Issuu on Google+

jom JADI BAIK

146

KASIHAN… RAMADAN INI, KORANG TAK BOLEH BERMULUT CABUL LAGI. KALAU CABUL SANGAT, ORANG MESTI INGAT KAU TAK BERPUASA.

SEPTEMBER ’09

ta

RABBANI – duH

RAKAN ASU

Bil. 9 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • September 2009 • Ramadan / Syawal 1430H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

Seronoknya Bertarawih

Adab-adab Berbuka Puasa Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

www.galeriilmu.com.my


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK Niat Puasa Ramadan

“Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Doa Buka Puasa

“Ya Allah kerana Engkaulah aku berpuasa dan atas rezeki-Mu aku berbuka.”

Doa Dari Awal Ramadan hingga Akhir Ramadan

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku.”

'

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

'


BIL. 9 TAHUN 13 • SEPTEMBER 2009 RAMADAN - SYAWAL 1430H

MAJALAH ASUH Pengarah Urusan Haji Abu Hassan Morad Pentadbiran & Kewangan Abd Halim Che Pa Penerbitan Roslan Kassim Kreatif Haji Badrul Hisham Shaari Pemasaran Mohd Yusri Mohd Yusof Komunikasi Korporat, Promosi & Iklan Aliyah Sijari, A.M.N REDAKSI Editor Marzhatul Syima Md Saad Sidang Editor Norhashimah Abd Rahman, Rosmawati Saidin, Shamsiah Puad Penulis Tamu Dr. Nik Yusri Musa, Zuraimi Ismail, Shahrin Ahmad STUDIO / ARTIS Rekabentuk & Grafik Hj Badrul Hisham Shaari Aturhuruf & Rekaletak Mohd Hanafiah Taib, Fauzi Abd Hamid, Che Su Husin Ilustrasi / Warna Badrul, Mokhtar Lufti, Hamdan, Amran, Bakafro Jurufoto: Anis Suhaili Rosenan PROMOSI & IKLAN Nur Suriati Mohd Soffee, Ismail Kassim LANGGANAN Elyas Yusuf PENGEDARAN Mohd Nor Rafuzi, Zulkarnain Suhaimi, Hafizi Yusof, Muhd Asshaari Ramli, Rosli Abd Razak Diterbitkan oleh: GALERI ILMU SDN. BHD. (417643-K) Urusan surat menyurat & langganan: GALERI ILMU SDN. BHD. 44, Jln. Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota D‘sara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-614 21 614 / Faks: 03-614 21 612 Web: www.galeriilmu.com.my Dicetak oleh: ULTIMATE PRINT SDN. BHD. (19965-V) Lot 2, Jln. Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. © Hakcipta terpelihara. Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan kembali sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik tanpa kebenaran bertulis daripada GALERI ILMU SDN. BHD. AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA DISTRIBUTORS, Blk. 505, West Coast Drive, #01-210 Singapore 120505. Tel: 6567784347 Fax: 6567784307. Email: enquiry_wina@hotmail.com.

