Issuu on Google+

K

A T A

L

U

H

U

A. Samad Said

R


K

A T A

L

U

H

U

R

A. Samad Said


A. Samad Said KATA LUHUR

9 April - 10 Mei 2010 GALERI 2B, BALAI SENI LUKIS NEGARA, KUALA LUMPUR Pengarah Projek Pelita Hati

Penganjur Bersama

Kurator Nur Hanim Mohamed Khairuddin Penyumbang Esei Hasnul Jamal Saidon Zanita Anuar Nur Hanim Mohamed Khairuddin Siti Zainon Ismail Rahmat Haron Penyunting Teratak Nuromar

pelita hati

Penerbit Buku

Konsep Rekabentuk Hasnul Jamal Saidon, Nur Hanim Mohamed Khairuddin & Afzanizam Mohd Ali Pembantu Kuratorial Mohamad Majidi Amir Pelita Hati Jurugambar Jo Ghazali Pembantu Teknikal Balai Seni Lukis Negara Pembantu Penerbitan Nor Laila Abd. Rozak@Razak Promosi & Publisiti Balai Seni Lukis Negara Pelita Hati Teratak Nuromar Nur Hanim Mohamed Khairuddin Kata luhur : A. Samad Said / Nur Hanim Khairuddin, Hasnul Jamal Saidon. ISBN 978-983-43926-5-9 1. A. Samad Said (Abdul Samad Said), 1935-. 2 Art, Malaysian--Malaysia-Exhibitions. 3. Painting, Malaysian--Exhibitions. I. Hasnul Jamal Saidon. II. Judul. 759.9595 Š2010 A. Samad Said, Muzium & Galeri Tuanku Fauziah dan Teratak Nuromar. Semua hak cipta adalah terpelihara. Sebarang bahagian di dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula kecuali untuk tujuan kajian dan kritikan dalam bentuk atau dengan sebarang cara tanpa izin penulis atau penerbit

Hiasan Kulit Pelukis: A. Samad Said, tajuk: Istana Kata 14, saiz: 25cm X 22cm, media: dakwat atas kertas, tahun: 2009

h o u s e

Penaja

o f

a r t


Kandungan Prakata oleh Raja Annuar Prakata oleh Zanita Anuar

11 13

Esei

Balada Buat Peta - Refleksi Terhadap Karya-karya Mutakhir A. Samad Said oleh Hasnul Jamal Saidon Pendeta Penyembuh Luka Ibunda oleh Rahmat Haron Wawancara Kurator bersama A.Samad Said Sekitar Seni & Kesenimanan Unsur Seni Lukis Dalam Puisi Sasterawan Negara A. Samad Said oleh Siti Zainon Ismail Terima Kasih oleh Zanita Anuar

15 29 41 61 95

Karya

21 34 50 70 100

Biodata

161

Penghargaan

163


KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya. Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih ‘perkasa’, ‘ganas’ dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut. KATA LUHUR adalah rakaman visual serta ‘catatan batin bangsa’ sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya. Kurator Pameran


