Page 1


Secarik Kuras Presiden…. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kita terhadap Yang Maha Esa, kerana dikurniakan oleh Allah nikmat iman dan Islam. Akal yang dikurniakan oleh Allah Azza Wa Jalla diilhamkan untuk kita agar melaksanakan tuntutan fitrah dan amal kebaikan kepada Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Setelah setahun berlalu,GNCC telah melakarkan sejarah yang begitu bermakna kepada setiap ahli. Satu demi satu pencapaian yang membanggakan diraih dan dikecapi bersama oleh setiap ahli. Dengan motto ‘Mencari Keredaan Allah’, GNCC tampil dengan pelbagai program yang beragenda jelas untuk disajikan kepada warga Kolej MARA Banting juga kepada masyarakat sekeliling sehingga seantero dunia. Slogan ‘Peduli Ummat’ menjadi sumber inspirasi kepada GNCC untuk mara kehadapan berkhidmat dan berbakti demi memastikan kecintaan dan kedamaian sentiasa dinikmati oleh sekalian insan. GNCC juga terkehadapan dalam membentuk jati diri ahli dengan menerapkan program-program yang berteraskan pendidikan yg syumul dan mapan. Selaras dengan IB Learner Profile, GNCC sentiasa menghayatinya dengan berlandaskan amal Islami. Diharapkan agar, kecemerlangan diteruskan generasi demi generasi. Ahli GNCC haruslah mempunyai agenda yang jelas yang menyebabkan driving force untuk terus istiqamah dalam amal. Jutaan terima kasih kepada pengarah, Pn.Noraini bt Abdul Rahman,pihak kolej, pensyarah-pensyarah juga kepada sahabat serta mereka yang turut serta bersama secara langsung atau tidak, membantu kami merealisasikan agenda-agenda GNCC. Marilah bekerja dan berjuang. Sekian.Wassalam.

1


Isi Kandungan Secarik Kuras Presiden.......………………………………………………………………………….3 Pengenalan………………………………………………………………………………………………..4 Visi dan Misi……………………………………………………………………………………….……..5 Motto, Slogan dan Pendekatan…………………………………………………………………..5 Carta Organisasi………………………………………………………………………………………..5 Bidang Kerja AJK……………………………………………………………………………………….8 Senarai Ahli………………………………………………………………………………………………10 Laporan Aktiviti…………………………………………………………………………………………11 Semai Bakti Nusantara Acheh SEBAK’11……………………………………………………

2


Pengenalan Guidance and Counseling Club (GNCC) ialah satu persatuan Kolej MARA Banting (KMB) yang ditubuhkan pada tahun 2002. GNCC berdaftar di bawah Unit CAS KMB. Ianya ditubuhkan bagi membina jati diri pelajar dari sudut fizikal dan spiritual serta menerapkan cara hidup Islam yang unggul. GNCC juga berperanan aktif dalam masyarakat dalam dan luar dalam memberi khidmat sosial yang bermutu dan dinamik. GNCC optimis bahawa pelajar KMB secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi pelajar yang hebat. GNCC mengajak pelajar menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguhsungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh GNCC kepada pelajar khususnya kepada ahli GNCC. GNCC tampil dengan cara yang tersendiri dan kreatif dalam menyumbang bakti kepada pelajar serta kolej. Program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah bermatlamat murni dan memberi impak kepada ahli dan juga pelajar

3


Visi Untuk menjadi persatuan qudwah, membina dan membangun jati diri insan terunggul dan dinamik.

Misi     

Membangunkan potensi ahli yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dalam kalangan ahli Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik. Melahirkan ahli yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental. Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman.

Motto “Meraih Keredaan Ilahi”

Slogan “Peduli Ummat”

Pendekatan      

Mengutamakan prinsip keutamaan Membangun dan membina Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah Bertindak sederhana dan bijaksana Bekerja secara kolektif Dedikasi, iltizam dan istiqamah

4


Pn.Mardiah bt Kathani Pensyarah Penasihat

Abdul Alim b Nazri Presiden

Nur Najah bt Mahmood

Mohd Zaid b Nasir Timbalan Presiden II

Timbalan Presiden I

Mohamad Khairul b Mansor Setiausaha

Ridhwah Anis b Auzait

Nur Zawani bt Zulkifli

Penolong Setiausaha II

Penolong Setiausaha I

Muhd Yasin Ting b Muhd Sufian Ting Bendahari

Nur Adibah bt Ahmad Shukri Penolong Bendahari

5


UNIT LUARAN Ketua- Faris Iskandar bin Che Yusof Pen.Ketua- Nur Fatema Zahra Noor Hamidi Ahli:  Nur Fadhilah Nordin  Nur Malihah Athirah binti Mohammad  Nur Najah binti Mahmood  Salman Ayassy bin Razman  Muhammad Nur Ariff bin Abdul Razak  Wan Abdul Aziz bin Wan Shoaidi

UNIT SUMBER MANUSIA Ketua- Mohd Amir Asyraf Bin Mohd Hamzah Pen.Ketua- Siti Zulaikha Azwin binti Shukri Ahli :  Ainun Munirah binti Zulkifli  Alia Syamim binti Zahari  Aina Nurina binti Aman  Ridhwah Anis binti Auzait  Ammar bin Adnan  Abdul Alim Bin Nazri  Hanafi bin Ismail  Mohd Zaid bin Nasir UNIT MULTIMEDIA Ketua- Mohd Afif Syazwan bin Alias Pen.Ketua- Atikah binti Hassan @ Che Hassan Ahli :  Nur Dini binti Johari  Nurul Aini Farhana binti Muhammad Tajudin  Nur Sakinah binti Muhammad Faizal Selvaraj  Nur Adibah binti Ahmad Shukri  Azrin bin Fauzi  Ahmad Izzuddin bin Mohmad Nor  Mohamad Khairul bin Mansor  Wan Mohammad Fahmi bin Wan Muhammad Faisal

6


UNIT EKONOMI DAN JUALAN Ketua- Kitaro Irwan bin Mohd Azuan Pen.Ketua- Sarah Iman binti Khairul Azhar Ahli :  Ain Zaffira binti Zaini  Nur Zawani binti Zulkifli  Ahmad Farhan bin Azami  Mohd Nidzar bin Idris  Muhd Yasin Ting bin Muhd Sufian Ting

7


Bidang Kerja AJK Presiden 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Melaksanakan meeting bulanan ajk GNCC. Membuat perjumpaan ad-hoc. Perjumpaan bulanan semua ahli. Bertanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan. Menjadi sumber rujukan dan syura. Memantau perkembangan setiap unit dan ahli

Timbalan Presiden 1. 2. 3. 4.

Membantu presiden dalam merencana gerak kerja Merekod kehadiran ahli dalam setiap perjumpaan. Menyelaras setiap aktiviti dan program. Menjadi jurucakap bagi pihak kelab.

Setiausaha 1. Membuat laporan bagi setiap aktiviti 2. Bertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja program. 3. Mengemaskini data dalam yahoo group. Bendahari 1. Membuat akaun tahunan kelab 2. Menguruskan dana kewangan dan yuran ahli Unit Khoriji 1. Menyelia aktiviti GNCC di luar kawasan kolej. 2. Menjadi jurucakap kelab untuk hal-hal berkaitan aktiviti luar kolej. 3. Menganjurkan program berbentuk kem motivasi kepada pelajar-pelajar luar kolej. 4. Melaksanakan lawatan dan perkhemahan. 5. Membuat kutipan derma untuk disedekahkan kepada anak yatim 6. Membuat kolloberasi dengan kelab –kelab lain di kolej. 7. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

8


Biro Pembangunan Sumber Manusia 1. 2. 3. 4.

Menyelia bahagian pembanguan sumber manusia. Iktikaf , Iftar dan Liqa’ Firdausi setiap bulan. Riadah ahli GNCC. Komited dalam usaha meningkatkan kualiti ahli dalam pembangunan diri dan sahsiah. 5. Membangunkan kompentasi ahli. 6. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit. Biro Multimedia 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Melaksanakan promosi dan aktiviti penerbitan GNCC. Di bawahnya terdapat Unit Penulisan dan Kreativiti dan Unit Group. Menyelenggara blog GNCC. Menerbitkankan majalah An-Nida. Membuat yahoo group dan group di Facebook. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

Biro Ekonomi 1. Bertanggungjawab dalam urusan jualan dan peningkatan pendapatan kelab. 2. Mengambil peluang perniagaan pada setiap aktiviti rasmi kolej 3. Menyediakan minit mesyurat dan laporan unit.

9


AHLI GUIDANCE & COUNSELING CLUB (GNCC) 2011/2012 BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

NAMA Abdul Alim Bin Nazri Ahmad Farhan Bin Azami Ahmad Izzuddin Bin Mohmad Nor Ali Ilhami Bin Basir Ammar Bin Adnan Azrin Bin Fauzi Faris Iskandar Bin Che Yusof Hanafi Bin Ismail Kitaro Irwan Bin Mohd Azuan Mohamad Khairul Bin Mansor Mohd Afif Syazwan Bin Alias Mohd Amir Asyraf Bin Mohd Hamzah Mohd Nidzar Bin Idris Mohd Zaid Bin Nasir Muhamad Khairie Anuar Bin Shamsudin Muhammad Nur Ariff Bin Abdul Razak Muhammad Taufiq Ersyad Bin Nor Hadi Muhd Yasin Ting Bin Muhd Sufian Ting Salman Ayassy Bin Razman Wan Abdul Aziz Bin Wan Shoaidi Wan Muhamad Fahmi Bin Mohamad Faisal Ain Zaffira Binti Zaini Aina Nurina Binti Aman Ainun Munirah Binti Zulkifli Alia Syamim Binti Zahari Atikah Binti Hassan @ Che Hassan Engku Nor Hidayah Binti Engku Gharzali Nur Adibah Binti Ahmad Shukri Nur Amni Binti Mohd Shamsuddin Nur Dini Binti Johari Nur Fatema Zahra Binti Noor Hamidi Nur Malihah Athirah Binti Mohammad Nur Najah Binti Mahmood Nur Sakinah Binti Muhammad Faizal Selvaraj Nur Zawani Binti Zulkifli Nurul Aini Farhana Binti Muhammad Tajudin Nurul Fadhilah Binti Mohd Noordin Ridhwah Anis Binti Auzait Sarah Iman Binti Khairul Azhar Siti Zulaikha Binti Shukri

10

KELAS M10J M10D M10P M10R M10N M10C M10B M10N M10D M10T M10D M10K E10B M10A M10T E10B M10H E10B M10L M10G M10A M10F M10P M10J M10A M10F A10B A10B M10G M10J M10D M10F M10P M10J M10P M10E M10G M10L A10B M10J

NO. I/C 920112-05-5199 921008-02-6069 920518-06-5477 910907-10-5365 920809-10-5221 920117-07-5199 920623-10-5039 921222-10-5673 920713-89-5089 920827-01-5799 920706-02-5093 920123-01-5991 921115-02-5125 920106-05-5125 920608-08-6351 920723-03-5613 921121-10-5797 920413-01-6257 920911-14-6775 920807-03-5047 920610-87-5069 920509-01-5574 920816-04-5300 920914-02-5936 920123-03-5342 921207-03-5582 920612-03-5952 920123-10-5876 920112-03-5964 920813-13-5044 920608-03-5140 920304-03-3214 920405-03-5060 920324-14-6578 920204-10-5106 921229-06-5336 921027-10-5280 920726-07-5418 920515-01-6370 920825-10-6160


