Issuu on Google+

%,/‡Âą-$0$',/$.+,5Âą$35,/‡33 

UNTUK UK AHLI PAS JA SAHAJA

+$5*$50 EDISI JUMAAT +$5*$5 Parlimen Rubberstamp

Fikrah

WAJIB SERTAI BERSIH 3.0 RAKYAT negara ini wajib keluar beramai-ramai pada 28 April menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 sebagai tanda membantah ketidakadilan dalam sistem pilihan raya negara dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kewujudan pengundi hantu akan merosakkan sistem demokrasi yang diamalkan sejak merdeka lagi.

BN tenggelam punca hadapi Bersih 3.0

ÂťN4

Tiada alasan halang Bersih 3.0 berhimpun ÂťN11

Selangor gerak 50,000 ahli hadiri Bersih 3.0 ÂťN19 SONGKOK & LEBAI Duduk bantah Sabtu ini.

Sementara itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan akan hadir pada program Duduk Bantah di Dataran Merdeka. >> N13

Jangan sekat rakyat berekspresi

>>N6

Suara rakyat suara keramat!


N2

NASIONAL WAKTU

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

BANDARBANDAR UTAMA SELURUH MALAYSIA

Solat

Sumber: JAKIM

TARIKH

IMSAK

SUBUH

SYURUK

ZUHUR

ASAR

27-04

5:37

5:47

7:07

1:18

4:33

7:27

8:39

28-04

5:37

5:47

7:06

1:18

4:33

7:27

8:39

29-04

5:37

5:47

7:06

1:18

4:33

7:27

8:39

KEDAH: Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang & Kulim

5:38

5:48

28-04

5:37

29-04

5:37

7:05

1:18

4:33

7:27

8:39

5:47

7:05

1:18

4:33

7:27

8:39

5:47

7:04

1:18

4:33

7:27

8:39

PULAU PINANG: Seluruh Negeri Pulau Pinang

27-04

5:39

5:49

7:09

1:19

4:33

7:26

8:38

28-04

5:38

5:48

7:09

1:18

4:34

7:26

8:38

29-04

5:38

5:48

7:09

1:18

4:34

7:26

8:38

7:23

8:35

PERAK: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta

27-04

5:38

5:48

7:03

1:16

4:32

28-04

5:37

5:47

7:03

1:16

4:32

7:23

8:35

29-04

5:37

5:47

7:03

1:16

4:33

7:23

8:35

SELANGOR/K. LUMPUR: Putrajaya, K. Lumpur, Shah Alam & P.J

27-04

5:36

5:46

7:04

1:14

4:30

7:20

8:31

28-04

5:36

5:46

7:04

1:14

4:30

7:20

8:31

29-04

5:35

5:45

7:04

1:13

4:31

7:20

8:31

NEGERI SEMBILAN: Seremban, Kuala Pilah, Jelebu & P. Dickson

27-04

5:36

5:46

7:04

1:12

4:29

7:17

8:28

28-04

5:35

5:45

7:04

1:12

4:29

7:17

8:28

29-04

5:35

5:45

7:04

1:12

4:30

7:17

8:28

MELAKA: Bandar Melaka, Masjid Tanah, Jasin & Alor Gajah

27-04

5:35

5:45

7:03

1:11

4:29

7:16

8:27

28-04

5:35

5:45

7:03

1:11

4:29

7:16

8:27

29-04

5:34

5:44

7:03

1:11

4:29

7:16

8:27

JOHOR: Johor Bahru, Kota Tinggi & Mersing

27-04

5:30

5:40

6:58

1:05

4:23

7:09

8:20

28-04

5:29

5:39

6:58

1:05

4:23

7:09

8:20

29-04

5:29

5:39

6:57

1:05

4:23

7:09

8:20

PAHANG: Kuantan, Pekan & Muadzam Shah

27-04

5:31

5:41

7:00

1:08

4:25

7:13

8:25

28-04

5:31

5:41

6:59

1:08

4:25

7:13

8:25

29-04

5:30

5:40

6:59

1:08

4:25

7:13

8:25

TERENGGANU: Kuala Terengganu & Marang

27-04

5:28

5:38

6:57

1:07

4:23

7:15

8:26

28-04

5:27

5:37

6:56

1:07

4:23

7:15

8:27

29-04

5:27

5:37

6:56

1:07

4:23

7:15

8:27

KELANTAN: Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas & Machang

27-04

5:35

5:45

7:00

1:11

4:26

7:20

8:27

28-04

5:35

5:45

6:59

1:11

4:26

7:20

8:27

29-04

5:34

5:44

6:59

1:11

4:26

7:20

8:27

3:59

6:45

7:56

SARAWAK: Kuching, Lundu & Semantan

27-04

5:06

5:16

6:32

12:41

Laporan Khas RIZAL TAHIR & NYZA AYOB Foto RIZAL TAHIR

MAGHRIB ISYAK

PERLIS: Kangar, Padang Besar & Arau

27-04

Mursyidul Am PAS bertegas hadiri Bersih 3.0 wajib

28-04

5:06

5:16

6:32

12:41

3:59

6:45

7:56

29-04

5:06

5:16

6:32

12:41

4:00

6:45

7:56

SABAH: Kota Kinabalu, Papar, Tuaran & Penampang

27-04

4:35

4:45

6:04

12:16

3:30

6:24

7:35

28-04

4:35

4:45

6:04

12:15

3:30

6:24

7:35

29-04

4:35

4:45

6:04

12:15

3:31

6:24

7:35

Perkhidmatan SMS Waktu Solat Taip ON<jarak>HRSS<jarak>DAERAH Hantar ke 33333 Contoh: ON HRSS SHAH ALAM RM0.30/msj. Utk henti, taip STOP HRSS dan kirim ke 33333. Bantuan: 03-89453001 (Isnin-Jumaat, waktu pejabat)

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib. Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada Sabtu, 28 April ini jam 2.30 petang. Menurutnya, menghadiri perhimpunan itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihan raya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Harakah di pejabatnya mengulas perhimpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Dataran Merdeka itu. Tuan Guru memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih 2.0, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu

Tuan Guru Nik Aziz menyeru seluruh rakyat yang mahukan pilihan raya adil dan bersih turun beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu ini.

yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. “Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihan raya berikutnya.

Presiden PAS sahkan turun Bersih 3.0 KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) m e nge s a h ka n akan turun ke Dataran Merdeka bersama seluruh rakyat untuk menyertai ‘Duduk Bantah’ dalam Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail, Ustaz Abdul Hadi berkata, ia sebagai tanda sokongan padu PAS terhadap usaha NGO yang bergabung dalam Bersih 3.0 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. “Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Dataran Merdeka pada himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0. “Begitu juga dengan se-

luruh ahli PAS diminta berhimpun secara damai di Dataran Merdeka pada tanggal Sabtu 28 April ini,” katanya. Pejabat Agung PAS juga, ujarnya sudah membuat arahan kepada semua ahli untuk hadir sama ke perhimpunan Bersih buat kali ketiganya dianjurkan di negara ini. Sejak Bersih mengumumkan untuk mengadakan Bersih 3.0, PAS telah pun menjalankan usaha mobilisasi ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk hadir. Semua negeri telah menyatakan komitmen, sementara PAS Terengganu dan Selangor secara rasmi mengumumkan masing-masing akan mengerahkan 50,000 ahli mereka ke Dataran Merdeka.

“Tentu saja Umno-BN tidak mahu, sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,” ujarnya lagi. Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata

untuk mengekalkan kemenangan. Kerana itu, jelas beliau wajib rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain. Tuan Guru Nik Aziz berkata, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah “haram” di sisi Islam. “Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. “Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,” ujarnya. Pada masa yang sama tokoh ulama PAS yang disegani itu turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram. “Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,” ujarnya lagi.

Berhimpun di Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: “Jangan gunakan nama Dataran Merdeka, gunakan sahaja nama ‘Dataran Penjajah’ sebab hanya penjajah yang menghalang rakyat untuk berbicara di situ!” Demikian sindiran tajam Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Dato’ A Samad Said kepada pihak pengurusan Dataran Merdeka dan kerajaan Umno-BN sekiranya terus enggan memberi keizinan bagi Perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah yang hanya akan berlangsung selama dua jam. Sasterawan Negara itu turut mengulangi pendiriannya agar perhimpunan Duduk Bantah tetap diadakan di Dataran Merdeka kerana yakin pemilihan tempat itu sangat munasabah dan ia tempat bersejarah. “Saya mencadangkan nama Dataran Merdeka diubah kepada ‘Dataran Penjajah’ jika tempat tersebut tidak dibenarkan untuk rakyat bersuara secara bebas bagi memperjuang dan memperbaiki landas demokrasi,”

tegasnya ketika ditemui selepas sidang media Bersih 3.0 di Dewan Perhimpunan Cina pada 23 April lalu. Terdahulu pada sidang media yang disertai Sekretariat Bersih 3.0, Pak Samad menegaskan beliau dan Dato’ S Ambiga mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut iaitu mahu ‘Duduk Bantah’ tetap akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April ini. “Tapi, kita ada jawatankuasa yang lebih ramai yang perlu dirujuk. Saya secara peribadinya ingin mengekalkan ‘Duduk Bantah’ ini diadakan di Dataran Merdeka. “Sikap saya konsisten. Saya harapkan seluruh jawatankuasa masih bersedia untuk kekal di situ,” katanya. Sementara itu, seorang AJK Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah menegaskan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menawarkan alternatif kepada Bersih dalam surat penolakan tersebut.


NEGERI NASIONAL

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

N3

6 lokasi alternatif jika gagal ke Dataran Merdeka Laporan Khas AZIZ MUDA, NYZA AYOB & INTAN ABDULLAH KUALA LUMPUR: Perhimpunan Aman Bersih 3.0 tetap akan diteruskan walaupun dihalang oleh pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sekiranya orang ramai tidak dapat memasuki Dataran Merdeka, mereka dikehendaki berkumpul di enam tempat alternatif yang telah dirancang. Enam lokasi alternatif itu terdiri daripada Pasar Seni atau Central Market; Masjid Negara; KLCC; Brieckfield; Jalan Sultan; dan Masjid India. Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah menjelaskan, perhimpunan aman di KLCC itu adalah Himpunan Hijau, tetapi mereka yang menyertai perhimpunan di kawasan itu akhirnya tetap akan bersatu juga dengan Himpunan Aman Bersih 3.0. Menurut beliau, Himpunan Hijau tidak terpisah dengan Perhimpunan Aman Bersih 3.0 kerana kesemua mereka yang menyertai kedua-dua perhimpunan itu mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pili-

Enam lokasi alternatif itu terdiri daripada Pasar Seni atau Central Market; Masjid Negara; KLCC; Brieckfield; Jalan Sultan; dan Masjid India. MARIA CHIN ABDULLAH AJK Pemandu Bersih 3.0 han raya dengan bersih, adil dan telus di negara ini. Katanya, mengikut perancangan, Perhimpunan Aman Bersih 3.0 akan diadakan di Dataran Merdeka dan pihaknya tidak sekalikali akan menukar ke tempat lain, manakala enam tempat berkenaan adalah tempat perhimpunan awal sebelum para peserta menuju ke Dataran Merdeka. “Tetapi kalau orang ramai tak dapat sampai ke Dataran Merdeka, mereka hendaklah berkumpul dengan duduk bantah di enam tempat itu yang sekali gus menjadikannya sebagai tempat alternatif,” katanya ketika dihubungi Harakah 24 April lalu. Maria Chin berkata demikian ketika diminta mengulas larangan pihak polis

dan DBKL terhadap Bersih untuk mengadakan Perhimpunan Aman 3.0 Duduk Bantah, di Dataran Merdeka, Sabtu, 28 April ini. Larangan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, dalam suratnya kepada beliau dengan merujuk kepada surat Bersih bertarikh 16 dan 19 April 2012 dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail pada 24 April lalu. Malah Ahmad Fuad turut mencadangkan lokasi alternatif untuk Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini sama ada di Stadium Bola Sepak Cheras ataupun Stadium Titiwangsa. Mengulas lanjut, Maria menjelaskan, pihaknya telah

memutuskan untuk tetap mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka pada 28 April ini dan sehubungan itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Polis Dang Wangi dan DBKL untuk membincangkan semula perkara itu. “Kami ingin membincangkan semula dengan pihak polis dan DBKL kenapa permohonan kami untuk mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka ditolak? “Pada hal tidak sepatutnya permohonan kami itu ditolak kerana kami sememangnya telah bertindak mengikut undang-undang,” katanya. Maria Chin menegaskan, sama ada pihak polis dan DBKL bersetuju untuk mengadakan perbincangan itu atau tidak dan permo-

Hishammuddin perlu beri arahan jelas kepada polis KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, digesa mengeluarkan arahan yang jelas kepada pihak polis supaya selaras dengan kenyataannya seperti yang disiarkan oleh media, berhubung Perhimpunan Aman Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April ini. Gesaan tersebut dibuat memandangkan kenyataan pihak polis dan Hishammuddin berhubung perkara itu bercanggah sama sekali sehingga seolah-olah antara pihak polis dan KDN langsung tidak mempunyai sebarang kaitan. Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, Hishammuddin selaku Menteri KDN tidak sekali-kali boleh membiarkan perkara itu berlaku kerana pihak polis berada di bawah seliaannya. Menurut beliau, sekiranya Hishammuddin sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang membenarkan

perhimpunan itu diadakan, Merdeka, Sabtu, 28 April ini. Larangan tersebut dikepihak polis pula mestilah luarkan oleh mengambil tindaKetua Polis Daekan yang sama. rah Dang Wangi, Tetapi, apabila Mohamad Zulpihak polis pula karnain Abdul yang menghalang Rahman, dalam perhimpunan suratnya kepada itu, tentunya ada AJK Pemandu sesuatu yang jelas Bersih 3.0, Mabercanggah deria Chin Abdulngan kenyataan lah pada 23 April menteri dan ini dengan amat tidak muna- Hishammuddin Tun lalu, merujuk kepada sabah, ujar beliau. Hussein surat Bersih ber“Alasan-alasan yang diberikan oleh pihak tarikh 16 dan 19 April 2012. Kementerian Dalam polis mengenai larangan itu juga tidak munasabah, Negeri pula dalam kenyaapabila dikatakan perhim- taannya pada 22 April lalu sebarang punan itu bukan perhim- membenarkan punan nasional, sedangkan perhimpunan aman pada perhimpunan itu sememan- masa akan datang termasuk gnya perhimpunan yang Bersih 3.0 yang akan dianbersifat nasional,” katanya jurkan di ibu negara pada 28 ketika dihubungi Harakah April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat 24 April lalu. Mahfuz berkata demikian keselamatan negara. Menterinya, Hishamketika diminta mengulas larangan pihak polis terhadap muddin berkata, hasil peBersih untuk mengadakan mantauan awal kementerian perhimpuPerhimpunan Aman 3.0, menunjukkan Duduk Bantah, di Dataran nan aman tersebut tidak

memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan. “Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, tujuh hari seminggu... kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat. “Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak,” katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di Kuala Lumpur 22 April lalu seperti yang dilaporkan Bernama.

honan itu tetap juga ditolak oleh pihak polis dan DBKL, maka perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan dan tempatnya tetap juga tidak berubah iaitu di Dataran Merdeka. “Kami tidak sekali-kali akan bersetuju untuk mengadakannya di Stadium Bola Sepak Cheras atau di Stadium Titiwangsa seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur itu kerana kedua-dua tempat itu bukanlah tempat untuk perhimpunan awam. “Ini berbeza sama sekali dengan di Dataran Merdeka yang sememangnya tempat untuk perhimpunan awam, mudah didatangi orang ramai dan bertepatan dengan Perkara 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan awam secara aman diadakan di tempat perhimpunan awam,” tegas beliau.

Sekiranya perhimpunan itu hanya terpaksa diadakan di enam lokasi alternatif itu, jelas beliau lagi, setiap tempat itu akan mempunyai ketua masing-masing, manakala nama-nama mereka pula akan diumumkan oleh pihaknya pada hari Jumaat ini menerusi kenyataan akhbar. Maria mengingatkan orang ramai agar tidak takut untuk menyertai perhimpunan itu kerana ia sememangnya tidak menyalahi undang-undang, malah sekiranya para peserta diganggu dan ditangkap oleh pihak polis, pihaknya bersedia memberikan khidmat bantuan guaman percuma. Khidmat guaman yang disediakan oleh pihaknya itu, jelas beliau, termasuklah daripada peguam-peguam Majlis Peguam Malaysia dan Kuala Lumpur Legal Aid Centre.


N4

NEGERI EDITORIAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

» KOMEN EDITOR

BN cemas ‘bungkus’ jika pilihan raya bersih! DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kepada Allah SWT kerana dilanjutkan usia maka dapatlah kita memuzakarahkan isu semasa, kali ini kita ingin menyentuh mengenai demokrasi dan Himpunan Bersih 3.0 yang dijadualkan di Dataran Merdeka pada Sabtu, 28 April ini. Bagi memulakan muzakarah isu ini, eloklah kita memetik makna demokrasi yang diungkapkan oleh seorang sarjana, Jim Hightower. Antara lain beliau berkata: “Demokrasi bukannya sesuatu yang berlaku, sebagaimana difahami kebanyakan orang, hanya ketika pilihan raya, dan ia bukan berlaku dengan hanya satu peristiwa. Ia adalah proses pembinaan yang berterusan. Ia sewajarnya menjadi sebahagian daripada budaya kita, sebahagian daripada kehidupan kita.” Apabila kita memahami demokrasi bukan hanya berkaitan pilihan raya, wajarlah

kita merujuk pelbagai perkara dan perkembangan yang berlaku sebelum sesuatu pilihan raya diadakan; berkenaan hal ini kita berpendapatan tuntutan lapan perkara yang dikemukan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh membantu pemahaman kita. Lapan tuntutan Bersih itu adalah membersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa kempen minimum 21 hari, usaha ke arah pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan akhir sekali menghentikan politik kotor. Ya, lapan perkara ini adalah tuntutan Bersih yang pada pandangan kita wajar ditangani secara berhemah dan bijaksana oleh pengendali pilihan raya, dalam kes negara kita Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Delegasi Bersih ini sudah menemui dan mengadakan perbincangan dengan peneraju SPR, malangnya melalui apa didakwa media massa arus perdana negara ini, tuntutan, pandangan dan hasil perbin-

cangan tidak menyertakan langsung suara mereka sebaliknya yang diuar-uar dan diperbesarkan adalah kenyataan daripada pemimpin SPR, antaranya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang dengan lantang berkata daftar pengundi Malaysia adalah yang terbaik di dunia dan tidak ada lagi negara yang memiliki sebuah daftar pengundi yang sebaik daftar pengundi Malaysia. Beliau juga menyatakan delegasi berkenaan amat berpuas hati dan memahami apa yang didakwanya ‘sedikit masalah’ seperti dakwaan wujudnya pelbagai keraguan dalam senarai pengundi. Seluruh negara diberitahu kononnya pihak yang kurang senang dengan pengendalian pilihan raya amat berpuas hati dengan hasil pertemuan itu. Menurut SPR jika pilihan raya tidak dilangsungkan secara adil dan bersih mana mungkin pihak pembangkang boleh menguasai lima negeri (Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang) pada pilihan raya Mac 2008.

Kita begitu sedih sekali dengan tahap profesionalisme peneraju dan petugas media massa yang hanya membesar-besarkan apa diutarakan Pengerusi SPR sebaliknya tidak sedikit pun menyiarkan keterangan dan pandangan pihak yang membuat aduan. Adalah tidak masuk akal, Pengerusi SPR bercakap bagi pihak pengadu menyatakan mereka ‘sangat berpuas hati dan memahami perjalanan pilihan raya kendalian SPR’. Bagi kita untuk menyatakan pilihan raya sudah dijalankan dengan bersih dengan adil dengan alasan ‘pihak pembangkang’ boleh menang di lima negeri, juga tidak wajar serta berpandangan dangkal kerana kita juga boleh berhujah jika pilihan raya tidak dijalankan secara kotor tetapi bersih dan adil, sudah lama Umno dan koncokonconya dalam BN terpaksa angkat kaki daripada Putrajaya. Kerana kotornya pilihan raya itu, Pakatan hanya menang di lima negeri, jika tidak kotor sudah lama BN ‘bungkus’!

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - Maksud Surah Al-Isra’ Ayat 32

BN tenggelam punca hadapi Bersih 3.0 K

EHADIRAN mengejutkan ratusan ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur pada hujung tahun 2006 untuk himpunan Bersih kali pertama adalah berasaskan cabaran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Saya pantang dicabar,” yang diungkapkan Abdullah rupanya menjadi kata-kata provokasi terhadap rakyat Malaysia yang mahu menyahut cabaran beliau. Halangan untuk Bersih kali pertama tidak kurang hebatnya. Banyak bas yang tidak sampai ke Kuala Lumpur kerana dipaksa berpatah balik. Baju kuning dirampas di dalam bas ketika dalam perjalanan peserta Bersih, sekatan jalan raya di sana sini, ugutan dan tekanan terhadap kakitangan kerajaan berlaku secara terangterangan; namun ribuan manusia hadir juga ke ibu kota. Kali pertama BN terkejut dengan jumlah kehadiran yang begitu besar. Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 adalah paling mencabar dalam sejarah himpunan

BN melakukan pelbagai perancangan untuk mempastikan kuasa mereka tidak tergugat. Perancangan tidak semesti dihebahkan. Diam orang jahat juga adalah satu perancangan.

NOTA UTARA ZULKIFLI YAHAYA

aman yang berlaku dalam negara. Bayangkan lebih 1000 laporan polis dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Demonstrasi bantahan dan penghantaran memorandum diadakan di sana sini setiap hari. Kenyataan mengutuk Bersih 2.0 muncul saban hari dalam media yang dikuasai sepenuhnya oleh BN. Serangan tidak hanya bertumpu kepada penganjuran Bersih, penganjur pun diserang juga. Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ S Ambiga adalah yang paling teruk dibelasah. Semua isu yang tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih dikeluarkan untuk merosakkan imej Ambiga. Kali pertama juga berlaku dalam sejarah dunia moden memakai dan mengedar baju kuning tertera perkataan ‘Bersih’ menjadi satu kesalahan. Mereka yang memakainya ditahan dan yang menjualnya diheret ke mahkamah. Pihak yang menganjurkan ceramah pra Bersih juga dihalang serta diambil tindakan. Beberapa hari menjelang Bersih 2.0, sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan tekanan terhadap rakyat agar tidak menyertai perhimpunan aman di ibu kota itu. Perkasa dan Patriot yang meminjam tena-

ga warga asing turut mengadakan ancaman untuk menakut-nakutkan rakyat. Muncul pula episod sandiwara bom petrol bersama baju Bersih yang ‘dijumpai’ pihak polis. Walaupun sandiwara itu tidak kelakar tetapi ia a berjaya menyerlahkan kedunguan pihak hak tertentu melakuukan kerja memperbodohkan rakyat melalui strategi lembam yang tidak pernah berubah sejak merdeka. Hasilnya, ratusan ribu ma-nusia berhimpun un juga di Kuala Lumpur sekalipun ramai yang tidak berbaju baju kuning. Jumlah kehadiran hampir tiada bezanya dengan himpunan Bersih kali pertama diadakan. Dato’ Seri Najib Razak dan para pemimpin BN pening kepala kerana halangan yang dibuat ke tahap maksimum pun gagal membendung kehadiran rakyat yang ramai. Kini bila muncul Bersih 3.0 pendekatan yang diambil kerajaan pimpinan Najib berubah sama sekali. Tiada tekanan, tiada provokasi dan tiada pula ‘promosi percuma’ oleh media-media talibarut BN seperti sebelum ini. Soalan yang menarik untuk himpunan Bersih 3.0 kali ini ialah, apa strategi BN? Jangan ingat bahawa sikap sambil lewa BN menghadapi

Bersih 3.0 adalah kerana tidak mampu lagi untuk menghadapi kebangkitan rakyat. BN melakukan pelbagai perancangan untuk mempastikan kuasa mereka tidak tergugat. Perancangan tidak semesti dihebahkan. Diam orang jahat juga adalah satu sa perancangan. cangan S e c a r a teori, manuteor sia akan raselesa sa dan tidak d tercabar jika tidak ji diancam. Pihak yang Pi akan hadir aka himpunan ke h Bersih adalah penyokong tegar penyoko Rakyat. KePakatan Ra hadir lebih inginan untuk h membuak jika dihalang dan dilarang oleh musuhnya. Mungkin

keinginan jadi menurun jika tiada halangan. Itu cuma andaian, belum tentu tepat. Kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat pun ramai kakitangan kerajaan, mahasiswa atau golongan yang berkepentingan. Mereka benarbenar tidak berani sewaktu diugut dahulu dan berani kini setelah tiada tekanan. Jika kumpulan mereka lebih besar maka himpunan Bersih 3.0 akan jadi lebih besar kali ini. Teori kedua ialah BN sengaja membiarkan himpunan berlangsung tanpa gangguan, tanpa belasahan cota, gas pemedih mata atau tembakan meriam air. Biar mereka berhimpunan seramai mana pun dan menjerit sepuas hati, mereka tidak diganggu langsung. Maka akhirnya nanti rakyat akan melihat kerajaan BN begitu baik, memberi kebebasan untuk rakyatnya. Bukankah kebe>> LIHAT MUKA 5

MALAYSIA TANAH AIRKU

ROSSEM


NEGERI KOLUMNIS

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

Pelajar mangsa dendam pemimpin Umno S GANU EPANJANG minggu lalu saya berada di kota Kaherah bagi menghadiri program ‘observer team’ (pasukan pemerhati) pilihan raya Presiden di sana. Kesempatan itu saya ambil untuk bertemu dan berdialog dengan sembilan pelajar Terengganu yang ditarik serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam himpunan aman ‘Bersih’ di Mesir pada awal tahun lepas. Adalah amat memilukan apabila saya dapati kesemua pelajar itu adalah terdiri daripada keluarga yang miskin dan kurang berada. Ada antara mereka kini sudah memasuki tahun empat pengajian dan mereka diambil tindakan dan dinafikan hak ‘berhimpun secara aman’ bukan oleh kerajaan junta tentera di Mesir yang memang terkenal ganas tetapi oleh kerajaan kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said. Malah secara angkuh Ahmad menyatakan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berhubung penarikan balik pinjaman Yayasan Terengganu (YT) ke atas sembilan penuntut terbabit. Ahmad menyatakan: “Kita tetap dengan keputusan untuk menarik balik pinjaman penuntut yang didapati terlibat kerana kita hantar mereka (pelajar) untuk pergi belajar dan bukannya terlibat dengan kegiatan sebegini (perhimpunan haram).” Lebih parah lagi apabila Ahmad bertindak mencabar PAS agar membiayai pengajian sembilan penuntut yang terlibat dengan perhimpunan Bersih di Mesir dengan berkata: “Saya cabar PAS untuk membiayai pengajian sembilan penuntut terbabit kerana telah mendesak dan menghasut penuntut berkenaan untuk menyertai perhimpunan Bersih. Penuntut yang masih mentah ini tidak pernah mengundi, bagaimana mereka tahu pilihan << DARI MUKA 4 basan itu sangat hampir dengan keadilan? Tuntutan terhadap sebuah pilihan raya yang bersih dilihat seolah-olah sudah ditunaikan dengan kebebasan berhimpun tanpa gangguan tersebut. Sedangkan di belakang tabir BN melakukan segalanya bagi mempastikan daftar pemilih adalah yang terbaik untuk memenangkan mereka dalam pilihan raya. Di Selangor pertambahan pengundi import sudah melebihi tahap pertambahan normal berkali-kali ganda. Pemilih kali ini akan terdiri dari warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan India yang diberi kerakyatan.

raya yang diadakan tidak bersih. Buat demonstrasi… kutip derma… kutiplah. Biar PAS pula tanggung (pengajian pelajar terlibat)..Mahu tunjuk simpati kononnya. Kutip tabung ‘celeng’ untuk pelajar. Lepas itu.. tiga bulan akan datang senyap, reda.” Bagi saya Ahmad sekali lagi menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, gopoh bertindak dan terkenal dengan amalan politik berdendam. Pelajar-pelajar ini tidak sedikit pun melakukan sebarang bentuk jenayah dan mengancam keselamatan negara malahan mereka dibenarkan berhimpun secara aman oleh pihak berkuasa Mesir. Persoalannya, apa salahnya pelajar-pelajar ini yang berhimpun secara aman dengan memakai baju kuning Bersih? Walaupun ribuan pelajar Malaysia telah berhimpun di serata dunia menyokong tuntutan Bersih 2.0, setakat ini tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh manamana agensi di bawah Kerajaan Pusat seperti Petronas, TNB mahupun daripada pihak JPA sendiri terhadap pelajar tajaan mereka. Yang peliknya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad sahaja berlagak sombong dengan bertindak bersendirian menarik balik biasiswa pelajar-pelajar Terengganu yang terlibat dalam himpunan Bersih itu. Lebih ‘kurang cerdik lagi’ apabila Menteri Besar Terengganu ini mencabar PAS untuk membiayai yuran pengajian pelajar-pelajar tersebut. Apakah beliau tidak sedar bahawa PAS di Terengganu hanya sebuah parti politik dan bukannya kerajaan yang memerintah? Sekiranya

PAS yang memerintah, bukan sahaja pelajar-pelajar ini dibela, malahan semua anak Terengganu yang layak dan menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri akan diberikan biasiswa dan dermasiswa dan bukannya lagi pinjaman di bawah Yayasan Terengganu atau PTPTN seperti yang ada sekarang ini. Apa tidaknya. Dengan hanya membatalkan dan membetulkan projek-projek tempang dan membazir yang dilaksanakan oleh kepimpinan Ahmad di Terengganu sekarang ini seperti Stadium Sultan Mizan bernilai RM300 juta yang runtuh, Pesta Monsoon Cup yang bernilai jutaan ringgit dan berlangsung setiap tahun dan projek zoo yang bernilai hampir RM100 juta di Bukit Takal, Kemaman sudah lebih daripada mencukupi bagi membiayai setiap anak Terengganu yang belajar di dalam dan luar negara. Namun inilah realiti cara berpolitik Umno Terengganu di bawah kepimpinan Ahmad Said. Ia penuh dengan tindakan yang tidak rasional dan dendam kesumat. Bagi beliau, menarik balik biasiswa pelajar-pelajar yang terlibat dalam himpunan Bersih bukannya suatu perbuatan ‘khianat kepada anak bangsa sendiri’ tapi merupakan satu ‘tanggungjawab’. Malah pelajar-pelajar ini dianggap sebagai ‘perosak’ kepada agenda kerajaan kerana terpengaruh dengan sentimen politik dan menyertai kumpulan penentang kerajaan. Ya, agenda kebangkitan anak muda di seluruh negara adalah amat penting bagi membela pelajar-pelajar kita di Mesir yang teraniaya ini. Keangkuhan kepimpinan Menteri Besar Terengganu mesti diajar oleh seluruh anak muda di negara kita. Keadilan akan hanya dicapai dengan semangat pengorbanan seluruh anak muda bagi melihat masa depan Malaysia yang lebih adil dan bersih.

Media massa akan terus menjadi perkakas BN berkempen sepenuh masa untuk BN. Ertinya segala isi tuntutan Bersih tidak dilayan juga. Sama ada dihalang atau tidak rakyat Malaysia akan berhimpun juga untuk Bersih 3.0. Jadi daripada BN membuang masa untuk menghalang, lebih baik mereka menumpukan kerja mengalih isu. Biar Pakatan Rakyat sibuk dengan isu Bersih 3.0 maka isu lembu Shahrizat Jalil, dakwaan skandal Shafie Apdal, kemewahan hidup Rosmah Mansor, PTPTN – akan menjadi reda. Dalam waktu yang sama mereka guna budak-budak suruhan Umno menyerang isu peribadi

Anwar Ibrahim, LGBT dan Yahudi. Itu pun satu teori mengapa BN begitu lunak menghadapi Bersih 3.0. “Yang sebenarnya BN sudah tenggelam punca untuk hadapi kebangkitan rakyat, buat apa pun serba tak kena. Nak halang salah, tak halang pun salah. Tidak menghalang itu bukan satu strategi BN sebenarnya... tetapi BN memilih untuk tidak membuat pilihan disebabkan semua pilihan yang dibuat akan memakan diri sendiri,” ujar seorang rakan penganalisis politik mengapa BN kelihatan berlunak hadapi Bersih 3.0 kali ini. Mungkin juga itu jawapan yang paling tepat.

syedazmans@yahoo.co.ukk

KITE

SYED AZMAN SYED AHMAD

N5

» 1, 2, 3 LEKUP TAMRIN HANG Tamrin bin Hang Ghafar bin Hang Baba bin....... Zuriat atawa generasi kedua Melaka merdeka. Mengikut dia mantan menteri Kadiak yang mengikut Bersih 3.0. Yang Hang ikut Kadiak itu kerana Kadiak ikut Bersih 3.0. Kalah putera Hang Ghafar pun tinggal akan tempat bermainnya, Kadiak pun tinggal, siapa lagi yang tinggal? Terkonteng-konteng memanda putera Tun Tan Tin yang tinggal. Kot-kot ada lagi lepas Hang Tamrin. Jantan Hang Tan.

TINGGAL ADAPUN Hang Tamrin belum betul-betul ikut Kadiak. Diikutnya Kadiak pergi tempat Bersih 3.0 saja. Kadiak sudah tinggal Sona, Hang Tamrin belum ikut. Ngapa? Agak Jantan belum ada yang suruh. Akan Kadiak, yang tinggal itu ada yang nyerunya tinggalkan Sona. Bila diseru, Kadiak pun tinggal. Kalau Makdum itu seru pula Hang Tamrin tinggal juga, mungkin ditinggal juga Hang Tamrin. Jantan cabut.

SERU AKAN Tuan Makdum, diserunya Kadiak tinggal parti kalau begitu dan begini. Agak Jantan Tuan Makdum takut tinggal bila diseru. Rupanya Kadiak tinggal betul. Ngapa Tun Makdum tak nyeru Hang Tamrin tinggal? Atau suruh saja Ku Li tinggal juga! Tentu Tuan Makdum tak berani lagi. Suruh Kadiak, Kadiak pun tinggal. Kalau suruh Hang Tamrin tinggal, mungkin dia juga tinggal. Ku Li! Cuba suruh! Takut mamanda tinggal Tuan Makdum saja. Jantan tunggul.

BERSIH KU LI pun macam Kadiak dan Hang Tamrin suka adanya Bersih 3.0. Bukanlah ketua parti Jantan dan Brother saja yang suka. Ku Li pun suka juga. Habis yang tak suka siapa? Bghahim dan Asan. Eloklah depa tak suka. Kalau depa suka sama, takut Jantan yang Bersih jadi tak bersih pula. Jantan bersyih.

DALAM HATI BERKATA Kadiak. Suka dia akan Bersih sejak Bersih 1. 0 lagi. Lepas itu ada pula Bersih 2.0. Sekali lagi dia suka. Adapun Bersih yang dulu-dulu suka dalam hati saja. Akan Bersih 3.0 ini sukanya sudah keluar hati. Dalam hati ada, di luar hati pun ada. Jantan semua badan.

BUDAK HITAM BERKATA Hang Tamrin: Tunku tak suka Sona sekarang. Tun Razak pun tak suka. Tun Dr Ismail pun tak suka juga. Tun Hang Ghafar? Dia ayah Hang Tamrin. Tentulah Hang Tamrin tahu ayahnya. Yang tinggal siapa? Tun M saja. Macam cerita 10 budak hitam. Bila 9 budak hitam semua tidak ada, budak hitam yang satu itu tiadakan dirinya. Jantan terjun.

LYNAS BUNYI mamanda setuju batal Lynas. Kena pun bayar dua bilion pada Lynas. Habis begitu duit kita. Untungnya tak seberapa, yang sah rugi dua bilion. Yang untung siapa? Orang yang cadang jual Lynas pada budak-budak Gebeng. Kalau UPCO dibatal macam mana? Bayar bilion juga. Jadi Pak Pandir semua. Jantan mamanda Pandir.


N6

NASIONAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Shafie perlu buktikan di mahkamah terbuka KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menggesa Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato’ Shafie Apdal membuat penjelasan secara terbuka mengenai wang yang diberikan kepada pelakon, Zahida Rafik, 38, mencecah RM1.5 juta. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Shafie juga perlu mengemukakan bersama bukti berbentuk fakta bagi menangkis tuduhan yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi berhubung skandal tersebut. “Beliau kena buat penjelasan dengan fakta, dari manakah sumber wang yang sebegitu banyak diperolehi kerana kalau ia

Siti Zailah Mohd Yusof

pendapatan peribadi, bagaimana dia boleh ada duit sebanyak itu lalu diberikan kepada artis berkenaan,” katanya kepada Harakah baru-baru ini.

Tegas beliau, banyak tanda tanya yang sedang bermain di minda rakyat apatah lagi semua pihak sedang tertanya-tanya status hubungan kedua-dua individu berkenaan. Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, Umno kini sedang berada dalam keadaan tepu dan tertekan dengan pelbagai isu yang boleh meruntuhkan mereka, apatah lagi pilihan raya umum semakin menjelang tiba. “Belum pun reda isu NFC yang membabitkan Ketua Wanita Umno yang juga seorang menteri kabinet, tiba-tiba timbul pula isu skandal Naib Presiden Umno dengan artis membabitkan wang bernilai jutaan ringgit.

“Apa yang hendak dinafikan? Buktikanlah, kerana bukan Pakatan Rakyat yang sengaja buat cerita ini, ia didedahkan seseorang yang bekerja dengan mereka juga,” tegasnya. Ujarnya lagi, jika beliau mendakwa dirinya tidak bersalah, ia perlu dibuktikan di dalam mahkamah melalui proses perundangan yang jelas. Apa yang lebih memalukan katanya, seorang menteri kini sanggup menjadi alat kepada golongan wanita sedemikian untuk hidup dalam kemewahan. “Kalau dia ada niat yang baik, sepatutnya artis itu dibimbing dan dididik ke arah yang lebih baik, bukannya tabur wang dan

kemewahan,” katanya lagi. Terdahulu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar jika disaman oleh Shafie dan pihaknya telah bersedia untuk menghadapinya. Dalam sidang akhbar 18 April di lobi Parlimen, Zuraida mendedahkan mengenai hubungan antara Shafie dengan artis, Zahida Rafik. Beliau mendedahkan satu laporan polis yang dibuat bekas pemandu peribadi artis berkenaan iaitu Noor Azman Azemi yang mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia melarikan wang sejumlah RM200,000.

Jangan sekat rakyat berekspresi – Aishah Oleh INTAN ABDULLAH & NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Pelbagai tanggapan buruk cuba untuk dipalitkan kepada Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu 28 April ini, bagi menuntut hak dalam sistem demokrasi berparlimen. Juara Lagu 1990 Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah menyifatkan pelbagai tuduhan melulu ter-

hadap perhimpunan aman di ibu negara hanyalah propaganda semata-mata untuk menggambarkannya sebagai suatu yang negatif. Tegasnya, tindakan mengadakan perhimpunan adalah suatu bentuk ekspresi yang biasa diamalkan di negara-negara demokrasi namun, tetapi di Malaysia perhimpunan begini dianggap buruk dan diburukkan lagi oleh media yang menguasai minda rakyat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu menegaskan, golongan yang menolak dan mempertikaikan perhimpunan aman adalah pihak yang menyanggah amalan demokrasi. “Rakyat kena sokong Bersih, kerana kalau sistemnya (pilihan raya) dilakukan macam-macam perkara (kelemahan), tiada ketelusan, maka ia tidak berguna langsung.

“Rakyat mahukan sistem yang adil dan telus kerana kalau dari mula lagi terdapat pengundi hantu, itu zalim namanya. “Kalau nak tunggu pilihan raya umum lambat lagi, kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk berhimpun dan tunjuk kepada kerajaan apa yang kita tidak setuju,” ujarnya yang bertekad untuk sertai Perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Aishah Ariffin

Aishah yang pernah menuntut bidang Sains Politik di Universiti Auckland menegaskan, rakyat perlu diberi hak untuk exercise hak yang diberikan itu dan kerajaan Umno-BN tidak boleh menyekat hak rakyat untuk berekspresi.

Bob Lokman seru ke Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: Sebagai generasi yang akan menentukan masa depan negara, golongan muda dan belia digesa ‘turun padang’ dalam Perhimpunan Aman Bersih 3.0 ‘Duduk Bantah’ pada 28 April ini. Gesaan itu dibuat pelakon, penulis lirik, pelawak dan komposer Bob Lokman (gambar) sewaktu ditanya mengenai penyertaan beliau dalam perhimpunan menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil itu. Jelasnya, golongan muda perlu mengambil perhatian terhadap tuntutan Bersih 3.0 itu bagi membentuk sistem pilihan raya di negara ini lebih adil

dan saksama seterusnya dapat menjamin sebuah pemerintahan yang lebih telus. “Hanya berlandaskan sistem yang adil, baru kita dapat menjadikan negara ini milik semua rakyat dan bukan hanya milik golongan tertentu (UmnoBN) dalam mencorak pemerintahan negara,” katanya kepada Harakah. Ditanya tentang penyertaan beliau dalam perhimpunan tersebut, Bob Lokman dengan optimis menyatakan sokongan beliau dan tidak akan ketinggalan menyertai Perhimpunan Duduk Bantah itu walaupun terdapat pelbagai sekatan daripada pihak ber-

kuasa untuknya ke Dataran Merdeka. “Saya akan turut serta dalam himpunan tersebut bagi menyokong sepenuhnya usaha menuntut sebuah pilihan raya yang adil. Dan saya sudah bersedia dengan T-shirt Bersih saya,” katanya seraya berseloroh. Bob Lokman turut menyifatkan golongan muda yang hanya berdiam diri dan enggan membantah, sebagai kelompok masyarakat yang tidak sensitif dengan politik tanahair. “Walaupun mereka ini di kalangan bijak pandai dan berpendidikan tinggi, adakah mereka merasakan tidak memerlukan orang lain untuk menguruskan jenazah mereka apabila meninggal kelak?” tegasnya.

