Issuu on Google+


DARI MEJA KETUA EDITOR KETUA EDITOR

:

TAUFIK SHAHAROL

PENULIS

:

AISHA ANIS SU ANUAR MUNA SHA

LAYOUT DAN GRAFIK :

ABID IKRAM

EMEL

: GEMAGALWAY@GMAIL.COM

WWW.FACEBOOK.COM Search GEMA MUKMININ

Salam perjuangan untuk sahabat semua. Alhamdulillah, akhirnya majalah yang ditunggu-tunggu oleh warga Galway kini kembali setelah hampir lima bulan bercuti. Masih tidak terlalu lambat untuk kami mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru ke Galway, bumi bertuah dan subur dengan ukhuwah ini! Belajar daripada alam, tema yang ingin disampaikan dalam edisi ketiga kali ini yang membicarakan tentang anugerah yang tidak terhingga yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambanya yang juga merupakan tanda-tanda kebesaran dan kekusasaaNya bagi mereka yang berfikir. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berfikir? Tepuklah dada tanya iman. Kami mengalu-alukan komen membina daripada anda semua untuk memantapkan lagi majalah Gema Mukminin ini pada masa yang akan datang, inshaAllah. Akhir kata, buka mata, buka hati dan belajarlah daripada alam sekeliling anda serta jadilah hambanNya yang sentiasa berfikir! Ketua editor, Taufik Shaharol


Menarik bulan ini!! Isu Oktober 2012 DNTI! [4] GALWAY’S ATTRACTUIONSI! [5] RAYA! [6-7] FOKUS UTAMA! [8-10] JUNIOR’S COLUMN! [11-12] BULAN ISLAM! [13] GALWAY EXCURSION! [14-15] GALWAY’S GOT TALENT! [16] JEJAK BLOG! [17-18]

RESIPI! [19]

LAGU PILIHAN! [20] MARI BELAJAR BAHASA! [21] NASIHAT DARIPADA KUBUR! [22] GALWAY’S GOT TALENT! [23]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

qawiyyul jismi!! S

emua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan

yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya. Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. Dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurangkurangnya boleh sihatkan badan. Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan AlBana,qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah. Selain itu, sabda Rasulullah SAW : "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim) Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah. p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani. - Artikel iluvislam.com

DNT [4]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Interesting Places in Galway Kylemore Abbey and Victorian Walled Garden is known as Ireland’s most romantic castle. Located in the heart of Connemara, Co. Galway, set in the most idyllic location, Kylemore Abbey is one of the top places to visit in Ireland

On the west coast of Ireland The Cliffs Of Moher are one of the most outstanding coastal features of Ireland.The cliffs are located in county Clare and lie just south from the Village of Doolin and the Burren. Rising slowly from Doolin they ascend to over 700 feet (213 metres) stretching south for nerarly five miles (8km) to Hags head.

The three Aran Islands, Inis Mór Island (Big Island), Inis Meáin Island (Middle island) and Inis Oírr Island (East island) are situated in a north westerly, south easterly direction at the mouth of Galway Bay, Ireland. They are famous for their geological formation, historical monuments and their linguistic and cultural heritage. The Irish (Gaelic) language is still spoken here and in the twenty first century all native born islanders are bilingual in both Irish and English

GALWAY’S ATTRACTIONS! [5]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

RAYA PERANTAUAN: SATU KELAINAN, SERIBU UNGKAPAN, SEJUTA PENGALAMAN Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya suasana raya di perantauan? Menyambut kehadiran syawal tanpa kehadiran keluarga dan sanak-saudara tersayang pastinya mengundang air mata dan sendu di hati. Namun, pengalaman beraya di Galway baru-baru ini benar-benar mengubah persepsi tersebut. Tak percaya? Apa kata kita intai sedikit coretan riang ria raya di bawah.

Malam raya :

Pagi raya :

Pengumuman raya; Yeayy!!! Esok raya!!

