Page 1

COM 3107 PENULISAN KREATIF KERJA KURSUS : PENULISAN CERPEN

TAJUK CERPEN : SATU RINDU

NAMA:WAN NURUL HANANI BT W MD YUSOF NO MATRIK:UK36074


Aku mendongak ke langit.Kelihatan awan tebal berarak menandakan hari bakal hujan.Memori masa silamku tiba-tiba menerjah di benak fikiran satu demi satu. "Ibu berasal dari keluarga yang berada,tapi kerana ayah, ibu korbankan segalanyagalanya."kata ayah. Ayah membuka cerita tentang suatu peristiwa yang berlaku puluhan tahun yang lalu.

"Bila kau besar nanti,ayah harap kau mampu satukan kembali mereka sekeluarga,ayah risau

ayah

pergi

dulu

sebelum

sempat

menyatukan

kembali

ibumu

dan

keluarganya,"pesan ayah.

Kedengaran suara ayah sedikit ditekan.Nadanya agak serius. Harapan ayah kepadaku amat besar.Perbualan panjang antara kami berakhir di situ.Baru aku faham kenapa ibu sentiasa bersikap dingin terhadapku.Segala gerak geriku pasti ada yang tidak kena pada pandangannya.Mungkin ibu iri kepadaku kerana ayah selalu ambil berat akan aku.Mungkin

juga

ibu

merasa

aku

telah

mencuri

kasih

sayang

suaminya

daripadanya.Ibu begitu sayangkan ayah. Aku seringkali menjadi mangsa kemarahan ibu apabila ayah tiada di rumah.Kadangkadang aku dirotan dan dipukul dengan penyapu atas sebab yang aku sendiri tidak pasti. Aku tidak mengerti akan sikap ibuku ketika itu.Setiap pukulan ibu yang hinggap di tubuhku ,aku hanya mampu merelakannya.Aku pendamkan semua yang berlaku dari pengetahuan ayahku. "Faizal,petang nanti ayah nak pergi ke pekan.Ayah nak belikan kamu kasut baru.Berapa saiz kasut kamu?" pertanyaan ayah mematikan lamunanku. “Saiz 6.Faizal nak ikut sekali boleh?�aku memandang tepat mata ayah dengan penuh pengharapan.


“Ayah pergi sekejap sahaja.Kamu tunggu di rumah sahaja ya.”jawab ayah dengan nada memujuk. Seusai solat Asar ayah terus membonceng motosikalnya menuju ke pekan.Aku mengucapkan selamat jalan sambil melambaikan tangan.Lambaianku disambut dengan senyuman manis daripada ayah.

***

“Kring,kring,”deringan telefon memecahkan suasana. Ketika itu aku sedang duduk di atas tangga rumah untuk menyambut kepulangan ayah dari pekan.Aku bingkas bangun untuk mengangkat telefon namun setelah melihat ibu meluru keluar dari dapur , langkahku terhenti. Ibu mengangkat gagang dengan segera sebelum talian terputus.Suara di hujung talian kedengaran agak serius.Tidak lama kemudian,aku lihat air mata ibu berguguran dengan diiringi esakan yang semakin menjadi-jadi.Gagang diletakkan dengan lemah. Ibu masuk ke dapur dengan langkah yang agak kencang.Tiba-tiba,ibu muncul semula bersama sebatang penyapu lidi lalu meluru ke arahku. “Semua salah kau Faizal.Anak tak guna!”bentak ibu sambil memukul-mukul tubuhku. Pukulan demi pukulan dari penyapu lidi hinggap di tubuhku. “Kau yang mengada-ada hendak suami aku belikan kasut baru.Anak tak guna!Garagara engkaulah suami aku mati,”ibu menghamburkan herdikan dengan bertubi-tubi. Belum sempat aku memahami apa yang sedang berlaku satu tamparan hebat pula kini singgah di pipiku.Aku tergelincir dari anak tangga. Aku mengerang kesakitan. Tanpa kusedari air mataku telah membasahi pipi.


