aras

D' EMINENCE 2009

5 6 7 8 9

: : : : :

NOR FADHILAH BT KASMIN SITI AMILIYANA BT NORAZNI NOR HAFIZAH BT MOHAMAD NUR SHAHIRA BT AHMAD EHWAN LILY LOW KUI KIAN

AJK Blok

U5

Bendahari: -SYAZA FARHANA BT NORAZMAN


U6

AJK Blok

Ketua Blok: MUHAMMAD AKMAL B. AYOB Timb. Ketua. Blok:K ISHOKANNA a/l PARAMASIVAM MOHD AMIR SHAHLAN B. ASPAR Setiausaha: MOHD IZZAT B. HASSAN Bendahari: MUHAMMAD ISHAK ABDUL SUKUR Aras Aras Aras Aras Aras Aras Aras

3 4 5 6 7 8 9

: : : : : : :

MUHAMMAD NORFITRI NG KENT HOO M. ALIF ZIKRI MUHAMMAD HANIF B. RAMLEE NOR REDZUAN SULAIMAN MUHAMAD HAFIZI B. NORAZMI MUHAMMAD ZARITH B. OTHMAN

Biro-biro: KUMANAN a/l SUBRAMANIAN MOHD FARHAN B. ISHAK MUHAMMAD FAHMI B. MOHD FAUDZI GAN HONG SENG

AJK Blok

U7

Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua

Ketua Blok: NUR HERZATIL AQMAR BT. GHAZALI Timb. Ketua Blok: NORUL AIN BT. YUSOFF NUR IZZATI BT. MOHD. ELIAS Setiausaha: NOR AMANINA BT. AB. RAHIM Bendahari: NORAYATI BT. NORDIN Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua Ketua

Aras Aras Aras Aras Aras Aras Aras Aras

2 3 4 5 6 7 8 9

: : : : : : : :

KHAIRUNNISA BT. ABU BAKAR ZAIHASMIRA BT. ISMAIL NURUL FARHANAT BT. MUARAT SITI NUR ANIS BT. SUKITO IZNI HUSNA BT. IDRIS SITI NAIMAH BT. MOHAMED LUTFI NOOR ASDILA BT. KAMAROS ZAMAN NIK NUR ZULIYANA BT. MOHD. RADJI

Biro-biro: FARAH FATIHAH BT. MOHD. JAFRI NUR ZYAHIRA BT. ZAINAL ROZANA BT. ROZAN

D' EMINENCE 2009

39


Apa kata DEpa...? SOALAN 1 SOALAN 2 makainya? SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5

: Apakah istimewanya duduk dalam KP ? : Benarkah orang yang bercermin mata lebih bijak dari yang tidak me: Setujukah anda mengenai pandangan luaran mencermikan keperibadian ? : Pada pendapat anda, kidal adalah kelebihan atau kekurangan ? : Tempat paling indah di KP bagi anda ?

ANISAH BINTI ZAINAL SOALAN 1 : SOALAN 2 :

Erm..Best….leh online walaupun agak lambat kadang- kadang..hehe.. Huh?..yeke?..tak la..Mitos je…coz orang yang pakai cermin mata nie, sume orang tau dorang suka baca buku dalam gelap, orang bijak cuma yang membezakan ialah tahap kerajinan je.. SOALAN 3 : Ohh..Tidak.. ‘tak kenal maka tak cinta’ laa..hehe.. SOALAN 4 : Hehe..Kidal adalah kelebihan..Saya kidal boleh makan sambil buat kerja lagi..so, bagi saya kelebiha laa.. SOALAN 5 : Haha..katne ehh??..em..Bus stop U7 laa kot..ari-ari tunggu bas situ..makin ari tengok makin indah lak..

NORAYATI BINTI NORDIN SOALAN 1 : Hm..Seronok sebab tempat tinggal dia tinggi..kan ala-ala kondo..hehe..Paling best U7 aras 9 pastu ada internet dan dia best lah.. SOALAN 2 : Tidak benar sama sekali.. Mungkin orang yang pakai cermin mata tu sebab banyak tengok tv ke.. main game ke..ha..macam-macam sebab kan..hehe SOALAN 3 : Tidak setuju. First impression memang penting, tapi tidak semestinya betulkan..so..dalaman lebih penting… hee.. kena kenal orang betul-betul dulu..bak kata orang putih, ‘don’t judge book by its cover’.. SOALAN 4 : Cam kelebihan gak la… lagipun macam special sebab lain daripada yang lain.. SOALAN 5 : Kafé kat U5 and U7..sebab indah dengan makanan-makanan..he..da la nga lapa nih..

40

D' EMINENCE 2009


Mohd safwan bin sahri SOALAN 1 : Pada pendapat saya, KP mempunyai kemudahan yang lengkap seperti mesin basuh, dryer, internet yang laju, perkhidmatan yang baik, bilik yang selesa dan terutama sekali bilik belajar yang amat selesa dan menyamankan yang terbukti berbeza dengan kolej-kolej lain di dalam UTM. SOALAN 2 : Untuk soalan kedua, saya tidak dapat memberi jawapan yang sebenar.Iamungkin ya dan mungkin juga tidak kerana berkaca mata tidak semestinya seorang yang ulat buku. Ada yang berkaca mata kerana terlalu banyak bermain game computer. Ada juga yang berkaca mata hanya kerana ingin bergaya seperti Adli. Dan yang terakhir mungkin kerana rabun keturunan. SOALAN 3 : Soalan 3, saya amat bersetuju kerana kebanyakan orang melihat personaliti seseorang sebelum menilai tingkah laku dan peribadi seseorang. Personaliti seseorang juga mencerminkan identiti dan disiplin mereka. SOALAN 4 : Soalan ke-4 agak menarik. Pada saya, kidal adalah satu anugerah tuhan yang unik. Kebanyakan orang kidal boleh menggunakan kedua-dua belah tangan, tapi tidak bagi orang yang bukan kidal. SOALAN 5 : Hm‌ pada saya pemandangan paling indah di kp ialah pemandangan di waktu malam melihat percikan bunga api pada malam pesta konvo.

