Issuu on Google+

COM3107 PENULISAN KREATIF

TUGASAN: ULASAN NOVEL (DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH)

Nama ahli: 1. Ummutia binti Nasrah S44277 2. Wan Nurul Hanani binti Wan Md Yusof Uk36074 3. Amira Nabilah binti Ros Man Uk33462 4. Wan Nur Asyikin binti Wan daud S44338 5. Masni binti Kuraga uk34076

Pengajar: Puan Mariati Binti Mat Salleh


ULASAN NOVEL DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH Novel di bawah lindungan Kaabah menceritakan kehidupan seorang anak muda yang soleh. Novel setebal 88 halaman ini mengandungi 12 bab yang sarat dengan nilai-nilai murni serta pengajaran yang sangat berguna. Pengarang membawa pembaca melayari setiap nilai yang terkandung seperti kasih sayang, keagamaan, kehormatan serta pengorbanan dengan pelbagai emosi mengenai kisah pemuda yang bernama Hamid dalam menempuh ujian yang maha mencabar. Penulis membuka cerita dengan isi surat yang diterima daripada sahabatnya yang berada di Mesir. Ulasan daripada novel berkisarkan kisah Hamid seorang pemuda yang amat susah ditemui persisnya. Bukan mudah dalam menanggung rasa cinta andai tidak di iringi takwa. Bab 1 yang berjudul “Mekah pada Tahun 1927” menceritakan ketika waktu penulis mula-mula menjejakkan kaki di Mekah. Di sanalah tempat penulis mula berkenalan dengan Hamid, seorang pemuda yang amat dihormatinya. Hamid ketika ini baru berusia 23 tahun. Penulis amat tertarik dengan keperibadian Hamid yang mulia. Mereka mula bersahabat. Sikap Hamid yang berubah setelah kedatangan kapal rombongan terakhir mengusik hati penulis. Penulis mula bercadang untuk menanyakan apakah masalah Hamid. Hamid yang pada awalnya enggan membuka mulut mula berlembut hati apabila melihatkan penulis yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. Lanjutan bab 2 dan bab 3 dengan tajuk “Anak yang Kematian Ayah” dan “Penolong” melakarkan kisah hidup Hamid yang cukup memilukan. Kehilangan ayah pada usia yang masih kecil meninggalkan ia dan ibunya dalam keadaan yang melarat. Dengan


keadaan ekonomi yang semakin tenat,semua saudara mara pula makin menjauh. Tinggallah ia dan ibunya melayari kehidupan sehari-hari dengan sengsara. Kepayahan dalam memberi pelajaran kepada Hamid amatlah terbeban sekali. Ditakdirkan Allah dihantarNya penolong. Sebuah keluarga yang sangat tinggi darjatnya tapi sangat pemurah. Keluarga Engku Haji Ja’afar. Ditanggung segala belanja pembelajaran Hamid sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Hubungan Hamid dan Zainab juga semakin rapat seperti adik-beradik lantaran rasa hormatnya pada keluarga itu. Seterusnya adalah bab 4. Hamid yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma berasa amat gembira dan juga sedih kerana bakal berpisah dengan kawankawannya terutamanya Zainab. Hamid pula telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam ilmu agama dan akan dibiayai sepenuhnya oleh Engku Haji Ja’far. Hamid berangkat ke Padang Panjang untuk berguru ilmu umum serta ilmu agama disana. Disana dia berasa sepi kerana berjauhan dari keluarganya dan Zainab. Jika dia terasa rindu akan kampung halamannya, dia akan pergi melihat keindahan alam. Dia juga teringatkan Zainab yang suka akan hiburan seperti lagu-lagu barat dan timur. Hamid tidak sabar untuk pulang bercuti kerana dia mahu ibunya berbangga kerana dia bakal menjadi orang alim dan dapat dia membalas kebaikan Engku Haji Ja’far yang telah menyekolahkannya. Sesudah sampai di Padang, dia mampu melakukan semua perkara yang dihajati kecuali bercakap dengan Zainab. Hamid bagaikan orang bodoh yang kelu lidahnnya. Hamid sedar bahawa dia tidak layak untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Zainab kerana status mereka yang berbeza. Walaupun

Hamid

sudah

ingin

berangkat

ke

menyembunyikan hasrat hatinya terhadap Zainab.