Ahmad Zamri

Juham sedia 100 peguam KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat, akan menyediakan kira-kira 100 orang peguam yang akan memantau Perhimpunan Aman Bersih 3.0 ‘Bantah Duduk’ pada 28 April ini. Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, peguam tersebut akan berada di tiga lapangan iaitu di tempat diketahui berkumpul, di balai polis dan juga di bilik gerakan utama. “Walaupun kerajaan tidak memberi kebenaran untuk berhimpun, para peguam Juham akan memakai pakaian hitam putih serta tag nama yang tertulis peguam PAS,” katanya. Sementara itu, Ahmad Zamri turut menasihati para peserta perhimpunan agar menjaga disiplin semasa berhimpun. “Kita semua perlu ingat perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Hadir pada perhimpunan tanpa sebarang senjata dan patuh pada arahan penganjur atau komandan,” katanya lagi. Beliau juga menasihati peserta agar tidak menimbulkan sebarang provokasi dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang seperti membaling batu atau sebarang objek kepada pasukan keselamatan. Selain itu katanya, peserta perhimpunan juga jangan melawan sekiranya ditahan pihak polis dan pasukan peguam Juham akan ke tempat tersebut. Zamri menegaskan, sekiranya ditangkap atau menghadapi sebarang halangan, orang ramai boleh menghubungi pihak Juham di talian hotline untuk Bilik Gerakan Juham Bersih 3.0 (010-2906770, 010-2907174, 010-290 7332) Talian tersebut katanya, akan aktif dua hari sebelum perhimpunan berlangsung.


Harakah 5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

*,-"/

/


N8

NASIONAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Bersih 3.0 wajar diadakan Oleh INTAN ABDULLAH & WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Duduk Bantah anjuran Bersih 3.0 dilihat wajar untuk diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Pandangan tersebut dinyatakan seorang pemerhati politik terkenal tanah air ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan yang menuntut perubahan

pada sistem pilihan raya negara itu. “Saya rasa kalau mereka ada sebab untuk menganjurkannya, buat sahajalah tetapi biarlah tuntutan itu wajar kerana apa-apa sahaja yang kita hendak lakukan mesti mempunyai motif,” katanya ketika dihubungi Harakah baru-baru ini. Beliau juga menggesa agar peserta dan penganjur lebih fokus kepada tujuan asal penganjuran perhim-

punan berkenaan. Beliau yang enggan dikenali itu, sedia maklum bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya menggalakkan penyokong mereka untuk hadir ke perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April akan datang. Sungguhpun begitu, ketika mengulas lanjut mengenai lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0, beliau yang juga seorang ahli akademik di se-

buah institusi pengajian tinggi awam menegaskan bahawa pihaknya masih belum jelas dengan penggunaan dakwat kekal malah keliru dengan penggubalan undang-undang mengenai kesalahan pilihan raya. Tegasnya lagi, terdapat beberapa perkara yang sepatutnya diberikan perhatian untuk dilaksanakan atau dibuat penambahbaikan bagi menjamin perjalanan pilihan raya yang

lebih baik dan telus. “Buat masa terdekat kita hendak pastikan perjalanan pilihan raya ini dijalankan dengan adil dan bersih dengan penggunaan dakwat kekal untuk elakkan double-voting, advance voting yang telus dan terbuka untuk elakkan pengundi pos tidak telus dan tipu. Beliau juga bersetuju dengan kewujudan undi pos, tetapi ia hendaklah dijalankan di luar kem

yang boleh disaksikan oleh orang luar secara terbuka, malah borang 2 juga perlu dihapuskan kerana ia mengandungi maklumat peribadi pengundi yang dipercayai menyebabkan pengundi pos berasa undi mereka tidak rahsia. Menyentuh isu tempoh kempen pula, beliau menggesa agar tempoh yang dikatakan 10 hari itu dipanjangkan kepada 21 hari.

Kita fokus motif Bersih 3.0, bukan soal Ambiga

Umno dibidas kerana cuba alih isu pokok penyelewengan pilihan raya.

KUALA LUMPUR: PAS mahu ahlinya menjayakan himpunan aman Bersih 3 ‘Duduk dan Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini tanpa terpengaruh dengan dakyah kononnya salah seorang pengemudi, Dato’ Ambiga Sreenevasan kononnya menyokong kelompok LGBT. Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, tiada pertikaian

mengenai latar belakang Ambiga dalam kes LGBT, sebaliknya isu yang dibawa iaitu memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih adalah keutamaan. “Soal latar belakang dia itu hal lain. Jika orang gila yang baharu sahaja keluar dari wad sakit jiwa membawa isu memperjuangkan pilihan raya bersih dan adil, kita sokong sebab yang gila itu tidak seteruk mereka

yang lebih gila mempertahankan negara dengan pilihan raya yang sangat kotor,” katanya kepada wartawan semasa ditemui di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu dekat sini 24 April lalu. Beliau yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tiada pihak yang boleh bersetuju dengan tindakan mempertahankan sebuah sistem yang hanya

menyebelahi kepentingan pihak tertentu. Ia termasuk dalam isu perjalanan pilihan raya yang tempang kerana daftar pemilihnya yang sangat meragukan, katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan dakyah tertentu kononnya Bersih 3 didalangi puak yang bersekongkol dengan LGBT.


IKLAN

Harakah 5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. ZZZGLQDUNHOFRP

DINAR: Sorotan Sejarah

Susunan: Mohd Zamerey Ab Razak

Bahagian 11

Sambungan dari keluaran lepas... Sejarah Dinar pada Zaman ‘Uthmaniyyah

S ej a k d ar i awa l l ag i, pemerintah kerajaan ‘Uthmaniyyah telah menempa dan mengeluarkan mata wang mereka sendiri. Namun begitu, semasa pemerintahan ‘Uthman I, wang kerajaan ini menunjukkan tidak mempunyai catatan nama pemerintah pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa, ketika pemerintahan ‘Uthman I, wang perak iaitu Acke yang dikeluarkan oleh kerajaan ‘Uthmaniyyah dipengaruhi oleh wang kerajaan Ilkhan. Pada tahun 724H/1323M, selepas kemangkatan pengasas kerajaan ‘Uthmaniyyah iaitu ‘Uthman I, tempatnya digantikan oleh anaknya, Orhan. Beliau merupakan pemerintah kerajaan ‘Uthmaniyyah yang pertama memakai gelaran Sultan. Pada tahun 727H/1326M, Orhan mula mencetak dan mengeluarkan mata wang kerajaan ‘Uthmaniyyah sendiri. Oleh sebab itu, tahun tersebut dianggap sebagai tarikh kedaulatan yang sebenar bagi kerajaan ‘Uthmaniyyah. Hal ini kerana percetakan wang pada zaman itu boleh dianggap sebagai lambang kedaulatan bagi sesebuah kerajaan yang wujud pada ketika itu. Selain mengeluarkan wang perak Acke, dalam zaman awal ini juga kerajaan ‘Uthmaniyyah telah mencetak dan mengeluarkan wang tembaga.

Ni l a i w a n g t e m b a g a tersebut adalah lebih rendah berbanding nilai mata wang Acke. Wang tembaga tersebut dikenali sebagai ‘Mangir’, ‘Manku’ atau ‘Pul’. Ia dipercayai mula diperkenalkan semasa pemerintahan Murad I (764-792H/1362-1389M). Tujuan mata wang Mangir ini dikeluarkan oleh Murad I adalah bagi memudahkan urusan-urusan harian di bawah pentadbirannya yang melibatkan nilai mata wang dengan jumlah atau angka yang lebih kecil. Pada zaman pertengahan pula, di bawah pemerintahan Muhammad (II) al-Fatih, beliau telah menempa di atas permukaan wang Akce dengan tempaan kalimah Sultan. Hal ini menunjukkan bahawa semasa pemerintahannya, Muhammad II telah menggunakan gelaran Sultan pada dirinya. Mata wang Acke kerajaan ‘Uthmaniyyah pada zaman ini telah dikeluarkan dengan piawaian berat yang sama iaitu 1.1 gram. Di bawah pemerintahan Muhammad II juga, wang emas kerajaan ‘Uthmaniyyah yang pertama telah memperkenalkan dengan nama Sultani atau Hasane-I Sultaniye. Ia berlaku kerana perkembangan politik dan ekonomi semasa dalam wilayah-wilayah ‘Uthmaniyyah yang semakin meluas. Wang emas baru dikeluarkan oleh Muhammad II telah mengikut berat piawai Ducat yang dikeluarkan oleh

Senarai Wakalah Utama Seluruh Negara:

World Islamic Mint

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Venice iaitu 3.52 gram. Cetakan wang emas pertama ini telah dibuat di Istanbul pada tahun 882-883H/14771478M. Pada permukaan wang ini terdapat ukiran perkataan nama pemerintah, tempat dikeluarkan dan tarikh wang ini ditempa. Wang emas Sultani ini kemudiannya telah digunakan semasa pemerintahan Bayazid II (886-918H/14811512M) dan berterusan sehingga berakhir abad ke-17M. Kehalusan dan berat mata wang emas Sultani ini telah mengikut standard Ducat yang dikeluarkan oleh kerajaan Venice. Walaupun kerajaan ‘Uthmaniyyah telah mengambil taraf Ducat untuk wang syiling emas mereka, namun dalam masa yang sama, mereka secara pragmatik telah mengetahui bahawa taraf Ducat di wilayah-wilayah Laut Mediterranean dan lain-lain kawasan mempunyai piawaian yang berbeza. Seterusnya, pada era Salim I dan Sulayman I, kerajaan ‘Uthmaniyyah juga telah menggunakan mata wang Dinar Ashrafi di Mesir dan mata wang emas Dinasti Ziyan di Maghrib. Mata wang ini terus diguna pakai dalam segala urusan pentadbiran kerajaan ‘Uthmaniyyah di samping digunakan juga wang Dinar Sultani dan wang perak Acke. Terdapat sumber yang menunjukkan bahawa pengeluaran Sultani tidak begitu besar pada awalnya sehingga pada suku abad ke-16M.

Pa d a mu l any a , w ang Sultani telah ditempa kebanyakannya di Istanbul dan Seres. Namun begitu, semasa pemerintahan Salim I pada tahun 918- 927H/1512-1520M, beliau telah menyediakan kawasan baru untuk mengeluarkan mata wang Sultani iaitu di timur Anatolia, Syria dan Mesir. Kemudiannya, pengeluaran wang Sultani semakin bertambah semasa di bawah pemerintahan Sulayman I pada tahun 927-974H/15201566M di kawasan Balkan, Sidrekapsi dan Karatova di samping Istanbul serta Kaherah. Tidak dapat dinafikan bahawa penaklukan ke atas Mesir telah menambahkan lagi harta perbendaharaan Istanbul dan pengeluaran mata wang emas Sultani semakin banyak (Pamuk 2000: 61-61). Pada abad ke-16M, nilai wang emas Sultani adalah tetap dan juga seimbang dengan timbangan Ducat. Namun begitu, nilai mata wang syiling emas ini mula mengalami perubahan pada awal abad ke-17M. Hal ini mungkin disebabkan faktor kemerosotan mutu dalam pencetakan dan pengeluaran mata wang syiling Sultani pada waktu itu di samping berlaku juga ketidakstabilan dalam pengeluaran mata wang perak Akce dalam masa yang sama. Semenjak tahun 9 5 5 H / 1 5 3 4 M , d i b aw a h pemerintahan Sulayman II,

(019-4365763) KOPERASI MUNAWWARAH KEDAH BERHAD NUBEX VENTURE SDN. BHD (03-77299640) WAKALAH AL-FITRAH (019-2183317) SAHABAT EMAS SDN. BHD (019-9122152) SAUDAGAR EMAS SDN. BHD (017-3249009) BAYU MELAWI SDN. BHD (012-9011422) KOPERASI WANITA ISLAM (013-9284133) PERMODALAN KELANTAN BERHAD (09-7414343) MENARA SAUJANA SDN. BHD (019-2632478) KOPERASI PASAR SITI KHATIJAH (09-741 9568) MAL BARAKAH (013-9286437) JARINGAN EMAS NUSANTARA (019-5158910) MUSK TRADE (019-9889770) EMPAYAR JUTAWAN EMAS (012-3823831) AMBiZ GOLD (019-984 1881) NNM Gold Resources,Putra Jaya 019 - 989 8965 WAKALAH SURIA (03-3374 6060/010 - 401 9999) 99)

“Sila langgani SMS KGT untuk dapatkan harga Dinar dan Dirham harian”

sistem pengeluaran wang kerajaan ‘Uthmaniyyah menggunakan standard emas dan perak yang dikenali sebagai ‘Standard Bimetalisme.’ Wang pada zaman moden Kerajaan ‘Uthmaniyyah bermula pada zaman pemerintahan Mahmud II iaitu pada tahun 1223H/1808M sehingga berakhir zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyyah pada tahun 1343H/1924M di bawah pemerintahan ‘Abdul Majid II. Catatan pada permukaan wang semasa zaman pemerintahan Mahmud II ialah kalimah ‘Sultan al-barrayn wa khaqan al-bahrayn al-sultan ibn al-sultan’. Pada zaman moden ini juga iaitu pada 1244-1250H/18281 8 3 4 M , k e r a j a a n ‘ Ut h maniyyah terus melakukan pencetakan dan pengeluaran kepingan-kepingan syiling terutama syiling lima dan enam Kurush yang dikenali sebagai Beslik dan Altilik. Wang syiling ini terus diguna pakai oleh Kerajaan ‘Uthmaniyyah sehingga berlaku Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1255H/1839M pula, Kerajaan ‘Uthmaniyyah dilaporkan telah memperkenalkan mata wang baru iaitu Qa-I-Mah (Gaima) dalam bentuk wang kertas. Manakala pada tahun 1260H/1844M, Kerajaan ‘Uthmaniyyah telah mengeluarkan wang al-Majidi iaitu wang syiling perak dan wang syiling emas.

Bersambung...

3HOXDQJ8QWXN 0HQMDGL :DNDODK8WDPD .LQL'LEXND 6LOD+XEXQJL .HODQWDQ*ROGHQ7UDGH6GQ%KG 'L7DOLDQ

² 'HQJDQ6HJHUD

N9


N10 NASIONAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Anak muda harus turun Bersih 3 Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Firdaus Jaafar

KUALA LUMPUR: Seluruh anak muda yang cintakan negara ini dirayu turun ke Himpunan Aman Bersih 3 ‘Duduk Bantah’ pada 28 April ini di Dataran Merdeka. Ia sebagai satu lambang protes terhadap ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengen-

dalikan isu-isu berkaitan pilihan raya terutamanya dalam kes daftar pemilih yang kotor. Demikian tegas ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar kepada Harakah ketika ditemui di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu 24 April lalu selepas menyertai delegasi ahli Parlimen PAS menyerahkan memorandum memo-

hon perkenan Majlis RajaRaja Melayu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja me nyiasat isu taks force pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing. “Anak muda harus dan perlu turun ke Dataran Merdeka untuk meramaikan lagi penyertaan himpunan ini. Selaku anak muda yang sedar dan cintakan negara, kita harus menjayakan himpunan

aman ini,” katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau menekankan bertapa seriusnya himpunan kali ini kerana melihat kepada penyelewengan dalam daftar pemilih, pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan bertapa media di negara ini terlalu memihak kepada parti kerajaan sahaja. Memandangkan desak-

an demi desakan, dan banyak bukti dikemukakan, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berdiam diri, maka Himpunan Duduk dan Bantah anjuran Bersih 3 harus dijayakan, katanya. ‘Anak muda harus turun, dan nanti pulang semula untuk sebuah harapan besar agar protes ini mampu mengubah keadaan,” ujarnya.

Memang sah warga asing diberi kad pengenalan untuk mengundi KUALA LUMPUR: Setelah PAS mendedahkan kewujudan task force pemberian kad pengenalan oleh pihak yang dekat dengan pimpinan Umno-BN, satu lagi pendedahan dibuat mengenai dakwaan Umno memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing dipercayai bagi menarik undi mereka dalam pilihan raya akan datang. Pendedahan itu dibuat Abu Talib Abdul Rahman,

28 yang memegang status pemastautin sementara kepada portal Suara Keadilan pada 24 April lalu. Abu Talib mendedahkan, kumpulan warga asing dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Paya Jaras, Sungai Buluh Selangor, diberikan kad pengenalan secara mudah dengan bantuan Umno kawasan itu. Beliau mendakwa, komplot sejak setahun lalu itu didalangi seorang wakil

rakyat. “Saya menerima bukti dari warga Kemboja bahawa mereka mendapat status kewarganegaraan ‘segera’,” katanya. “Saya turut ditawarkan oleh YB ini, namun saya tolak kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang. Saya boleh jadi warganegara jika saya mahu, namun enggan kerana berpendapat cara ini salah,” katanya dalam

pendedahan itu. Abu talib berkata, beliau memohon menjadi warganegara Malaysia sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu, beliau berulang alik ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun permohonannya gagal. Beliau hanya diberi kad pengenalan yang memiliki tarikh luput di mana ia hanya akan diperbaharui menurut budi bicara JPN. Berdasarkan rekod, tiga

adik beradiknya yang lain adalah warganegara Malaysia dan beliau menjadi pemastautin tetap selepas kad pengenalannya hilang ketika berusia 15 tahun. Selepas beliau merujuk kepada JPN, pihak tersebut memberi alasan sama, tunggu sahaja pengumuman dari kerajaan. Ekoran itu, beliau berdepan pelbagai kesukaran termasuk anak-anaknya dinafi bantuan walaupun mereka

warganegara Malaysia. Katanya, beliau juga bertukar kerja sebanyak lima kali dan pernah menganggur selama dua tahun, selain bantuan zakat turut dinafikan kerajaan. “Kalau saya ikut cara Umno untuk mendapatkan kad pengenalan, sia-sia sahaja usaha saya selama ini turun-naik ke pejabat JPN untuk memohon kewarganegaraan,” katanya kesal.


NASIONAL N11

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

Tiada alasan halang Bersih 3.0 berhimpun Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Tiada alasan untuk mana-mana pihak termasuk polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang Bersih 3 untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini. Ini kerana, Dataran Merdeka sering dijadikan tempat bukan sahaja oleh agensi kerajaan, malah pihak lain untuk menjalankan aktiviti termasuk yang tiada kepentingan kerajaan. Demikian kata ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar kepada Harakah ketika ditemui di

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu 24 April lalu selepas menyertai delegasi ahli Parlimen PAS menyerahkan memorandum memohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat isu task force pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing. “Saya merujuk kepada kenyataan Bersih 3.0, mereka ada bukti mengenai adanya kebenaran daripada pihak berkuasa kepada pihak-pihak selain kerajaan untuk menggunakan Dataran Merdeka untuk mengadakan program, jadi tidak salah jika Bersih 3.0 juga menggunakan tempat

Kamarudin Jaffar

tersebut untuk berhimpun secara aman,” ujarnya. Beliau juga menyelar kenyataan pihak polis yang kononnya mahu menghalang himpunan aman itu sedangkan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri

Hishamuddin Tun Hussein sendiri menyatakan himpunan Bersih 3.0 tidak memberi kesan kepada keselamatan negara. Bertitik tolak kepada hujah itu, beliau menyeru rakyat khasnya ahli PAS untuk turun beramai-ramai dalam himpunan 28 April ini bagi menyatakan protes kepada ketidakadilan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sebagai bukti perlunya Bersih 3.0, ialah isu kewujudan task force khas pemberian kad pengenalan kepada warga asing membabitkan pihak yang dekat dengan Perdana Menteri, katanya.

Projek lembu gagal tapi taukeh NFC makin kaya KUALA LUMPUR: Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa aset Pusat Fidlot Negara (NFC) telah dibekukan, hakikatnya keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan daripada harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC. Demikian kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Rafizi Ramli semasa mengadakan sidang medianya di Ibu Pejabat KeADILan 24 April lalu. “Selain dari pelbagai kondominium yang telah didedahkan kini, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC dan kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain,” katanya. Kata Rafizi, bukti yang paling kukuh ialah dua premis utama operasi NFC iaitu pejabatnya di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Mont Kiara. Menurut Rafizi, pihaknya berjaya mendapatkan rekod hak milik dan nilaian kedua-dua hartanah

Rafizi Ramli

dari carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Antaranya empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran, dakwanya. Salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Mohamad Salleh yang dibeli pada harga RM814,550, katanya. Semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC pula menunjukkan bahawa pada setiap bulan, NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat dengan RM28,000 setiap bulan kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 setiap bulan kepada Mohamad

Salleh, katanya. Bagi Rafizi, ia mendedahkan bahawa dua orang pengarah NFC telah menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat. “Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? “Jika tidak, Mohammad Salleh dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat,” dakwanya. Selain itu kata Rafizi, bayaran sewa yang dikutip oleh Mohammad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi. Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan, katanya. “Ini bermakna Dato’ Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72 peratus setiap bulan; iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat,” katanya. Jika ini keadaannya kata Rafizi, dengan unit L-3A-

3A yang dimiliki oleh Mohamad Salleh Ismail, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau. Kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanahhartanah lain, katanya. Selain itu, menurut Rafizi ruang niaga restoran yang disewa oleh RFC bagi operasi Meatworks di Mont Kiara pula dimiliki oleh Wan Shahinur Izran. “Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta. “Ruang ini disewakan kepada RFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat,” katanya. Walaupun Rafizi tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi RFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain, beliau percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan daripada dua ruang restoran yang dimilikinya.

Kes Scorpene, AV8, Zahid keliru dan mengelirukan KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat keliru dan cuba mengelirukan dalam dua isu rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion serta isu kereta perisai AV8. Dalam kes Scorpene, Zahid disifatkan cuba membuat U-turn (pusingan U), apabila sebelum ini memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian. Bagaimanapun, Zahid pada 21 April berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tian Chua berkata, Zahid cuba berlagak ‘hero’ sebelum membuat U-turn dengan kenyataan terbarunya. “Sebelum ini bukan main berani. Kenapa sekarang takut? Ini menunjukkan Zahid sudah buat Uturn. Itulah, nak jadi hero sangat. Sekarang tak berani pergi pula,” katanya. Zahid pada 11 Mei tahun lalu berkata, beliau sedia memberi keterangan untuk membuktikan ketelusan kerajaan dan supaya mahkamah menentukan kebenaran dalam kes itu. Mengulas lanjut, Tian berkata, Zahid cuba mengambil alih kesalahan yang dilakukan perdana menteri, Dato’ Seri Najib

Razak ketika menjadi menteri pertahanan. “Takkan dia (Zahid) nak pergi (sebagai saksi) atas kesalahan orang lain? Sebenarnya, memang bukan tanggungjawab Zahid pun, tapi Menteri Pertahanan ketika urusaniaga pembelian Scorpene dibuat, iaitu Najib Razak,” kata Tian. Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram, antaranya Najib selaku menteri yang bertanggungjawab ketika pembelian Scorpene pada 2002 dan Zahid yang kini menjadi menteri pertahanan. Sementara itu dalam isu kereta perisai AV8, beberapa blog pro-Pakatan Rakyat mempertikaikan Zahid dalam isu keengganan Zahid Hamidi menjelaskan mengapa Indonesia menawarkan kereta perisai mereka pada harga RM 2.4 juta. Sedangkan projek kereta perisai yang akan dibuat oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM 31.13 juta sebuah atau RM8 bilion untuk 257 buah kereta perisai, kata blogger Rozmal Malakan dalam blognya, Suara Rakyat. Rozmal mempersoalkan sama ada RM8 bilion tersebut kos pembinaan, kos membina kilang membuat kereta perisai, kos membeli tanah untuk membuat kilang, kos blueprint atau termasuk kos hak untuk mengeluarkan dan memasarkan kereta perisai.


N12 NASIONAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Senator persoal mengapa BN tergesa-gesa senarai FGVH Oleh ROY RASUL

KUALA LUMPUR: Senator Mumtaz Md Nawi berkata, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ataupun Felda didakwa mempunyai kaitan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA). Oleh kerana itu katanya, apabila FGVH diapungkan di Bursa Saham, apa jaminan bertulis kerajaan yang mengatakan ia tidak akan

mengabaikan dan melanggar hasrat asal GSA untuk memastikan peneroka yang tidak bertanah betul-betul mendapat manfaat daripada sebarang aktiviti yang dibuat FGVH. Beliau juga persoalkan, apa kaitan Bunge Limited dengan FGVH ataupun Felda dalam kes tersebut. “Sekiranya perkara ini diapungkan dan kenapa tarikh tamat ataupun tarikh

penyenaraian itu dibuat dalam bulan Jun? “Kenapa tidak boleh kita tunggu sampai akhir tahun? Kenapa bulan Jun ini dijadikan satu tanda untuk kita sama ada mengapungkan atau tidak FGVH?” katanya dalam soalan tambahan bagi sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Negara, 23 April lalu. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri,

KDN tiada mekanisme cegah jenayah KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri diminta menjelaskan bagaimana dalam tempoh jangka panjang mereka boleh mencapai sifar jenayah. Menurut, Senator Dato’ Dr Johari Mat, ini kerana jawapan daripada kementerian, indeks yang telah dikenal pasti telah menurun. Baru-baru ini pun katanya, daripada bacaannya indeks jenayah menurun. Katanya, Kementerian Dalam Negeri menjalankan tugas-tugas untuk mengurangkan dan juga me-

Dr Johari Mat

nurunkan indeks jenayah. “Saya baca akhbar pada 19 April 2012, Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa tahun 2010 kes

rogol berkurangan tetapi mendadak naik pada tahun 2011 kepada 2,419 orang. “Ini menunjukkan satu kes yang sering berlaku di dalam masyarakat,” ucapnya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, Isnin lalu. Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Lee Chee Leong berkata, kementeriannya sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap kejadian jenayah seperti yang dibangkitkan Dr Johari.

Dato’ Ahmad Maslan berkata, tidak timbul persoalan untuk apung atau tidak. “Kita sudah bersetuju untuk mengapungkan pada bulan Jun. Kita boleh bersetuju bulan Januari, bulan Februari, bulan Mac, bulan April, bulan Mei, bulan Jun, terpulang kepada kami, bila pun. “Akan tetapi yang pentingnya ialah kita melihat

sekarang ini harga sawit adalah amat tinggi dan amat sesuai untuk kita mengapungkan syarikat yang terlibat tentang perladangan, khasnya sawit,” katanya. Katanya, GSA tidak melibatkan tanah yang hendak disenaraikan ini. Tanah yang hendak disenaraikan ini seluas 350 ribu hektar ataupun 800,080 ribu ekar.

Mumtaz Md Nawi

PAS, Harakah bantu pelajar Malaysia di Syria KUALA LUMPUR: Dalam kunjungan singkat ke Damsyik, Syria baru-baru ini, Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad sempat bertemu dan berdialog dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Bagi mewakili PAS dan Harakah, beliau telah menyampaikan bantuan segera kepada mereka yang masih berada di sana, khususnya pelajar-pelajar yang sedang berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu.

Adalah dianggarkan masih ada seramai lebih 150 peljar Malaysia yang menuntut di beberapa buah Universiti dan IPT di sana. Walaupun suasana di Syria kini agak tegang, namun pelajar-pelajar kita kini berada dalam keadaan selamat dan masih boleh meneruskan pengajian mereka. Sementara itu Dr Syed Azman menyeru pelajarpelajar agar terus menumpukan kepada pengajian mereka dan tidak gusar dengan keadaan persekitaran di sana.

Beliau mengharapkan agar semua pelajar di sana tidak mengambil risiko yang boleh membahayakan diri masing-masing. “PAS akan sentiasa meneliti perkembangan di sana dan akan terus membantu pelajar-pelajar melalui Tabung Harakah,” katanya sekembali beliau ke tanah air. Turut hadir di pertemuan dengan pelajar itu adalah wakil dari Kedutaan Malaysia di Syria yang bekerjasama menjaga kebajikan serta pelajaran seluruh pelajar-pelajar Malaysia.

Dr Syed Azman bergambar dengan sebahagian pelajar Malaysia di Damsyik.


Koridor

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

Bersih 3.0: Selangor gerak 50,000 ahli

PAKATAN RAKYAT

Koridor

N13

PAKATAN RAKYAT

»N19

Wajib sertai duduk bantah Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Rakyat negara ini wajib keluar beramai-ramai pada 28 April ini sebagai tanda membantah ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kewujudan pengundi hantu akan merosakkan sistem demokrasi yang diamalkan sejak merdeka lagi. “Cerita Nabi Adam digoda syaitan disebut dalam al-Quran. Al-Quran ada menyebut ‘Ya Bani Adam’ untuk mencuit pemikiran

orang Islam di dunia bahawa hantu, setan termasuk pengundi hantu memang tidak boleh. “Malah sekiranya (calon) wakil rakyat menang kerana adanya sokongan pengundi hantu adalah berdosa. Segala elaun yang diperolehi adalah haram, gaji dan kemudahan yang diperolehi juga haram,” katanya sebagai sokongan padu terhadap program Duduk Bantah anjuran Bersih 3.0 pada Sabtu ini. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat negara ini wajib membentuk kerajaan yang diredhai Allah yang disebut dalam al Quran sebagai ‘Ulil Amri’.

Menurutnya, semua manusia yang mukmin tidak mengira apa bangsa sekalipun wajib mentaati Allah, taat para Rasul dan ulil amri (kerajaan yang berteraskan Islam) bukan berasaskan mungkar. “Saya ingin bertanya pemimpin Umno, sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa pada masa akan datang menggunakan cara serupa yakni membawa masuk pengundi hantu untuk terus berkuasa, adakah Umno boleh setuju cara itu? “Tentu sekali Umno dan BN tidak berasa selesa. Tidak selesa kerana ia perkara mungkar. Begitu juga sekiranya orang lain melakukan perkara yang sama terhadap kita,” ujarnya.

Demo depan SUK bukan Orang Asal Kelantan GUA MUSANG: Ramai di kalangan pemimpin masyarakat tempatan di sini mendakwa sekumpulan masyarakat Orang Asal yang berhimpun di hadapan Kompleks Kota Darulnaim baru-baru ini dibawa khas dari Pahang dan Perak. Kata mereka hanya sekitar 20 peratus sahaja penduduk Orang Asal diangkut dari Gua Musang yang ditaja khas pihak tertentu. Jurucakap badan bukan kerajaan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat Orang Asal di sini berkata, hanya segelintir sahaja penduduk Orang Asal dari Pos Belatim yang diangkut ke Kota Bharu menyertai perhimpunan tersebut. “Rata-rata masyarakat Orang Asal di sini memang saya kenal. Tetapi sebahagian besar yang diangkut ke SUK baru-baru ini bukan penduduk Orang Asal tempatan. “Mereka diangkut dengan tujuh bas yang disewa khas dan ditaja pihak tertentu,” katanya di sini. Pada 15 April lalu sekumpulan penduduk Orang Asal berdemonstrasi di hadapan Kota Darulnaim dan menyerah memorandum mendesak kerajaan negeri mewarta tanah adat mereka. Perhimpunan itu didakwa dianjur Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan yang diketuai Azmi Badol. Ekoran itu Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ustaz Abdullah Hussin

mendedahkan sebahagian besar masyarakat Orang Asal terbabit bukan berasal dari Kelantan. Namun, media 23 April lepas melaporkan Azmi menafikan Orang Asal terbabit berasal dari luar Kelantan dan mendesak Menteri Besar memohon maaf. Jurucakap NGO terbabit mendakwa perhimpunan berkenaan sebenarnya ada kaitan dengan Jaringan Orang Asli Semenanjung yang mendesak kerajaan-kerajaan negeri mewartakan tanah adat. Malah ia turut disertai Orang Asal dari Selangor dan termasuk juga seorang peguam di kalangan kaum terbabit. “Buat apa desak Menteri Besar mohon maaf, sedangkan bukti cukup jelas Orang Asal dari luar Kelantan yang dikerah berhim-

pun di depan SUK baru-baru ini,” ujarnya. Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin berkata, penduduk Orang Asal di sini lebih faham keadaan sebenarnya kerana tiada status tanah adat seperti dituntut kumpulan terbabit. Bagaimanapun katanya, kawasan seluas 100 hektar di Pos Jedip dalam proses untuk diwartakan sebagai penempatan masyarakat Orang Asal. Selain itu pada 2010 kerajaan negeri menyerah surat hak milik tanah kepada 89 penduduk Orang Asal di Pos Sendrop, Lojing. Pada Febuari lalu sekumpulan Orang Asal dipercayai didalangi Jaringan Orang Asal Semenanjung mengadakan demontrasi dan sekatan jalan raya di Kuala Betis, Gua Musang. Ekoran itu penduduk Orang Asal tempatan, Ajom A/L Alang membuat laporan polis kerana tidak senang dengan tindakan JOAS yang disifatkan menganggu kehidupan mereka. Ini kerana kumpulan terbabit sebahagian besar bukan penduduk Orang Asal tempatan, sebalik didatangkan dari Perak dan Pahang. Pada awal Mac lalu juga seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Rosli Along menarik balik samannya terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri.

‘Kartunis Hantu’ pro-BN dicabar debat KUALA LUMPUR: Sekumpulan kartunis bebas menyelar tindakan pelukis-pelukis kartun yang menghasilkan komik menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih, tetapi tidak berani mendedahkan nama. Mesej dalam kartun tersebut juga menyokong BN yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene. Kenyataan dari Kumpulan Kartunis Independen (KKI) tersebut dibuat beri- Zunar kutan semakin banyak muncul kartun-kartun seperti itu yang Dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempattempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah. KKI diketuai kartunis Zunar dan turut di sertai Nor Azlin Ngah (Jonos), Azmie Md Taha, Johnny Ong, Azman Md Noh (AMN), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along) dan Lili Zam (Haili). “Sementara kami menghormati hak kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap mesej yang diterapkan dalam karyakarya mereka.Tetapi didapati kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani

atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut,” kata Zunar dalam sebuah kenyataan kepada Harakah. Menurut beliau lagi, dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehkan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis. “Etika kartunis ialah setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit. “Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik pelukis kartun di Malaysia dan ia perlu dihentikan,” tambah Zunar. Sehubungan itu, KKI menggesa kartunis-kartunis tersebut supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta identiti mereka. “Kami juga ingin mencabar mereka supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka menyokong rasuah seperti yang mereka terapkan dalam karyakarya mereka. Kami juga mencabar mereka supaya berdebat dengan KKI mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua,” tambah kenyataan itu lagi.


N14

Koridor

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

PAKATAN RAKYAT

KP palsu mampu cetus huru-hara Oleh MUHAMMAD YUSRI AMIN

KOTA BHARU: Pelbagai pihak meluahkan rasa bimbang dengan pemberian taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing secara berleluasa yang dikhuatiri mengundang huru-hara semasa pilihan raya berlangsung. Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan pusat perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku. “PAS Pusat telah membuat keputusan mendesak kerajaan khususnya Kemen-

terian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab berkaitan kad pengenalan perlu memberi penjelasan terhadap segala dakwaan mengenainya. “Mengikut maklumat, pegawai-pegawai di kementerian berkenaan diarah membuat sebanyak mungkin kad pengenalan kepada warga asing bagi mempertahankan beberapa kawasan Parlimen termasuk Pekan. “Kita mempunyai bukti di Parlimen Pekan warganegara daripada beberapa negara antaranya Myanmar dan Bangladesh diberi taraf kewarganegaraan bagi membolehkan me-

Takiyuddin Hassan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan kerajinan tangan Dun Bunut Payong.

Salahuddin dan Husam bersama ahli jawatankuasa PAS Kubang Kerian.

reka mengundi,” katanya selepas perasmian pertandingan kerajinan tangan wanita Dun Bunut Payong di JKR 10 baru-baru ini. Baru-baru ini PAS membentuk Gerakan Anti Pemalsuan IC (API) yang dipengerusi Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar bagi mendesak ditubuh Suruhanjaya Diraja menyiasat pemberian IC kepada warga asing. Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, terdapat bukti

Kubang Kerian lulus usul mansuh PTPTN KOTA BHARU: Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian baru-baru ini meluluskan usul tergempar memansuhkan bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Usul yang dibentang Ketua Pemuda PAS kawasan, Ustaz Hafiz Musa dilulus sebulat suara pada mesyuarat agung kali ke-38 itu. Ketika membentang usul, Hafiz berkata penghapusan PTPTN menjadi tanggungjawab bersama dan selari dengan konsep Membangun Negara Berkebajikan. “Pendidikan, bekalan air, perubatan dan kesihatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan. Namun kerajaan BN menjadikan PTPTN untuk mendapatkan keuntungan apabila dikenakan caj sebanyak 4 peratus. “Sedangkan caj tersebut difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Selepas itu, kerajaan menurun pula caj

Ustaz Hafiz Musa

Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman

kepada 3 peratus dan sekarang pula 1 peratus,” katanya. Beliau berkata, sebanyak RM2 bilion diperlukan setiap tahun bagi membiayai pelajar yang melanjut pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Oleh itu Pemuda PAS Kubang Kerian, jelasnya menyokong penuh cadangan menghapuskan pinjaman PTPTN dan digantikan dengan mekanisme lebih sesuai. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda

PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, kekayaan sumber bumi negara lebih daripada mencukupi bagi menampung pendidikan percuma, sekiranya ia diurus dengan betul dan berhemah. Baru-baru ini Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) mendesak kerajaan BN menghapus pinjaman PTPTN. Mereka juga berkampung di Dataran Merdeka dengan mendirikan khemah.

pegawai tinggi kerajaan di beberapa agensi terbabit dengan komplot tersebut termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga mendedahkan di Kelantan warganegara jiran didakwa diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi di Dun tertentu. Sementara itu di majlis berasingan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ber-

kata, biarpun rakyat diberi habuan RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), namun Perdana Menteri belum berani membubarkan parlimen. Katanya, Dato’ Seri Najib Razak tidak mempunyai banyak pilihan bagi menentukan tarikh pilihan raya memandangkan suasana negara tidak kondusif buat BN dan Umno. “Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings dan pelbagai isu lain tam-

bah menghantui kepimpinan Najib. “Ramai melihat Perdana Menteri semakin tidak yakin untuk membubarkan Parlimen bagi mengekalkan kemenangan seperti PRU12,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian kali ke-38 di Pasir Tumboh baru-baru ini. Turut hadir Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Dato’ Husam Musa dan timbalannya, Ustaz Abdul Rahman Yunus.

RM46 juta jumlah pampasan Takaful Kafaalah KOTA BHARU: Sejak dilancar pada awal 2007 sehingga akhir Mac lalu keluarga warga emas yang meninggal dunia di Kelantan dibayar pampasan sebanyak RM46.25 juta melalui Skim Takaful Kifaalah. Jumlah peserta yang meninggal dunia sehingga akhir Mac lalu seramai 23,862 orang iaitu berusia 60-65 tahun sebanyak 15 peratus, 66-75 tahun (35 peratus) dan 76 ke atas (50 peratus). Manakala bilangan peserta skim berkenaan iaitu warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas sehingga Mac lepas berjumlah 117,000 orang. Lebih membanggakan lagi skim kebajikan serupa turut dilaksanakan di Selangor dikenali Skim Mesra Warga Emas, Kedah (Skim Kafalah) dan Pulau Pinang (Penghargaan Warga Emas). Pengurus Besar Takaful Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, umur bagi setiap peserta mengikut Takaful Kifaalah

dikategorikan kepada tiga kelompok iaitu 60-65 tahun, 66-75 tahun dan 76 tahun ke atas. “Sempena enam tahun Takaful Kifaalah diwujudkan pihak kami akan mengadakan penyampaian secara menyeluruh baki semasa pencarum yang telah meninggal dunia. “Program diadakan di Kompleks Darulnaim dan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat 26 April lalu,” katanya di sini. Manakala program munajat dan tahlil perdana serta penyampaian cek wasi (keluarga) akan diadakan sempena program Turun Parlimen 2012 bermula akhir bulan ini sehingga hujung Mei. Katanya juga selain skim Takaful Kifaalah Warga Emas, pihaknya mengendalikan Skim Kafaalah Takaful Khairatul Ummah, Takaful As-Syabab, Takaful Aulad dan Takaful Ikhwan. “Pelan takaful terse-

Abdul Shakur Sharrie

but biar pun baru dilancar mendapat sambutan rakyat negeri ini,” ujarnya. Beliau juga memberitahu mulai awal tahun ini Kifaalah Sdn Bhd dilantik sebagai agen takaful tunggal kerajaan negeri bagi perlindungan aset dan kepentingan kerajaan Kelantan. Katanya, melalui skim berkenaan Kifaalah Sdn Bhd menyediakan perlindungan aset kepada semua agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat kerajaan negeri.


Koridor

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

N15

PAKATAN RAKYAT

Duit BR1M rai majlis PAS Oleh SALMAH MAT HUSIN Foto MUHAMMAD HANIF

KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS. Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang. Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS. “Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku. Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama

“Kerajaan pun tahu sekarang masalah sosial yang berlaku termasuk kes bunuh, rogol dan rompak. “Dan tentunya suasana

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada seorang peserta Ijtima’ Almala’.

mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS,” ujarnya pada perasmian penutup Ijtima’ Almala’ di Kota Darulnaim baru-baru ini. Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Dato’

Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Dato’ Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar berkata, negara akan menghadapi suasana tegang sekiranya BN meng-

gunakan rakyat asing sebagai pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, apabila rakyat asing mempunyai hak terhadap kedaulatan negara bagi mengekalkan mandat BN, negara pasti akan menjadi gawat.

menjadi tidak terkawal lagi sekiranya ditambah pula dengan masalah pengundi hantu bagi memenangkan kerajaan yang ada sekarang,” ujarnya.

SERTAI PAS Bekas ahli Umno Kampung Lata Rek, Kuala Krai, Muhammad Mahat menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan. Beliau bersama sembilan anggota keluarga meninggalkan perjuangan Umno yang disertai selama ini. Majlis penyerahan borang itu diadakan sempena program ‘TTemu Mato JJemok Kiro’ anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri baru-baru ini. Turut hadir Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan pegawai penerangan kerajaan negeri, Abdul Hamid Derani. Foto MOHD NOR YAHYA


/

*,-"/

5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah


Koridor

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

N17

PAKATAN RAKYAT

Masjid At-Taqwa makmur ilmu dan khidmat KEPALA BATAS: Anugerah ‘Masjid Madani’ yang diterima daripada kerajaan negeri tahun lalu mendorong pengurusan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan mewujudkan pusat hemodialisis serta memperkukuhkan koperasi Qariah Masjib Taman Bertam Indah (KOTAQWA). Pengerusi Masjid Bertam Indah, Kepala Batas, Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, pembinaan bangunan menempatkan mesin hemodialisis bernilai RM700,000 dilaksanakan bagi membantu pesakit buah pinggang yang semakin ramai. Selain pusat hemodialisis, pihak masjid juga ujarnya berusaha mengumpul dana bagi membina bangunan menempatkan pejabat, bilik mesyuarat, bilik kuliah serta bilik penginapan musafir. Ir Ahmad yang dilantik pengerusi sejak 2006 mempunyai misi dan visi yang dikongsi bersama anggota jawatankuasanya. Program kuliah ilmu

ujarnya, disusun untuk menyemai jiwa anak kariah dengan ilmu keagamaan bagi menjauhi masyarakat daripada kegiatan tidak bermoral. “Saya betul-betul bersyukur mempunyai jawatankuasa yang cukup ambil berat tentang aktiviti. Birobiro yang dibentuk pun bijak merancang program bagi menghidupkan aktiviti kebajikan, remaja, pendidikan dan sebagainya,”

jelasnya ketika ditemui Harakah. Masjid At-Taqwa juga sambung beliau membentuk Majlis Imam yang berperanan menyemarakkan program ilmu dan pendidikan kepada anak kariah. Di bawah pengurusan masjid juga terdapat Surau At-Taqwa, Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT), KOTAQWA dan tanah perkuburan Islam Taman Bertam Indah.