Berjalan beramai-ramai untuk menunaikan solat sunat aidilfitri di Boxing gym, Westside. Terharu sangat kerana umat

Berkumpul di rumah Kak Yulia dan suaminya, Abg Fitri. Sama-

Islam dapat berkumpul bersama-sama walaupun terdapat

sama melaungkan takbir raya dan menjamu selera. Walaupun

jurang bangsa dan bahasa. Agaknya, inilah salah satu nik-

terasa sedikit sayu kerana tak berpeluang bertakbir bersama-

mat beraya di luar negara. Kan? *Berkunjung ke rumah Kak Yong dan suaminya, Abg Romzi

sama keluarga namun, kehadiran sahabat handai dan senior

OPEN HOUSE!!

sedikit sebanyak mengubati kesedihan di hati. Apatah lagiapabila beramai-ramai turun ke dapur untuk menyediakan juadah raya, benar-benar terasa seperti pulang ke kampung.

Suasana syawal diserikan dengan pelbagai juadah raya yang memikat selera. Antara hidangan yang paling menambat hati ialah sate, lemang dan rendang yang disediakan khas

Usik mengusik dan gelak tawa menghidupkan suasana.

oleh chef-chef yang menetap di Galway. Sedap tau‌ rugi

Bahkan, lagu-lagu raya yang berkumandang di ruang dapur

kalau tak rasa.. hehehe..

turut menambah girang di hati..

*Bagai tak terasa beraya di perantauan apabila semua komuniti Melayu

berkumpul dan bertukar-tukar cerita.

Tambah meriah apabila melihat telatah anak-anak kecil yang leka bermain membuatkan kami ikut mengukir senyuman. *Kemeriahan syawal diteruskan dengan sesi bergambar dan kunjung mengunjung ke rumah yang berdekatan. Selepas seharian bergembira, ukhuwah yang terjalin

antara

komuniti menjadi semakin erat. Diharapkan ukhuwah yang terbina ikhlas kerana Allah ini akan berkekalan selamanya.. Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri. (walaupun dah habis raya.. hee)

RAYA! [6]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

ma beraya sela hidup saya g n ja bina an p em se m li an dan Pertama ka at berkenal ap d i . ti aj en h h pa kan sa a d sebulan tan Malaysia bu iti n u s m iti ko en n m ga sempat ukhwah den ga Cork. Tak ju t2 lin ga b n u D sa ah ng Galway mal raya di sini ya a kemeriahan n ajib raya ra w ke an a an at air m mua mak se ti as p g n ya a terasa. Dan semuanya ad Ariff Khadijah

Beraya di perant auan buat kali pe rtama merupakan satu pengalam an yg amat berh arga. minggu raya kami dipenu hi dengan jempu tan open house dari komuniti se keliling Galway da n kemeriahan yg terasa tidak ja uh berbeza darip ad a beraya di Malaysia. insyaA llah, syawal tahu nd epan akan disambut di Galw ay lagi. Jom ram ai2!! Azzizatul Aiin

ani

Beraya di galway ireland merupak an satu pengalam yg terbaik sepanj an ang berada di pe ra ntauan..balik ka pung di ford lore mnzo bersama raka n-rakan..memen jemputan hari ra uhi ya..walaupon ja uh dari keluarga di Malaysia tapi m emori beraya di Galway sesunggu telah merapatka hnya n ukhuwah kam i...jom beraya la gi. .tp kat malaysia lak Sharifah Nad irah

an -akan hamtri tahun ini seak lfi di Ai t ga in a ul Malaysia di Mula-m adanya komuniti an ng de h la lil mdulilbar,tapi alhamdu di Malaysia. Alha da ra be h la -o ah ol t palas dan renGalway,terasa se ah lemang,ketupa m ja en m t pa m abila tidak lah juga se sa hilang seri ap ra Te . an au nt ra rdang walau di pe alaysia, namun be an keluarga di M ng de ya ra be t di sempa nnya bila beraya tambah kemanisa ya mat Hari Ra perantauan. Sela Nik Aliffdin Za

inul Abidin

RAYA! [7]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

BELAJAR DARIPADA ALAM "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'' (Surah Al-Imran : 190-191)

