Issuu on Google+

1 KEPERLUAN BIMBINGAN KEPADA GOLONGAN MUALLAF DI MALAYSIA Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Muallaf di Malaysia terdiri daripada berbagai latarbelakang etnik, budaya, nilai, keturunan dan agama asal. Apabila mereka memeluk Islam, kepelbagaian ini perlu disatukan atas nama bimbingan Islam yang satu. Bimbingan Islam bermula dari pengenalan Islam, penghayatan Islam dan akhlak Islam perlu diterapkan kepada semua golongan Muallaf untuk memandu mereka kearah pelaksanaan Islam sejati dalam hidup mereka. Kertas kerja ini menjustifikasikan keperluan bimbingan Islam kepada golongan ini dan bagaimana kaedah bimbingan yang betul akan menyebabkan mereka perpegang dengan ajaran Islam yang betul. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa, walaupun golongan Muallaf ini berasal dari berbagai latarbelakang, di dalam Islam mereka harus dibimbing dengan satu ajaran sahaja, iaitu Islam Katakunci: Bimbingan Islam, Muallaf, Malaysia, Penghayatan Islam, Akhlak Islam

PENDAHULUAN Islam merupakan agama yang menyuruh kearah perpaduan dan persaudaraan. Tanpa persaudaraan dalam Islam ia tidak mampu untuk menyempurnakan sebahagian hak-hak saudaranya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikianlah, Manusia itu terbahagi kepada berbagai-bagai-bagai bangsa , puak dan keluarga. Hakikat ini tidak dinafikan dalam Islam, bahkan Islam sedia mengiktiraf mereka ini. Bagaimanapun Islam mengajarkan bahawa kepelbagaian itu berasal daripada keturunan yang satu iaitu Nabi Adam. Kelahiran manusia daripada bangsa yang berbeza dan keturunan yang berlainan adalah untuk menciptakan dasar saling kenal mengenal dan tolongmenolong antara satu sama lain sebagaimana dalam firman Allah surah al-Hujurat ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”. Tambahan lagi, Ayat ini juga berkait tentang taqwa iaitu semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. Justeru, Islam telah menggariskan bahawa setiap individu yang mengucapkan dua kalimah syahadah sama ada dia berlainan bangsa atau keturunan, berhak mendapat kedudukan yang sama seperti bangsa lain yang menganut agama Islam. Tegasnya, Islam sangat mengambil berat akan persaudaraan dalam Islam melalui konsep perpaduan supaya dapat wujudkan bagi mengelakkan perpecahan.


2 Oleh itu, sebagai orang Islam kita seharusnya menunaikan tanggungjawab sosial kita terhadap golongan Muallaf. Mereka mempunyai hak ke atas kita dan kita wajib menunaikannya sebagai hak Muslim kepada Muslim yang lain. Oleh itu, kita dituntut untuk memberikan bimbingan ,tunjuk ajar dan memberi kefahaman kepada mereka terhadap Islam. Sebagai orang Islam kita dituntut juga kepada saudara baru kita agar diberikan bimbingan tentang perkara yang menyentuh persoalan akidah dan syariat. Tidak lupa juga soal kebajikan dan khidmat nasihat atau kaunseling. Ini bertujuan , bagi mengelak salah faham yang mendakwa bahawa Islam itu membebankan dan menyusahkan dan sebagai cara untuk menjinakkan hati mereka yang masih lemah. Seterusnya kami akan membincangkan dengan lebih terperinci soal keperluan yang perlu diberi perhatian kepada saudara baru kita dan membincangkan sedikit akan pertubuhan atau persatuan yang telah bergiat aktif dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan Muallaf ini khususnya di Malaysia. KONSEP PERSAUDARAAN DALAM ISLAM Sebelum kita berbincang tentang keperluan atau hak yang perlu diberikan kepada golongan Muallaf atau saudara baru. Di sini kami ingin menjelaskan terlebih dahulu konsep persaudaraan dalam Islam supaya lebih jelas dengan prinsip Islam itu sendiri terhadap golongan Muallaf atau saudara baru kita. Islam ialah suatu agama dalam erti suatu dasar hidup manusia yang menjadi petunjuk kepada kehidupan manusia dan segala urusan kehidupannya. Ia meliputi bidang peribadatan yang khusus dan bidang kehidupan sosial manusia sebagai seorang anggota masyarakat dunia. Dasar hidup dan petunjuk itu adalah merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan membawa dua fungsi yang amat penting iaitu : Mewujudkan pelaksanaan yang sebenar mengenai hubungan manusia dengan Pencipta-Nya. ii) Mewujudkan pelaksanaan yang sebenar mengenai hubungan antara manusia sesama manusia. Semuanya ini jelas seperti yang dinyatakan Allah : i)

“Ditimpakan kehinaan (hilang kekuasaan) ke atas mereka di mana pun mereka berada, selain daripada mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan manusia sesame manusia.� ( Ali Imran ayat 112) Islam sebagai suatu agama dalam erti (ad din) yang meliputi keseluruhan dasar hidup dengan jelas memberi petunjuk kepada manusia mengenai hakikat hubungan manusia dengan Khaliqnya (Penciptanya) dalam bentuk sistem ibadat yang lengkap yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim. Sistem ibadat dalam Islam, membawa sistem nilainya yang tersendiri, iaitu nilai pahala. Dalam peribadatan yang khusus ini yang menjadi matlamat utamanya ialah keselamatan dan kesejahteraan (salam) di akhirat. Sebab menurut Islam, kehidupan manusia di ala mini bukanlah merupakan matlamat terakhir kerana dunia tidak dianggap sebagai