LAPORAN AKTIVITI

11


LAPORAN JUALAN BAZAR RAMADHAN Pada Bulan Ramadhan, tahun 2010, Guidance and Counselling Club (GNCC) telah mengadakan jualan dengan cara membuka sebuah gerai kecil di bazar Ramadhan di dalam Kolej Mara Banting. Bazar tersebut telah dianjurkan oleh pihak GEM. Dengan membayar sewa selama sebulan, pihak Biro Jualan GNCC telah mengambil alih urusan ini. Gerai GNCC telah menjual Air Batu Campur (ABC) dengan menggunakan mesin yang telah dibeli. Campuran yang telah diletak menjadikan ABC yang dijual oleh pihak GNCC disukai oleh ramai pelajar yang membeli di bazar tersebut. Jualan sepanjang bulan tersebut sangat memberangsangkan. Walaupun terdapat sesetengah hari yang menjadi batu penghalang untuk melariskan jualan seperti ketika hari hujan yang agak kerap. Namun, situasi tersebut tetap bukan menjadi penghalang untuk pihak GNCC mengaut keuntungan. Jualan ini diuruskan oleh 5 orang pelajar untuk sehari. Jadual giliran telah memudahkan kami untuk menguruskan giliran bekerja dengan lebih teratur. Pelanggan yang datang agak ramai, dan kadangkala 5 orang pelajar yang menguruskan tidak mencukupi. Justeru, akan ada sesetengah ahli kelab GNCC yang lain akan turut datang membantu walaupun pada hari tersebut bukan giliran mereka. Kesimpulannya, jualan di bazar Ramadhan di Kolej Mara Banting telah memberi satu pengalaman yang berguna dalam kalangan ahli kelab yang terlibat.

12


13


PERTANDINGAN BAHAS IHYA’ RAMADHAN (JAMIR CUP) Sempena program Ihya’ Ramadhan yang dianjurkan pada bulan Oktober 2010 , pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menghidupkan lagi program tersebutdiantaranya ialah pertandingan bahas. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penyertaan terbuka kepada para pelajar tahun satu dan dua Kolej MARA Banting secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang peserta- empat pembahas utama dan seorang simpanan. Para hakim pertandingan ini dilantik dalam kalangan guru-guru kolej sendiri serta dibantu oleh ahli-ahli kelab Guidance and Counseling yang berdedikasi. Pemilihan tajuk bahas ditentukan oleh ahli jawatan kuasa program melalui sistem syura dan musyawarah. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, baik para peserta, guru-guru ahli kelab mahupun para pelajar yang tidak terlibat secara langsung telah memberikan komitmen dan sokongan yang begitu padu serta mengagumkan. Sebanyak empat kumpulan berdaftar di bawah pertandingan debat Bahasa Inggeris dan enam kumpulan pula untuk bahas Bahasa Melayu. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dengan gaya pengucapan awam yang berjaya memukau para pendengar dan cara penyampaian yang pastinya berhasil mampamerkan kebolehan mereka. Idea-idea yang dibentangkan juga nyata menonjolkan kematangan berfikir serta keluasan ilmu yang mereka miliki. Tambahan pula, para peserta juga mampu menguasai tajuk yang diberikan walaupun hanya sedikit masa persediaan diperuntukkan. Para hakim yang terlibat memberikan komentar dan pandangan yang membina berkenaan pencapaian para peserta sepanjang pertandingan Kesimpulannya, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana pertandingan ini berakhir dengan jayanya. Selain itu, penghargaan juga perlu diberikan kepada ahli-ahli kelab yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan program. Semoga aktiviti seperti ini mampu dianjurkan lagi pada masa hadapan. Impak penganjuran pertandingan kepada ahli-ahli kelab: 1. Memberikan peluang kepada ahli-ahli kelab untuk mempamerkan kelebihan dan kredibiliti mereka dalam membantu menggerakkan kelab. 2. Membentuk sifat-sifat kepimpinan dalam diri setiap ahli kelab melalui tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

14


3. Memberi pendedahan ahli-ahli kelab berkenaan protokol sebenar dalam penganjuran sesebuah program. 4. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan tali persahabatan antara ahli kelab melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Impak penganjuran kepada masyarakat Kolej MARA Banting: 1. Memperkenalkan lagi kelab Guidance and Counseling kepada komuniti kolej melalui penganjuran pelbagai program. 2. Mendekatkan lagi masyarakat kolej dengan ahli-ahli kelab melalui kerjasama yang dijalinkan semasa pelaksanaan aktiviti. 3. Memberi peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan kelebihan mereka melalui penyertaan serta penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan. 4. Menjadi medium buat para pelajar yang ingin mengasah bakat dan kebolehan mereka.

15


16


Kem Motivasi SK Bukit Changgang November 2010 - Program motivasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang ini adalah berdasarkan objektif GNCC yang ingin menyebarkan rasa bahagia dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan masyarakat umumnya. Program ini sengaja dijalankan di sekoalh luar bagi membina hubungan kelab ini dengan masyarakat sekitar memandangka sebelum ini, ahli GNCC telah banyak didedahkan dengan aktiviti dalam Kolej sahaja. Seawal jam 7.30 pagi, semua ahli GNCC yang terlibat telah berkumpul di belakang surau bersama semua kelengkapan untuk melaksanakan program motivasi ini. Perjalanan untuk ke Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang hanya memakan masa selama kira-kira 10 minit, berjalan kaki. Setelah tiba, semua ahli terus menuju ke dewan besar sekolah terbabit untuk menyediakan semua peralatan dan kelengkapan bagi memulakan program motivasi yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi. Pada sekitar jam 8.15 pagi, kelihatan para pelajar yang terlibat iaitu pelajar tahun lima dan enam telah mula memenuhi dewan. Program selama satu hari ini telah dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama merupakan sesi “Ta’aruf” ataupun dalam program ini dipanggil sesi “Jom Kenal!”. Sesi yang memakan masa selama 2 jam ini sangat penting bagi memulakan pertalian antara ahli GNCC yang pada hari tersebut dipanggil sebagai ‘abang’ dan ‘kakak’ oleh adik-adik terbabit. Perhubungan yang terjalin ini amat diperlukan bagi membentuk kemesraan dan kefahaman sebelum sesi seterusnya nanti dapat berjalan dengan lancar. Pada sesi ini, para pelajar terbabit telah dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan dibimbing oleh beberapa orang ahli GNCC sendiri. Dalam kumpulan tersebut, beberapa permainan ta’aruf telah dijalankan bersesuaian dengan usia kanak-kanak tersebut seperti “Kuiz Identiti” dan juga “Bina Batu-Bata” dimana pada akhir sesi, semua kumpulan bergabung untuk bermain permainan yang boleh mengeratkan hubungan sesama mereka sendiri. Sesi ta’aruf berjalan dengan sempurna lalu program diteruskan dengan sesi seterusnya iaitu permainan “explorace”, “Jelajah Diri” yang berkonsepkan “outdoor game”. Aktiviti ini dijalankan bagi menyampaikan kepentingan ilmu pengetahuan kepada para pelajar dengan cara yang lebih kreatif dan tidak membosankan. Untuk permainan ini, para pelajar yang masih bersama kumpulan masing-masing telah bersama-sama menyelesaikan misi menjelajah diri masingmasing secara aktif. Beberapa ahli GNCC telah ditugaskan untuk menjaga 5 “check point” di mana setiap perhentian dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik yang menggalakkan pelajar untuk mengenali potensi dan kemempuan diri sendiri.

17


Perhentian-perhentian tersebut adalah Sayang Siapa?, Suka Belajar?, Ilmu dan Main, English is Fun dan akhir sekali adalah My Ambition. Sesi yang memakan masa selama 4 jam ini berakhir dna para pelajar dibenarkan untuk rehat sebelum menyambung aktiviti seterusnya. Pada jam 2.30 petang, program disambung dengan aktiviti ‘indoor’ dimana para pelajar bersama ahli GNCC akan masuk kedalam kumpulan untuk membincangkan kembali ibrah serta pengajaran yang dapat dicapai setelah menjalankan aktiviti “Jelajah Diri�. Dalam masa 1 jam, ahli GNCC telah berusha sedaya upaya untuk membina kefahaman mereka terhadap konsep ilmu dam amal dalam kehidupan. Sterusnya, setiap kumpulan telah diberi tugasan ringkas untuk membuat persembahan selama 8 minit. Aktiviti ini dilaksanakan bagi membina keyakinan diri pelajar disamping menjana minda kreatif dan imaginasi mereka yang selama ini hanya terperap mengikuti sesi pelajaran di dalam kelas. Untuk meningkatkan minat mereka, aktiviti ini dijalankan dalam bentuk pertandingan dan para pemenang akan diberikan hadiah pembakar semangat. Aktiviti berakhir pada jam 5.30 petang, termasuk dengan acar penutupan yang berlansung serba ringkas dan teratur. Sesi perpisahan dijalankan dengan persembahan khas oleh ahli-ahli GNCC buat adik-adik SK Bukit Changgang. Keseluruhannya, program motivasi ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama semua pihak, termasul para pelajar, guru-guru serta dedikasi ahliahli GNCC sendiri. Segala kekurangan dan masalah yang timbul sepanjang program diharap dapat diberi perhatian serius agar dapat dibaikan dan tidak berulang lagi pada aktiviti yang akan datang.

18


19


TEATER SIRAH MUZIKAL PEMBINA 10 Okt 2010 Putrajaya – Bertemakan ‘Merentas Kegemilangan Umat’, program kebudayaan Sirah Muzikal anjuran PEMBINA Selangor telah berlangsung bertempat di Auditorium Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Program ini turut dihadiri YAB Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ust Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Persembahan Sirah berbentuk muzikal ini menampilkan Kelab Teater International Islamic College (IIC), Nazrey Johani, kumpulan Nowseeheart, Muadz dan kumpulan Fareast. Program yang jarang sekali diadakan seumpama ini merupakan program anjuran PEMBINA Selangor, dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Maahad Tahfiz Bayu Syahadah, Persatuan Belia Masjid Selangor dan Nasyeed.com. Sejak dari jam 7.00 petang lagi, Auditorium Kementerian Dalam Negeri ini mula dipenuhi pengunjung yang datang dari pelbagai latar belakang. Ahli-ahli GNCC seramai 18 orang yang hadir sangat teruja untuk menyaksikan persembahan yang cuba mengetengahkan sirah Rasulullah serta kegemilangan Islam dalam bentuk kesenian dan kebudayaan. Majoriti pengunjung yang hadir merupakan golongan belia dan beliawanis yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi institusi pengajian tinggi berhampiran. Kesan Kepada Peserta Daripada teater Sirah Muzikal ini, ahli GNCC dapat menimba suatu pengalaman baru dalam dunia seni. Ianya juga memberi pengajaran kepada kami supaya mempunyai agenda dalam kehidupan untuk pembaikan diri, masyarakat, bangsa dan agama. Ahli GNCC juga dapat berinteraksi dengan IPT-IPT luar dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Teater ini juga memberikan impak yang mendalam supaya umat Islam dapat menghayati sejarah Islam yang unggul.