PRAKATA Apabila Y Bhg Datuk A. Samad Said (Pak Samad) pertama kali menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan pameran solo keduanya di Pelita Hati, kami amat berbesar hati untuk menganjurkannya. Ini merupakan satu amanat yang amat penting untuk dipikul. Meskipun Pak Samad dikenali sebagai orang sastera dan merupakan Sasterawan Negara, namun ramai yang kurang mengenali beliau sebagai seorang pengkarya seni tampak dan juga seorang pengumpul-‘collector’ karya seni tampak. Walau bagaimanapun koleksi Pak Samad lebih merupakan pembelian yang berupa pemberi rangsangan serta galakan kepada pengkarya muda yang baru menceburi dan mengenali erti dunia seni. Atas usaha yang tak mengenal lelah dalam mendorong serta mendidik dan ‘kemurahan’ hati beliau dalam membantu dan memberi galakan kepada pengkarya muda, kepada yang mengenali Pak Samad, beliau merupakan ikon dunia seni yang semestinya diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Hasil karya Pak Samad pada kali ini lebih kepada coretan dan catan yang dilahirkan atas keprihatinan & pengamatan beliau terhadap isu-isu semasa—isu-isu yang mempengaruhi serta dapat mengubah halatuju bangsa dan bahasa. Isu-isu yang menyentuh dan membangkitkan semangat perjuangan yang kini sudah sebati dalam diri beliau. Kata Luhur bukan sahaja amat penting sebagai satu pameran seni tampak, malah ianya lebih merupakan suntikan dorongan seni yang amat dinantikan dan diperlukan terhadap perkembangan dunia seni tampak sekarang. Pancaroba kehidupan harian yang penuh dengan pengaruh barat—pengaruh yang kurang sihat, pengaruh yang merosakkan nilai-nilai murni bangsa dan budaya, diikuti pula secara membuta tuli oleh generasi kini—merugikan sekali serta menakutkan. Kata Luhur adalah kata-kata peribadi—lahir dari prinsip dan keperibadian seorang tokoh seni, lahir dari pemikiran dan peradaban seorang pejuang seni. Meskipun Pak Samad kini sudah menjangkau 75 tahun, namun beliau amat kontemporari. Tidak ramai seniman kita pada hari ini sanggup untuk terus berkarya dan memperjuangkan seni selama lebih tiga dekad. Beliau mempunyai stamina dan daya tahan yang amat tinggi yang perlu dijadikan contoh kepada semua tidak kira bidang apa sekalipun diceburi. Kesemua ini kami harap dapat diterapkan dan dihayati oleh generasi masa kini dan juga semoga dapat diabadikan ke generasi-generasi yang akan datang. Selamat Hari Lahir yang ke-75 kepada Sasterawan Negara—YBhg Datuk A. Samad Said. Raja Annuar Pelita Hati, April 2010

11


PRAKATA Balai Seni Lukis Negara bersyukur kerana kehendak khalayak kepada seniman yang berperanan seperti A. Samad Said yang sentiasa menagih amal ini tersahut. A. Samad Said, seniman yang berciri intelek multiwatak dan luhur buat pertama kalinya kini menampilkan diri dalam sebuah pameran solo di Balai Seni Lukis Negara (BSLN). BSLN bertanggungjawab besar dalam pembangunan budaya visual negara dengan memastikan setiap pameran menjadi pelantar kepada nikmat perkongsian ilmu. Perkongsian ilmu dan penggalakan budaya membaca, bukan sahaja bahasa Melayu tetapi bahasa Melayu yang tersulam hasrat dalam bahasa visual, perlu sentiasa dipeluangkan. Pameran ini berjaya wujud atas kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t berkat muafakat Galeri Pelita Hati, I & P Group, Axiata, Permodalan Nasional Berhad, Teratak Nuromar dan Nur Hanim Khairuddin dengan diakui Universiti Sains Malaysia. Sekalung tahniah dirakamkan kepada seniman luhur. Zanita Anuar Pengarah Bahagian Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran Balai Seni Lukis Negara