3 suatu yang merupakan Alfa dan Omega, (yang awal dan yang akhir), tetapi kehidupan itu sendiri adalah hanya merupakan suatu amanah dari Allah yang menciptanya dan keranaNya manusia bertanggungjawab terhadap amanah itu. Dengan menyedari hakikat ini, maka menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk berusaha bagi merealisasikan amanah dan perintah Allah berhubung dengan atur cara dan tatacara kehidupan manusia Muslim di dunia ini. Demikian sebenarnya pelaksanaan tauhid dalam hidup. (Faisal Othman; 1994) Merujuk kepada Ramli Awang 2003: persaudaraan daripada perkataan saudara membawa makna orang yang sama ayah dan ibunya , orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan, kawan, sahabat atau teman. Persaudaraan : bersaudara perhubungan seperti saudara pertalian yang rapat sekali (seolah-olah saudara). Namun Hakikatnya persaudaraan tidak akan berlaku tanpa wujudnya keimanan yang mendalam kepada Allah kerana persaudaraan itu perlu di asaskan oleh keimanan. Di sinilah bebezanya antara Islam dengan ajaran bukan Islam dalam soal membentuk persaudaraan. Justeru ini dapat dilihat bahawa sudara baru atau Muallaf adalah saudara Islam kita kerana keimanannya kepada Allah. Maka tanggungjawab kita untuk menunaikan hak-hak atau keperluan mereka sebagai saudara Muallaf. Seterusnya Ramli Awang 2003 menjelaskan bahawa Persaudaraan dalam Islam adalah suatu perasaan kerohanian yang lahir dari cetusan jalinan jiwa antara seorang Mukmin dengan saudara mukmin yang lain. Perasaan ini lahir dari bentuk kenyataan (tindakan) yang hidup berteraskan kepada akidah Islamiah yang sejahtera dan benar. Persaudaraan ini dimeterai dan disulami oleh jalinan rasa kasih sayang muncul dari kejernihan jiwa yang menganut akidah Islam yang teguh. Dan seterusnya memancarkan tanggapan ikhlas terhadap saudara seakidah dengannya. Ringkasnya, persaudaraan Islam itu ialah saudara seiman atau saudara seakidah kepada Allah yang Maha Esa , saudara seabdi kepada Allah yang Maha Sempurna saudara sehidup semati kerana mempertahankan agama Allah serta mengikut perintahnya dan saudara sebumbung dalam perintah Allah yang Maha Perkasa. Tegasnya, ikatan persaudaraan itu ialah ikatan keimanan bukan ikatan keturunan darah atau kerabat, perkauman , kesukuan atau puak, bukan juga kepentingan kebendaan dan keluarga sebagaimana peristiwa Nabi Nuh dengan anaknya yang ingkar dan kisah sahabat baginda Mus’ab bin ‘Umayr dengan saudara kandungnya. Persaudaraan umum menurut Islam Menurut Ramli Awang , 2003 , Dalam ajaran Islam , sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadat , maka mereka dianggap bersaudara. Tegasnya Muslim-Mukmin yang benar , kurang benar, lalai, melakukan maksiat, yang beriltizam dengan hukum Islam ataupun tidak , semua itu tetap ada hubungan persaudaraan antara mereka selama mana masih ada buah keimanan dengan Allah di dalam hatinya atau dengan kata-kata yang lain selama mana ia tidak menjadi murtad atau keluar dari Islam. Justeru, keimanan itu tanda persaudaraan sesama Muslim yang lain. Teras Persaudaraan dalam Islam


4

Menurut Mahmud Mohamad Babeli 2002: Persaudaraan sejati tidak akan terlaksana tanpa dipenuhi syarat-syaratnya. Syarat-syarat ini hendak dijaga dan dipelihara agar persaudaraan yang terjalin itu mendapat keredaan daripada Allah. Syarat-syarat ini juga telah disusun oleh Abdul Aziz Ismail 1995 dan ada juga disebut oleh Ramli Awang 2003. Persaudaraan dalam Islam sangat berkait rapat dengan hubungan sesama manusia itu sendiri. Menurut Abdul Aziz Ismail 1995 , Dalam mewujudkan persaudaraan Islam harus dipenuhi beberapa syarat sebagai teras persaudaraan iaitu pertama, persaudaraan kerana Allah. Persaudaraan dapat diwujudkan dengan baik sekiranya persaudaraan itu sematamata mencapai reda Allah dan ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa cenderung kepada kebendaan dan keduniaan, sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda: “Seseorang yang mengunjungi saudaranya di desa lain, Maka Allah mengutuskan malaikat untuk mengikutinya. Ketika Malaikat menemuinya, ia berkata, hendak pergi ke mana? Ia menjawab; aku ingin menyambung silaturrahim dengan saudaraku di kampung ini. Malaikat terus bertanya, Apakah kamu akan memberi sesuatu kepada saudaramu? Dia menjawab: Tidak, Melainkan aku mencintai dia kerana Allah semata-mata. Malaikat berkata: Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, mengkhabarkan bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah� (Hadis Riwayat Muslim) Justeru, kita dapat lihat akan kepentingan mencintai saudara kita biarlah sematamata kerana Allah. Begitu juga kepada golongan Muallaf, mereka juga sebahagian daripada saudara kita yang perlu kita cintai semata-mata kerana Allah. Kedua ialah iman dan takwa. Setiap Muslim dikira bersaudara sekiranya memiliki iman dan takwa. Sebagaimana firman Allah surah al-Hujurat ayat 10: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat�. Apabila persaudaraan Islam itu dilaksanakan berlandaskan iman dan taqwa , maka hubungan yang terjalin akan menjadi lebih kukuh dan kuat dalam bersatu menegakkan Islam. Ketiga iaitu mesti bertanggungjawab terhadap manhaj Islam. Mematuhi segala hukum-hukum Allah. Persaudaraan yang dibina tanpa mengikut syariat atau garis panduan yang ditetapkan Islam ia tetap salah dan tidak diterima oleh Allah. Keempat iaitu nasihat kerana Allah. Persaudaraan yang sebenar ialah tatkala ia sentiasa berfikir untuk umat Islam yang lain atau mengambil berat akan hak-hak saudaranya. Sekiranya umat Islam mengambil berat akan keadaan umat Islam dengan sentiasa memberi bimbingan atau nasihat, Maka, akan terlaksanalah amar makruf nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan , mencegah kemungkaran. Dan terakhir iaitu kelima ialah setia memberi pertolongan. Persaudaraan Islam itu ialah yang benar-benar kasih akan saudaranya akan sentiasa memberi pertolongan ketika


5 susah dan bersama-sama ketika senang dan sentiasa merasai kenikmatan ukhuwah sesama umat Islam. Tambahan lagi, saling bantu-membantu ini sebagai tanda kasih sayang sesama manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 iaitu: â€œâ€ŚDan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong untuk melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa Yang melanggar perintah-Nya)â€?. Ini jelas, membuktikan bahawa, persaudaraan itu dibina atas saling tolong-menolong untuk kebaikan dan melahirkan rasa takwa kepada Allah Taala. Justeru, umat Islam sekarang perlu sedar dalam memberi sumbangan kepada saudara baru dan mengetahui peranan masing-masing dalam membentuk persaudaraan yang telah digariskan oleh Islam. Sekiranya umat Islam sedar akan kepentingan persaudaraan dalam Islam, maka tidak sukar bagi masyarakat Islam untuk berperanan bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan atau kerajaan dalam membantu saudara baru kita yang telah memasuki Islam atau digelar juga sebagai Muallaf. Tanggungjawab Persaudaraan Berikut ialah garis panduan yang telah disusun oleh Ramli Awang , 2003 .Tali persaudaraan tidak akan wujud tanpa dilaksanakan beberapa tanggungjawab terhadap hubungan tersebut. Antara perkara praktikal yang dapat memperkukuhkan hubungan persaudaraan sesama insan khususnya tanggungjawab umat Islam kepada saudara baru atau Muallaf ialah: 1) Hendaklah dimaklumkan bahawa ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi

2)

3)

4)

5)

dirinya sendiri. Perkara ini lahir dari tuntutan iman kerana ajaran Islam mengajar umatnya mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai diri sendiri. Sebagaimana kita memenuhi keperluan diri sendiri, kita juga dituntut untuk memenuhi keperluan saudara baru atau Muallaf yang kekurangan. Hendaklah sentiasa mendoakan untuk kebaikan saudaranya walaupun berjauhan. Ini kerana doa merupakan senjata bagi orang Islam, semoga dengan talian doa ini, mencetuskan rasa kasih sayang dan mengambil berat sesama saudara baru atau Muallaf. Berjabat tangan atau bersalaman apabila bertemu dengan saudara-saudaranya. Ini merupakan faktor penting ,kerana di dalam Islam tidak memberatkan Muallaf dengan keluarganya masih kekal dan masih boleh berhubung selagi tidak menyuruh yang bertentangan dengan agama. Saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain dari semasa ke semasa kerana Allah.Ini merupakan jalan terbaik bagi mengambil hati saudara baru yang masih perlu dijinakkan hatinya supaya ia tidak kembali kepada agama asalanya. Namun, kita dapat lihat pada zaman kini, masyarakat kurang prihatin dengan masyarakat di sekelilingnya, sedangkan ia sangat dituntut oleh agama agar memenuhi tanggungjawab Muslim itu dengan sentiasa kunjung-mengunjungi sahabat-sahabat dan jiran-jiran bagi mengeratkan hubungan silaturahim. Hendaklah mengucapkan tahniah kepada saudaranya pada waktu yang sesuai dengan ucapan-ucapan yang boleh menggembirakan saudaranya. Ini juga perkara yang perlu


