Issuu on Google+

Menyewa bilik berlainan kaum – adakah mustahil? Blog Hidup: http://hidup.my/ms/2016/05/10/berlainan-kaum-dan-budaya/

Umum sedia maklum bahawa lebih mudah bagi 2 individu untuk berkawan ataupun berinteraksi antara satu sama lain bila mereka mempunyai suatu titik persamaan untuk dikongsikan dan terus berkomunikasi bersama melalui pelbagai lagi persamaan yang dikongsi. Perbezaan “environment” atau persekitaran interaksi sangat ketara jika kita bandingkan di Malaysia dan di United Kingdom sebagai contoh. Ini boleh disebabkan kerana pembudayaan sesuatu tempat. Hmm, kami bukan pakar dalam bidang Sosiologi tapi apa yang kita boleh perhatikan di negara kita berbanding negara luar yang ironinya jika kita ke negara luar kita mampu untuk adaptasi (selalunya).

Perbezaan kaum – menyewa bilik Apakah perbezaan yang ketara? Perbezaan yang amat ketara bagi kami adalah perbezaan kaum dan lantas membawa kepada budaya. Adalah sangat luar bias ajika di United Kingdom, Australia hatta di Indonesia sekalipun, contohnya untuk kita lihat iklan bilik sewa dengan nota –


“Chinese only” Ataupun “European only” Tetapi hal ini adalah sangat lazim bagi bilik sewa di Malaysia. Preference ini biasanya datang dari semua kaum dan bukan hanya sesetengah sahaja. Ada yang lebih mengutamakan Melayu Muslim sahaja, ada yang hanya mahukan penyewa bilik Cina sahaja, tak kurang juga yang hanya mahukan India sahaja di bilik sewa mereka. Perbezaan yang lazim ini adalah disebabkan “preference” dan keselesaan setiap individu yang datangnya daripada berlainan agama serta budaya. Sebagai contoh, seorang penyewa bilik muslim mungkin mahukan bilik dan rumah sewa mereka tidak mempunyai sebarang perkara-perkara yang ditegah agama seperti Arak, makanan yang mempunyai unsur khinzir dan sebagainya. Jika ianya berlaku, mungkin akan menyukarkan diri mereka dan membuat mereka rasa tidak selesa. Dalam contoh lain pula, penyewa bilik yang berbangsa Cina sebagai contoh, mungkin tidak mempunyai sebarang masalah untuk perkara-perkara yang disebutkan diatas (Ini adalah contoh ringkas untuk memudahkan) dan lebih selesa jika tidak “restricted” dengan perkaraperkara yang ditegah dan konsep yang diguna pakai seorang Melayu Muslim. Contoh lain juga adalah kerana lebih mudah bagi seseorang individu itu berkomunikasi bersama individu yang mempunyai Bahasa ibunda yang sama. Kata orang, people who speak the same language. Mereka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar utama lebih selesa sewa bilik bersama individu yang sama dan sama juga bagi mereka yang berbahasa Mandarin ataupun Tamil.

Adakah mustahil menyewa bilik bersama kaum lain? Namun begitu adakah ianya mustahil bagi individu yang berlainan bangsa untuk sewa bilik/rumah bersama? Adakah ianya begitu sukar untuk menjaga sensitiviti individu lain (bagi semua bangsa) ? Jika kita ambil contoh, admin juga pernah ke luar negara dan tinggal disana bagi satu tempoh masa. Sewa bilik di UK sebagai contoh adalah sangat biasa akan kerana kos sewa rumah yang mahal apatah lagi di kota London. Baik, mari kita cuba ambil contoh. Jika anda seorang yang berbangsa Melayu, dengan kekangan kewangan anda terpaksa menyewa bilik dan sewa bilik tersebut perlu bersama seorang yang sama jantina, namun berlainan kepercayaan. Adakah anda akan terus mengalah dan masih ingin mencari tempat tinggal bersama Melayu juga? Anda pasti akan cuba untuk menyesuaikan diri dan berkongsi dengan roommate anda bahawa anda mempunyai sensitivity tertentu bukan? Mengapakah ianya lebih di toleransi di negara asing namun bukan di negara kita sendiri? Ironinya, kita mengaku


bahawa negara kita harmoni dan boleh hidup “side by side� walaupun berbeza kepercayaan dan bangsa. Interview kami bersama beberapa individu telah memberi lebih harapan bagi isu ini. Ada yang menyewa rumah , ya bilik berlainan tetapi di dalam sebuah rumah yang sama, tetapi berlainan bangsa dan agama. Sebenarnya tidak sukar untuk bertoleransi dan menjaga sensitivity individu lain, yang membezakan Cuma individu cara setiap individu mengatasi perbezaan dengan bertoleransi dan memahami sensitiviti individu yang lain. Bersikap sederhana serta tidak membesarkan perkara yang boleh diselesaikan melalui perbincangan. Kami percaya tanpa perlu di ulas dengan lebih panjang bahawa sebenarnya apa yang membatasi sewa bilik bersama individu yang berlainan agama dan budaya hanyalah alasan yang diada-adakan bagi mengukuhkan sebab untuk tidak tinggal bersama individu lain. Ya, anda betul jika mengatakan ianya “preference�, tetapi apa yang kami cuba sampaikan adalah jika seseorang individu itu lebih toleransi dan mudah adaptasi, sebarang preference atau differences boleh diselesaikan melalui prinsip diri yang kuat dan cara berinteraksi dan berbincang yang baik. Kalau kita pergi ke negara orang, kita boleh adaptasi dan jaga sensitivity orang lain, mengapa kita tidak boleh lakukan di negara sendiri?


Menyewa bilik berlainan kaum