Page 1


Menjejaki Warisan di Bumi Filipina Impian menjadi kenyataan. Itulah yang dapat digambarkan setelah saya melangkah masuk ke perut kapal terbang tambang murah yang memberi peluang kepada saya untuk ke destinasi yang saya idamkan ini. Saat orang lain ingin ke Beijing, Bandung atau London, saya memilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Clark iaitu lebih kurang dua (2) jam perjalanan dari Manila, ibu negara Filipina. Lawatan terakhir saya bersama keluarga adalah 18 tahun dahulu iaitu ketika saya berusia 10 tahun. Namun jika dahulu saya sekeluarga pulang ke sana, namun kali ini hanya ibu saya, Maimunah Latif yang menemani saya ke sana. Saya katakan ‘pulang’ kerana Filipina merupakan tempat kelahiran ayah, Fancisco Tinaya Solana @ M. Sulanah Abdullah. Lebih tepat saya katakan di Kepulauan Leyte, salah sebuah pulau yang bersejarah di Filipina. Antara sejarahnya, kisah pendaratan terkenal tentera Amerika, pimpinan Jeneral MacArthur pada Perang Dunia Kedua di Leyte. Mengikut jadual percutian selama dua (2) minggu yang saya sediakan, kami tinggal di Manila selama tujuh (7) hari dan selebihnya di Kepulauan Leyte. Di Manila saya menginap di rumah sepupu di Quezon City. Terlalu banyak perubahan jika diimbas kembali 18 tahun dahulu. Pembangunan yang cukup pesat juga jalan raya yang padat dengan kenderaan yang sangat padat. Saya telah dibawa ke beberapa pusat membeli belah di Manila seperti di Trinoma, Greenhills, Shoemarts dan sebagainya. Rata-rata tiada banyak perbezaan daripada pusat membeli belah di Kuala Lumpur yang gah dengan Suria KLCC, Pavilion dan Midvalley. Cuma saya bersama ibu sangat sangat teruja ke pasar terbuka atau ‘tyangi’ di Baklaran dan Greenhills. Barang yang dijual cukup murah dan boleh ditawar. Saya sempat menyambar sepasang baju tradisional wanita Filipina dan tidak sabar-sabar untuk memakainya pada hari graduasi saya kelak. Sejak kecil saya membayang diri saya sebagai Imelda Marcos dan tersenyum ketika menyarung baju tersebut di tengah-tengah kedai yang sesak sambil berbisik kepada diri sendiri, “ini dia Imelda Marcos Malaysia”.


Tidak ketinggalan juga kraftangan Filipina dan eksesori wanita yang diperbuat daripada serat nanas (pineapple fiber) dan siput yang cukup menarik. Tanpa disedari tibalah masanya kami berangkat ke Leyte. Kampung ayah terletak di Julita (disebut Hulita). Saya sangat teruja kerana lebih ramai saudara mara yang berada di Leyte. Penerbangan yang memakan masa 45 minit dialun dengan perasaan yang bercampur baur, gembira, sedih, sebak silih berganti. Mungkin saya sendiri tidak menyangka misi ke Filipina ini menjadi kenyataan. Namun, apabila mengingatkan detik-detik saya pulang ke Leyte 18 tahun yang lalu, sejak awal ayah telah melatih saya untuk berlari dan memeluk setiap orang yang ada didepan mata terutamanya Auntie Chol kakak sulung ayah, saya tersenyum lebar sehinggalah Ketua Peramugara memaklumkan yang kapal terbang akan mendarat seketika lagi. Jantung saya berdegup kencang, berdebardebar untuk bertemu mereka yang jauh di mata tetapi dekat dihati.