20


21


LAPORAN ‘MALAM KALUNGAN BUDI’ Pada 18 Januari 2011 , Guidance and Counselling Club (GNCC),Kolej MARA Banting (KMB) telah mengadakan ‘Malam Kalungan Budi’.Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan untuk pelajar tahun dua KMB yang merupakan ahli GNCC juga. Bertempat di Surau An-Nur, seramai 60 ahli yang hadir memberi sumbangan tenaga dan masa untuk menjayakan majlis pada malam tersebut. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pensyarah penasihat GNCC, Pn.Mardhiah Kathan Objektif ‘Malam Kalungan Budi ‘ adalah untuk memberi penghargaan kepada para pelajar tahun dua yang telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tahun satu dalam mengendalikan urusan perjalanan persatuan. Ini juga sebagai tanda terima kasih daripada pelajar tahun satu GNCC atas segala budi yang ditaburkan oleh pelajar tahun dua GNCC. Ketua Pelaksanaan Majlis oleh Saudara Kitaro Irwan Mohd Azuan dan dibantu oleh AJK pelaksana.Majlis dipengerusikan oleh Saudara Wan Muhamad Fahmi Mohamad Faisal dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Ucaptama oleh Pensyarah Penasihat Kelab, Pn.Mardhiah Kathani menyentuh isu keserasian ahli dan keberkesanan sistem komunikasi. Seterusnya, dalam ucapan Mantan Presiden GNCC, Saudara Ahmad Huzaifah Zulkifli, beliau menyentuh perihal kepimpinan yang adil dan projek pembangunan ummah yang sejahtera. Beliau berkata, perlunya ada kesinambungan kepimpinan bagi melancarkan proses dakwah. Dalam ucapan akhir, beliau mengumumkan pelantikan Presiden GNCC yang baru, Saudara Abdul Alim Nazri seterusnya memberi ucapan pembukaan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli GNCC tahun dua dan penasihat GNCC. Sejurus selepas itu, tayangan video perjalanan sepanjang tahun 2009-2010. Jamuan makanan disediakan oleh En.Suzaili.

22


Pelaksanaa majlis semupama ini dapat melatih pelajar tahun satu GNCC untuk bekerjasama dalam sebuah organisasi kerana aktiviti seumpama ini dapat memupuk nilai bersatu padu dalam jiwa pelajar dan seterusnya dapat menjamin kelangsungan perjalanan GNCC pada masa akan datang. ini dapat mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli.Amanat dan ucapan daripada pensyarah penasihat dan mantan presiden memberi impak kepada para ahli kerana dengan amanat ini semua ahli bersemangat untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi. Walaupun majlis yang disediakan ringkas, kerjasama antara ahli pelaksanaan dapat memberi kemeriahan terhadap pelaksanaan majlis ini.Majlis ini dikatakan ringkas dan bermakna kepada semua ahli GNCC yang hadir. Tahniah kepada pelajar tahun dua atas ukhuwah yang terbina dan tunjuk ajar yang berkesan. Semoga memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

23


24


LAPORAN KONVENSYEN SEMPENA MENGINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN MELAYU MELAKA MELAKA, 29 Januari -Konvensyen Memperingati 500 Tahun Empayar Melayu Melaka, KEMM1511 diadakan bertempat di Universiti Teknikal Melaka, UTEM anjuran Ikatan Muslimin Malaysia dan Persatuan Belia Islam Nasional. Seramai kira-kira 3500 peserta hadir terdiri daripada tokoh-tokoh negara, ibu bapa, pelajar universiti dan individu perseorangan. Kolej Mara Banting diwakili oleh ahli-ahli GNCC seramai 40 pelajar dan pensyarah penasihat, Pn.Mardhiah Kathani. Atur cara majlis pada hari tersebut dimulakan sesi pertama iaitu dengan tiga slot pembentangan. Slot kertas kerja yang pertama, bertajuk ‘Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka’ oleh YBhg . Prof Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim yang merupakan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM). Dalam pembentangan kertas kerja ini beliau mengingatkan peserta-peserta mengenai latar belakang kebangkitan Melaka dan kegemilangan Melaka dari segi politik dan ekonomi. Beliau menyimpulkan bahawa generasi muda perlu mengambil pengajaran daripada kejatuhan Empayar Melayu Melaka dan orang Melayu tidak lagi perlu rasa rendah diri dan malu dengan bangsa sendiri kerana mereka dahulu merupakan bangsa yang gemilang. Pembentangan diteruskan pula oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau membawa tajuk ‘Kejatuhan Melaka Sebagai Pengajaran Penting Untuk Bangsa Melayu-Islam Hari Ini’. Beliau menegaskan bahawa kejatuhan Empayar Melayu Melaka bukanlah satu tragedi bahkan merupakan Rahmat Allah ke atas ummat bangsa ini. Beliau juga turut mengupas Karya Agung Melayu “Hikayat hang Tuah” dan visi ” Tak Akan Hilang Melayu Di Dunia” dan menegaskan kepentingan raja dan rakyat dalam membina visi besar bangsa Melayu. Pembentangan tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang memberi kupasan menarik mengenai Hang Tuah. Majlis dihangatkan lagi dengan pembentangan slot terakhir oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Fauzi Asmuni, Naib Presiden 2 ISMA dengan tajuk ‘Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam’. Beliau telah menjelaskan definisi bangsa Melayu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan menjelaskan mengenai jatidiri bangsa Melayu yang sebenarnya. Pada akhir pembentangan, beliau menyimpulkan bahawasanya bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat rapat dengan Islam dan bangsa Melayu akan lemah jika bersama unsur-unsur selain Islam. Di sebelah petang pula, bermula sesi kedua iaitu forum yang bertajuk ‘Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam’. Forum ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj. Aminuddin Yahya, Setiausaha Agung ISMA merangkap pengarah

25


konvensyen ini. Empat orang ahli panel telah dijemput khas bagi mengupas tajuk ini iaitu al-Fadhil Ust. Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman, Presiden ISMA selaku ahli panel pertama dan Yang Berbahagia Dr. Muhammad Razak Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku ahli panel kedua. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Abu Bakar, Ketua II GAPENA turut juga dindang sebagai ahli panel ketiga. Turut tidak ketinggalan ahli panel yang terakhir, Yang Berbahagia Datuk Siti Zahrah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Forum ini telah mendapat sambutan hangat dan ketika sesi soal jawab, ahli-ahli panel telah dihujani pelbagai soalan yang dikemukakan oleh para hadirin, tidak kurang juga yang menyokong usaha ISMA dan PEMBINA dalam menjayakan Agenda Perjuangan Bangsa Melayu Islam di Malaysia Konvensyen diakhiri dengan pembentangan 12 resolusi yang dicapai melalui konvensyen ini. Resolusi-resolusi tersebut telah dibentangkan oleh Tn Hj Aminuddin Yahya. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yaakub bin Mohd. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka, dengan diakhiri persembahan silat. Beliau menasihati generasi muda agar mengambil pengajaran daripada sejarah lampau dan tidak lalai dengan kesenangan dan keamanan yang dikecapi sekarang. Diharapkan program ini berjaya membentuk suatu generasi baru yang menjadi pendokong dakwah di kalangan anak bangsa Melayu sendiri. Moga diharap dengan segala pengisian yang diberi mampu membina dan memperkuatkan jati diri sebagai seorang Melayu Muslim.

26


IMPAK KEDAPA INDIVIDU DAN MASYARAKAT PROGRAM : KONVENSYEN SEMPENA MENGINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN MELAYU MELAKA Secara keseluruhannya, program ini telah meninggalkan kesan yang signifakan kepada ahli kelab GNCC secara khususnya dan masyarakat secara keseluruhannya. Akitiviti ini telah membantu kelab GNCC mencapai salah satu objektif penubuhan kelabnya iaitu kearah membina individu muslim sebenar. KESAN KEPADA INDIVIDU 

  

Menyedarkan individu akan kegemilangan yang dicapai oleh Kerajaan Melayu Melaka suatu masa dahulu adalah berakar dari pegangan umat Islam akan ajaran Islam yang sebenar Mengembalikan semangat pemuda Melayu Islam agar lebih optimis dan bersungguh dalam merentangi cabaran semasa Mengambil pelajaran akan teknik dan cara yang digunakan oleh orang Melayu suatu masa dahulu sehingga mampu mencapai kegemilangan. Meniupkan motivasi agar pelajar mampu bersifat futuristic dengan mengambil pelajaran akan hal yang telah berlalu untuk merancang strategi masa hadapan.

KESAN KEPADA MASYARAKAT   

Melahirkan masyarakat yang lebih sedar akan sejarah dan latar belakang serta mampu mengaplikasikan sejarah dalam kehidupan hari ini Menyedarkan masyarakat agar lebih bersatu untuk kepentingan masa depan agama dan negara Mewujudkan masyarakat yang prihatin akan keadaan semasa dan mampu mencari solusi untuk memperbaiki masalah yang wujud dalam masyarakat.

27


28


LAPORAN ANNUAL GENERAL MEETING 2011 Pada 18 Februari 2011 yang lalu, GNCC telah mengadakan Annual General Meeting 2011 di Surau An-Nur. Buat julung-julung kalinya, GNCC mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Tujuan mesyuarat ini didakan adalah untuk membentangkan organisasi GNCC sesi 2010/2012. Langkah ini merupakan pembaharuan yang dibuat untuk mengemaskini dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran kelab. Seramai 40 orang hadirin telah memeriahkan majlis ini. Meraka terdiri daripada ahli-ahli GNCC, penasihat kelab iaitu Pn. Mardiah bt Kathani, wakil daripada Badan Kerohanian dan Tarbiyah, Tarbiyatul Muslimah, Majlis Perwakilan Pelajar, HOPE dan ISAC. Acara dimulakan pada pukul 9.30 malam dengan ucapan daripada penasihat kelab, Ustazah Mardhiah Kathani. Beliau telah meluahkan harapan beliau untuk melihat kelab ini bergiat dengan aktif dalam usaha menyebarkan syiar Islam dalam kalangan pelajar KMB khususnya dan masyarakat Islam amnya. Dalam ucapannya juga, beliau turut meluahkan rasa bangganya terhadap usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli GNCC dan berharap agar setiap ahli terus memberikan komitmen terhadap kelab ini. Setelah acara perasmian disempurnakan oleh Usrazah Mardhiah, mesyuarat ini disusuli dengan perasmian website rasmi GNCC. Dipengerusikan oleh saudara Izzudin Md.Nor, agenda pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Ammar Adnan dan disusuli dengan bacaan Al-Quran oleh saudara Asyraf. Seterusnya, laporan tahunan 2010 dibentangkan oleh saudara Khairul Mansor. Beliau membentangkan segala aktiviti yang telah dilakukan pada tahun lepas serta pencapaian kelab. Kemudian, saudara Yasin Ting sebagai Bendahari membentangkan laporan kewangan 2010. Dalam ucapannya, beliau berharap agar tahun berikutnya segala perbelanjaan direkodkan dan dipantau secara berkesan.

