D'HERBA (www.dherba.com)

Page 2

RencanaKhas

Tidak semua produk herba

selamat! Malah boleh memudaratkan...

K

ini ada kecenderungan orang ramai untuk mempercayai bahawa semua produk herba adalah lebih selamat berbanding ubat moden. Jika anda seorang daripadanya dan mahu terus kekal dengan kecenderungan itu, perhatikan kenyataan ini. “Banyak ubat komplimentari (termasuk herba) tidak berkesan, malah sesetengahnya berbahaya.” Kenyataan berkenaan dikeluarkan Professor Edzard Ernst, warga Britain pertama mendapat gelaran profesor perubatan komplimentari di negara itu. Kenyataan ini boleh ditemui di dalam panduan kesihatan dikenali ‘Desktop Guide To Complementary and Alternative Medicine: An Evidence Based Approach’. Tulisan ini tidak bertujuan menafikan kewujudan produk herba yang benarbenar berkesan serta selamat di pasaran tempatan.

2

D’HERBA Mac 2007

Namun sebagai pengguna, anda perlu lebih berhati-hati ketika membuat pilihan bagi mendapatkan produk terbaik untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Ini kerana setiap produk herba mengandungi bahan aktif tertentu yang boleh memberi kesan mudarat kepada fungsi tubuh. Sesetengah bahan aktif berkenaan mungkin memberi risiko tertentu pada individu tertentu.Sesuatu produk herba tidak memudaratkan individu A, tetapi mungkin boleh memudaratkan individu B – bergantung kepada pelbagai faktor seperti tahap ketahanan tubuh, usia dan kesihatan masing-masing. Malah, ada sesetengah produk herba dikesan mengandungi unsur dadah, racun atau toksid yang memudaratkan sistem tubuh sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Tambahan pula, industri perubatan

herba berasaskan sains dan teknologi di negara ini masih baru walaupun ia rentetan daripada ilmu perubatan tradisional yang diwarisi sejak lama. Aspek penyelidikan saintifik dan ujian klinikal bagi perubatan herba di negara ini masih ‘muda’, malah dalam sesetengah kes cuba dielakkan oleh pihak pengeluar kerana ia membabitkan kos tinggi dan tempoh masa yang lama. Ini diburukkan lagi oleh segelintir pengusaha yang ‘rakus dan tamak’ mengejar keuntungan semata-mata dengan langsung mengabaikan kesejahteraan dan keselamatan pengguna. Tahap kesedaran, kepekaan dan pengetahuan pengguna pula masih cetek dan sering mengambil mudah dalam mencari penyelesaian kepada apa juga masalah kesihatan yang dihidapi. D’HERBA


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.