“Benarkah apa yang aku dengar?Ayah sudah pergi buat selama-lamanya,”hatiku menyoal menuntut suatu jawapan. Dumm! Dentuman guruh menghentikan kisah silam yang menerjah di fikiranku sebentar tadi. Hujan mula turun membasahi bumi. Peristiwa itu berlaku lebih kurang tiga tahun yang lalu.Sejak peristiwa itu, aku tinggal bersama opah iaitu ibu kepada arwah ayahku. Kini usiaku sudah menjengah 15 tahun. Farizal

telah

menyambung

pelajaran

ke

sekolah

berasrama

penuh.Aku

pula

menyambung pelajaran di sebuah sekolah menengah di kampungku. “Tak silap aku hari ini sudah hampir seminggu hujan turun, mesti sudah banyak kulat sisir yang tumbuh,”getus hatiku. Aku bangun dari tempat dudukku . Aku meminta izin daripada opah untuk keluar ke hutan . Tidak semena-mena sekarung guni dihulurkan kepadaku .Opah dapat menangkap hasrat hatiku.Aku tersenyum .Aku mencapai sebilah parang lalu merentas batas-batas sawah untuk menuju ke hutan. “Abang tunggu!”terdengar suara kecil dari arah belakang. Aku menoleh.Rupa-rupanya adikku Fatimah yang memanggilku. “Fatimah dari rumah opah tadi,opah cakap abang tidak ada kerana pergi ke hutan.”jelas Fatimah dengan panjang lebar dalam keadaan tercungap-cungap. “Fatimah hendak ikut sekali boleh?”rayu Fatimah sambil menarik-narik bajuku. “Boleh,tapi janji dengar cakap abang dan jangan nakal-nakal!”pesanku seperti guru yang mengajar anak murid di sekolah. Kami meneruskan perjalanan.Anak-anak sungai diredah.Parang ditanganku digunakan sebaiknya bagi mencantas semak samun yang menghalang laluan kami.Akhirnya kami tiba di suatu kawasan yang terdapat banyak tinggalan kayu balak.


“Wah,banyaknya kulat,”kata Fatimah sambil tersengih. Aku membalas dengan senyuman.Jiwaku melonjak kegembiraan. “Alhamdulillah ada rezeki kulat sisir hari ini.Ibu pasti gembira,”aku bermonolog sendirian sambil memungut gugusan-gugusan kulat tersebut dan dimasukkan ke dalam guni. Ibu sangat menggemari masakan kulat sisir goreng.Dahulu semasa arwah ayahku hidup, beliau sering keluar mencari kulat tersebut di hutan dan membawanya pulang untuk dimasak oleh ibu.Aku mengetahui masakan kegemaran ibuku ini juga daripada arwah ayahku sendiri. Setelah karung guni itu penuh aku dan Fatimah terus keluar dari hutan.Karung guni itu dijunjung olehku.Aku melepasi rumah opah dan meneruskan langkah untuk ke rumah ibu.Kelihatan ibu sedang menyapu sampah di halaman rumah. “Ibu,abang Faizal bawakan ibu kulat sisir,”jelas Fatimah. “Kamu bawa adik kamu masuk hutan sekali Faizal?”tanya ibu dengan nada yang agak marah. Aku mendiamkan diri. “Tidak ibu,Fatimah yang hendak ikut bersama.Abang Faizal tidak bersalah,”ucap Fatimah untuk mempertahankan aku. Aku sudah mengagak perkara ini pasti berlaku.Tapi aku tidak mampu menolak permintaan adik bongsuku itu.Aku sedar Fatimah tentu kebosanan kerana tiada teman di rumah.Kak long dan abang ngah berada di luar negeri kerana menyambung pengajian di menara gading manakala Farizal ,adik kembarku pula menetap di asrama. Aku menghulurkan guni tersebut kepada ibu.Ibu mengambil dan terus membawanya ke dapur.Kulihat senyuman terukir di wajahnya dari jauh.


Aku tersenyum gembira.Meskipun ucapan penghargaan tidak keluar dari mulut ibu,melihat ibu menerima pemberianku sudah cukup buat aku. “Abang,Fatimah minta maaf,”ujar adikku dengan wajah yang sugul. “Eh,tidak mengapa.Abang tidak kisah pun,yang penting adik abang gembira,”kataku sambil menggosok kepala adikku itu.