Anak kariah yang bernaung di bawah Masjid AtTaqwa dianggarkan berjum-

lah 4000 hingga 5000 orang meliputi Taman Bertam Indah, Penang Golf Resort, Lake Homes Bertam dan Pusat Pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara (SPU). Selain diiktiraf sebagai Masjid Madani, Masjid At Taqwa juga pernah menerima anugerah Pengimarahan dan Khidmat Masyarakat Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 2008.

Ekoran perkembangan pesat masjid ini, pihak jawatankuasa turut memohon sumbangan orang ramai. Sumbangan boleh disalurkan ke tabung pembinaan masjid di akaun 0704 3011 0127 61 (BIMB) atau menghubungi Setiausaha Masjid di talian 013 433 5436 (Abdul Rahman) untuk mendapatkan keterangan lanjut.

AJARAN SESAT UMNO Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman

Masjid Bertam Indah bukan sekadar tersergam indah malah makmur dengan program ilmu dan aktiviti kemasyarakatan.

Dalam keghairahan menganjurkan wacana mendakwa “PAS parti ajaran sesat”, sepanduk meuar-uarkan program tidak berfaedah itu mendedahkan kejahilan Umno terhadap tulisan jawi. Tulisan jawi yang berbunyi “Pash parti ajaran seshat” itu membuktikan kejahilan Umno terhadap tulisan jawi sekali gus menggambarkan kejahilan pemimpin parti nasionalis sekular itu terhadap Islam. Dalam keadaan Umno jahil tentang agama, bagaimana pula ia mampu mendakwa pihak lain sebagai sesat?


/

*,-"/

5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah


Koridor

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

N19

PAKATAN RAKYAT

Selangor gerak 50,000 ahli hadiri Bersih 3.0 Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

Kumpulan Ahli Majlis MBSA diketuai Izham Hashim (dua dari kiri) dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam.

Hasan Ali burukkan imej Shah Alam SHAH ALAM: Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan tuduhan mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor, Dato’ Dr Hasan Ali kononnya bandaraya itu dipenuhi tempat maksiat selepas pentadbiran negeri bertukar tangan. Jurucakap kumpulan itu, Ir Izham Hashim berkata, MBSA tidak pernah mengeluarkan lesen untuk premis baru perjudian, minuman keras dan rumah urut sejak Mac 2008. Jelasnya, lesen untuk premis baru minuman keras hanya diberikan kepada pemborong dan pekedai di kawasan penduduk majoriti bukan Islam. Menurut beliau, kebenaran untuk mendirikan rumah urut juga turut dibekukan melainkan perkhidmatan urutan kaki dan spa wanita, manakala hotel bajet pula dilesenkan berdasarkan keperluan dan peraturan pemantauan yang ketat.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada proses berterusan dalam mendidik rakyat supaya menjaga moral dan keharmonian sistem kekeluargaan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini, 18 April lalu. Izham yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Selangor berkata, semua ahli majlis bersama anggota penguatkuasa melakukan lawatan mengejut dan serbuan setiap minggu ke premis-premis dalam kawasan MBSA. Ketika ditanya mengenai bilangan premis maksiat, beliau enggan mendedahkan angka rasmi sebelum Dr Hasan tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya. “Kami juga ingin mencabar pihak yang membuat dakwaan jahat berbaur fitnah ini supaya memberi bukti berhubung dakwaan ‘Shah Alam Bandaraya Maksiat’ ini dan menutup mulut jika mereka gagal berbuat demikian,” tegas beliau.

» MALAYSIA KINI

drnots

DUDUK TAK BANTAH?

SHAH ALAM: PAS Selangor bakal mengerakkan 50,000 ahli untuk memberi sokongan dan menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini. Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman menjelaskan pihaknya telah menerima arahan daripada PAS Pusat supaya berbuat demikian. “PAS negeri akan mengerahkan sekurang-kurangnya 2,500 ahli dari 22 PAS Kawasan seluruh Selangor. “Sebagai usaha mobilisasi ahli, beberapa program pelancaran Bersih 3.0 akan dilakukan di beberapa kawasan,” katanya dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Khairuddin Othman. Ahli Dewan Negeri

Dr Abdul Rani Osman bersama Timbalan Pesuruhjaya, Khalid Samad (kanan) dan Setiausaha Perhubungan, Khairuddin Othman (kiri) dalam sidang media.

(Adun) Meru itu menjelaskan, usaha untuk menggerakkan 50,000 ahli itu akan diketuai Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS negeri, Mohd Sany Hamzan. PAS Pusat juga, ujarnya

telah mengarahkan PAS negeri bagi menyediakan petugas Unit Amal pada hari perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung. Dalam pada itu, PAS Selangor juga akan bekerjasama dengan Sekretariat

Pakatan Rakyat bagi melaksanakan kerja-kerja mengaudit dan membersihkan nama pemilihan dalam setiap Dun selain menjayakan Program Pendemokrasian Rakyat anjuran Kerajaan Negeri.

‘Selangorku Bersih’ untuk bersih daftar pemilih PUTRAJAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan rancangan kerajaan negeri untuk melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bertujuan membersihkan daftar pemilih di negeri ini. Menurutnya, tugas tersebut akan diamanahkan kepada pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). “Kerajaan Selangor percaya demokrasi harus mencerminkan kuasa rakyat dalam membuat pilihan adil dan bersih. “Rakyat juga mempunyai hak untuk mendapatkan sebuah Kerajaan yang telus dan bertanggung jawab,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di

Abdul Khalid dalam sidang media diiringi Ahli MMKN di lobi Ibu Pejabat SPR.

Ibu Pejabat SPR, dekat sini, baru-baru ini. Khalid berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan selama dua jam itu adalah isu pembersihan daftar pemilih di Selangor yang melibatkan rekod pemindahan loka-

liti tanpa pengetahuan pengundi. Selain itu, SPR turut memaklumkan bahawa beliau bakal mengundi di Parlimen Lembah Pantai daripada Petaling Jaya Utara sekiranya pilihan raya diadakan pada bulan Mei atau

Jun kerana daftar pemilih mengandungi namanya telah diwartakan untuk suku tahun kedua. “SPR memaklumkan bahawa mereka telah membuat pembetulan semula lokaliti membuang undi sejak tahun 2007 di Bukit Rotan, Kuala Selangor,” jelasnya. Tambahnya, Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius pemindahan pengundi ke Selangor dan mengesa SPR mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah itu. “Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan pertemuan ini untuk memaklumkan kepada SPR mengenai usaha-usaha yang kami lakukan bagi menguatkan demokrasi di Selangor,” katanya. Antara usaha yang dilakukan adalah peruntukan dana RM5 juta dalam geran Selangorku bagi proses bantahan daftar pemilih.


N20

Koridor

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

PAKATAN RAKYAT

Oleh NYZA AYUB & AHMAD TAJDID

W

UJUDNYA sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing bukanlah isu rekaan seperti dakwaan sesetengah pihak. Ia isu besar yang tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan aspek kedaulatan dan keselamatan negara. Kewujudan sindiket pemberian kad pengenalan ini mula dikesan di Sabah pada awal dekad 1990-an dengan apa yang dipanggil sebagai ‘Projek IC’. Warga asing yang diberikan kad pengenalan ini didaftar sebagai pemilih bertujuan menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya. Ianya secara rasmi diakui Mahkamah Tinggi dalam kes petisyen pilihan raya Dun Likas apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Muhammad Kamil Awang mengakui wujud ‘pengundi hantu’ dalam daftar pemilih kawasan pilihan raya berkenaan. Ketika memberikan penghakimannya, Muhammad Kamil menyebut: “SPR harus berhadapan dengan kebenaran. Sejumlah 4,585 bantahan pada Senarai A adalah kes yang melibatkan orang-orang yang memiliki kad pengenalan yang diragui, atau orang-orang yang telah disabitkan di Mahkamah mempunyai kad pengenalan palsu... “Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja. Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi...” Dewan Rakyat pernah menubuhkan jawatankuasa terpilih bagi menyiasat pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah, namun jawatankuasa itu gagal menamatkan sesi pendengaran awam apatah lagi mengemukakan sebarang rumusan. Kegagalan kerajaan BN membanteras sindiket ini menyebabkan ‘penyakit’ yang dihidapi Sabah berjangkit pula ke Semenanjung khususnya di Selangor. Kejadian mengedarkan kad pengenalan kepada warga asing dikesan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Seorang penduduk tempatan, Mohd Hasli Hassan pernah menyertai serbuan di sebuah hotel di Bandar Baru Salak Tinggi selepas mendapat maklumat wujud aktiviti meragukan di sebuah hotel berhampiran pada 24 Mac 2011. Ketika tiba di tempat kejadian, terdapat puluhan warga asing sedang membuat urusan mendapatkan kad pengenalan di tiga bilik hotel berkenaan.

Laporan polis bertarikh 25 Mac 2011 dibuat Mohd Hasli.

Kad pemastautin tetap dan pasport antarabangsa milik warga asing yang sempat dirakam Mohd Hasli.

Adalah bercanggah dengan Perlembagaan bagi SPR untuk menolak bantahan begitu sahaja. Yang lebih penting adalah satu kesilapan untuk SPR membenarkan bukan warganegara dan orang yang hilang kelayakan berada di daftar pemilih sebagai pengundi...

Sindiket MyKad palsu wajarkan Duduk Bantah Seorang anggota sindiket (gambar atas) dan warga asing yang sempat dirakam Hasli dan rakan-rakan.

Arffain ketika diwawancara pemberita Harakah.

“Apabila telah pasti urusan proses kad pengenalan berjalan, kami mengambil keputusan menghubungi polis di samping terus memantau keadaan yang ada,” katanya. Apabila anggota polis datang, mereka kelihatan tidak mahu bertindak dan ini memaksa Hasli dan beberapa rakannya masuk ke dalam bilik berkenaan untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku. “Mereka yang disyaki menjadi kelam kabut apabila menyedari kehadiran kami dan terus berlari keluar dari bilik dengan membawa semua dokumen yang ada. “Kami sempat mengambil beberapa gambar ketika urusan itu berjalan walaupun cuba dihalang,” katanya lagi. Di lobi hotel berkenaan, beliau dan rakan-rakan telah menemuduga beberapa warga asing yang mengakui dalam proses menukarkan kad pengenalan ‘penduduk tetap’ kepada ‘warganegara’. Terdapat juga warga asing yang mendakwa diarah datang ke hotel itu untuk mendapatkan kad pengenalan. Keesokan harinya, Hasli membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap laporannya itu. Timbalan Ketua Penerangan Cabang KeAdilan Sepang, Arffain Mohamed pula

mengakui pemberian kad pengenalan kepada warga asing bukan isu baharu. Walaupun telah dilaporkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tiada siasatan dilakukan. Dalam pertemuan dengan Harakah 17 April lalu, beliau mengakui telah membuat dua laporan polis iaitu pada 27 Oktober 2011 dan 23 November 2011 mengenai sindiket tersebut. Bagaimanapun bekas anggota tentera itu tidak mendapat sebarang maklum balas dan tindakan daripada pihak polis. Katanya, laporan polis kali pertama di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi dibuat setelah beliau mendapat maklumat terdapat aktiviti yang mencurigakan dilakukan secara tertutup membabitkan proses pendaftaran MyKad dan pemberian MyKad kepada warga asing di kawasan Astana Dugang Resort, Desa Putra, berhampiran pinggiran Putrajaya. “Sewaktu saya berada di lokasi tersebut, saya telah dikepung 50 orang lelaki berbadan sasa dan ada antara mereka memakai baju Umno dan logo 1Malaysia. “Mereka telah bersoal jawab dengan saya dan mengusir saya keluar daripada kawasan tersebut secara tidak berhemah. Mereka menyatakan telah diganggu parti

politik Pakatan Rakyat,” katanya. Laporan polis kedua dibuat di balai polis yang sama setelah beliau dan enam anggota Jawatankuasa Badan Bertindak Khas (JBK) Pakatan Rakyat berjaya menangkap lima individu berbangsa Kemboja berusia 38 hingga 55 tahun di sebuah lokasi dalam kawasan premis KIWA, di jalan utama arah KLIA/Banting. Katanya lagi, melalui sumber yang diperolehi, lima orang terbabit disyaki baru sahaja menerima MyKad. “Dokumen MyKad itu katanya diperolehi daripada pihak penganjur yang disyaki Umno. Saya dan rakan-rakan telah menangkap lima orang tersebut dan diserahkan kepada pegawai kanan PDRM, IPD Sepang, ASP Chong Chook Foo berserta Mykad tersebut. “Malangnya tiada tindakan susulan dilakukan. Jika betul laporan saya itu palsu, tentulah memerlukan siasatan. Namun pihak polis hanya berdiam diri,” katanya. Kecewa dengan sikap polis yang tidak mengambil tindakan, beliau seterusnya membuat aduan ke pejabat SPRM pada 16 April lalu. Jawapan yang diterima daripada pihak SPRM juga mengecewakan dengan alasan SPRM tidak mempunyai kuasa dan kes tersebut diminta dirujuk kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan katanya memberi maklum balas akan membawa perkara tersebut kepada panel suruhanjaya. Bagaimanapun beliau meragui siasatan lanjut bakal dilakukan kerana dokumen sokongan yang dikemukakan tidak diambil pegawai bertugas. Selain itu Arffain juga menunjukkan senarai nama 84 warga asing yang beliau perolehi sebagai penerima MyKad di Selangor.


NEGERI N21

Harakah 5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

PAS cadang naikkan subsidi Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD SETIU: PAS mencadangkan agar subsidi harga padi petani dinaikan setelah 22 tahun tidak pernah dikaji semula jika kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kedah, Amiruddin Hamzah berkata pihaknya telah berbincang serta bersetuju menaikan subsidi harga padi. Katanya, subsidi harga padi telah lama tidak dikaji semula dan kenaikan sebanyak 50 peratus dicadangkan kepada Pakatan Rakyat. Menurutnya, cadangan tersebut telah dibawa berbincang serta bersetuju dimasukkan dalam manifesto pilihan raya akan datang. “Kita telah berbincang dan bersetuju untuk memasukkan dalam manifesto bahawa skim subsidi harga

padi ini dinaikan sebanyak 50 peratus. “Kenaikan ini pun beban kerajaan yang ditanggung itu tidaklah sebesar mana setelah 22 tahun tidak pernah dikaji dan kali terakhir ketika Dato’ Seri Anwar I br ahim menjadi Menteri Pertanian. “Kita anggarkan bebanan tanggungang kerajaan sekitar RM260 juta sahaja setahun untuk 160,000 keluarga petani di seluruh semenanjung,” ujarnya pada satu Sidang Media Tuntutan Petani Kampung Jelapang Sempena Lawatan Exco Pertanian Kedah di Surau Kampung Jelapang, Setiu, 14 April lalu. Selain itu, beliau mendesak agar kerajaan Terengganu segera memberikan hak milik tanah kepada para petani yang mengusahakan kawasan tersebut. Ini kerana katanya, para petani terbabit telah mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, Setiu sejak puluhan tahun hingga kepada generasi ketiga. “Lajnah Asas Tani PAS

Pusat dan Lujnah Asas Tani Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bersama dengan petani di Kampung Jelapang ini yang telah membuat beberapa tuntutan terhadap tanah yang telah mereka usahakan. “Kita difahamkan telah memasuki generasi ketiga telah lebih 34 tahun. Asasnya ialah tentang hak milik mereka yang masih belum diberi layanan yang sepatutnya oleh kerajaan negeri,” jelasnya. Beliau mendakwa sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004 telah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada para petani terbabit. Namun, katanya kelulusan tanah tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan BN yang kembali berkuasa di Terengganu. Selain itu, katanya inputinput pertanian lain seperti baja, benih, racun serta bantuan membajak perlu disediakan oleh kerajaan kepada petani di Jelapang ini. Menurutnya, PAS merayu

Amiruddin bercakap pada sidang media Tuntutan Petani Kampung Jelapang, di Setiu.

agar potongan padi yang dikenakan oleh pengilang kepada petani tidak terlalu tinggi hingga mencecah 50 peratus. “Potongan padi yang terlalu tinggi hingga 50 peratus oleh sebahagian pengilang.

Kita merayulah supaya potongan tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan mereka tidak mempunyai hasil atau pulangan yang lumayan dari apa yang mereka usahakan. Hadir sama pada majlis

tersebut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lajnah Asas Tani PAS Pusat.


N22 NEGERI

5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah

Bekas tentera rayu simpati kerajaan Oleh SALMAN HUSSIN MERSING: “Saya tidak berhajat untuk mendapatkan tanah berpuluh-puluh atau beratus-ratus ekar luasnya tetapi memadai sekadar tapak rumah untuk kami sekeluarga berteduh daripada panas dan hujan serta dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna di atas tanah milik sendiri. “Rumah yang kami diami sekarang ini sudah terlalu uzur malah ada sebahagian rumah ini sudah roboh tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana tapak rumah ini milik orang lain. Demikian keluhan serta rayuan pesara tentera, Hassan Md Zin, ketika dikunjungi Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Endau, Ustaz Azam Razak, di rumah beliau di Jalan Wan Daik Kampung Tanjung, dekat

Ustaz Azam (tengah) mendengar luahan perasaan Hassan (kiri) yang kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwa tidak peka dan prihatin dengan nasib bekas anggota tentera seperti beliau.

sini, 17 April lalu. Menurut Hassan, rumah yang didiami beliau sekarang ini adalah rumah pusaka peninggalan orang tua

beliau tetapi tapak rumah ini disewa secara turun temurun sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Rumah kayu yang be-

Anak yatim dibimbangi hilang hak MERSING: Siasatan yang telus perlu segera dilakukan berhubung perjanjian yang didakwa berat sebelah membabitkan Pertubuhan Kebajikan AnakAnak Yatim Islam Daerah Mersing (PKAYIM) dengan syarikat yang dilantik menguruskan tanah seluas 626.65 ekar milik anak yatim tersebut yang diusahakan dengan tanaman kelapa sawit sejak 2005. Antara lain isi kandungan perjanjian tersebut menyatakan syarikat berkenaan hanya akan memberi peratus pulangan hasil kepada PKAYIM untuk tempoh selama 22 tahun sahaja, tanpa menyebut had masa tertentu dalam perjanjian ini. Besar kemungkinan syarikat tersebut akan mengusahakan tanah ini untuk selama-lamanya manakala PKAYIM pula bukan sahaja tidak akan mendapat sebarang hasil selepas tempoh tersebut malahan tanah ini juga mungkin akan bertukar menjadi hak milik individu tertentu. Perjanjian ini seolah-olah telah memperalatkan anakanak yatim oleh individu tertentu bagi mendapatkan tanah yang luas daripada kerajaan hanya untuk kepentingan peribadi bukan bertujuan membela nasib anak-anak yatim ini. Demikian ditegaskan Penyelaras Dun Tenggaruh, A Rahman Yusof (DAP), pada sidang media di sini, baru-baru ini. Menurut beliau, oleh kerana isi kandungan perjanjian ini tidak jelas dan meragukan maka Ahli Jawatankuasa PKAYIM diminta menyemak semula isi kandungan perjanjian ini sebelum tanah tersebut dimanipulasi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. “Kita bimbang akhirnya nanti tanah ini akan terlepas ke

A Rahman menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Mersing baru-baru ini.

pihak lain dan anak-anak yatim tidak akan mendapat apaapa selepas tempoh 22 tahun ini, justeru sebelum perkara ini terjadi maka kita mendesak pihak-pihak berkenaan menyemak semula isi kandungan perjanjian tersebut sebelum terlambat. “Kita juga melahirkan kebimbangan ini disebabkan syarikat tersebut dimiliki oleh individu yang memegang jawatan penting dalam MCA Mersing, apakah tiada kemungkinan manipulasi akan berlaku dalam perjanjian ini lebih-lebih lagi apabila ada penglibatan orang politik dalam urusan ini,” dedah beliau ketika ditemui, di sini, 17 April lalu. Selanjutnya beliau turut mendedahkan, pendapatan yang diterima PKAYIM yang begitu meragukan berband-

ing keluasan tanah lebih 600 ekar yang disifatkan beliau amat tidak munasabah selain tidak masuk akal sama sekali. “Pendapatan bagi tahun 2008 hingga 2011 berjumlah lebih kurang RM120,000 sahaja, ini bermakna secara purata setiap bulan PKAYIM hanya mendapat hasil sebanyak RM2,500 sahaja, apakah pendapatan ini berpadanan dengan jumlah tanah yang begitu luas ini?” soal beliau. Selanjutnya dakwa beliau, jika dikira berdasarkan jumlah tan pula (RM500.00 bagi setiap tan), tanah seluas lebih 600 ekar ini hanya mengeluarkan hasil sebanyak lima tan sahaja sebulan, mana mungkin tanah seluas ini mengeluarkan hasil yang begitu sedikit, ini suatu jumlah yang sama sekali tidak masuk akal dan amat meragukan.

liau diami bersama isteri serta dua daripada empat anaknya ini sudah terlalu uzur, mereka sekeluarga terpaksa berteduh di ruang

dapur rumah tersebut yang masih agak selamat untuk didiami walaupun agak sempit. “Bagaimana saya mahu membaiki rumah ini sedang kan tanah ini milik orang lain, walaupun ada pihakpihak yang ingin membantu membina rumah baru tetapi saya menolak kerana tapak rumah ini bukan milik saya. “Apa yang saya harapkan sangat-sangat sekarang ini adalah tapak rumah walaupun sekadar ‘sekangkang kera’, itu sudah cukup memadai bagi membolehkan saya membina rumah di atas tanah sendiri,” katanya. Beliau yang bersara kirakira dua tahun lalu turut memberitahu, permohonan bagi mendapatkan tanah telah dibuat melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Mersing tetapi sam-

pai sekarang tiada maklum balas diterima dari pihak berkenaan. Sehubungan itu beliau melahirkan harapan agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap nasib bekasbekas tentera yang telah menabur bakti berkhidmat untuk negara. “Setelah 21 tahun berkhidmat untuk negara, apa salahnya kerajaan mengurniakan tanah walaupun sekadar untuk tapak rumah kepada pesara-pesara tentera yang langsung tidak mempunyai tanah seperti saya, janganlah jasa kami dilupakan terus setelah kami bersara dan kami seolah-olah dianggap semacam sudah tidak ada nilainya lagi,”katanya. Parlimen Mersing diwakili Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad.

Cubaan khianat ahli DHPP gagal LEDANG: Cubaan pihak-pihak tertentu yang dipercayai cuba membakar kenderaan serta rumah seorang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Ledang, baru-baru ini, disifatkan sebagai tindakan yang tidak profesional dan pengecut. Pihak-pihak berkenaan bertindak demikian mungkin disebabkan mereka merasa amat bimbang berikutan sokongan masyarakat bukan Islam terutama di kalangan kaum India di Ledang yang semakin cende rung kepada PAS dan Pakatan Rakyat mutakhir ini. “Tidak mustahil tindakan yang mereka lakukan ini bertujuan menakutnakutkan kalangan bukan Islam yang menjadi ahli DHPP,” kata Ketua Penerangan PAS Ledang, Rosman Kemin, di sini, 22 April lalu. Rosman berkata demikian ketika mendedahkan cubaan pihak-pihak tertentu yang didakwa cuba membakar kereta dan rumah seorang ahli DHPP Ledang, Ganesen a/l Veraapan, barubaru ini. Menurut Rosman, Ganesen adalah antara beberapa ahli baru yang menyertai DHPP Ledang sejak beberapa bulan lalu dan sebelum ini pun memang sudah ramai kaum India di Ledang telah menyertai DHPP. “Mungkin tindakan be-

Rosman (dua dari kanan) melihat kesan terbakar pada cermin kereta Ganesen (kiri) yang dipercayai dilempar dengan botol yang berisi petrol.

liau menyokong PAS melalui DHPP ini telah menimbulkan rasa tidak senang pihak-pihak tertentu sehingga mereka sanggup bertindak secara tidak waras dan keterlaluan.” “Walau bagaimanapun saya bagi pihak PAS Ledang amat bergembira kerana beliau dan keluarganya terselamat daripada sebarang kejadian tidak diingini dan saya percaya insiden yang berlaku ini tidak akan mematahkan semangat beliau untuk terus menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sehingga matlamat untuk menumbangkan Umno-BN tercapai,” Jelas Rosman. Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada awal pagi ini, kereta milik

Ganesen tidak mengalami kerosakan teruk sebaliknya hanya terdapat kesan terbakar pada cermin belakang kereta beliau yang dipercayai telah dilempar dengan botol yang berisi petrol. Ganesen pula ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasik Ria Tangkak, dekat sini, 22 April lalu, memberitahu, beliau hanya menyedari kejadian ini ketika hendak pergi kerja pada pagi hari tersebut. Beliau yang bimbang insiden yang dikhuatiri mempunyai niat tidak baik terhadap beliau dan keluarganya serta bimbang perkara sama akan berulang lagi pada masa depan, telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.


*,-"/

Harakah 5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

Mehdi Akif bersama dengan Presiden PAS dan pimpinan PAS.

/

Majlis Akademi Bolasepak Darul Naim bersama exco kerajaan Kelantan di wakili oleh YB Ustaz Abdul Latif.

an Pimpinang d e s S A P mati menik Nasi n a g hidan AFC di Arab pena sem Z I KU M ajlis Hari M i idilfitr Raya A arakah. H

M a k a n m o J Nasi Arab AFC,

di Greenwood, Gombak

M

enu Nasi Arab kian popular di kalangan Masyarakat Malaysia samada Melayu, Cina dan India. Justeru itu, Al Amin Food Corner (AFC) telah merebut peluang ini dengan membuka sebuah restoran bertaraf ‘Restoran Keluarga’ yang di lengkapi dengan 2 dewan makan yang berhawa dingin dan satu ruang yang tidak berhawa dingin. AFC terletak di Greenwood Gombak iaitu di belakang Shell Greenwood. Biasanya AFC akan menjadi tumpuan apabila adanya program besar di Taman Melewar. Keistimewaan Nasi Arab AFC ialah terletak pada rasanya yang sesuai dengan ‘Lidah Melayu’ terutamanya rempah ratus yang disalut pada daging atau ayam untuk hidangan Nasi Arab. Sambal Nasi Arab juga ternyata amat berbeza dan mempunyai cita rasa yang tersendiri. Selain daripada Nasi Arab, AFC juga menyediakan hidangan yang lain seperti Nasi Panggang Kambing / Ayam yang di makan bersama

air, pemanas air dan TV. AFC juga sering menjadi tempat meraikan apa-apa majlis seperti harijadi, perpisahan dan seumpamanya. AFC seringkali diminta menyediakan hidangan Nasi Arab di parlimen sewaktu persidangan berlangsung. Justeru itu, AFC mengalu-alukan untuk menerima tempahan bagi penyediaan makanan di pejabat atau majlis akikah di rumah. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan, sila hubungi Puan Hasnah 019 3211911. Selain daripada itu, AFC juga membuka peluang

Pemandangan AFC dari arah luar.

Suasana pelanggan sedang menikmati hidangan di AFC.

dengan kari peha kambing, Nasi Ayam Salai, Roti Arab dengan Kari Kambing, Nasi Bubur Sup dan Ruz Laban (Nasi Susu). Sejak beroperasi 2 tahun yang lalu, AFC bukan sahaja dikunjungi oleh orang Melayu malah turut dikunjungi oleh Orang Arab, Cina, India dan Pakistan. Bukan sahaja mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang malah ada yang berulang kali datang dari

Majlis perkahwinan di AFC lengkap dengan pelamin.

Johor dan Singapura semata-mata untuk makan Nasi Arab di AFC. AFC juga sering dikunjungi oleh pimpinan PAS untuk berjamu selera di restoran. AFC juga menyediakan tempat untuk majlis perkahwinan di restoran dengan menyediakan penginapan bilik pengantin dan keluarga pengantin. AFC mempunyai 17 bilik tidur yang lengkap dengan hawa dingin, bilik

kepada mereka yang berminat untuk belajar atau mengikuti Kursus Usahawan Nasi Arab (KUNA) samada dengan menghadiri kursus tersebut di restoran

atau menerusi pos. Keterangan lanjut sila hubungi Puan Hasnah atau layari www.nasiarabafc.com atau www.ahsan. com.my.

AFC juga sering dikunjungi oleh pimpinan PAS untuk berjamu selera di restoran.

dir nar. Turut ha n kartunis Zu in artis dan blogger. ka ai er m lis aj -la M Rais dan lain Hishamudin


N24 NEGERI

5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah

Bantah hapuskan PTPTN tindakan tidak cerdik Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD KUALA TERENGGANU: PAS melahirkan rasa pelik jika ada manamana pihak tidak bersetuju dengan hasrat Pakatan Rakyat mahu menghapus kira hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sepatutnya semua pihak termasuk ibu bapa dan pelajar terbabit menyokong cadangan menghapuskan pinjaman PTPTN tersebut. Menurutnya, janji Pakatan Rakyat mahu menghapus kira hutang PTPTN merupakan suatu pertolongan bagi meringankan beban rakyat. “Pakatan Rakyat janji akan hapus hutang PTPTN. Orang kata hutang kamu tak payah bayarlah. Hai, tak boleh nak bayar. Cerdik ke bodoh lagu ni. Orang nak hapus hutang, tiba-tiba mengikut cerit-

anya ada orang tak mahu hapus hutang. “Sepatutnya, semua sokong belaka, ibu bapa sokong, pelajar sokong bahawa hutang dihapuskan. Apabila ada orang sanggup nak hapus hutang itu satu pertolongan bagi mengurangkan beban rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Membangunkan Generasi Bermaruah anjuran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan) Terengganu di Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu, 21 April lalu. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Bendahari PAS Terengganu, M. Syukrimun Shamsudin, Timbalan Ketua Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah dan Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal. Namun begitu, beliau yang

juga Menteri Besar Kelantan boleh bersetuju yang menjadi bebanan kepada kewangan negara akibat berlaku ketirisan, kebocoran dan amalan rasuah. “Saya boleh terima bahawa menjadi bebanan kepada kewangan negara ialah tiris, bocor dan rasuah yang berlaku dalam negara ini. “Di Kelantan, saya perintah tahun 1990. Kenapa ada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan kerana apa duit Persekutuan datang buat pembangunan di Kelantan tidak melalui kerajaan negeri. “Tentunya ada benda yang dibuat ‘sambil menyelam, sambil minum’ dan mungkin ‘sambil makan’, ‘sambil berpesta’ mesti begitu jika tidak kenapa tidak melalui kerajaan negeri,” jelasnya. Menurutnya, kerajaan Kelantan merupakan kerajaan yang sah serta mempunyai Pegawai Audit, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan lain-lain.

Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut oleh Timbalan Ketua Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Petani Kampung Jelapang terpinggir

Ketua Pemuda Hulu Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berucap kepada orang ramai.

Pemuda PAS sokong suara mahasiswa KUALA TERENGGANU: Rakyat mempunyai kuasa bagi menentukan sesebuah kerajaan berlaku adil serta tidak melakukan kezaliman. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengingatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno dan BN agar mendengar suara hati rakyat. Menurutnya, tindakan kerajaan terhadap sembilan pelajar Terengganu di Mesir kerana memberi sokongan kepada Bersih 2.0 terlalu keras. “Alasan kerajaan Ahmad Said yang mendakwa pelajar terbabit terlibat dengan politik tidak boleh

diterima sama sekali. Kita cabar supaya diambil tindakan sama kepada pelajar yang terlibat dengan Kelab Penyokong Umno di Mesir,” ujarnya ketika berucap pada perhimpunan secara aman di depan Wisma Darul Iman, dekat sini, 18 April lalu . Ini kerana, katanya pemimpin Umno-BN lebih bermain politik dengan penubuhan Kelab Penyokong Umno di luar negara. Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi menyeru rakyat bersatu bagi menyekat tindakan zalim pemimpin Umno-BN terhadap pelajar agama

di Mesir. Katanya, tindakan zalim itu bukan sahaja kepada pelajar tetapi rakyat umum dalam isu tanah, bantuan kemiskinan, subsidi dan banyak lagi. “Pemuda PAS akan turun berkempen dalam banyak isu yang wajar didedahkan kepada rakyat. Sebenar- nya, Umno memang zalim di sebalik ‘kebaikan’ yang cuba ditabur kepada rakyat,” ujarnya. Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah mengingatkan pemimpin Umno yang berkuasa setiap kezaliman akan dibalas oleh Allah SWT.

SETIU: Penempatan penduduk di Kampung Jelapang, Setiu mula dibuka seawal tahun 1959 bagi keperluan tempat tinggal serta kehidupannya. Kerajaan negeri dalam tempoh 1980 hingga 1999, telah merestui pembukaan tanah seluas 200 hektar (500 ekar) bagi mengusahakan penanaman padi oleh penduduk setempat. Bahkan, kerajaan PAS Terengganu dari tahun 1999-2004 turut mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada rakyat di kawasan terbabit. Harakah dimaklumkan, kerajaan negeri ketika itu memperuntukan tanah seluas 80 hektar (200 ekar) kepada 100 peserta Rancangan Tanah Pertanian Berkelompok bagi penanaman padi. Malangnya, pada tahun 2005 kerajaan BN Terengganu di bawah pentadbiran Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besarnya telah merampas serta membatalkan LMS tersebut. Seorang petani generasi kedua, Abd Rahman Awang Nor, 62, mendesak agar kerajaan negeri mempertimbangkan hak milik tanah kepada penerokanya. Beliau yang dikenali panggilan ‘Pak Muda’ berkata, tanah-tanah tersebut diterokai oleh ahli keluarganya sejak puluhan tahun lalu dan masih belum diberikan hak milik. “Saya nak minta kerajaan negeri di bawah BN ini supaya berilah hak milik kepada kami semua. Tanah-

tanah ini telah lama dibuka oleh ibu bapa kita semua. “Sekarang telah masuk tiga generasi dan saya adalah generasi ke dua petani yang telah mengusahakan tanah pertanian ini sejak lebih 34 tahun lalu. “Masalahnya, hak milik yang tidak selesai lagi,” ujarnya ketika mengambil bahagian berdailog sempena lawatan Exco Pertanian kerajaan negeri Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di Kampung Jelapang, Setiu, 14 April lalu. Selain itu, katanya para petani di Kampung Jelapang turut meminta agar diselaraskan bantuan inputinput pertanian tersebut. Azmi Ghani, 50, merayu agar hasil padi para petani di Jelapang ini tidak dikenakan potong yang tinggi. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid mengingatkan r akyat terutama petani terbabit agar bersatu menuntut keadilan. Katanya, tidak wajar tanah-tanah yang diterokai oleh penduduk sejak puluhan tahun hilang begitu sahaja. Menurutnya, rakyat perlu bangkit dengan berani dan bersatu menuntut hak agar tidak berlaku kezaliman. Beliau memberitahu suatu perhimpunan secara aman bagi membantah rampasan tanah-tanah oleh kerajaan Umno-BN secara besar-besaran pada 24 April 2012, di Wisma darul Iman.


Harakah 5 - 7 JAMADIL AKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

*,-"/

/


N26 NEGERI

5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah

Elak perpecahan dalam parti Oleh BASIRON ABDUL WAHAB BERA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman mengingatkan semua pihak dalam parti supaya menjaga perpaduan dan mengelakkan perpecahan. Katanya, perpecahan tidak akan memberi apa-apa manfaat sebaliknya akan menghilangkan kekuatan parti dan tidak mungkin mampu untuk berhadapan dengan musuh. “Perpecahan tidak akan memberi apa-apa erti kepada parti dan menghilangkan kekuatan,” katanya ketika merasmikan muktamar PAS kawasan Bera kali ke-9 di Darul Ikhwan, Mengkarak. Menurutnya, dalam PAS mempunyai pelbagai ahli dengan kemampuan yang berbagai-bagai ibarat sebatang tubuh dengan organ yang mempunyai tugas tersediri yang tidak mampu dilaksanakan oleh organ yang lain.

Dr Rani Osman sedang berucap merasmikan muktamar PAS Bera ke-9.

“Hati dengan fungsinya, buah pinggang dengan fungsinya begitu juga dengan organ-organ yang lain

dengan tugas masing-masing, begitu juga dalam PAS ada ahli yang hanya boleh memasang bendera,

menampal poster, memasak, berceramah dan sebagainya. “Muslimat dengan tugas berkempen dari rumah ke rumah, Unit amal dengan tugas mereka, mereka ini memainkan tugas dan peranan yang amat berjasa kepada parti,” katanya. Katanya Umno ini boleh dikalahkan dengan perpaduan dan perpaduan parti. “Kita tidak melawan Umno dengan wang, kerana mereka banyak wang, mereka mempunyai media yang tidak mampu kita tandingi, tetapi kita mampu menandingi mereka dengan kekuatan perpaduan dan ukhuwah,” ujarnya. Justeru, isu JIM, Syiah dan sebagainya yang cuba digembar gembur pihak tertentu tidak perlu dilayan kerana ia akan merosakkan perpaduan. “Semua ahli PAS adalah pejuang PAS yang bekerja untuk parti dan memenangkan parti

tanpa mengira di mana asal-usul mereka,” katanya. Dr Rani menceritakan bagaimana Umno menunjukkan permusuhan terhadap Pakatan sehingga gambar Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim tidak boleh digantung di sekolah tidak sebagaimana gambar Menteri Besar BN sebelumnya. Katanya jika ada sekolah yang menaikkan gambar Tan Seri Khalid, pengetua sekolah berkenaan akan diambil tindakan. “Begitulah sikap Umno-BN terhadap pemimpin Pakatan Rakyat,” ujarnya. Umno-BN juga katanya telah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal untuk merampas Selangor antaranya dengan mendaftar pe ngundi yang mencurigakan, asal usulnya dari negara lain, terdapat 300 buah rumah dijadikan alamat bagi 100 orang pengundi.

Jangan termakan umpan BN

Ustaz Salahuddin Nasir menyampaikan ceramah perasmian mesyuarat agung PAS kawasan Maran baru-baru ini.

Sekolah tinggi agama Pekan perlu dinaik taraf MARAN: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Maran meluluskan usul mendesak Kerajaan Negeri Pahang menaikkan taraf Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan kepada tahap kolej atau universiti seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di Terengganu. Ketika membentangkan usul daripada Dewan Muslimat dalam mesyuarat kali ke-32 di Kampung Lanting di sini, wakilnya berhujah bahawa kenaikan taraf tersebut amat perlu selaras dengan perkembangan dan tuntutan pengajian Islam sekarang. “Perubahan ini perlu dilakukan kerana minat masyarakat terhadap sekolah-sekolah agama semakin meningkat sedangkan pengambilan kemasukan ke pusat pendidikan tersebut amat terhad. “Tentulah merugikan pelajarpelajar pintar anak negeri ini yang sepatutnya boleh menyambung pelajaran jika dinaik taraf sebagai kolej, terpaksa menuntut di tempat lain hanya kerana kelemahan kerajaan menjadikannya sebagai sebuah kolej,” katanya baru-baru ini. Tambahnya, sekolah tinggi yang serba kekurangan itu terpaksa me-

nampung pelajar-pelajar lepasan 18 buah sekolah menengah agama di negeri ini. Justeru jika kerajaan berusaha menaikkan tarafnya menjadi kolej sudah tentu mendapat peruntukan besar daripada Pusat untuk penambahbaikan prasarananya. Usul tersebut merupakan antara lima usul yang diterima perwakilan dalam mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak Ustaz Salahuddin Mohd Nasir. Sekolah tinggi yang mengambil pelajar daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Menengah Agama (SMA) yang dengan nama rasminya Kulliah Al-Lughah Wa Ad-Din As-Sultan Abu Bakar itu ditubuhkan pada 30 Ogos 1941 oleh Sultan Pahang. Sekolah tersebut merupakan satu-satunya di negeri ini saluran bagi pelajar-pelajar beraliran agama bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir dan lain-lain univer- siti di Timur Tengah setelah lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

BERA: Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Muhamad mengingatkan ahli dan penyokong PAS supaya jangan teruja dengan umpan pilihan raya BN yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka. Katanya, umpan pilihan raya BN berupaya wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (RM500), bantuan kanakkanak sekolah (RM100), bantuan buku kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) RM200, bantuan kepada bekas polis di zaman darurat (RM3,000) dan durian runtuh kepada peneroka Felda semuanya adalah kempen pilihan raya BN. “Kita boleh ambil bantuanbantuan itu kerana ia adalah wang rakyat, tetapi jangan mengundi BN,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bera kali ke-9 yang dirasmikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, bagi pejuang PAS, tidak perlulah teruja sehingga culas untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi matlamat perjuangan. “Ambil duit itu tetapi jangan

Ustaz Sulaiman (dua dari kanan) menyambut ketibaan Dr Rani.

sekali-kali lemah dan culas dalam perjuangan untuk mendaulatkan kalimah Allah,” katanya. Menurut Sulaiman, perjuangan ini memerlukan pengorbanan, jika kita susah Umno juga susah, kita mengeluarrkan wang dan harta benda, Umno juga sama tetapi kita memperjuangkan Islam dan ingin mendaulatkannya Umno memper-

juangkan sekular dan mendaulatkan sekukarnya, itulah perbezaan antara PAS dan Umno. Pada mesyuarat itu PAS kawasan Bera meluluskan usul menyokong cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN yang membebankan pelajar agar diganti dengan kaedah baru yang lebih sesuai.

Mohd Sabu hadiri Hi-Tea PAS Rembau BANDAR SEREMBAN SELATAN: PAS Rembau dan MTD PAS Bandar Seremban Selatan menerima kunjungan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu baru-baru ini apabila beliau menghadiri majlis Hi-Tea anjuran PAS Rembau dan MTD PAS Bandar Seremban Selatan. Kunjungan beliau turut menarik sokongan masyarakat India yang hadir begitu ramai pada petang itu untuk mendengar ucapan beliau. Mohamad Sabu mengingatkan agar jentera PAS bekerja keras untuk mempertahankan kerusi Paroi dan berusaha untuk memenangi lebih banyak Mohamad Taufek dan Mohamad Sabu menyampaikan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Anugerah Pelajar Cemerlang kepada R Denishwaran.