29


Setelah itu, presiden GNNC sesi 2010/2012, saudara Abdul Alim bin Nazri pula menyampaikan ucapan beliau. Dalam ucapan beliau yang bertajuk “Di Sini Kita Bermula�, beliau menyarankan agar ukhuwwah terus dimantapkan dan penekanan terhadap pembangunan individu difokuskan agar dapat menyumbang kepada agama dan bangsa. Beliau juga menyentuh beberapa aspek dalam kepimpinan agar terus mengembleng tenaga, berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Majlis diharmonikan lagi dengan paduan suara oleh kumpulan nasyid Munawwar yang diketuai oleh saudara Ali Ilhami dan diakhiri dengan jamuan makan.

30


31


PELANCARAN WEBSITE GNCC Pelancaran website GNCC Club yang baru telah diadakan di Surau An-Nur semasa Annual General Meeting. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh penasihat GNCC Club iaitu Ustazah Mardiah Binti Kathani. Website GNCC boleh dilayari di laman sesawang http://gncc-kmb.blogspot.com/ Melalui website ini, orang ramai terutamanya di luar KMB boleh mendapatkan info dan maklumat berkaitan GNCC Club. Selain itu, segala aktiviti yang telah dijalankan akan dipaparkan di website tersebut supaya berita terkini mengenai GNCC Club dapat disebarkan. Selain itu juga, dilancarkan juga yahoo group GNCC dan Facebook Group.

Impak kepada ahli Ahli GNCC sudah semestinya dapat berkongsi maklumat terkini mengenai aktiviti dan program yang diadakan. Justeru, orang ramai dapat mengetahui perkembangan semasa dan pada masa yang sama dapat menyalurkan pandangan kepada kelab ini. Selain itu, karya kreatif daripada ahli GNCC dapat disampaikan kepada umum melalui wadah ini.

32


33


LAPORAN PERTANDINGAN SAJAK SEMPENA HARI AL-QUDS KOLEJ MARA BANTING Sempena hari Al-Quds yang telah diadakan di Kolej MARA Banting, satu pertandingan sajak telah dijalankan. Pertandingan sajak ini bertujuan mewujudkan rasa kesedaran dalam kalangan pelajar bagi mengingati kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara Islam di Gaza, Palestin. Antara kriteria sajak yang dikehendaki dalam pertandingan ini adalah sajak yang mempunyai unsur keinsafan yang mana akan mencetuskan rasa simpati dalam jiwa pembaca. Pertandingan ini diadakan di Dewan Besar Kolej MARA Banting bermula pukul 9 malam hingga pukul 10 malam. Seramai 250 pelajar hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ini. Guidance and Counselling Club merupakan penganjur pertanding ini dengan kerjasama kelab- kelab Kolej MARA Banting yang lain. Pelbagai sajak yang menarik telah dipertandingkan dan bakat-bakat perlajar yang terpendam selama ini turut terungkai. Antara sajak yang mendapat perhatian orang ramai adalah sajak “Bumi Paletin� yang mana menanamkan semangat patriotism dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana, sajak ini menekankan bahawa kita perlulah sedar akan tangungjawab kita terhadap tanah Palestin. Memandangkan pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pelajar dan juga memupuk nila-nilai yang baik, maka diharapkan pertandingan ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

34


35


JUALAN GNCC DI ESA CAREER DAY Pada 27 Februari 2011, pihak Engineering Sudent Association (ESA) telah menganjurkan Career Day bertempat di Dewan Utama Kolej Mara Banting. Seramai 300 orang pelajar dari SBP, MRSM dan sekolah-sekolah di sekitar Banting dijemput untuk memeriahkan acara ini. Program yang dijalankan seperti ceramah kerjaya daripada Persatuan Engineer Malaysia, Konsultan Hospital dan lain-lain lagi. Di bahagian luar dewan telah disediakan tapak-tapak gerai bagi kelab yang ingin terlibar dalam penjualan dan GNCC turut menyewa salah sebuah tapak gerai pada hari tersebut. GNCC memfokuskan pada penjualan makanan bergoreng seperti sosej, nugget dan minuman berkarbonat kerana penjualan makanan seperti ini mampu menarik minat pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah. Selain makanan, pihak GNCC turut menggunakan peluang ini untuk mempromosikan beberapa buah buku bagus untuk dimiliki yang betajuk ‘Zero to Hero’, ‘Psikoseksual Remaja’ dan juga ‘Biomekanik Solat’. Ahli-ahli GNCC telah memberi komitmen yang baik bagi menjayakan gerai Career day ini. Bagi memastikan gerai GNCC beroperasi dengan efisien, ahli-ahli GNCC di bahagikan mengikut tugasan dimana ada yang menguruskan bahagian memasak makanan jualan, berurusan dengan pelanggan gerai dan sebagainya. Hasil daripada usaha ahli-ahli GNCC, makanan-makanan laris terjual dan terdapat juga pelajar-pelajar yang membeli buku-buku yang dipromosikan. Gerai ini bermula pada waktu pagi dan berakhir lewat petang. Ahli-ahli GNCC boleh manerima banyak manfaat daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pihak GNCC berharap, kelab ini akan berpeluang untuk menjayakan aktiviti-aktviti seperti ini di masa hadapan.

36


Impak kepada ahli-ahli kelab  Aktiviti seperti jualan menjadi medium kepada ahli-ahli GNCC untuk menonjolkan bakat yang mereka ada dalam bidang jualan  Hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama antara ahli-ahli dibina dan dikukuhkan. Elemen ini sangat penting dalam memastikan kelancaran pengurusan sesebuah organisasi.  Ahli-ahli berpeluang merasai pengalaman menjalankan aktivitiaktiviti yang melibatkan interaksi dengan orang lain. Pengalaman ini meningkatkan keyakinan diri ahli-ahli kelab dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Impak Kepada Masyarakat 

Antara impak unit ini terhadap masyarakt di dalam kolej ialah dengan memberi kesedaran kepada warga kolej khususnya para pelajar terhadap adab berniaga. Berlainan dengan “ Business Club “ yang lain, motif utama GNCC ialah bukan untuk mengaut keuntungan, malah aktiviti jual beli ini telah menjadi medan bagi setiap pelajar untuk mempraktikan adab jual – beli yang telah disaran oleh Islam . Pelajar yang menjadi pelanggan dapat belajar untuk berlaku jujur, amanah,dan menjaga batas pergaulan bila berurus niaga. Di samping itu, pelajar GNCC yang terlibat pula akan mendapat pengalaman dalam kebijaksanaan mengurus masa. Kehidupan di dunia program Diploma IB adalah sangat menyibukkan dan aktiviti tersebut melatih pelajar untuk memiliki sifat kerajinan dan bijak mengurus diri . Seterusnya, unit ekonomi bertanggungjawab dalam meberi bahan keperluan kerohanian kepada para pelajar. Unit ekonomi GNCC bertanggungjawab untuk menyediakan khususnya al – Quran, pakaian menutup aurat, dan buku – buku limiah Islam bagi memenuhi keperluan para pelajar. Ini adalah kerana koperasi Kolej Mara Banting tidak ada menyediakan bahan tersebut. Kesan kepada masyarakat luar wujud apabila unit aktiviti melibatkan masyarakat luar . Salah satu aktiviti tersebut ialah aktiviti penjualan menjelang “ Career Day “ yang telah melibatkan seluruh Sekolah Berasrama Penuh (SBP) . Unit ini telah Berjaya memenuhi keperluan pelajar – pelajar tersebut yang tekun menuntut ilmu .

37


38


LAPORAN PENYERTAAN PERTANDINGAN 'SALES RACE' DALAM MINGGU JABATAN SAINS SOSIAL Tarikh : 1 April 2011 Masa : 3.00 – 5.00 petang Tempat : Concourse 1 Malaysia Pada tarikh dan masa yang telah dinyatakan di atas, GNCC telah menyertai satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Sosial khususnya, Unit Business and Management. Pertandingan ini secara umumnya, adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar yang mengambil subjek Business and Management untuk mengaplikasikan semua teori dan konsep bisnes yang telah dipelajari dalam cabaran jualan yang sebenar. Walaupun secara umumnya, ahli-ahli GNCC mempunyai pelbagai latar belakang subjek seperti subjek Economics dan Informational Technology and General Society (ITGS), GNCC tidak melepaskan peluang ini bagi menyempurnakan objektif kelab iaitu menggilap kualiti kepimpinan, amanah dan berdisiplin dalam kalangan ahli yang dapat dicapai melalui aktiviti jualan ini. Kitaro Irwan selaku ketua projek telah memilih untuk menjual buku-buku ilmiah serta novel-novel terkini sebagai produk jualan. Setiap naskhah buku dan novel telah ditempah daripada Syarikat Pillars Consultations Sdn. Bhd. Kelompok sasaran ialah para pelajar , guru-guru dan staf-staf Kolej MARA Banting. Bukubuku ilmiah yang dijual adalah bersifat Islamik selari dengan misi GNCC dalam menjalankan usaha menanam kefahaman sebenar mengenai Islam kepada para pelajar. Seramai 5 orang ahli yang bertugas pada suatu masa dan tugas diambil alih secara bergilir-gilir sepanjang tempoh petandingan. Promosi telah diadakan sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Oleh yang demikian, sambutan yang diterima daripada kelompok sasaran juga amat menggalakkan. Setelah pertandingan Sales Race tamat, buku-buku yang tidak berjaya dijual telah dipulangkan kembali kepada syarikat pembekal berkenaan. Namun, terdapat beberapa naskhah yang dirasai mempunyai potensi untuk menarik jualan telah disimpan. Penjualan naskhah-naskhah tersebut telah dirancang untuk dijalankan di luar waktu pertandingan bagi meningkatkan dana unit ekonomi GNCC untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pada masa akan dating.

39


IMPAK TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT: I) Individu Melalui penyertaan program ini, ahli-ahli GNCC yang terlibat telah berjaya membangunkan kualiti kepimpinan dan disiplin dalam diri masing-masing. Selain itu, sikap amanah juga dapat dipupuk dan diselami secara mendalam melalui aktiviti jualan ini. Tidak dilupakan, kecekapan dalam pengurusan wang dan kreativiti dalam menyusun strategi promosi produk telah berjaya direalisasikan. Kesimpulannya, penyertaan GNCC dalam pertandingan ini telah memberi impak yang holistik dalam pembangunan kendiri ahli-ahli GNCC yang terlibat. II) Masyarakat Kelompok sasaran yang telah ditetapkan ialah para pelajar, guru dan staf Kolej MARA Banting. Melalui penjualan buku ini, GNCC telah berjaya memacu budaya membaca dalam komuniti kolej ini secara amnya. Penjualan buku-buku ilmiah yang berbentuk motivasi dan Islami sedikit sebanyak telah membantu komuniti ini dalam mencungkil potensi diri supaya menjadi insan yang mempunyai semangat gigih yang berterusan dalam memperbaiki diri dan membentuk diri mengikut acuan yang diingini oleh Islam. Penjualan ini juga telah memudahkan para pelajar mendapatkan buku-buku ilmiah ini dengan lebih mudah, cepat dan murah.