*** Allahu Akbar,Allahu Akbar! Terdengar suara azan dilaungkan.

“Abang , bangun.Subuh sudah masuk”, ketukan pintu dan laungan suara Fatimah dari luar bilik mengejutkan lagi aku dari tidur. Setelah semalaman

berjaga untuk menghabiskan ulangkajiku untuk subjek Bahasa

Malaysia ,aku tertidur di hadapan meja belajarku.Mujurlah Fatimah ingat akan pesanan aku .Pagi ini aku akan mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Aku bingkas bangun dari tempatku dan menghayunkan langkahku ke tandas di belakang luar rumah.Aku ingin bersiap-siap untuk solat dan terus ke sekolah.Badanku terasa begitu lemah.Namun aku cuba melawan perasaanku. Seusai mengerjakan solat berjemaah bersama adikku , aku mula berasa loya dan seperti mahu pitam. “Fatimah,” panggilku dengan nada yang lemah. Pandanganku menjadi kabur dengan tiba-tiba. Aku tidak nampak apa-apa.Gelap.


***

“Abang,abang!”adikku menggoncangkan tubuhku. Aku membuka mataku perlahan-lahan.Aku berada di dalam bilikku.Tubuhku menggigil dan terkujur lemah di atas katil. “Adik sekarang pukul berapa?Abang perlu ke sekolah.”soalku tiba-tiba setelah terjaga dari pengsan. “Abang tidak boleh ke sekolah,badan abang panas,”pujuk adikku,Fatimah sambil meletakkan tuala yang dibasahkan di atas dahiku. “Tidak adik,abang perlu ke sekolah.Hari ini hari yang penting bagi abang.”aku membantah dan cuba untuk bangun dan berdiri. Namun, aku tidak kuat,akhirnya aku rebah di hadapan pintu rumah. Opah dan adikku memapahku dan membaringkan aku semula di atas katil. “Abang perlu rehat, kalau dah sembuh nanti baru boleh ke sekolah,”kata opah dengan nada memujuk. “Nah, makan bubur ini .Ibu kamu yang buatkan dan minta Fatimah bawakan ke sini,”sambung opah lagi sambil tersenyum. “Betul tu opah.Abang kena dengar cakap opah ,makan banyak-banyak in shaa Allah besok sembuhlah.”sampuk Fatimah pula. Aku makan dengan begitu selera.Aku sudah lupa saat terakhir aku menjamah masakan dari air tangan ibu. “Alhamdulillah,Ya Allah.”hatiku bermonolog sendirian. ***


Orang ramai memenuhi halaman rumah dan juga ruang tamu rumah kami.Ibu mengadakan kenduri kesyukuran sempena dengan perkahwinan Kak Long dan pilihan hatinya.Di samping itu, pada malam nanti pula akan diadakan solat hajat dan jamuan bersempena dengan kejayaan Farizal dalam peperiksaan SPM yang lalu.Aku juga tumpang gembira dengan kejayaan adik kembarku itu.Farizal akan melanjutkan pelajarannya ke negara Eropah dalam bidang perubatan tidak lama lagi. Gotong-royong bersempena kenduri kahwin kak Long baru sahaja selesai .Aku meringankan tulang pula untuk sama-sama bergotong-royang untuk mempersiapkan makanan untuk kenduri pada malam nanti.Tiba-tiba aku terdengar perbualan ibuku dengan kawannya. “Jemput datang malam nanti,aku ada buat solat hajat dan sedikit kenduri untuk Farizal,”kata ibuku kepada Mak Cik Som. “Baiklah ,Kasmah.Panjang umur aku sampailah aku ke rumah engkau malam nanti.Farizal dan Faizal dapat berapa peperiksaan SPM?”Tanya Mak Cik Som. “Farizal dapat 11 agregat,dapat sambung belajar „oversea‟.Faizal dapat sedikit sahaja.”jawapan ibuku membuatkan aku tersentak. Aku menidakkan apa yang didengar dan terus beredar dari situ.Tiba-tiba mataku berkaca-kaca. Fatimah menyanggahku dari belakang. “Kenapa abang diam? Abang sepatutnya bela diri abang.Abang bukan dapat agregat sedikit tapi 10 agregat.”ujar Fatimah dengan penuh emosi. “Abang boleh sambung luar negara macam abang Farizal tapi abang tidak mahu.Fatimah tahu abang sengaja tidak membuat permohonan kerana abang hendak menjaga ibu di kampung.Fatimah sudah cukup kenal abang Fatimah.”kata Fatimah dengan lantunan suara yang agak kuat. Aku diam seribu bahasa.