NEGERI N27

Harakah 5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

Ahmad Said enggan layan tuntutan pelajar KUALA TERENGGANU: Menteri Besar kerajaan BN Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bertegas tidak akan berganjak dengan desakan mana-mana pihak agar pinjaman ke pada pelajar di Mesir dikembali. Katanya, kerajaan negeri telah membuat keputusan itu dan tidak akan tunduk dengan penarikan balik pinjaman tersebut. Sebaliknya, beliau mencabar agar PAS dan KeADILan supaya membiayai pelajar-pelajar berke naan. “Kita telah buat keputusan, kenapa hendak tunduk. Saya cabar PAS supaya membiayai atau KeADILan, anak-anak (pelajar) ini. Sebab kerana desakan pem-

Ahmad Said

bangkang, hasutan dia sebab pelajar kita terlibat,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, 18 April lalu. Ahmad mendakwa para pelajar terbabit termakan

“Kerajaan BN Terengganu bertegas tidak akan berganjak dengan desakan mana-mana pihak agar pinjaman kepada pelajar Mesir di kembalikan. Kerajaan negeri telah membuat keputusan dan tidak akan menarik balik keputusan tersebut”

hasutan pembangkang agar menyertai himpunan Bersih 2.0 hingga membawa kepada tindakan menarik balik pinjaman tersebut. Beliau sekali lagi turut memberi amaran keras agar mana-mana pelajar Terengganu tidak menyertai himpunan B ersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April ini. “Pelajar-pelajar jangan terlibat dengan Bersih 3.0 ini. Budak Terengganu tidak terlibat banyak sangat sebab dia tahu kerajaan Terengganu banyak beri bantuan kepada mereka. “Masuk STPM bagi RM1,000 dan masuk Universiti bagi RM1,000. Pinjaman dapat Ijarah Kelas Pertama, tukar kepada biasiswa dan bagi pula ‘cash’ RM5,000. Macam-macam kita bagi,” ujarnya. Sebaliknya, kata Ahmad adalah pembangkang dari PAS dan KeADLan yang khia nat serta menghasut par a pelajar berdemonstr asi. Menurutnya, sebahagian dari kalangan pelajar ter babit pula belum lagi berpengalaman dan terlibat dengan politik.

Mengapa orang Melayu disisihkan? Oleh MUHAMMAD FAEEZ GOPENG: PAS Gopeng kesal dengan tindakan Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman kerana meminggirkan orang Melayu tentang pemberian Skim Khairat Kematian di Dun tersebut. Timbalan Yang Dipertuanya, Ustaz Ir Radzi Zainan berkata, hasil tinjauan yang dibuat, pihaknya gagal mengesan penerima bantuan daripada kalangan orang Melayu. Katanya, dakwaan tersebut dapat dikuatkan lagi dengan laporan Sinar Harian 4 Ogos 2009 dan 1 Oktober 2009 yang mengatakan hanya kaum India dan Cina sahaja yang menerima bantuan ini. “Pihak kami hanya menge-

Ustaz Radzi Zainan

san beberapa penerima terpilih dari kalangan orang Melayu yang mungkin berkepentingan dalam Umno,î katanya ketika ditemui Harakah 22 April lalu. Tambahnya, beliau juga mempersoalkan adakah

program kebajikan ini masih kekal sehingga kini. “Adakah bantuan kepada kaum bukan Melayu ini hanya untuk menutup kesilapan beliau yang pernah menghina kaum India yang mengatakan ‘jika jumpa ular dan seorang India, pukul india dulu’ di Dewan Undangan Negeri suatu ketika dulu?” ujar bekas calon PAS di Dun Sungai Rapat pada PRU12 lalu. Tindakan ini juga katanya berkemungkinan kerana beliau terdesak untuk meraih undi bukan Melayu. “Mungkin beliau tidak yakin undi Melayu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Umno dalam PRU13 nanti,” jelasnya.


N28 NEGERI

5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012 Harakah

Kuatkan jentera pilihan raya Oleh JOHARI JAAFAR IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa seluruh jentera parti diperkuatkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat. Ini kerana kekuatan jentera parti antara faktor utama untuk mencapai kemenangan selain meletakkan harapan kepada Allah melalui munajat. PAS Negeri Perak telah mensasarkan 16 kerusi Dun untuk dimenangi pada pilihan raya umum ini, kerana itu jentera parti perlu berada pada kekuatan yang maksimum untuk PAS Perak merialusasikan matlamat tersebut. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mesyu-

arat Agung PAS Kawasan Tambun di sebuah hotel di sini pada 22 April lalu. “Sekiranya kekuatan jentera kita berada di tahap yang maksimum dan kita boleh menarik ramai pengundi menyokong PAS, matlamat untuk menang di 16 kerusi Dun bo leh menjadi kenyataan,” ujarnya lagi. Pakatan Rakyat Perak perlu mengambil alih semula negeri ini dari tangan Umno-BN demi melihat negeri ini ditakbr dengan lebih cekap dan adil sekali gus menamatkan kerakusan Umno-BN dalam menya lahgunakan kuasa untuk kepentingan politik mereka, katanya. Beliau turut menekankan aspek kekuatan logistik de-

ngan membuat pemantauan di semua UPU di samping mengaktifkan dana pilihan raya. Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato’ Abdul Malek, dalam ucap tamanya menggariskan lima misi yang perlu disasarkan menuju tahun 2015, iaitu menarik lebih ramai ahli menyer tai PAS dengan mensasarkan ahli seramai 4,000 orang dengan bilangan cawangan sehingga 45 cawangan. Dalam masa yang sama juga PAS kawasan perlu memiliki sebuah rumah kedai dengan nilai sekitar RM400,000 serta mempunyai koperasi dengan 1,000 keahlian dan keuntungan sehingga RM100,000 setahun, katanya.

Para pimpinan PAS Kawasan Tambun dalam mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan barubaru ini.

18 jam bantu mangsa banjir LARUT: Banjir yang melanda beberapa buah perkampungan di sekitar mukim Ijok, Batu Kurau baru-baru ini telah mengundang ke-

prihatinan Pemuda PAS kawasan Larut untuk tampil menghulurkan bantuan. Sejumlah 150 orang pemuda telah bersama-sa-

ma menyumbangkan tenaga untuk membantu membersihkan lebih 70 buah rumah penduduk yang dinaiki air dan lumpur.

Kerja-kerja pembersihan memakan masa selama 18 jam dengan bantuan Unit Amal dan penduduk tempatan. Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan, Akmal Kamaruddin berkata, kejadian dikatakan berpunca daripada aktiviti pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit berhampiran. Katanya, aliran deras dari bukit berkenaan menyebabkan paras air di sungai-sungai berhampiran iaitu Sungai Simpul, Su- ngai Lata Putih dan Sungai Tebing Tinggi melimpah. “Saya menggesa agar kerja-kerja pembalakan di kawasan berhampiran dihentikan segera kerana ia akan mendatangkan risiko berbahaya kepada penduduk di sini setiap kali berlakunya hujan,” katanya ketika dite-

Akmal (kanan) meninjau sebuah rumah yang rosak teruk akibat banjir kilat.

mui Harakah. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak berharap pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti pembalakan yang giat dijalankan. Dalam misi kebajikan tersebut, Akmal berkata, sebanyak 1,000 bungkus nasi telah diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Pasukan Unit Amal membantu membersihkan sebuah rumah.

“Rata-rata penduduk bersyukur dan terharu dengan bantuan daripada pihak PAS dan ia memberi gambaran baik PAS di mata masyarakat. “Mana-mana pihak yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Shahir di talian 0134631815 atau Adi di talian 0195684479,” ujar beliau.


NEGERI N29

Harakah 5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

Dun Cempaka anjur Kerabat bertekad JKKK, ‘Majlis Mesra Rakyat’ 1 Mei tumbangkan Umno-BN Oleh IZWAN ABDUL HALIM ALOR SETAR: Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) bertekad menyatukan seramai mungkin bekas tentera di seluruh negara seterusnya menjadi ajen penggerak perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang. Untuk itu, Kerabat akan memastikan bekas-bekas tentera untuk tidak bersama BN atau diperalatkan untuk kepentingan BN sebaliknya bergerak hingga terbentuknya kerajaan baru dari PRU13 nanti. Penasihat Kerabat Kedah, Ustaz Hassan Abdul Razak memaklumkan, untuk keahlian di Kedah sahaja, daripada lebih 20,000 bekas tentera yang ada di seluruh negeri ini, 17,000 sudah pun menjadi ahli Kerabat dan bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Terangnya, pihak Kerabat Kedah sedang giat lagi

Ustaz Hassan Abdul Razak

mengumpulkan yang lain tidak kira sama ada mereka adalah bekas perajurit berpencen atau tidak berpencen. Ujar beliau, rakan-rakan bekas tentera akan diingatkan terhadap sejarah perjuangan mereka untuk mempertahankan negara, tetapi apabila berhenti tidak dilayan dengan baik oleh kerajaan. “Kita akan pastikan bekas anggota-anggota tentera bersatu dalam Kerabat

untuk menjatuhkan BN hingga tertegak kerajaan baru nanti yang diharap membantu bekas tentera terutama yang berhenti tidak berpencen untuk mendapat tempat dan peluang pekerjaan disediakan kerajaan. “Jika Kerabat berjaya membantu merubah kerajaan, diharap Kerabat akan mendapat bantuan dari sudut kebajikan dan pembangunan untuk bekas anggota-anggota mereka setelah menegakkan kerajaan baru,” tegasnya. Maklum Hassan, majlis Pelancaran Kerabat Peringkat Negeri Kedah akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu pada 2 Mei nanti jam 8 malam di Stadium Sultan Abdiul Halim, Suka Menanti. Turut akan berceramah pada malam itu katanya, adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Pandan Dalam dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Cempaka akan menganjurkan ‘Majlis Mesra Rakyat’ 1 Mei ini di Dewan Orang Ramai Jalan H, Kampung Pandan. Menurut pengarah program, Abdul Razak Abdul Wahab, pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut yang bermula seawal 7.30 pagi dengan

mengadakan ‘larian rakyat’ yang melibatkan semua peringkat umur. Tujuan program itu diadakan bagi memperkenalkan JKKK dan peranan mereka kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan silaturahim. Majlis tersebut akan dirasmikan Adun Cempaka, merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad. Antara aktiviti yang diada adalah pertandingan mewar-

na, kuiz untuk kanak-kanak. Pertandingan takraw, gubahan dan masakan untuk remaja dan muslimat turut diadakan. Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, servis minyak hitam motor percuma juga disediakan. Sementara itu, Ahli JKKK diketuai Abu Hanifah Abdul Rahman akan menyantuni 20 orang warga emas di sekitar Pandan dengan menyampaikan sumbangan untuk mereka.

Rakyat miskin tidak dilupakan PENDANG: Tamat sesi sidang parlimen bukan bermakna masa untuk berehat, sebaliknya itulah masa terbaik menjengah kehidupan rakyat khususnya mereka yang memerlukan perhatian. Kemesraan dan keprihatinan seperti inilah yang mengikat hubungan Ahli Parlimen Pendang, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dengan penduduk dalam parlimennya. Sebaik tamat sidang parlimen, beliau segera menyusun jadualnya mengadakan Ziarah Dhuafa’ menziarahi warga emas, orang sakit dan mereka-mereka yang memerlukan perhatiannya. Selain ziarah, beliau juga meng hulurkan sumbangan kewangan atau barangan dapur. Ada juga mereka yang menerima sumbangan seperti kerusi roda dan saranan perubatan. Ada sesetengah penduduk yang sakit, Dr Hayati sendiri memeriksa dan memberikan ubat.

Yaacob Ahmad yang menghidap masalah hemiparesis menerima sumbangan kerusi roda


N30 NASIONAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kes task force IC Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

KUALA LUMPUR: PAS pada 24 April lalu telah menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-raja Melayu berhubung bukti dakwaannya mengenai usaha terancang task force pemberian Kad Pengenalan (IC) kepada warga asing untuk mengundi dalam PRU13 akan datang. Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar yang mengetuai delegasi beberapa ahli Parlimen dan pimpinan PAS menyerahkan memorandum beserta bukti sejumlah 175,000 nama pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Dato’ Syed Danial Syed Ahmad. Beliau turut ditemani seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (ahli Parlimen Kubang Kerian); ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar, ahli Par-

PAS sokong Ramli saman Gani, Musa KUALA LUMPUR: Tindakan Dato’ Ramli Yusof yang berhasrat untuk mengemukakan saman ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dilihat sebagai langkah yang bijak. Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, tindakan berkenaan bertujuan untuk membersihkan namanya dan rakan-rakannya daripada dipalitkan dengan pelbagai tuduhan. Ramli, bekas Pengarah Jabatan Siastan Jenayah Komersial mengesahkan beliau akan memfailkan saman ke atas mereka berdua. Perkara itu timbul selepas portal berita online, Malaysiakini menghubungi bekas pegawai kanan polis itu susulan laporan memetik Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau akan bertanding atas tiket PAS dalam PRU13 akan datang.

PAS memohon Majlis Raja-raja memandang serius kewujudan task force yang boleh menjejaskan kedaulatan negara. DATO MAHFUZ OMAR Naib Presiden PAS limen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood selain peguam PAS, Zulhazmie Shariff serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Adram Musa. Mengulas lanjut memorandum itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS memohon Majlis Raja-raja memandang serius kewujudan task force yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan memusnahkan institusi beraja di negara ini. Beliau mahu, isu itu disiasat dengan perkenan Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

“Mereka yang diberikan IC ini kebanyakan daripada warganegara asing yang mana negara mereka tiada sistem beraja, ini memberi kesan besar jika mereka ini diberi peluang untuk mengundi,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan memorandum itu. Mengulas mengenai senarai 175,000 nama pengundi yang tiada status itu, Mahfuz berkata, senarai itu mengandungi nama pengundi yang kelahiran mereka tidak dicatatkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Selain itu, ia juga melibatkan pengundi yang mempunyai kod kelahiran

71 (kelahiran luar negara) dalam kad pengenalan tetapi bukan berbangsa Melayu, Cina, India atau lainlain, katanya. Dalam memorandum itu juga, Mahfuz turut menyertakan bukti laporan polis yang dibuat petugas PAS semasa mengesan pihak yang menjalankan usaha pemberian IC ini di Sungai Plong sebelum ini. Dalam memorandum itu juga, PAS mengharapkan Yang di-Pertuan Agong tidak memberi perkenan pembubaran Parlimen sehingga kes siasatan task force IC ini diselesaikan Suruhanjaya Diraja, katanya.

Apa yang perlu adalah, satu tindakan tegas membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini. Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawaipegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu. Mahfuz turut menyenaraikan nama-nama pihak yang terbabit dengan task force tersebut dalam memorandum itu. Sehubungan itu, Mahfuz juga mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberaniannya. Namun, beliau juga terbuka untuk dipilih manamana individu yang dirasakan Majlis Raja-raja sebagai layak dan berkredibiliti menerajui suruhanjaya tersebut apabila ditubuhkan kelak.

Royalti: BN Terengganu khianati rakyat KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyifatkan kerajaan Umno-BN Terengganu sebagai pengkhianat terhadap rakyat negeri itu apabila menarik balik saman ke atas Petronas. Katanya, apabila kerajaan BN Terengganu mengugurkan saman royalti minyak bermakna mereka telah menyerahkan hak itu kepada kerajaan pusat. “Ini benda yang tidak betul, apa syarat-syaratnya sehingga tarik balik saman itu?” soal beliau kepada Harakahdaily.

Bahkan katanya, rakyat Terengganu perlu tahu apa terma perjanjian sehingga kerajaan dibawah Dato’ Seri Ahmad Said menarik balik saman secara senyap. Apapun berlaku, katanya rakyat negeri itu perlu tahu kerana royalti minyak adalah hak mereka “Buat senyap-senyap, rakyat pun tidak tahu. Rakyat nak tahu apa tindakan yang hendak ambil oleh kerajaan,” tegasnya yang bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Terdahulu, kerajaan Terengganu di bawah pimpin-

an Umno telah menggugurkan saman royalti minyak yang difailkan 11 tahun yang lalu oleh kerajaan negeri di bawah PAS, lapor The Edge Financial Daily (TEFD). Bagaimanapun, TEFD berkata tiada butiran lanjut mengenai penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan dalam permohonan yang difailkan 21 Mac yang lalu. Selepas enam bulan PAS menawan Terengganu iaitu pada tahun 2000, per-

dana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk menarik balik bayaran 5 peratus royalti minyak kepada negeri penyu tersebut. Sebelum itu, sejumlah RM7.13 bilion yang dipersetujui dengan kerajaan negeri telah dibayar selama 22 tahun. Duit royalti itu telah ditukarkan kepada wang ihsan, yang diberikan terus kepada pemimpin Umno di negeri Terengganu dan bukannya badan-badan di bawah kerajaan negeri.

DIARII

HARAKAH H WILAYAH PERSEKUTUAN BATU: Himpunan Kuning Najib Pening – Jumaat 27 April 2012 – Jam 9.30 malam – Mohd Sabu, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Laksamana Imran Abd Hamid, Chegu Bard, Maria Chin, Pak Saleh Bakar – Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. BATU: Kuliah Hadis – Ustaz Mohd Noor Muhammad – 26 April 2012 (Khamis) – Surau Kuizm Tmn Melewar. BATU: Kuliah Hakikat Iman – Ustaz Umran Selamat – 27 April 2012 (Jumaat) – Surau Kuizm Tmn Melewar. BATU: Kuliah Fiqh Sirah – Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofri – 28 April 2012 (Sabtu) – Surau Kuizm Tmn Melewar.

PERAK KG GAJAH: Ceramah Perdana – 28 April – 9.00 mlm – Mohamad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Hu Phang Chaw & Dr Najihatussolihah – Padang Awam, Tmn Changkat Lada Raya, Bandar Seberang Perak, Kg Gajah. BUKIT GANTANG: Rapat Rakyat – 29 April – 9.00 mlm – Dr Mujahid Yusuf Rawa,Ust Firdaus Jaafar & Siti Aishah Sheikh Ismail – Markas PAS Tmn Berkat, Jln Air Putih, Simpang – kawasan Bkt Gantang.

SELANGOR RAWANG: Program Rapat Rakyat Bersama Pemimpin – 30 April – 9 mlm – Azmin Ali, Dr Tan Seng Giaw, Shamsul Iskandar Mohd Akin & Ust Sallehin Mukhyi – Padang Awam, Taman Pelangi Rawang.

NEGERI SEMBILAN PAROI: Ceramah Mobilisasi Bersih – 26 April – 9.00 mlm – Ng Sue Lim, Ust Kamrudin Sidek, Dr Ahmad Suhaimi, Norwani Ahmad & Taufek – PASTI AMAL, Tmn Marida Senawang (dekat SMK Senawang). LABU: Ceramah-26 April – 9.00 mlm – Rafizi Ramli, Ng Sue Lim, Ust Norazman, Taufek, Ust Khairil Anuar & Siti Faridah Abd Samad – Lot 3045, Kg Jijan Hulu (rumah Alias Suliman).

MELAKA SRI SIANTAN: Pentas Pemuda – 26 April – 9 mlm – Khairul Faizi Ahmad Kamil, Khairul Anuar, Adly Zahari, Tey Kok Kiew &Yuhaizad AbdullahBukit Baru (di hadapan Flat Sri Siantan).

JOHOR

Zahid Hamidi ‘gabra’ enggan jadi saksi KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Zahid Hamidi kelihatan ‘gabra’ apabila memungkiri janjinya sebelum ini akan memberi keterangan di mahkamah Perancis jika diminta berbuat demikian. AJK PAS Pusat, Khalid Samad menegaskan, sangat memalukan apabila Zahid

enggan hadir dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu. Jelasnya, sikap Zahid dan Dato’ Seri Najib Tun Razak itu memberi satu gambaran dan mesej kurang sihat di samping menzahirkan sikap seolah rasuah satu amalan yang tidak perlu ditegah di ne-

gara ini. “Amalan rasuah perlu dihalang, memandangkan ia juga usaha murni bagi orang Islam. Kerajaan harus menilai kembali usaha kerajaan untuk perangi rasuah. “Jika difikirkan untuk jangka panjang, negara barat lebih mampu untuk rasuah dan ia sebenarnya

menjejaskan kepentingan negara itu sendiri,” katanya. Tegasnya lagi, jika kerajaan benar-benar tidak terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut, kerajaan sepatutnya hadir kerana jika tidak hadir timbul andaian berasas memang kerajaan terlibat dalam kes tersebut.

LABIS: Program “Sembang Santai Bersama Aishah” – 29 April – 8.45 mlm – Wan Aishah Wan Ariffin, Dr Rosni Adam & Tn Hj Md Zin Johar – Warung Ali Banu, Jln Besar, Kg Tenang. SIMPANG RENGGAM: 1 Mei – 9.00 pagi – Ust Hj Mokhtar Senik – Markas PAS Kg Shari, Simpang Renggam. Nota: Sila guna kepala surat (letterhead) beserta no. tel/tel bimbit penganjur dan faks program anda ke talian 03-4021 2037 untuk siaran Diari Harakah Bil 1738 pada 27/4/12 (sebelum jam 1.00 tengahari). Diari Harakah boleh dilayari di myharakah.net.


NEGERI

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

N31

Demonstrasi tanah rakyat serah lima memorandum Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD & SAZALI MOHD NOOR

KUALA TERENGGANU: Amarah rakyat Terengganu khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said semakin kuat terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan oleh kerajaan negeri. Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman. Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, 24 April lalu. Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas. Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang di-

Abdul Wahid Endut (kanan) bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah.

Hampir 10,000 rakyat Terengganu berkumpul serta berhimpun secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional.

iringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi. Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman. Tinjauan Harakah mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Bari-

san Nasional (BN) Terengganu. Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikkan slogan-slogan mengutuk tindakan UmnoBN yang ‘merampas’ tanah rakyat. Slogan “Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB,” “Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami,” “Kami Bukan Perompak dan Penjenayah” dan “Kenapa Rampas Hak Kami” serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit. Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat menyifatkan kerajaan Umno-

BN Terengganu zalim terhadap rakyat sendiri. Ini kerana, katanya terdapat banyak kes rampas tanah rakyat termasuk lima daripada itu telah diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said sebagai memorandum rakyat. “Kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri. Dia (Umno) rampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan Paka, di Dungun, dia rampas tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi, di Setiu. “Dia rampas tanah Generasi Kedua Felda di Ketengahjaya, Paka. Dia ram-

Lima memorandum rakyat diserahkan kepada Ahmad Said.

pas tanah rakyat di RTB Kampung Jelapang, Setiu dan dia (BN) rampas tanah Kampung Jeram-Banggol Donas, Kuala Nerus,” jelasnya kepada media. Hadir sama ketika penyerahan memorandum

rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalantimbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

RALAT Terdapat kesilapan nombor akaun untuk sumbangan membina Tahfiz Al-Fadhni di Batu 23, Hulu Langat. Sepatutnya atas nama MAAHAD TAHFIZ AL FADHNI, CIMB 12760000665106. Sebarang pertanyaan, hubungi pejabat 03-42914852 atau 0196220076 (Ustaz Razi). Sebahagian daripada mereka yang menyertai demonstrasi tanah rakyat.


BERITA TERKINI DI HUJUNG JARI

%,/‡±-$0$',/$.+,5±$35,/

ON ruang HARAKAH hantar 2000 Dengan hanya RM5 sebulan, anda akan mendapat SMS 5 berita terkini setiap hari.

UNTUK PELANGGAN SAHAJA Khidmat pelanggan

03-7875 1134

KP palsu mampu cetus huru-hara »N14

Sindikit MyKad palsu wajarkan Duduk Bantah

»N20

Demonstrasi tanah rakyat serah 5 memorandum »N31

SEGERA BERTINDAK

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menyerahkan memorandum beserta bukti sejumlah 175,000 nama pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Dato’ Syed Danial Syed Ahmad pada 24 April lalu. Beliau ditemani seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian); Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar; Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood selain peguam PAS, Zulhazmie Shariff serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Adram Musa. PAS memohon Majlis Raja-raja memandang serius kewujudan task force yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan memusnahkan institusi beraja di negara ini. Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

Tolak cadangan bubar Parlimen sehingga selesai siasat Task Force IC

MOHON AGONG JANGAN PERKENAN PAS mengharapkan Yang di-Pertuan Agong tidak memberi perkenan pembubaran Parlimen kepada PM, sehingga kes siasatan Task Force IC diselesaikan oleh Suruhanjaya Diraja. Apa yang perlu, satu tindakan tegas membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui task force ini. PAS mohon Agong menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force ini selain menyenaraikan nama-nama pihak yang terbabit dengan task force ini dalam memorandum tersebut. >> N30

Umno makin ‘bernanah’ di Pulau Pinang PULAU PINANG: Kegagalan Umno mendapatkan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang menyaksikan parti itu terus ‘bernanah’ akibat tusukan berbisa rakan seperjuangan, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Pulau Pinang, Rosidi Husain. Ujarnya, nanah yang terjadi akan mengeluarkan air bisa akhirnya menyebabkan anggota badan sakit, berkudis dan lemah untuk bergerak dan tidak mustahil boleh menemui ajal di pertengahan jalan perjuangan. “Umno sekali lagi terpaksa tunduk dengan Gerakan apabila gagal mendapatkan jawatan Pengerusi BN Negeri walaupun Umno memenangi banyak kerusi berbanding parti yang dilantik langsung tidak menang di Dun di Pulau Pinang. Peristiwa itu menghasilkan nanah yang kotor,” tegasnya mengulas perlantikan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Teng Chang Yeow menggantikan Tan Sri Koh Tsu Koon yang menggumumkan tidak akan bertanding pada PRU13 akan datang. Perlantikan itu juga membuktikan, Umno diperkudakan oleh Gerakan yang selama ini menguasai politik Pulau Pinang. Sekali gus menempelak tuduhan Umno bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP padahal parti itu yang menang besar tetapi takut untuk bersuara lantang memohon kerusi panas tersebut. “Tuduhan Umno Rosidi Husain selama ini makan diri apabila mereka menuduh PAS kuda tunggangan DAP. “Rupa-rupanya Umno beratus kali jadi kuda tunggangan Gerakan apabila tidak berani bersuara menjadi Pengerusi BN sedangkan Umno masih menang besar di Pulau Pinang,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas.

BERSIHKAN SENARAI UNDI MEREFORMASIKAN UNDI POS GUNAKAN DAKWAT KEKAL AKSES MEDIA BEBAS & ADIL MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI KUKUHKAN INSTITUSI AWAM HENTIKAN RASUAH HENTIKAN POLITIK KOTOR

BERSIH BERSAMA 84 NGO


BIL 1737sn+"."%*-",)*3n"13*-

Pindaan tergesa-gesa dibuat untuk menangkan BN dalam PRU13

Parlimen Rubber-stamp

»2

“Pengganas Majoriti” dari BN seolahol olah membentuk suasana tergesa-gesa untuk mewajarkan sistem penggubalan u demokratik walaupun banyak isu yang d belum dilunaskan dalam konteks nilaib n nilai demokratik dalam RUU tersebut.

Kezaliman belum berakhir

Anda percaya segala cerita kezaliman ISA sudah berakhir? Terbaru, 13 individu ditahan di Tawau, Sabah. Masih ramai mangsa dan keluarga yang teraniaya. Dan kami masih perlukan sumbangan anda untuk pastikan kezaliman benar-benar dihapuskan. SALURKAN SUMBANGAN ANDA BAGI MEMASTIKAN KEZALIMAN BERKUBUR HARAKAHDAILY DOT COM AKAUN MAYBANK – 5640 7000 0336


F2

FOKUS PARLIMEN RUBBER-STAMP

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Parlimen diguna BN manipulasi pilihan raya KOTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendakwa sekarang ini peluang manipulasi terbuka luas terhadap lebih 40,000 pengundi ragu yang tidak boleh dimansuhkan nama mereka dari daftar pemilih. Sambil merujuk kepada pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di Dewan Rakyat minggu lalu, beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, pindaan itu seolaholah mahu memudahkan pengundi ragu tersebut

mengundi. “Ini termasuklah apabila dihapuskan ‘barong panas’ partiparti yang bertanding untuk membuat semakan pengundi, bahkan dihapuskan tempoh dua jam (untuk) petugas Paca (Polling And Counting Agent). “Dan ini memberi ruang ke arah berlakunya penipuan di mana kita tidak boleh ‘mengecam’ pengundi. Maknanya, Paca hanya dipanggil apabila diperlukan oleh SPR sahaja,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis

Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu kali ke-45 di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) barubaru ini. Selain isu 40,000 pengundi ragu, pertambahan melampau 500,000 pengundi baru di Selangor juga dilihat seperti ada yang tidak kena. Namun dengan pindaan terbaru yang menghalang wakil parti dari membuat semakan identiti pengundi, ia mungkin menyenangkan sebarang manipulasi dilakukan.

“Dari jumlah 500 ribu (pengundi baru) itu macam mana kita boleh cam mereka apabila identiti mereka kita (pihak parti bertanding) tidak dibenarkan semak sebelum mereka masuk ke kawasan mengundi,” katanya lagi. Terdahulu turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan, Dato’ Anuar Tan Abdullah dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Siti Zailah Mohd Yusoff

BN peralat demokrasi dengan ‘majoriti ganas’ Oleh DR MUJAHID YUSUF

Falsafah demokrasi SEHINGGA kini perkataan Demokrasi masih belum menemui pentakrifannya yang mutlak. Namun secara asasnya ia bertentangan dengan otokrasi di mana konsep demokrasi menggambarkan keputusan dibuat oleh kelompok ramai yang mewakili rakyat yang ramai manakala otokrasi ialah keputusan seorang yang berkuasa tanpa mengambil kira kehendak orang ramai. Dalam Islam, konsep ini ada pada konsep Syura yang merupakan satu perintah dari alQuran supaya keputusan urusan dunia dibuat dengan menerima pandangan yang berbagai sebelum seorang pemimpin membuat sesuatu keputusan. Secara amalannya demokrasi diinstitusikan dalam bentuk Parlimen sebagai satu badan perundangan yang menggubal undang-undang. Asas perjalanan Institusi Parlimen terbentuk melalui sistem pilihan raya di mana pengundian wakil-wakil ke Parlimen berlaku melalui hak rakyat untuk memilih siapakah yang mereka mahu untuk menjadi wakil mereka di Parlimen. Parti-parti politik adalah kehendak demokrasi untuk mereka menawarkan diri kepada pengundi. Melalui kaedah ini calon-calon yang menang dalam pilihan raya akan mewakili rakyat masing-masing untuk membuat keputusan-keputusan penting perjalanan sebuah negara.

Demokrasi adalah satu sistem yang melahirkan situasi semak-imbang melalui kebebasan media, perakuan masyarakat madani, ketidakpatuhan sivil dan hak memberi pandangan.

Konotasi demokrasi Biarpun persoalan sejauh mana demokrasi itu benar-benar berjalan mengikut nilai-nilai yang dikatakan demokratik tetap menjadi polemik, tetapi konsep dan falsafah demokrasi dapat diterima sebagai kerangka konseptual dalam perbahasan apa itu demokrasi. Sebab itu dalam konteks operasional, demokrasi dinilai dari sudut karakteristik yang menandai perjalanan demokrasi, contohnya demokrasi terpandu, semi demokrasi, demokrasi mutlak dan demokrasi tempang. Asas demokrasi dalam konteks keperwakilan diwajarkan dengan konsep majority rules sebab itu keputusan adalah berpandukan golongan majoriti. Tak kira bagaimana majoriti itu diputuskan untuk menentukan berapa kerusi wakil yang layak duduk dalam parlimen, sama ada propotionate majority mahupun simple majority. Demokrasi bukanlah satu kewajaran untuk majoriti membuat sesuatu keputusan sesuka hati. Sesungguhnya demokrasi adalah satu sistem yang melahirkan juga situasi semak-imbang

melalui kebebasan media, perakuan masyarakat madani, ketidakpatuhan sivil dan hak memberi pandangan. Apabila demokrasi hanya diinterpretasikan melalui kewajaran majoriti dalam Parlimen atau Dun, demokrasi menjadi tempang kerana ia tidak wujud dalam kesuburan malah ia boleh disalah gunakan oleh pihak yang memiliki majoriti. Sebab itu demokrasi adalah sesuatu yang infinit yakni tiada penghujung. Apa yang boleh dilakukan oleh pengamal demokrasi hanyalah memastikan suasana itu subur untuk demokrasi berkembang. Tetapi apabila demokrasi digunakan untuk menyekat demokrasi dan ‘membunuh’ suasana subur itu, demokrasi hanyalah kosmetik bagi melaksanakan otokrasi dalam wajahnya yang “comel” Brutal Majority Inilah yang berlaku dalam satu ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kepada majoriti yang dimiliki oleh BN dalam Parlimen Malaysia iaitu The Brutal Majority (majoriti ganas) di mana hanya kerana mereka memiliki majoriti,

penggubalan undang-undang dibuat secara “asak-rempuh” saja walaupun pandangan minoriti perlu diambil kira. Insiden menafikan minority report adalah contoh terbaik dalam isu pembaikpulih pilihan raya di Malaysia. Pada sidang terakhir Parlimen khamis lalu, kami diminta untuk membahas dan meluluskan 8 pindaan RUU yang sebahagian besarnya mempunyai kepentingan awam yang besar. Apatah lagi antara yang hendak dibahas dan diluluskan melibatkan persoalan nilai demokratik yang dicemari. Pindaan Akta Kesalahan Pilihan raya saja memakan masa satu hari perbahasan. Begitu juga Auku dan Akta Media Cetak yang menjadi kontroversi diminta untuk diselesaikan dalam beberapa jam. “Pengganas Majoriti” dari BN seolah-olah membentuk suasana tergesagesa untuk mewajarkan sistem penggubalan demokratik walaupun banyak isu yang belum dilunaskan dalam konteks nilai-nilai demokratik dalam RUU tersebut. Malangnya cara perjalanan Parlimen kita tidak memberi

ruang kepada semak-imbang berlaku. Jawatankuasa pra penggubalan dari kalangan ahli parlimen tidak wujud supaya sebelum diusulkan untuk dibahas, cadangan RUU akan lebih bersifat komprehensif dari berbagai pandangan dan kemudian dibahas untuk dibaiki. Walaupun tanpa jawatankuasa pra perbahasan, sepatutnya segala pandangan yang berbahas perlu dibawa kepada jawatankuasa untuk dibaiki. Namun malangnya kedua-dua mekanisma semak imbang ini tidak subur dalam sistem parlimen kita. Adakah demokrasi? Lagipun bagaimana perwakilan dihantar ke Parlimen turut menjadi persoalan dari sudut sejauh mana ketelusan pilihan raya yang diadakan dan sejauh mana SPR menjadi benar-benar bebas mengawal perjalanan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita berhadapan dengan reformasi pilihan raya dan reformasi perjalanan parlimen yang menjadi agenda penting untuk PAS membaiki keadaan. Ia bukan soal mahu ke Putrajaya tetapi bagaimana apabila kita di sana nanti reformasi kedua-dua bidang ini antara lainnya dapat digerakkan dan dihasilkan supaya demokrasi ditandai dengan karakteristik yang lebih hampir kepada penyuburan dan bukan menggersangkannya. Bersediakah kita ke arah reformasi bertanggungjawab dan tulen? Sebelum kita dapat berbuat demikian brutal majority mesti ditumbangkan dulu! » Penulis adalah ahli Parlimen Parit Buntar.


Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

FOKUS PARLIMEN RUBBER-STAMP

F3

Kehebatan MP Pakatan buat Najib terdesak Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Kehebatan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam menjalankan tugas di Parlimen menyebabkan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak ‘terpaksa’ menghapuskan beberapa akta yang dikira sebagai menzalimi rakyat. Demikian kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kepada Harakah semasa ditemui di Pejabat Harakah pada 23 April lalu. Beliau merumuskan, beberapa tindakan kerajaan Umno-BN hari ini yang dilihat

meminda dan menghapuskan beberapa akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta Ordinan Darurat adalah kerana hasil keberkesanan suara Pakatan Rakyat, NGO dan rakyat khasnya. “Sebaik sahaja selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan turning point kepada sejarah dalam Parlimen di mana kita berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN, dan ia menjadi titik tolak bermulanya suara rakyat dibawa ke Parlimen,” katanya. Namun, beberapa pindaan akta dan Rang Undang-undang (RUU) tidak dibincangkan oleh

kerajaan Umno-BN semasaknya sebelum dibawa ke Parlimen bagi dibahaskan, katanya. Tindakan itu menjadikan beberapa RUU seperti RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Keselamatan) 2012 dibawa ke Parlimen dalam keadaan half cook (separuh masak) dan akhirnya mendedahkan rakyat kepada penzaliman yang lebih dahsyat, katanya. Namun, lebih dari itu Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian melihat, kerajaan Najib terdesak untuk berbuat demikian bagi mengekang sokongan rakyat

KeADILan tetap ragui motif pindaan di Parlimen KUALA LUMPUR: Pindaan kepada beberapa akta yang dibentangkan di Parlimen barubaru ini bukanlah kayu ukur yang membolehkan kerajaan Umno-BN dilihat sebagai benarbenar bebas, adil dan telus dalam melaksanakan sesuatu akta itu kelak. Demikian kata ahli Parlimen Machang, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail mengulas beberapa pindaan dan pembentangkan Rang Undangundang di Parlimen baru-baru ini. Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada beberapa isu dalam pelaksanaan akta mahupun sesuatu undang-undang oleh kerajaan Malaysia berbanding negara jiran, termasuklah Thailand mahupun Indonesia. “Saya membawa kembali hujah saya secara perbandingan dengan akta yang berjalan di negara Thailand.Pelaksanaan akta yang lebih kurang sama tetapi pendekatan yang diambil oleh kerajaan Thailand itu agak berbeza,” katanya yang juga Setiausaha Agung KeADILan. Beliau mengambil contoh, dalam Akta Keterangan, beberapa tahun lalu berlaku pembunuhan ke atas 19 orang remaja Muslim di Selatan Thailand, lebih tepat di Kampung Krisek. Kemudian peristiwa itu menggemparkan dan menimbulkan ketegangan

Saifuddin Nasution

antara hubungan Selatan Thailand dengan Bangkok hingga mengheret Parlimen Thailand menubuhkan sebuah jawatankuasa. “Jawatankuasa itu bukan sahaja dianggotai oleh ahliahli Parlimen Thailand tetapi mereka jemput juga wakil dari Malaysia. Saya masih ingat, saya dan Yang Berhormat Batu (Tian Chua) dijemput oleh Pengerusi Jawatankuasa peringkat parlimen itu. Kata Saifuddin, seorang Ahli Parlimen dari Bangkok yang merupakan bekas kepada anak Perdana Menteri Thailand untuk turun ke tempat kejadian berjumpa dengan keluarga korban. Anggota jawatankuasa menjalankan dialog, dan kemudiannya menemui beberapa keputusan yang akhirnya memberikan keadilan kepada pihak yang menjadi

mangsa, katanya. Dalam hal ini kata Saifuddin, kaedah penyelesaian yang dilakukan kerajaan Thailand bukan sekadar menjurus kepada akta tertentu, sebaliknya ia membuka kepada ruang luas untuk siasatan dilakukan. “Saya hendak bandingkan dengan bagaimana waktu kerajaan kita, negara kita digemparkan dengan peristiwa pembunuhan Memali ke atas guru agama. “Bukan sahaja yang makan korban, tetapi satu kampung itu dia angkut dan ditangkap. Bukannya engagement, bukannya berhadapan bukannya berdialog untuk mencari jalan ataupun meredakan ketegangan,” katanya. Beliau merujuk kepada perbezaan tindakan kerajaan Malaysia dengan Thailand dalam melaksanakan beberapa akta dalam meleraikan sesuatu isu. “Jadi dari sudut itu pun perbezaan ini kita boleh tengok. Isunya adalah bukan sahaja satu undang-undang yang ada tetapi bagaimana sebuah undang-undang itu dilaksanakan di antara dua negara ini,” ujarnya membuat kesimpulan. Beliau berkata, penguat kuasaan sesuatu akta di negara ini dilihat bias kepada sesetengah pihak, sementara ada pihak lain seolah-olah kebal terhadap sesuatu akta.

kepada Pakatan Rakyat. Rakyat melihat, suara Pakatan Rakyat di Parlimen berjaya membongkar beberapa skandal besar membabitkan pemimpin, katanya. Antaranya isu skandal penyelewengan RM12 bilion membabitkan PKFZ; skandal RM250 juta Pusat Feedlot Negara (NFC); skandal MAS bernilai RM8 bilion; skandal kerugian Sime Darby RM2 bilion dan banyak lagi isu membabitkan penyelewengan pentadbiran Najib, katanya. “Paling besar, kita berjaya mendedahkan usaha jahat yang menghakis Perlembagaan

Salahuddin Ayub

Persekutuan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan pilihan raya, selain penafian hak mendapatkan royalti minyak rakyat Kelantan,” ujarnya. Kesemua isu ini dibawa sebaiknya tanpa dapat dipatahkan hujah oleh pentadbiran Najib, yang akhirnya menyebabkan UmnoBN berada dalam kelemasan, katanya.

