Issuu on Google+

143 JUN ’09

I

U...

RABBANI – duta

RAKAN ASUH

Bil. 6 Tahun 13 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 147/05/2008 • Jun 2009 • Jamadilakhir / Rejab 1430H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

BERTUTUR DENGAN

BAIK

Solat Orang Sakit

Sweeties Flowers

Perginya Seorang TOKOH

Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

www.galeriilmu.com.my


OLEH:ABU

BAKAR MD.YATIM

KENAPA ORANG KATA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU?

SEBAB IBU MENJAGA KITA SEJAK DARI DALAM KANDUNGAN, BERGADAI NYAWA MELAHIRKAN KITA DAN MENDIDIK KITA SEHINGGA DEWASA.

RASULULLAH KATA SELEPAS ALLAH DAN RASUL, IBUMU... IBUMU... IBUMU... KEMUDIAN BARU AYAHMU.

32

BIL. 143 • JUN 2009

SIAPA YANG PATUT KITA CINTAI SELEPAS ALLAH DAN RASUL?

SEMEMANGNYA MUSTAHIL UNTUK KITA MEMBALAS BALIK JASA IBU. CUKUP SEKADAR KITA MEMBUAT IBU GEMBIRA DAN BERBANGGA DENGAN ANAKNYA.


Sana-Sini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 17 hingga 26 April yang lalu. Bertuahlah andainya adik-adik semua termasuk dalam kalangan 1.3 juta pengunjung PBAKL. Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (GISB) iaitu penerbit Majalah Asuh dan Anis juga tidak ketinggalan menyertai PBAKL. Sepanjang sepuluh hari berlangsung, gerai GISB (no. 81, 82, 83 dan 84) mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Untuk makluman adik-adik, se bahagian rakan adik-adik itu datang bersama rombongan sekolah, ada juga yang ditemani ibu bapa masing-masing. Mereka yang datang bukan saja dari Lembah Klang tetapi juga dari seluruh tanah air.

Majalah Anis & Asuh Di Pesta Buku

Suasana Majlis Pelancaran Semula Kelab Rakan Asuh.

Kumpulan Rabbani, Duta Majalah Asuh di gerai GISB. Pak Cik Bad, pelukis/penulis ruangan Siri Godaan Syaitan- Asuh tak putusputus dikerumuni peminat cilik. GISB menyediakan bahan bacaan menarik untuk semua golongan, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Rakan Asuh yang terpilih untuk naik ke pentas bagi menurunkan tandatangan di Kad Kelab Rakan Asuh.

Tujuan mereka pastinya ingin mendapatkan majalah Asuh dan Anis terbaru serta mendapat potongan istimewa bagi yang ingin melanggan majalah Anis dan Asuh. Selain majalah kesayangan adik-adik ini, terdapat aneka judul buku baru yang boleh dibawa pulang untuk santapan minda seisi keluarga. Tahun ini GISB menghasilkan 30 buah buku baru. Buku-buku ini dibahagi kepada beberapa kategori iaitu Buku Kanakkanak, Novel Motivasi Remaja dan Tarbiah Rohani untuk bacaan dewasa. 34 BIL. 143 • JUN 2009

Sepanjang pesta buku ini juga pelbagai acara menarik diadakan di gerai GISB. Selain Pelancaran Semula Kelab Rakan Asuh-Rabbani oleh Kumpulan Rabbani di pentas utama, pengunjung juga berpeluang menyertai Peraduan Mengarang Dialog, Sesi Petah Jawi dan Peraduan Sudoku. Harapan kami agar adik-adik tidak lepaskan peluang bertemu kami lagi pada tahun hadapan!

Hajah Jalilah dan Kak Marzhatul Syima, Editor Anis dan Asuh turut turun padang mempromosi majalah.


Dana Penggerak lndustri Buku Negara Tujuh belas judul buku di bawah terbitan GISB turut memeriahkan majlis pelancaran 200 judul buku Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN). Buku-buku itu ialah Siri Meneroka Alam Haiwan (10 siri), Siri Juara Muda (4 siri), Anda dan Internet (Azad Abdullah), Ke Mana Wang Anda? (Hajah Rohani Dato’ Mohd Shahir) dan Inspirasi Buat Bakal Mahasiswa oleh Dr. Kamariah Kamaruddin. Untuk makluman adik-adik, Dana PIBN ialah dana yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan disalurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kepada para penerbit. Dana ini ditubuhkan semenjak tahun 2007 dengan matlamat membantu para penerbit menghasilkan buku-buku berkualiti sekaligus memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu.

Dato’ Hj. Termizi Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah DBP memotong reben sebagai tanda pelancaran 200 judul buku di bawah Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN).

Adik Muhammad Hj. Ahmad Zahid, Hafiz Muda (Juara Muda) sedang mengalunkan kalimah suci di gerai GISB.

Tn Hj Abu Hassan (tengah) sedang menunjuk salah satu buku Siri Mari Meneroka Alam Haiwan.

Dato’ Hj. Termizi bersama Adik Mariam Majid al-Rifai, salah seorang Juara Muda.

Dari kiri; Adik Haziq, Adik Mariam dan Adik Badrish (Juara Muda) bergambar kenangan bersama Tn. Hj. Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB.

BIL. 143 • JUN 2009

35


Kali ini Selera Pintar ingin berkongsi dengan kawan-kawan menu yang lazat dan berkhasiat untuk kesihatan. Ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Jangan lupa untuk mencubanya sendiri!

Selera Si Pintar Oleh: Farah Nadia

Bahan-bahan: Sebi ji buah epal merah Sebi ji buah epal hijau Sebi ji buah lai Sepotong buah tembikai Mayonis

SALAD

BUAH-BUAHAN

Cara-cara membuatnya: 1. Semua buah-buahan tersebut dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam mangkuk. 2. Masukkan mayonis mengikut kesukaan masing-masing ke dalam buah-buahan tersebut. 3. Kacau buah-buahan ini. 4. Siap untuk dimakan. Mudah, cepat dan lazat!

BIL. 143 • JUN 2009

45


Asuh Jun 2009