40


41


LAPORAN PROGRAM SEMINAR PSIKOSEKSUAL REMAJA LELAKI DAN WANITA DARI PERSPEKTIF BIOLOGI ISLAM

Guidance and Counseling Club (GNCC) sekali lagi telah mengorak langkah melalui program seminar psikoseksual remaja lelaki dan wanita dari perspektif biologi islam yang dianjurkan pada 15 April 2011. Program ini bermula tepat jam 8 sehingga 9.45 malam dan diadakan di Lecture Theatre 1 (LT1), Kolej MARA Banting, Selangor. Penceramah jemputan sempena program ini ialah Dr. Yusuf Abbas dan Dr. Nur ‘Izam Alias. Program hampir 2 jam ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk membuka minda pelajar melihat psikoseksual dari sudut positif melalui perspektif Islam. Selain ini, program sebegini juga membolehkan para pelajar mengkaji dan memahami situasi akhlak remaja lelaki dan wanita serta memberi kesedaran tentang kepentingan akhlak yang baik seperti dianjurkan Islam. Program ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu Seminar Psikoseksual Remaja Wanita dan Seminar Psikoseksual Remaja Lelaki. Seminar ini diasingkan mengikut jantina atas pertimbangn pihak penganjur dan permintaan para pelajar agar isu-isu peribadi dapat dikupas dengan lebih mendalam mengikut jantina yang bersesuaian. Tepat jam 8 malam, sesi Seminar Psikoseksual Remaja Wanita dimulakan terlebih dahulu. Selepas sesi soal jawab, majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Munawwar dan diikuti oleh Sesi Seminar Psikoseksual Remaja Lelaki. Majlis bersurai kira-kira jam 10.45 malam selepas penyampaian cenderahati. Pihak penganjur juga turut menjual buku-buku koleksi penceramah, bagi para pelajar yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang isu yang diperbincangkan. Program ini telah menarik minat kira-kira 100 pelajar Kolej MARA Banting dalam kalangan lelaki dan perempuan. Rata-rata peserta program memberikan maklum balas yang positif dan berpuas hati dengan penyampaian yang disampaikan melalui boring kaji selidik yang diedarkan sepanjang seminar berlansung. Antara refleksi dan mutiara ilmu yang dapat dikutip daripada program ini ialah setiap manusia mempunyai fitrah untuk tertarik, meminati serta menyukai individu yang berlainan jantina.Psikologi lelaki dan wanita yang sentiasa tertarik antara satu sama lain ini, tidak dapat dinafikan disertai juga dengan motivasi seksual. Ternyata, pengaruh teknologi arus moden berupaya menggalakkan serta meningkatkan motivasi seksual dalam diri remaja, tidak terkecuali kanak-kanak

42


yang masih di sekolah rendah. Namun demikian, Islam telah menggariskan panduan yang lengkap dalam membendung fitrah manusia ini supaya tidak malampaui bebas sekaligus membanteras gejala sosial yang kian kritikal. Melalui seminar ini juga, para peserta dapat menyedari kebesaran Allah dalam menciptakan kaum Adam dan kaum Hawa yang mempunyai persamaan serta perbezaan yang tersendiri. Terdapat pelbagai ‘input’ yang berjaya diperolehi sepanjang seminar ini dan setiap ilmu yang diperoleh ini gembira dapat dikongsikan bersama-sama rakanrakan di Kolej Mara Banting. Diharap pengetahuan mengenai psikologi lelaki dan wanita yang telah diketahui dapat membantu setiap pelajar supaya lebih berhatihati dan lebih menjaga dari pelbagai sudut Islam iaitu dari sudut penjagaan aurat hinggalah penjagaan pergaulan antara lelaki dan wanita. Di samping itu, diharapkan juga para pelajar dapat melihat kebesarah Ilahi dalam menciptakan manusia yang mempunyai persamaan dan perbezaan yang sungguh unik serta bertambah keimanannya setelah menyedari perkara ini. Oleh yang demikian, wajarlah aktiviti-aktiviti berbentuk sebegini dianjurkan oleh GNCC pada masa akan datang bagi memanfaatkan setiap masa yang ada untuk berbakti kepada agama serta seluruh warga KMB. Berdasarkan kepada respond yang diberikan oleh peserta, mereka mengatakan bahawa program yang telah dilancarkan oleh kelab GNCC ini merupakan satu perkara yang amat baik untuk dianjurkan memandangkan hal ini merupakan hal yang penting dan sering menimbulkan persoalan dalam minda remaja masa kini. Masalah umat di luar sana yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Yusof harus dijadikan iktibar oleh kita. Melalui pendedahan ini juga, peserta – peserta dapat melihat dengan lebih jelas mengenai apakah yang sebenarnya dikatakan psikologi seksual dan apakah batas-batsan yang dibenarkan oleh Islam.

43


KESAN/ IMPAK KEPADA PESERTA PROGRAM DAN PIHAK PENGANJUR.

Para pelajar dapat membuka minda mereka dengan melihat psikoseksual dari sudut positif melalui perspektif Islam.

Para pelajar dapat bersama-sama mengkaji dan memahami situasi akhlak remaja lelaki dan wanita pada masa kini.

Memberi kesedaran tentang kepentingan akhlak yang baik seperti dianjurkan Islam.

Menerapkan kefahaman mengenai psikologi lelaki dan wanita serta membantu setiap pelajar supaya lebih berhati-hati dan lebih menjaga dari pelbagai sudut Islam iaitu dari sudut penjagaan aurat hinggalah batas-batas penjagaan pergaulan antara lelaki dan wanita.

Membolehkan para pelajar mengetahui pengaruh teknologi arus moden dalam menggalakkan serta meningkatkan motivasi seksual dalam diri remaja, tidak terkecuali kanak-kanak yang masih di sekolah rendah.

Menyedari kebesaran Allah dalam menciptakan kaum Adam dan kaum Hawa yang mempunyai persamaan serta perbezaan yang unik.

Membantu pihak penganjur dalam meneliti masalah remaja zaman sekarang agar program-program untuk mengatasinya dapat dianjurkan.

Mengeratkah ukhuwwah Islamiah sesama ahli kelab dan para pelajar.

44


45


KEJOHANAN FUTSAL MENCARI SOLAHUDDIN AL AYYUBI

BANGI, 30 April - GNCCFC KMB dibawah Biro Human Resource and Development telah menghantar dua pasukan futsal untuk Kejohanan Futsal Mencari Solahuddin Al Ayyubi anjuran Aman Palestin, bersempena Karnival Bersamamu Palestin pada bulan April 2011 yang lalu. Kedua-dua pasukan telah ditempatkan dalam Kumpulan C dan D. Sebanyak lebih 20 pasukan dari Universiti-universiti tempatan dan kolej-kolej persediaan telah menyertai kejohanan tersebut. Progam yang bertemakan kesedaran terhadap bumi Palestin ini juga bertujuan untuk mengutip dana dan sumbangan kepada rakyat Palestin. Malah Guidance and Counselling Club sendiri telah menyumbang sebanyak RM100 kepada pihak penganjur. “Nama-nama pasukan yang menyertai pertandingan ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak lupa dengan perjuangan dan pengorbanan saudara-saudara kita di Palestin” ulas saudara Muadz, salah seorang pemain untuk pasukan ISMA DHL semasa membaca senarai pasukan yang menyertai pertandingan tersebut, yang diinspirasikan daripada nama-nama pejuang Palestin antaranya Filistin, Ismael Haneyya, Sheikh Izzuddin al-Qassam, Marvi Marmara, GNCC Rantisi dan pelbagai lagi. GNCCFC dibawah kelolaan naib presidennya, Saudara Muhammad Zaid Mohamad Nasir telah berjaya merangkul tempat kedua secara keseluruhannya. Dalam pada itu, saudara Nazrin Umar dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Impak Terhadap Ahli Moga-moga dengan keterlibatan dalam kejohanan futsal ini dapat melahirkan shabab (pemuda) yang sihat tubuh badan dan menjadi tunjang kepada agama dan bangsa. Aktiviti futsal ini juga dilihat dapat menanamkan semangat ‘’ bersukan sambil menyumbang’’ bukan sahaja kepada ahli-ahli kelab, malah kepada remaja secara keseluruhannya.

46


47


KEM BOND OF UKHUWWAH Pada 21 hingga 23 Mei lalu, Guidance Club (GNCC) telah bekerjasama dengan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) untuk menganjurkan Kem “Bond of Ukhuwwah�. Kem ini telah diadakan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Program ini adalah khusus untuk ahli-ahli GNCC, yang terdiri daripada pelajarpelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. PEMBINA pula berperanan sebagai penganjur rasmi dan fasilitator kem. Objektif kem ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahli GNCC, yang merupakan sebuah persatuan dakwah dan kebajikan di KMB. Di samping itu, kem ini bertujuan menaikkan semangat dan menggalakkan lagi ahli-ahli GNCC untuk terlibat dalam aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Kem ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti fizikal yang menekankan aspek kerjasama, kesatuan, kesepakatan, organisasi, dan disiplin. Disamping itu, program juga diselitkan dengan pengisian-pengisian yang menekankan kepentingan ukhuwwah dan pembinaan diri. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan telah disusun khas untuk mencapai objektif yang diletakkan. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah aktiviti teambuilding, berkayuh basikal sekeliling Bukit Cerakah, lawatan ke Rumah Empat Musim, dan permainan di kolam renang. Majlis penutupan kem telah disempurnakan dengan ucapan rumusan dari wakil peserta lelaki dan perempuan dari GNCC beserta penyampaian cenderamata, tanda penghargaan dari GNCC kepada PEMBINA. Program diakhiri dengan sebuah video yang memaparkan detik-detik manis sepanjang kem 3 hari tersebut. Kem ini adalah julung-julung kali GNCC bekerjasama dengan PEMBINA untuk menganjurkan program sebegini. Diharapkan hubungan antara PEMBINA dan GNCC akan terus berkekalan dan lebih banyak lagi bersama yang dapat diatur pada masa akan datang.

48


49


JALINAN KASIH : THE REUNION June, Bertempat di belakang surau An-Nur menghimpunkan seluruh warga Guidance and SEBAK dalam majlis bernama Jalinan Kasih - GNCC SEBAK The Reunion. Objektifnya untuk menguatkan ukhuwwah antara ahli Guidance and SEBAK juga untuk mengumumkan jumlah kutipan dan refleksi program SEBAK di Acheh barubaru ini. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Ammar Adnan dan disusuli dengan lagu tema SEBAK, Jalinan Ukhuwwah yang dipopularkan oleh Kumpulan Sohwah. Selain itu juga, perasmian kumpulan nasyid Guidance, Solusiyah oleh Saudara Zaid Nasir. Akhir sekali ucapan kemuncak oleh Saudara Alim Nazri. Seluruh warga Guidance berpeluang untuk berkongsi tentang pengalaman ketika berda di Aceh juga tidak dilupakan ole-ole untuk ahli yang tidak berpeluang ke sana. Serta jamuan. Semoga ukhuwwah kita berkekalan. REFLEKSI TERHADAP AHLI Menerusi pembabitan saya dalam program seumpama ini, saya berpeluang untuk mendapat pengalaman dan input-input menarik yang berguna dan seterusnya membawa kepada pembaikan diri saya sendiri. Selain daripada itu, saya dapat merasakan bahawa ikatan dan hubungan antara kami menjadi lebih rapat dan kukuh melalui aktiviti-aktiviti seperti persembahan dan perkongsian yang dilakukan antara ahli-ahli kelab. Saya juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai objektif penubuhan kelab ini selaiin menambah ilmu mengenai Islam menerusi tarbiyah-tarbiyah yang sering menjadi intipati utama kelab yang bermula sebelum dan semasa perjumpaan diadakan. REFLEKSI TERHADAP PESERTA LAIN. Peserta lain juga sedikit sebanyak mendapat respond dan manfaat yang sama. Pada ketika ini, melalui interaksi yang dilakukan oleh sesama ahli, dapat dilihat bahawa mereka juga banyak mendapat kebaikan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Selain itu, perkongsian ilmu juga dapat dilakukan antara sesama ahli yang ingin berkongsi ilmu dan memiliki kelebihan dalam sesuatu perkara. Program Jalinan Kasih ini juga turut dapat membuktikan bahawa terdapat segolongan ahli kelab ini yang mempunyai bakat dan kebolehan yang boleh diketengahkan dan sememangnya mempunyai potensi untuk dikembangkan melihatkan bakat yang dimiliki oleh mereka. Hal ini dapat dilihat apabila mereka melakukan persembahan nasyid dan persembahan-persembahan lain seumpamanya.

