Page 1

iCare & Relief IKRAM UKE

ZULHIJJAH 1433H

REBUTLAH Peluang Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Zulhijjah?

Peluang kedua selepas Ramadhan Bulan Zulhijjah merupakan peluang kedua selepas bulan Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan terutamanya pada sepuluh hari pertama. Nabi s.a.w bersabda, “Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu.” (HR Al-Bazzar)

Save the date! 1-10 Zulhijjah 1433 H 17-26 October 2012

Prophet (pbuh) said: “There are no days in which righteous deeds are more beloved to Allah than these ten days.” [Bukhaari]

SO LET’S DO GOOD DEEDS.

Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam bulan islam; bulan terakhir untuk tahun 1433H ini. InsyaAllah kita akan menyambut tahun baru tidak lama lagi. Ini akan menandakan sudah 1434 tahun sejak Rasulullah SAW mengerjakan haji yang pertama dari Mekah ke Madinah… Zulhijjah bermaksud bulan yang mempunyai haji. Mengapakah bulan ini begitu istimewa dan semua orang sibuk berbincang tentang bulan ini? Teruskanlah membaca, dan anda akan mengetahui jawapannya, insyaAllah! Semoga anda pun akan sibuk bercakap-cakap tentang bulan ini dan berlumbalumba untuk beramal. 


Apakah amalan-amalan itu? Amalan kebaikan dan ibadah sunat Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan zulhijjah.

Berpuasa

Dari ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah ini). Para sahabat bertanya, “Walaupun berjihad di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (HR al-Bukhari)

Amat digalakkan berpuasa pada 1 hingga 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi s.a.w bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah; Dari Abu Qatadah r.a berkata, "Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang puasa hari ‘Arafah, kemudian Baginda menjawab: "Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang." (HR Muslim) Nabi s.a.w juga bersabda tentang kelebihan hari Arafah, "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah." (HR Muslim).

Solat Aidiladha Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha." (HR Abu Daud) "Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Hari Raya Aidiladha." (HR Abu Daud)


Ibadah qurban Rasulullah s.a.w bersabda: "Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu." (HR Ibn Majah dan at-Tirmizi) Hukum berkorban adalah sunat muakkad bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. "Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedeqahkan atas niat Qurban." (HR Muslim)

Tatkala itu, ia dianggap sedeqah biasa sahaja dan bukannya qurban yang disyariatkan di hari raya Aidiladha.Pahala Qurban adalah jauh lebih hebat dari bersedeqah harganya sahaja. Diingatkan juga agar meniatkan Qurban itu adalah kerana Allah s.w.t semata-mata, menurut sunnah Nabi s.a.w dan Nabi Ibrahim a.s dan bukann- ya untuk menyedeqahkan daging atau lain-lain niat. Berkongsi korban Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada 7 bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Jabir r.a. Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

BINATANG QURBAN‌ Yang terbaik adalah unta, diikuti lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau. Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai dapat merasai manfaatnya.


BERZIKIR Amalan lain yang digalakkan adalah dengan berzikir untuk mengagungkan Allah. Berzikirlah dengan melafazkan tahlil, “Lailahaillallah” dan tahmid, “Alhamdulilah”! Di samping itu, tingkatkan amalan-amalan lain seperti solat awal waktu, berpuasa, dan bersedekah sepanjang 10 hari terawal di bulan Zulhijjah. Kita juga disunatkan untuk bertakbir bermula terbitnya fajar hari Arafah 9 Zulhijjah sehingga waktu selepas asar hari tasyreeq yang terakhir (11-13 Zulhijjah). Setiap kali selepas solat, bacalah takbir: “Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar) Laa ilaaha illallah, wallahu akbar (Tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar) Allahu akbar wa lillaahil-hamd (Allah Maha Besar dan segala puji hanya bagi-nya)” Hadith from: Ibnu Abu Shaybah in al-Musannaf / authenticated by Al-Albanee ................................................................................................................. Anda ingin menyumbang untuk ibadah Qurban di tempattempat yang memerlukan? Sesungguhnya setiap sen yang keluar dari poket anda tidak akan merugikan anda sedikit pun malah Allah akan mengembangkan dan melipat gandakan harta anda, insya Allah!! 1. http://www.ikram.org.my/v2/ (Qurban Kasih Ummah) 2. http://www.ihh.org.tr/ihh-kurban-bedeli-350-tl/en/ (IHH 2012 Qurbani Campaign) 3. http://www.islamic-relief.org.uk/qurbaniappeal.aspx (Qurbani 2012: Islamic Relief UK)

SELAMAT BERAMAL! JOM KEJAR CINTA-NYA! Kredit: Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum http://www.zaharuddin.net Things to do on the first 10 days of Zulhijjah http://www.owhsomuslim.com

Zulhijjah Newsletter  

Sempena 10 hari yang mulia di bulan zulhijjah untuk menggalakkan semua pembaca memperbanyakkan amal dan melakukan ibadah qurban

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you