Saya sangat gembira bertemu sepupusepupu saya. Kami tidak henti-henti bersembang semasa dalam perjalanan hingga Rafael Park, di mana majlis makan malam kecil diadakan sehinggalah tiba di rumah yang kami menginap di Julita. Malam itu juga saya dan ibu menyingkap kenangan yang berlaku 18 tahun yang lalu dan diimbas pula kenangan yang berlaku beberapa jam sebelum malam berakhir. Kami dapati, walau berjauhan rupa-rupanya mereka masih menghargai dan menyayangi kami satu-satunya keluarga Malaysia yang mereka ada. Teringat kata-kata arwah ayah saya, “once you’re related to Filipinos, you are relatives forever”. Benarlah kata-kata ayah. Kalau sahabat pun dikatakan saudara inikan pula saudara sendiri. iItulah antara budaya yang ingin sekali saya bawa pulang ke Malaysia. Malam berakhir dengan penuh kenangan indah.

mewahnya kehidupan bekas Wanita Pertama Filipina itu. Setiap bilik yang dilawati mempunyai tema-temanya tersendiri. Juga terdapat gambargambar koleksi peribadi beliau. Saya teruja melihat potret beliau yang terletak di ruang dinding yang sangat catik. Saya juga sempat bergambar berhampiran gambar tersebut sebagai satu kenangan seolah-olah saya bersama Imelda Marcos. Namun saya agak kecewa kerana tiada pakaian dan kasut milik beliau dipamerkan. Saya beranggapan mungkin ia terlalu peribadi dan beliau tidak bersedia untuk dipamerkan untuk tatapan ramai. Akan tetapi gambargambar beliau sudah cukup untuk mengubati kekecewaan ini. Saya bawa kenangan ini kekal ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman bersama kakak saya yang juga mempunyai persamaan dengan Imelda Marcos iaitu namanya, Nina Imelda Solana. Hati bertambah gembira melihat dewan makan beliau yang mempunyai sebuah meja makan yang boleh memuatkan 30 orang tetamu. Sayup- sayup sahaja apabila saya duduk di hujung meja dan membayangkan kaum keluarga yang duduk di hujung arah bertentangan. Melihatkan dewan tarinya atau ballroom, terasa dalam cerita Inggeris zaman dahulu kala dengan gaun kembang dan bersarung tangan. Kagum saya melihat dinding muzium tersebut yang diperbuat daripada kepingan buluh yang telah dibentuk cantik, rapi, dan kemas hasil kerjanya. Kemudian, saya sempat ke San Juanico Bridge atau Jambatan Marcos yang berbentuk S bagi menyambungkan Leyte dengan Samar. Projek ini merupakan sebahagian daripada Pan-Philippine Highway dari Leyte ke Samar melalui Jambatan San Juanico. Jambatan yang sepanjang 2.16km dan 41m dari paras laut merupakan jambatan terpanjang dan antara jambatan tercantik di Filipina. Ia adalah ilham seorang arkitek tempatan bernama Juanito Isko Balunbalunan.

Kami disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Tacloban. Menitis airmata saya melihat ibu-ibu saudara yang yang menjangkau usia 80 tahun tetapi masih gagah hadir menyambut saya bersama ibu di lapangan terbang. Bagaikan rancangan Jejak Kasih, apabila kami berpelukan di antara satu sama lain sambil menitiskan airmata kerana keadaan sedemikian kali terakhir berlaku 18 tahun yang lalu. Saya tidak menyangka dengan sambutan mereka. Saya bayangkan ia tidak akan semeriah dahulu kerana kali ini dengan ketiadaan ayah dan juga faktor usia adik-beradik ayah yang datang menyambut kami. Namun, sangkaan saya meleset. Sambutan mereka semeriah 18 tahun dahulu, malah lebih mesra dan saya dapat rasakan ikatan ukhuwah itu lebih erat dan saya tidak lekang memberi senyuman kepada mereka walaupun ada di antara mereka yang saya tidak ingat namanya. Lebih kurang tiga puluh orang yang datang menyambut, persis menyambut orang kenamaan atau menghantar jemaah haji pula. Itulah yang membuatkan saya teruja dan terharu.

Destinasi terakhir untuk hari itu adalah Monumen Pendaratan McArthur ataupun dipanggil McArthur Park yang terletak di Palo, Leyte. Ia merupakan menumen peringatan pendaratan Mc Arthur dan rakan-rakannya di Filipina pada tahun 1944.

Kesokkannya saya dibawa melawat ke Santo Nino Shrine atau Muzium Imelda Marcos yang terletak di Tacloban City. Saya sangat teruja kerana saya sememangnya peminat beliau terutamanya berkaitan fesyen, penampilan, tuturkata dan tidak dilupakan koleksi ribuan kasut beliau. Apabila melangkah masuk ke muzium tersebut, saya dapat merasakan betapa

McArthur Park juga merupakan tempat rekreasi orang awam selain dijadikan lokasi aktiviti pengambaran filem dan drama. Menariknya di tempat ini, hanya beca ataupun “tricycle” yang digunakan dari Bandar untuk ke McArthur Park. Pada hemat saya ia adalah kerana pelancong boleh melihat dengan jelas monumen ini sambil menghirup udara segar dari pantai yang berdekatan dengan tempat tersebut.