50


51


52


KEMBARA ILAHI 1.0 Pada Julai 2011, kelab “Guidance and Counselling “ telah mengadakan program “ Kembara Ilahi 1.0 “ bertempat di Paya Indah Wetlands, Banting , Selangor. Secara umumnya, program ini melibatkan peserta beriadah, berusrah , dan berukhuwah di Paya Indah Wetlands. Paya Indah Wetlands ialah taman peliharaan milik perhilitan . Kawasan ini merangkumi hutan semulajadi, tasik , dan kawasan peliharaan binatang seperti buaya, burung, dan kera. Antara objektif program ini ialah untuk merapatkan ukhuwah antara peserta, mengimbas alam sekitar ciptaan Yang Maha Agung , dan menjaga kepentingan fisiologi manusia. Sesampai di sana, peserta menyertai program usrah berkelompok di tepi tasik, tajuk perbincangan adalah mengenai Surah al – Mulk. Seterusnya, peserta diberi peluang untuk menyewa basikal sewa dan mengayuh mengelilingi taman tersebut. Di samping itu, peserta juga telah menyaksikan habitat buaya air tawar dan badak air. Akhir sekali, program ditamatkan dengan solat asar secara berjemaah di tepi tasik. Impak Program Antara impak yang saya dapati ialah mengenai kepentingan ukhuwah. Hubungan antara peserta kian menjadi erat melalui program ini. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk melakukan aktiviti di luar kolej dan perkara luar akademik. Pada pendapat saya, di sinilah kita dapat mengetahui sifat sebenar seseorang rakan . Semangat berpasukan, budi bahasa , dan bantu membantu adalah sifat yang patut di tonjolkan oleh setiap peserta walau di manapun. Disamping itu, aktiviti tadabur alam yang telah dijalankan oleh saya telah menyedarkan saya tentang kekuasaan Maha Agung . Keindahan alam sekitar , udara yang segar , dan masyarakat yang berhati mulia adalah semua di bawah kekuasaan Ilahi. Seterusnya, semangat cintai alam sekitar dapat disemai oleh setiap ahli melalui program ini. Tasik yang indah dan kesegaran udara adalah hasil usaha pihak yang berusaha menjaga keindahan alam sekitar di kawasan tersebut. Oleh itu , sebagai masyarakat berpelajaran , hendaklah kita menyumbang tenaga dalam menyuntik kesedaran ini kepada masyarakat lain.

53


54


SESI TEMUDUGA GUIDANCE BARU Bertempat di Surau An-Nur, Kolej MARA Banting, 13 Ogos 2011, sesi temuduga ahli GNCC baru telah dijalankan oleh ahli-ahli GNCC untuk mencari bakat serta potensi baru dalam kelab ini. Seramai hampir 150 pelajar tahun satu telah mendaftar sebagai calon temuduga ahli GNCC. Dasar baru pada tahun ini menyaksikan penubuhan Sahabat Guidance yang boleh disertai oleh calon-calon guidance. Pemilihan ahli GNCC yang baru bermula dengan pengenalan terhadap Misi dan Visi GNCC Club. Pengerusi GNCC Club, Abdul Alim menyampaikan hasrat dan saranan terhadap ahli-ahli GNCC yang bakal dipilih. Seterusnya, pemilihan berjalan melalui temuduga bersama ahli-ahli GNCC tahun dua. Daripada ahli tahun satu yang ditemuduga, hanya sebahagian sahaja yang layak menjadi ahli. Impak Terhadap Peserta Ahli GNCC tahun dua sememangnya dapat menemui bakat baru yang ingin dimasukkan ke dalam kelab ini. Melalui temuduga ini, ahli GNCC tahun dua dapat bekerjasama dan berganding bahu bersama ahli baru bagi meningkatkan potensi kelab. Selain itu, GNCC Club juga mengharapkan agar ahli-ahli baru agar lebih komited dan bersungguh .

55


56


JUALAN BAZAAR RAMADAN Pada 9 hingga 25 Ogos 2011, ahli Guidance and Counselling Club (GNCC) tidak ketinggalan melibatkan diri dalam aktiviti jualan bersempena dengan program Ihya’ Ramadhan. Seperti mana tahun- tahun yang sebelumnya, gerai GNCC meneruskan tradisi penjualan air batu campur (ABC) demi memenuhi citarasa warga Kolej MARA Banting (KMB) yang sibuk memenuhkan hari- hari mereka dengan beribadah di bulan Ramadhan di samping menjalankan aktivitiaktiviti seharian yang lain. Melalui gerak kerja yang sistematik dan komitmen daripada ahli GNCC dan warga KMB sendiri, kami telah berjaya membuka gerai pada setiap hari Isnin hingga Khamis sepanjang bulan Ramadhan. Sambutan yang menggalakkan daripada warga KMB telah memberikan ahli GNCC semangat yang berterusan untuk meneruskan aktiviti jualan, demi mendukung tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya untuk keluar mencari rezeki, serta memberi pendedahan kepada ahli kelab sendiri tentang kemahiran menguruskan perniagaan. Secara jujurnya, menguruskan jualan bukanlah sesuatu yang mudah, bahkan memerlukan kesabaran dan kerjasama yang padu daripada kalangan ahli kelab. Pada mulanya, sedikit masalah dari segi penyusunan gerak kerja dan sistem pengurusan kewangan telah menyebabkan pergerakan jualan terganggu kelancarannya. Namun begitu, kami telah berjaya meningkatkan produktiviti jualan dengan mengadakan perjumpaan sesama ahli jawatankuasa secara berkala demi memastikan aktiviti jualan berjalan dengan lancar dan efisien. Perbincangan sesama AJK ini turut melibatkan pengurusan bahan- bahan, strategi untuk meningkatkan kualiti produk jualan dan pengurusan kewangan yang lebih sistematik. Impak Terhadap Ahli Di samping memperoleh pelbagai pengalaman dan pengetahuan teknikal, penglibatan ahli kelab dalam bazaar Ramadhan telah menjalinkan ikatan silaturahim antara ahli- ahli baru GNCC. Hal ini demikian kerana program Ihya’ Ramadhan di bawah kelolaan GNCC pada Ramadhan kali ini merupakan program pertama yang melibatkan ahli- ahli Tahun Satu GNCC. Segala perancangan, dan pelaksanaan aktiviti jualan melibatkan ahli- ahli baru dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada ahli- ahli Tahun Dua dari aspek idea asal dan penyediaan bahan jualan. Secara tidak langsung, penyertaan GNCC dalam bazaar Ramadhan telah sedikit sebanyak merapatkan jurang persefahaman antara ahli- ahli kelab secara keseluruhannya.

57


Sebagai konklusi, dapat disimpulkan bahawa pelbagai manfaat telah dapat diperoleh hasil daripada pelaksanaan jualan bersempena bulan Ramadhan tahun ini, khususnya kepada para ahli kelab sendiri. Biar pun matlamat penglibatan ahli kelab dalam bazaar Ramadhan ini bukanlah berbentuk keuntungan semata- mata, namun kami amat berpuas hati kerana dapat menyumbangkan masa dan tenaga dalam aktiviti jualan demi menjayakan program Ihya’ Ramadhan di Kolej MARA Banting.

58


IFTAR PERDANA GNCC : MENYANTUN UKHUWAH MENYUBUR NAHDAH Pengenalan Iftar Perdana GNCC yang diadakan sewaktu bulan Ramadhan ialah program berbuka puasa antara semua ahli GNCC yang diadakan di Surau An-Nur. Program tersebut telah diadakan pada 11 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadhan 1432H. Tujuan Antara tujuan program ini dilakukan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara ahli- ahli GNCC terutamanya di antara ahli-ahli tahun pertama dan tahun kedua. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan keimanan ahli-ahli GNCC dengan adanya tazkirah dan peringatan sewaktu iftar berlangsung. Seterusnya, Iftar Perdana juga ini dapat menyuntik semangat ahli-ahli untuk sentiasa berkobarkobar untuk melakukan puasa sunat. Aktiviti Program ini juga dihadiri oleh Ustazah Mardiah selaku penasihat GNCC. Sewaktu iftar juga majlis penyerahan cenderahati kepada AJK-AJK yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam bulan Ramadhan seperti SHIHAM CUP dan HUMAIRAH CUP. Di samping itu, menu tambahan juga telah disediakan iaitu ayam percik.

Impak kepada peserta. Ahli-ahli GNCC lebih mengenali hati budi rakan masing-masing. Ukhuwah yang terjalin walaupun duduk bersama-sama hanya untuk seketika amatlah kuat dan erat. Ahli-ahli GNCC juga lebih bersemangat untuk meneruskan puasa di dalam bulan Ramadhan dan bertekad untuk memperbanyakkan puasa-puasa sunat apabila tamatnya bulan Ramadhan. Ahli-ahli GNCC juga dapat menghayati dan menghidupkan sunnah Rasulullah seperti buka puasa di awal waktu, makan di atas talam dan lain-lain.

59


60


ADUH! JIWA KACAU. Tempat Tarikh Penceramah

: Surau An-Nur : 18 Ogos 2011 : Saudara Aiman Azlan

Pengenalan: Pada 18 Ogos yang lepas, bertempat di surau An-Nur Kolej Mara Banting, pihak pengurusan Guidance and Counselling Club telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama “Aduh! Jiwa Kacau.� Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Kolej Mara Banting akan bahana hubungan sebelum bernikah dan memberi alternatif kepada golongan yang bercinta untuk menangani masalah mereka. Saudara Aiman Azlan telah dijemput untuk memberikan ceramah pada malam itu. Impak kepada ahli-ahli GNCC: Sepanjang usaha kami untuk menjalankan program ini, kami telah mempelajari erti kerjasama dan kesabaran dalam melakukan sesuatu. Pelabagai dugaan dan cabaran dalam usaha kami untuk membawa penceramah, Aiman Azlan ke Kolej MARA Banting. Karenah birokrasi, masalah komunikasi antara beberapa pihak telah sedikit sebanyak menduga perjalanan dalam menjayakan program ini demi kebaikan pelajar-pelajar Kolej MARA Banting. Kesabaran adalah antara nilai yang paling utama dipelajari oleh kami, ahi-ahli GNCC. Impak kepada pelajar-pelajar KMB: Pelajar-pelajar KMB telah mempelajari batas sebenar dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam dalam ceramah ini. Saudara Aiman Azlan telah menerangkan tentang kebaikan-kebaikan perkahwinan dalam Islam. Beliau juga telah menerangkan kepada pelajar-pelajar KMB tentang keindahan percintaan selepas kahwin. Dengan cara ini, para pelajar KMB telah mengetahui dan memahami sedikit sebanyak keburukan “couple� sebelum berkahwin kepada mereka. Saudara Aiman Azlan telah banyak membantu dalam menerangkan perkara ini kepada para pelajar KMb tentang bab ini.