“Kalau abang tak boleh , biar Fatimah yang beritahu kepada semua.Biar semua orang tahu ibu berbohong.” Sambung Fatimah. Kulihat wajahnya berubah menjadi merah.Fatimah melangkahkan kaki untuk kembali ke dapur,tempat perbualan antara ibu dan Mak Cik Som.Aku menahan Fatimah.Tangan Fatimah ditarik olehku dari meneruskan langkahnya. “Jangan Fatimah.Dengar cakap abang,Fatimah.Abang tak benarkan Fatimah aibkan ibu di hadapan orang kampung.Biar aib itu atas abang bukan kepada ibu.”kataku dengan nada yang agak keras. Air mata Fatimah mengalir dengan tiba-tiba.Tanpa disedari, aku telah meninggikan suara kepada adikku. “Maafkan abang ,adik.”pintaku dengan nada lemah. Fatimah melangkah naik ke atas rumah dan meluru masuk ke bilik. “Astaghfirullahalazim.”ucapku panjang.

Farizal sudah terbang ke Eropah. Aku pula menyambung pengajianku di peringkat STPM di desa.Namun begitu, aku ada menyimpan hasrat untuk menyambung pengajianku di luar negeri suatu hari nanti.Aku ingin merealisasikan cita-citaku. Kini, sudah hampir seminggu aku kembali tinggal bersama ibuku.Layanan ibu terhadapku masih dingin seperti dahulu.Namun, ada suatu peristiwa yang berlaku yang menyebabkan hati kecilku memaksaku untuk kembali semula ke rumah ini. *** “Abang!Abang!” Fatimah berlari ke rumah opah sambil menjerit memanggilku. “Abang, ibu jatuh sakit.Badan ibu panas sekali.”jelas Fatimah sambil tercungapcungap.


Hatiku tiba-tiba menjadi tidak tentu arah. “Bila ibu jatuh sakit?Ibu dekat mana sekarang?”soalku bertubi-tubi. “Pagi tadi abang.Ibu ada di rumah.”jawab Fatimah. Aku terus bergegas mengekori Fatimah.Setelah tiba di rumah, aku terus melangkah masuk ke bilik ibuku.Aku melihat ibuku terbaring lemah di sebalik selimut. “Fatimah ,tolong belikan satu papan ubat panadol untuk ibu ya.”aku memberi arahan kepada Fatimah. Aku mengambil tuala dengan segera lalu dibasahkan sebelum meletakkannya di atas dahi ibuku. Selepas itu, aku terus turun ke dapur dan menyediakan bubur untuk santapan ibu.Aku meminta Fatimah untuk menyuapkan ibu bubur tersebut dan memberi ibu makan dua biji ubat panadol yang dibelinya tadi.Kemudian aku meminta izin untuk keluar sebentar daripada Fatimah.Setelah beberapa ketika aku kembali semula. “Fatimah,datang sini sekejap,”panggilku dengan nada bisikan dari depan bilik ibu. “Fatimah letakkan bunga ini di sebelah ibu.”kataku sambil menghulurkan kuntuman bunga melur putih. “Bunga ini untuk apa abang?”soal Fatimah ingin tahu. Aku tersenyum simpul. “Bunga ini menyimpan seribu satu memori antara ibu dan ayah.”terngiang kata-kata daripada arwah ayah. *** Aku meneruskan rutin harianku untuk membawa lembu-lembu ke padang rumput untuk makan. Setelah ketiadaan ayahku, aku menternak lembu milik arwah ayahku dan menjaga kebun peninggalannya.Tanah kebun ini telah dipindah milik atas namaku