Aaron Edward Teo SOALAN 1 : Keistimewaan yang ada pada KP adalah ia kedudukan yang menarik iaitu di atas bukit. Kemudahan yang cukup selesa seperti bas, internet, pusat snooker, dan study room. SOALAN 2 : Untuk soalan kedua, takdelah kerana bukan bererti orang yang berkaca mata lebih bijak lagipun kebijaksanaan itu depends on setiap individu. SOALAN 3 : Soalan ketiga, luaran mencerminkan keperibadian, saya tidak setuju kerana bak kata orang putih, don’t judge a book by its cover. Luaran ituhanya permukaan. SOALAN 4 : Saya rasa ia adalah satu kecacatan yang baik kerana dengan tangan kidal membolehkan seseorang menggunakan dua-dua tangan spertin menjirus pokok, membasuh baju, dan lain-lain. SOALAN 5 : Bagi saya pemandangan yang indah di KP ialah pemandangan dari bilik sebab tinggi dan kita boleh tengok satu UTM dan McD.

D' EMINENCE 2009

41


Apa kata DEpa...? SOALAN SOALAN SOALAN SOALAN

1 2 3 4

: : : :

Berapa lamakah bekerja di KP? Perasaan Bekerja di sini ? Apakah pendapat anda tentang pelajar-pelajar KP ? Motto hidup sepanjang bekerja di sini.. Nasihat untuk pelajar-pelajar KP..

ABANG AZAH SOALAN 1 : Oohh..saya sudah bekerja di sini lama juga..dekat 3 tahun..Perasaan seronok juga lah, kerana semua berjalan lancar.. SOALAN 2 : Pelajar-pelajar KP okay..100% baik dan 90% okay..hehe.. SOALAN 3 : Motto hidup..saya fikir..erm..menurunkan harga..hehe.. SOALAN 4 : Nasihat saya..rajin-rajinlah datang membeli di sini..okay..itu sahaja..Sekian terima kasih.

AKAK CLEANER KP SOALAN 1 : Masuk bulan 8 tahun nie kireyer sudah 2 tahun makcik bekerja kat sini. Suka la bekerja kat sini, xder tekanan ,orang-orang kat pejabat pon ok. SOALAN 2 : Keseluruhan okey yang x okey.

cuma

segelintir je

SOALAN 3 : Motto hidup..apa ye..hehe..bersyukur dengan apa yang ade.. SOALAN 4 : Kurangkan buat kotor kat KP, kang x buat kotor, makcik xder kerja plak..hehehe..Blaja pandai-pandai, engat tujuan masuk U adalah untuk berjaya.

42

D' EMINENCE 2009


Borak Staf

En. Suhaili bin Hassan

Dilahirkan pada 6 Mei 1963, En. Suhaili bin Hassan yang lebih dikenali dengan nama En. Suhaili, berasal dari Kampung Belum, Slim River, Perak. Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik beradik yang mana 6 daripadanya lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Kampung Belum, Slim River, beliau teruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Tanjung Malim, Perak. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Institut Letrik yang terletak di Jalan Brickfields, Kuala Lumpur setelah mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia beliau. Ketika zaman persekolahan, beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Menurut beliau, untuk masa ini, impian beliau adalah untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan setelah bersara dari perkhidmatan beliau di Universiti Teknologi Malaysia. En. Suhaili telah mencurah bakti sebagai Pembantu Am Pejabat selama 24 tahun di UTM. Dari tahun 1985, beliau telah ditempatkan di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan seterusnya ditugaskan di Bahagian Percetakan Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Selama tempoh perkhidmatan beliau di bahagian tersebut, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pelbagai alat percetakan termasuklah mesin cetak yang menggunakan 4 jenis warna. Di samping itu, beliau ditugaskan untuk melatih, menyelia dan mengawasi pelajar di bawah Skim Pelajar Bekerja. En. Suhaili ditukarkan ke pejabat asrama Kolej Perdana di bawah pengurusan Pengetua kolej, pada akhir tahun 2005 dan di situlah di mana kita dapat bertemu dengan En. Suhaili hingga sekarang. Beliau diberi tanggungjawab menjadi pemandu tetap kolej selain tugas hakiki sebagai Pembantu Am Pejabat. Selama 4 tahun perkhidmatan hingga kini, beliau banyak terlibat secara langsung dengan pelbagai aktiviti dan program anjuran kolej. Sepanjang tugas, pelbagai pengalaman menarik serta mencabar yang diperolehi. Antaranya adalah penglibatan langsung dengan program khidmat masyarakat dan kem pendidikan seperti TAC’S 2005, LeCAse 2008 dan yang lain-lain. Selama tempoh 24 tahun khidmat di UTM, En. Suhaili telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah daripada kolej dan pejabat Hal Ehwal Pelajar. Antara anugerah tersebut termasuklah Anugerah Khidmat Kepujian UTM(1995), Anugerah Jasa Bakti – 20 Tahun Perkhidmatan dan Anugerah Khidmat Cemerlang UTM (2007) serta Anugerah Khidmat Staf Kolej Perdana (2009). Apabila ditanya, antara pengalaman yang tidak mungkin beliau lupakan adalah ketika beliau bertugas di HEP UTM dan beliau telah terpilih sebagai peserta bagi Majlis Pameran Mesin Cetak Warna (2 minit) yang telah diadakan di Petaling Jaya. Tiket penerbangan ke Kuala Lumpur telah ditaja oleh syarikat RAISO. Selain itu, tugas beliau di Kolej Perdana juga suatu pengalaman menarik di mana beliau terpaksa menyelesaikan masalah penempatan pelajar bujang dan berkeluarga serta pelajar antarabangsa seperti masalah kunci, terputus bekalan elektrik dan lain-lain tidak kira waktu siang atau malam. Harapan En. Suhaili selama melibatkan diri dalam program kolej adalah ingin berkhidmat dan berbakti kepada pelajar, rakan sekerja serta masyarakat. Nasihat beliau terhadap pelajar adalah apabila melakukan sesuatu perkara, lakukanlah ianya dengan ikhlas dan jujur kerana setiap perkara yang baik akan dibalas dengan ganjaran baik.