Pelbagai akta dilulus dalam masa singkat PADA persidangan terakhir Dewan Rakyat 19 April lalu, BN dilihat seolah-olah tergesa-gesa meluluskan begitu banyak Rang Undang-undang (RUU), malah terpaksa mengheret sidang berlangsung hingga jam 3.00 pagi (20 April). Ia mencatat sejarah, namun ramai yang tidak berpuas hati kerana BN dituduh menggunakan majoriti mereka untuk meluluskan apa sahaja RUU bagi menekan rakyat amnya dan musuh politik mereka, Pakatan Rakyat khasnya. Ikuti pendapat ringkas beberapa ahli Parlimen dan pemimpin politik mengenai senario itu: Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) Mungkin pada pandangan saya kerana kita mempunyai media yang cukup ketat, kita mempunyai media rasmi yang cukup ketat, kita mempunyai cara menghalang pihak-pihak yang tidak sealiran dengan kerajaan dan Barisan Nasional ini tidak diberikan kebebasan untuk menerbitkan akhbar yang terbuka, bukan akhbar newsletter seperti Harakah atau Suara Keadilan dan Roketkini sahaja. DATO’ KAMARUDIN JAFFAR Ahli Parlimen Tumpat Pindaan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 Saya melihat harapan daripada pindaan ini selain daripada apa

yang telah dibuat di sini adalah keperluan kepada kita di dalam melaksanakan keadilan dalam sistem perundangan kita. Mengapa tidak kalau dapat juga dilihat aspek-aspek lain dalam perundangan yang sedia ada seperti mana yang kita sedia maklum, undang-undang Islam.” NASHARUDDIN MAT ISA Ahli Parlimen Bachok Saya juga ingin mengingatkan betapa perlunya apabila bercakap dan membicarakan mengenai keadilan yang sangat ditekankan dalam prinsip-prinsip perundangan dan kaedah-kaedah tatacara perundangan Islam mestilah diambil kira supaya kita meningkat tahap keadilan kita ini setaraf dengan negara kita yang mengehendaki supaya Islam diletakkan di kedudukan yang tertinggi di dalamnya. USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA Ahli Parlimen Padang Terap Jadi sekali lagi kebebasan adalah punca yang penting supaya rakyat boleh bukan sahaja mengecap kebebasan dan keadilan tetapi ekonomi negara-negara seperti contoh Thailand, seperti contoh Indonesia lebih baik daripada peningkatan ekonomi negara kita. Begitu juga apabila kita melihat beberapa pindaan rang undang-undang dan pembentangkan rang undangundang yang baharu di Parlimen sejak 21 Mac hingga 19 April lalu. MOHD FIRDAUS JAAFAR Ahli Parlimen Jerai


F4

FOKUS PARLIMEN RUBBER-STAMP

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Sidang Parlimen ekspress untuk kepentingan politik BN Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat yang bermesyuarat hingga jam 3.22 pagi 20 April lalu membenarkan lagi tuduhan bahawa BN terpaksa menjadikan Parlimen sebagai ‘Parlimen ekspress’ hanya untuk meluluskan beberapa akta bagi memberikan gambaran kononnya mereka sudah berubah. Walhal, semua rang undangundang yang diluluskan secara ‘ekspress’ itu tidakpun membincangkan perihal penting yang menjadi asas kepada ia dibawa ke Parlimen, sama ada untuk dipinda atau dihapuskan, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar. Sebagai contoh PAS menyokong beberapa penghapusan akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), namun akta yang menggantikan ISA tidak dibentang dan dibincangkan sebaiknya, katanya. Malah, akta baharu menggantikan ISA merentap keseluruhan kebebasan sistem kehakiman di negara ini dengan

pemaksaan terhadap tindakan oleh kuasa eksekutif, katanya. Selain itu, pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), tidak menjurus kepada isu pokok iaitu kebebasan media dalam menyampaikan laporan, sebaliknya pindaan mengheret kepada kongkongan terhadap media, katanya. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beberapa pindaan mahupun pengenalan akta baharu yang dibawa ke Parlimen sebenarnya tidak dirumuskan dan dibincangkan semasaknya untuk mencari penyelesaian terbaik. Sebaliknya, Umno-BN hanya membawa beberapa Rang UndangUndang ke Parlimen hanya untuk mengaburi mata rakyat, kononnya BN benar-benar berubah menurut kehendak rakyat, katanya. Dewan Rakyat yang bersidang pada 19 April lalu bersidang sehingga awal pagi Jumaat bagi membolehkan semua aturan urusan mesyuarat dan usul diselesaikan. Difahamkan, kali pertama sidang Dewan Rakyat mengalami

keadaan serupa ialah ketika perbahasan Ordinan Darurat Kelantan pada 1977. Persidangan dewan bagi sesi penggal ini ditangguhkan pada jam 3.22 pagi selepas 22 hari bersidang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Peraturan Mesyuarat 90 (2) digunakan bagi menggantung Peraturan Mesyuarat 12 yang menyatakan semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama. Mohamed Nazri membentangkan usul tersebut sebelum tengah malam Khamid ketika Dewan Rakyat membahaskan Rang UndangUndang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 untuk bacaan kali kedua. Ketika usul itu dikemukakan, terdapat 34 anggota Parlimen BN (BN), 17 (pembangkang) dan seorang wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dato’ Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan

Penerbitan 1984 (Akta 301) yang menggugurkan kuasa menteri dalam meluluskan atau menolak lesen mesin cetak ialah rang undang-undang terakhir diluluskan. Mengikut senarai aturan mesyuarat, Dewan Rakyat perlu meluluskan rang undang-undang tersebut serta lima lagi usul Kementerian Kewangan sebelum sesi Parlimen bagi penggal ini ditangguhkan. Persidangan yang bermula pada 12 Mac itu menyaksikan 21 rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012, Rang UndangUndang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 dan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012. Turut diluluskan Rang UndangUndang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang InstitusiInstitusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012, Rang UndangUndang Pasaran Modal dan

Perkhidmatan (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. Selain itu, Rang UndangUndang Pengantaraan 2012, Rang Undang-Undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012, Rang UndangUndang Perbekalan Tambahan (2011) 2012, Rang Undang-Undang Laporan Kewangan (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Syarikat Labuan (Pindaan) 2012. Turut diluluskan Rang UndangUndang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2012, Rang UndangUndang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2012, Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012, Rang Undang-Undang Laut Wilayah 2012, Rang UndangUndang Rukun Tetangga 2012 dan Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012. Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Pindaan akta yang pelik, tidak masuk akal Sekali lagi tercatat dalam sejarah, parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi sejak 22 tahun lalu. Persidangan sampai ke dini hari itu semata-mata untuk membahaskan dan meluluskan lapan Rang Undang-Undang pada sidang dewan itu. Apa yang menggamit sidang dewan sehingga terpaksa bersengkang mata untuk melulus lapan rang undang tersebut. Mencungkil apa yang tersirat dalam sidang tersebut wartawan ROY RASUL menemubual pengamal undang-undang dan juga Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman pada Isnin lalu. HARAKAH: Pada Khamis (19 April) lalu, Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang sehingga jam 3.00 pagi dan meluluskan lapan Rang Undang-Undang (RUU). Dalam masa yang sama mengapa Barisan Nasional (BN) dilihat tergesa-gesa untuk meluluskan 8 RUU tersebut? KHAIRUDDIN: Pertama, kita lihat pindaan terhadap rang undang-undang tertentu menjawab persoalan-persoalan mengapa timbulnya pengundi yang berlebihan dari segi daftar pemilih yang diragui kesemuanya itu. Jadi pindaan ini sebagai tanda Umno sangat terdesak untuk menjalankan perancangan jahat mereka demi mengambil balik negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Jadi maknanya lapan rang undang-undang yang dilulus dengan tergesa-gesa itu menggambarkan ada

sesuatu yang tersembunyi yang mempunyai niat yang tidak baik. Oleh kerana itu, kita berpendapat perkara tersebut satu perancangan yang dibuat oleh Umno dan bagi ahli-ahli parlimen kita tentu akan lihat bagaimana harus mereka lakukan nanti. Mengapa mereka perlu tergesa-gesa sangat, kenapa sehingga pukul 3.00 pagi? Adakah mereka mengambil pandangan yang cukup daripada wakil rakyat kita? Jadi kita melihat perkara itu sangat pelik. Dari sudut Perlembagaan sesuatu rang undang-undang yang tidak dibincang semasakmasak sebaliknya diluluskan. Apa kesannya? Sememangnya Umno suka melakukan kerja macam itu. Mereka bukan hendak mengambil pandangan daripada wakil rakyat pembangkang

dan mengambil kira berbentuk menindas pandangan rakyat. rakyat mesti digunakan Dalam kata lain ia selepas ini. menunjukkan mereka terdesak. Jadi tindakan Tanggapan yang terdesak itu Pakatan Rakyat mengheret mereka bahawa BN terdesak melakukan apa sahaja meluluskan semua termasuk meminda Khairuddin Othman RUU untuk menyekat, undang-undang untuk mendiskriminasi kepentingan mereka sendiri. dan menekan Pakatan Rakyat. Tanggapan saudara pula BN sekali lagi menggunakan macam mana? kuasa majoriti yang ada untuk Tujuan mereka memang untuk menjadikan Dewan menindas Pakatan Rakyat Rakyat sebagai rubber-stamp antaranya meminda Akta Pilihan untuk kepentingan mereka. Raya yang memang sangatApa pandangan saudara? sangat tidak masuk akal dalam Perkara itu memang berlaku pindaan-pindaan itu. daripada dahulu lagi. Saya rasa Apa masalahnya? Selama ini kali ini saya melihat bahawa kita buat tidak ada masalah. kuasa-kuasa atasi sikap Umno Kenapa secara tiba-tiba sekarang itu mesti dihapuskan dan ini sehingga jam tiga pagi untuk kita mesti memastikan Umno pindaan rang undang-undang menjadi pembangkang dalam itu? pilihan raya kali ini supaya tidak Kalau begitu memang grand ada lagi undang-undang yang designnya ialah untuk menekan

dan merampas balik dengan cara yang tidak adil dan demokratik. Rumusan terhadap perjalanan sidang Dewan Rakyat sepanjang 2008 hingga 2012? Sangat tidak demokratik dan menggambarkan parlimen sebenar. Tidak mengamalkan suara rakyat dan mengamalkan demokrasi yang sebenar dengan Speaker yang berat sebelah, Dihalau keluar apabila membangkitkan masalah laporan minoriti, isu-isu yang dibangkit wakil rakyat apabila speaker tidak boleh jawab dihalau keluar. Ini bukan parlimen yang berdemokrasi kerana mereka juga wakil rakyat. Sepatutnya Speaker lebih adil dalam menjalankan urusan parlimen Rakyat boleh menilai dan rakyat akan nampak. Jelas tidak ada demokrasi dalam parlimen.


Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

FOKUS PARLIMEN RUBBER-STAMP

F5

Undang-undang ketat tidak jamin kestabilan kerajaan

Kamarudin Jaffar

PINDAAN mahupun pengenalan sesuatu akta bagi mengetatkan sesuatu kerangka undangundang dan pelaksanaannya tidak menjamin kestabilan sesebuah kerajaan. Sebaliknya, ia mungkin boleh menjadi penyebab kepada kebangkitan rakyat yang merasakan mereka tertindas dari sudut pelaksanaan sesuatu undang-undang. Parlimen Malaysia baharu sahaja meluluskan 21 Rang Undang-Undang dan pindaan dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula 12 Mac hingga jam 3.22 pagi Jumaat 20 April lalu. Ia satu sejarah dan BN dilihat seolah-olah ‘terdesak’ untuk melepaskan semua Rang Undang-Undang tersebut dalam

tujuan tertentu, pastinya untuk kepentingan mereka yang membawa akta itu ke Parlimen. Paling kontroversi, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Keselamatan) 2012 yang dibahaskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Rang Undang-undang ini dilihat bukan menggantikan ISA yang bersifat draconian law namun, lebih dari itu ia merampas keseluruhan kuasa kehakiman, selain beberapa sub seksyen yang tidak konsisten dengan perjuangan hak asasi manusia. Begitu juga pindaan kepada Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012, yang menjurus kepada

menutup ruang parti politik untuk membina ‘barong panas’ bagi tujuan pengecaman, pemeriksaan dan bantahan sebarang kemungkinan ada undi hantu. Sama juga yang berlaku dalam Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (akta 301) tidakpun menjurus kepada isu pokok dalam perbincangan mengenai kebebasan media. Seperti kata ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar di Parlimen semasa membahaskan Rang Undangundang Keterangan (pindaan 2012), “tidak bermakna undangundang ketat tidak akan ada pengeboman, tidak akan ada orang-orang yang tidak berpuas hati terhadap kerajaan”.

Pindaan Kesalahan Pilihan Raya untungkan BN Oleh ASLANI M & M YUSRI AMIN

KOTA BHARU: Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 dianggap pengamal undang-undang lebih menguntungkan Barisan Nasional (BN). Antara lain Peraturan 19(7), Peraturan-Peraturan Penjalanan Pilihan Raya yang mana sebelum ini memperuntukkan hanya saudara kepada pengundi yang uzur boleh mengundi bagi pihaknya telah dipinda kepada seseorang yang dipercayai. Pengerusi Lajnah UndangUndang & Hak Asasi Manusia (Luham), Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah berkata, peraturan baru itu membuka

ruang luas dimanipulasi kerana sesiapa sahaja boleh mengundi bagi pihak orang yang tidak berupaya. Manakala Seksyen 26 (1)(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya pula menetapkan jarak 50 meter semasa hari pengundian telah dipinda kepada jarak 100 meter boleh membuka ruang berlakunya kecurangan dalam proses pilihan raya. “Apatah lagi sekarang ketelusan SPR dalam mengendalikan proses pilihan raya diragui serta dipertikai rakyat. Menjadi pertanyaan rakyat mengenai asas-asas atau alasan pindaan itu dibuat,” katanya. Baru-baru ini kerajaan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Vui Keong mengemukakan bacaan

Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 untuk kali pertama. Mohd Abd Rashid berkata, Seksyen 26A(2) Akta yang sama sebelum ini membenarkan calon bertanding melantik tidak lebih empat pemerhati barung yang diselenggara SPR, namun dipinda dengan menghapuskan peruntukan tersebut. Katanya ia bermaksud tiada lagi pemerhati barung yang dilantik calon bertanding. “Jadi siapakah yang akan memastikan bagi pihak calon urusan di barung SPR tersebut adalah telus dan mengikut lunas undang-undang. “Pindaan tersebut jelas menunjukkan ketidakadilan SPR dalam mengendalikan

perjalanan pilihan raya,” katanya. Seksyen 24B(3) Akta yang sama juga sebelum ini membenarkan sebarang ceramah atau mesyuarat diadakan di mana-mana tempat awam, namun dipinda dan hanya membenarkan calon berbuat demikian di pejabat parti sahaja. Kata beliau apakah rasional seksyen itu dipinda kerana pejabat parti yang bertanding kebiasaannya hanya terdapat sebuah sahaja di kawasan parlimen. Katanya, pindaan baru tersebut menyebabkan calon Pakatan Rakyat sukar untuk berkempen bagi menyampaikan maklumat kepada penyokong dan orang ramai.

Hujahnya mudah, kalau minoriti ditekan, minoriti ditindas, undang-undang yang seketat mana pun tidak boleh menghalang rakyat untuk bangkit menolak kekejaman sesebuah kerajaan itu. Mengapa tidak Malaysia melihat kepada apa yang berlaku di Indonesia yang melangkah ke arah mereformasi dan membebaskan, melonggarkan, rakyat boleh berdemonstrasi dengan aman. Namun dalam masa yang sama, Indonesia tetap dapat laba daripada kebebasan itu dengan kenaikan ekonomi suku tahunan, ekonomi mereka meningkat lebih daripada ekonomi Malaysia yang kononnya aman dan damai.

» Pindaan untuk tipu pilihan raya? Bayangkan sembilan akta diluluskan dalam sehari. Sembilan dalam sehari apa tujuannya? Mengapa Akta Kesalahan Pilihan Raya diluluskan secara tergesagesa? Cuba perhatikan contoh peruntukan yang mengelirukan ini: 1. Tidak boleh diperiksa kad pengenalan kecuali pegawai SPR. 2. Hanya SPR yang tetapkan masa kerja. 3. Tidak ada pemerhati parti lagi. 4. Tidak ada sesiapa boleh hampiri 100 meter dari tempat mengundi. Jika tidak boleh diperiksa kad pengenalan, maka semua pengundi hantu yang diberi kad pengenalan palsu termasuk dari Bangladesh, Indonesia, Filipina dan Vietnam boleh mengundi. Tindakan ini adalah penipuan nyata yang hendak dilakukan BN.

Petanda Umno-BN sudah nak jatuh KOTA BHARU: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Dato’ Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan gelabah Umno yang banyak membuat pindaan undang-undang di Dewan Rakyat minggu lalu sebagai tanda ‘BN sudah nak jatuh’. Menurutnya, ia termasuk meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan tergesa-gesa pada 19 April lalu. “Saya rasa kerajaan dah kelam-kabut, gelabah. Saya nampak kerajaan panik. Buat pindaan (undang-undang) itu, buat pindaan ini.

“Dan saya rasa itulah puncapunca Umno-BN nak jatuh,” katanya. Beliau yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bercakap kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2012 Parti Kita di sebuah hotel di sini barubaru ini. Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas melalui sesi perbahasan lebih tujuh jam. Pindaan itu antara lain juga mengenakan larangan wakil calon berada di barong Suruhanjaya Pilihan Raya

(SPR) pada hari pengundian dan barong panas parti bagi menyemak daftar pemilih yang diamalkan sebelum ini tidak dibenarkan. Mengulas lanjut Zaid yang juga bekas menteri undangundang berkata, pindaan yang membolehkan SPR menghadkan masa untuk petugas tempat mengundi dan mengira undi menimbulkan keraguan. Beliau turut mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberi tanggungjawab mengurus pilihan raya kini dilihat ‘dikawal’ sepenuhnya oleh Umno BN.

“Kita bimbang demokrasi. Itu bukan bila SPR ada kuasa demokrasi, itu Korea menentukan masa Utara, yang tidak ada untuk petugas. Apakah pembangkang. Kalau kita muslihatnya membuat ada demokrasi, sudah pindaan-pindaan saat tentu ada pembangkang, akhir itu?” tanya beliau. tetapi janganlah Beliau juga kita nak hancurkan berpendapat kerajaan pembangkang pula. Zaid Ibrahim sepatutnya meraikan Sebab itu saya kata, pandangan dan kritikan selagi Umno BN memerintah, pembangkang malah mereka tidak ada demokrasi,” ujarnya. harus diberi lebih masa meneliti Dalam pada itu, beliau turut sebarang pindaan bukannya melahirkan kebimbangan melihat pembangkang sebagai dengan trend pertambahan undi ancaman. secara luar biasa di kawasan“Dan kalau tidak ada kawasan tertentu khususnya di pembangkang, itu bukan Selangor dan tempat-tempat lain.


F6

NEGERI

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Gelombang hijau landa Baling BALING: Majlis Pelancaran Gelombang Hijau PAS Kawasan Baling, petang 1 April lalu benarbenar ‘menghijaukan’ persekitaran Markas PAS kawasan, tempat berlangsungnya acara.

Program persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) itu mendapat sambutan memberangsangkan daripada ahli dan penyokong PAS kawasan. Sejak awal pagi, anggota Pemuda PAS

Ustaz Ahmad menyerahkan sepanduk kepada Pengarah MTD Kupang, Ustaz Hassan Saad sambil diperhatikan Johari.

dari cawangan-cawangan seluruh Baling berkonvoi ke tempat pelancaran bagi memeriahkan majlis. Lebih seribu aktivis PAS Kawasan hadir pada majlis perasmian yang disempurnakan Ketua Penerangan PAS negeri, Sanusi Md. Noor. Sanusi ketika berucap amat berbangga dengan sikap ahli dan penyokong PAS Baling kerana menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi PRU ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Beliau berharap PAS dapat mengekalkan kemenangan di Baling dengan mempertahankan Dun Kupang dan Dun Kuala Ketil serta merampas Dun Bayu yang kini diwakili BN. Turut berucap Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Ahmad Yahya. Ahmad turut menyerahkan sepanduk ‘Gelombang Hijau’ kepada Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bayu, Kupang

Aktivis Muslimat PAS kawasan bersemangat melafazkan ikrar.

dan Kuala Ketil untuk diagihkan kepada Unit Peti Undi (UPU) masingmasing. Hadir sama Adun Kupang, Johari Abdullah, Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof, Naib Yang Dipertua PAS Baling, Ust Md Juki Ahmad, Ketua Pemuda PAS Baling, Ustaz Osman Abd Hamid dan Pengarah Pilihan Raya PAS Baling, Abd Kadir Rani.

TANPA SEMPADAN

Kampung Memali terima kunjungan Aishah BALING: Setelah mengisytiharkan diri bersama perjuangan PAS, artis hijrah, Aishah Mohd Ariffin atau lebih mesra dipanggil Aishah kerap memenuhi undangan aktivis PAS di seluruh negara. Mac lalu, Aishah hadir ke Baling bagi memenuhi undangan PAS kawasan. Dalam kunjungan seharinya itu, beliau mengambil kesempatan menziarahi pusara para Syuhada Memali di Pekan Parit Panjang. Aishah turut diberikan penerangan berhubung

tragedi Memali yang meragut nyawa 14 ahli PAS dan empat anggota polis oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Baling, Tuan Guru Abd Wahab Hassan. Beliau juga dibawa menziarahi rumah beberapa balu syuhada termasuk balu Almarhum Ustaz Ibrahim Mahmood, Zaleha Husin di Kampung Memali dengan diiringi pemimpin Muslimat PAS kawasan. Bagi memenuhi permintaan masyarakat tempatan, Aishah mengadakan persembahan tertutup khusus untuk

wanita yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Pekan Baling. Persembahannya mendapat sambutan menggalakkan daripada para peminat di daerah ini. Pada sebelah malamnya pula, Aishah berceramah sepentas bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kupang, Johari Abdullah yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Baling. Majlis berlangsung di pekarangan pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kupang. Walaupun hujan lebat turun, ia

Di rumah As Syahid Ustaz ibrahim Libya mengunjungi balu Almarhum.

tidak menghalang ribuan pengunjung hadir mendengar ceramah sulung beliau di Baling. Aishah ketika berucap banyak menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang artis. Hadir sama Ketua Muslimat PAS Baling, Ustazah Che Tah Bakar, Ketua Penerangan PAS kawasan, Ustaz Hilmi Abdul Wahab dan para pemimpin PAS kawasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Anuar Sudin menziarahi Timbalan Ketua Umno Cawangan Ulu Basir, Khisam Duki yang terlantar uzur akibat kemalangan beberapa bulan lepas. Akibat kemalangan itu sebahagian tempurung kepalanya remuk. Rombongan Anuar disambut isteri Khisam. Anuar diiringi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd. Aamir Abdullah dan Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Samak, Adnan Mohtar. Foto RAHMAT MALIKI

Aishah mengunjungi pusara syuhada di Parit Panjang, Baling.


NEGERI

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F7

Majlis hi-tea KERABAT erat ukhuwah Oleh RAHMAT MALIKI TELUK INTAN: Badan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Teluk Intan telah mengadakan majlis hi-tea (minum lewat petang) dan ramah mesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Rumah Rehat Teluk Intan, dekat sini, baru-baru ini. Menurut Pengarah Program, Lt Komander (B) Mohamad Zaba bin L Sharip, majlis ini julung kali diadakan selepas KERABAT Teluk Intan dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu Disember lepas. Menurut beliau, antara objektif program adalah untuk mengukuhkan

Anggota KERABAT dan pemimpin Pakatan Rakyat menjulang tangan ke udara tanda kesepaduan tekad.

Mohamad Zaba mewakili KERABAT Teluk Intan menerima watikah daripada Nizar.

hubungan ukhuwah sesama ahli KERABAT serta mengeratkan hubungan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pemimpin

Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Penaung KERABAT Perak, Adun

Changkat Jong, Mohd. Anuar Sudin, Adun Pasir Bedamar, Seah Leong Peng serta para pemimpin Pakatan Rakyat Teluk Intan. Turut hadir Penasihat KERABAT Perak, Laksamana Pertama (B) Mohd. Imran Abd. Hamid serta pemimpin KERABAT negeri. Ketika berucap, Mohd. Imran menjelaskan objektif penubuhan KERABAT adalah untuk menjaga kebajikan bekas-bekas anggota tentera seperti memperjuangkan tuntutan pemberian pencen dan tanah kepada mereka yang

telah tamat berkhidmat. Nizar pula menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak sentiasa prihatin dengan setiap pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan rakyat termasuklah KERABAT. Malah beliau berharap usaha tersebut dapat diperluaskan lagi melalui program bersama rakyat. Beliau sentiasa menyokong setiap tuntutan yang diperjuangkan KERABAT bagi membela kebajikan bekas anggota tentera. Nizar menambah,

anggota KERABAT boleh diberi peluang menyumbang tenaga dan fikiran kepada masyarakat dan negeri melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ahli majlis kerajaan tempatan. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu juga diberi penghormatan menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa KERABAT Perak. Sesi dialog antara pemimpin Pakatan Rakyat dan anggota KERABAT juga turut diadakan.

Tarbiah, iman dan amal hadapi pilihan raya TELUK INTAN: Aspek tarbiyah, iman dan amal adalah perkara yang perlu diberi keutamaan ketika para petugas menjalankan gerak kerja pilihan raya, ujar Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-38. Mesyuarat telah diadakan di Dewan MPTI, Bandar Baru Teluk Intan. Menurut Ustaz Abu Bakar, aspek tarbiyah amat penting dalam berhadapan dengan musuh pilihan raya kelak yang menuntut kepada ketahanan mental, iman dan amal. Di samping itu, beliau juga menyarankan kepada semua ahli agar beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam keghairahan melakukan gerak kerja pilihan raya. Selain tarbiah, aspek kekeluargaan juga tidak boleh dipinggirkan sehingga melupakan tanggung jawab keluarga seperti anak-anak dan isteri. “Jangan meminggirkan keluarga seperti isteri dan anak-anak di dalam program-program parti.

Biarlah keluarga kita juga turut mendapat roh jemaah itu. Selain itu, aspek pendidikan anak-anak juga perlu diberi perhatian,” jelasnya. Beliau turut menyarankan ahli-ahli parti supaya terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, berintegriti dan bersikap positif. Jentera pilihan raya parti juga perlu memantapkan persiapan logistik, dana dan gerak saraf di samping sentiasa mengkaji kemampuan musuh. Di majlis yang sama Ustaz Abu Bakar menyampaikan anugerah kepada cawangancawangan yang berjaya. Antara anugerah yang dipertandingkan adalah Pengurusan Kewangan Terbaik (Yuran Ahli) dimenangi PAS Cawangan Kg. Padang Tembak, Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik (Infak Wajib) dimenangi PAS Cawangan Rumah Awam manakala PAS Cawangan Desa Aman memperoleh Anugerah Unit Peti Undi (UPU) Terbaik bagi kategori Bilik Gerakan. Sebelum itu di dalam ucapan aluan, Yang

Perwakilan Dewan Hipunan Penyokong PAS (DHPP) diketuai Hacharan Singh mengikuti mesyuarat agung.

Ustaz Abu Bakar menyampaikan sijil kepada wakil PAS cawangan terbaik.

Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian para perwakilan

wala dan taat selagi pimpinan tidak terkeluar daripada landasan syariat. Beliau juga meminta setiap unit peti undi

khususnya dalam memperkasa program tarbiah. Setiap ahli, ujarnya perlu mempunyai sikap

MAKAN AMAL Para hadirin sedang menikmati juadah pada Majlis Makan Amal Dewan Undangan Negeri (Dun) Rungkup, Bagan Datoh, Perak. Program anjuran Majlis Tindakan Dun Rungkup itu dirasmikan Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, 17 Mac lalu dan berlangsung di Dewan Baharu PAS Kawasan Bagan Datoh, Selekoh. Hadir berucap pada majlis itu Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Ketua Cabang KeADILan Bagan Datoh, Madhi Hassan. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S Kesavan.

(UPU) digerakkan dengan lebih aktif serta memberi sokongan kepada calon parti yang bakal bertanding.


F8

FOKUS

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Himpunan Bersih 3.0 ditunggu penuh debar J IKA tiada perubahan lokasi, Dataran Merdeka di tengahtengah ibu kota akan tenggelam dalam warna kuning Sabtu (28 April) ini oleh ratusan ribu rakyat prihatin yang amat sedar akan hak mereka untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan demokratik. Sebab itu ia dinamakan Himpunan Bersih 3.0 dan akan disertai oleh rakyat prihatin di setiap negeri, bahkan serentak di merata kota raya di seluruh dunia. Ini adalah gelombang rakyat dalam skala besar. Tidak ada senjata yang dibawa peserta, kecuali barangkali, sebotol air untuk menghilang dahaga dan tuala ‘good morning’ bagi mengesat peluh. Mereka hanya ‘Duduk dan Bantah’. Perjuangan ini sudah demikian lama – sejak Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan kini disambung dengan Bersih 3.0. Kita sedar bahawa Umno-BN telah berkuasa lebih daripada setengah abad, sebuah kuasa yang sangat tua dan larut, memiliki demikian banyak kelemahan dan kesalahan. Sebab itu, mereka tidak semudah itu melepaskan kuasa. Maka terjadilah apa yang terjadi seperti wujudnya ratusan ribu pengundi hantu yang akan memberi sumbangan mempertahankan kuasa yang ada. ‘Duduk Bantah’ ini dilihat oleh banyak pihak sebagai ibu segala demonstrasi yang diadakan di negara ini secara aman. Oleh itu,

shukurharun@yahoo.com

CETUSAN IDEA

ABDUL SHUKUR HARUN

seperti kata Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said (Pak Samad); “Mereka duduk-duduk bantah secara aman, tetapi jika itupun menerima semburan air dan gas pemedih mata, maka tidak patut sama sekali.” Sangat menghairankan, sejauh ini desakan demi desakan disampaikan oleh rakyat, hingga ditubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk reformasi pilihan raya, namun tuntutan utama Bersih 2.0 – membersihkan senarai pengundi - tidak juga dilayan, seolah-olah tuntutan itu tidak perlu. Dengan itu PRU ke-13 ini akan berjalan seperti biasa dalam keadaan bergelumang dengan segala kekotoran. Makanya, gelombang kuning yang akan membanjiri Dataran Merdeka dan sekitarnya pada 28 April adalah manifestasi bantahan rakyat. Kiranya isyarat ini sukar juga difahami oleh pihak berkuasa, maka benarlah katakata pengarang George Orwell, “Kuasa dan keangkuhan adalah dwi kembar.” Namun dalam konsep politik Islam seperti yang disyariatkan oleh Allah SWT, ialah

bahawa ‘kuasa’ itu adalah amanah Allah kepada seseorang atau kumpulannya untuk mentadbirkan negara dan masyarakat. Jika pemegang kuasa itu memegang konsep ‘kuasa’ yang disyariatkan oleh Allah SWT, iaitu melaksanakannya dengan amanah dan adil, maka saya kira, tidaklah perlu wujud Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, justeru semuanya berada dalam garis ‘amanah’ yang dipancarkan dalam syariat Islam. Tetapi keadaan yang ada tidak begitu jadinya. Dengan hanya beberapa hari saja lagi Dataran Merdeka akan dibanjiri rakyat berbaju kuning, maka tidak perlu ada ketakutan dan cemas oleh mana-mana pihak berdepan dengan gelombang rakyat ini. Mereka tidak membawa sebarang ancaman, tetapi sekadar menuntut pilihan raya yang bersih. Itu saja. Mudah-mudahan saja cuaca cerah pada 28 April itu, tetapi jika hujan turun pun hingga basah sekujur tubuh, hasrat Bersih 3.0 akan diteruskan dan saya teringat puisi penyair Usman Awang, “Di depan duri di belakang api, kita tidak boleh undur lagi.” Rakyat yang berhimpun dijangka terdiri daripada pelbagai golongan, antaranya penggiat seni, para sasterawan, pemuzik, penyair dan anak muda dipelbagai bidang yang semuanya menggambarkan bahawa kebangkitan rakyat ini disertai oleh pelbagai lapisan

masyarakat. Kini, Bersih sudah masuk fasa ketiga. Kali ini, Pak Samad dilantik sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0. Penganalisis melihat walaupun beliau dijadikan pengerusi bersama dengan Dato’ S Ambiga, namun beliau dianggap sebagai ikon bagi Bersih 3.0, malah sejak Bersih 2.0 lagi. Kami di dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi), di mana Pak Samad sering bersama dalam banyak program, melihat beliau sebagai sasterawan negara yang sangat dekat di hati rakyat. Sementara itu, kumpulan mahasiswa dan aktivis sejak seminggu lalu turut membina momentum Bersih 3.0 apabila Dataran Merdeka bertukar menjadi tapak pesta dengan kegiatan lebih 500 pelajar dan aktivis menuntut pendidikan tinggi percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Jumlah mereka meningkat mendadak apabila kumpulan pelajar tersebut diserang oleh kira-kira 50 orang individu tidak dikenali. Walaupun 15 buah khemah mereka musnah dalam kejadian tersebut, sebanyak 12 lagi khemah baru didirikan hasil sumbangan orang ramai, selain 30 khemah lagi masih ada di dalam simpanan mereka. Selain khemah, pelajar berkenaan juga menerima sumbangan makanan dan

minuman daripada orang ramai yang mengunjungi mereka. Malah golongan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga dengan menjual topi dan kemeja-T Bersih 3.0. Unit Amal PAS pula telah membuat kawalan setiap malam di situ. Orang ramai terus berkunjung, memberikan sokongan kepada para mahasiswa tersebut dan ini merancakkan lagi suasana di Dataran Merdeka itu menjelang 28 April ini. Ia menunjukkan perjuangan rakyat dan golongan pelajar ini semakin mendapat sokongan rakyat prihatin. Pada pendapat saya, seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, Himpunan Bersih 3.0 kali ini akan juga mengukir sejarah penting bahawa tembok ketakutan rakyat sudah dapat diruntuhkan. Dalam masa yang sama semakin ramai rakyat yang boleh berfikir mengenai hak mereka. Jam besar di depan Dataran Merdeka yang berdenting setiap waktu, rumput rampai, malah segala yang ada di sekitarnya itu menjadi saksi kebangkitan rakyat ini. Dataran Merdeka tidak mungkin dapat dipisahkan daripada rakyat. Selepas himpunan ini, rakyat akan pulang dengan segala harapan akan ada perubahan. Bagaimanapun sesuatu yang pasti, tiada siapa pun yang mampu memadamkan kebangkitan rakyat justeru ia bersifat alami.

Surat terbuka kepada pembesar negara... SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Yousoeff Alexandra (pulsar11@hotmail. com) mengirim e-mel kepada saya, mengemukakan satu cadangan kepada PAS menjelang pilihan raya umum ke-13 ini. Demikian antara lain kandungan suratnya. “Saudara LanH, pohon tuan panjangkan cadangan saya ini kepada pemimpin-pemimpin PAS atau saudara masukkannya dalam ruangan tulisan sudara. Saya mencadangkan agar pemimpin PAS menulis surat terbuka kepada pemimpinpemimpin negara. “Surat itu hendaklah ringkas, padat dan penuh dengan katakata nasihat, dakwah, doa, nasihat takutkan dosa dan sebagainya. Surat itu hendaklah disiarkan dalam akhbar Harakah sebab saya yakin bahawa bukan ahli PAS sahaja yang baca akhbar ini. Ia juga dibaca oleh pimpinan BN terutama Umno untuk dijadikan bahan rujukan. “Saya tertarik dengan surat terbuka Dato’ Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada pejuang-pejuang Melayu yang disiarkan dalam Harakahdaily baru-baru ini. “Tetapi maaflah, pada pandangan saya ia kurang menyengat, sepatutnya orangorang dalam think tank (kumpulan pemikir) PAS dan cendekiawan lain dapat membantu.

CELOTEH LanH

lanh14@gmail.com

“Usaha ini boleh dimulakan dengan surat terbuka Presiden PAS kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri serta Timbalan Menteri Persekutuan dan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh membantu dengan menulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, Pengerusi SPR, Pengarah JPN, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan sebagainya manakala Ketua Penerangan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menulis surat terbuka kepada Ketua Umno Bahagian, Pengerusi JKKK dan sebagainya. Ketua Muslimat pula menulis surat terbuka untuk Ketua Wanita Umno manakala Ketua Pemuda PAS menulis surat terbuka kepada Ketua Pemuda Umno. “Saya yakin jika perkara ini dibuat secara berterusan, kita usahakan berdakwah secara lembut; insya-Allah hati-hati mereka ini akan cair dan terbuka. Mereka akan diberi petunjuk oleh Allah SWT supaya tidak menipu, korup dan sebagainya. Surat ini perlu diwujudkan dalam satu ruangan khas dalam akhbar

Harakah dan dibuat berterusan. Semoga Allah selamatkan kita daripada kebobrokan yang sudah tenat hari ini.” Berceloteh mengenai surat terbuka ini, teringat saya akan surat terbuka yang pernah saya nukilkan untuk pengundi di tanah air kita. Antara lain saya menulis: “Sebelum tuan puan membuat keputusan siapa layak tuan puan berikan undi tuan puan yang amat berharga itu, saya dengan rendah diri mengemukakan kisah ini agar dijadikan iktibar bersama. Ia bukan kisah mendapat sehelai kain batik atau wang RM50.00 dan jalan ke rumah ditar, tetapi membabitkan masa depan anak bangsa. Tidak lama dulu saya membaca wawancara panjang lebar wartawan The Sun dengan ProCanselor UiTM yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad. Wawancara bertajuk ‘Raising standards in national schools’ itu disiarkan dalam akhbar itu tidak lama dulu. Apa yang menarik perhatian saya adalah bahagian akhiran wawancara itu mengenai keperluan meningkatkan martabat dan profesion perguruan kerana kunci kejayaan pendidikan terletak di tangan guru. Apabila Abdul Rahman ditanya soalan; “So the key is the teachers?”, beliau menjawab: “Yes prepare

them first. Like you’re teaching of Maths and Science. You don't prepare the teachers first and then teach.” Apabila ditanya, “That is why there is a problem now. You don’t have enough teachers, right?, Abdul Rahman menjawab: “Yes, there is a problem now. You have them teaching Maths and Science but can they speak English?” Abdul Rahman yang ditanya; “So, everything is ad hoc?”, terus menjawab, penuh bermakna; “Well...that’s...” Demikianlah dalam usaha membentuk satu tamadun bangsa melalui pendidikan yang sangat penting itu pun kerajaan BN sanggup menggunakan pendekatan ‘ad hoc’, jadi apalah sangat dengan projek-projek pembangunan yang kononnya sedang diusahakannya untuk rakyat negara ini. Begitu juga dengan bantuan RM500 sekali beri, bolehkah ia meringankan derita rakyat dari segi jangka panjang? Bukankah kebanyakannya dilakukan menjelang pilihan raya tetapi yang peliknya apabila ditanya oleh wartawan, selalunya pemimpin Umno-BN akan menjawab, segala projek atau ‘kemurahan hati’ mereka itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Untuk menjadikan seorang anak itu ‘manusia’, ia memerlukan tempoh bertahun-

tahun malah berbelas dan berpuluh tahun. Ayah dan ibunya perlu mendidiknya dari dalam perut, kemudian dalam buaian, menyekolahkan seterusnya memasukkannya ke universiti, kemudian mengahwinkannya. Itu pun belum tamat lagi, apabila si anak bersalin, ibunya juga yang dicari! Bolehkah seseorang itu menjadikan anaknya seorang ‘manusia’ dengan hanya mencampakkannya wang ringgit jika dia perlukan, tetapi kemudian mengabaikannya tahun demi tahun? Bolehkah bantuan RM100 sekali beri untuk anak-anak melegakan sengsara mereka selama ini? Apabila berlaku perceraian misalnya, apakah seorang ayah dapat memenangi kasih sayang seorang anak dengan hanya melambakkan wang ringgit dan kemewahan? Tentu tidak, untuk memenangi hati si anak dan untuk menjadikan dia ‘seorang manusia’ tentulah kasih sayang perlu dipupuk sepanjang masa. Tetapi untuk mendapat perhatian, hadiah besar seperti kereta mewah daripada seorang bapa sudah pasti merenggut tumpuan seorang anak. Bagaimanapun ia hanya bersifat sementara. ‘Habis hadiah’, habislah perhatian diberikan kepada bapa. Demikianlah apa LIHAT MUKA 15 >>


AGAMA

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F9

» ULASAN BUKU Menyelusuri individu berkesan dalam berdakwah

MAUIDZAH

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Solat yang tidak diterima Allah SWT D

ENGAN berselawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dalam tasyshhud akhir, seseorang itu akan mendapat salam daripada Allah SWT. Dengan salam daripada-Nya diharap akan bebas daripada azab neraka di akhirat kelak, kerana apalah ertinya ucap salam daripada Allah SWT jika masih terancam dengan azab-Nya. Kemudian di penghujung solat hendaklah berdoa dengan doa yang “Ma’tsur” doa yang dipetik daripada doa Rasulullah s.a.w. dengan khusyuk, tawaduk dan tadharruk kepada Allah SWT. Antara doa tersebut ialah: “Allahumma ighfirli ma qaddmtu wama asrrtu wama a’lantu wama Anta a’lamu bihi minni Antal Muqadimu wa Antal muakhkhiru Lailaha illa Anta ya muqallibal qulub tsabbit qalbi ‘ala dinika wa toatik.” Ataupun: “Rabbi inni zolamtu nafsi zulman katsirau wala yaghfiru zunuba illa Anta faghfirli maghfiratan min ‘Indika warhamni innaka ghfurur Rahim,” ditambah dengan doa: “Allahumma ya Muqallibal qulub tsbbit qalbi ‘ala dinika wato’atik.” Boleh ditambah dengan doa yang lain terutama bagi orang yang gemar menghafaz doa Nabi s.a.w., terutama ketika solat sunat sendirian bebas baca doa sebanyak mana sekalipun. Kecuali bagi mereka yang menjadi imam solat fardu berjemaah. Ini kerana seseorang imam tidak tahu di belakangnya mungkin terdapat orang yang dinamakan sebagai “ghairu maktsur,” kerana dikhuatiri terganggu urusan seseorang makmum dengan doa imam yang panjang dalam tahiyyat akhir itu. Bacalah doa dengan penuh rayuan serta nada mengemis belas ihsan Allah SWT, terbit daripada hati yang bersih. Semoga doa yang bersifat merintih itu didengar dan dimakbulkn oleh Allah SWT. Apatah lagi pada zaman yang penuh cabaran fitnah dan hasutan, zaman propaganda kekufuran yang menerbitkan pelbagai was - was. Sebab itu orang yang solatnya penuh rayuan kepada Tuhan, agar menetapkan hati dengan taat kepada agama-Nya. Hendaklah dikongsi bersama dengan doa kedua-dua ibu bapa

dan Muslimin dan Muslimat juga mukminin dan mukminat, terutama untuk kesejahteraan pada hari kebangkitan kelak. Setelah selesai melafaz doa dalam tasyahhud akhir hendaklah seseorang itu mengucap salam. Adapun ucapan salam itu hendaklah diqashadkan (ditujukan niat), ke atas semua malaikat dan sekalian manusia yang berada di masjid atau mushalla. Sesetengah ulama berpendapat bahawa ucapan salam tidak terhad kepada yang hadir semata, bahkan seluruh manusia Muslimin di seluruh penjuru alam serta para malaikat bertugas melaksana perintah Allah SWT. Tetapi tidak hanya Muslimin di sebelah kanan dan kirinya menerima salam tersebut, namun hanya kepada mereka yang layak iaitu ingat terhadap Allah SWT. Adapun Muslimin yang ‘ashi (ahli maksiat) dan fasik tidak dapat menerima salam tersebut, kerana mereka tidak memiliki syarat kelayakkan. Sesudah memberi salam ke kanan (wajib) dan ke kiri (sunat) hendaklah seseorang itu merasakan bahawa solatnya telah berakhir dengan salam tersebut. Dengan demikian seseorang itu merasa bahawa telah selesai melaksanakan kewajipan terhadap Allah SWT. Kepada orang yang merasa lazat dengan ibadah solat akan merasa rungsing, kerana kelazatan munajat kepada Allah SWT sudah berakhir. Sewajarnya rindu untuk menemui waktu solat akan menjelang, yang belum pasti dirinya berpeluang menemuinya, kerana usia sang hamba dalam

Sesetengah ulama berpendapat bahawa ucapan salam tidak terhad kepada yang hadir semata, bahkan seluruh manusia Muslimin di seluruh penjuru alam serta para malaikat bertugas melaksana perintah Allah SWT.

genggaman-Nya. Ketika memberi salam mengakhiri solat hendaklah benar-benar merasa bersyukur kepada Allah SWT, kerana Dia yang telah mengurniakan taufik (bantuan) sehingga dapat menyempurna ketaatan dengan mendirikan solat hingga selesai. Setelah itu hendaklah merasa gusar dan berdebar di hati, bimbang serta malu kerana kemungkinan ada kecacatan dalam solatnya. Merasa gerun dan gentar kalau solatnya tidak dimakbul dan bimbang akan dimurkai oleh Allah SWT. Lantaran melakukan dosa yang zahir atau batin, hingga setiap solatnya Tuhan lemparkan semula ke muka yang empunya solat. Penolakkan semestinya mempunyai sebab tertentu. Tidak termakbul di sisi Allah SWT solat seseorang adalah kerana dosa. Sedangkan dosa hamba itu ada dua jenis iaitu dosa yang zahir dan batin. Dosa zahir seperti air wuduknya tidak sempurna, air wuduk tidak rata kepada anggota wuduk, lantaran sesuatu sebab yang menghalang. Dosa batin pula iaitu mengenai makan minum atau pakaian yang dipakai ketika solat, hasil daripada wang yang tidak baik (haram) atau sebagainya seperti duit hasil tipu atau rasuah dan riba. Andainya makanan dan pakaian serta tempat solat hasil dari duit yang tidak baik (haram), nyatalah dengan keadaan demikian solatnya tidak dimakbul oleh Allah SWT. Ini kerana Allah SWT itu ialah Zat yang Maha Cantik “Innallaha Jamilun wa yuhibbul jamal” (sesungguhnya Allah SWT itu Maha Cantik, hanya menerima amal yang cantik sahaja). Apabila dosa terlibat dengan solat, maka solat yang dilakukan dengan baik sekalipun akan menjadi amat hodoh di sisi Allah SWT. Meskipun dalam keadaan demikian orang yang solat itu sentiasa menaruh harapan, yang solatnya akan dimakbul Allah SWT. Sedangkan mereka sedar kehidupannya bergelumang dengan maksiat dan dosa. Oleh yang demikian telah jelas solatnya ditolak oleh Allah SWT, malah dilempar semula ke muka orang yang empunya solat itu.

