Risalah Madani

Page 15

CORETAN SI PERANTAU PENGEMBARAANKU UNTUK MENIMBA ILMU BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... ASSALAMUALAIKUM WBT.. 02hb oktober tahun lalu ,merupakan detik yang sangat bersejarah dalam kehidupan ini. Pada hari tersebut saya dan rakan-rakan yang lain berlepas meninggalkan tanah air tercinta untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di negara yang dikenali sebagai tanah air para anbia iaitu republik Mesir. Alhamdulillah setinggi-tinggi ucapan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala limpahruah nikmat dan kurniaNya kerana telah mengizinkan saya untuk menjejakkan kaki di bumi para anbia ini. Bukan untuk bersuka-ria melancong tetapi untuk mencapai satu target dan matlamat murni iaitu menuntut ilmu perubatan. Pertama kali bersua muka dengan penduduk tempatan yang berbangsa arab,satu ekspresi ataupun pandangan yang sangat indah terbit di dalam sanubari ini dan ia amat berbeza dengan ekspresi bertemu dengan pelancong eropah yang datang melancong di negara kita buat pertama kalinya. Penduduk arab di sini Alhamdulillah sangat ramah berjumpa dengan orang asing yang baru pertama kali berjumpa. Keadaan ini amat berbeza sekali dengan di negara kita. Subhanallah, maha suci Allah swt yang amat berkuasa. Ikatan ukhuwah dan persaudaraan di sini amat kuat, di mana-mana boleh kita dengari ucapan salam diberikan. Kala bertemu dua orang kawan, mereka akan saling bersalaman dan melagakan pipi antara satu dengan yang lain. Perkara ini tidak hanya berlaku dalam kalangan perempuan malahan lelaki juga.Ini membuktikan ikatan persaudaraan antara mereka amat kuat dan baik.

Tempat minum awam juga disediakan di mana -mana tempat di sini. Meskipun alat pembekal air minuman itu tidak secanggih di malaysia tapi ia memberikan sumbangan yang sangat besar kepada para penggunanya. Orang arab di sini juga sangat murah hati. Mereka juga akan memberikan barangan ataupun perkhidmatan mereka secara percuma tanpa kita pinta. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa amalan bersedekah amat disukai dan dicintai oleh orang arab yang juga merupakan sunnah Baginda SAW. Subhanallah,maha suci ALLAH SWT.. Di saat kita melangkahkan kaki ke dalam kedai, menaiki teksi ataupun melewati rumah-rumah di sini, kita akan sentiasa mendengar alunan ayatayat suci Al-Quran dialunkan. Kebanyakkan penduduk arab yang saya temui juga mempunyai kesan hitam di dahi mereka(tanda sujud). Subhanallah indahnya pemandangan ini. Terdetik di dalam hati, alangkah indahnya jika negara kita pun menjadi seperti ini (aminn). Dalam hal pembelajaran di universiti pula,pelajar arab akan sentiasa mendominasi kedudukan yang teratas ketika keputusan peperiksaan diumumkan. Mereka amat suka mengajukan pertanyaan kepada para pensyarah jika mempunyai pertanyaan dengan suara yang lantang dan ini membuktikan mereka mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam diri mereka sendiri. Subhanallah...banyak lagi pengalamanpengalaman yang diperolehi tapi tidak mampu diungkapkan. Indah dan terlalu indah itulah kesimpulan yang dapat saya berikan. Jika ada keinginan untuk datang ke sini silalah datang untuk menyaksikannya sendiri. Wallahualam... Â

PENULIS: SITI ARFEZAH BINTI SULIN, PELAJAR MEDIC TAHUN 1 UNIVERSITI MANSOURA, MESIR.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.