sebelum ayahku meninggal dunia.Hasil yang diperolehi dari tanaman yang dijual kepada pemborong akan diserahkan kepada ibuku dan disimpan sedikit sebagai tabungan aku untuk masa hadapan. Hari ini hari terakhir aku menuai hasil tanaman di kebun arwah ayahku dengan keringatku sendiri.Aku menyapu peluh di dahi.Aku dan Fatimah memulakan langkah untuk pulang ke rumah. “Fatimah, apabila abang tiada nanti jagalah ibu baik-baik.”pesan aku kepada Fatimah. “Jangan lupa bawa lembu-lembu ini untuk meragut rumput di padang.Duit hasil jualan tanaman ini nanti Pak Hamid akan serahkan kepada kamu pada hujung bulan.Duit itu nanti kamu serahkan kepada ibu ya.”pesanku lagi dengan panjang lebar.Aku memandang tepat pada wajah adik kesayanganku itu. Fatimah membalas pandanganku dengan penuh kehairanan. “Abang hendak pergi ke mana?soal Fatimah secara tiba-tiba. Aku sudah mengagak soalan itu akan terpancul dari mulutnya. Adikku itu sudah besar panjang dan usianya sudah menjengah 17 tahun. Mungkin sahaja Fatimah dapat meneka maksud ucapanku.Namun begitu, aku tidak sanggup untuk menyatakan perkara yang sebenar.Jawapan yang mungkin melukakan hati Fatimah. Aku menarik tali lembu dan mempercepatkan langkahan kakiku. Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, aku membersihkan kaki dan mendaki anak tangga ke atas rumah. Aku melihat ibu sudah tercegat di hadapan pintu rumah.Aku lantas menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu.Huluran tanganku dibiar tidak bersambut. “Pang!”satu tamparan hebat singgah di pipiku.


“Anak tak guna!Siapa izinkan kau jual tanah itu.”ibu menghamburkan kata-kata. Aku terdiam. “Sia-sia ayah kau tinggalkan tanah sekangkang kera itu dekat engkau.”bentak ibuku lagi. “Ibu.”seruku secara tiba-tiba.Aku ingin penjelasanku didengari. “Hah,sudahlah!Jangan berani kau panggil aku ibu.Aku tak ada anak macam kau.Aku tak nak tengok muka engkau lagi,keluar engkau dari rumah ini.”kata-kata ibuku menusuk hatiku.Pedih. Mataku mula bekaca-kaca. Aku cuba menahan air mataku dari gugur membasahi pipi. Aku masuk ke bilik.Aku tidak sanggup lagi mendengar kata-kata ibu yang sinis.Pertengkaran kami berakhir di situ.

Aku sudah siap untuk pergi dari rumah.Sepucuk surat ditinggalkan di dalam almari bajuku.Aku perlu berangkat sebelum subuh menjelma. “Ibu!abang Faizal sudah tidak ada.”jeritan Fatimah memecahkan suasana dinihari. “Ibu baca surat ini.Memang ini yang ibu mahu bukan?”ujar Fatimah sinis. “Semua salah ibu.Gara-gara ibu,abang Faizal larikan diri dari rumah.”kata Fatimah lagi. Dia menyalahkan ibunya atas pemergian abangnya.Ibu terdiam seribu bahasa.Soalan Fatimah dibiar tanpa jawapan. *** Sudah hampir 10 tahun, aku meninggalkan keluargaku. Pada mulanya tiada siapa tahu di mana keberadaanku, namun setelah beberapa ketika aku berdepan dengan krisis


kewangan dan aku terpaksa menghubungi Kak Long untuk meminjam sedikit wang.Sejak hari itu, Kak Long mengetahui keberadaanku. Namun begitu , Kak Long bejanji untuk menyimpan rahsia tersebut dari pengetahuan ahli keluargaku yang lain. Kewanganku sudah semakin stabil.Kini aku menjawat jawatan sebagai arkitek kanan bagi sebuah syarikat swasta yang terkemuka setelah berhempas pulas untuk menamatkan pengajianku di menara gading. Syarikat tempat aku bekerja baru sahaja mendapat satu kontrak binaan di tengahtengah bandaraya Kuala Lumpur. Pada hari ini , aku ditugaskan untuk mewakili syarikat bagi menandatangani perjanjian bersama seorang Dato‟. Aku mendapat makluman bahawa perjanjian itu akan mendapat liputan media massa dan akan disiarkan di kaca televisyen. “Sebaik