6 dilakukan kerana ia menzahirkan rasa kasih sayang dan mengambil berat serta meraikannya dalam setiap yang dilakukan oleh saudara baru atau Muallaf sebagai tanda penghargaan kerana telah dipilih oleh Allah untuk memasuki agama Islam yang diredai oleh Allah. 6) Hendaklah saling memberi hadiah atau buah tangan.Ini bertujuan bagi memupuk semangat persaudaraan dan berkesinambungan dengan ucapan tahniah atau rasa syukur dengan dibuktikan melalui pemberian kepada saudara baru kita agar terjalin hubungan lebih rapat supaya saudara baru kita rasa dihargai. Iaitu pemberian yang boleh mencukupkan keperluan dan menambahkan kegembiraan saudara baru. 7) Hendaklah memberi keutamaan dalam menunaikan hajat saudaranya.Ini merupakan peranan Muslim bagi meraikan tanggungjawab kepada golongan Muallaf dengan mendahulukan keperluan-keperluan agar saudara baru dapat melihat keindahan akhlak yang diajar oleh Islam kepada umatnya sebagai satu tanggapan positif sudara baru kepada umat Islam. 8) Hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan secara sempurna. Antara hak-hak persaudaraan yang digariskan oleh Islam ialah: memberi salam ketika bertemu dan menjawab salam, melawat pesakit dan mengiringi jenazah, menerima undangan, mendoakan , menolong orang yang bersumpah dengan membayar kifarat, menolong orang yang teraniaya, mengambil berat terhadap nasihat saudaranya, melapangkan saudara terhadap kesusahan yang menimpanya, meringankan beban, tidak mengambil tahu keaiban orang lain , serta menjauhi dari menyakiti dan saudaranya seperti menghina, mengelar dengan gelaran yang tidak disukai dan sebagainya. Ini merupakan hak-hak yang dipertanggungjawabkan Muslim terhadap Muslim yang lain tetapi ia juga bertepatan untuk memenuhi keperluan bagi seorang Muallaf atau saudara baru. Biarpun, keperluan ini kelihatan kecil dan sering dipandang remeh oleh masyarakat tetapi sangat besar oleh kaca mata Islam bagi memenuhi tuntutan keperluan terhadap saudarasaudaranya. Tegasnya, dalam persaudaraan dan persahabatan itu terkandung di dalamnya seperti berikut: hak dalam harta benda, hak dalam memberi bantuan dengan jiwa raga, hak memelihara lidah dan hati, hak memelihara ucapan dan percakapan, hak memaafkan, hak mendoakan, hak menepati janji dan ikhlas hati dan seterusnya hak memberikan kemudahan dan pertolongan dan banyak lagi hak-hak yang perlu diberi oleh saudara seagama dengan kita seperti yang telah dituntut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. DEFINISI MUALLAF Bagi saudara baru atau Muallaf mereka antara insan yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengenali apa itu Islam dan berpeluang menikmati kasih sayang Allah. Erti Muallaf mempunyai pelbagai maksud dan banyak definisi. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) Muallaf bermaksud seseorang yang belum memeluk Islam tetapi cenderung dengan Islam. Manakala menurut Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik dengan Islam. Pada pandangan sekumpulan ilmuan Arab, Muallaf bererti tunduk, menyerah, dan pasrah. Sedangkan dalam pengertian Islam Muallaf digunakan untuk menunjukkan seseorang yang baru memeluk agama Islam.


7 Menurut Mohd.Tamyes bin Abd.Wahid Muallaf boleh diertikan sebagai mereka yang memeluk agama Islam dan imannya masih lemah. Menurutnya lagi Muallaf atau saudara baru ialah orang yang dijinakkan hatinya termasuk juga dalam kategori Muallaf ini ialah orang yang lemah niatnya di dalam Islam. Selain itu, Muallaf ialah golongan yang diharapkan terhapus niat jahat mereka terhadap orang-orang Islam atau mengharap kebaikan daripada mereka dalam menolong dan mempertahankan orang-orang Islam. Merujuk kepada Nur Athirah Masyaa’il Tan dan Fariza Md Sham yang memetik penulisan Anuar Puteh (2005) saudara Muslim merupakan mereka yang telah melafazkan kalimah syahadah dan golongan Muslim yang wajar diberi bimbingan dan perhatian oleh golongan yang berkelayakan. Manakala takrif lain, yang lebih jelas memberi pengertian saudara Muslim sebagai orang yang dipujuk dan dijinakkan hatinya dengan harapan dapat menguatkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam atau orang yang dipujuk supaya tertarik untuk masuk Islam (Amran kasimin 1985). Antara definisi Muallaf yang dipetik lagi iaitu menurut Ahmad Redzuwan Yunus dan Nur Kareelawati Abd Karim (2005) mentakrifkan bahawa saudara Muslim adalah kalangan manusia yang baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman mereka. Saudara Muslim juga diertikan sebagai segolongan manusia yang kufur dan memeluk Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat kepada asnaf Muallaf adalah wajib bertujuan untuk memotivasikan serta menguatkan pegangan akidah Islamiah yang baru dianuti (Nur Athirah Masyaa’il Tan dan Tan Ai Pao ( 2007). Kemudian telah dibuat kesimpulan bahawa saudara Muslim dari segi definisi semasa ialah mereka yang dijinakkan hati mereka untuk menerima Islam dan telah melafazkan dua kalimah syahadah. Pemberian zakat adalah bertujuan untuk memberi dorongan dan memantapkan lagi keislaman mereka serta beramal dengan ajaran Islam. PENDEDAHAN USLUB DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU Seorang Muallaf juga boleh diberikan uslub dakwah bagi mempertingkatkan nilai agama dalam diri dan disebarkan kepada orang lain. Firman Allah yang maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk” ( Al-Nahl; 125 ). Langkah –langkah yang jelas, terang yang telah di pelopori oleh Nabi s.a.w. sejak baginda diutuskan sehingga baginda wafat. Kita dikehendaki menyusuri peringkat gerakan ini selangkah demi selangkah supaya urusan kerja menjadi jelas . Kita mengikuti perjalanan dalam gerakan Islam, maka perlulah kita meneladani langkah-langkah yang digerakkan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan firman Allah S.W.T, maksudnya: “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa


8 mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” ( Al-Ahzab : 21 ) Secara umumnya terdapat dua kalimah yang selalu di pakai dalam perbincangan dakwah Islamiah kini, iaitu “ manhaj” dan “ uslub”. Manhaj ialah garis perancangan dan program yang serba tersusun. Bagaimanapun, dalam perbincangan ini penulis akan memberi tumpuan dakwah ( Rabi’ bin Hadi ;1992; 19 ). Secara umumnya Uslub dakwah terbahagi kepada tiga bahagian. Dari sudut kajian psikologi masyarakat Islam kini, ketiga-tiga asas utama ini merupakan metodologi ilmiah dakwah Islamiah. Ketiga-tiga asas utama tersebut adalah: 1- Pendekatan secara hikmah dan nasihat yang bijaksana. 2- Pendekatan secara mujadalah atau perbincangan yang baik. 3- Pendekatan melalui contoh ikutan dan kekuatan. Pertama : pendekatan secara hikmah dan nasihat yang bijaksana Uslub hikmah ialah seruan dengan cara yang adil, ilmu pengetahuan dan dengan lemah lembut. Dari segi istilah syarak uslub hikmah ialah kebenaran tutur kata berserta dengan amal perbuatan. Ditilik dari segi peranan pendakwah uslub hikmah ini boleh dicernakan kepada tiga bentuk “ uslub al-hikmah”. a) Uslub hikmah melalui tindakan atau tingkah- laku. b) Uslub hikmah melalui sikap c) Uslub hikmah ucapan, percakapan atau kata-kata, seperti pengajaran daripada maksud ayat “ al- Mau’izah al-Hasanah” 1. Uslub hikmah Tingkah Laku Berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran surah al-Isra’ : 23-39, terdapat dua belas pesanan yang mengandungi dua belas hikmah tingkah laku atau disebut “ hikmah alsuluk”. Tujuh pesanan yang berbentuk larangan, iaitu tingkah laku negatif dan lima pesanan berbentuk suruhan, iaitu yang positif. i. Hikmah tingkah laku negatif yang perlu dijauhi ialah: a. Larangan beribadat kepada selain daripada Allah, iaitu suatu penegasan supaya tidak syirik terhadap Allah Taala. b. Larangan Allah daripada kebakhilan dan keborosan. c. Larangan Allah daripada membunuh kanak-kanak kerana takut terjadi fakirmiskin. d. Larangan Allah daripada perzinaan. e. Larangan membunuh diri ( jiwa ) yang telah diharamkan oleh Allah kecuali dengan kebenaran “ al-haq” dan larangan daripada melampaui batas dalam hukuman qisas. f. Larangan Allah daripada menghampiri ( menggunakan ) harta anak yatim melainkan dengan cara yang dihalalkan oleh hukum Islam. g. Larangan Allah daripada takbur atau berbangga dan sombong diri. ii.

Hikmah tingkah laku yang positif.


9 a) Perintah Allah supaya beribadat kepadanya sahaja. Seruan ini adalah perintah

b) c)

d) e)

daripada uslub kalimah tauhid yang bermaksud; Tiada Tuhan ( yang disembah) melainkan Allah. Perintah Allah supaya melaksanakan Ehsan kepada kedua-dua ibu bapa, serta tidak bersikap kasar dan supaya memuliakan mereka. Perintah Allah supaya menghubungkan silaturahim, membelanja dan menyara diri mereka sesama Islam, fakir miskin, orang yang dalam perjalanan ( musafir ) dan lainnya, serta tidak bersikap kasar dan supaya memuliakan mereka. Perintah Allah supaya sentiasa setia kepada janji, kerana janji adalah suatu tanggungjawab dan kewajipan yang mesti ditunaikan ( . Perintah Allah supaya berlaku adil dan saksama dalam urusan timbang menimbang atau sukat menyukat ( Abdul Ghafar, Berhanundin, Zulkefli: 2007:21-25 ).

2. Uslub hikmah melalui sikap

Yang mana ia dapat memperbaiki mad’u ( sasaran dakwah ) sehingga meninggalkan perubahan berkesan dalam kehidupan keinsanannya. Contohnya ialah sikap yang telah ditunjukkan oleh para sahabat, tabiin dan pendakwah-pendakwah dengan uslub hikmah yang dijalin kuat dengan ilmu pengetahuan dan sikap lemah lembut. Sikap secara hikmah ini dijelaskan oleh al-Quran ketika merujuk kepada pendirian nabi Ibrahim a.s terhadap ayahandanya, kaumnya yang kufur, berhalaberhala, sikap terhadap pemerintah yang zalim, iaitu Namrud. Melalui sikap inilah para Muallaf akan mencontohi mereka. Sebagai contoh dalam akhlak keperibadian Islam, apabila seseorang Muslim itu melakukan sesuatu pekerjaan berlandasan ajaran agama dan apa yang di tinggal oleh Rasulullah s.a.w mereka lebih tenang dalam agama baru mereka ini ( Che Yusoff, Syamsul; 1997; 2-4 ). 3. Uslub Hikmah Melalui Nasihat Yang Baik

Uslub nasihat dan peringatan atau Tadhkirah. Sasaran dan tujuan uslub ini adalah untuk menanamkan kebaikan ke dalam hati seseorang mad’u. Uslub nasihat ini amat dikehendaki dalam dakwah. Begitu juga dalam membimbing para-para saudara baru kita, dengan cara ini mereka lebih yakin pada apa yang mereka pegang sekarang dan juga mereka tidak akan merasakan kehidupan baru mereka tidak di sisihkan dengan nasihat yang boleh memberangsangkan minat mereka dalam menghayati Islam dengan lebih dalam lagi. Kedua: Uslub Mujadalah dengan cara yang Terbaik Mujadalah sebagai uslub dakwah adalah perbincangan atau dialog yang bertujuan untuk melahirkan kebenaran atau al-Haq. Firman Allah, maksudnya: "serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik;


10 Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunju�. ( surah al-Nahl ; 125 ). Mujadalah sebagai suatu pemilihan uslub dakwah hendaklah terikat dengan tujuan dan caranya untuk memenuhi tujuan dakwah Islamiah. Ia juga hendaklah jelas tujuan dan matlamatnya semata-mata kebenaran dengan wasilah atau sebutan yang sebaiknya. Mujadalah juga termasuklah kemampuan menghujahkan sesuatu perkara yang benar dengan dalil-dalil yang diyakini, sama ada dalil al-Quran dan al-Hadis atau dalil yang dapat mematahkan hujah pihak lawan menolak kebenaran Islam. Sebagai pendakwah kita seharusnya mendedahkan kepada Muallaf tentang cara bermujadalah agar mereka dapat melawan kata-kata kawan-kawan mereka yang masih dalam agama asal. Dengan cara ini mereka boleh menegakkan pegangan baru ini dan menegaskan perbahasan mereka dengan hujah yang bernas seterusnya dapat mematahkan musuh mereka. Ketiga : Uslub Contoh Teladan dan Kekuatan Qudwah dan kekuatan adalah dua uslub dakwah yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Uslub melalui qudwah hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih terang untuk dilaksanakan. Manakala uslub dengan kekuatan pula ialah tindakan yang berdasarkan kepada kekuatan, kemampuan dan kekuasaan matlamat serta kesucian citacita yang hendak ditujui. Kedua-dua uslub ini berbeza, tetapi saling melengkapi. KEPERLUAN ROHANI TERHADAP MUALLAF DARI SEGI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Tolong-menolong merupakan salah satu tuntutan Islam yang bersifat universal. Pertolongan dalam Islam merangkumi skop yang luas, termasuk bantuan kaunseling dan bimbingan yang boleh dikategorikan sebagai Fardh al-kifayah. Pertolongan melalui bimbingan dikira sebagai ibadat, sejajar dengan keluasan skop ibadah dalam Islam. Ini bermakna pertolongan ini juga tertakluk pada hukum dan adab Islam. Rasional perlunya bimbingan daripada perspektif Islam kerana prinsip perkhidmatan bimbingan meyakini bahawa manusia itu pada asasnya sangat lemah dan kehendaknya adalah terbatas. Dengan bimbingan saudara Muslim akan mendapat peluang menyedari dan mengenali dirinya dan seterusnya dapat mengenali Tuhanya. Saudara Muslim dalam istilah asalnya dikenali sebagai “Muallaf� merupakan sebahagian daripada masyarakat Muslim di Malaysia yang boleh dikategorikan dalam Prinsip Pendekatan Islam Hadhari yang ketujuh, iaitu Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. Saudara Muslim mengalami beberapa tahap psikologi sebelum dan selepas memeluk Islam. Setelah individu itu menemui sesuatu hakikat kebenaran yang dicari, diterokai, dikaji dan dianalisis iaitu kesahihan dan keindahan ajaran Islam.