Judul Penulis Terbitan Harga Pengulas

: : : : :

Ustaz Azhar Idrus – Daie Sejuta Umat Riduan Mohamad Nor / 0193728844 Jundi Resources / Cetakan Februari 2012 RM18.00 SM / RM20.00 S/S (212 muka surat) Zainudin Hashim

SESUNGGUHNYA keberkesanan sesuatu penyampaian kuliah/ceramah agama bergantung kepada sejauh mana pendakwah atau ustaz itu memberi pendekatan mudah untuk difahami oleh golongan sasaran (mad’u), semakin mudah isi yang disampaikan semakin ramai yang akan menerima dengan baik. Fenomena Ustaz Azhar tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak sekalipun melibatkan golongan mat rempit, artis, karyawan malah golongan para asatizah (ustaz-ustaz), mereka begitu teruja dengan setiap penyampaian yang disampaikannya. Jadi tidak hairan apabila setiap pengajian yang dianjurkannya, pasti mendapat sambutan di luar kotak pemikiran umum. Ini kerana, apa yang disampaikannya mengandungi ayat-ayat tarbiyah, peringatan, pesanan para ulama dan motivasi yang seolaholah mampu melakukan teknik sihir kepada golongan pendengar, tanpa mengira siapa pun mereka. Sehingga ia memberi kesan positif termasuk artis-artis wanita yang tidak bertudung turut teruja untuk hadir dengan mengenakan pakaian menutup aurat dengan sempurna, ia boleh dikatakan bahawa aura Ustaz Azhar mampu dengan izin Allah merubah dan merungkai persoalan umat.

Mencari cinta mencintai Allah Judul Penulis Terbitan Harga

: : : :

Inspirasi Cinta Terhebat Burhan Sodiq Kemilau Publika, Sept 2011 RM39.00 / RM42.00 (770 muka surat)

FITRAH manusia perlukan pasangan dalam hidup. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Dalam diam-diam bertanya di dalam hati, “Manakah jodoh yang dijanjikan Allah kepada saya. Kenapa tidak datang-datang juga?” Begitulah perasaan seseorang yang menanti jodohnya datang, namun yang dinanti tidak kunjung tiba. Tatkala cinta hadir menyapa, dunia yang sunyi menjadi ceria. Jiwa yang kosong bertukar gembira. Getaran rasa membuak bahagia. Semua yang dilihat indah belaka. Sebaliknya bagi yang belum terlanjur bercinta, usah gundah gulana. Hiduplah sebagai orang yang bijak, baik dan sabar. Tidak perlu menikmati cinta sebelum waktunya kerana yakinlah, Allah sudah menyiapkan calon belahan jiwa yang terbaik buat kita. Namun, kala harus memilih, manakah satu menjadi pilihan antara setiap saat yang mengundang dosa atau setiap hari membuah pahala? Tika itu, bangunlah bermunajat, memohon petunjuk usai Istikharah dan Hajat. Moga cinta yang didamba terarah menuju reda-Nya. Jika sudah memiliki cinta kerana Allah, banyakkan syukur dan mohonlah moga istiqamah. Jika belum menggapainya, berusahalah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariat-Nya. Salurkan cinta teragung hanya kepada Allah, pasti cinta kita akan dibalas. Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti. Titipkanlah sejuta cinta buat ayahanda dan bonda, moga restu mereka milik kita kerana di situ letaknya syurga untuk kita.

Tetap indah untuk dinikmati Judul Penulis Penerbit Harga Pengulas

: : : : :

Puisi-Puisi Rendra WS Rendra Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996 RM12 (172 halaman) Umar Mukhtar

DI antara penyair Indonesia, nama Rendra (memeluk Islam pada 1970 dengan nama Wahyu Sulaiman Rendra) mungkin yang paling dikenali di Malaysia. Rendra, yang lahir pada 1935 dan meninggal dunia pada 2009 lebih diingati dengan penampilannya (termasuk melalui teater) di hadapan khalayak yang cukup memikat. Menurut Usman Awang, dalam prakata buku ini, Rendra menuangkan sejarah masa lalu ke dalam acuan masa kini dalam bentuk ekspresi yang cukup mengesankan. Masalah sosial kerap dipilih sebagai tema puisinya, malah beliau dianggap jurubicara nurani bangsanya. Pernah meringkuk di penjara dari Mei 1978 hingga Oktober 1979 dan tidak diizin mengadakan pementasan enam tahun selepas itu. Buku ini merupakan koleksi 45 puisinya, yang masih indah untuk dinikmati, antaranya “Sajak Pertemuan Mahasiswa” dan ‘Orang-Orang Miskin”. Saya terkesan dengan bait-bait puisinya tentang mahasiswa: Orang berkata: “Kami ada maksud baik.” Dan kita bertanya: “Maksud baik untuk siapa?”


F10

FOKUS

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 5– –297 APRIL JAMADILAKHIR 2012 Harakah 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

SURAT mestilah mempunyai nama penuh, alamat, nombor telefon pengirim. Ia mestilah ditandatangani. Nama samaran boleh digunakan. Surat hendaklah padat dan ringkas. Editor berhak menyunting untuk tujuan kejelasan, kesesuaian dan keperluan lain. Hantarkan ke SURAT PEMBACA HARAKAH, No. 5, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre 53000 Kuala Lumpur. Faks: 03-40212029 e-mel: suratpembaca@harakah. net.my

RESPONS

Masyarakat peribumi Sarawak dipermainkan D

I SARAWAK, Dayak merupakan kumpulan puak yang dominan yang tinggal di rumah panjang. Terdapat dua kumpulan utama iaitu Iban (Dayak Laut) dan Bidayuh (Dayak Darat). Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Rumah panjang merupakan tempat tinggal atau pusat kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Terdapat lebih 4,500 rumah panjang di Sarawak. Rumah panjang ini yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit atau di pinggiran sungai. Ruang bawah rumah panjang ini biasanya digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam, babi dan lain-lain ternakan tetapi rumah panjang yang agak moden mirip kepada rumah teres di mana ternakan mereka diasingkan daripada rumah panjang tersebut. Walaupun pihak pemerintah cuba memberi gambaran yang rumah panjang sekarang ini sudah tidak seperti zaman dulu tetapi masalah utamanya yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang di pedalaman Sarawak adalah infrastruktur dan juga jalan masuk ke rumah panjang yang agak sukar dan teruk sehingga kini. Memang terdapat juga jalan raya ke rumah panjang agak baik tetapi kebanyakan rumah panjang tersebut, berada di pinggir bandar atau di tepi jalan lebuh raya. Rumah panjang yang berada di pedalaman Sarawak memang masih banyak lagi ketinggalan dari segi kemudahan asas, infrastruktur dan jalan raya yang baik. Bukan saja masalah jalanraya, tetapi sekarang ini isu utama mereka ialah kebanyakan tanah tempat tinggal mereka di

bermaklumat tersebut dengan mereka ke arah yang lebih baik pilihan raya dan selepas itu rumah panjang ini masih lagi di ancaman tiada pembangunan di tanpa perlu terus bergantung mereka terpaksa menunggu lagi? atas tanah kerajaan walaupun tempat mereka. dengan pemerintah yang ada Kalau pihak pemerintah ada usaha pihak kerajaan hendak Lihatlah negara yang sudah sekarang sebab mereka yang perihatin dengan masalah memberi status tanah Hak Adat maju, pembangunan bukan isu memerintah sekarang hanya rakyat di luar bandar sepatutnya Orang Asal atau NCR (native utama yang dibincangkan dalam mengambil kesempatan atas perkara utama yang perlu diberi customary right) land title. pemilihan pimpinan negara tetapi kelemahan dan kedaifan rakyat perhatian adalah kemudahan Isu tanah orang asal yang pemimpin yang berakhlak baik tempatan yang masih taat asas, insfrastuktur dan jalan diceroboh oleh syarikat-syarikat dan mempunyai integriti yang dan patuh pada mereka yang perhubungan yang baik agar pembalakan, peladangan dan akan dinilai oleh rakyat untuk mempunyai kepentingan. penduduk di luar bandar dapat sebagainya menyebabkan tanah menjadi pemerintah. Sekiranya Mereka seolah-olah sengaja meningkatkan ekonomi mereka orang asal di Sarawak semakin pemimpin tersebut melakukan membiarkan masyarakat di dengan menjual hasil tanaman terhakis, walaupun ini cuba rasuah dan penyelewengan, pendalaman terus ketinggalan serta produk mereka ke bandardinafikan oleh pihak pemerintah rakyat akan menumbangkan daripada arus pembangunan bandar yang berdekatan. yang kononnya tanah tersebut sebab mereka tidak mahu dengan mereka atau mereka sendiri akan Sepatutnya pihak pemerintah digunakan untuk pembangunan meletak jawatan. luar bandar tetapi hakikatnya Kalau pihak pemerintah masih ramai lagi penduduk di dapat melaksanakan tugas luar bandar hidup dalam taraf dan memberi perkhidmatan kemiskinan. yang terbaik untuk rakyat Adakah pihak pemerintah benar-benar perihatin dengan maka tiada sebab untuk rakyat penduduk asal di pedalaman menukar kerajaan yang ada atau hanya mementingkan sekarang. Oleh sebab rakyat kroni-kroni yang banyak menghadapi tekanan hidup mengaut keuntungan hasil yang semakin mendesak daripada pembalakan, dan juga taraf kehidupan peladangan dan sebagainya? yang sukar disebabkan Adakah peruntukan yang pembangunan yang tidak berbilion-bilion ringgit yang seimbang maka di situlah sering kita dengar untuk punca rakyat keluar membuat kemudahan asas di luar bandar bantahan. benar-benar memberi manfaat Maka rakyatlah yang kepada rakyat atau kroni-kroni berhak untuk mengekal pihak pemerintah saja? atau menukar mana-mana Perkara inilah yang sering pemerintah yang difikir Negeri Sarawak mempunyai khazanah kekayaan yang cukup besar dan bernilai tinggi, sesuai dengan aspirasi rakyat menjadi persoalan rakyat tapi ia dimonopoli sepenuhnya oleh Taib Mahmud dan suku-sakatnya. kerana mereka tidak melihat dalam pilihan raya umum sebarang perubahan yang akan datang. Jangan sekat memberi kemudahan asas dan memberi tumpuan dengan drastik setelah berpuluh-puluh hak dan tanggungjawab rakyat jalanraya yang baik kepada menangani masalah tersebut tahun pihak pemerintah berjanji untuk memilih kerajaan yang masyarakat luar bandar dan bukannya menyalahkan pihak untuk meningkat taraf hidup di baru mengikut kehendak masingpendalaman kerana ini akan pembangkang atau Pakatan luar bandar. Memang kita tidak masing. menyukarkan hasrat mereka kerana semua masalah yang nafikan ada sedikit perubahan Jangan ingat kerajaan yang yang mempunyai kepentingan dikemukakan oleh pihak tetapi hanya ditempat-tempat ada sekarang boleh kekal untuk menguasai tanah dan pembangkan adalah masalah tertentu saja, sedangkan masih selamanya kerana semakin rakyat yang perlu diberi perhatian ekonomi di kawasan luar bandar banyak lagi kawasan di luar sehari manusia boleh berfikir yang banyak mendatangkan hasil yang terbaik untuk mereka dan oleh pihak pemerintah sekarang. bandar dan pedalaman Sarawak dan keuntungan kepada mereka Mengapa pihak pemerintah yang memerlukan peruntukan generasi akan datang. Setiap yang mempunyai kepentingan. perlu takut dengan Pakatan tersebut agar dapat dilaksanakan yang bermula akan berakhir dan Apabila masyarakat luar Rakyat sekiranya mereka sudah bukan dengan janji yang sama tiada satu pun kerajaan dalam bandar sudah maju dan tahu melaksanakan tugas mereka setiap kali ada pilihan raya. dunia ini akan kekal selamanya menilai baik buruknya sesuatu dengan jujur, amanah dan telus Berapa lama rakyat harus kecuali kerajaan Allah, Tuhan pemerintahan, maka ini sudah kepada rakyat. menunggu peruntukan tersebut Pencipta Alam. tentu menyukarkan mereka yang Sekarang tiba masanya untuk dapat dilaksanakan di kawasan menyalahguna kuasa mengugut masyarakat peribumi Sarawak mereka, adakah mereka hanya JOFRI JARAIEE masyarakat yang terpelajar dan bersedia untuk berubah nasib mendapat sedikit habuan waktu PAS Sarawak

Anjurkan solat hajat sempena Bersih 3.0 SELAIN perhimpunan Bersih 3.0 yang dianjurkan seluruh negara demi menuntut sebuah kerajaan yang adil dan bersih dalam apa jua termasuk pilihan raya (PRU13) ini, di sini saya ingin mencadangkan kepada Pakatan Rakyat terutama

kepada parti PAS supaya turut menganjurkan juga perhimpunan solat hajat besar-besaran serentak di seluruh negara. Tidak salah saya rasa kalau ia turut diadakan selain daripada duduk dan bantah,

kita juga kena sertakan sekali solat hajat memohon kepada Allah agar Allah mempermudahkan perjuangan kita semua dan ditunaikan apa yang kita hajatkan. Saya juga mencadangkan supaya

majlis solat hajat itu diadakan pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih itu nanti. Dengan melakukan solat hajat kita juga dapat memohon kepada Allah supaya orang yang masih dalam kegelapan

terbuka hati serta sedar segala kemungkaran yang berlaku kini dan bangun menentang segala kemungkaran ini. RAZILAN Sungai Buloh, Selangor.


Harakah 5 - 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 - 29 APRIL 2012

ILMU

F11


F12

FOKUS

Harakah 5 – 7 JAMADILAKH

1,000 peneroka beraz muslihat penyenarai Oleh AZIZ MUDA Foto NASIR SUDIN

K Konvensyen sehari suntuk itu dirasmikan oleh Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Tan Sri Kadir bersalaman dengan para peserta Konvensyen Halatuju Felda di Dewan Serbaguna, Unisel di Shah Alam 22 April lalu.

Sasterawan Negara, Pak Samad Said memeriahkan majlis penutupan dengan bacaan puisi sambil menyarankan himpunan Bersih 4.0 di kampung-kampung.

Lebih 1,000 peserta tekun mendengar huraian dan pandangan ahli panel tentang isu peneroka.

IRA-KIRA 1,000 peneroka Felda dari seluruh negara bangun secara serentak, bagi menyatakan penentangan keras mereka terhadap usaha penyenaraian Felda Global Vantures Holding (FGVH) ke Bursa Saham Malaysia, pada Konvensyen Halatuju Felda yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor (Unisel) di Shah Alam 22 April lalu. Mereka berbuat demikian ketika Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang sedang berucap menyempurnakan majlis penutupan konvensyen itu meminta para peserta yang menentang usaha itu bangun, manakala mereka yang bersetuju pula duduk, bagi membolehkan pihak penganjur membuat rumusan terhadap reaksi para peneroka berhubung usaha penyenaraian tersebut. Sebelum itu, 11 orang peneroka yang mewakili para peneroka lain, dalam ruang waktu yang amat terbatas, sempat bangun untuk mengemukakan beberapa pertanyaan kepada ahli-ahli panel menerusi slot khas yang disusun oleh pihak penganjur secara spontan. Menerusi slot tersebut, mereka bagaimanapun turut mengambil kesempatan mengetengahkan suara hati mereka sendiri yang menentang keras usaha penyenaraian itu, di samping berjanji untuk bersama-sama menyebarkan muslihat dan rahsia sebenar mengenainya kepada para peneroka lain di seluruh negara. Antara para peneroka terbabit termasuklah seorang peserta wanita, Norasikin, dari Felda Cahaya Baru, Johor; Ismail Mat Yusof dari Felda Kemahang 1, Kelantan; Maliki Abdul Hamid dari Felda Wilayah 1, Sabah; Saad Jamaluddin dari Felda Bera, Pahang; Razali dari Felda Jengka 6, Pahang; Tukiran dari Felda Pasoh, Negeri Sembilan dan Shabaruddin Mohd Yaasin dari Felda Sendayong, Negeri Sembilan. Arif Sabri Ketika mengemukakan pertanyaan, mereka turut menyuarakan kekesalan mereka yang teramat sangat dengan langkah yang dilakukan oleh Isa dan para pemimpin Umno berhubung usaha penyenaraian itu, di samping ketidakyakinan mereka lagi terhadap Umno-BN untuk membantu serta memajukan Felda dan para peneroka.

Sebaliknya, mereka lebih yakin dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka dan bersama-sama berazam untuk membantu PAS dan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya pada PRU13 akan datang, bagi mengubah landskap politik tanah air dan dasar-dasar Felda ke arah yang lebih baik seperti yang diingini oleh para peneroka sendiri di seluruh negara. Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan dalam ucapannya antara lain menegaskan, usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Saham Malaysia ternyata amat merugikan Felda dan para peneroka kerana Husam Musa ia akan menghakiskan tanah-tanah Felda yang dimiliki oleh para peneroka itu sendiri. Bertentangan Katanya, usaha penyenaraian itu ternyata bertentangan dengan undang-undang, tetapi berdasarkan perkembangan terkini, langkah berkenaan tetap akan dilaksanakan juga oleh Isa dan para pemimpin Umno sekitar Jun ini, walaupun ditentang oleh para peneroka yang sudah memiliki geran tanah atau tidak. “Sekarang seramai lebih 75,000 peneroka di seluruh negara belum lagi diberikan geran. Apabila tanah-tanah mereka dipajak nanti, ia tak akan memberikan apa-apa kepada para peneroka. “Sebaliknya, durian runtuh yang dijanjikan itu jika diterima oleh para peneroka bermakna akan berakhirlah zaman kegemilangan Felda dan para peneroka,” tegasnya. Usaha tersebut, tambah beliau, hanya boleh dihalang menerusi undang-undang, dengan syarat rakyat negara ini menukarkan Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat, sejajar dengan kedudukan tanah yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri seperti yang berlaku di Kelantan sekarang yang jelas telah menyelamatkan para peneroka di negeri itu, berbanding para peneroka di negeri-negeri lain khususnya yang berada di bawah BN. Husam menegaskan, kesungguhan para pemimpin Umno untuk melaksanakan penyenaraian itu pada bulan Jun ini disebabkan parti tersebut amat memerlukan wang untuk menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bulan itu atau paling lewat September ini.

Tetapi tindakan mereka itu ternyata amat dayus kerana sanggup menggadaikan harta orang Melayu bagi kepentingan politik beberapa orang pemimpin Umno. Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Presiden Persatuan anakAnak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, dengan membabitkan 10 orang ahli panel dan dirasmikan oleh bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Dua kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu – kertas kerja pertama dibentangkan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub bertajuk “Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGVHB), Untung dan Rugi Penyenaraian”, manakala kertas kerja kedua oleh Dr Kamari Kasan “Masa Depan dan Halatuju Felda.” Ahli-ahli panel lain pula termasuklah Mazlan Aliman; Mohd Azmi Abdul Hamid; bekas Adun Pulau Manis, Dato’ Ariff Sabri Abdul Aziz; bekas Ahli Lembaga Pengarah KPF, Dato’ Zainal Hassan; Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kakitangan Shell, Hairul Nizam; bekas Naib Presiden Felcra Berhad, Dato’ Ramli Buyung dan CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Pengarah Strategik Keadilan, Rafizi Ramli. Ketika membentangkan kertas kerjanya, Dr Rosli berkata, sehingga kini, Felda telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Manakala seramai 112, 635 orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan tidak bertanah. Menurutnya, penganalisis melihat usaha penyenaraian itu akan mendatangkan kerugian besar kepada warga Felda dan generasi masa depan Felda kerana selepas penyenaraian, Felda tidak lagi memiliki apa-apa di dalam FGVHB. Sebaliknya ia melupuskan segala perniagaannya kepada FGVHB dan mendapat “one-off payment berjumlah RM10 bilion. Menurut beliau, selepas penyenaraian, sumber pendapatan Felda sudah terputus. Tunai yang dijana dari penyenarai hanya mampu menampung perbelanjaan tahunan selama lima tahun. Itu


FOKUS

HIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F13

zam dedah ian FGVH

Tamrin Ghafar memperkatakan sesuatu kepada Mazlan sambil diperhati Tan Sri Kadir. Dr Kamari Kasan membicarakan kertas kerja bertajuk “Masa Depan dan Halatuju Felda.”

yang akan datang apabila satu bangsa yang tidak pernah ada belas kasihan, yang ketamakan dan kerakusannya tiada tolok bandingan dan matlamatnya tidak lain untuk “menguasai dan memonopoli” sudah berada di ambang pintu? “Mahukah dan bersediakah peneroka Felda untuk berkongsi tanah dan kilang-kilang minyak sawit yang mereka miliki dengan Yahudi?” tegas Dr Rosli. Agenda sebenar Felda

Dr Rosli sewaktu membentangkan kertas kerja “Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGVHB), Untung dan Rugi Penyenaraian.”

pun jika ia tidak digunakan untuk maksud-maksud lain. Katanya, meskipun diandaikan kesemua RM10 bilion itu dilaburkan dalam pelaburan menjana pendapatan, paling optimistik, ia boleh menjana RM1.5 bilion setahun (15 peratus) dan ini bermakna, Felda masih akan mengalami defisit sebanyak RM500 juta setahun berbanding lebihan RM500 juta setahun sebelum penyenaraian. “Dengan kehilangan sumber tetap pendapatan, Felda badan berkanun tidak ada jalan lain kecuali mengecilkan saiznya dan mengehadkan aktivitinya. “Yang pasti akan terkorban ialah program-program di bawah tanggungjawab sosial korporat. Ini akan menjejaskan kualiti dan taraf hidup peneroka keseluruhannya,” tegas beliau. Selain itu, beliau menegaskan, oleh kerana FGVHB telah pun

memulakan usaha sama di Amerika Utara, yang akan menjadi “rakan kongsi strategik” bagi FGVHB apabila ia disenaraikan di Bursa Malaysia nanti adalah Syarikat Bunge Limited yang bakal diberi milikan saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB. “Usahasama di antara FGVHB dan Bunge Limited di Amerika Utara telah dimetrai dalam bulan Disember 2011. Burge Limited adalah sebuah syarikat milik orang Yahudi yang di mana sahaja ia beroperasi dan menjalankan perniagaan matlamatnya ialah “ia mahu menguasai dan memonopoli”. Dari segi sejarahnya, Burge Limited bermula di Amsterdem pada tahun 1750 dan diasaskan oleh keluarga Bunge. “Akan beruntungkah penerokapeneroka Felda dan akan selamatkah anak-anak peneroka Felda dan generasi mereka

Manakala Dr Kamari pula menekankan, kejayaan Felda dirayakan secara politik sehingga melupakan agenda sebenar Felda, bukan setakat untuk generasai Felda malah untuk keturunan dan rangkaiannya bagi kebaikan seluruh rakyat. Rafizi Ramli Katanya, orang politik yang menjaga Felda dilihat pada kebiasaannya akan bekerja mempertahankan Felda untuk menyelamatkan kerjaya politiknya dan bukannya untuk mengembalikan Felda kepada landasan pembasmian kemiskinan. “Mereka dilihat kerap melupakan isi kemiskinan lantaran kenyataan angka kini didapati peneroka sudah dikatakan bebas dari kemiskinan itu, namun bancian khusus masih belum dilakukan secara merata dan menyeluruh,” katanya. Sementara itu, Rafizi Ramli pula berkata, negara ini mempunyai potensi untuk melahirkan ramai orang kaya baru dari generasi Felda jika Felda diarahkan kepada

halatuju yang betul, seperti yang ingin dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika memerintah negara ini pada PRU13 akan datang. Dengan 10 ekar tanah yang dimiliki oleh setiap peneroka, tegasnya, pelbagai usaha boleh dilakukan di atas tanah itu bagi melipatgandakan pendapatan peneroka, dengan syarat latihan kepada anak-anak peneroka ke arah itu diberikan dan langkah peningkatan terhadap sumber manusia dari kalangan anak-anak peneroka diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan. “Itulah sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan seperti yang dinyatakan dalam Buku Jingga. Malah jika Pakatan rakyat memerintah, kita mencadangkan dalam masa dua tahun sahaja, setiap peneroka akan mendapat hasil sebanyak RM10,000 sebulan, dengan dimanfaatkan 10 ekar tanah yang mereka miliki itu dengan pelbagai usaha untuk pulangan ekonomi mereka,” tegas beliau. Konvensyen yang bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang itu meluluskan 5 resolusi dengan resolusi pertamanya menyaksikan para peserta konvensyen sebulat suara menentang penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Saham Malaysia. Kedua, menggesa kajian semula dilakukan terhadap peranan pengendalian kebun-kebun peneroka dan mengkaji kebunkebun peneroka diambil balik oleh Koperasi, memandangkan hutang peneroka sekarang ada yang mencecah RM157,000 seorang. Ketiga, bersetuju tanah Felda

Plantation berjumlah 360,000 hektar diagihkan kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan polisinya mestilah diserahkan kepada kerajaan jika Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang, bagi menangani isu perumahan di kalangan generasi kedua Felda. Keempat, Felda perlu mempunyai universitinya sendiri bagi kepentingan pendidikan anakanak peneroka, memandangkan Felda sejak sekian lama telah membelanjakan wang sejumlah RM200,000 setahun kepada Universiti Lim Kok Wing kerana menghantar anak-anak peneroka melanjutkan pengajian di universiti itu. Dengan pembinaan universiti Felda sendiri, Felda akan berjaya melahirkan ribuan intelek dari kalangan anak-anak peneroka dan dalam masa yang sama turut mendatangkan keuntungan sekitar RM500 juta setahun kepada Felda. Kelima, menggesa kerajaan menyelesaikan segala masalah yang dialami oleh para peneroka dengan baik yang melibatkan masalah berkaitan tanam semula, perahan gred, penyelarasan kebun yang tidak sempurna, perahan duit tanam semula dan masalah perumahan di kalangan generasi kedua Felda sebelum PRU13 akan datang. Resolusi tersebut dibacakan oleh Mazlan Aliman. Sebelum itu, para peserta konvensyen turut dihidangkan dengan pembacaan sajak oleh Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said dengan sajaknya yang berjudul “Melelong Rimba.” Sebelum itu, penyajak Amni Jagat turut tampil ke pentas untuk mendeklamasikan sajak ciptaannya yang berjudul “Sejarah Baru 5 Mei.”


F14

FOKUS GLOBAL

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Ikhwan hadapi laluan sukar S

EMASA berada di Mesir, pada 13 April lalu, saya sempat mengikuti majlis penerangan isu semasa politik negara itu di Madinah Nasr yang disampaikan oleh Fahmi Redha yang merupakan Ahli Dewan Senat merangkap Ketua Lajnah Hubungan Antarabangsa Senat Mesir. Dengan redanya revolusi yang menumbangkan rejim Hosni Mubarak tahun lalu, Ikhwan telah melakukan beberapa siri perundingan dengan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) kerana menyedari sebarang perubahan tidak mungkin dapat mengetepikan kuasa tentera dengan mudah. Kerana itu juga Ikhwan berulang kali mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya presiden bagi mengelakkan tekanan pihak SCAF dan pertembungan dengan aliran politik yang lain. Pergerakan al-Ikhwan alMuslimin terpaksa membuat keputusan drastik meletakkan calonnya untuk bertanding jawatan Presiden Mesir kerana menurutnya Ikhwan telah dikhianati oleh SCAF. Pihak tentera sepatutnya memastikan tiada sebarang usaha mengembalikan para pemimpin rejim yang lalu ke kerusi kekuasaan. Menurutnya, SCAF tidak senang dengan keputusan pilihan raya Parlimen yang dikuasai oleh golongan berhaluan Islam yang didahului oleh Ikhwan melalui parti FJP (menguasai lebih 230 kerusi), lalu pihak tentera telah membincangkan untuk menubuhkan kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan pilihan

imran.almalizi79@yahoo.com

DUNIAKU DUNIAMU IMRAN AL-MALIZI

tentera yang kini diketuai oleh Dr Kamal Ganzuri (bekas PM pada zaman Mubarak). Usaha untuk menubuhkan kerajaan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang mendesak ekoran terlalu banyak kegagalan dan krisis yang melanda Mesir pada ketika ini antaranya krisis petrol, diesel, kenaikan harga barang dan gas yang terlalu mahal. Pihak tentera telah melakukan sabotaj kepada pentadbiran anggota Parlimen yang diterajui FJP dan Parti Nur yang berhaluan Islam dengan krisis bahan bakar yang sedang melanda Mesir sekarang ini bagi menggambarkan kelemahan pemerintah yang dipilih oleh rakyat. Sedangkan syarikat-syarikat minyak dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera. Akhirnya terbongkar penemuan petrol dan diesel yang dibuang di padang pasir. Sebuah kilang petroleum di wilayah Suez, Syarikat An-Nasr pula dilaporkan terbakar secara tiba-tiba.Kegagalan pentadbiran Ganzuri telah dibincangkan dalam Parlimen suatu usul tidak percaya dilakukan terhadap pentadbiran Ganzuri yang didalangi pihak SCAF. Walaupun Ikhwan berhak untuk membentuk kerajaan baru, perkara itu tidak direstui oleh pihak tentera sebagai kuasa pengganti Presiden Mesir pada

waktu ini. SCAF tercabar dengan tindakan Ikhwan melalui usul dalam Parlimen itu, tentera mengugut untuk membubarkan Parlimen. Bukan sekadar itu, SCAF mengancam untuk mengulangi sejarah hitam 1954 ketika golongan Ikhwan yang bersama-sama mencetuskan revolusi pada waktu itu telah dikhianati pihak tentera yang menyebabkan Ikhwan pada masa itu ditekan hebat oleh rejim Jeneral Jamal Abdul Nasser. Dengan itu, Ikhwan juga membatalkan persefahaman tidak rasmi dengan pihak tentera agar gerakan Islam itu tidak menyertai pilihan raya Presiden. Majlis Syura pergerakan itu terpaksa mengkaji semula keputusan mereka sebelum ini. Ini memandangkan pada saat akhir, bekas Naib Presiden, Omar Suleiman turut dibenarkan bertanding jawatan tertinggi republik itu. Hal itu merupakan ancaman besar yang bakal mengembalikan Mesir ke era gelap. Pada 31 Mac lalu, Majlis Syura Maktab al-Irsyad melalui Dr Muhammad Badi’ selaku Mursyid al-Am telah mengumumkan Ikhwan akan bertanding pilihan raya Presiden dengan mengemukakan Timbalan Mursyid al-Am, Ir Khairat al-Syatir sebagai calonnya. Gerakan Islam itu menerima sokongan dan juga menghadapi kritikan daripada pelbagai pihak dengan keputusan yang dibuat. Fahmi Redha turut menjelaskan situasi politik semasa yang tidak menentukan ketika ini menyebabkan Ikhwan terpaksa mengubah strategi dan ijtihad siasahnya pada bila-bila masa.

Ini kerana terlalu banyak perkara yang sukar dijangka berlaku. Dalam peraturan pilihan raya Presiden Mesir, seseorang calon yang mahu menyerahkan pencalonan perlu memperolehi lebih 30 tandatangan daripada mana-mana ahli Parlimen Mesir atau mendapatkan lebih 30,000 tandatangan pengundi dari 15 wilayah. Calon presiden tidak boleh mempunyai rekod buruk di mahkamah dan mesti berstatus warganegara Mesir di sebelah ibu dan ayahnya. Dua minggu lalu, pencalonan Khairat al-Syatir telah ditolak oleh SPR kerana beliau pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah kerana dituduh terlibat dengan pertubuhan haram (alIkhwan) dan gerakan subversif. Ahli Parlimen Iskandariah (FJP), Subhi Soleh yang merupakan pakar undang-undang telah mengeluarkan kenyataan, FJP akan mengemukakan bantahan terhadap keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden yang menyingkirkan calonnya Ir Khairat al-Syatir. Ini kerana beliau telah pun diberikan pengampunan atas tuduhan palsu tersebut. Lajnah Guaman FJP dan alIkhwan al-Muslimun bermesyuarat tentang kedudukan Khairat al-Syatir bagi memastikan beliau dapat bertanding mengikut lunas undang-undang. Lajnah itu mengumumkan bahawa Khairat al-Syatir akan mengemukakan rayuan pada hari Isnin (16 Apr 2012). Sebagai langkah berwaspada, parti itu telah mengemukakan calon alternatifnya, Dr

Mohammad Mursi (Presiden FJP). Pengumuman hanya akan dibuat selepas proses bantahan menemui kegagalan. Malangnya, SPR yang mengendalikan perjalanan Pilihan Raya Presiden adalah hakim-hakim yang pernah dilantik pada zaman Hosni Mubarak dan mempunyai rekod permusuhan dengan Ikhwan. Lebih menyulitkan apabila pihak tentera meminda undang-undang yang menetapkan keputusan SPR adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Pihak tentera melantik Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Farouq Sultan sebagai Ketua SPR. Beliau telah memutuskan untuk menolak pencalonan Khairat alSyatir. Seramai 13 orang pasukan peguam dan pakar perlembagaan daripada pihak FJP dan Ikhwan berhujah untuk mempertahankan calonnya. Namun segalanya hanya sia-sia. Dengan penyingkiran itu, Dr Muhammad Mursi diumumkan untuk menggantikan calon pilihan raya presiden bagi pihak Ikhwan dan FJP. Antara calon berhaluan Islam yang tersingkir Syeikh Hazim Abu Ismail yang dikatakan ibunya memiliki status kewarganegaraan Amerika Syarikat walaupun mahkamah telah memutuskan ibunya adalah seorang warganegara Republik Mesir. Kesemua perkembangan ini, menunjukkan pilihan raya presiden yang akan diadakan pada bulan hadapan adalah laluan sukar bagi calon-calon berhaluan Islam. Pihak tentera (SCAF) tidak akan berdiam diri.

ingin mencari sekolah di mana diajarkan rasa malu, begitu letih dia mencari ternyata tidak ada sekolah yang mengajarkan rasa malu. Apa yang orang kejar sekarang adalah kehebatan akademik, ketajaman intelektual, tetapi orang semakin terasing dengan adab, akhlak termasuk tidak adanya rasa malu itu. Maka sekarang sudah tidak merasa malu; melakukan rasuah, kezaliman, menindas atau memfitnah, mengaibkan atau memakan harta atau hak orang lain ataupun bangga dengan kemaksiatan yang dilakukan dengan menggunakan pangkat, kuasa dan kekayaan. Malah mahu pula dibayar atau diupah untuk ikut melakukan kezaliman, melakukan fitnah ataupun berada di barisan itu. Bilakah diri kita untuk melihat jauh ke belakang, jika Rasulullah s.a.w. begitu jelas akhlak dan keteladanan baginda, begitu juga hebatnya para khalifah yang meneruskan risalahnya. Bagaimana sahabat Rasulullah, Sayidina Umar bin Khatab menangis

melihat keberanian gabenornya menasihati Umar. Ya Umar! Takutlah kepada Allah dalam memerintah manusia, dan jangan takut kepada manusia dalam menjalankan perintah Allah. Inilah nasihat yang membuat Umar menangis begitu zuhud dan kuatnya akidah gabenornya. Begitu pula As Syahid Imam Hasan Al Banna, kerjanya hanya berdakwah dengan menggerakkan harakah, dan tidak pernah berniat untuk mengharapkan balasan, imbalan atau envelop tebal daripada manusia, maka beliau selalu menolak jawatan dan gaji yang besar, maka yang selalu ditekankan adalah pendidikan roh dan fikrah yang bersih dalam menjalankan ajaran Islam. Inilah akhlak, adab yang kita rinduklan dan sudah hilang di tengah-tengah kita. Maka untuk menghadapi apapun permasaalahan yang diderita dan dihadapi oleh rakyat termasuk gempa ini, kunci penyelesaiannya tidak lain selain kembali kepada Allah Yang Maha Menciptakan alam ini.