FOKUS UTAMA! [8]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Setiap kali mata terbuka, kaki melangkah longlai ke jendela. Aku melihat alam ciptaanNya. Pokok-pokok yang dahulunya menghijau, kini kelihatan kekuningan dan makin bertambah daun-daun yang gugur. Memenuhi setiap ruang di atas tanah. Aku melihat langit. Luas. Biru. Cantik. Tatkala hati tenang melihat betapa birunya langit, ditambah lagi dengan corak awanawan yang cukup pelbagai menghiasi langit Ilahi, aku terlihat burung gagak, hitam dan besar paruhnya, terbang bebas di udara. "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal. Yaitu orangorang yang mengingat Allah dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'' ( Surah Al-Imran : 190-191) Kadang-kadang kita sering terlepas pandang, melihat alam ciptaan Allah hanya dengan menggunakan mata kasar. Jarang kita menggunakan pandangan mata hati dan terus menerobos ke dalam sanubari tentang kehebatan alam ciptaanNya yang penuh dengan keajaiban dan juga tanda kebesaranNya. SubhanaAllah.

Allah telah menciptakan alam, peralihan malam dan siang, peredaraan matahari bulan malah kerdipan bintang yang menghiasi langit malam, segalanya diciptakan bukanlah dengan sia-sia, melainkan sebagai tanda kekuasaanNya kepada mereka yang berfikir dan melihat dari pandangan mata hati! Semuanya bergerak, tidak pegun dan menuruti perintah Allah SWT. Bulan beredar mengelilingi orbitnya, bumi perputar pada paksinya, dan setiap pagi, matahari tidak pernah gagal untuk menunjukkan diri! Begitulah kita sepatutnya, mentaati perintah Allah tanpa mengingkarinya.

FOKUS UTAMAI! [9]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi orang-orang yang bertakwa. (Yunus:6)

Alam ibarat gedung ilmu kepada manusia untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa! Jadilkanlah diri kita sebagai salah satu daripada mereka yang mengambil pelajaran, yang memahami dan sentiasa bersyukur. Lihatlah sekeliling kita, buka minda, buka hati dan belajarlah daripada alam.

Alam juga mengajar kepada kita supaya sentiasa menyebarkan cas-cas positif atau dalam erti kata lain sentiasa berbuat kebaikan meskipun dibalas dengan keburukan. Pokok contohnya, walau dibaling batu atau "...Dan dia menundukkan malam dan siang, matahari pun kayu, tetap memberikan buah yang manis kepada dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu dikita. Malah, tumbuhan-tumbuhan hijau mengambil kartundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. bon dioksida dan mengeluarkan oksigen yang Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada sememangnya penting dalam kehidupan manusia untanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang metuk bernafas selain untuk mengekalkan suhu yang ideal mahami (Nya), dan Dia (menundukkan pula) apa yang di muka bumi ini. Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan pelbagai macamnya. Sesungguhnya, pada yang demikian itu Kita sebagai khalifah di dunia, wajib untuk mebenar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi makmurkan muka bumi ini dan jangan sekali-kali merokaum yang mengambil pelajaran." sakkan dan memusnahkannya. Jangan disalahguna (Surah An Nahl:12-13) kerana tanggungjawab ini pasti akan dipertanggungjawabkan kepada kita kelak.

FOKUS UTAMA! [10]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Assalamualaikum dan Hi! Sudut ringkas ini dipenakan khas untuk junior junior tahun 1 yang masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di Galway. Okey. Dua perkara yang semua orang mesti nak tahu. Makanan halal dan shopping!

MAKANAN Bagi yang gemar memasak, nak belajar memasak, di Galway terdapat 2 kedai runcit halal. Kedua dua nya terletak di Westside (dekat dengan Dunaras), Mediterranean Store dan Aroma. Kedua dua kedai ini dioperasikan oleh orang Islam jadi barang barang di kedai kedai ini memang 100% halal. Pelbagai keperluan dapur boleh didapati seperti beras, santan, ayam, daging dan macam macam lagi. Jadi boleh lah jimat duit dengan selalu masak. Dekat town juga ada Asean Food Store. Dekat situ boleh lah kalau nak beli keperluan makanan ala ala asia macam tempe, pucuk, suun dan lain lain. Tapi dekat kedai ni bukan semua halal ye. Makanan macam ramyeon, megi ada yang tak halal. Jadi semak dulu sebelum beli! Anda semua boleh google list emulsifier yang tidak halal sebagai rujukan bila nak membeli okey! Bagi yang suka menjelajah restoran, restoran makanan halal memang tak susah nak cari dekat Galway cuma pilihannya agak terhad. Bila belajar di luar negaralah peluang kita nak makan makanan daripada negara lain contohnya seperti makanan dari negara Turki, Morocco, Thailand, dan lain lain.