11 Maka individu tersebut dengan kerelaan hati akan mengucapkan dua kalimah syahadah dan seterusnya berkomitmen dengan ajaran Islam. Namun yang demikian, dalam proses menemui sinar Ilahi itu, saudara Muslim akan melalui beberapa tahap yang memerlukan ilmu, kesabaran, dorongan, sokongan, bimbingan dan motivasi yang berterusan untuk menghadapi setiap tahapan tersebut sehinggalah membawa kepada tahap ketenangan dalam al-makrifatullah.

Cabaran psikologi saudara Muslim Halangan, rintangan serta cabaran tetap akan berlaku lantaran sesuatu perubahan atau tindakan. Itulah hakikat dalam kehidupan manusia. Berat atau ringannya sesuatu cabaran untuk dihadapi bergantung kepada kekuatan dalaman dan sokongan luar pada dirinya tersebut. Secara umumnya cabaran-cabaran yang dihadapi oleh saudara Muslim boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman yang dihadapi oleh saudara Muslim ialah kesan spiritual dan tekanan psikologi sebelum memeluk Islam dan setelah memeluk Islam. Antaranya ialah tekanan spiritual untuk mencari dan memiliki kebenaran dan agama yang benar. Keduanya tekanan psikologi terkesan melalui bangkangan keluarga sebelum san sesudah memeluk Islam. Ketiganya tekanan psikologi untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru dan seterusnya keperluan untuk menjadikan diri sebagai role-model. Menurut Faudzi Naim Hj Badaruddin (2005), cabaran luaran lebih menjurus kepada perkara-perkara yang muncul daripada luar diri saudara Muslim itu sendiri dan sekaligus telah memberi kesan yang amat mendalam jika dibandingkan dengan kesan cabaran dalaman. Cabaran-cabaran luaran dapat dilihat daripada persepsi penerimaan masyarakat Islam melalui perkahwinan terutamanya masyarakat Melayu. Mereka mempertikaikan tujuan saudara Muslim memeluk Islam dengan mengandaikan bahawa saudara Muslim memeluk Islam disebabkan faktor perkahwinan. Keadaan ini membuatkan saudara Muslim merasa sedih dan kecewa. Keduanya, tentangan yang diberikan oleh ibu-bapa dan ahli keluarga saudara Muslim, kaum keluarga dan anggota masyarakat yang hampir dengan mereka. Manakala yang selebihnya dilihat daripada soal bantuan yang ditawarkan kepada saudara Muslim daripada segi kewangan, pekerjaan dan juga tempat tinggal. Di samping itu, saudara Muslim di awal pengIslamannya setelah mendapat tentangan keluarga dan diberhentikan kerja oleh majikan juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi meringankan beban masalah yang mereka hadapi.


12

Melihat kepada cabaran-cabaran dalaman serta luaran yang dihadapi oleh saudara Muslim maka tidak mustahillah saudara Muslim juga berkemungkinan besar akan menghadapi tekanan dari segi psikologi seperti kemurungan, kekeliruan, kerisauan dan kegelisahan yang tinggi, stress dan lebih dari itu ialah hilang akal. Tekanan spiritual penghayatan agama Fitrah semula jadi manusia berkehendak kepada agama. Tidak kira bangsa sekalipun fitrah beragama merupakan agenda utama dalam mengatur kehidupan dunia mereka. Agama Islam merupakan agama yang benar di sisi Allah S.W.T dan mempunyai garis panduan peraturan hidup yang lurus lagi jelas melalui sumber utama, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Agama Islam adalah agama yang dibawa oleh para Rasul. Semua Rasul telah mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t. Mereka telah menyampaikan risalah yang sama dan dakwah yang sama, iaitu mengesakan Allah s.w.t. Dalam kajian psikologi menunjukkan, dalam diri manusia secara tabiinya mempunyai dorongan yang akan mendorongnya mencari hakikat tentang sesuatu kebenaran sehingga ia berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Dalam soal mencari kebenaran agama, seseorang yang bukan Muslim akan membuat analisis dan melakukan penilaian terhadap kebenaran sesuatu agama yang sesuai dengan fitrah dirinya. Akhirnya, apabila telah dikenal pasti sesuatu agama yang memberi ketenangan jiwanya, maka ia akan meneruskan pencarian sehingga akhirnya mendapati agama Islam menepati fitrah tabii manusia berkehendakkan ketuhanan yang hak dan beramal dengan ajaran-Nya sehingga dirinya merasai ketenangan dan kebahagiaan yang mutlak. Sepanjang proses pencarian kebenaran sesuatu agama itu, saudara Muslim akan menghadapi situasi kesamaran, ketidakyakinan, kekeliruan dan kesangsian dalam diri mereka yang akhirnya membawa kepada cabaran spiritual dalam pencarian dan menentukan agama yang seiring dengan fitrah dirinya. Tekanan psikologi daripada keluarga, keluarga angkat, dan masyarakat Pelbagai cabaran ditempuh oleh saudara Muslim semasa dan selepas memeluk agama Islam. Di antaranya mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga kandung yang belum menukar agama. Sikap pemulauan ke atas diri saudara Muslim, kenyataan tidak mengakui anak kandung oleh bapa, tidak dibenarkan pulang ke rumah dan putusnya segala perhubungan samada dari segi kekeluargaan, kewangan, dan hubungan sosial yang lain, benar-benar mengganggu emosi dan seterusnya menyebabkan tekanan perasaan. Kebiasaannya saudara Muslim menukar agama kerana berhasrat mendapatkan bantuan kewangan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri Muslim. Segala tohmahan tersebut membuatkan saudara Muslim berusaha untuk membuktikan kepada semua masyarakat bahawa harta kekayaan bukan unsur terpenting dalam kehidupan, tetapi


