Issuu on Google+

S

uatu masa dahlulu, seorang lelaki bernama Mahatma Ghandi menggegar pentas dunia dengan melakar sejarah perjuangan kemerdekaan negara India. Dilahirkan sebagai manusia yang tidak berpotensi, lelaki ini hanya menjadi pelajar 'biasa' di sekolah. Sehinggalah suatu masa, dia tersentak dengan dasar apartheid yang begitu teruk di Afrika Selatan. Kaum India dianggap sebagai manusia kelas bawahan, hanya digelar kuli atau sami. Ditambah lagi, pengalamannya dicampak ke dalam kereta api kelas ketiga

walaupun b e l i a u mempunyai tiket kereta api kelas pertama, menjadikannya benarbenar serius untuk berbuat sesuatu. Lalu dia mula membangkit potensi diri, berusaha mengubah diri untuk mengubah masyarakatnya. Akhirnya, dia terkenal dengan pejuang kemerdekaan negara India yang lemah lembut tetapi tegas. Ini kisah seorang manusia biasa yang menjadi luar biasa kerana sikapnya. Ya, sikap merupakan gambaran mentaliti seseorang. Taraf pemikiran kita yang dibentuk


melalui pengalaman silam amat memberi kesan dalam menentukan siapa kita pada masa akan datang. Sikap yang sentiasa positif akan membangkitkan potensi diri. Mungkin kita dilahirkan sebagai manusia yang tidak mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu. Usah risau, kerana lemah tidak bermakna selamanya lemah. Atas kelemahan yang sedia ada pada diri, maka jadikannya sebagai bahan api untuk kita nyalakan api kecemerlangan pada masa akan datang. Mahasiswa dan soft skill

komputer atau software seperti Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Sony Vegas dan lain-lain menjadi satu kredit yang amat berharga. Telah terbukti bahawa pembikinan filem-filem pendek yang bermesej mendapat lebih perhatian dan kesannya lebih mendalam terhadap penonton berbanding medan tulisan semata-mata. Digabungkan dengan kualiti visual yang menarik, sound effect yang berkesan serta idea yang hebat - mesej yang disampaikan terus masuk ke dasar hati, sehingga mungkin menitiskan air mata. Ini suatu yang menarik, bukan? Oleh itu, amatlah baik sekiranya kita boleh meluangkan sedikit waktu kosong untuk mempelajari asas-asas kemahiran sebegini agar kita menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai pelbagai skil. Lebih baik lagi, jika mampu mendalami dan menguasi bidang-bidang tertentu agar kita dapat menghasilkan produk-produk yang berkualiti.