D' EMINENCE 2009

43


En. Mohd Fairouz bin Mohd Yousof

Borak Staf

Tanggal 30 Oktober 1984, lahirlah seorang putera hasil daripada perkahwinan pasangan bahagia Mohd. Yuosof dan Junaidah binti Omar yang menetap di Kluang, Johor ketika itu. Kehadiran cahaya mata kedua daripada 4 orang adik-beradik ini telah dinamakan Mohd Fairouz bin Mohd Yousof. Kehadiran putera ini telah mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan En. Mohd. Yuosof. Di sinilah bermulanya kisah hidup Mohd Fairouz bin Mohd Yousof, pembantu felo kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1, Melaka dari tahun 1 hingga 2. Kemudian, berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jasin, Melaka sehingga darjah 4 dan sekolah rendah terakhir beliau ialah di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kluang. Selepas berjaya memperoleh 3A1B dalam UPSR, beliau meneruskan pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak selama setahun. Seterusnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak sehingga Tingkatan 3 tetapi beliau menduduki peperiksaan PMR di SMK Sultan Sulaiman Shah, Kuala Selangor. Beliau meneruskan pelajarannya sehingga tamat sekolah menengah di sekolah tersebut dan hasilnya beliau telah berjaya memperoleh 5A2B2C dalam peperiksaan SPM. Memandangkan bapa beliau seorang pengurus ladang yang sentiasa mendapat arahan untuk berpindah ke pelbagai tempat, jadi beliau juga terpaksa bertukar-tukar sekolah. Berbekalkan keputusan SPM yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia(UTM City Campus) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa selama 3 tahun bermula dari 2002 hingga 2005. Dengan hasil gigih beliau, akhirnya keputusan yang cemerlang dengan CPA 3.70 dapat diperoleh dan seterusnya beliau menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Di Universiti yang sama, UTM Skudai, beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2008. Selama 3 tahun, di UTM Skudai, beliau berjaya memperoleh ijazah kelas pertama iaitu dengan CPA 3.78. Kini, beliau juga masih salah satu pelajar UTM yang menuntut dalam bidang Sarjana Kejuruteraan Elektrik. Di samping itu, beliau juga adalah seorang tutor di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor. Sepanjang pengajian beliau di UTM, beliau telah menetap di Kolej Perdana (KP). Semasa tahun pertama beliau di KP, KP merupakan tuan rumah SUKAM 2005. Oleh itu, pada tahun tersebut warga KP sangat sibuk membuat persediaan menjelang SUKAM. Walaubagaimanapun, Mohd Fairouz langsung tidak mengambil bahagian dalam menjayakan program tersebut. Beliau hanya pulang ke rumah setiap hujung minggu yang mana pada ketika itu rumah beliau di Simpang Renggam, Johor. Pada tahun kedua beliau di KP, beliau dilantik menjadi Ketua Biro Pendidikan di dalam Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana bagi sesi 2007/2008. Bermula saat itu, barulah minda beliau terbuka dan beliau menjadi seorang yang aktif di Kolej Perdana. Malam Puncak Perdana 5 (MPP 5) adalah program pertama beliau di KP dengan memegang jawatan sebagai Ketua Unit Tugas-tugas Khas. Dari situ beliau dapat mempelajari bagaimana sesuatu program dijalankan. Setelah mendapat pengalaman dalam menjayakan MPP 5, beliau telah dilantik untuk mengendalikan pertandingan puisi dan pantun dalam Festival Integrasi Kolej Perdana (FIESCOPE). Dengan bakat dan ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah Perdana Ilmu. Program tersebut telah berjalan dengan lancar atas pimpinan beliau.

Selain aktif dengan program-program yang dijalankan, beliau juga seorang yang aktif bersukan. Pada tahun pertama beliau di KP, beliau mewakili KP bagi acara Bowling dalam SUKAM 2005 yang mana beliau telah mendapat pingat Perak. Semasa beliau di Tahun 3, beliau telah menjadi peserta untuk acara Paint Ball dalam SUKAM 2007. Dengan bangganya, beliau telah menyumbangkan Emas untuk Kolej Perdana. Kemudian, beliau mewakili UTM dalam Open Invitationl Paint Ball Championship, Islamic International University Malaysia (IIUM). Beliau menyertai pertandingan ini dengan pasukan yang sama iaitu pasukan yang menyumbangkan Emas untuk KP. Sememangnya pasukan ini amat berbakat dalam sukan ini, mereka mendapat Gangsa dalam pertandingan tersebut. Oleh kerana beliau telah banyak member sumbangan untuk Kolej Perdana, beliau telah mendapat pingat Anugerah Khas semasa Malam Puncak Perdana 6 (MPP 6). Mohd Fairouz merupakan seorang yang cemerlang dalam semua aspek iaitu akademik, sukan dan kepimpinan. Usaha tangga kejayaan merupakan motto hidup beliau. Dari aspek agama, beliau mengistilahkan motto ini sama seperti usaha doa tawakal.