Capital Turkish Kebab & The Charcoal Grill Kedua-dua restoran ini menyediakan pilihan makanan yang lebih kurang sama iaitu makanan dari negara Turki. Harganya pun lebih kurang sama tapi Capital Turkish Kebab lebih murah berbanding Charcoal Grill. Range harga a la carte 2-4 euro dan set 5 eu ke atas. Makanan di sini semua halal kecuali jika diberitahu oleh pihak kedai. Kedua dua kedai ini terletak di town.

High CafĂŠ High CafĂŠ menyediakan makanan daripada negara Morocco. Kalau ke sana, cubalah masakan morocco seperti kous kous. Range harga di kedai ini agak mahal sedikit dalam 9 eu ke atas untuk setiap hidangan. Tapi jumlah makanan yang dihidangan sangat banyak jadi boleh kongsi ramai ramai! Jimat duit!

JUNIOR’S COLUMN! [11]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Tamarind Thai Restaurant Restoran ni menyediakan makanan thai tetapi hanya makanan laut sahaja yang boleh dimakan. Terletak di town. Range harga makanan 10 euro ke atas. Restoran ini menjadi pilihan kepada mereka yang sukakan tom yum seafood.

Mr Waffle Mr Waffle ini terletak di hadapan University Hospital Galway. Makanan yang ditawarkan (of course) waffle dan crepes. Makanan dekat situ semua boleh makan kecuali yang ada daging atau yang wine/ alcohol based. Range harga 5 euro ke atas.

Mc Donagh’s Mc Donagh’s merupakan restoran yang pasti akan dikunjungi pelancong yang datang melancong ke Galway. Mc Donagh’s ni kedai fish and chips. Pelbagai jenis ikan disediakan pada harga yang berpatutan dan jumlah makanannya banyak .

Tips Shopping Keperluan pakaian seperti jacket harian, winter coat, winter boots tak perlu beli banyak banyak. Cukup kalau satu season ade satu :p Kalau nak beli jackets, coats dan boots, yess di

Pennys atau Dunnes mu-

rah, tapi survey lah jugak kedai seperti Tk pengalaman baju yang dibeli di

Maxx kerana berdasarkan

Pennys dan Dunnes tidak tahan

lama dan kadang kadang boleh dapat baju dengan harga yang agak berpatutan di

Tk Maxx

Shopping online. Ade beberapa website yang selalu dikunjungi pelajar dekat Galway ni untuk shopping seperti

ebay (most common),

sports direct, topshop & topman, dorothy Bila membeli belah tu tak perlu lah nak convert kepada nilai matawang RM. Membeli belah mengikut relative matawang euro. Tapi jangan boros! Perlu ada simpanan sekurang kurangnya suku daripada elaun bulanan. Setiap kali nak tukar season, kebanyakan kedai akan mengadakan sale ‘end of season’. Sale ni memang murah sebab kedai kedai ni nak tukar stok baru.

perkins, forever21, bershka, pull&bear

JUNIOR’S COLUMN! [12]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Z

ul ertinya "yang empunya".

Qa'dah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (bulan yang dimuliakan dan diharamkan berperang ). Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW mengekalkan kemuliaan empat bulan haram ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan berperang padanya. Bersempena inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah". Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda,maksudnya: " Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban."