Kita seringkali melihat remaja yang masih menuntut ilmu mampu melakukan berbagai 'projek' sampingan seperti berceramah, memimpin organisasi, melukis, menulis dan lainlain. Hakikatnya mahasiswa atau zaman remaja adalah zaman kekuatan dalam diri setiap makhluk yang bergelar insan. Oleh itu, menjadi satu Kepentingan soft skil peluang yang amat besar dalam dakwah untuk kita melatih diri kita dengan pelbagai skil Dakwah juga menuntut untuk kehidupan yang menjadikan kita menguasai bidang-bidang hidup lebih bermakna. Iaitu perkomputeran, public sementara tangan masih relation, kepimpinan, kuat, kaki masih teguh dan pembikinan filem, fotografi tubuh badan masih tegap. dan bermacam-macam soft Hakikatnya kita skill yang lain. Ini adalah bukanlah hanya hidup tuntutan zaman, yang perlu untuk buku semata-mata, kita ceburi dan kuasai agar biarpun pelajaran amat agenda dakwah berjalan jika kita mampu menggunakan perisian penting bagi kita sebagai Maka, seiring dengan peredaran komputer atau software seperti Adobe Photoshop, mahasiswa. Suatu masa nanti Adobe After Effect, Sony Vegas dan lain-lain kemodenan. Semua ini pasti kita akan berhadapan dengan menjadi satu kredit yang amat berharga. menjadikan dakwah itu sebagai pelbagai perkara yang jauh agenda yang amat menarik dari tulisan-tulisan yang termaktub dalam kitab perhatian dan syumul. silibus. Maka di sini kita memerlukan skil Kemahiran pembikinan filem sebagai contoh. tambahan atau soft skill untuk kita menjadi Menerusi tayangan filem pendek yang manusia yang fleksibel. Juga untuk kita menginsafkan, penonton mungkin bertaubat dan mendepani cabaran-cabaran kehidupan yang kembali kepada Allah, atau tayangan isu Palestin semakin deras. yang amat menyayat hati. Pasti suara tangisan Contohnya, skil penggarapan umum atau anak Palestin itu mengetuk pintu hati penonton public relation. Kemahiran ini amat diperlukan agar berbuat sesuatu. Membantu mereka sekadar bagi kita membantu membaiki masyarakat di termampu dengan doa, dan juga sumbangan tanah air. Tanpa skil bergaul dengan pelbagai material. Benar, kesan video amat kuat. lapisan masyarakat, kita hanya menjadi Hebat, bukan? mahasiswa yang hidup dalam dunianya sendiri. Contoh lain ialah bidang lukisan dan fotografi. Namun jika kita mampu melatih diri dengan skil Dengan mengusai bidang ini, maka kita berucap, berkomunikasi, dan bergaul, percayalah, mempunyai momentum yang amat kuat untuk horizon langit dakwah kita semakin meluas dan menyampai sesuatu mesej dakwah. Gambar yang melebar. Sehinggalah kata-kata dan idea kita berkualiti dihiasi dengan lakaran ayat-ayat quran, menjadi sumber rujukan bagi masyarakat yang hadith dan kata nasihat membuatkan sesiapa yang memerlukan kita. melihat menjadi terkesan. Dunia hari ini sofistikated dan menuntut kita Dalam menerangkan kepentingan skil untuk mengikut tali arus kemodenan agar kita penggarapan umum, ayat Al-Quran ini boleh tidak ketinggalan zaman. Kini filem pendek dan menjadi contoh: "Kemudian hendaklah kamu gambar-gambar bermesej menjadi satu medan berkata kepadanya (Fir'aun) dengan kata-kata yang berkesan bagi menyampaikan maklumat. yang lemah lembut, semoga dia beringat dan Maka, jika kita mampu menggunakan perisian takut." (Taha: 44)


Kalam suci di atas menunjukkan kepada kita bahawa dakwah dengan kata-kata perlu mempunyai kaedah dan skil yang betul. Bukan hanya berkata mengikut alunan rentak emosi dan perasaan, tetapi harus berkata dengan lemah lembut dan berhikmah. Inilah sebahagian daripada skil public relation atau skil penggarapan umum. Ingatkah anda tentang kisah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam dan Addas di kebun? Ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dihidangkan dengan anggur, baginda membaca, "Bismillah," sebelum makan. Maka Addas menjadi pelik lantas bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tentang perkataan yang disebutnya itu. Maka berlakulah dialog antara mereka berdua. Kisah ini mencat at kan kebijaks anaan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dalam menyusun kata dan menarik perhatian mad'u. Memang benar, Rasulullah S allallahu alaih i was allam menguasai skil berkomunikasi dan telah dibuktikan melalui keberkesanan dakwah yang dilakukannya. Kesimpulan Soft skil adalah potensi yang tersimpan dalam diri setiap manusia. Ia ibarat batu berlian yang bercampur dengan batu keras dan memerlukan usaha untuk mengasingkannya. Cubalah sesuatu perkara baru untuk mencari potensi diri kita yang tersembunyi. Memang sukar, namun tiada perkara yang indah tanpa dimulakan dengan kesukaran. Sekiranya Mahatma Ghandi mampu menggilap dan membangkitkan potensi diri hanya berorientasikan semangat patriotik, mengapa tidak kita mahasiswa Islam yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menggalas amanah agama ini. Kita seharusnya lebih ke hadapan dalam menguasai soft skil. Untuk Islam dan demi Islam.