sahaja

aku

menyelesaikan

tugasan

ini

,aku

akan

terus

pulang

ke

kampung,”getus hatiku. Hari ini merupakan hari bahagia buat Abang Ngah yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Aku berharap aku sempat menjamah nasi minyaknya apabila tiba di kampung petang nanti. Dalam perjalanan ke lokasi tapak projek, aku menyelidik serba-sedikit berkenaan latar belakang Dato‟ yang bakal aku temui selepas ini .Ia menjadi kebiasaanku sebelum aku berjumpa dengan mana-mana klien syarikat.

Aku harus menelefon ibuku.Ada berita penting yang ingin aku khabarkan.Aku menekan butang pada telefon bimbit dan mendail nombor telefon rumah.Aku menanti-nanti panggilanku diangkat dengan penuh harapan. “Assalamualaikum.Siapa di talian?Ingin bercakap dengan siapa?”terdengar suara di hujung talian.


Suara yang aku rindui sekian lama. “Hello,hello.Ingin bercakap dengan siapa?” Fatimah memanggil-manggil di hujung talian. “Ini abang adik,abang Faisal,”aku menyahut panggilannya. Suara Fatimah tidak lagi kudengari.Sunyi. “Abang,betul ke abang ni?Bila abang ingin pulang ke rumah?” kali ini suara Fatimah diiringi dengan esakan tangisan. “In shaa Allah hari ini adik.Selepas selesai urusan abang di sini abang akan segera pulang.”ucapku untuk menenangkan Fatimah. “Adik,abang nak minta tolong satu perkara .Sampaikan kepada ibu yang abang akan bawa pulang hadiah besar untuk ibu.Kalau adik tak sabar nak tengok abang, tengahari nanti adik buka siaran TV1 ya,”tuturku di hujung talian. Setelah

menitipkan

salam

buat

semua

ahli

keluargaku,

aku

meletakkan

gagang.Perbualan kami terhenti di situ.

*** Aku memacu kenderaan menyusuri kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan. Akhirnya pacuan empat rodaku tiba di halaman rumah. “Kita sudah sampai Dato‟,”beritahu aku kepada teman „baru‟ aku. Aku segera keluar dari ruangan pemandu . “Ibu,ibu!”aku memanggil dari luar rumah.


Tidak lama kemudian, ibu muncul di hadapan pintu rumah.Begitu juga ahli keluarga yang lain.Aku meratap wajah mereka satu persatu.Aku melangkah mendekati ibuku dan memeluknya erat. “Maafkan abang,ibu.”aku merayu dengan bersungguh-sungguh. Tanpa disedari,linangan air mata mengiringi esak tangisku.Ibu menarik tanganku dan menggenggamnya. “Tiada apa yang perlu dimaafkan,ibu yang bersalah,” kata ibu dengan nada yang agak sayu. “Ibu,abang ada bawakan hadiah untuk ibu,”kataku sambil mengesat air mata.Aku memimpin ibu menuruni anak tangga. “Ibu tunggu sekejap ya,”beritahuku kepada ibu. Kemudian aku bergegas untuk membuka pintu kereta di bahagian penumpang.Belum sempat aku berbuat demikian, pintu kereta dibuka perlahan-lahan. “Dato‟,”seru aku sebaik sahaja melihat sebatang tubuh berdiri di hadapanku. “Pandai kau didik anak kau,”ucap Dato‟ Syed sambil menepuk bahuku. Beliau berjalan mendekati ibuku dan menghulurkan tangannya kepada ibu. Ibu menyambut tangan ayahnya dan menciumnya. “Alhamdulillah,”aku memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Akhirnya, amanah ayah kepadaku terlaksana jua.


Satu rindu  

Selagi kaki ini mampu berlari akan kuteruskan langkah hingga tiba nanti di teratak kasih bonda

Advertisement