PERISTIWA BERSEJARAH : 1. Peperangan Bani Quraizah 2. Perjanjian Hudaibiyah 3. Bai'atur Ridwan 4. Berlakunya Haji Wida' 5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

BULAN ISLAM! [13]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Galway Excursion 2012 (GE) Tarikh : 22-23 September 2012 Lokasi : Lough Lannagh Village, Castlebar Tema Program : Metamorphosis - 7 Habits of Highly Effective Student Disediakan oleh : NAA Galway Excursion pada tahun ini membawa tajuk Metamorphosis : 7 Habits of Highly Effective Student. Program kali ini telah, InsyaAllah, berjaya disampaikan melalui pelbagai cara. Forum, talk, workshop, tazkirah dan Explorace! Hampir kesemua pelajar Tahun Satu Perubatan NUI, Galway telah menghadiri program ulung ini. Para peserta dilihat semakin berseri-seri dan bertambah bersemangat semasa program dijalankan. Secara keseluruhannya, program ini juga telah berjaya merapatkan ukhuwwah sesama kami, warga Galway, tidak kira yang baru atau yang lama. Yang jauh didekatkan, yang renggang dirapatkan. Semoga setiap apa yang diusahakan, diberkati Allah Ta'ala.

Hari Pertama 8.00 pagi : Para pelajar bersama-sama AJK-AJK GE berkumpul di Dunaras Village, untuk menaiki 2 bas yang telah disewa khas untuk ke Castlebar.

11.15 pagi : Bermulanya TALK 1 : Habit 1 - Be Proactive, oleh Dr. Nazir, speaker jemputan GE 2012. 12.45 tghari : Pembahagian kumpulan kecil, Santapan tengahari, Pendaftaran masuk bilik, dan solat Zohor-Asar.

8.30 pagi : Bas mula bergerak, kami memulakan perjalanan 2.00 petang : Bermulanya WORKSHOP 1 : Habit 4 - Think dengan Bismillah dan bacaan doa menaiki kenderaan secara Win-Win. Peserta berinteraksi dalam kumpulan kecil masing beramai-ramai. -masing. 2.45 petang : TALK 2 : Habit 2 - Begin with the end in mind 10.00 pagi : Sampai ke destinasi program. oleh Dr. Nazir. 10.30 pagi : Ucapan pembukaan majlis. Ucapan oleh 4.45 petang : Minum Petang. Pengarah Program, Akmal Sharum. Sesi pengenalan AJK-AJK dan para fasilitator. Pengenalan dan nyanyian lagu tema GE 5.00 petang : EXPLORACE! 7 station yang merangkumi 7 2012 - Gemuruh oleh Faizal Tahir. Para peserta tampak Habits. lebih bersemangat sejurus selepas suntikan nyanyian 6.30 petang : BBQ dinner! Para peserta serta para Faci ber"gemuruh"! tungkus lumus membakar ayam dalam keadaan sejuk pada

GALWAY ESCURSION! [14]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

8.00 malam : Urus diri dan solat Maghrib-Isyak. 8.30 malam : FORUM : Habit 7 - Sharpen The Saw. Dikendalikan oleh moderator, Zubir Abdur Rahim dan panelis-panelis mantap : Amin Ashari (Final Med NUIG), Dr. Raja Affendi (Consultant Doctor), Dr. Nor Haryanti Hashim (SHO). 9.30 malam : Sesi muhasabah bersama bagi sepanjang hari tersebut. Bacaan Al-Mulk. 10.00 malam : Bersurai, pulang ke Cottage/Bilik masing-masing untuk berehat. Hari Kedua 5.30 pagi : Solat Subuh berjemaah. 6.00 pagi : TAZKIRAH : Habit 5 - Seek first to understand, then to be understood, oleh Fakhurazzi Bakri. 7.30 pagi : Sarapan pagi. Urus diri dan mengemas bilik untuk pendaftaran keluar kemudian. 8.30 pagi : TALK 3 : Habit 3 - Put first things first oleh Dr. Nazir. 10.30 pagi : WORKSHOP 2 : Habit 6 - Synergy. Sesi berinteraksi antara kumpulan kecil. 11.30 pagi : Promosi program musim sejuk PUISI 2012. Refleksi program bersama kumpulan masing -masing. 12.30 tghari : Sesi berfotografi. Check-out dan bersedia untuk pulang. 1.30 petang : Bas menuju ke Country Life - National Museum of Ireland, Turlough Park, Castlebar, Mayo. Bersiar-siar dan makan tengahari. 3.30 petang : Bersedia pulang menuju ke Galway! 5.30 petang : Sampai di Dunaras Village. Pulang ke rumah masing-masing.