44

D' EMINENCE 2009


KOMIK

D' EMINENCE 2009

45


46

D' EMINENCE 2009


D' EMINENCE 2009

47


48

D' EMINENCE 2009


D' EMINENCE 2009

49


50

D' EMINENCE 2009


DIALOG BERGAMBAR Aku x kisah ape kad pun ko nak bagi, aku tensen giler ni, ko nampak makhluk kat belakang aku nih, degil!

oi, aku nak hantar tikar ni kat umah cik mad, ko boleh blah x, ko ingat ko nih ringan ke?

Pritt! aku cakap berenti, berenti la! karang aku dah bagi kad, nyesal x sudah....

Ko nampak x ape yang aku nampak? Ko x nampak ke aku tgh balas sms ni, dah sure la aku x nampak, ape yang ko nampak?

Korang berdua tgk ape? X pernah nampak org ke ? beg plastik aku ni cukup besar nak sumbat korang!

Biar la die wat keje tu? aku nak tido kejap, semalam satu ari aku layan movie....

D' EMINENCE 2009

51


Engkau 2 orang, meh sini jap, aku nak tanye sikit,

Psst...puan tu panggil aku ke ko?

Ko la kut, aku xde buat ape2 salah pon...ko la yang kene pegi,

aku tak nak, hp cap nokia bukan bagus sangat pun, BENCI I !!

sape nak? hp percuma chap nokia!!!

Ahhh...aku rembat jela, dah korang sumer x nak....aku nyer nombor ade 3, nset satu je, susah beb...

52

D' EMINENCE 2009

hehe, jangan la emo sangat, bukan ade kene mengene dgn ko pun...

x mau la, takat hp cokia camtu lain kali jele...


eleh....aku pun buat keje gak...xde nak penat pun.. relax la, awal lagi nak lunch kot....

hehe...en. usop, udoh le tuh, kitorang dah penat ni, x habis2 lagi ke keja ni... U all semue jangan malas-malas, buat keje tu sampai siap, kang I potong gaji...

wooii...kuang ajaq la hang ni...apa hang pikiaq hang tu putih sangat kaa..??? aku dah lapaq gila nih....skip breakfast, xkn lunch pun aku nak skip jugak??? mau naya aku ni...

apesal la ko ni hitam luarbiase sangat, meh sini aku putihkan skit..

D' EMINENCE 2009

53


bereh, aku leh ganti tok imam tu,,ha, mane pengantin tu? meh sini aku nak nikahkan!

ko nampak x kayu yang aku tgh pegang ni, nak kena tibai ke? aku tgh pusing pusing cari tok imam ni...

ehem2...dengan ini saya mengucapkan, selamat pengantin baru kepada awak, semoga berkekalan..

majlis dah nak start..bakal bini aku ade ntah kat mane..blom kawin pon dah wat perangai camni...dah kawin camne la agaknye..

54

D' EMINENCE 2009

mane tok imam nih? pengantin dah lama tunggu nih! dah berjanggut dah pun...


memula camni, pastu camni, pastu lagi cenggitu pulak...kemudian sekali camtu...hish, susahnya nak bancuh cat ni.. tu la aku dah kate bagi kat orang lain..kerja bancuh-bancuh ni sapu sampah lagi senang..

akak, cat saye dah lama habis nih...dari tadi asik baca buku panduan bancuh je, reti ke tak nih????

ai, korang buat ape sorok sorok ni, x baik buat benda haram oi... bagi aku benda tu..

ko tengok nih, aku jempe duit 20 sen.. ko nak x? kalo x nak aku rembat sorang je... rezeki jangan ditolak!

wooiii...berapa lama da korang nak bincang pasal duit tu...dah berlumut aku tunggu nii...

oi, oi,....mana aci ko bedal sorang je..aku pon nak jugak...

D' EMINENCE 2009

55


padan muke. ko tahu nape aku x kene saman, sebab aku la yang selalu perasan hensem,....lalala~

nasib baik aku tak ikut jalan sebelah sane, kalo x kompom kene saman...dah la kad matrik x bawak...

ape ni...aku kene saman, die x kene plak dgn pak guard...bengang seh...aku ni mmg muke pesalah ke???

x yah la ko nak perasan, ko tu saje je aku kasi lepas, kesian... biaq p aku la, aku pedulik hapa, hang tu sapa???!!

woi hang gelak apa, aku nyer bisul kat bontot dah pecah ni....

alamak...x sengaja la pulak g sepak kene bisul brader tu..aku ingat tadi tembok mane, aku rembat jele...

56

D' EMINENCE 2009

apesal ko pi rembat kuat sangat...kan dah naik minyak brader tu...ape la aku nak jawab nih???


INFO UTM

UTM among 5 Malaysian Universities in Asia’s top 100 Taken from www.utm.my(UTM Today section) Universiti Teknologi Malaysia maintains a good position since last year in Asia’s Top 100 best universities according to the THE-QS rankings released recently. UTM is currently at the 82nd position with other Malaysian universities have climbed up the ladder especially Universiti Malaya which is now ranked 39th in Asia, followed by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 51st, Universiti Sains Malaysia (USM), 69th and Universiti Putra Malaysia (UPM), slightly behind UTM on the 90th position. The QS Managing Director, Nunzio Quacquarelli said that the rankings released in the THE-QS website are based on the excellence of a university regionally. “A university with good performance is not only being determined by its quality but also the productivity of its researche, in comparison with other universities in the region,” he said in a statement. He also said that Malaysian universities can be considered a good option with many international students coming here to further their studies. Malaysian Universities also have a lot of faculties and diverse international programmes. QS is a leading information expert in the field of higher learning with offices throughout the world: London, Paris, Singapore, Shanghai, Boston, Washington DC, Johannesburg and Alicante.