RAMADAN DALAM MERDEKA

Assalamualaikum… Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah yang Maha Pengampun lagi Maha an, bulan Ramad bulan pada u bertem Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertakwa dan takut yang hamba i menjad mendidik jiwa, mentarbiah diri kepada Allah SWT. beriman! Sebagaimana firman Allah SWT: “…Wahai orang-orang yang kepada kan diwajib Diwajibkan kepadamu mengerjakan puasa sebagaimana telah tan).” kejaha (dari orang-orang sebelum kamu, supaya kamu terpelihara (al-Baqarah:183) ekaan negara kemerd hari but menyam kita Malah, dalam bulan yang sama sendiri dari diri n dekaka memer kita ama sama-s yang ke-52. Justeru, mari on ampun memoh untuk peluang Rebut ya. oleh-N g dilaran segala perkara yang Semoga dosa. dan taubat dari Allah SWT agar dibersihkan diri dari segala dan tabah i menjad Ramadan yang sedang dijalani dapat mendidik jiwa kita ya. dari-N sabar di samping merasai kemanisan dan rahmat at dalam Bagi adik-adik yang baru belajar berpuasa, kuatkan semang merasai akan ik adik-ad sukar, terasa un menjalani ibadah puasa ini. Walaup yang guhan kesung dan niat dengan ini ibadat kan nikmatnya apabila kita melaku SWT. Allah kerana jitu semata-mata llah SAW Abu Hurairah telah berkata, “Aku telah mendengar Rasulu iman penuh dengan an bersabda tentang Ramadan: “Sesiapa berpuasa Ramad an.” dilakuk pernah yang osa dan kesungguhan, maka akan diampunkan dosa-d (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud) ini, mari Bagi menambahkan amalan pada bulan yang penuh keberkatan ca memba sunat, solat i sepert sunat amalan kkan rbanya sama-sama kita mempe pada serta yatim al-Quran, bersedekah, membantu fakir miskin dan anak-anak ara yang boleh a-perk perkar a daripad dera pancain a menjag sama yang masa mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa. Pada bulan Adik-adik hendak tahu apa yang ada di sebalik bulan Ramadan? lqadar. Lailatu iaitu bulan seribu dari baik Ramadan, ada satu malam lebih yang an al-Qur kitab ng, teragu at mukjiz kan diturun Bahkan pada bulan ini juga ai pelbag rkan melaka turut yang Islam umat an pegang dan menjadi panduan orangkepada peristiwa bersejarah yang amat memberi kesan dan pengajaran kita jadikan orang Islam. Justeru, sebagai pewaris agama Islam seharusnya kita. Di sini at semang dan an catatan sejarah ini sebagai pemangkin keyakin ikan kita menjad untuk SWT Allah kita dapat lihat dan hayati kehebatan Selamat ini. bumi muka di a tah-Ny h-perin hamba-Nya yang taat kepada perinta an keazam dan yatan pengha penuh dengan arak menempuh Ramadan al-Mub untuk mengubah diri menjadi Muslimin dan Muslimat sejati.

Editor..

KANDUNGAN Nilai Tambah Ramadan Pekerti Mulia Tiru Nabi Komik Syaitan Ilmuan Islam Kenal Allah Faham Fikah Alam Semesta Mahmudah vs Mazmumah Peraduan Sudoku Tanya Ustaz Selera Pintar Asah Bakat Lukis & Warna Dialog

2 4 5 6 11 12 13 14 16 17 18 21 22 24 25

Komen@Cadangan Tajam Minda Gaya Si Cilik Nenek Bercerita Lughatul Arabiah Cerita Haiwan Cerpen Kelab Rakan Asuh Sudut Kraf

26 30 33 36 38 40 42 44 48


Ramadan menjelang tiba. Inilah bulan yang dinanti-nantikan olah umat Islam kerana di dalamnya mengandungi seribu satu macam kelebihan dan ganjaran pahala. Selain diwajibkan berpuasa sebulan, kita juga digalakkan menunaikan solat sunat Tarawih, iaitu solat yang hanya ada pada bulan Ramadan. Begitulah istimewanya bulan yang mulia ini.

3. Elakkan bermain-main di luar dan di dalam masjid terutama tempat orang mendirikan solat. 4. Elakkan berbual-bual kosong di dalam masjid. Jika bercakap elak daripada meninggikan suara kerana mengganggu orang lain hendak solat. 5. Sucikan diri daripada segala kekotoran dan ambil wuduk dengan sempurna.

Seronoknya Bertarawih Dalam keghairahan dan ke seronokan untuk melakukan Solat Tarawih terutama yang ingin berjemaah di masjid atau surau yang terdekat, pastikan kita menjaga tingkah laku ketika hendak ke masjid dan melakukan solat berjemaah. Antaranya: 1. Pakai pakaian yang bersih, sopan dan menutup aurat. Elakkan memakai pakaian yang gelap ketika keluar pada waktu malam untuk mengelakkan kemalangan. 2. Anak-anak gadis tidak digalakkan berjalan seorang diri terutama pada waktu malam. Sebaiknya datanglah bersama ahli keluarga atau kawan-kawan. 4

6. Sekiranya azan belum dilaungkan, tunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat. 7. Elakkan bercakap-cakap ketika azan sedang dilaungkan. 8. Tunaikan solat sunat Rawatib Qabliyyah Isyak dua rakaat. 9. Sekiranya belum baligh lagi, kanak-kanak lelaki hendaklah memilih saf yang paling belakang daripada orang-orang dewasa lelaki. 10. Begitu juga kanak-kanak perempuan sebaiknya memilih saf untuk kanak-kanak agar tidak putus saf.