GALWAY EXCURSION! [15]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

“don’t forget to remember me” - Laila by IlhamDahlia

There will be times where I’ll forget to forget you But there will be moments where I’ll forget to remember you Know in my heart there’s a place for you and in my prayer where I’ll think of you your life is a beautiful sets of glory but your death is mine to story you are a friend, a sister, a supporter, a believer and forever shall you be a memory Though your life ends in suddenness at the hands of a man know its Him who drew the plan you went without goodbyes only cause we’re meant to never say goodbye Cause home in Jannah we are heading Only a different route we are now taking Deep in my heart I know you’ll be waiting insyaAllah.

in rememberance (Al-Fatihah) - Laila Ali -

GALWAY’S GOT TALENT! [16]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

JEJAK BLOG TRAVELOG TURKI! Taken from :http:// aurisshaira89.blogspot.ie

S

alam. Ok, sekarang saya nak sambung travelog

kETurki. Dah lama sangat simpan. Karang basi pula. Hari tu kita berhenti di perhentian Capadocia kan? Maka, sekarang kita teruskan perjalanan!!! Untuk pengetahuan, kedatangan kami ke sini tak terancang pun sebenarnya. Keputusan diambil malam sebelum nak bertolak saja. Lepas buat syura di restoran Turki di lupa-nama-apa, kami sepakat sebulat suara mahu ke Capadocia berbanding ke Bursa. Kenapa? Sebab di Bursa hanya ada dua aktiviti iaitu ski dan membeli-belah. Tapi di Capadocia ada banyak tempat perlancongan dan pusat ski-nya terletak di gunung tertinggi di Turki. Lebih tinggi dari di Bursa. Yang uniknya, di Capadocia ada hotel dalam gua. Maka, ramailah yang berhajat mahu bergelar Ashabul Kahfi di sana Hari pertama di sini, kami bertolak ke kawasan bernama Devrent Valley. Kat sini, batu-batu dia terbentuk menjadi bentuk-bentuk haiwan secara semula jadi. Paling jelas, macam bentuk unta macam di sebelah ni. (^_^)Y

Oh, ada satu tradisi unik di Turki yang kami baru jumpa. Pernah dengar "Botol Air Mata?" Haaa... Kat Turki waktu perang dulu, botol air mata ni bukti kesetiaan seorang isteri kepada suaminya. Waktu suami pergi perang, isteri akan kumpul air mata dalam botol ni bila teringat suami dia. Kalau suami dia mati dalam perang, botol berisi air mata tu akan disimpan sebagai mengingati suaminya. Kalau suami dia balik dalam keadaan selamat pula, isteri akan serahkan botol air tu pada suami dia sebagai tanda betapa dia sentiasa harapkan

JEJAK BLOG! [17]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

keselamatan dan kepulangan suami tercinta. Alahai, romantis kan?

Sepanjang perjalanan ke Antakya, saya berjaya menangkap gambar beberapa tempat yang paling menarik di mata saya. Pemandangan-

Lepas tu, bas bertolak pula ke Gorome Open Air Museum. Sebuah kawasan bukit-bukit yang di dalamnya ada gereja-gereja lama Kristian Orthodok sewaktu zaman lampau ketika penganut Kristian diburu. Mereka sembunyi di sini.Rupanya Turki merupakan antara tempat perkembangan Kristian dahulukala. Banyak artifak Kristian ada di sini.

pemandangan ni buat saya sayu nak tinggalkan Turki. Banyak sangat benda yang saya dapat disini. Turki memang sangat berbeza dan ada magiknya tersendiri. Tanpa sedar, saya telah pun menumpahkan air mata sewaktu bertolak pulang meninggalkan bumi sejarah ini. Terbayang-bayang segala kesan tinggalan zaman Uthmaniah dan

Yaaa, sudah sampai masa yang dinanti-nantikan. Nampak muka semua excited teramat terutama adikadik junior yang sangat mengidam nak jumpa salji tu. Yang akak-akak kunun buat muka rileks la dah pernah salji walaupun sebenarnya hati teruja ya amat nak main ski. Kami punya lokasi di Kayseri. Tempat ni sentiasa bersalji sampai keluarlah lawak tempatan Turki yang berbunyi "kalau ada orang meminjam duit, dia hanya akan bayar bila salji di Kayseri cair" maknanya sampai kiamat la dia takkan bayar!