61


62


HUMAIRAH’S CUP Tarikh : Khamis,18 Ogos 2011 Masa : 3.00 p.m – 6.00 p.m Lokasi : Dewan Selera Kolej Mara Banting Guidance and Counselling Club (GNCC) Kolej Mara Banting telah menganjurkan Humairah’s Cup yang terbuka khusus kepada kaum muslimat tahun 1 dan tahun 2 kolej ini. Program yang bertemakan pertandingan membuat biskut ini telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada seluruh muslimat KMB, namun pihak kami telah mengehadkan penyertaan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang sahaja bagi setiap kumpulan. Pertandingan ini diadakan pada 18 Ogos 2011, Khamis bertempat di Dewan Selera KMB. Pertandingan ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.Pertandingan ini telah diadili oleh 3 juri yang terdiri daripada 2 ahli GNCC sendiri dan seorang guru Kolej Mara Banting.Pemenang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria seperti tekstur dan rasa biskut yang dihasilkan,kebersihan dan kekemasan cara pembuatan,cara persembahan serta kerjasama antara peserta dalam kumpulan. Impak Terhadap Ahli Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya mencapai hadafnya iaitu memberi impak yang positif kepada seorang pelajar IB agar dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian.Antara impak positif yang dapat dilahirkan menerusi program ini adalah ;     

Menyemai kemanisan ukhuwah antara pelajar seperti yang dianjurkan dalam Islam menerusi tuntutan bahawa setiap Muslim itu adalah bersaudara, Menerapkan sifat mahmudah seperti bertanggungjawab dalam setiap urusan yang dilakukan agar dapat mencapai hadaf dan natijah yang diharapkan yang bertepatan dengan syariat Islam. Mewujudkan bi’ah kerjasama dalam kalangan pelajar supaya dapat mendukung aspirasi Rasulullah s.a.w yang mementingkan syura dan musyawarah dalam menjalankan sesuatu urusan. Mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap individu pelajar bagi memberi tapak asas dalam pembentukan individu Muslim ke arah kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai khalifah. Menyerlahkan kemahiran dan bakat terpendam yang dimiliki para peserta yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Konklusinya, Humairah Cup merupakan salah satu daripada program tarbiah praktikal yang dianjurkan oleh GNCC yang telah berjaya memberi impak yang positif kepada pelajar KMB secara tidak langsung dan kepada peserta Humairah Cup secara khususnya. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa yang akan dating bagi membentuk generasi Muslim yang seimbang tarbiah rohaniah dan praktikalnya.

63


64


LAPORAN KEJOHANAN FUTSAL 5 SEBELAH ANJURAN GUIDANCE & COUNSELLING CLUB

Pengenalan : Pada 18 Ogos sehingga 29 Ogos 2011, Guidance and Counseling Club Kolej Mara Banting telah menganjurkan kejohanan futsal 5 sebelah yang diberi nama “Shiham Cup”. Program ini telah berlangsung buat kali ke-2 dan merupakan program tahunan kelab ini. Program ini telah berjalan mengikut gabungan antara kelas-kelas. Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ikhwah dan melahirkan generasi yang sihat tubuh badan dan memiliki minda yang cerdas. Program ini telah dinamakan Shiham Cup bersempena nama salah seorang ustaz di Kolej Mara Banting iaitu Ustaz Shiham yang telah berbesar hati untuk menyumbangkan piala pusingan untuk kejohanan ini. Impak kepada ahli kelab : Sepanjang berlangsungnya program ini, ahli kelab telah mendapat pelbagai manfaat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Masa merupakan kurniaan Allah yang harus dimanfaatkan sebaiknya oleh setiap insan bak kata pepatah Arab, masa ibarat mata pedang, jikalau kita tidak menggunakan pedang tersebut untuk memotong, nescaya pedang tersebut akan memotong kita. Untuk menjalankan sesuatu aktiviti, kelancaran dari segi pengurusan masa amat penting. Jika gagal untuk menguruskan masa, aktiviti yang dijalankan tidak akan tamat mengikut perjalanan yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, kami dapat melihat pentingnya untuk berdisiplin dalam manjalani kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi hidup berstatuskankan muslim, kita seharusnya berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian seperti mematuhi waktu, komitmen dalam menjalankan tugas dan selari dengan qudwah hasanah yang ditunjukkan oleh junjungan Rasulullah. Tambahan pula, kami belajar bahawa bergerak dalam pasukan amat penting dalam menjalankan sesuatu program. Selain memudahkan persiapan dan perjalanan program, ukhuwah sesama ahli juga dapat diperkukuhkan. Perkara tersebut secara tidak langsung bertepatan dengan kata-kata Saidina Umar yang berbunyi “Tidak ada kekuatan tanpa jemaah”. Impak kepada masyarakat :

65


Masyarakat merujuk kepada komuniti yang tinggal setempat dan menjalankan sosiobudaya yang sama.Merujuk kepada motto GNCC iaitu “Peduli Ummah�, program ini berperanan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani dan rohani. Kami mempraktikkan cara yang islami dalam menjalankan sesuatu perkara contohnya membaca doa sebelum memulakan perlawanan, menutup aurat ketika permainan dan sebagainya. Tambahan pula, program ini secara tidak langaung akan melahirkan generasi yang saling mempercayai antara satu sama dalam kehidupan seharian. Perkara ini diaplikasikan melalui perlawanan yang dijalankan mengikut pasukan dimana setiap ahli pasukan masing-masing sepatutnya saling mempercayai antara satu sama lain dalam setiap perlawanan yang mereka lalui bagi mencapai kejayaan untuk menjadi juara ‘Shiham Cup 2011’.

66


67


FORUM “BAJU MELAYU BAJU KURUNG”

Program “Baju Melayu Baju Kurung” adalah sebuah program yang berbentuk forum yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Kolej MARA Banting dengan cara ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang dianjurkan dalam Islam dan juga cara untuk mengurus perasaan cinta yang berputik dalam kalangan remaja. Forum ini dijalankan di Surau An-Nur Kolej MARA Banting selepas waktu Isya ‘ dan dihadiri oleh semua pelajar muslim dan muslimat. Panelis yang dijemput adalah En. Sahrul Ariffin daripada Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA), Dr. Hasliza Ahmad Fauzi iaitu bekas pelajar KMB, dan Ustaz Sarip Adul iaitu Yang diPertua Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Sabah dan juga merupakan ahli Majlis Agama Islam Sabah. Forum ini dipengerusikan oleh pelajar KMB sendiri iaitu salah seorang ahli Guidance and Counselling Club, Fittri Fahmi. Forum ini juga disertai dengan persembahan multimedia yang menarik dan deklamasi sajak daripada ahli GNCC sendiri. Impak Kepada Individu: Dalam program ini, semua ahli GNCC telah terlibat secara penuh daripada peringkat perancangan hinggalah ke majlis penutup. Pelajaran yang berharga yang kami peroleh adalah pentingya sikap kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan kerja-kerja dalam satu organisasi. Antara “soft skills” yang dipelajari adalah cara membuat kertas kerja dan permohonan, mempengerusikan forum dan mengurus perjalanan majlis (event management) . Selain itu, ada juga ahli GNCC yang mendapat peluang pertama untuk mendeklamasikan sajak sebagai suatu apresiasi seni. Dalam proses pembuatan video multimedia, ahli GNCC juga belajar cara untuk menggunakan segala kebolehan teknologi seperti model 3D dan efek khas. Impak Kepada Masyarakat KMB: Forum ini telah mendedahkan pelajar KMB kepada cara-cara pergaulan dan ikhtilat antara muslimin dan muslimat seperti yang dianjurkan oleh Rasululullah. Selain itu, program ini juga telah memberi penekanan kepada mereka tentang bagaimana untuk mengurus perasaan cinta yang hadir di zaman remaja. Hal ini amat penting untuk mengurangkan gejala sosial yang semakin mengganas di zaman yang penuh cabaran ini. Program ini juga menegaskan tiada istilah “couple islamik” seperti yang difahami oleh ramai dari kalangan remaja sekarang ini. Masyarakat KMB juga telah ditekankan mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan juga

68


contoh-contoh praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya untuk sekurangkurangnya memberi kefahaman kepada remaja dan juga menyedarkan mereka tentang bahaya hubungan pra-perkahwinan tanpa ikatan yang sah.

69


70


SEMINAR ZERO TO HERO

Pada 18 Oktober 2011, Program Zero to Hero telah dijalankan khas untuk ahli kelab Guidance and Counselling Club (GNCC). Ceramah disampaikan oleh penulis buku ‘Tarbiyah Dari Zero ke Hero’ sendiri iaitu Ustaz Azizee Hasan, dari Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) bertempat di Surau An-Nur Kolej Mara Banting. Ceramah ini bertujuan untuk membentuk insan yang bersemangat waja untuk mencapai cita-cita di dalam bidang masing-masing serta melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek mencakupi mental, emosi dan akhlak supaya menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat umum. Selain itu, ceramah ini juga menggalakkan para hadirin yang hadir untuk mengenali potensi diri untuk membangunkan Islam bukan sahaja dalam skop hidup yang terhad.

Impak Terhadap Ahli Program Zero to Hero juga telah membuka mata muslimin dan muslimat yang hadir mengenai kehebatan diri bukanlah sebenarnya bergantung pada kehebatan pada diri seseorang individu tersebut semata-mata. Namun, dengan Islam, seseorang Muslim itu mampu menjadi hebat lebih hebat daripada tokohtokoh yang dibanggakan Barat. Kehebatan dan potensi yang ada pada setiap individu muslim itu haruslah dikembangkan dan digunakan untuk menegakkan syariat Islam di atas muka bumi. Di pengakhiran program, setiap yang hadir dapat merefleksi kembali diri dan mencungkil kembali potensi diri untuk kemaslahatan umat.

71


72


PELANCARAN KUMPULAN NASYID SOLUSIYYAH Pada bulan Mei 2011 yang lalu, Guidance and Counselling Club (GNCC) telah melakar sejarah baru dalam sejarah penubuhannya apabila sebilangan ahli-ahli dari kelab ini telah secara rasminya menubuhkan pasukan nasyid yang diberi nama ‘’ Solusiyyah’. Pasukan nasyid ini telah membuat penampilan sulungnya di rumah anak yatim Acheh ketika kelab melakukan khidmat masyrakat di kawasan tersebut. Pasukan Solusiyyah terus melakar nama apabila telah dijemput untuk membuat persembahan seperti Minggu Penghayatan Islam (MPI) dan Majlis berbuka puasa perdana. Kini, kesinambungan kumpulan nasyid Solusiyyah ini telah diteruskan oleh pelajarpelajar tahun 1 Kolej MARA Banting.