SEATUC to promote international university collaboration Skudai, February 25th: 120 participants from 5 local and international universities attended the 3rd South East Asia Technical University Consortium (SEATUC) at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) starting from February 25th to 27th. The three day symposium attracted participants from Shibaura University, Japan, Hanoi University of Technology, Vietnam, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, King Mongkut Technology University of Thailand and from UTM. The Vice Chancellor of UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang said that the symposium’s objectives is to share knowledge and discuss on the developments, targets and potential collaboration in the education and research fields between the universities. “The symposium acts as a platform for academicians and students to discuss and present the latest research in the field of energy, environment, robotics, information technology, material science, architecture, town planning, bioscience and engineering. “Apart from that, the symposium can nurture more efficient and effective networking between consortium members to coordinate international collaboration on post graduate studies,” he said. The consortium was established in May 2006 and has since organised various symposiums and meetings starting at King Mongkut University of technology and Institut Teknologi Bandung. Each year the consortium provides scholarships for selected students to further their studies in Japan. “This regional programme is in line with UTM’s aspiration for internationalization and to become a world class university. In directly, the programme could assist the nation’s aspiration to promote science, engineering and technology and compete at regional and global level,” Zaini added.

D' EMINENCE 2009

57


INFO TEKNOLOGI

NEC CRV43 Monitor June 4th, 2009 by Mark R in PC Gadgets

Take a look at this curvaceous new monitor from NEC. What you are looking at could easily be the shape of the future. I mean, look at it! It’s so sexy-looking as it bends around you. Okay, I’m not going to go any further with my praise of the CRV43 monitor, so let’s just get to the facts. It is a 43-inch display with a native resolution of 2880 x 900 and a 32:10 aspect ratio. It also has a 12-bit color depth, as opposed to the 6 or 8 bit color depth from most monitors. The contrast ratio is a 10,000:1, and as for ports, it has HDMI and single link DVI connections, as well as one USB, at least. According to NEC, they have “seamlessly blended” four panels for a “unique adaptation of DLP technology”. The panels allow for a response time of 0.02 milliseconds. Now for the sad fact: this monitor costs about eight thousand dollars. Dang! I was really starting to get to like it. Who am I kidding, I loved it the moment I saw it. There is something about that curvy look. Maybe because one day I envision our monitors curving around us, for a very immersible experience. Until then, NEC has really got to come out with a less expensive version of this product.

Combimouse: The Clash of Keyboard and Mouse June 4th, 2009 by Mark R in PC Gadgets Remember in the mid-nineties when all those ergonomic keyboards started coming out? I remember all of those consumers who thought: “hey, that just looks weird”. This is exactly my thought when I first saw the Combimouse. I mean, look at the half of the keyboard on the right, it looks like an arrow pointing to the left half! Actually, the purpose of that right side is to slide around on your desk just like your mouse, only without the shifting of your hand to click anything. By the way, the right side of the keyboard only acts as a keyboard if there is no movement on it. Once there is movement, the cursor will move and the keys become mouse buttons. According to my source, it has been successfully tested at Wichita State University. However, this looks like one of those devices that will require you to relearn something that you already know by instinct. Let’s hope the few seconds you shave off your day from shifting your hand from the keyboard to the mouse is worth this re-learning experience. Of course, you never know what accessory will be the next big thing, even if the user has to change his or her lifestyle. If you want to be a co-investor on this, just head over to the Combimousewebsite.

58

D' EMINENCE 2009


EKSTRA

Wanita dan pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu ini berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat perkara. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna, wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul A’lamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan kecil...

Manusia, Malaikat dan Syaitan Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am‌

Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada bersegeralah menunaikan kewajipan orang lain Syaitan - Baru pukul berapa... . Malaikat - Wahai anak Adam, rilex lah.. nasihat-menasihatilah sesama Manusia - Eh, eh... .tak boleh kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, semua dah besar, buat alihkanlah pandanganmu, ses- apa sesusah. ungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

D' EMINENCE 2009

59


Model Muslimah

Sejati

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim) Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.. Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari) Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah. Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diam nahkan pada bahu Rasulullah. Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah. Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." (Riwayat Adullah ibn Humaid). Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.

60

D' EMINENCE 2009


Tidak bisa

memilikimu

Seandainya engkau tahu, Betapa inginnya aku, Memiliki dirimu, Dirimu yang selalu bermain di pikiranku, Dirimu yang selalu ku nantikan, Meski pun harus ku tunggu hingga ke akhir hayat ku. Bagaimana caranya untuk, Mendekati kamu, Sedangkan aku, Seorang pria yang tidak punya apa, Seorang arjuna yang hanya mengenal erti cinta, Sedangkan kamu, Langsung tidak menyedari, Detik kehadiranku, Yang selalu saja menghampiri dirimu.

Apakah yang engkau inginkan, Untuk ku muncul dalam hidupmu, Apakah yang engkau perlukan, Untuk merasakan kehadiranku, Aku sudah coba memberi, Namun kamu masih lagi tidak bisa mengerti, Bahasa isi hatiku. Jiwaku meronta, Membakar seluruh jiwa raga, Naluriku berkata, Ingin sekali ku bersuara, Merangkai semua misteri isi hatiku, Agar kamu mengerti, Betapa dalamnya keinginanku, Untuk memiliki dirimu. -MUHAMMAD HARIS IQBAL BIN NORDIN-

KARYA SISWA

Aku hilang Dibawa arus dunia Yang kejam dan hina Menyesatkan mereka yang alpa, Adakah aku buta, Pekak, bisu, atau dungu, Tidak dapat membezakan, Lawan atau kawan, Permata ataupun berlian, Dunia yang aku diami, Tanah yang aku jejaki, Adakah kekal abadi? Harta yang kumiliki, Ilmu yag kucari, Adakah ia juga kekal? Aku keliru, Aku bingung, Tidak dapat aku hindari, Malapetaka di kemudian hari, Aku tidak berani? Aku takut pada bayang-bayang ku sendiri? Sudah lama kucari Aku gali, aku ratapi, Untuk hidup yang penuh abadi, Penuh suci, Hidup aku di jalan mati... -Anas-