saya cukup sayu dan rindu untuk kembali ke zaman ke itu. Terasa hati mengamit-gamit mahu merasa hidup di bawah empayar dunia yang tertegak utuh di bawah panji Islam. Ok, sampai di sini sahaja. Kembara sehari seterusnya di Syria sebelum kembali ke Irbid saya simpan dahulu. Eh, ada lagi dua tempat di Turki yang saya lupa titipkan sekali. Takpelah, simpan ke Syria sekali ya! Nanti saya siapkan bila-bila. Ada beberapa tempat menarik di Syria yang kami sempat lawat. Menarik! Insyallah, nanti saya kongsikan bersama lain kali. Harapnya yang di Turkey ini mencukupi dulu buat masa sekarang ya.

See you next time!

JEJAK BLOG! [18]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

AYAM MASAK MADU! Ingredient A - 6 drumsticks – clean and removed the fats and skin - 1 tsp of turmeric powder - Salt and pepper to taste Ingredients B - 2 tb sp of ground chili paste - 3 tbsp of tomato paste - 1 big onion – cut into rings - 3 cloves of garlic – chopped - 1 tb sp of chopped ginger - Some curry leaves (optional) - 1 star anise - 1 cinnamon bark - 2 cloves - ½ - ¾ cup of water - Honey to taste - Salt to taste

Steps 1. Put all the ingredients A together and marinate for half an hour. Line the chicken on a baking pan and bake in a pre -heated 400 degree F oven for 20 minutes. 2. While the chicken is baking, heat up a wok. Add about 2 tb sp of oil and stir fry cinnamon, cloves star anise and curry leaves until fragrant. Add in ground ginger and garlic and continue to stir-fry until lightly brown. 3. Add in tomato paste, chili paste, honey and stir well for 10 seconds. Add in the water. Bring it up to boil and toss in the chicken and onion rings. 4. Give a quick stir-fry, bring the heat to slow simmer, covered and cook until the sauce thickens and the chicken is done. Check seasonings to make sure that it is the sweetness and saltiness you like. 5. Dish out and serve with warm rice.

RESIPI! [19]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Berjalan Tanpa Henti : DEVOTEES Bagaikan jauh jalan yang kutempuh Langkah demi langkah akan kugagah Hari demi hari berjalan tanpa henti Yakinku ada sinar yang menentu

Dialah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalannya. (Al Mulk:2 ) dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya). ( Furqan:20)

Kalau dah bertemu arah Yakin penuh pasrah PadaNya Yang Kuasa dikau berserah Jika kau rebah jika kau kalah Bersaksilah rahmatNya akan terserlah

B

Segala kepahitan segala keperitan Terima bagai penghapus dosa Malang yang menimpa duka yang melara Mungkin di baliknya ada bahagia Jangan-jangan berputus asa Dari rahmat Yang Maha Esa Jangan-jangan kita lupa Ujian

K

ehidupan di dunia sememangnya penuh dengan warna. Seperti juga warna yang mempunyai tona yang berbeza yakni ceria, terang dan juga suram dan kelam. Kehidupan kita juga begitu. Adakalanya hidup ini terasa indah, rasa motivasi yang tinggi untuk meluncur dalam menghadapi arus kehidupan. Namun, adakalanya diri terkadang berasa penat dan lelah, malah terus ingin mengaku kalah. Tapi ingatlah “ Jangan jangan berputus asa, dari Rahmat yang Maha Esa, Jangan jangan kita lupa, Ujian lumrahnya dunia “. Benar. Ujian lumrah dunia. Ujian diberikan oleh Allah kepada hamba hambaNya adalah untuk menguji kita, siapakah yang terbaik amalannya.