BIL. 146 • SEPTEMBER 2009

11. Lakukan solat Isyak empat rakaat terlebih dahulu. Elakkan daripada mendirikan solat sunat Tarawih sahaja tanpa melakukan solat yang wajib. 12. Elakkan daripada tergesa-gesa meninggalkan saf apabila selesai solat. Sebaiknya bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh imam. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: “Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.�


\

adab

adab

berbuka

puasa Alhamdulillah….ramai adik-adik di kalangan pembaca majalah Asuh sedang berpuasa. Puasa termasuk dalam Rukun Islam yang ketiga. Puasa bertujuan melatih diri melawan hawa nafsu dan seterusnya membentuk individu yang bertakwa. Justeru, menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untuk melakukan ibadah puasa ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Yang penting di dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, dapat sama-sama kita rebut dan tingkatkan lagi amal ibadah kita. Di sini disenaraikan adab berbuka puasa mengikut sunah Rasulullah SAW: 1. Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu. Daripada Sahl bin Saad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2. Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi) 3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Nabi SAW berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Tetapi, sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakan ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Tidak makan berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebihlebihan.” (al-‘Araf: 31) Di dalam hadis Nabi SAW menyebut: “Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa

suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi) 5. Berdoa ketika berbuka. Kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa setelah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota badan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibnu Majah) 6. Doakan sesiapa yang menjamu kita berbuka. Kata Anas r.a.: “Baginda SAW pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud) Jadi, sewajarnya kita berdoa kepada mereka yang telah menjamu kita berbuka puasa.

BIL. 146 • SEPTEMBER 2009

5


SELERA

SI PINTAR : Bahan-bahan ng gandum pu 250 gram te besar Seulas bawang du dipotong da bilis 30 gram ikan r sa Sebiji cili be m Sebiji telur aya m Sedikit gara ya Air secukupn

Mmm... kali ini Selera Si Pintar membawakan menu yang mudah disediakan dan mengenyangkan. Ia sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Jadi, adik-adik boleh mencuba menu ini dan hidangkan untuk keluarga. Tetapi ingat berwaspada sewaktu menggunakan peralatan dapur. Adik-adik boleh dapatkan pertolongan daripada ibu atau kakak.

CUCUR IKAN BILIS

Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung gandum, telur, air, garam, bawang besar, cili besar, dan ikan bilis. Gaul sehingga rata dan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 2. Panaskan minyak dalam kuali. 3. Masukkan adunan tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu. Goreng seperti biasa. 4. Siap untuk dihidangkan. 5. Boleh juga dihidangkan bersama sos cili.

1

Selamat mencuba!

3

2

6

4

7

9

5

8

10 BIL. 146 • SEPTEMBER 2009

21


Sempena menyambut kedatangan Syawal, Gaya Si Cilik menampilkan pakaian dari koleksi Zarina Smocking Creation. Pastinya meriah meraikan Aidilfitri apabila melihat si cilik comel dan cantik menggayakan dres berwarna-warni ini. Jom, kita lihat koleksi yang disediakan!

Model: Mariam Ismail, Fatin Kamalia, Nur Anis Syakirah, Alya Syahira, Happy Phang Pakaian: Zarina Smocking Creation, Tel: 013-3931142 Tudung: Zaitun Alias Collection (ID-Perempuan) Tel: 017-8819197 / 017-8819190 / 017-8819187

Meriahnya Syawal Dengan Dres Smocking

Dres smocking dari kain cotton ini memang selesa dipakai dan digayakan tatkala berkunjung ke rumah saudara-mara pada hari raya. BIL. 146 • SEPTEMBER 2009

33


Amboi‌.tidak sabar lagi adik-adik kita hendak beraya bersama kawan-kawan. Pastinya meriah apabila masing-masing mengenakan dres dari jenis yang sama. 34

BIL. 146 • SEPTEMBER 2009


Comelnya si cilik berdua ini. Tidak kira agama dan bangsa, namun tetap bersatu untuk sama-sama meraikan Syawal yang mulia ini. Begitulah rumpun satu Malaysia. BIL. 146 • SEPTEMBER 2009

35


Asuh Sept 2009