13 ilmu yang membentuk peribadi dan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah s.w.t lebih tinggi nilainya daripada segala-segalanya. Tekanan juga boleh datang daripada keluarga angkat. Keluarga angkat perlu memahami keperibadian anak angkat yang berstatus saudara Muslim, memahami adat resam mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk diamalkan, memberi kebebasan kepada saudara Muslim untuk membuat pilihan dalam kehidupannya dan yang utama ialah mengajar ajaran Islam seperti fardhu ain dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada saudara Muslim akan memberi impak positif agar saudara Muslim terus maju dan bermotivasi tinggi untuk mendalami ajaran Islam. Sikap iri hati dan hasad dengki kepada saudara Muslim yang berusaha memajukan kehidupan agar lebih baik daripada yang sebelumnya juga perlu dijauhi oleh masyarakat. Masyarakat seharusnya memberi dorongan, sokongan, nasihat dan motivasi kepada saudara Muslim agar lebih maju ke hadapan. Perkara ini penting kepada saudara Muslim juga merupakan salah satu agen utama dan mempunyai kepentingan dalam dakwah Islamiyyah. Tekanan psikologi penyesuaian diri Setelah saudara Muslim memeluk Islam, maka akan wujud sesuatu perubahan dalam dirinya dan sudah pasti menzahirkan perbezaan-perbezaan dalam kehidupannya. Ini bermakna sebelum dan selepas memeluk Islam, saudara Muslim akan menghadapi corak dan gaya hidup sebagai seorang Muslim. Seorang Muslim dipertanggungjawabkan dengan segala hukum syarak setelah selesai mengucap dua kalimah syahadah. Sebahagian saudara Muslim yang baru memeluk Islam, mengakui segelintir masyarakat Melayu Muslim memberi bimbingan utama dengan mengubah cara hidup saudara Muslim. Misalnya, menyediakan pakaian baju kurung bagi saudara Muslim wanita, mengajar memakai kain sarung, mendidik makan dengan tangan, tidak boleh makan dengan menggunakan sepit, memakai jubah dan serban, tidak perlu ziarah atau menyambut perayaan seperti Tahun Baru Cina. Dengan suasana sebegini, jelas menunjukkan masyarakat tidak cuba memahami bahawa kemungkinan wujudnya sensitiviti dalam kalangan saudara Muslim kerana perlu mengubah segala cara dan gaya hidup mereka selama ini yang mana perbuatan dan pemakaian tersebut tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Antara bimbingan dan garis panduan yang dapat dinyatakan di sini termasuklah dengan memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat Islam tentang saudara Muslim dan cabaran-cabaran psikologi yang dihadapi mereka. Selain itu, kita juga dapat menggariskan beberapa pendekatan yang berkesan kepada masyarakat dalam mengendalikan bimbingan dan kebajikan kepada saudara Muslim. Dan akhir sekali, kita juga boleh membantu pihak-pihak yang berwajib dan NGO yang berkaitan dalam bimbingan dan memberi kebajikan dan kaunseling kepada saudara Muslim yang menghadapi cabaran psikologi. Persoalan seperti keluarga angkat tidak mengajar solat dan fardu ain yang lain tidak seharusnya timbul dalam kalangan masyarakat Islam. Tekanan untuk menyesuaikan diri


14 saudara Muslim yang berterusan akan memberi kesan negatif dalam pemantapan aqidah mereka dan seterusnya memberi kesan kepada penghayatan dan pengamalan agama Islam. Maka, masyarakat Melayu Islam harus mengambil peranan dalam membimbing saudara Muslim ini agar terus berada dalam landasan Islam yang benar. Saudara Muslim adalah mereka yang dijinakkan hati mereka untuk menerima Islam dan menukar pegangan agama mereka kepada agama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah. Pelbagai cabaran psikologi yang dihadapi oleh saudara Muslim dalam proses memeluk agama Islam. Cabaran psikologi ini perlu difahami oleh masyarakat khususnya pendakwah agar program-program penghayatan ajaran Islam lebih berkesan. Saudara Muslim yang berjaya menghadapi ajaran Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan pasti akan mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. KEPERLUAN ROHANI BAGI MUALLAF DARI SUDUT PENDIDIKAN DAN BIMBINGAN Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan agama Muallaf. Antaranya ialah faktor pengisian program agama. Pemantapan akidah amat penting bagi seorang Muslim kerana akidah yang mantap sahaja dapat menghalang unsur-unsur yang negatif seperti ajaran sesat, gejala murtad, masalah sosial dan pengaruh luar. Antara program agama yang perlu dianjurkan kepada golongan Muallaf ialah kelas bimbingan agama. Tujuan kelas bimbingan agama ini adalah untuk memberi kefahaman Islam sebagai satu jalan kehidupan agar golongan Muallaf tidak ketinggalan dalam bidang keilmuan. Selain itu, kelas bimbingan agama ini bertujuan utuk memberi motivasi kepada golongan Muallaf ke arah memantapkan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kelas bimbingan ini juga sebagai satu pusat pertemuan dan sumber ilmu bagi semua golongan Muallaf. Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa pengisian program agama kepada golongan Muallaf adalah satu faktor yang diandaikan dapat menyumbang kepada perkembangan kognitif, emosi, tingkah laku, dan rohani golongan Muallaf dalam agama. Tanpa pendidikan atau bimbingan agama Islam, golongan Muallaf mengalami pelbagai masalah. Antaranya ialah masalah emosi yang timbul akibat daripada penolakan ajaran agama Islam dalam kalangan ahli keluarga golongan Muallaf, masalah ekonomi yang timbul akibat daripada sekatan kewangan daripada ahli keluarga golongan Muallaf dan masalah murtad yang timbul akibat daripada gangguan keimanan. Masalah penolakan ahli keluarga dan ekonomi adalah dua masalah yang boleh dibantu oleh pihak lain bagi menjamin kesejahteraan emosi golongan Muallaf. Namun begitu, masalah murtad adalah masalah yang perlu diatasi oleh golongan Muallaf itu sendiri, walaupun ia adalah masalah yang boleh dibantu oleh pihak lain seperti Pusat Bimbingan Saudara baru. Ini adalah kerana isu murtad melibatkan isu keimanan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya, memerlukan kekuatan rohani golongan Muallaf dan pemerkasaan proses pembelajaran agama di pusat bimbingan agama. Konsep Pengetahuan Agama Untuk Golongan Muallaf


15 Konsep pengetahuan agama untuk golongan Muallaf adalah tidak berbeza dengan konsep pengetahuan agama untuk semua umat Islam. Dalam Islam, pengetahuan agama adalah bersumberkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Menurut al-Ghazali, pengetahuan agama ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu mu’amalah dan ilmu mukasyafah. Ilmu mu’amalah ialah ilmu yang menjadi jalan untuk menuju kepada ilmu mukasyafah dan dituntut mengamalkannya setelah diketahui. Manakala ilmu mukasyafah atau ilmu batin ialah ilmu yang hanya dituntut mengetahuinya sahaja kerana ia adalah ilu yang memakai rumus dan isyarat yang berbentuk contoh dan kesimpulan. Dalam konteks golongan Muallaf, ilmu pengetahuan agama yang wajar diberikan kepada mereka ialah ilmu mu’amalah. Ilmu mu’amalah terbahgai kepada dua kategori iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Menurut al-Ghazali, ilmu fardu ain ialah ilmu syariat dan ilmu fardu kifayah ialah ilmu bukan syariat. Ilu fardu ain ialah apa yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama seperti ilmu agama (tauhid, akidah, akhlak dan fiqh). Manakala ilu fardu kifayah ialah apa yang mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat tanpa melihat kepada individu tertentu seperti kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekonomi, kimia dan fizik. Bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang Muslim dalam sesebuah masyarakat itu yang mempelajarinya. Ini bererti pengetahuan agama yang disampaikan kepada golongan Muallaf adalah sama seperti apa yang disampaikan kepada umat Islam yang lain. Ia perlu dirancang secara sistematik meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak. Bagi memastikan golongan Muallaf memahami tentang pendidikan Islam, kita seharusnya membimbing mereka dengan mata pelajaran agama. Antara mata pelajaran yang perlu terhadap golongan Muallaf adalah : 1) Ilmu Fiqh Ilmu fiqh diperkenalkan kepada golongan Muallaf dalam bentuk praktikal iaitu memahami hukum amali secara khusus. Contohnya, mempelajari tentang thaharah yang meliputi kaedah bersuci, hukum dan alat yang dibolehkan dalam istinjak, bahagian air, najis dan cara menyucikannya, hadas kecil, hadas besar dan tayamum. Kemudian, diajarkan tentang solat dari segi pengertian, syarat-syarat wajib, rukun solat, perkara yang membatalkan solat serta perkara sunat sebelum dan selepas solat. Seterusnya, solat jemaah, solat sunat seperti sunat rawatib, witir, istikharah, jamak dan qasar. Akhir sekali, mereka diberi bimbingan tentang puasa, zakat, dan haji khususnya. 2) Ilmu Tauhid