Jalan

mati

D' EMINENCE 2009

61


TEMAN… Hidup ini penuh pancaroba Jangan biarkan dirimu ditewaskan Biarpun beribu dugaan datang bertandang Hiasilah dirimu dengan keimanan Jadikan kejadian semalam sebagai pengajaran Semaikan dirimu dengan bunga-bunga kegembiraan Siramilah cinta dan kasih sayang… TEMAN… Taburkanlah kasihmu Seluruh makhluk di muka bumi Agar menjadi bunga kecintaan Andainya ada di antara kita Berubah hala Serta memungkiri janji Jangan ada benci Dan sengketa Ingatlah wahai sahabatku suka duka yang kita tempuhi bersama… jangan sesekali kau lupa Akan persahabatan yang kita bina… -SHUHADA 410-

62

D' EMINENCE 2009


Bidan puaka

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian. Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30. Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalambalam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masingmasing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar. Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara haram dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya.

D' EMINENCE 2009

63


Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu. Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan “air� berkali-kali. Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.

64

D' EMINENCE 2009


Shake it OFF!!! One day a farmer's donkey fell down into a well. The animal cried piteously for hours as the farmer tried to figure out what to do. Finally he decided the animal was old and the well needed to be covered up anyway, it just wasn't worth it to retrieve the donkey. He invited all his neighbors to come over and help him. They all grabbed a shovel and began to shovel dirt into the well. At first, the donkey realized what was happening and cried horribly. Then, to everyone's amazement, he quieted down. A few shovel loads later, the farmer finally looked down the well and was astonished at what he saw. With every shovel of dirt that hit his back, the donkey was doing something amazing. He would shake it off and take a step up. As the farmer's neighbors continued to shovel dirt on top of the animal, he would shake it off and take a step up. Pretty soon, everyone was amazed as the donkey stepped up over the edge of the well and trotted off! Life is going to shovel dirt on you, all kinds of dirt. The trick to getting out of the well is to shake it off and take a step up. Each of our troubles is a stepping stone. We can get out of the deepest wells just by not stopping, never giving up! Shake it off and take a step up!

Who am I??? I am your constant companion. I am your greatest helper or heaviest burden. I will push you onward or drag you down to failure. I am completely at your command. Half the things you do might just as well be turned over to me and I will be able to do them quickly and correctly. I am easily managed--you must merely be firm with me. Show me exactly how you want something done and after a few lessons I will do it automatically. I am the servant of all great people and, alas, of all failures, as well. Those who are great, I have made great. Those who are failures, I have made failures. I am not a machine, though I work with all the precision of a machine plus the intelligence of a person. You may run me for profit or run me for ruin -- if makes no difference to me. Take me, train me, with me, and I will world at your feet. with me and I will you.

be firm place the Be easy destroy

Who am I? I am habit!

D' EMINENCE 2009

65


Menyintaimu

selamanya....

Malam tadi aku mimpi tentang dia lagi.. ‘Awak.. kenapa awak selalu muncul dalam mimpi? Bila di alam realiti.. awak tak pernah memunculkan diri...’.... Aku duduk je termenung.. fikirkan tentang dia.. Aku benar-benar sayangkan dia.. tapi dia.. 3 bulan yang lalu, aku masih ingat tarikh hari tu.. 24 Jan 2009. Aku hubungi dia. Aku mahu jumpa dia. Aku ada perkara penting ingin beritahu pada dia. Perkara paling penting dalam hidup aku, sepanjang umur aku di dunia ini. Aku perlu jumpa dia. Walaupun sudah hampir satu tahun aku hanya menatap wajah dia.. melalui gambar sahaja. Untuk berjumpa dengan dia? erm.. umpama menunggu hujan gula-gula dari langit saja. Dia berkeras, tak mahu berjumpa. Dia kata, kalau penting, bagitahu saja dalam telefon. Dia sibuk, katanya. Oleh kerana aku terdesak untuk meluahkan segalanya, aku terpaksa bersuara. Dengan debar di dada, aku menarik nafas ku, mengumpul kekuatan untuk bersuara. “Saya sayang awak” Ujar ku terketar-ketar. Awak diam sahaja. Aku sambung ucapanku semula. “Saya sudah beritahu emak saya, saya ingin pinang awak. Awak sudi jadi isteri saya?”. Aku tidak tahu sama ada ayat aku betul atau salah. Aku tidak mampu untuk berfikir apa-apa. Aku hanya bisa menuturkan saja, apa yang terlintas di minda. Yang penting, niat ku telah ku luahkan semua.. Dia ketawa. Pelik juga aku dengar dia ketawa. “Awak ni gila ye?” itu yang dia kata. Bukan jawapan yang aku minta. Aku tahan sabar saja. ‘Awak.. awak..’ “Gila apanya? Saya serious ni awak” Dia ketawa lagi. Tak henti-henti. Aku biarkan saja. Tunggu sampai dia habis ketawa. Lucu sangat ke apa yang aku kata? “Awak, saya tak nak paksa awak. Saya beri masa untuk awak berfikir ye. Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak” Akhirnya aku bersuara, apabila dia seakan tidak mahu berhenti dari tertawa. “Saya muda lagi, tak pernah terfikir pun pasal kawin ni. Awak cari la orang lain lagi. Bukan saya tak suka awak, tapi saya lama lagi. Tak perlulah awak tunggu saya” Aku menelan air liur dengar penerangan dia. Aku tidak mahu putus asa! Aku sayangkan dia! Aku tidak akan lepaskan dia! “Awak, saya tak desak awak. Saya bukan suruh awak terima saya sekarang. Awak fikir la elok2 ye” Cepat-cepat aku tamat kan perbualan. Aku tak mahu dia terus menolak. Aku takut! Aku takut kehilangan dia! Aku bangun dari duduk ku. Perlahan-lahan aku berjalan keluar dari rumahku. Aku ingin berjumpa dengan dia. Bagaimana sekali pun, aku ingin sangat berjumpa dengan dia. Aku rindu dia. Teramat rindukan dia! Akhirnya aku sampai juga. Tak sabar aku ingin jumpa dia. Walaupun aku tidak dapat lagi menatap wajah dia. Walaupun aku tidak lagi dapat mendengar suara dia kerana dia telah putuskan hubungan dengan aku. Telah meninggalkan aku.. Tanpa sebab dan alasan. Dia pergi macam tu je. Sakit sungguh hati aku waktu tu. Aku menangis seharian lepas dia tinggalkan aku tu. Aku tak lalu makan seminggu.. Kejamnya dia, tinggalkan aku.... Tapi, apa pun yang dia buat terhadap aku.. aku sentiasa sayangkan dia. Aku menyusun langkah. Mengatur langkah merapati ‘kediaman’ dia. Mungkin dia sedang menanti kehadiranku mengunjunginya. Aku ingin berbual dengan dia. Bercerita dengan dia. Dan menghadiahkan bacaan Yaasin untuk dia... Karya : Nur Haliza Binti Abdul Wahab