enar. Malah ujian yang diberikan sebenarnya adalah anugerah yang paling berharga kepada hamba hambaNya. Ujian yang diturunkan adalah satu tawaran untuk mengangkat darjat kita disisiNya. Tugas kita adalah untuk membuat pilihan sama ada untuk bersabar, bersyukur atau mahu merungut dan marah? Tepuk dada, Tanya inche iman. Mampukah aku menghadapi ujian ini? Persoalan yang clichĂŠ dan sememnagnya selalu bermain di dalam kotak fikiran. Ingatlah, Allah Maha Penyayang. Dia tidak akan menurunkan ujian melainkan sesuai dengan kapasiti kita. Dia lebih mengetahui tentang hamba hambaNya. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang muslim kerana setiap ujian dan dugaan yang melanda pasti akan berjaya dihadapi namun apa yang penting adalah tindakan dan kesan ujian tersebut dalam kehidupan kita. Senyumlah dan teruskan kehidupan yang berharga kerana hidup adalah anugerah daripada Allah. Jadi berjalanlah tanpa henti.

LAGU PILIHAN! [20]


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

Guten Morgen goot-en mor-gen Good Morning

Guten Tag goot-en tahk Hello/Good Day

Guten Abend goot-en ah-bent Good Evening

Schlecht / Nicht Gut shlekht / nisht goot Bad / Not good

Gute Nacht goot-eh nakht Good Night

Tag / Hallo / Servus tahk / hah-loh / sairvoohs Hi / Hello / Hi & Bye (Southern Germany

Auf Wiedersehen owf vee-dair-zayn Goodbye

Wie heißen Sie? vee hie-ssen zee What's your name? (formal)

Es tut mir leid. ehs toot meer lite I'm sorry

Es geht. ess gate I'm ok. (informal)

Wie geht es Ihnen? vee gayt es eenen How are you? (formal)

Bitte bih-tuh Please

& Austria)

Grüß dich / Grüß Gott! Hello! / Greetings!

Tschüs / Tschau tchews / chow Bye!

Gehen wir! geh-en veer Let's go!

Bis später biss shpay-ter See you later

Bis bald biss bahlt See you soon

Bis morgen biss mohr-gen See you tomorrow

Verzeihung Pardon me

Ich heiße... ikh hie-ssuh My name is... [I am called...]

(Southern Germany & Austria)

Bitte schön bih-tuh shurn You're welcome

Danke (schön / Wie heißt du? sehr) vee hiesst doo dahn-kuh shurn/ What's your zair name? (informal) Thank you Ja / Nein yah / nine Yes / No

Entschuldigen Sie ehnt-shool-dihgun zee Excuse me

MARI BELAJAR BAHASA! [21]


NASIHAT KUBUR Aku adalah tempat yang paling gelap diantara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD. Aku adalah tempay yang plaing sempit, maka luaskanlah aku dengan SILATURRAHIM Aku adalah tempat yang paling sepi, maka perbanyakkanlah aku dengan membaca AL QURAN Aku adalah tempat binatang yang menjijikan, maka racunilah aku dengan AMAL SEDEKAH Aku menyempitmu sehingga hancur, bebaskan sempitan itu dengan BERSOLAT Aku tempat merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebeaskan rendaman itu dengan BERPUASA

Aku adalah tempat mungkar dan nangkir bertanya, bersiaplah dan perbanyakkan ucapan LAILAHAILALLAH


EDISI oktober 2012 / zulkaedah1433

BY : MUSAFIR ABADI Baru bermula Alhamdulillah satu persatu perkara dipermudahkanNya sekarang, makin hampir. Makin dekat ke waktu itu waktu yang aku tunggu, yang aku nantikan

Pengalaman guru terbaik semoga peluang yang diberikan olehNya digunakan sebaik-baiknya kerana hidup ini indah dan siapa yang mencari kebenaran akan bertemu kebahagiaan

Semakin memahami dan semakin nampak jalan yang dipilih ini cita-citaku duhai hati jiwa kuatlah menghadapi segala dugaan cabaran di hari muka kerana jalan yang aku pilih pasti dipenuhi onak dan semalu

duhai hati jangan pernah berubah ingatlah..Ingatlah segalanya hanya pinjaman daripada Allah SWT

GALWAY�S GOT TALENT! [23]



Gema Mukminin Oct 3rd Edition