Mata pelajaran ilmu tauhid diterangkan kepada golongan Muallaf secara sistematik. Anta pembelajaran yang terkandung dalam ilmu tauhid ini adalah pengertian iman, Islam, Muallaf, syahadah, sifat Allah, sifat rasul serta nama dan tugas malaikat. Kemudian, mengenai nama-nama Rasul yang wajib diketahui, kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi dan Rasul, hari kiamat, keadaan mahsyar, syurga dan neraka. Seterusnya, pembelajaran tentang perkara sam’iyyat, khurafat dan cirricirinya serta pengertian tentang qada’ dan qadar. Akhir sekali, pendidikan tentang


16 ilmu ini diterangkan perkara yang membatalkan syahadah, kufur dan cirri-cirinya, syirik, murtad dan munafik. Ilmu ini meliputi Rukun Iman, Rukun Islam dan Ehsan. 3) Ilmu Akhlak

Ilmu ini perlu dipelajari oleh golongan Muallaf untuk membentuk peribadi Muslim. Antara kandungan ilmu ini yang menjadi pembelajaran terhadap golongan Muallaf adalah berkaitan dengan akhlak terhadap ibu bapa, masyarakat, rakan-rakan, guru, ketua, Rasulullah S.A.W, kebersihan pakaian dan tempat tinggal serta kebersihan jasmani dan rohani. Kemudian, adab makan, minum, bercakap, keluar dan masuk rumah adab tidur, adab masuk dan keluar masjid, adab dengan tetamu serta dab berziarah. Seterusnya, pendedahan terhadap sifat mahmudah dan sifat mazmumah.

4) Ilmu al-Quran

Ilmu al-Quran berasaskan kepada asas-asas tilawah al-Quran. Golongan mullaf perlu diberi penekanan tentang bimbingan ilmu ini supaya mereka bukan sahaja boleh menghayati pengertian di sebalik makna ayat yang dipelajari, tetapi boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul dan tartil. Pengajaran terhadap menegenal baris, menegnal huruf al-hijaiyyah dan menyebutnya dengan sebutan huruf dan membaca kalimah tersebut mengikut lughah Arab. Kemudian, pembelajaran tentang surah al-Fatihah hinggan an-Naba’ serta menghafal ayat-ayat lazim. Proses pengajaran yang diamalkan terhadap golongan Muallaf adalah secara berperingkat-peringkat. 5) Ilmu Sirah

Pembelajaran yang berkait rapat dengan kisah para Nabi dan Rasul. Penceritaan tentang kisah mengenai masyarakat jahiliyyah sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W, kelahiran Rasulullah S.A.W, keturunan Rasulullah S.A.W di sbeelah bapa dan ibu. Pendidikan tentang ilmu sirah ini juga menceritakan tentang kepimpinan Rasulullah S.A.W, pergaulan Rasulullah S.A.W dengan isteri-isterinya serta perlantikan Rasulullah S.A.W menjadi rasul. Kisah kisah peperangan yang berlaku pada zaman Rasulullah, pembukaan Kota Mekah dan kewafatan Rasulullah. (Zainab Ismail, Norabidah Pozi, Wan Ibrahim Wan Ahmad.

KEPERLUAN FIZIKAL TERHADAP MUALLAF DARI SUDUT KEWANGAN DAN KEBAJIKAN Sesuatu yang perlu kita ketahui ialah sistem Islam adalah sistem yang syumul dan merangkumi segenap aspek. Antara aspek yang dititikberatkan ialah harta dan tanggungjawab sosial. Sistem zakat mempunyai peranan penting dalam menjaga harta dan membantu golongan yang susah serta memerlukan bantuan (Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 80). Asnaf Muallaf boleh dibahagikan dua kategori (JAWHAR 2007). Pertama ialah golongan Muslim dan kedua ialah golongan non-Muslim. Golongan non-Muslim pula dibahagikan dua kategori (al-Qaradawi 1998). Kategori pertama ialah mereka yang diharapkan akan beriman dengan adanya bahagian Muallaf yang diberikan kepada mereka. Kategori kedua ialah mereka yang dibimbangi tindakan kejahatannya terhadap orang Islam.


17 Walau bagaimanapun, agihan kepada golongan non-Muslim ini berlaku sedikit perubahan dari segi amalan dan perbezaan pendapat dalam kalangan fuqaha. Ia boleh dikategorikan kepada tiga keadaan. Pertama ialah Rasulullah s.a.w sendiri memberi agihan kepada golongan non-Muslim. Kedua ialah bermula dengan Khalifah Umar al-Khattab memberhentikan pemberian zakat kepada golongan non-Muslim. Ketiga ialah dalam kalangan fuqaha pula mempunyai dua pendapat iaitu ada yang berpendapat golongan nonMuslim ini boleh diberikan zakat dan ada fuqaha yang berpendapat sebaliknya. Dalam dunia kini, golongan yang sangat berhak untuk diberi bantuan adalah golongan yang baru menganut agama Islam. Tambahan juga menurut segelintir ulama’, golongan ini mempunyai hak mendapatkan zakat walaupun mereka dari golongan berada, tetapi apatah lagi kalau mereka dari golongan yang kurang berkemampuan (Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 81). Antara sumber yang boleh digunakan untuk membiayai usaha dakwah kepada golongan non-Muslim ialah daripada dana zakat. Ia boleh diambil daripada asnaf fakir, miskin, Muallaf dan fisabililllah untuk membiayai usaha-usaha dakwah tersebut. Ini disebut oleh Allah s.w.t yang bermaksud : “ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang Muallaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (surah at-taubah 9:60) Ayat di atas secara jelas menyatakan lapan golongan yang berhak menerima zakat. Golongan ini dikenali sebagai asnaf lapan. Ia terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, Muallaf, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, fisabilillah dan ibnussabil. Ringkasnya, Siapakah golongan yang dianggap Muallaf? Antara ciri-ciri Muallaf yang dihuraikan oleh beberapa para ulama’ ialah: • Orang yang diharap keislamannya. • Orang yang ditakuti kejahatannya. • Orang yang baru menganut agama Islam. Islam telah memberikan bantuan zakat kepada golongan Muallaf kerana pada permulaan pemelukan Islam mereka, kebiasaannya mereka akan mengalami kesusahan setelah meninggalkan agama asal mereka. Keputusan yang dibuat adalah keputusan yang paling berat di dalam hidup mereka. Oleh itu, bantuan awal ini amat bermakna dan berguna. Ia bukan sahaja sekadar bantuan zakat dalam bentuk kewangan tetapi ia juga merupakan sokongan moral kepada mereka daripada saudara sesama Islam(Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 81). Bagi Muallaf, janganlah berasa takut, risau dan khuatir akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan apabila memeluk agama Islam. ada bantuan yang dihulurkan untuk memulakan kehidupan baru dengan hati yang tenang. Bantuan ini boleh dimohon di pejabat