Gempa tidak dijadikan iktibar GEMPA bumi pada 11 April lalu, berpusat di Simeulue, Aceh. Apakah kejadian ini dapat dijadikan pengajaran? Saat itu Aceh digoyang dua gempa besar di laut: pertama berkekuatan 8.5 pada skala richter pada jam 3.38 petang dan dua jam kemudian berukuran 8.1 pada skala richter. Memang sejarahnya 30 juta tahun lalu, daratan yang kini bernama India merapat ke lempeng Eurasia. Kedua lempeng itu masih saling menolak sampai kini, mengakibatkan pertemuan keduanya naik menjadi Himalaya dan mewujudkan daratan Nepal semakin pipih, lalu suatu saat nanti akan punah. Sambil maju ke utara lempeng India juga bergerak searah jarum jam. Akibatnya lempeng, Indoaustralia di selatan Sumatera dan Jawa retak-retak. Retakan ini dipanggil sesar – pernah sangat aktif, lalu tidur lama. Gempa hebat 26 Disember 2004 yang memicu tsunami Aceh membangunkan kembali sesar-sesar itu. Gempa dua minggu yang lalu terjadi di salah satu sesar itu. Yang terjadi saat itu adalah gempa yang saling bersahut-sahutan di antara

EMEL DARI SEBERANG AHMAD MUHAJIR

sesar-sesar di Indoaustralia dan Eurasia. Keadaan ini mengkhuatirkan terjadinya gempa besar kerana sesarsesar itu, ancaman ternyata lebih banyak daripada perkiraan. Ini dapat diperhatikan sebelumnya di Simeulue 28 Mac 200 5terjadi gempa berkekuatan 8.7 skala richter. Pada 12 September 2007 di dekat Pulau Pagai Mentawai terjadi gempa dengan kekuatan 8.4 magnitud, 25 Oktober 2010 terjadi tsunami setinggi 1.5 meter di kepulauan Mentawai Sumatera Barat. Ratusan orang mati dan puluhan orang hilang. Inilah yang terjadi dan di antara masa itu, terjadilah gempa di Yogya tahun 2006, gempa hebat melanda Sumatera Barat pada 30 September 2009. Indonesia terus berada di atas cincin api Pasifik, yang ditandai oleh ratusan gunung berapai, yang secara bergiliran akan meletup dari

semasa ke semasa. Ini memang bencana dan fenomena alam, tetapi sebagai orang beragama kita meyakini alam ini ciptaan Allah, dan bagaimana struktur dan sistem alam ini bergerak dan berubah juga kerana ketentuan dan kehendak Allah Yang Maha Kuasa. Maka sebagai orang beragama tidak ada pilihan lain, kecuali perbanyaklah bermuhasabah diri dan beristighfar, banyak-banyak berzikir dan menyebut nama Allah, sambil mensyukuri dan memuji kuasa dan kebesaranNya, sambil individu dan jemaah kita berazam dan mempunyai iltizam untuk melaksanakan Islam semaksimum mungkin. Islam yang kita amalkan bukan hanya sekadar kulit, atau berupa lipstik sahaja, tetapi kita mahukan Islam yang menyeluruh sampai ke akar dan dasarnya yang luas dan mendalam itu. Kita patut menyedari akan kekurangan dan kekeliruan kita selama ini, sebagaimana kata penyair Islam terkenal Indonesia, Dr Taufiq Ismail. Dengan sinikal dia menyebut


KOLUMNIS AGAMA

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F15

Usah gugat ‘mimpi siang hari’ siswa P

ADA awal pagi 20 April lalu, Tan Hong Kai, seorang aktivis Suaram (cawangan Pulau Pinang) telah ditahan oleh pegawai keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM), dan kemudiannya dihantar ke Balai Polis Sungai Nibong. Beliau didapati menampal poster Bersih 3.0 dalam kampus, dan dituduh atas dakwaan menceroboh kawasan universiti. Kejadian sedemikian dianggap tidak masuk akal di negara yang lebih demokratik kerana menara gading sepatutnya tidak berpagar. Konsepnya mudah, tiada alasan untuk mahasiswa yang menuntut menggunakan wang cukai rakyat, mengurung diri dengan pagar dan mengasingkan diri dari masyarakat di sekitarnya. Mahasiswa harus sedar, bahawa mereka dihantar ke universiti bukan sekadar untuk menguasai teori, tetapi melaksanakannya dalam hidup harian. Bagaimanapun, peristiwa yang berlaku sebelum Bersih 3.0 ini mencungkil ingatan saya ketika menuntut di USM dari tahun 2001 hingga 2004. Senior saya, Choo Chon Kai ketika itu pelajar tahun ketiga, disabitkan kesalahan kerana membawa dan menjual lencana “Mansuhkan ISA”. Lencana mahupun poster

SIANG MALAM LIM HONG SIANG

Mansuhkan ISA dan mendesak agar tahanan aktivis reformasi dibebaskan ketika itu dianggap “mengancam ketenteraman dalam kampus”. Chon Kai tidak “bertaubat” ketika itu meskipun berdepan dengan tindakan disiplin. Malah beliau tidak berganjak dari pendiriannya sehingga ke hari ini. Tahun lalu, ketika berkempen untuk perhimpunan Bersih 2.0, Chon Kai menjadi salah seorang daripada enam tahanan di bawah Ordinan Darurat. Beliau dituduh memerangi Yang di-Pertuan Agong dengan baju-T bercetakan wajah Che Guevara. Beberapa bulan kemudian, "Darurat" ditamatkan. ISA, yang dipertahankan dengan seribu satu daya dan dalih, diumumkan untuk “dimansuhkan” secara tiba-tiba. Dalam tempoh kurang dari sedekad, sama ada USM mahupun kerajaan akur bahawa sepanjang ini mereka menegakkan benang yang basah. Terbukti, siswa tidak menguasai “kebenaran” pada waktu

itu, tetapi perjuangannya itu disokong dengan “kebenaran” sehingga ke penghujungnya. Sering kali mahasiswa yang membawa “idealisme” dalam perjuangannya akan disindir sebagai “terlalu naif” untuk bermimpi pada siang hari. Mereka dipersendakan tidak berpijak pada bumi nyata, asyik berkhayal untuk menjangkau impian yang kelihatan sukar untuk dicapai dalam realiti. Maka idealisme dipancung di mana-mana. Paling memilukan, ia berlaku di dalam universiti, oleh profesor yang bermesyuarat berjam-jam untuk berdebat sama ada gelaran Dato’ atau Profesor yang perlu didahulukan. Namun saya menolak persepsi negatif yang cuba disadurkan pada "mimpi siang hari". Tiada apa yang perlu dimegahkan dengan mimpi pada waktu malam. Sesiapa pun boleh mimpi pada waktu malam. Mereka yang membunuh Altantuya semestinya dihantui igauan pada waktu malam. Mereka yang ketagih permata sudah tentunya bermimpi dengan kilauan cincin RM24 juta. Malah terdapat graduan Oxford yang bermimpi sehingga lembu boleh tinggal di kondominium mewah, dan masih nampak tidak sedar-sedar lagi untuk mempertahankan

mimpinya meskipun pada waktu siang. Jadi, apa yang hebat sangat dengan mimpi-mimpi pada waktu malam sedemikian? Sebaliknya, mimpi yang hebat adalah mimpi yang dibuat pada waktu siang, terang-terang di bawah mentari. Padahal, mimpi siang hari sedemikian yang mengubah wajah sejarah tamadun manusia. Bayangkan, apabila Martin Luther King Jr mengungkapkan “I have a dream” di depan 250,000 orang pada 28 Ogos 1963, ia membuka lembaran sejarah baru. Idealisme untuk memperjuangkan "kesamarataan" antara orang kulit putih dengan kulit hitam pada ketika itu dianggap mustahil. Perjuangan itu terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam konteks masyarakat Amerika Syarikat ketika itu. Namun, dalam tempoh kurang daripada 50 tahun, rakyat AS memilih seorang Presiden berkulit hitam. Mimpi pada waktu malam jarang menjadi kenyataan, kerana ia berlaku dalam keadaan tidak sedar, dan orang yang bermimpi gagal melakukan apaapa. Namun, mimpi pada siang hari difikir berulang-kali, dilakar dalam otak, dipertimbangkan, diperdebatkan, diusahakan

untuk dimakbulkan – dan mimpi sedemikianlah yang bakal membawa perubahan besar untuk melakar sejarah baru. Jadi, jangan memperlekehkan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Tiada manusia yang boleh bertahan begitu lama seandainya tidak disokong dengan semangat idealismenya. Dengan segala kuasa yang ada dalam tangan, lembu yang menyingsing lengan dan menyelak kain pun terpaksa berundur akhirnya. Bukankah ia membuatkan kita untuk merenung sejenak, mengapa siswa tanpa senjata dan kuasa ini mampu berkhemah di dalam hujan, di bawah keterikan mentari, meskipun diugut dengan keganasan – dan masih tidak berganjak selangkah? Sesungguhnya dengan kuasa yang ada dalam tangan, pemerintah boleh dengan angkuh menafikan idealisme siswa pada hari ini. Sesungguhnya dengan sifat kesamsengan yang ada, pembuli boleh mengasari kumpulan anak muda ini. Namun demikian, jangan lupa pengajaran bagaimana ISA dimansuhkan akhirnya - anda boleh menang dengan kuasa yang ada buat sementara, tapi siswa akan tersenyum dengan kemenangannya di penghujung.

Mustahil DAP akan ‘kontrol negara’ Oleh SELENA TAY PROPAGANDA Umno bahawa jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), DAP dan orang Cina akan ‘kontrol negara’ adalah palsu sama sekali. Ini kerana walaupun terdapat 222 kerusi Parlimen, DAP hanya bertanding kurang daripada 50 buah kerusi. Andaikanlah DAP bertanding

50 buah kerusi dan menang kesemuanya. Pakatan Rakyat memerlukan 122 buah kerusi untuk menerajui Putrajaya. Jika DAP menang 50 buah kerusi maka PAS dan KeADILan akan menang yang baki 72. Mungkin DAP akan memenangi kerusi yang terbanyak dalam Pakatan ataupun tidak. Namun demikian, jika DAP mempunyai terbanyak

kerusi dalam Pakatan pun, ia akan menyerupai keadaan sekarang di mana DAP memiliki kerusi yang terbanyak di kalangan ketiga-tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tetapi ketua pembangkang ialah Anwar Ibrahim daripada KeADILan dan bukannya Lim Kit Siang daripada DAP. Ini jelas membuktikan bahawa propaganda Umno ialah satu

<< DARI MUKA 8

Tukar atau tikar? KINI, orang BN sedang giat berkempen untuk mendapatkan seberapa ramai orang yang boleh didaftarkan dalam daftar pemilih. Dan kebanyakan nama baru yang didaftarkan oleh orang BN ini ialah pekerja asing ataupun pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan MyKad mi-segera seperti yang telah dibongkar oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Menurut pandangan Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, "orang yang memberikan kerakyatan segera kepada pekerja asing ataupun pendatang asing tanpa izin ialah pengkhianat kepada rakyat dan pengkhianat

kepada negara. “Jika perkara ini berlanjutan maka kualiti sumber manusia negara akan terjejas dan hak Melayu akan terhakis. Oleh itu, adalah wajar untuk Kerajaan BN ditumbangkan sebab ia sedang bertungkus-lumus memberi kerakyatan mi-segera ini dengan sewenang-wenangnya kepada sesiapa saja asalkan orang itu telah berjanji untuk mengundi BN,” tegas Dr Dzulkefly. Di Johor terutamanya di Gelang Patah, banyak rumah dan ruang kedai telah diubah suai untuk menjadi asrama atau hostel kepada pekerja asing. Pekerja-pekerja asing di sini

projek ‘Rancangan Tipu Melayu’ secara besar-besaran. Diharap kaum Melayu tidak akan terpedaya lagi oleh propaganda ini sebab ia jelas menunjukkan bahawa Umno telah gagal matematik ataupun sengaja menyembunyikan fakta. Kaum Melayu yang bijak menggunakan akal harus memberikan undi secara besar-besaran kepada Pakatan

datang dari negara jiran di rantau Asia Tenggara dan ada juga yang datang dari negara Asia Selatan seperti Nepal dan India. Adakah mereka juga diberi kerakyatan mi-segera? Dijangka pertarungan yang amat sengit akan berlaku di kubu kuat Umno di Johor dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Ramai yang berpendapat hanya warga dari benua Afrika sahaja yang tidak diberi kerakyatan mi-segera. Mengapakah rakyat Malaysia sanggup diperbodohkan begini? Dah tiba masanya kerajaan masa kini ditukar, Dah tiba masanya BN gulung tikar. – SELENA TAY

yang berlaku ketika di ambang pilihan raya sekarang ini. Rakyat dilambakkan dengan kemewahan, apa nak bagi, jadi bolehkah kita melahirkan rakyat yang bernilai dan bermutu tinggi melalui cara ‘ad hoc’ ini? Demikian perbandingannya dengan pengundi. ‘Hadiah mewah’ yang BN lambakkan tentulah merenggut perhatian mereka. Tiba-tiba mereka dapati jalan berlubang dibaiki dan ditar, rumah mereka yang buruk berganti baru, mereka mendapat geran tanah, bekalan elektrik dan air disalurkan, tempat perlupusan sampah ditutup manakala pemimpin sanggup berpanas, berhujan, berkain pelekat bersama-sama rakyat menghirup kopi dan ke

Rakyat khususnya PAS supaya parti Islam dan parti Melayu ini akan muncul sebagai parti yang terkuat dalam Pakatan Rakyat. Demi menegakkan Islam, keadilan dan kebenaran, semoga impian PAS dan Pakatan Rakyat untuk menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya akan menjadi kenyataan selepas PRU13 yang akan datang ini. bendang. Taktik ini sudah pasti memenangi hati rakyat. Tetapi apakah ia benar-benar dapat memajukan rakyat – sama ada dari segi pemikiran dan penampilan. Sudah tentu tidak kerana selepas pilihan raya berakhir, rakyat tetap begitu... begitu saja. Yang miskin tetap miskin, tiada siapa peduli akan nasib mereka sehinggalah pilihan raya akan datang. Pemimpin silih berganti tetapi rakyat masih macam itu macam itu juga. Kini selepas lebih lima dekad merdeka, biarlah rakyat diberi kebebasan dalam erti sebenarnya untuk memilih pemimpin dan parti yang benarbenar akan membawa mereka ke jalan selamat dan bahagia bukan saja di dunia tetapi juga di akhirat sana.


F16

NEGERI

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Tibai: Usaha terakhir Ibrahim pikat hati Najib KUALA LUMPUR: Usaha “gilagila” Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dato’ Ibrahim Ali membangkitkan semula isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998 didakwa sebagai strategi beliau meyakinkan Perdana Menteri untuk mendapatkan tempat bertanding dalam PRU13 nanti. Demikian ujar Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohd kepada

Tun Mahathir Mohamad Harakah baru-baru ini. tidak memecatnya serta Dalam satu memberi peluang kedua ucapannya pada kepadanya (Anwar) perasmian pelancaran untuk menjadi Timbalan kelab Tolak Insan Perdana Menteri. Bernama Anwar Mohamad Noor Ibrahim atau Tibai di mendakwa, mereka Kelab Sultan Sulaiman yang menyertai baru-baru ini, Ibrahim Mohamad Noor kumpulan Tibai berkata, pada tahun mempunyai motif yang sama 1998, Anwar ada menelefon dan dengan Ibrahim Ali untuk cuba memintanya datang ke rumah meyakinkan Umno-BN bahawa untuk berjumpa dengannya dan mereka juga adalah penyokong meminta beliau merayu kepada

tegar Umno-BN. Katanya, Ibrahim terpaksa berjuang bermati-matian untuk mendapatkan peluang bertanding atas tiket BN setelah Pakatan Rakyat hilang kepercayaan terhadapnya. Jika Ibrahim tidak bertanding dalam PRU13, masa depan politiknya pasti kelam dan suaranya tidak akan dihiraukan oleh rakyat dan media di negara ini selepas berakhirnya PRU13.

Dayangku Intan mahu rakyat ubah kerajaan BN Oleh KHAIRUNAS MOIN

Dayangku Intan

KUALA LUMPUR: Rakyat harus bangkit menurunkan kerajaan Umno-BN yang ada hari ini bagi digantikan kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih berani memperjuangkan hak rakyat, telus dan bersih berbanding kebobrokan 54 tahun BN mencengkam kuasa. Penyanyi top era 80-an dan 90-an, Dayangku Intan menegaskan, sudah sampai masanya rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah negara setelah melihat dengan jelas kecurangan pemerintahan

Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini. Berkata kepada lebih 1,000 hadirin di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Rabu lalu, Dayangku Intan kesal dengan gelagat para pemimpin Umno yang tidak mempedulikan anak bangsa sebaliknya membiarkan mereka “rosak” dihanyut dengan pelbagai gejala sosial. Terdahulu, kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan menyifatkan pemimpin Umnolah yang sebenarnya penghina RajaRaja Melayu dan ini dibuktikan

dengan pelbagai nista ditulis dalam media cetak, dihambur melalui ucapan mereka ke seluruh negara dalam Krisis Perlembagaan 1988 dan 1993. Beliau menyeru rakyat di negara ini bangkit menolak kerajaan Umno-BN dalam PRU13 akan datang dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah. Zunar yang turut mencuri tumpuan, melukis kartun Rosmah dan Najib dengan penuh sinis sambil bercerita sehingga menggamatkan majlis anjuran PAS Kawasan Batu.

Masyarakat desa wajar sambut Bersih 4.0 KUALA LUMPUR: Masyarakat di desa wajar menyahut saranan daripada Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Dato’ A Samad Said agar turut menganjurkan perhimpunan susulan selepas Bersih 3.0 pada 28 April tidak lama lagi. Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Abdul Wahab berkata, saranan tokoh Sasterawan Negara itu wajar bagi menggambarkan kesepakatan antara rakyat di semua peringkat di kota mahu pun desa. “Jika saranan itu dilaksanakan maka ia satu

ianya berlaku (Bersih mesej jelas bahawa 4.0), ini bermakna kita sebenarnya masyarakat sebulat suara mahukan di desa juga terkesan perubahan kepada dengan apa yang sedang kerajaan yang bersih berlaku,” katanya ketika dan adil,” tegasnya. dihubungi Harakah. Rakyat, ujar Salbiah, Tegas beliau, Bersih perlu bertindak dengan 3.0 bukan hanya berkait lebih bijak dan berani dengan pilihan raya Salbiah Wahab berdasarkan apa yang semata-mata bahkan ia telah dan sedang dilakukan oleh memberi kesan jangka panjang kerajaan Umno-BN selama ini. kepada lanskap politik selepas Beliau berharap masyarakat pilihan raya tersebut diadakan. di desa dapat menunjukkan serta “Ia bertujuan untuk membuka membuktikan jatidiri mereka mata pemimpin Umno-BN di sebagai rakyat yang prihatin dan peringkat nasional, dan apabila

bertanggungjawab kepada apa yang berlaku. “Jangan harapkan orang lain, kita kena ada jati diri dan sensitiviti,” tegasnya lagi. Terdahulu, dalam satu sidang media Bersih baru-baru ini, Pak Samad mencadangkan agar masyarakat desa mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan kerajaan. Beliau berkata, ia sebaikbaiknya diadakan sebelum pilihan raya umum iaitu selepas acara Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April kelak.

Bersih 3.0 beri untung berganda kepada peniaga KUALA LUMPUR: Para peniaga diminta tidak bimbang dengan prestasi perniagaan mereka pada hari Perhimpunan Aman Bersih 3.0 Duduk Bantah 28 April nanti. Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Suhaimi Abdul Aziz berkata, pihaknya memberikan jaminan peniaga tidak perlu gusar dengan momokan media arus

perdana kononnya Bersih 3.0 akan menyebabkan mereka mengalami kerugian. “Kepada para peniaga, jangan bimbang dengan perhimpunan ini akan mendatangkan keuntungan berlipat ganda,” ujarnya kepada Harakah. Tambahnya, para peserta Perhimpunan Bersih 3.0 berdisiplin dan tidak akan

mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana premis awam atau milik persendirian. Mengulas lanjut mengenai persiapan Pemuda PAS menjelang 28 April kelak, pihaknya telah menyediakan kemudahan penginapan kepada para peserta Bersih 3.0. “Kami mengalu-alukan kedatangan para peserta Bersih

3.0 dan telah menyediakan markas, pejabat serta rumah-rumah aktivis bagi memudahkan peserta yang datang dari jauh. “Selain itu, kami juga telah menyediakan sepanduksepanduk di pintu masuk ke kota Kuala Lumpur bagi menyambut kehadiran peserta yang datang dari luar,” katanya lagi.

Mohd Sabu, Kadir beri amanat penting 27 April KUALA LUMPUR: Dijangka lebih 20,000 orang akan membanjiri Markas PAS Pusat Taman Melewar bagi mendengar amanat para pemimpin Pakatan Rakyat menjelang Perhimpunan Aman Bersih 3.0, Sabtu ini. Menurut Setiausaha PAS Batu, Dato’ Ismail Yahya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menyampaikan amanat penting pada malam 27 April ini (Jumaat) jam 9.00 malam, kira-kira 15 jam sebelum Perhimpunan Aman Bersih 3.0 bermula petang esoknya, 28 April di Dataran Merdeka. Katanya, turut memeriahkan majlis bacaan puisi oleh Pak Saleh Bakar, bekas Setiausaha Dewan Negara dan nyanyian hebat lagu Bersih oleh Amin Iskandar. Berceramah malam itu, Pengerusi SAMM, Chegu Bard; AJK Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah dan Ishak Surin serta ramai lagi tetamu-tetamu jemputan yang akan hadir.

Catriona, Kadir dalam Makan Malam Titiwangsa KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Titiwangsa dengan kerjasama Dewan Muslimatnya akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana PRU13 Parlimen Titiwangsa pada 30 April ini di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Shahir Abu Hassan, majlis ini diadakan bagi mengutip dana PRU13 Parlimen Titiwangsa. Katanya, Parlimen Titiwangsa sebahagian daripada percaturan PAS Pusat bagi memenangi 60 buah kerusi Parlimen sasaran seluruh negara. Antara tetamu termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof; timbalannya, Dr Mariah Mahmud dan AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh. Dr Raja Ahmad Al Hiss, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Catriona Ross juga mengesahkan untuk hadir. Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Bagi mereka yang ingin membeli kupon majlis ini, harga serendah RM100 satu kupon dan harga sebuah meja sebanyak RM1,000. Hubungi Ehsan di talian 012-4646292 atau Ustaz Nik, 019-9988997.


SASTERA & BUDAYA AGAMA

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

Sasterawan muda tidak merakyat di lapangan? Oleh H FANSURI

S

EMANGAT peserta Occupy itu memang tidak mudah rebah walau diserang ganas oleh samseng Umno pada awal pagi dinihari tanggal 19 April lalu. Di sana ada pelbagai cerita menarik yang boleh dirakamkan dalam bentuk cerpen dan novel. Tapi, untuk merakam perjuangan rakyat ini dalam bentuk kreatif seperti novel, cerpen pada hari ini masih disangsikan. Sasterawan hari ini, khasnya yang masih muda dan ingin mencipta nama mungkin sulit hendak berkarya untuk memihak kepada Pakatan Rakyat. Sulit ditemukan watak-watak begitu kecuali segelintir cuma. Mereka tidak mungkin menulis mengenai kisah pendidikan percuma dan Occupy kerana khuatirkan nama terjejas dan diri mereka terpalit dengan kegiatan kepembangkangan. Masih banyak anugerah tajaan kerajaan BN yang belum dapat mereka raih. Jika hari ini mereka berkarya memihak Occupy dan cenderung memihak perjuangan rakyat dalam Bersih

3.0, mungkin juri hakim tidak memberi anugerah kepada para sasterawan muda yang memihak berhaluan kiri ini. Dibanding sasterawan dahulu dan sekarang, banyaklah bezanya. Beza paling utama adalah keberanian dan kejujuran ketika berkarya itu. Sasterawan Negara Usman Awang misalnya, berani dan jujur melukis watak-watak politikus Melayu berhaluan kiri yang memperjuang kemerdekaan. Perkara ini bolehlah saudara ikuti dalam novel Tulang-tulang Berserakan, termasuk beberapa cerpen beliau pada zaman-zaman pergolakan itu. Jadi, peluh keringat intelektual sasterawan pada zaman itu banyak tercurah kepada usaha membetulkan keadaan dan menegur kezaliman penjajah. Zaman ini, kezaliman penjajah diteruskan oleh kezaliman penguasa dengan akta-akta penjajah yang masih turut dikekalkan. Namun, yang tidak diteruskan adalah kritikan sasterawan hari ini ke atas kezaliman para penguasa yang mengekalkan

kezaliman akta tersebut. Sasterawan masa dahulu, agaknya sasterawan pun tidak banyak menoleh habuan kebendaan dan tidak diumpan dengan hadiah-hadiah wang tunai. Maka, apabila tiada imbuhan hadiah dan anugerah, maka secara tidak langsung mungkin kurang sasterawan yang bermain selamat, ‘play-safe’. Hari ini sikap ‘play-safe’ adalah perlu. Sikap berhatihati sangat penting demi menjaga nama baik agar tidak tercalar imejnya di depan juri hakim itu nanti. Jika sekali namamu tercalar oleh kegiatan kepembangkangan berhaluan kiri, maka harapan hendak memaku pahatkan nama sebagai penulis ternama akan terus pudar. Nampaknya, pelajaran terawal yang seharusnya ditimba bukanlah sekadar teori-teori penulisan, tapi bergurulah kepada pengalaman hidup tentang erti hidup menjadi pemberani dan penulis yang jujur. Untuk itu, berhentilah berpura-pura tidak mengetahui langsung perjuangan rakyat hari

ini. Sikap ‘play-safe’ kerana bimbang nama terjejas, lalu akan tertutup peluang meraih gelaran, wang, anugerah daripada BN ini, membayangkan seolah-olah kita sudah jadi pengkhianat kepada Tuhan. Hal ini kerana, segala kepandaian menulis itu juga titipan belas ehsan Tuhan juga. Justeru berkaryalah terusmenerus tanpa mempedulikan sama ada anda akan mendapat habuan anugerah, pangkat atau gelar pada kemudian hari Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika Usman Awang, Arenawati, Keris Mas terlalu ‘play-safe’ dan berkarya demi diri mereka sendiri, maka adakah kita semua akan membaca hasil karya-karya yang bagus sebagai bahan pedoman pengiktibaran untuk menerus hidup pada hari muka? Angkatlah pena dan rakamlah perjuangan mahasiswa menuntut pendidikan percuma dan heretlah cerita derita perjuangan rakyat dalam Bersih 3.0. Anda adalah lagenda dalam penulisan pada hari muka, insya-Allah Taala...

A Samad Said Seniman Aspirasi Rakyat Oleh SALLEH YAACOB “SAYA sebagai sasterawan, tidak sekadar mahu menjadi pemerhati, tetapi mahu berada di tengah-tengah perjuangan rakyat ini, lebih-lebih lagi sebagai sasterawan, saya menjadi jurubicara mereka.” Luahnya penuh emosi. A Samad Said, sasterawan rakyat yang berkarya meniup aspirasi untuk rakyat dalam dua zaman. Meskipun ada sarjana yang membahagikannya menjadi lima tahap, kelima-lima tempoh itu tidak pernah mengangkat tema bangsawan melainkan penderitaan rakyat. Zaman awal dalam ruang masa sebelum merdeka dan dekad keduanya lahir selepas negara memperoleh kemerdekaan sehinggalah sekarang. Segala rakaman dan catatan penanya sangat besar sumbangannya dalam membangunkan negara ke arah kebaikan kerana beliau bukan menulis dan behujah menentang pemerintah secara kiri. Tetapi meniup aspirasi untuk bangsanya. Hasil-hasil karya beliau sebelum merdeka telah dijadikan teks pengajian untuk mengasah

akal budi rakyat. Pelaku-pelaku yang dipilih dalam karyanya mengalami penderitaan, penindasan, tekanan, tetapi kisah malang itu tidak dibiarkan kusut kerana ada garisan dan motivasi yang diberi sebagai jalan keluar ke arah kedamaian. Oleh yang demikian, dengan karyanya itu juga, ramai penuntut universiti memperoleh ijazah, sarjana dan PhD. Ada dalam kalangannya kini mengajar di universiti, kolej dan sekolah. Fikirlah apa maknanya. Beliau meniup aspirasi ilmunya untuk negara. Berdasarkan komen-komen dalam ruang maya, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan keputusan sasterawan ini. Tetapi jika diteliti akan falsafah dan idealogi yang termuat dalam karya, beliau dilihat berada dalam teks yang dibinanya sendiri. Dalam istilah mudah, cakap serupa bikin. Karya yang beliau tulis sebenarnya menggambarkan perjuangan seninya. Teks-teks dan naskhah seni yang digarapnya

tidak lari daripada konsep seninya. Indah dan jujur. Setiap nukilan pena beliau, baik fiksyen mahupun puisi, termuat nilai pencerahan. Nilai-nilai pencerahan itu menjadi hidup dalam masyarakat. Bayangkan sasterawan seusianya cukup gagah dengan kata-kata, cukup berani dengan tindakan. Jika kita renung semula, kisah dan pembaharuan dalam novel Salina, penuh dengan perlambangan, Salina umpamanya, memiliki segi-segi pencerahan yang tidak dapat difaham pembaca apabila Salina membela Abdul Fakar! Tetapi menyediakan wang ringgit untuk Helmy. Sekelumit kisah dalam novel Salina ini ditolak kerana membela masyarakat terpinggir. Begitulah, masyarakat yang kenyang akan menolak cara dan jalan yang dipilih oleh Sasterawan Negara terutama di penghujung potret kreatifnya. Kekuatan jiwa pengarang ini berlaku apabila wujud prinsip

kehadirannya. Sarjana sastera Mana Sikana pernah mengakui konsep ini. A Samad Said, seorang seniman yang dimiliki oleh rakyat apalagi dengan cara dan amalannya merakyatkan jiwa sastera itu kepada khayalak desa dan bandar. Tanpa A Samad Said, sastera menjadi tempang dan hidup hanya bermusim seperti pesta. Sastera tidak membangun minda dan menjadi asas pemikiran seperti ilmu-ilmu lain. Pergilah mana-mana sekolah misalnya, apabila diajukan soalan, siapakah Sasterawan Negara yang kamu kenal? Tentu hasilnya dibilang A Samad Said, sedangkan ada sasterawan lain namun dipandang sepi. Bukan niat, memperlekah sasterawan lain, tetapi itu cara terbaik pejuang sastera memartabatkan ilmunya. Mungkin selepas ini pewarisnya tidak mampu bergerak seperti A Samad Said, atau mungkin akan lahir bara yang lebih menyala. Sastera murni yang penuh dengan estetika di negara membangun tidak semestinya meminggirkan suara rakyat. >> Bersambung

F17

>> sajak AWAK SIAPA!?

(Dedikasi Buat Siswa Universiti Dataran Merdeka) Awak siapa!? Pak Menteri di TV senyum sumbing anak muda dianggap kambing berteduh khemah berhari-hari siswa berhutang apa mereka peduli. Awak siapa!? siswa bebal menyoal di Facebook sifir ceteknya mudah baik belajar PNGK tinggi bayar balik tak perlu lagi. Gemakanlah seluruh buana: Aku anak muda sedar hak rakyat mesti dituntut engkau tak peduli hari ini esok lusa mati di peti undi! Akulah siswa harapan nusa sedar kata di dewan kuliah tak cukup makna tanpa dikota perit mentari inilah rumus bahang kehidupan hujan gerimis itulah tesis tempias pengalaman. Tiba masa suara semua anak muda bergema di jagat dan jalan raya: Kamilah anak muda bijaksana benteng pemusnah kezaliman yang melata pejuang keadilan agar umat sejahtera membenci sang penguasa gila bolot harta seperti dunia ini dia yang punya! JAMAL AWWAL Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.

DEMI MASA Andai masa itu dapat kuhentikan aku akan kembali kepada diri mengolah impian menjadi wali bertasbih suci di sejadah iman takkan tergoda bisikan syaitan. Andai masa itu dapat kuhentikan aku akan tukar corak kemerdekaan takkan kuterima hukum duniawi berkiblat ke barat yang sesat ingkar hukum Ilahi yang keramat. Andai masa itu dapat kuhentian aku akan terus menyintai-Mu membentuk aura mulia tanpa noda bertaubat nasuha sepanjang masa takkan kubiar diri berpagar dosa. (Masa tidak pernah menanti kita kita yang sentiasa rugi demi masa) IDANRADZI Jenaris, Kajang.

NOTA: Bahan sastera boleh dimajukan ke sastera.harakah@gmail.com. Penyumbang digalakkan mengirim satu bahan dalam satu mel-e. Panjang cerpen tidak melebihi 900 perkataan. Para penyumbang digalakkan mengirim surat - nyatakan tarikh, edisi bilangan Harakah, tajuk bahan untuk memudahkan bayaran honorarium. Penulis tidak digalakkan mengirim bahan kepilan ‘attachment’ dalam MS Word sebaliknya, terus ‘copy-paste’ ke mel-e.


F18

FOKUS

Aishah serah borang jadi ahli PAS KETIKA penyanyi bersuara lunak, Wan Aishah Wan Ariffin mengisytiharkan dirinya CAKAP bersama PAS dalam ceramah sulongnya pada 4 April lalu, POLITIK di Markas Tarbiyah PAS Pusat, TARMIZI MOHD JAM sebenarnya beliau masih belum mengisi borang menjadi ahli PAS. Aishah terpanggil untuk berjuang, kerana di hadapannya terlalu banyak kebobrokkan yang dilihatnya sendiri, apatah lagi yang “menimpa” dirinya, telah benar-benar menyedarkan dia tentang peri pentingnya mengambil tahu hal-hal politik dalam negara tercinta ini. Akibat bimbang negara akan punah dan akidah anak-anak muda tidak terjaga, maka Juara Lagu 1990 dengan lagu terkenalnya “Janji Manis Mu” itu, kini Aishah bertekad berjuang bersama-sama PAS bagi menyelamatkan masa depan anak bangsa. Gementar juga Aishah berceramah di hadapan lebih 1,000 hadirin, bisik dia seusai ceramah. Terdapat beberapa peristiwa yang dilihat oleh beliau sendiri tentang gelagat para pemimpin Umno-BN menyebabkan beliau berfikir jauh, dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu, beliau mahu akidah anak-anaknya terjaga. Aishah yakin kesedaran masyarakat bandar begitu tinggi untuk mengubah kerajaan yang ada, tetapi dia bimbang, informasi tidak sampai ke desawan dan ini menyebabkan perubahan tidak berlaku. Sudah tentulah ramai yang bertanya, bagaimana Aishah yang masih popular, seorang wanita dan ibu tunggal mahu menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya? Tidakkah ini akan menimbulkan masalah kepada beliau? Aishah nampaknya kelihatan tenang dan sudah bersedia berdepan dengan sebarang dugaan mendatang. Berceramah bersama pelawak, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman pada malam itu, Aishah berkata, sudah agak lama dia berfikir untuk terjun bersama-sama PAS, tetapi sekarang baru dia membuat keputusan itu. Saya hanya mengundang Aishah, jika dia ada kelapangan untuk berceramah pada 4 April itu. Bukan nak bercakap soal politik, tapi berkongsi pandangan tentang pahit manis kehidupan yang beliau dilalui. Tetapi malam itu, Aishah bercakap politik dan itulah kali pertama dia berceramah politik atas pentas PAS. Ramai juga yang terkejut. “Kalau ibu saya masih ada, tentu dia terkejut dan marah. Macam mana saya boleh berceramah atas pentas PAS seperti malam ini,” ujar beliau. Aishah memberitahu, pelbagai kecaman ditulis pada dinding Facebook beliau kerana memilih PAS sebagai medium perjuangan, tetapi ini akan menguatkan lagi untuknya istiqamah pada jalan dakwah. Kini, Aishah ligat berceramah di seluruh negara. Dia memberitahu saya, diari April sendat, Mei pula sudah penuh. Seorang pemimpin PAS Parit, Perak, Cikgu Razak Mat Taha SMS saya, lebih 3,000 hadir di Kg Layang-Layang Kiri mendengar ceramah penyanyi ini, Sabtu 21 April lalu. Saya mendapatkan tarikh senggang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima borang itu daripada Aishah. Setelah ada tarikh, saya memujuk Aishah isi borang PAS dan serah kepada MB Kelantan itu nanti. Tuan Guru setuju menerima borang Aishah jadi ahli PAS pada Jumaat, 11 Mei ini, dalam ceramah perdana Rapat Rakyat Ke Putrajaya. Turut sama nanti Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood dan bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Chua Jui Meng di Markas PAS Pusat, Taman Melewar, jam 9.30 malam.

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Dataran Merdeka rakyat punya bukan BN Oleh SAFAR JUMAAT

D

EWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebenarnya teruja juga apabila Perhimpunan Bersih 3.0 disasarkan penganjur akan menghimpunkan 500,000 peserta dengan Duduk Bantah, 28 April 2012 ini, kerana mana pernah Dataran Merdeka mempunyai sebegitu ramai audien sejak ia wujud. Namun, tentulah ada tangantangan ghaib yang menolak Perhimpunan Bersih 3.0 ini kerana kejayaan Perhimpunan Bersih 3.0 sekali gus akan menjadi kayu pengukur kepada hayat BN yang terdesak sangat untuk mengekalkan kuasa memerintah Malaysia. Seperti kata Sasterawan Negara (SN), Dato’ A Samad Said, bukan Dataran Merdekalah dataran ini jika larangan seperti ini berlaku. Ia menjadi dataran penjajah, kerana penjajah sahaja yang takut dengan kebangkitan penduduk, kebangkitan rakyat. DBKL sepatutnya tidak perlu hilang pertimbangan, kerana yang mahu menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 bukan orang dari negara luar, tetapi rakyat negara ini yang taat setianya kepada negara tidak boleh dipertikaikan. Perhimpunan Bersih 3.0 tidak membantah DBKL. DBKL yang bertanggungjawab ke atas Dataran Merdeka sepatutnya memberikan kerjasama dan jika perlu, membantu himpunan ini menjadi kenyataan demi kesejahteraaan negara dan rakyat secara umumnya. Datuk Bandar Kuala Lumpur akan mencatat sejarah sendiri pencapaian dalam kerjayanya, jika membenarkan Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan. Pengiktirafan itu bukan datangnya daripada mereka yang sedang serabut di Putrajaya, tetapi dunia akan memberi pengikhtirafan kepada satu kebebasan dalam dunia politik yang semakin terbuka. Mereka yang hendak berhimpun ini bukan mereka yang hendak menjatuhkan sesiapa, tetapi mereka datang secara aman dan hendak duduk dan bantah sistem pilihan raya yang dianggap sebagai tidak adil dan perlu dibersihkan, bagi menjamin keputusan “bersih” sebaik sahaja diumumkan. Tiada siapa yang akan hilang pekerjaan, tiada siapa yang akan diturunkan pangkat dan tiada siapa yang diminta untuk didakwa di mahkamah kerana penyelewengan. Yang mereka tuntut, hanya satu, bersihkan perkara-perkara yang dianggap

belum bersih. DBKL akan mencatat pencapaian sendiri jika bekerjasama dengan penganjur Perhimpunan Bersih 3.0. Sikap terbuka dan tidak berpihak, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tentunya mengutip cukai dari penduduk dan penyewa di Kuala Lumpur, tidak perlu terlalu rigid dan takut kepada tangan-tangan ghaib. DBKL akan terus berada di situ selepas PRU13, walaupun mereka yang sedang berkuasa di Putrajaya sekarang tidak dapat lagi meneruskan pemerintahan. Tiada sesiapa yang menyerang DBKL untuk dibersihkan, walaupun ramai yang tahu bahawa DBKL pun bukannya bersih sangat.

Ramai juga yang kecewa kerana Kuala Lumpur tidak bersih walaupun bangunan DBKL sentiasa dihias cantik, tetapi dalam isu “Duduk Bantah” di Dataran Merdeka ini, yang hendak dibersihkan ialah SPR. Mana ada pertubuhan yang mampu menghimpunkan 500,000 peserta selain Bersih 3.0? Jika DBKL beri kerjasama, hasrat itu mungkin akan mudah tercapai, kerana ada orang-orang tua yang sudah uzur fizikalnya tetapi masih kental jiwa perjuangannya ingin turut serta. Maklumlah, mereka juga ingin berhimpun bersama-sama bekas Menteri Pelancungan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang pernah menjadi Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan Negara di Dataran Merdeka. Tetapi, kehadiran Abdul Kadir kali ini bukan lagi sebagai menteri sebaliknya sebagai seorang bekas menteri yang tidak suka dengan kekotoran yang berlaku dalam pilihan raya di Malaysia. Bukan sedikit yang teruja dan bukan sedikit yang ingin melihat wajah Abdul Kadir dari dekat.

Ramai juga yang ingin bersamasama SN Dato’ A Samad Said, yang sudah berusia 70 an, tetapi masih bersedia berdepan dengan gas pemedih mata. Seorang lagi rakan seperjuangannya, Dato’ Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah DBP sudah meninggal dunia. Jika Allahyarham masih ada, tentunya Allahyarham juga akan bersamasama kali ini. DBKL sebenarnya mempunyai kuasa untuk tidak mengikut arahan tangan-tangan ghaib. Tidak ada apa yang perlu diampu mereka yang di atas itu kerana cukup tempoh nanti, Datuk Bandar yang ada sekarang akan mengosongkan kerusi yang disandangnya itu. Boleh dikatakan semua Datuk Bandar Kuala Lumpur meninggalkan kerusi Datuk Bandar dengan kekecohan dan isu buruk. Sama buruknya dengan wajah-wajah perparitan dan longkang di bandaraya ini. Sudut-sudut yang kotor di ibukota yang merupakan ibu negeri bagi Malaysia ini tetap kotor. Pusat-pusat maksiat masih segar. Lubuk-lubuk “kotor” seperti pelacur dan penagihan dadah terus berkembang dan tiada sebarang penguatkuasaan. Kalau dengar Menteri Wilayah Persekutuan bercakap mengenai mahu membantu penduduk miskin di Kuala Lumpur, seolah-olah sudah tiada kutu-rayau dan manusia geladangan tetapi apabila PAS menganjurkan makan percuma buat golongan ini, ternyata DBKL tidak mampu menyembunyikan apa-apa fakta buruk ini. Belum terlambat untuk Datuk Bandar, jika beliau tidak tunduk kepada tangan-tangan ghaib untuk memberi kerjasama dengan membenarkan Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan Sabtu, 28 April depan. Namun, seperti ada halangan di kerongkongnya untuk mengatakan “ok” terhadap Himpunan Bersih 3.0 ini, mungkin kerana membayangkan kontraknya sebagai Datuk Bandar akan disambung lagi. Menteri Wilayah Persekutuan tidak mungkin menyokong Perhimpunan Bersih 3.0 kerana dia sendiri belum pernah bertanding dalam pilihan raya, jadi tentulah pengetahuannya mengenai SPR sedikit kurang berbanding dengan orang lain. Ketika rakyat Malaysia inginkan sebuah negara Malaysia yang lebih terbuka dan bersedia menerima perubahan, malangnya sikap orang-orang lama yang sudah sampai ke usia persaraan masih takut-takut untuk menghadapi perubahan.


FOKUS

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F19

Dato’ SUK Kelantan dekati rakyat Teks & Foto MOHD NOR YAHYA KOTA BHARU: Hubungan antara kerajaan negeri dan rakyat bukan sahaja melibatkan pimpinan politik tetapi ia juga harus dipergiatkan melalui kepimpinan pegawai kerajaan. Sehubungan itu langkah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim mengadakan program “Berkayuh Basikal Bersama Dato SUK” barubaru ini berjaya mendekatkan hubungan pegawai kerajaan dan rakyat jelata. Program yang dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan tersebut disertai lebih 500 peserta

terdiri dari Ketua-Ketua Jajahan dari seluruh negeri, PegawaiPegawai Tinggi Negeri, beberapa buah kelab basikal dan remaja dari sekitar Kota Bharu. Turut hadir sama Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Takiyuddin Hassan; Dato’ Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman; Adun Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed; Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus. Dr Zainuddin ketika ditemui berkata, program sebegini amat berfaedah dari segi menjaga kesihatan dan ia boleh merapatkan hubungan silaturahim antara pegawai-

Abdul Fatah sedang berucap sebelum program “Berkayuh Basikal Bersama Dato’ SUK” dilepaskan.

Dato’ SUK bersama pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Kelantan mengetuai kayuhan basikal mengelilingi Bandaraya Islam Kota Bharu sejauh 10 km.

pegawai kerajaan dan rakyat. Di program ini juga rakyat boleh bertemu muka bersama ketua-ketua jabatan yang berkaitan dan mengambil peluang untuk bertanya pelbagai soalan secara terus. Program kayuhan basikal

menjangkau 10 km tersebut menggunakan laluan dari Kota Darulnaim ( Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri) melalui Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Mahmood, Jalan Hospital, Jalan Bayam, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Telipot dan terus ke Kota Darulnaim

semula. Dr Zainuddin juga berharap program ini dapat dijadikan program tahunan kerana ia dapat melibatkan pelbagai lapisan rakyat dan ini menggambarkan kesihatan itu penting untuk semua lapisan masyarakat.


i 103.

HARAKAH • Edisi JUMAAT • 27 APRIL 2012 • Bil. 1737

Notis / Pengumuman

Ingin beriklan? Hubungi kami... 10. Pejabat Utk Dijual ARINA Uniti Tower. Kg. Baru Jln Raja Muda Abdul Aziz. Konsep SOHO. 21 tkt. 2 blk & 1 blk air. Pegangan bebas. Harga dari 231k. Kaunter jualan dihadapan CIMB Kg. Baru. Hubungi: 013-9945092 012-2539241.

P 19. Tanah Utk Dijual 11 LOT banglo Kg. Sg. Buah Bangi dar RM10 per/kp, pegangan bebas rizab melayu daru 6000kp. Tel: 0129443149, 013-9945092, 012-2539241. 28 UNIT lot banglo UIA Sg. Pusu Gombak dari RM15 per/kp rizab melayu dari 4000 - 15000kp. Tel: 0139945092, 012-2539241, 012-6479164.

Á

30. Barang Utk Dijual

PRODUK kesihatan khas untuk kaum lelaki. Sila SMS nama & alamat ke: 019-9830519. www.wellnessshops.net.

Á

30. Barang Utk Dijual

KAPSUL untuk lelaki hebat. Tel: 019-3173975. Perlu ejen. www.pacak2u.com.

Z 59.

Rawatan

RAWATAN saraf, ketatkan vagina, kecantikan bentuk badan/kulit, mandul, rambut gugur, senggugut, migrain, keperkasaan lelaki, sendi saraf tulang belakang. Tel: 016-6207752 Pak Muslim Kg. Baru K.L.