Keesokkannya saya sekeluarga ke Kananga, sebuah daerah kecil di Leyte. Saya tenang melihat kampungkampungnya dan tanaman yang hijau dan menyusuri padi serta kebunkebun yang dimiliki oleh penduduk tempatan. Saya juga tersenyum apabila berkesempatan melihak anak-anak kecil ke sekolah. Kehidupan yang serba kekurangan menginsafkan saya dan merasa betapa bertuahnya saya tinggal di Malaysia dan kemudahan yang cukup maha hebat lebih-lebih lagi apabila saya bandingkan dengan kemudahan yang ada di tempat saya di Putrajaya. Selepas Kananga, saya ke Ormoc bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya, Catherine dan Ogie. Pengalaman pertama berada dalam entourage membuatkan saya berasa lawatan saya kali ini cukup bermakna dan dihargai. Lebih ramai saudara mara yang saya temui semasa di majlis ini. Walaupun jemputan hanya 100 orang, namun ia tetap meriah dan menyeronokkan dengan permainan dan persembahan yang disediakan oleh pengurus majlis tersebut. Saya terharu apabila ramai saudaramara datang mengeliling saya dan ibu setibanya mereka di dewan resepsi itu. Mereka tahu yang saya merupakan anak bongsu Francing (gelaran manja untuk arwah ayah) dan ingin bertemu dengan saya setelah 18 tahun tidak berjumpa. Kami bersalaman dan berpelukan dan saya terhibur mendengar cerita-cerita ayah ketika muda dan bagaimana saya merupakan reflection kepada ayah

saya. Mereka katakan juga kalau saya tidak berpakaian baju kurung, sudah pasti saya kelihatan seperti seorang Filipino seperti mereka. Ibu juga banyak berseloroh dengan Auntie Chol dan Auntie Lourd menceritakan persamaan saya dengan arwah ayah yang saya baru sedari ketika itu. Menurut Auntie Chol, semangat dan keberanian saya menyerupai arwah ayah. Saya tersenyum dan terdetik dalam hati, kalau saya berani mungkin saya tidak akan tunggu sehingga 18 tahun untuk kembali ke Filipina. Cuma, mungkin keberanian itu baru sahaja wujud dalam diri saya. Pada majlis tersebut hanya saya dan ibu yang kelihatan sangat berlainan. Kami masih mengekalkan baju tradisional baju kurung semasa majlis tersebut. Tersenyum mendengar bisikan tetamu “Maghusay it mga Malaysian� apabila melalui meja kami. Yang bermaksud orang Malaysia cantik dalam dialek waray-waray iaitu dialek yang digunakan oleh keluarga ayah saya. Saya berbisik kepada ibu, nampaknya saya harus memakai baju ini selalu agar sentiasa kelihatan cantik di mata mereka. Rata-rata tetamu sangat kagum dengan kostum yang dipakai dan banyak soalan-soalan yang dikemukan daripada pakaian hinggalah isu semasa di Malaysia. Tiba-tiba saya rasakan saya sebagai duta kecil Malaysia di Filipina tatkala itu. Tersenyum mengenangkan pesanan ketua saya, betapa pentingnya maklumat dalam hidup kita. Baik berkaitan kerja, peribadi mahupun perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Ormoc terkenal dengan pantainya yang indah. Malah Filipina sebenarnya mempunyai banyak pantai kerana kedudukan geografinya. Antara yang saya berkesempatan untuk lawati adalah Pantai Alagon yang menjadi tumpuan ramai dihujung minggu. Airnya yang jernih dan sejuk serta mempunyai kemudahan permainan air ala taman tema air membuatkan pelancong dari luar negara turut ke sana untuk berehat dan bersuka ria. Saya juga turut gembira menikmati makanan yang dihidangkan. Antara yang menjadi kegemaran saya adalah pencucui mulutnya yang dinamakan refrigerated desert dan halo-halot. Sangat menyegarkan apabila dimakan ketika cuaca panas. Ia terdapat beberapa lapisan yang mempunyai pelbagai rasa. Saya juga telah mengambil resipi refrigerated dessert dari Auntie Lita, ibu saudara saya untuk mencubanya