18 zakat iaitu bantuan zakat melalui asnaf Muallaf oleh Majlis Agama. Tambahan juga, bantuan zakat juga boleh dipohon melalui orang perseorangan(Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 82). Tambahan lagi, tidak terdapat tempoh yang telah ditetapkan untuk diberi bantuan zakat kepada Muallaf Ini kerana selagi mana seseorang itu dikira Muallaf, maka selagi itulah dia akan menerima zakat. Mengikut adat masyarakat Muslim di Malaysia, seseorang itu dikira Muallaf buat selama-lamanya. Walaupun beliau sudah memeluk agama Islam selama 30 tahun bahkan sudah menjadi ustaz yang boleh membaca kitab Arab serta memberi fatwa, namun dia masih dipanggil sebagai Muallaf atau makloh (Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 84). Sewajarnya diadakan program khas bagi Muallaf. Contohnya, bantuan zakat bagi Muallaf dalam tempoh tiga tahun, empat tahun, atau mana-mana tempoh yang wajar. Dalam tempoh ini, Muallaf akan diajar tentang agama Islam. Sekiranya juga, Muallaf itu tidak mempunyai pekerjaan, maka akan diusahakan dan dibantu sehingga dia mendapat pekerjaan. Jika perlu kepada pernikahan, ia juga turut akan dibantu. Tujuan pemberian zakat kepada golongan Muallaf adalah untuk menguatkan keimanan mereka dan sebagai salah satu bentuk sokongan moral. Justeru itu, golongan Muallaf berhak untuk menerima bantuan zakat walaupun dari kalangan berada(Mohammad Nidzam Abd. Kadir 2011: 84). Selain daripada itu, asnaf Muallaf juga boleh mendapatkan bantuan modal bagi memulakan perniagaan dan sebagainya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab jawab juga boleh memainkan peranan mereka sebagai pembimbing , memberi khidmat nasihat dan panduan melalui kursus , bengkel dan program-program yang difikirkan sesuai masyarakat sekeliling boleh memberi sokongan moral kepada mereka dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Selain daripada itu, di antara bantuan yang perlu diberikan keutamaan kepada golongan ini ialah berupa insentif bagi menghadiri kelas-kelas pengajian agama yang dikhususkan untuk mereka , insentif bagi pengusaha atau asrama Muallaf, bantuan bagi mengerjakan haji atau umrah, bantuan kecemasan seperti kebakaran atau banjir serta insentif kepada meraka ( Muallaf) yang dapat menarik orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Tambahan lagi, antara kebajikan yang boleh kita lakukan sebagai masyarakat Islam terhadap saudara baru kita ialah memberikan sagu hati kerana memeluk Islam, memberi khidmat khatan, kelengkapan ibadah dan setiap segi kehidupan baru sebagai Muallaf termasuklah dalam urusan pengebumian.Saudara Muallaf juga boleh memohon kepada pusat-pusat atau badan-badan kebajikan Islam untuk menuntut keperluan lain seperti bantuan sara hidup untuk setiap tahun atau setiap bulan bagi yang kesusahan, bantuan tempat tinggal , batuan perkahwinan dan bantuan dari segi pendidikan percuma bagi memudahkan untuk mendalami ajaran Islam. KESIMPULAN


19 Oleh itu, perlulah kita ketahui bahawa segala urusan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia adalah menjadi tanggungjawab kita bersama kerana setiap orang Islam mempunyai hak atau tanggungjawab ke atas orang Islam yang lain. Justeru itu, kita perlu menunaikan hak tersebut. Begitu juga kepada masyarakat Islam khususnya sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan urusan yang berkaitan dengan Muallaf perlulah diberi perhatian akan setiap keperluan, bimbingan dan sebagainya. Ini kerana , para Muallaf perlukan bimbingan dan diberi perhatian sepanjang tempoh bergelar Muallaf kerana mereka baru sahaja dijinakkan hatinya untuk mengenal Islam dan memastikan hatinya sentiasa kuat dengan bantuan masyarakat Islam yang lain. Oleh itu, seharusnya masyarakat Islam dan pendakwah khususnya , perlu dipastikan sentiasa dekat dengan mereka supaya mudah didekati dan dikasihi sebagai pengalak emosi mereka supaya terus dalam menganut agama Islam. Sekali gus, menggambarkan keindahan akhlak masyarakat Islam yang diajar oleh agama Islam. Peranan ini mesti diteruskan dan dipertingkatkan bagi meningkatkan golongan Muallaf untuk memasuki agama Islam. Semoga dengan usaha ini, setiap keperluan, bimbingan dan kebajikan yang diberikan menjadi bukti kita sebagai masyarakat Islam atau pendakwah telah memenuhi keperluan saudara baru dan seakidah dengan kita agar para Muallaf lebih baik dan sempurna segala amalan, ibadah dan akidahnya.


20 RUJUKAN Abdul Aziz Ismail , 1995 ,Hakikat Persaudaraan dalam Islam, Al-Hidayah Publisher : Kuala Lumpur. Abdul Ghafar, Berhanundin Abdullah, Zulkefli Abd. Ghani. 2007. Dakwah & pengurusan Islam di Malaysia. Bangi, UKM Ahmad Redzuwan, Salasiah Hanin, Abdul Ghafar, Othman. 2010. Dakwah Multi Etnik. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. Che Yusoff Che Mamat, Syamsul Bahri Andi Galigo. 1997. Dinamik dakwah dalam masyarakat. Ukm, fakulti pengajian Islam dakwah dan kepimpinan. Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek, Othman Hj. Talib. 2006. Dakwah Dan Kaunseling Di Malaysia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Faisal Hj Othman. 1994. Isu-isu pengurusan Saudara Muslim. UKM, Bangi. Mahmud Mohamad Babeli , 2002 Persaudaraan Islam dan Pembangunan Sosial, terj. Abdul Karim Mustafa , yayasan dakwah Islamiah Malaysia : Kuala Lumpur. Nur Athirah Masyaa’il Tan binti Abdullah dan Fariza Md Sham. 2009. Keperluan memahami psikologi saudara Muslim. Bangi: UKM. Ramli Awang , 2003, Islam Alternatif perpaduan sejagat , Universiti Teknologi Malaysia : Skudai, Johor. Rabi’ Bin Hadi Al Madkhali. 1992. Manhaj Da’wah Para Nabi. Gema Insani Press. Kuwait, Daar As Salafiyyah


Artikel 1 keperluan bimbingan kepada golongan muallaf di malaysia