Page 1

Bilik sewa – bukan hak mutlak kita Blog Hidup: http://hidup.my/ms/2016/07/05/bilik-sewa-bukan-hak-mutlak-kita/

Terma yang digunakan ketika kita duduk di bilik sewa adalah – menyewa. Jadi sekiranya kita menyewa, ini sudah tentu membawa erti yang sangat jelas bahawa hartanah tersebut adalah bukan hak milik kita untuk digunakan sesuka hati. Menyewa bilik atau menyewa rumah memerlukan kita untuk menjaga etika-etika ketika menyewa. Garis panduan menyewa baisanya telah diberitahu awal-awal. Ya betul, kita telah membayar deposit, tapi tak bermakna deposit tu kita nak bagi lebur macam tu sahaja dek kerana kerosakan yang anda sendiri buat keatas bilik sewa tersebut.

Bilik sewa – Sebuah analogi Analogi ceritanya seperti ini. Anda ada RM200 dalam poket ketika dalam perjalanan menuju ke Johor Bharu dari Kuala Lumpur, RM50 buat belanja beli makanan, ada lebih RM150 anda simpan, ya mungkin untuk kegunaan-kegunaan lain. Jika anda nampak speedtrap, adakah anda mahu kena saman dengan polis setelah kereta dilaluan bertentangan memberi lampu tinggi amaran ada speedtrap dihadapan? Anda nak leburkan RM150 anda begitu sahaja, semata-mata kerana anda ada RM150 untuk membayar saman? Tak bukan? Jadi lebih elok kita mematuhi apa yang ditetapkan oleh tuan rumah.Ini juga termasuk dengan spesifikasi lain yang memenuhi kehendak tuan rumah tersebut. Jika tuan rumah tersebut pada pandangan


anda teramat tidak masuk akal syarat-syarat yang diletakkan seperti tidak boleh tidur di ruang tamu, atau tidak boleh buka air untuk mandi, cari sahajalah bilik sewa lain.

Syarat menyewa – bilik sewa Disini kami perhatikan ada beberapa syarat yang mungkin dikenakan oleh tuan rumah atau tuan tanah yang barangkali menyewa atas sewa (Sublet) (1) Dilarang memaku Ini adalah antara paling asas yang dilarang ketika kita sewa bilik. Secara logiknya, apa-apa yang dipinjamkan pada suatu harga atau pun tidak perlualah dipulangkan kembali pada bentuk asalnya. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak ,tetapi logiknya jika anda juga seorang Tuan Rumah, anda tidak mahu kos tambahan untuk menampalkan semula setiap tempat yang dipaku itu. Apatah lagi jika paku yang digunakan , bapak besar. Berlubang luas, dan anda kemudian tidak lagi tinggal disitu. Kalau pandai memaku tu satu hal, ini retak dinding tu terus. Siapa nak bayar? Nak lebur duit deposit? Rugi tu.. (2) Dilarang membawa balik lelaki/perempuan ke bilik sewa Ya betul, sekarang ini sudah trend membawa balik lelaki ke bilik sewa. Bukan hal kami untuk memberitahu apa yang betul dan apa yang salah pada pokok pangkal kehidupan di Malaysia – itu adalah hak mutlak keputusan dan penilaian anda sendiri. Namun begitu, jika telah diberitahu oleh tuan rumah, jangan membawa balik pasangan ke bilik sewa bagi yang berlum berkahwin, ada baiknya jika kita mengikuti sahaja apa yang telah digariskan. Dimana pada pandangan kami, tuan rumah telah melakukan tanggungjawab beliau untuk mengelakkan dari perkara tidak diingini dari berlaku. Bukan itu sahaja ya, mungkin ada housemates yang tidak selesa dengan perbuatan anda! (3) Membawa masuk lebih individu dari sepatutnya Ada juga kes yang pernah kami dengar. Sewa dibayar untuk seorang, tetapi yang duduk didalam bilik itu 2 orang. Ini juga menyukarkan bagi roommate. Bagaimana jika bilik itu sepatutnya pada asal dikongsi antara dua orang bersama roommate yang sah, anda membawa masuk seorang lagi untuk tinggal bersama. Jika untuk sehari dua tak mengapa, tetapi ini untuk jangka masa yang panjang lebih dari sebulan. Lantas akan menimbulkan perasaan tidak selesa bagi roommate dan apatah lagi jika sampai ke pengetahuan tuan rumah.

Bilik sewa bukan hak mutlak kita