Padang

Panjang,

dia

tetap


Dalam bab 5, Engku Haji Ja’far telah meninggal dunia meninggalkan Zainab dan ibunya. Hamid juga tidak lagi kerap mengunjungi rumah besar itu setelah kematian Engku Haji Ja’far. Selepas itu, ibu Hamid pula disahkan sakit. Zainab dan ibunya juga kerap melawat ibu Hamid. Sebelum ibunya meninggal dunia, ibu Hamid telah tahu bahawa Hamid telah jatuh cinta kepada Zainab. Namun, ibunya berpesan kepada Hamid agar segera membuang perasaan itu jauh-jauh. Ibunya berpesan bahawa mereka tidak layak untuk keluarga Zainab yang kaya. Malah ibunya juga mengingatkan Hamid bahawa keluarga Zainab telah banyak membantu mereka. Setelah beberapa malam ibunya sakit, maka pulanglah ibunya ke alam barzakh dan sedarlah Hamid bahawa dia telah tinggal sebatang kara di dunia ini. Jalan cerita dalam bab 6 mempunyai keunikannya yang tersendiri. Perwatakan Hamid dan Zainab yang saling berteka-teki mengenai perasaan yang hadir dalam jiwa mereka menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan sehingga ke bab yang terakhir. Selain itu, pemilihan latar tempat seperti rumah emak Asiah bersesuaian dengan peristiwa yang berlaku. Susunan peristiwa yang berlaku begitu tersusun dan memudahkan para pembaca untuk memahami. Penggunaan bahasa badan setiap watak juga membantu pembaca untuk menjiwai jalan cerita dalam bab ini. Pertembungan antara cinta dan belas kasihan dalam bab ini merupakan satu persoalan yang menarik untuk difikirkan oleh pembaca. Dalam bab 7 pula penulis banyak menyelitkan nilai syukur dalam diri seorang hamba.Hal ini dapat dilihat melalui tindak balas Hamid yang tetap bersyukur kepada Allah walaupun bertubi-tubi diuji oleh Allah swt. Perumpaan yang dinyatakan oleh penulis pula adalah logik dan mampu mengajak pembaca untuk positif dengan masalah yang dihadapi.Hal ini dapat dilihat seperti dalam petikan; Memang, mula-

mula hati itu mesti bergoncang; bukankan loceng-loceng dirumah juga berbunyi keras


dan berdengung jika kena pukul? Tetapi akhirnya, dari sedikit ke sedikit, dengung itu akan berhenti juga. Dalam bab 8, 9 dan 10, pengarang memberikan pemecahan soal dari semua peristiwa. Ketika di Mekah Hamid bertemu dengan Saleh, teman sekampungnya yang kebetulan akan menunaikan ibadah Haji. Kehadiran Saleh memberikan maklumat kepada Hamid tentang keadan di kampungnya dan tentang Zainab. Tentu ini semua membuat Hamid bahagia. Saleh juga memberitahu bahawa Zainab mencintai Hamid, Saleh tahu hal tersebut dari isterinya iaitu Rosna yang kebetulan Rosna adalah teman sepermainan Zainab. Dibuktikan lagi dengan surat yang dikirim Zainab kepada Hamid. Dengan bukti kutipan sebagai berikut.

Hanya kepada bulan purnama di malam hari adinda bisikan dan pesankan kerinduan adinda hendak bertemu. Tetapi, bulan itu tak tetap datang pada malam yang berikutnya dan seterusnya ia kian surut...Hanya kepada angin petang yang berhembus diranting-ranting kayu dekat rumahku, hanya kepadanya aku bisikan menyuruh supaya ditolongnya memeliharakan Abangku yang berjalan jauh... Begitupun dengan Zainab kini dia telah mengetahui keberadaan Hamid, seseorang yang dia nantikan selama bertahun-tahun. Hamid dan Zainab kini telah mengetahui perasan masing-masing, yang ternyata cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Bab 11 menceritakan tentang perjalanan hamid ke mekah untuk menunaikan ibadah haji dengan rakannya setelah menerimah surat Zainab. Perjalanan bermula di arafah menuju ke mina Hamid jatuh sakit dan betambah sakit diserang dengan kepanasan di Arafah diikuti perjalanan sepanjang melakukan haji. Kabar berita kewaafatan zainab juga dinyatakan memalui surat daripada isteri saleh menambah lagi keuzuran Hamid


dan kemudian Hamid menghebuskan nafas terakhir sambil berdoa kepada Allah di hadapan Ka’bah. Hamid kemudian dikebumikan di mekah. Bab ke 12 pula menceritakan bagaimana Zainab menghembuskan nafas terakhirnya melalui surat kiriman daripada rosnah ke salleh, yang sampai setelah beberapa hari selepas kewafatan Hamid. Zainab yang sememangnya telah menderita sakit-sakit kembali semangatnya apabila menerima surat daripada hamid, menyatakan mimpinya bertemu dengan Hamid dihadapan Ka’bah sebelum memutup mata. Cerita ini diceritakan oleh penulis mengenai kehidupan hamid yang sebatang kara didunia tanpa ada keluarga yang menemani setelah kematian ibunya. Dia menaruh hati dengan adik angakatnya yang membesar bersamanya juga merupakan orang yang rapat dengan hamid tapi cintanya terpaksa dipendam kerana terasa dirinya tidak layak untuk Zainab juga atas permintaan ibu Zainab untuk mencalonkan Zainab dengan jejaka lain, tanpa mengetahui bahawa Zainab juga menaruh hati kepadanya. Cerita ini memaparkan kehidupan dua oang insan yang memendam perasaan tanpa terluah dan kemudian saling menunggu hinggalah ke akhir hayat mereka, cerita ini membuka mata pembaca untuk menghargai nilai cinta.



Ulasan novel 'Di bawah Lindungan Kaabah'(Hamka)