apabila tiba di Malaysia. Pencuci mulut yang menyegarkan tekak itu turut digemari oleh abang saya, Mohd Fellimal Solana. Sebenarnya saya peminat kek dan roti. Maka, penemuan saya dengan sejenis roti yang dinamakan tinapai juga membuatkan saya kini sangat merindui Julita. Tinapai seperti roti bun di Malaysia tetapi rasanya yang lembut dan cara memasaknya yang menggunakan cara tradisional iaitu bara api daripada arang sangat memberi kesan yang cukup menerujakan. Seorang kenalan saya dari Cebu yang mempunyai sebuah bakeri kecil milik keluarganya, tidak teragk-agak menamakan salah satu roti di bakeri mereka Imelia Banana Bread sempena nama saya sebagai tanda terima kasih atas lawatan kami ke bumi Filipina kali ini. Sekali lagi saya cukup terharu dengan persepsi dan layanan mereka terhadap kami. Betapa tingginya orang Malaysia di mata mereka.

Bangos dan Kinilaw juga merupakan kegemaran saya. Bangos adalah ikan terubuk bakar. Manakala kanilaw adalah ikan yang dimasak dengan perahan limau. Sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan diet. Sepanjang saya di sana, saya tiada masalah dengan makanan. Kerapkali hidangan makanan yang disediakan, saudara-mara saya akan berusaha mengadakan juadah yang berasaskan sayur-sayuran untuk kami. Terharu pula rasanya disebabkan kami mereka harus memikirkan jenis makanan yang sesuai untuk keluarga Islam mereka ini. Saya dan juga ibu pula merupakan pengamal diet yang tegar,maka tiada masalah langsung untuk tidak berjumpa ayam sepanjang dua (2) minggu itu. Dan kami juga tidak memakan daging sejak di tanah air dan apatah di negara orang. Cukuplah dengan apa yang disediakan dan kadang-kadang melebihi ekspetasi kami pula juadah yang disediakan. Yang menariknya, mereka juga menjadi vegetarian seperti kami kerana terlalu menghormati tetamu dan ingin menikmati apa yang dihidangkan kepada tetamu sahaja dan tiada bezanya antara kita. Diam tak diam dua (2) minggu telah berlalu. Sedih rasanya mahu meninggalkan bumi yang terkenal dengan pulau-pulaunya yang cantik dan penduduknya yang sangat ramah dan menyenangkan. Sebagai seorang yang bergiat dalam dunia media dan perhubungan awam, Memang tepat saya katakan “Filipinos are good in PR� . Saya tidak teragakagak untuk mengadaptasikan amalan ini di tempat kerja saya bersama rakanrakan saya. Terdetik dihati kecil saya, saya akan kembali ke bumi Filipina ini dalam masa terdekat. Saya tidak akan biarkan cinta saya ditinggalkan untuk 18 tahun lagi. Kenangan ini saya bukukan dalam jiwa saya dan mengajar saya untuk tidak lagi membiarkan rasa sayang itu hanya dengan panggilan telefon dan email. Juga beranggapan yang mereka

sentiasa sihat dan tetap menyayangi kita walaupun berjauhan dan terlalu yakin dengan ikatan yang wujud antara kita. Namun, ikatan itu lebih erat jika disusuli dengan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Sebagai yang muda, saya rasa bertanggungjawab untuk membawa ibu menziarah saudara-mara di sana lebih-lebih lagi ibu dan bapa saudara saya yang telah menjangkau 80 tahun. Kepada mereka yang mempunyai saudara yang jauh, jika berkesempatan lawatlah mereka, peluklah mereka dan berbicara dari hati ke hati dan bertentang mata. Tunjukkanlah kasih sayang anda tanpa batasan, tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. Saya bangga mempunyai keluarga yang berlainan adat, agama dan bangsa. Mereka sangat menghormati dan menyayangi saya dan keluarga di Malaysia. Dan begitu juga kami di sini. Hubugan kami lebih akrab dan lebih kerap berhubung melalui facebook, twitter, skype untuk generasi yang muda manakala untuk generasi yang lebih dewasa melalui panggilan telefon. Lawatan kali ini bukan sekadar lawatan yang biasa tetapi telah mengeratkan dua keluarga dari dua buah negara. Saya percaya bahawa, jika kita mahukan sesuatu itu menjadi realiti dan percaya kita boleh lakukannya, ia boleh menjadi suatu realiti. Sokongan keluarga dan rakan-rakan sangat membantu. Paalam Filipina, salamat dan Mahal kita!