66

D' EMINENCE 2009


Kasih sayang

Adik dan Akak

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”.Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut, “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”.“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”.“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”Apa lagi yang aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa.“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang! ”Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak? ”Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

D' EMINENCE 2009

67


“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “ “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “ “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguhsungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

68

D' EMINENCE 2009


Siapa paling

Jahil?

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka melepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk.Pada suatu hari,tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabarmencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?Takpa,nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan”. Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,“Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk,angkat 2kali pun x khusyuk jugak lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.”Tok imam pun undur le ke belakang. Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batal lah solat Budin. Yang lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak. Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii… Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dengan bongkaknye si Ciko berkata.. “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dasyat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu & terpana…

Lelaki tua dah nak

kecut...

Ade ler kisah lelaki tua dah nak kecut, kahwin sama pompuan muda. Pompuan nie nak kan sangat anak, jadinya lelaki tua nie pun pegi jumpa doktor pakar. Doktor tue pon bagi lah satu bekas yang ditutup. Katanye simpan air mani ko dalam tu biar aku tengok subur ke tak. Esok nya lelaki tua tu pon pegi ke doktor pakar tuh dgn bekas yg masih kosong. Dengan hairan doktor tuh tanye lah! eh kenapa kosong? Saya cuba dengan tangan kanan tak bleh, tangan kiri tak bleh, jadi isteri saya yang muda tuh pon tolong lar. dengan tangan kanan, kiri, mulut pon tak boleh. Kawan isteri saya jgak tolong. Kanan, kiri, mulut maseh tak boleh. Terkejut beruk doktor tuh! Tanya nye, “neh kawan isteri awak pon tolong?” lelaki tua tu jawab “iye, masih jugak kami tak boleh buka penutup tuh!”

April

Fool!!!

Begol budak yang bodoh. Satu hari mak die datang dari pasar, katanya,”Begol, mak dah jumpa ubat untuk mengubati bodoh mu itu, tapi kamu mesti setuju balut kepala otak kamu dengan ubat yang bau tahi kerbau nih. perlu semalaman tau!. Esok mlm awak dah boleh pandai baca buku. Tak bodoh lagi” Begol setuju dengan harapan yang besar boeh baca dengan pandainye. Esok pagi nya setelah terasa seksa dgn bau tahi kat kepala die, Begol pun membuka balut tuh. Di ambilnye surat khabar kat meja dan cuba untuk membaca nya. “MAK!!! BEGOL MASIH TAK BLEH BACA LAH!!! “WAAA!!!” maknye ketawa dgn gumbiranye sambil berkata “APRIL FOOL!!!” toing!

D' EMINENCE 2009

69


Rahsia Personaliti dari

Kiraan Tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir 1. Ketulenan  - Hadir dengan idea baru.  - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.  - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.  - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.  - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.  -Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan. 2. Pendamai  - Dilahirkan sebagai diplomat.  - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.  - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.  - Mereka tidak suka bersendirian.  -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.  - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.  3. Ceria  - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.  - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.  - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.  - Mereka sangat popular dan idealistik.  - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster  . 4. Konservatif  - Golongan ini sangat peka dan tradisional.  - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.  - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.  - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.  - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.  - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.  - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 

70

D' EMINENCE 2009


5. Perintis - Mereka adalah perintis.  - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).  - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.  - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.  - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.  - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar.  6. Romantik  - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.  - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.  - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.  - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.  - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.  - Mereka suka seni musik.  - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.  - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn. 7. Intelektual  -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -  Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.  - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.  - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.  - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.  - Mereka sangat suka berahsia.  - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana   8. Penyelesaian  - Golongan ini adalah penyelesaian masalah.  - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.  - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.  - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.  - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.  - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.  -Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus. 9. Pelakon  - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.  - Mereka sangat penyayang dan pemurah.  - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.  - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.   - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.  - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).  - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

D' EMINENCE 2009

71


GAMES

Try to solve this maze....Good Luck!!