HERBA terbaik utk jantung, batu karang dll, Insya Allah. Cuba dulu. Tel: 0134996399 Pak Ngah.

m

60. Jawatan Kosong

PEMBANTU Taska dan guru Tadika diperlukan. Beriman, berpakaian menutup aurat syarat yang utama. Hubungi: 012-2744786 di Bangi Bdr Seri Putra.

TASKA 3 pengasuh diperluk an segera di Shah Alam UZ. Tel Kak Na: 0133875163.

m

60. Jawatan Kosong

KAFA An-Nur memerlukan guru agama, syarat: Kelulusan SPM, berpengetahuan dalam asas Bahasa Arab, Muslimah bujang, bertudung labuh, gaji RM800. Tel: 012-2195609.

Y

Mencari Jodoh

AGENSI Mencari Jodoh: 019-6071088 Zainudin, 013-3632188 Puteri. Aktif sejak 2006 hingga kini.

Perkhidmatan Niaga

KHIDMAT PENUBUHAN SYARIKAT

‘SDN. BHD.’

RM1,990

Pendapatan Tambahan

Shelf Company - Siap 1 JAM Perkhidmatan DOOR TO DOOR Perkhidmatan SETIAUSAHA SYARIKAT Perkhidmatan PERAKAUNAN & PERCUKAIAN oleh Akauntan Bertauliah. Pendaftaran Dengan M.O.F. Seminar Wajib Pengarah Syarikat dengan SSM Pengedar Sah Perisian Perakaunan -QuickBook Pro Ver.08/09 Bersekutu dengan 2 Firma Audit Perkhidmatan Perundingan Perniagaan PERCUMA

INDAH SECRETARIAL MANAGEMENT

Cara dan syarat mengisi borang iklan.

PELUANG menjana pendapatan dari rumah. Modal serendah RM50! Layari: www.gold2rich. biz. Wakil diperlukan di seluruh Malaysia. Hubungi segera: Encik Zulkifli 0136766768.

ë

PAKEJ

+1 3 RM96.00* (tanpa gambar)

105.

RM111.00*

Pendapatan Tambahan

(dengan gambar) *Harga bagi iklan 4 baris

JANA pendapatan sebanyak RM750 sehari. Untuk info, SMS nama & alamat ke: 019-6054980.

i Notis / Pengumuman

Ingin beriklan? Hubungi kami...

TERMASUK: • Common Seal • Buku Daftar • Buku Minit • Buku Sijil Saham • Borang 9, 49, 24 & 44 ➭ ➭ ➭ ➭ ➭ ➭ ➭ ➭ ➭

Iklan Berbaris

ë 105.

103.

66.

Tel: 03-4023 6753, 4023 6835 Faks : 03-4023 6768 Email : iklan@harakah.net.my

100.

Tel: 03-4023 6753, 03-4023 6835 Faks : 03-4023 6768 Email : iklan@harakah.net.my

1. Iklan hendaklah ditulis dalam HURUF BESAR dengan jelas dalam borang yang disediakan di bawah. Tinggalkan satu kotak setiap satu perkataan. Perkataan singkat tertentu sahaja yang dibenarkan. 2. Setiap huruf dan tanda (seperti koma, noktah, koma bertitik, sengkang, dll) hendaklah diisi dalam satu kotak. 3. Semua nombor telefon hendaklah bermula dengan kod kawasan. 4. Sebarang pertukaran iklan tidak diterima dan wang tidak akan dikembalikan. 5. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat atau Jualan Langsung diperlukan untuk iklan Peluang Perniagaan. 6. Setiap gambar atau logo dikena caj tambahan RM5. 7. Penerbit berhak menangguh/menolak iklan tanpa memberi sebab.

BORANG IKLAN

(Minima 4 baris)

1 2 3 4

RM32.00*

5

RM40.00*

6

RM48.00*

7

RM56.00*

8

RM64.00*

9

RM72.00* Saya ingin beriklan dalam ruangan IklanHarakah dan menyertakan cek/wang pos/kiriman wang No.____________ bernilai RM_________ atas nama “Telesign Communications Sdn Bhd”. Tunai Jumlah siaran:______ Nama: Alamat:

No. K/P:

TEL: 03-4045 8005 FAX: 03-4045 8002

Tel:

Kami Membawa IKLANAnda Ke.... MATLAMATnya!!!

(Pejabat)

(Rumah) Kod Bank in terus ke Akaun Maybank: 564 070 130 436 atas nama Telesign Communications Sdn Bhd

Tandatangan:

Hantarkan iklan anda ke alamat: Telesign Communications Sdn Bhd #5 Jalan 65C Off Jalan Pahang Barat Pekeliling Business Centre 53000 Kuala Lumpur Tel: 03-40236753 Faks: 03-40236768

Beriklan dengan cepat, mudah dan efektif!!! HARTANAH 01. Rumah untuk dijual 02. Rumah untuk disewa 03. Rumah diperlukan 04. Apartment untuk dijual 05. Apartment untuk disewa 06. Apartment diperlukan 07. Bilik untuk disewa 08. Bilik diperlukan 09.Pejabat untuk disewa 10. Pejabat untuk dijual 11. Pejabat diperlukan 12. Kedai untuk disewa 13. Kedai untuk dijual 14. Kedai diperlukan

15. Kilang untuk disewa 16. Kilang untuk dijual 17. Gudang untuk disewa 18. Gudang untuk dijual 19. Tanah untuk dijual 20. Tanah untuk disewa 21. Tanah diperlukan KENDERAAN 22. Kenderaan untuk dijual 23. Kereta untuk ditender 24. Kenderaan komersil untuk dijual 25. Motosikal untuk dijual 26. Kenderaan diperlukan 27. Kenderaan untuk disewa

PERKHIDMATAN/BARANGAN 28. Panduan membeli-belah 29. Salun/Pusat kecantikan 30. Barangan untuk dijual 31. Barangan diperlukan 32. Barangan untuk ditukar 33. Haiwan peliharaan 34. Jualan garaj 35. Perabot/ Perhiasan rumah 36. Barangan elektrik 37. Ubahsuai rumah 38. Baiki rumah 39. Persahabatan 40. Bunga 41. Pengangkutan diperlukan

42. Pengangkutan ditawarkan 43. Antik 44. Bot/Sukan air 45. Kesihatan/Peralatan sukan 46. Buku 47. Jurugambar/Video 48. Setem/Duit 49. Insuran 50. Simpanan/pelaburan 51. Pembantu rumah/pekerja asing 52. Jualan kilang/gudang 53. Landskap 54. Haiwan ternakan untuk jual 55. Kawalan serangga 56. Perkhidmatan lain

57. Qurban/Aqiqah 58. Kanopi/Khemah 59. Perubatan KHIDMAT NIAGA 60. Jawatan Kosong 61. Mesin/Peralatan untuk dijual 62. Mesin/Peralatan dikehendaki 63. Peralatan pejabat/pembekal 64. Perabut pejabat 65. Ingin membeli 66. Perkhidmatan 67. Peluang Perniagaan 68. Bisnes untuk dijual 69. Bisnes dikehendaki

70. Agen/Pengedar diperlukan 71. Pinjaman/sewa 72. Penghantaran/Stor/Buang 73. Perkhidmatan korier 74. Perkhidmatan terjemahan 75. Laman web PENDIDIKAN/PENGAJARAN 76. Pendidikan 77. Tuisyen 78. Komputer 79. Fitnes 80. Kursus 81. Seminar 82. Masakan

83. Pembangunan kanak-kanak 84. Taska/Taski MAKANAN 85. Restoran 86. Catering/Hantaran ke rumah 87. Cafe PANDUAN PELANCONGAN 88. Pelancongan 89. Tempat menarik 90. Keperluan pelancongan 91. Tempat menginap 92. Haji/Umrah

PENGUMUMAN 93.Kelahiran 94. Pertunangan 95. Perkahwinan 96. Ulangtahun 97. Kehilangan 98. Ditemui 99. Peribadi 100. Mencari Jodoh 101. Mencari Kawan 102. Ceramah 103. Notis/Pengumuman 104. Sumbangan 105. Pendapatan Tambahan 106. Rakan Kongsi

100

Lebih kategori untuk beriklan... Hubungi kami sekarang!

PERHATIAN: Walaupun pelbagai langkah berhati-hati telah diambil, pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian keatas produk-produk, perkhidmatan atau pekerjaan yang ditawarkan melalui iklan yang tersiar. Penerbit juga berhak menolak sebarang iklan tanpa memberi sebab. Harap maklum.

Dikendali oleh: Telesign Communications Sdn Bhd. # 5 Jalan 65C, off Jalan Pahang Barat, Pekeliling Business Centre, 53000 Kuala Lumpur. Tel: 03-4023 6753 Faks: 03-4023 6768 E-mail: iklan@harakah.net.my


KOLUMNIS FOKUS

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

F21

Elak tragedi 2004 berulang Oleh SHIRZAD LIFEBOAT Bahagian kedua

M

ENULIS dan menganalisis peristiwa dalam politik Malaysia bukanlah mudah. Lebih lazim daripada tidak, ada sahaja peristiwa lebih baru yang memaksa berlakunya peralihan tumpuan. Pada keluaran ini saya mahu menyambung sedutan wawancara dengan Mohd Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Adun Wakaf Mempelam, Terengganu. Antara perkara yang hendak disampaikan ialah mengenai kehadiran berpuluhpuluh bas yang tiba dari entah mana dan membawa para pengundi yang entah siapa ketika PRU11 (tahun 2004) dan PRU12 (tahun 2008). Namun, belum sempat menghidupkan komputer riba untuk memulakan urusan menulis, saya terkejut dan tertawa sendiri membaca berita siaran sebuah portal menerusi telefon bimbit. Menurut berita tersebut, Pengerusi SPRM mengatakan daftar pengundi Malaysia adalah terbaik di dunia dan tidak ada lagi negara yang memiliki sebuah daftar pengundi yang sebaik daftar pengundi Malaysia. Nak ketawa sendirian, nanti orang kata saya gila pulak. Tapi hakikatnya di Malaysia hari ini, cerita lucu dan bertaraf lawak jenaka bukan sahaja boleh dibaca dalam komik “Gila-Gila” tetapi turut termuat dalam berita arus perdana sehinggakan ada pegawai kanan kerajaan yang sudah boleh menggantikan Jerry Lewis

atau setidak-tidaknya menyertai pertandingan ‘Raja Lawak’. Mungkin Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melihat kesempurnaan daftar pemilih Malaysia dari kaca mata Umno. Ini kerana bagi Umno dan pemimpin mereka, terutama bermula zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi pemimpin utamanya, tidak ada satu apa pun yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang tidak sempurna. Dan tidak ada satu pun yang tak sepatutnya tidak diberikan pujian. “Segala-gala pujian bagi Umno dan pemimpinnya, seru sekalian Malaysia.” Bak kata orang dulu-dulu, sekonyong-konyong itu juga minda saya teringat kepada cerita Mohd Wahid akan peristiwa yang berlaku di Terengganu menjelang PRU11. Tatkala itu gerakan untuk merampas kembali Negeri Darul Iman daripada tangan PAS dipromosikan oleh para pemimpin Umno menerusi slogan ‘Gelombang Biru’. “Apa yang gelombang biru ni?” komen seorang bekas Exco Pemuda Umno. Walaupun beliau (kini sudah allahyarham) bertanding untuk sebuah kerusi Dun Terengganu atas tiket BN pada PRU10 dan tewas, namun gimik Gelombang Biru ini bagi beliau tidak lebih daripada satu ‘psychological decoy’ atau umpan psikologi. “Kononnya di bawah pemerintahan PAS rakyat Terengganu sudah menjadi 10 kali lebih miskin, menderita, sengsara...” tambahnya yang tidak berapa berkenan dengan kepimpinan Dato’ Idris Jusoh.

Tak pasti mengapa sahabat saya berkata begitu. Mungkin, walaupun seorang pemimpin Umno, beliau adalah pemimpin Umno berjiwa rakyat seperti kebanyakan pemimpin Umno tahun 1970-an. Mungkin juga dia pernah menjadi orang Allahyarham Dato' Harun Idris dan Harun cukup terkenal sebagai seorang pemimpin rakyat. Bagaimanapun, sebagaimana yang kita sedia maklum, Gelombang Biru hanyalah tidak lebih daripada satu tagline untuk mengaburi mata rakyat Malaysia dan dunia amnya – jika BN menang, ia adalah kerana kononnya pemimpin PAS telah melakukan pelbagai kemungkaran. “Saya tak kisah sangat tentang Gelombang Biru ni,” jelas Mohd Wahid dalam wawancara dengan saya. “Tapi apabila saya tengok Idris Jusoh dan melibatkan SPRM, JPN, polis, saya semak. Saya dapati pengundi dalam daftar pemilih naik mendadak. Semakan ke atas kad pengenalan mereka menunjukkan mereka bukan rakyat Terengganu. Ini tak boleh jadi. Kita buat aduan. Tapi aduan kita itu tak mendapat layanan. Mereka senyap sampai sudah.” Menurut Mohd Wahid, pada pilihan raya Gelombang Biru tahun 2004 itu, peningkatan keseluruhan pengundi dalam daftar pemilih bagi negeri Terengganu adalah 17 peratus sedangkan pada kebiasaannya peningkatan dalam tempoh 5 tahun adalah kira-kira 5 peratus sahaja. “Takkanlah pada zaman satu penggal PAS memerintah, tiba-tiba sahaja lebih ramai rakyat

Terengganu melahirkan anak dan tiba-tiba anak itu membesar dan cukup dewasa untuk mengundi,” kata beliau. “Saya bertanya ke pejabat SPR, tapi dia orang tak boleh buat apa-apa. Masa itu, Jabatan Pendaftaran Negara bekerja sampai pukul 10.00 malam. Ini agak pelik. Apa hal JPN kerja overtime sampai macam ini?” tanya Mohd Wahid lagi. Saya sendiri pun ketika itu tak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Tapi kini, ketika menulis rencana ini, jawapannya cukup jelas. Rupa-rupanya SPR mahu menjadikan daftar pemimpin pilihan raya di Malaysia sebagai sebuah daftar pemilik terbaik di dunia. Oh patutlah ada arahan agar JPN bekerja sampai larut malam. Jika waktu itu Pengerusi SPR mengesahkan pengiktirafankendiri ini bahawa Malaysia memiliki daftar pemilih yang kesahihan, ketepatan dan kelengkapannya tidak ada tolok bandingnya dengan semua negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pemilihan pemimpin menerusi cara demokratik, maka sudah tentu saya menyambut komen Mohd Wahid itu dengan kata-kata, "Segala puji-pujian bagi SPR seru sekalian Malaysia, badan yang maha berkuasa lagi maha sempurna.” Menyebut tentang demokratik dan demokrasi ini, saya hampir terlupa betapa pemimpin kerajaan Umno sering memuji diri dengan mengatakan betapa amalan demokrasi di Malaysia (yang dibentuk dan diubah suai oleh

Umno-BN) adalah yang terbaik di dunia (sehingga menjadi contoh kepada UK, Jepun Amerika Syarikat dan sebagainya). Saya yakin sekiranya tokoh pejuang demokrasi Amerika Syarikat seperti Thomas Jefferson dan Alexander Hamilton masih hidup, maka mereka akan bergenang air mata memikirkan bagaimana pemikiran politik mereka tidak mampu melahirkan sebuah demokrasi terbaik, terulung dan terunggul seperti yang dilahirkan oleh para pemimpin Umno di Malaysia. Mungkin disebabkan daftar pemilih yang sempurna lagi menyempurnakan ini serta demokrasi yang tidak ada satu negara pun dapat membandingkan dengannya dari segi kehebatan dan sebagainya, maka pada PRU11, sebagaimana yang diceritakan oleh Mohd Wahid kepada saya, datanglah berduyun-duyun bas, ada yang diiringi oleh polis seawal jam 7.00 pagi ke pusat-pusat pengundian undi di Terengganu. “Memang saya tak boleh tahan. Ada antara orang kita yang terpaksa menggunakan kayu untuk menahan bas-bas ini. Ia jadi kes mahkamah tapi sampai sekarang pun belum selesai.” “Setahu saya rakyat Terengganu pergi mengundi naik motosikal atau basikal. Paling kuat naik kereta. Tapi naik bas ala bas rombongan ini satu trend baru,” jelas beliau. Telahan Mohd Wahid itu memang tepat. Hari ini trend ini sudah kelihatan di Selangor dan mungkin akan terlihat di negerinegeri lain pada PRU13 kelak.

Orang Asli Kelantan terbela di bawah Tok Guru SUATU kenyataan yang menjamin keadilan untuk semua rakyat Kelantan terbit dari mulut Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah “serupa saja, tak kira Melayu, Cina, India, Siam mahupun Orang Asli – semua rakyat Kelantan ada hak dan atas hak itu Kerajaan Negeri akan memberi layan sama mengikut hak masing-masing.” Demikian suatu kenyataan yang mengandungi keikhlasan dan kesungguhan melayani warga negeri tanpa pilih kasih. Ia bermaksud tiada perbezaan keturunan, agama dan adat resam serta di mana sahaja mereka tinggal - di segenap ceruk negeri -akan diberi layanan adil dan saksama setara dengan prinsip pentadbiran berlandaskan ajaran Islam. Prinsip itu ialah mentadbir negeri menurut pertimbangan hukum Allah, bukannya hukum manusia. Apakah prinsip ini sewenangwenangnya boleh dipertikaikan? Ataukah ada pihak yang berani

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF metakwilkan hakikat hukum Allah itu Maha Adil? Layanan adil untuk minoriti Realiti komuniti minoriti (kerana kelompoknya bersaiz kecil) di Kelantan ialah Cina, India dan Siam serta Orang Asli. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Kelantan pada 2011 seramai 1.7 juta orang. Ia meliputi 95 peratus Melayu, 3 peratus Cina, 0.5 peratus India, 0.5 peratus Siam, 0.7 peratus Orang Asli dan selebihnya kaum-kaum lain. Dari segi lokasi penempatan pula, Melayu terpusat di sepanjang lembah Kelantan Utara, kawasan bandar dan luar bandar. Sementara Cina di bandar dan segelintir di perkampungan. Orang Siam pula ramai di Tumpat dan Bachok. Sementara Orang Asli tinggal di pedalaman Gua Musang dan Jeli.

Keadilan untuk Orang Asli Di sebalik perbezaan tumpuan tempat tinggal itu bukan bermakna berlaku ketidakadilan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan ulama masa kini terhadap masyarakat Orang Asli di Kelantan. Sebaliknya ia suatu realiti sejarah dan proses kemasyarakatan melibatkan aktiviti soioekonomi antara kaum. Namun di sebaliknya timbul pula persepsi dan ciptaan keghairahan pembangkang di Kelantan diketuai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Mustapa Mohamed yang jelas bersifat manipulasi persoalan hidup masyarakat Orang Asli di kebelakangan ini. Ia menjadi isu politik tatkala pihak pembangkang Umno begitu desprate kerana gagal mempengaruhi keyakinan rakyat dengan asakan isu air, tanah dan rasuah serta pelbagai projek pembangunan negeri anjuran Kerajaan Kelantan yang mempopularkan dasar Membangun Bersama Islam. Justeru usaha pembelaan untuk Orang Asli kononnya digegarkan

isu-isu manipulatif bertujuan menghodohkan apa yang Kerajaan Negeri di bawah menteri besar yang juga seorang ulama. Meskipun diketahui umum, hak untuk membela dan menjaga kepentingan dan mutu kemajuan hidup Orang Asli adalah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dikuasai Kerajaan Pusat. Begitu pun, tahap kecaknaan JAKOA tidak dipertikaikan oleh pembangkang Umno. Sebaliknya isu tanah untuk kediaman dan aktiviti ekonomi Orang Asli yang tinggal di Gua Musang sebanyak 13 konsentrasi sudah dijadikan medan bagi pemimpin pembangkang menafikan tahap kecaknaan Kerajaan Negeri. Konsentrasi penempatan masyarakat Orang Asli di Gua Musang adalah terpusat di Pos Gob, Kuala Lah, Pos Belatim, Pos Hendrop, Pos Balar, Sendrop, Pos Brooke, Pasir Linggi, Pos Lebir, Jedip Baru, Pos Simpor, Bihai dan Pos Tohoi. Menurut akta kemajuan Orang Asli segala

keperluan dan mutu hidup Orang Asli seperti jalan, rumah, bekalan air, elektrik, kebajikan dan kesihatan adalah di bawah tanggjungjawab sepenuh JAKOA. Termasuklah juga isu-isu penyelesaian tanah di semua pos kediaman dan aktiviti ekonomi mereka mestilah dengan kelulusan dan kerjasama pihak JAKOA dengan Kerajaan Negeri. NGO Orang Asli Kebelakangan ini, disebabkan dekat dengan pilihan raya, muncul pula pihak NGO untuk membela hak Orang Asli. Antaranya yang menggelar diri sebagai Jaringan Orang Asli Semenanjung (JOAS) dan Jaringan Orang Asal Kelantan (JOAK). Gerakan NGO ini disokong pula oleh oleh paparan media milik kroni Umno. Justeru penjelasan demi penjelasan pihak Kerajaan Negeri berhubung isu ini telah tidak dihirau malah dipekakkan sahaja.

» KE MUKA 22


F22

FOKUS KOLUMNIS

5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012 Harakah

Duduk saja dua jam 28 April “DATANGLAH ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 28 April. Kita duduk di situ selama dua jam sahaja, sebagai simbolik membantah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih. Selepas dua jam, kita bersurai.” Itulah mesej penting yang disampaikan oleh Dato’ A Samad Said Sasterawan Negara, yang kira-kira sebulan ini (sambil menyambut ulangtahun harijadinya ke-77) dia berkeliling ke seluruh pelosok negara sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0, memberi penerangan kepada rakyat tentang mengapa kita perlu “Duduk Bantah” pada 28 April ini. Petang itu saya mengikuti kembara A Samad Said, bersama dengan Kassim dan Hasni, ke Jelebu Negeri Sembilan, untuk suatu acara seni-budaya yang diatur oleh Dr Alinor di kampungnya, di Pertang (anjuran bersama dengan Seniman Paksi Rakyat). Sampai di Kuala Kelawang kami disambut oleh seorang anak muda bernama Nazeri, yang terus membawa kami ke tempat persembahan, di Kampung Geylang. Beberapa orang makcik dan kakak sedang memasak. Tentulah untuk jamuan bagi acara itu. Kami difahamkan acara bermula selepas Asar. Tetapi tidak nampak pun tandatanda program akan dimulakan. Sementara menunggu Samad Said tiba, juga Dr Alinor, seorang lelaki mengajak kami berehat dulu di sebuah rumah. Rupa-rupanya pihak PAS dan DAP sudahpun berunding

Sasterawan Negara A Samad Said dan misinya untuk perhimpunan aman “Duduk Bantah” pada 28 April. Satu lagi peristiwa yang sangat menarik telah direkodkan dalam sejarah kebudayaan kita oleh seorang sasterawan dengan pihak KeADILan (yang dan seniman yang menjadi bekerjasama dengan Paksi ikon pejuang rakyat Malaysia menganjurkan program senimasakini. Ketika mengekorinya budaya ini), untuk membawa dari belakang, sempatlah saya Samad Said ke suatu pasar mendengar orang ramai petang di pekan Simpang berbisik-bisik sesama mereka Durian, (kira-kira 20 km dari mengenai kehadiran A Samad situ) untuk berjalan dan Said itu. Dan seperti biasa, bertemu dengan pengunjung ramailah yang mengambil pasar tersebut. kesempatan untuk bergambar Wah wah, dah jadi macam bersama ikon kegemaran tokoh politik pula! Bertemu mereka. dengan rakyat di pasar petang. Selesai sesi berjalan dan Biasanya aktiviti seperti itu bertemu peminat di pasar, dibuat menjelang pilihan raya. Samad meminta supaya dia Sesi bertemu pengundi. Tetapi dihantar ke masjid berkekatan, Samad Said bukannya tokoh untuk dia berehat sambil politik yang hendak bertanding membaca al-Quran sementara dalam pilihan raya. Dia seorang menunggu waktu untuk solat tokoh sastera, seorang seniman, Maghrib. Dia tidak meminta seorang budayawan. Kehadiran Pak Samad menarik perhatian Tak ada pilihan raya pun pengunjung Pasar Simpang Durian, Jelebu, bilik hotel atau rumah untuk berehat pada petang itu. Malah yang dia hendak bertanding. baru-baru ini. ajakan kami untuk minum di Tetapi dia sedang berkempen restoran depan pasar itu pun KeADILan) sedia menunggu untuk pilihan raya yang bersih ditolaknya. dengan risalah Roket dan buku dan adil, bagi seluruh rakyat Sementara itu Kassim pula nipis bergambar “Kenangan 9 Malaysia. Dia sedang berkeliling sempat jatuh hati dengan Julai” untuk diedarkan kepada negara memberi penerangan orang ramai, mengiringi A Samad pasar petang Simpang Durian. kepada rakyat supaya berfikir Melihat pucuk-pucuk ulam Said berjalan di pasar itu. – siapakah sebenarnya yang serta ikan-ikan sungai yang Pasar Simpang Durian petang selama ini menipu rakyat, dan segar di gerai-gerai jualan, itu pun memang ramai orang. apakah sebenarnya yang dibuat dengan harga yang agak rendah Sesak jugalah jalannya di antara oleh tokoh-tokoh bangsawan dibandingkan dengan di Lembah gerai-gerai orang berjualan itu. Melayu yang menerajui negara Kelang, Kassim menyatakan Sambil Samad Said berjalan melalui parti politik Umno keinginannya untuk datang lagi dan berjabat dengan orangsejak 54 tahun negara merdeka? ke pasar petang Simpang Durian. Siapakah yang sedang mencabuli orang di pasar, seorang petugas “Memang kita akan datang dengan pembesar suara memberi amalan demokrasi di negara kita lagi ke Jelebu pada 13 Mei,” kata penerangan mengenai kehadiran sekarang?

saya, mengingatkan Kassim akan program Paksi berdialog dengan peminat-peminat seni di Jelebu, yang sedang diatur oleh Dr Alinor bersama Nazeri. Selesai Maghrib kami pun bertolak balik ke Kampung Geylang. Menjamu selera dengan masakan orang-orang kampung, dan selepas Isya’ Nazeri pun memulakan persembahan. Dimulakan dengan persembahan kompang (yang agak berbeza kerana adanya gendang besar), dan diikuti dengan persembahan Nazeri sendiri -- menyanyi dengan petikan gitar solonya. Syabas Nazeri! Teruskan usaha untuk menyemarakkan seni di Pertang! Acara seterusnya ialah persembahan dari Paksi, yang diisikan oleh Kassim, Hasni dan saya. Kemuncaknya ialah ucapan oleh A Samad Said, (dia tidak berpuisi lagi, dia hanya berucap), selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Dan mesej ucapannya itulah tadi – seperti yang saya jelaskan di awal tulisan ini. “Datanglah ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 28 April. Kita duduk di situ selama dua jam sahaja, sebagai simbolik membantah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih. Selepas dua jam, kita bersurai.” Dan kita mengharapkan hanya satu -ñ sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Apakah salah untuk rakyat menyatakan harapan ini? Dan kenapakah kerajaan perlu takut dan bimbang dengan rakyat yang hanya mengharapkan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil?

» DARI MUKA 21

Jedip telah diwartakan sebagai tanah rizab untuk manfaat 2,388 penduduk Orang Asli di sekitar Pos Brooke. Ia bakal disusuli dengan dua lagi pewartaan itu ialah Kuala Betis, Gua Musang dan Sungai Rual, Jeli. Ia hasil persetujuan bersama dengan JAKOA. Bukan setakat itu, Kerajaan Negeri turut membuka Pusat Latihan Pertanian Belia Orang Asli Pos Brooke berikutan pengisytiharan Pos Jedip sebagai Rizab Penempatan Orang Asli. Apa yang utama kelangsungan usaha itu adalah suatu keputusan daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mendapat sambutan pihak Timbalan Pengarah JAKOA, Abdul Rashid Arshad dan Ketua Jajahan Kecil Lojing, Nik Abdul Rahman Nik Yusoff. Bagi meneruskan keikhlasan usaha Kerajaan Negeri itu, seluas 242.64 hektar tanah yang diwartakan mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 adalah bertujuan mengawal dan memelihara perkampungan Orang Asli terutama di kawasan tanah tinggi daripada diancam oleh proses pembangunan sekitar. Ia bakal menyusul pula seluas

dengan masyarakat Orang Asli. Namun disedari pihak NGO yang membangkang itu tidak menerimanya. Malah JOAS tetap mendakwa sebagai agensi yang tidak menyebelahi mereka. Walau pun begitu sudah tiga kali pihak Pejabat Menteri Besar menerima memorandum daripada NGO yang sama seperti diterima ketika demonstrasi pada minggu lepas (15 April 2012). Ia susulan daripada yang pertama kali diterima oleh Menteri Besar sendiri di Rumah JKR 10 (Februari 2011) dan pengerusi JOAS sendiri (Azmi Bin Bedol) diberi peluang bercakap dan pada perjumpaan itu, mereka bersetuju isu tanah adat atau apa-apa tujuan mewarta perlu dibincang dengan JAKOA terlebih dulu. Justeru kenyataan JAKOA (http://blog.jakoa.gov.my/ blogjakoa/?p=323) dipetik bahawa Dato’ Mohd Sani bin Mistam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli sebelum ini pada 16 Ogos 2011 bahawa isu pemberimilikan tanah Orang Asli telah selesai dibincang dengan kerajaan-kerajaan negeri iaitu negeri Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Apa yang pasti Azmi Bedol (nama macam Islam tapi bukan Islam) yang dikatakan anggota Jaringan Orang Asli Semenanjung (JOAS) itu terus mengasak untuk memastikan Orang Asli di Kelantan bersama mereka. Maka Azmi adalah orang yang bertanggungjawab menafikan segala kebaikan usaha Kerajaan Negeri membela komuniti Orang Asli. Kenapa sampai begitu sekali? Keikhlasan Kerajaan Negeri Apa pun, langkah Kerajaan Negeri tetap komited membantu dan memenuhi hak masuyarakat Orang Asli di Kelantan. Justeru berlaku rentetan usaha, antaranya ialah mengambil daya usaha mewartakan kawasan tanah rentahan mereka, tetapi tertakluk kepada persetujuan JAKOA. Demikian pula, seperti mana laporan Bernama (2 November 2011) bahawa Kerajaan Kelantan sedia memberi jaminan segalagala masalah penempatan Orang Asli akan diselesaikan secara berperingkat dengan diwartakan sebagai tanah rizab. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakub menyatakan setakat ini di Pos

Siapakah yang sebenarnya menimbulkan prasangka dan curiga perkauman di kalangan rakyat Malaysia selama ini? Betulkah orang Cina yang telah dan sedang menghakis hak-hak dan harta orang Melayu, ataupun segelintir bangsawan Melayu sendiri yang berbuat demikian? Petang itu, sesampai saja kami di Simpang Durian, beberapa petugas PAS dan DAP (di samping

62.8 hektar untuk pusat latihan pertanian belia Orang Asli. Jelas, di sebalik usaha tersebut, NGO yang tidak sebulu dengan Kerajaan Negeri terus mendakwa betapa semua kawasan hutan seluruh Kelantan adalah tanah adat bagi Orang Asli. Ia telah tidak berpaksi pada status undangundang, sedangkan Orang Asli hanya kira-kira satu peratus daripada 1.7 juta rakyat Kelantan. Justeru, Kerajaan Negeri sudah mengesahkan aspek perundangan bahawa tiada istilah tanah adat untuk Orang Asli di seluruh Kelantan. Jika status tanah kediaman Orang Asli itu untuk diwartakan sebagai tanah adat, maka pindaan perlu dibuat di parlimen dan JAKOA perlu diberi peranan membuat kajian terperinci bukan SUHAKAM atau JOAS.

Justeru, pihak pemaju atau agensi bertanggungjawab akan berunding dan sedia memberi pampasan atas kerugian sekiranya ia terkena atas kawasan rentahan haram atas tanah kerajaan. Kalau terpaksa, prinsip Kerajaan Negeri ialah mengenakan syarat kepada pengusaha/pembalak mesti membayar ganti rugi. Apa pun prinsip yang dipakai ialah mana-mana kawasan pembalakan adalah atas tanah yang disahkan oleh Jabatan Perhutanan dan dipastikan bukan atas tanah kediaman atau rayau Orang Asli. Justeru, berlaku bantahan kalangan Orang Asli terhadap kegiatan pembalakan adalah suatu salah faham di atas tanah Jabatan Perhutanan. Bantahan itu mencabar amalan perundangan yang ada.

Pembangunan yang adil Mana-mana kawasan tanah yang dibangunkan (untuk perladangan atau pembalakan), sekiranya bertindih dengan kawasan kediaman atau rentahan rayau (tempat cari makan Orang Asli), prinsip keadilan yang dipakai oleh Kerajaan Negeri ialah mengelak atau dikeluarkan terlebih dahulu.

Agensi negeri membantu Orang Asli Kemudahan untuk perundingan dan penyelesaian pihak Kerajaan Negeri memang ada. Pihak Tabung Tok Kenali, penyelia Dun Galas, Kuala Balah dan Neggiri serta penghulupenghulu Mukim kalangan Orang Asli ialah antara medium perundingan Kerajaan Negeri


AGAMA

Harakah 5 – 7 JAMADILAKHIR 1433 / 27 – 29 APRIL 2012

Cintai Rasulullah bahagia dunia, akhirat Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM ustazzain@harakah.net.my

I

ZINKAN penulis terlebih dahulu menyatakan firman Allah menerusi ayat 80 surah an-Nisa’ yang bermaksud: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling daripada ketaatan itu, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” Firman Allah lagi dalam surah ~Ali ‘Imran ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah: Jika Kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut di atas, menunjukkan betapa besarnya kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di sisi Allah hingga Dia meletakkan ketaatan kepada baginda sebagai ketaatan kepada-Nya dan sebaliknya jika seseorang itu menghina baginda sekali gus dia menghina Allah, kerana Nabi Muhammad merupakan seorang manusia yang sangat mulia dan tidak ada yang lebih mulia daripadanya. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan pihak tertentu pada hari ini yang memandang sinis terhadap keperibadian baginda Rasulullah s.a.w. terutama yang melibatkan hadis-hadis baginda s.a.w., sehingga ada di antara manusia sanggup merendah-rendahkan kedudukan baginda sebagai Nabi dan Rasul terakhir. Justeru, kemuliaan baginda tidak sekadar di dunia, malah di akhirat pula Nabi Muhammad merupakan satusatunya yang hanya mampu memberi syafaat (recommandation) yang tidak terbatas hanya kepada umatnya, malah umat-umat nabi yang lain juga Nabi Muhammad boleh memberi syafaat. Syafaat bererti Nabi Muhammad boleh menolong seseorang itu daripada menjadi ahli neraka kepada ahli syurga di kalangan orang Islam selagi dia tidak syirik kepada Allah, dan selagi seseorang itu tidak menghina, mencaci, mengherdik, memperlekeh baginda, ahli keluarganya, para sahabat dan para ulama dengan yang tidak patut dilakukan oleh seorang yang bernama Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang enggan, para sahabat bertanya: siapakah agakagaknya yang enggan masuk syurga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaati, memuliakan, menghormati, mengikut apa yang aku suruh, sesungguhnya dia akan masuk syurga dan sebaliknya sesiapa yang menghina, menentang, memperkecil akan aku, sesungguhnya dia enggan untuk masuk syurga.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Ali, baginda s.a.w bersabda: “Ajarkanlah anak-anak kamu dengan tiga perkara, cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada ahli keluarga Nabi dan membudayakan pembacaan al-Quran.” Apa yang penting penghormatan kita terhadap Nabi tidak akan lentur dan bermusim dengan kehadiran hari keputeraannya (Maulidur Rasul) sahaja,

akan tetapi ia bersifat kekal dan jitu yang membuktikan bahawa baginda adalah manusia sempurna pilihan Allah yang layak untuk dicontohi dalam segenap tindak-tanduknya. Individu Muslim yang gagal meletakkan Rasulullah di tempat yang paling mulia dalam hidupnya akan menempah musibah yang paling dahsyat di akhirat nanti, dia bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan syafaat baginda, malah akan diseret ke neraka Allah dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, kecintaan kita terhadap baginda mestilah mengatasi segala-galanya termasuk diri kita sendiri, isteri, ibu bapa, anak-anak, harta benda dan sebagainya. Ia menjamin seseorang Muslim itu meraih keredaan dan rahmat Allah pada hari kiamat kelak dan akan dipandang oleh Allah dengan pandangan kasih sayangNya, bukan pandangan laknat dan kutukan-Nya. Bukti cinta kepada Rasulullah Mencintai Rasulullah s.a.w. merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah s.a.w. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta. Maka wajib atas setiap Muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tandatanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w. Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah: 1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda s.a.w. 2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan keberterusannya. 3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. seperti mana yang diperintahkan oleh Allah SWT. 4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada baginda s.a.w., juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat baginda s.a.w. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. 5. Bersopan santun dan beradab terhadap baginda s.a.w. baik dalam menyebut nama atau memanggilnya. 6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. 7. Menyampaikan nasihat untuk

(beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya. 8. Belajar al-Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al-Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: “Antara tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai al-Quran yang diturunkan kepadanya dan baginda s.a.w. mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya.” 9. Mencintai orang yang Rasulullah s.a.w. cintai iaitu ahli keluarga baginda (Ahlul Bait), para isteri baginda, para sahabat dan lain-lain. 10. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan RasulNya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudarasaudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...)” (AlMujaadilah: 22). Sebagai peringatan terakhir, marilah kita renung wasiat baginda Rasulullah kepada Sayidina Ali bin Abi Talib: “Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan umat Islam 40 hari sahaja dengan tidak mereka duduk dalam majlis ilmu, maka mereka akan menghadapi dua akibat, pertama hati menjadi keras dan kedua berani melakukan dosa-dosa besar.” Ummah kini berpotensi kuat imannya kepada Allah Almarhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya Al-Asas Fi al-Tafsir juzuk 2 ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: “Siapakah agakagaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat, tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para anbiya (nabi-nabi), tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara daripada membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah wahai Rasulullah, tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu, yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.”

F23

>> al-makr Peristiwa umat Islam petanda akhir zaman KONSEP “akhir zaman” mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, akhir zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia. Hadis (kata-kata) daripada Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan segala perkara tentang peristiwa akhir zaman. Ramai ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung. Pada zaman-zaman awal akhir zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistemsistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih menggembirakan. Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadis, zaman ini yang sebagai “zaman tanpa senjata,” dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadis dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut: ... kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah) >> Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/ Penindasan_umat_Islam#Penindasan_Di_ Uzbekistan


F2 BIL 1737sn+"."%*-",)*3n"13*- Oleh MOHD RASHIDI HASSAN & KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

P

ERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Penggal Kelima bermula 23 hingga 26 April 2012 dan dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin pada pagi Isnin 23 April lepas. Sidang Dun kali ni berkemungkinan merupakan kali yang terakhir diadakan jika Parlimen dan Dun dibubarkan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-13, paling awal dijangka Jun ini. Pada waktu ini, PAS mempunyai lapan kerusi Dun berbanding 24 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU 2008. Pada 2008, tsunami politik yang melanda seluruh negara, dikatakan tidak sampai ke Terengganu. Mengapa demikian? Ada banyak sebab yang diperkatakan. Antara yang terpenting ialah manipulasi daftar pemilih yang dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya dengan Umno. Ada orang kata, selagi nama-nama itu tidak dibuang, PAS dan Pakatan Rakyat sukar menawan kembali tampuk kerajaan negeri yang dimenangi pada tahun 1999 yang lalu. Tetapi andaian itu ditepis Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Balachandran GK. Dr Balachandran yang merupakan bekas pendukung utama Hindraf, kini bermastautin di Terengganu dan antara penyokong PAS paling kuat di kalangan bukan Islam. Baginya, sudah sampai ketentuan Allah untuk rakyat menghukum pemerintah yang tidak menjalankan amanah dengan betul. Tegas beliau Umno menjalankan tugasnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat. “Mereka tidak buat kerja, kaburkan rakyat daripada kesilapan mereka, hanya dengan bagi duit kepada rakyat. “Itu sahaja yang dianggap kebaikan oleh Umno-BN,” ujarnya. Menurut Ketua DHPP itu, rakyat sudah fed-up dengan gelagat pemimpin Umno-BN yang tidak serik-serik memperlekehkan agama Islam dan memperlekehkan PAS. “Ketentuan Allah sudah sampai untuk Umno (had berkuasa sudah tamat), semua kempen mereka hanya makan diri,” tegasnya. Daripada ungkapan yang diucapkan Dr Balachandran, kita boleh memahami dengan jelas bahawa, golongan bukan Islam pun, sudah semakin muak dengan permainan politik kotor BN. Rakyat Terengganu secara keseluruhannya juga sudah semakin terbuka dan menanam tekad untuk mengembalikan PAS ke tampuk kuasa. PAS ada ramai pemimpin untuk menjadi galang-ganti sebagai Menteri Besar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Adun-Adun PAS, penyelaras Dun dan Parlimen, bekerja keras untuk meraih seberapa banyak sokongan rakyat. Malah, di kalangan pegawai kerajaan negeri pun, sudah ramai yang menyedari bahawa mereka harus mengembalikan PAS keteraju negeri, demi kebaikan rakyat keseluruhan. Hubungan akrab pemimpin PAS dengan Istana tidak dapat dinafikan. Track record yang cemerlang dari sudut politik dan ekonomi sewaktu Presiden PAS menjadi Menteri Besar cukup dirindui rakyat. Moga pada sidang Dun yang akan datang, perasmian sidang oleh Sultan Terengganu, akan diwarnai oleh MB baharu, dari kerajaan baharu yang didukungi rakyat.

Mohd Abdul Wahid bersama Senator Rosli Mat Hassan dari BN.

Presiden PAS begitu teliti mendengar bicara Ahli Parlimen Setiu dari BN.

Harapan rakyat Terengganu pada PAS

Pesuruhjaya PAS Terengganu begitu ceria berbual bersama wakil-wakil rakyat Umno.

Dr Syed Azman berbual dengan Dr A Rahman, Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Adun Sura PAS, Ustaz Wan Hassan sedang berbual bersama Dato’ Rosol Wahid.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang diapit Dr Syed Azman Syed Ahmad, Mohd Abdul Wahid Endut dan Dato’ Tengku Hassan sewaktu bacaan doa.

BERITA TERKINI DI HUJUNG JARI ON ruang HARAKAH hantar 36012

Dengan hanya RM5 sebulan, anda akan mendapat SMS 5 berita NTUK U N NGGA terkini setiap hari. PELA Talian khidmat pelanggan 03-7875 1134

JA SAHA


Harakah_Edisi_1737