Disediakan oleh Lizza Imelia Solana


“Do you hear them when they cry?” Mohammed is a 25-year old jobless man. For half of his life he has been struggling to ‘stand’ tall amongst his friends, family and society. His hobbies are just like most men’s. He likes playing sports, watching movies, playing arcade games, crooning at elegant, sporty cars that pass by, chit chatting with women and many more. But instead, he is locked up in his 600 sq ft flat sitting and watching tv all day. Mohammed is what society calls a ‘disabled’ person. He is paralysed from his chest down and is wheelchair bound for the rest of his life. Apart from not being able to walk, he also has limited finger and hand movements, an impairment that rarely is noticed by other ‘normal’ human beings. “As much as possible, I try to act as if I have full function and control (over my fingers). Once they think that you are more disabled than the rest, the slimmer your chance to be accepted into society,” he says this while throwing a casual laugh. His laugh is almost like a sign of how he is use to being mistreated by society. When asked how he wants to be accepted by society, he laughs casually again. “I just want to be like other ‘normal’ people. I want to be given a chance to go to school. I want to be able to study and get a job, so I can get a steady monthly income to pay for my food, transportation and other expenses. I’m just like any other human beings. I have needs too. Mohammed relates this to his memory of being paralysed. It was in the year of 1998, when he was 14 years old and living in Penang, Mohammed was Penang’s star athlete having won the award as the fastest runner and captain of the football team. He made his school and mom very proud until one day, whilst practicing with his friends in a game of sepak-takraw, he slipped and fell. As a result of the fall, he sustained severe neck injuries. Two weeks after, he had to leave school as it was impossible for him to continue his education in his condition. They told him that boys in wheelchairs will not be able to keep up with school especially when the classes are all only accessible by staircases. Mohammed was devastated. Since then, Mohammed has been sidelined by society. He is now living in KL with his sister who takes care of him. It has been more than a year and he is still jobless. He doesn’t have the education to support him and even when he is offered a job, it is impossible for him to go to work as wheelchair-friendly transportation services are often scarce or located far away. Mohammed cites experiences where he was charged exorbitant fares by taxi drivers because they know that he has no other choice of transportation. He shrugs when asked about the Government’s effort at providing wheelchair-friendly busses and trains. “Even if I see a wheelchair-friendly bus, it will rarely stop to take me in as a passenger. Bus drivers, like most people, think we are a burden to them. Society has long forgotten that a physically-impaired human being is still a human being. They are so used to the idea of us being bed ridden and being taken care of by our family members. ‘Why go out and waste people’s time to take u up or down a stairs’, they will say. ‘Isn’t there enough charity and philanthropic activities going on already to help disabled people?’ To them I ask this, what happens when no one is left to take care of us?” “I may be physically-impaired but I am perfectly able! I am able to learn study, work and earn my own living if only I am given a chance. Its not that I do not want people’s sympathy and help but how long can one rely and depend on others to live. Life goes on and often we are the ones who get left behind.” As we close the conversation, he spoke these last words that resonate in many parts of our daily lives, “Society’s perception and structure that disable a man not his physical-impairment. If only we can change that perception, I believe that that would be a giant step towards creating an equal opportunity to perfectlyable men like me.” By : Hana Kamaruddin Hana Kamaruddin is an avid reader, kickboxer, lover, tree hugger, cook and above all, an aspiring writer. She is currently interviewing 12 persons from various marginalised group get their (silent) voices heard, in an effort to create love, responsibility and equality in the world. Occasionally, she can be spotted at bookstores sitting on the floor flipping and inhaling the smell of books. She claims that such behaviours are common in bookworms like her. If you disagree, she can be reached at wfarhana@gmail.com.

Inspiration  

An ezine about anything and anyone to spark inspiration and also fun !

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you