73


SEMAI BAKTI

NUSANTARA ACHEH, INDONESIA

2011

(SEBAK’11)

74


SEMAI BAKTI NUSANTARA (SEBAK), ACHEH Kata Pengantar Julung kalinya, program 'Semai Bakti Nusantara' (SEBAK) telah dijalankan pada 610 Jun 2011. 37 pelajar dan seorang penasihat dari KMB; 17 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan dan Pn. Mardiah sebagai penasihat telah menyeratai dalam aktiviti ini. Objektif utama kami adalah untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak yatim di Pondok Anak Yatim Ar-Raudhah (Payar), Lhok Suemaweh, Acheh. Berbekalkan dengan slogan “Peduli Ummat� kami menjelajah ke bumi Aceh untuk menabur bakti. Aktiviti-aktiviti 6 Jun 2011 Kami bertolak dari LCCT pada jun 6, 2011 at 12:30 mengikut waktu Malaysia. Perjalanan kami telah mengambil masa selama satu jam 30 minit dengan penerbanagan AirAsia ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh. Kami tiba di sana pada jam 13:00 mengikut waktu Indonesia.

75


Kami menggunakan hari pertama kami mengelilingi Banda Acheh, kami telah melawat banyak tempat bersejarah untuk mendapatkan perasaan rakyat yang telah mengalami Tsunami pada tahun 2004. Kami melawat Muzium Tsunami di Acheh dan mengenal pasti banyak keadaan sebelum dan selepas tsunami. Kemudian kami bergerak ke Masjid Baitu-Rahim, kira-kira 500 meter dari laut. Pemandu pelancong kami menceritakan bahawa masjid adalah satu-satunya bangunan yang masih tinggal selepas tsunami melanda segala-galanya.

Kami pergi ke tempat di mana sebuah kapal kargo berada di daratan bermula dari saat tsunami menghanyutkan kapal itu ke daratan. Kapal-Tiger Jakarta Timur: PLTD Apung melambangkan keganasan tsunami pada pandangan kita tetapi untuk mereka, ia adalah peringatan Allah untuk mereka atas kesilapankesilapan mereka. Kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak kami di Masjid Baitu-Rahman sebelum kami meneruskan perjalanan ke Payar. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 5 jam untuk tiba di Banda Lhok Suemaweh. 7 June 2011 Kami tiba di sana kira-kira pada pukul 4:30 pagi pada hari berikutnya dan disambut oleh Bapak Hamdani, pengurus Payar.

76


Pada hari pertama kami di Payar, kami melakukan gotong-royong di masjid dan Payar.

Sekumpulan daripada kami membersihkan masjid dan sekumpulan yang lain mengecat rumah sebelum kami memulakan majlis perasmian pada 2.30 petang. Majlis kami telah dirasmikan oleh Bapak Hamdani. Selepas itu, kami membahagikan anak-anak yatim tersebut untuk dijadikan sebagai adik angkat kepada kami.

77


Aktiviti seterusnya ialah bengkel Kemahiran Komunikasi Bahasa Inggeris untuk anak-anak yatim.Kami membuat Explorace yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Tujuan kami adalah untuk meningkatkan keyakinan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Pada waktu malamnya, kami menghabiskan masa kami dengan adik-adik angkat kami. Kami mahu berkenalan dengan lebih mendalam dalam menjadikan perhubungan lebih erat.

78


Jun 8, 2011 Pada pukul 4.00 pagi hari berikutnya, kami melakukan satu penyembelihan kecil. Pada pukul 10.30 pagi, kami telah dibawa mengelilingi sekitar Banda Lhok Suemaweh. Kami menggunakan masa ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bandar anak-anak yatim tersebut. Walaupun bandarnya tidak semaju bandar di Malaysia tetapi orang di sana sangat ramah kepada kami. Mereka ingin menawarkan bantuan mereka dalam membawa kami mengambil angin di sekitar

bandar. Selepas pukul 2.00 petang, kami bergerak ke pantai berhampiran dengan bandar.

Kami mengadakan permainan dengan anak-anak yatim tersebut; bola sepak pantai, pasir, 'anak ayam' timbus pasir dan berenang. Pada waktu malam, kami menjalankan aktiviti 'Bedah Video'. Kami menayangkkan dan mendedahkan kepada mereka mengenai video Inggeris supaya mereka dapat mengambil pengajaran daripadanya. Selepas itu, kami telah menghabiskan masa berbincang dengan mereka tentang video untuk mengenal pasti sejauh mana pemahaman mereka. 9 Jun 2011 Pada hari ketiga, kami meneruskan aktiviti kami isitu aktiviti ‘Bond of Ukhuwah’. Walaupun aktiviti ini berorientasikan pelajar-pelajar kami sahaja, akan tetapi masih terdapat beberapa anak-anak yatim menyerati kami. Kami berjalan

79


menyusuri seluruh kampung, sawah mahupun hutan.

Kami menjalankan aktiviti permainan yang dibuat untuk mengukuhkan ukhuwah antara pelajar. Pada waktu malamnya, kami mengadakan satu perlawanan bola sepak persahabatan dengan penduduk kampung tersebut. Walaupun kami telah usaha dengana begitu banyak, tetapi kami tidak berupaya mengubah kedudukan yang berakhir dengan kekalahan 1:0 Pada waktu malam, kami melaksanakan majlis penutup kami. Kami mengadakan nasyid dan pembentangan video, dan terdapat persembahan budaya dari mereka. Selepas itu, kami telah mengagihkan hadiah-hadiah kepada pasukan yang menang untuk aktiviti-aktiviti sebelum ini dan derma yang terkumpul untuk mereka. Dan sumbangan sebanyak RM 6,000.00 telah diberi kepada pihak pondok anak yatim. Kami juga menyumbangkan buku-buku dan baju baru untuk digunakan oleh anay yatim. Apabila majlis penutup berakhir, kami bertolak ke Medan yang mengambil masa selama lima jam perjalanan dengan bas.

10 Jun 2011 Kami tiba sekitar 9.00 pagi di Medan. Kemudian, kami mengadakan lawatan ke fakulti perubatan, Universiti Sumatera Utara (USU), Medan.

80


Pensyarah universiti tersebut memberikan sedikit pendedahan kepada kami tentang universiti tersebut sebagai tanda alualuan. Abdul Alim Nazri sebagai pengurus projek, memberi ucapan selepas wakil pelajar Malaysia di sana. Selepas itu, kami melawat kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, dewan, dan makmalmakmal. Kami bertemu pelajar-pelajar Malaysia di sana dan mereka amat mengalualukan kedatangan kami. Kami bergerak ke Lapangan Terbang Medan pada pukul 1.00 petang. Penerbangan pulang kami pada pukul 3.00 dan kami tiba di KLIA sekitar pukul 5.30 petang mengikut waktu Malaysia. Kesimpulan Kesimpulannya, aktiviti SEBAK '11 adalah satu kejayaan bagi kami. Kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Bapak Hamdani, orang yang bertanggungjawab di Payar berharap agar kita dapat mengunjungi mereka lagi pada masa hadapan. Kami mahu terima kasih kepada pengurusan KMB yang membenarkan kami untuk membuat aktiviti ini. Impak kepada peserta Berakhirnya pengembaraan ke kota Lhok Sumaweh telah membuka mata bahkan hati kami terhadap kepentingan bantu-membantu sesama orang Islam termasuklah anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan. Kepayahan yang mereka hadapi tanpa infrastruktur yang mantap telah memberikan kami suatu semangat untuk memberi mereka lebih bantuan sama ada berupa wang ringgit mahupun keperluan asas pada masa akan datang. Pengalaman di sana selama 5 hari telah berjaya mengasuh kami untuk sentiasa bersyukur dengan Ilahi dengan nikmat yang sedia ada dan tidak merungut kerana mereka di sana tetap dalam keadaan gembira dan seronok dengan apa yang mereka miliki walaupun tidak seberapa.

81


Kesan kepada penduduk tempatan Kedatangan rakyat Malaysia telah meringankan sedikit kepayahan kami dengan memberikan wang dan keperluan asas seperti baju. Pelajar anak yatim yang dahulu hanya ada berapa helai pakaian kini mempunyai baju baru dan infrastuktur yang kurang seperti bangunan, wang yang diberikan dapat memberikan sedikit modal untuk menambahbaik bangunan. Kedatangan mereka telah membuka mata anak yatim untuk terus berusaha dalam mendapatkan masa depan yang lebih terjamin. Dengan adanya pendedahan kepada beberapa ilmu lain seperti bahasa inggeris telah menggerakkan minda mereka untuk mengetahui posisi mereka sekarang dan mengetahui kepentingan mereka untuk menagih banyak ilmu.

82


PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan bantuan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Projek Semai Bakti Nusantara Acheh, SEBAK’11 ini. Mereka termasuklah: Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

Penderma Majlis Sukan Negeri Johor Haji Razali bin Mamat, Pemilik Kedai Emas, Kelantan Haji Hassan bin Mamat, Pemilik Kedai Emas, Kelantan En Idris bin Ismail. Siti Munira binti Sheikh Muhammad, Dr. Mohamad Nor bin Sundari Pusat Physiotherapi & Hidroterapi E-Wellness Ahli Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (IMedik) Smiling Soul, Kolej MARA Banting Pelajar-pelajar SK Nibong Tebal Pensyarah dan pelajar Kolej MARA Banting

83


LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN

84


Kewangan Tahunan GNCC

Tarikh 2011 Jan-01 Oct 31

AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN SEMESTER 2 & 3/2011 Pendapatan hasil : RM Tarikh Perbelanjaan hasil : 2011 Baki b/b 200 Oct 31 Belanja AGM Yuran keahlian 200 Komisyen buku Yuran bulanan 240 Belanja am Jualan : Iftar perdana Ramadhan 2011 400 Jamuan ESA 60 Cenderamata Business week 260 belian : Jualan buku 194 ESA Business week Ramadhan 2011 Lebihan 1554

RM 63 313 100 38 50 100 50 200 340 300 1554

AKAUN PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM SEMAIAN BAKTI 2011 Penerimaan : RM Tarikh Perbelanjaan : RM 2011 Tambang Jun-01 Yuran ahli 6000 Jun-30 penerbangan 12000 Tambang Jun-30 penerbangan 12000 Makan dan minum 2431 Pengangkutan 2000 Cenderahati 155 Iklan surat khabar 400 Sembelihan 910 Lain-lain 104

Tarikh 2011

18000 Derma : Orang perseorangan Kelab

18000

7784 800

85


GNCC DI AKHBAR

86


Akhbar Rakyat Aceh, Khamis – 9 Jun 2011

87


Akhbar Rakyat Aceh, Khamis – 9 Jun 2011

88


Akhir Kata GNCC merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak kolej yang telah memberi sumbangan dan banyak membantu dalam perjalanan GNCC sepanjang tahun. Juga kepada semua pensyarah dan pelajar Kolej MARA Banting kerana telah bekerjasama dengan GNCC dalam pelbagai program yang telah kami anjurkan. Juga kepada pihak-pihak luar dan dalam yang telah memberikan idea dan pengalaman dalam membantu kami mecapai kecemerlangan yang kami kecapi. Wassalam

89

Laporan Tahunan GNCC 2011  

Guidance and Counseling Club Kolej MARA Banting

Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you