72

D' EMINENCE 2009


HEALTH FACTS

Swine Flu H1N1

Evolution of a virus

The influenza strain that has struck Mexico and the United States involves, in many cases, a neverbefore-seen strain of the H1N1 virus, pictured. The flu virus is notorious for its ability to mutate and evolve new features that allows it to escape the immune defense systems of its victims. The appearance of new flu strains is therefore a perennial problem for doctors and scientists. And experts warned last night that it may be too late to contain the new outbreak, given how widespread the known cases are. If the confirmed deaths are the first signs of a pandemic, then cases are probably incubating around the world by now, said Dr Michael Osterholm, a flu expert at the University of Minnesota. In New York City, health officials say about 75 students at a Queens high school have fallen ill with flu-like symptoms and testing is under way to rule out that is the same strain of swine flu found in Mexico. No vaccine specifically protects against swine flu and it is unclear how much protection current generic vaccines might offer. A version genetically matched to the new swine flu virus has been created by the US Centers for Disease Control, said Dr Richard Besser, the agency’s acting director. However, it could take months to create enough supplies for mass vaccination programs - if governments decide vaccine production is necessary. Two drugs, Tamiflu and Relenza, seem effective against the new strain. Roche, the maker of Tamiflu, said it was prepared to immediately deploy a stockpile of the drug if requested. Both drugs must be taken early, within a few days of the onset of symptoms, to be most effective. While the swine flu no longer seems as deadly or as frightening as it once did, the World Health Organization says that a swine flu pandemic could infect up to 2 billion around the world. Of course, these numbers are pure speculation and are based on past pandemics that have moved around the world. Officials are quick to point out that the world has changed considerably since the last pandemic and that it’s impossible to predict whether the swine flu would follow similar patterns. It’s also important to note that the severity of the infections of swine flu are also difficult to predict. Experts explained that, even if 2 billion people were actually infected with the virus, only about half of those would show any symptoms. And for those that did have symptoms, about half of those would be so mild as to not even realize that they were actually sick. But, even with a generally mild illness such as the swine flu, the virus will weaken those who are already in poor health and the sheer number of people infected would inevitably mean some mortality rate would be realized. The likely time line for a pandemic to unfold would be several weeks or months and it would be difficult for health officials to ever have an accurate count of those infected, for the reasons cited above. It seems likely that, if a pandemic occurs, it will be driven by young people as they congregate in schools and other events. Once together in such large groups, the virus can easily and rapidly spread. The incubation period for the virus seems to be up to one week, which means that many people are infected and spreading the virus before they ever realize that they are sick.

D' EMINENCE 2009

73


Adakah anda masih ingin merokok? Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak. Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut: Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik. Dalam tempoh 24 jam selepas ber-henti, risiko serangan jantung menurun. Selepas sebulan, peredaran darahbertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%. Selepas setahun, risiko anda menda-pat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok. Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun. Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok. Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema. Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan. Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu. Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda. Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya. Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan. Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan. Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok. Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah. Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih. Petua untuk membantu anda: -Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari -Jauhkan diri dari perokok -Berikan kata-kata semangat kepada diri andasetiap hari. -Buat janji dan memberi ganjaran kepada dirianda. -Minum air secukupnya. Bersarapan -Kurangkan minuman yang men-gandungi kafein. Walaupun berhenti terus merupakan sa berhenti secara beransur-ansur,

cara yang

terbaik, namun jika anda terpakpenting adalah untuk BERHENTI.

Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.

74

D' EMINENCE 2009


Why are people more relaxed in green rooms? Why do weightlifters do their best in blue gyms? Colours often have different meanings in various cultures. The U.S. researchers have generally found the following colours to be accurate. So, choose colour that suits you and see what it means!!

Green

Currently the most popular decorating color, green symbolizes nature. It is the easiest color on the eye and can improve vision. It is a calming, refreshing color. People waiting to appear on TV sit in “green rooms� to relax. Hospitals often use green because it relaxes patients. Brides in the Middle Ages wore green to symbolize fertility. Dark green is masculine, conservative, and implies wealth. However, seamstresses often refuse to use green thread on the eve of a fashion show for fear it will bring bad luck.

Blue Purple

The most emotionally intense color, red stimulates a faster heartbeat and breathing. It is also the color of love. Red clothing gets noticed and makes the wearer appear heavier. Since it is an extreme color, red clothing might not help people in negotiations or confrontations. Red cars are popular targets for thieves. In decorating, red is usually used as an accent. Decorators say that red furniture should be perfect since it will attract attention. The most romantic color, pink, is more tranquilizing. Sports teams sometimes paint the locker rooms used by opposing teams bright pink so their opponents will lose energy.

The color of the sky and the ocean, blue is one of the most popular colors. It causes the opposite reaction as red. Peaceful, tranquil blue causes the body to produce calming chemicals, so it is often used in bedrooms. Blue can also be cold and depressing. Fashion consultants recommend wearing blue to job interviews because it symbolizes loyalty. People are more productive in blue rooms. Studies show weightlifters are able to handle heavier weights in blue gyms.

The color of royalty, purple connotes luxury, wealth, and sophistication. It is also feminine and romantic. However, because it is rare in nature, purple can appear artificial.

Cheerful sunny yellow is an attention getter. While it is considered an optimistic color, people lose their tempers more often in yellow rooms, and babies will cry more. It is the most difficult color for the eye to take in, so it can be overpowering if overused. Yellow enhances concentration, hence its use for legal pads. It also speeds metabolism.

Yellow

Red

Black

Black is the color of authority and power. It is popular in fashion because it makes people appear thinner. It is also stylish and timeless. Black also implies submission. Priests wear black to signify submission to God. Some fashion experts say a woman wearing black implies submission to men. Black outfits can also be overpowering, or make the wearer seem aloof or evil. Villains, such as Dracula, often wear black.

Solid, reliable brown is the color of earth and is abundant in nature. Light brown implies genuineness while dark brown is similar to wood or leather. Brown can also be sad and wistful. Men are more apt to say brown is one of their favorite colors.

Brown

Colour Psychology

D' EMINENCE 2009

75


WARGA PERDANA

76

D' EMINENCE 2009


WARGA PERDANA

D' EMINENCE 2009

77


WARGA PERDANA

78

D' EMINENCE 2009


WARGA PERDANA

D' EMINENCE 2009

79


WARGA PERDANA

80

D' EMINENCE 2009


D'Eminence KP 2009  

Annual magazine of Kolej Perdana, Universiti Teknologi Malaysia

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you