~ Dari Meja Suri ~

Di Persimpangan Cinta Assalamualaikum buat semua pembaca. Lihat sahaja tajuk pada kali ini, pastinya semua sudah tidak sabar-sabar nak tahu tentang cinta yang Suri nak bicarakan. Sebenarnya makna cinta sangat luas. Kalau Suri nak huraikan satu persatu jenis cinta, memang tak habis sampai bila-bila. Macam-macam cinta ada. Ada cinta pada Allah, Rasul, ibu bapa, ilmu dan banyak lagi. Jadi, cinta bukan hanya pada perasaan dua jiwa berbeza jantina yang selalu terlintas di fikiran. Dan Suri pun tak nak bercerita tentang cinta jenis ini. Sebenarnya, Suri tertarik untuk berbicara tentang sebuah cinta yang Suri temui di musim syita’ atau musim sejuk yang baru tiba ini. Tentu sekali musim sejuk diliputi suasana yang dingin dan udara yang nyaman. Keadaan inilah yang telah menumbuhkan cinta ini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Berbunga-bunga betul ayat Suri ni! Baiklah, dimudahkan cerita, selalunya cinta ini muncul di hening malam menjelang waktu subuh. Semua manusia sedang dibuai mimpi ketika ini. Cinta apakah agaknya? Pastinya anda dapat meneka. Tak lain tak bukan ianya adalah cinta yang muncul dari dua bisikan. Bisikan pertama adalah daripada si syaitan durjana yang membisikkan cinta kepada nikmat tidur yang enak di dalam gumpalan selimut tebal yang selesa. Manakala bisikan kedua adalah daripada sang malaikat yang membisikkan cinta kepada Tuhan untuk bertahajjud di sepertiga malam, menghadapNya, memohon keampunan dan mengalirkan air mata. Tentu sekali anda pernah melalui situasi ini. Yang mana satukah bisikan yang anda selalu sahuti? Menyahut bisikan kedua bererti meninggalkan keselesaan di bawah kehangatan selimut tebal dan bersusah payah bangun ke bilik air untuk berwudhu’ mengalirkan air dingin ke wajah dan anggota. Sedangkan menyahut bisikan pertama lebih mudah dan indah. Hanya perlu meneruskan tidur yang penuh nikmat dan kerehatan. Memang payah membuat pilihan antara dua bisikan cinta ini bukan? Selalunya kerehatan yang menjadi pilihan. Tetapi sayangnya kerehatan yang dipilih adalah yang bersifat sementara. Kita selalu lupa akan kerehatan yang satu lagi iaitu kerehatan yang kekal di syurga. Oleh itu, buatlah pilihan untuk menyahut bisikan kedua daripada para malaikat yang menawarkan kerehatan abadi yang pasti, dan apabila berada di persimpangan dua cinta ini, pilihlah persimpangan yang membawa ke syurga. Persimpangan cinta kepada Allah dan meninggalkan persimpangan dunia yang nikmatnya hanya seketika. Malam ini kita uji diri, mana satu bisikan cinta yang kita sahuti. Selamat bermujahadah melawan bisikan cinta dunia dan syaitan durjana!


12 1

9

2

5

10

3

4

11

6

7

Mendatar 1) Isteri Rasulullah s.a.w. yang berketurunan Yahudi 2) Duta Islam ke Madinah 3) Pedang Nabi s.a.w. yang diberikan kepada Saidina Ali r.a. 4) Penyimpan senarai nama golongan munafiq 5) Pemegang amanah Rasulullah s.a.w. 6) Pemerintah Mesir ketika peristiwa Ain Jalut 7) Utusan Saidina Uthman bin Affan r.a. ke China 8) Sahabat yang sering dikaitkan dengan Tolhah bin Ubaidillah Menegak 9) Pembunuh Umar Al-Khattab r.a. 10) Isteri kedua Rasulullah s.a.w. 11) Nama unta Rasulullah s.a.w. 12) Bahagian kambing yang paling disukai Rasulullah s.a.w.

KOMIK

8

5 Tips Untuk Menghafal 1. 2. 3. 4. 5.

Yakin pada diri bahawa anda mampu menghafal. Tanam keinginan yang tinggi untuk menghafal. Pilih maklumat yang paling penting. Tidur seketika selepas menghafal. Hafal sedikit demi sediki pada satu masa dan ulang maklumat tersebut.

KARYA? Kami mengalu-alukan karya dari anda. Hantarkan ke: ismamesirmedia @gmail.com.

WEEKLY STREET SOCCER Every Friday 6.30 am Suq Sayyarat, H10

WALLPAPER PERCUMA! Dapatkan di karya.ismamesir.com

Zzz...

Tak sempat!

movie

“Rebutlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu.� (Hadith)

Buletin ini diterbitkan oleh Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir). Sebarang maklumbalas sila hantarkan ke: ismamesirmedia@gmail.com. Laman web: ismamesir.com


ikatan-16