13


BALADA BUAT PETA Refleksi Terhadap Karya-karya Mutakhir A. Samad Said 1. Pemula Memang saya mengaku bahawa “Balada Buat Peta” diilhamkan dari “Balada Hilang Peta” yang merupakan salah satu dari antologi sajak A. Samad Said. Tajuk yang sama juga saya gunakan untuk sebuah karya berbentuk buku karyawan yang memuatkan kata-kata yang saya petakan. Bagi saya, ia menempiaskan sikap saya yang suka membuat parodi terhadap pengalaman saya sendiri. Hidup perlu boleh dijenakakan, agar tidak mudah dipasung dan diperdaya oleh ilusi keegoan minda dan perasaan. Namun, ada juga yang menuduh bahawa parodi sebegini tidak menunjukkan sikap ambil berat. Sekali lagi saya mengaku, memang saya tidak memilih untuk ambil berat kerana jika itulah yang saya pilih, saya akan ‘mengambil’ (dengan kebenaran atau tanpa kebenaran) dan ‘berat’ (yang menyebabkan segalanya menjadi susah dan lambat). Dalam dunia hari ini, terlalu banyak yang sudah ‘diambil’(atau dicuri) dan terlalu banyak juga yang sudah menjadi sangat ‘berat’ hingga sukar hendak digerak dan berubah. Secara peribadi, saya memilih untuk ‘memberi ringan’, agar tema hidup saya diisi dengan ‘memberi’ dan ‘ringan’. Penerbitan buku dan esei ini dinukilkan atas hasrat untuk ‘memberi’, disamping ‘meringankan’ beban berat yang perlu ditanggung rakan-rakan seperjuangan dalam menganjurkan pameran solo serta penerbitan buku iringan “Kata Luhur”. Ia juga menandai rasa syukur saya kerana dijodohkan dengan getar rasa sebuah nama yang saya hormati – A. Samad Said. 2. Pelita dan Cahaya Hati Setiap kali saya melihat objek atau perkataan ‘pelita’, terlintas bagaimana objek yang sama digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai tamsilan untuk menerangkan tentang tingkatan cahaya dalam “Misykat Cahaya”nya. Ayahanda juga sering mengingatkannya dalam majlis ilmu bila keluarga berkumpul. Selepas Al-Ghazali, saya terserempak dengan “Rahsia dalam Rahsia” yang dihimpun dari kuliah Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani semasa menuntut di Amerika Syarikat. Mungkin itulah sebabnya hati saya yang sering bertompok hitam ini selalu digamit oleh perkataan yang sama, apatah lagi jika yang menggamit itu “Pelita Hati”. Tentulah yang gelap itu mencari pelita cahaya. Lebih membuat hati terpanggil adalah nama A. Samad Said. Begitupun, yang memancing saya bukanlah gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia. Saya lebih terpanggil oleh getar rasa karya-karyanya. Hati mana yang tidak luluh bila mendengar ‘pelita hati’ saya terbakar. Siapa yang tidak terkejut bila mendengar premis “Pelita Hati House of Art” yang sering saya kunjungi itu terbakar. Itu baru mendengar, belum lagi mengalami. Namun, saya sering dikuliahkan bahawa apa yang berlaku secara zahir itu tidak sepenting apa

15


yang dicerap oleh batin. Memang api itu boleh membakar. Akan tetapi, ia juga boleh memberikan cahaya sekiranya kita tahu bagaimana mahu menjinakkannya. Dalam setiap batin ada api. Perlu tahu bagaimana mahu mengendalikannya. Saya yakin bahawa rakan saya YM Tengku Elina dan Raja Anuar sudah mahir mengendali segala yang berapi. Oleh itu, saya tidak terkejut dan amat bersyukur apabila “Pelita Hati� tidak menguburkan hasrat untuk terus mengusahakan pameran solo A. Samad Said, walaupun hati sudah terbakar. Yang hangus itu hanya jasad, namun yang batin masih terus bersinar dan bercahaya. Sebagai juragan yang mengemudikan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM), sudah tentulah jemputan untuk menulis dan menerbitkan buku iringan pameran solo A. Samad Said diterima sebagai suatu penghargaan. Niat dan usaha yang murni persis fitrah cahaya yang hadir tanpa perlu diapi-apikan. Malah, kerjasama penerbitan ini seiring dengan ketekunan USM melestarikan konsep taman ilmunya. Walaupun bernama sains, USM tidak melupakan sastera, seni, budaya dan warisan. Malah, sebagai sebuah universiti APEX, USM giat mengimbangi sains dan sastera sebagai wahana mencipta cahaya kelestarian hari ini dan esok. A.Samad Said bukan sekadar nama gah, namun boleh dibaca sebagai sebuah gedung keilmuan. Oleh itu, memang molek sungguh sekiranya dipasangkan dengan USM, terutama sekali dalam mengimbangi segala tuntutan KPInya yang bernahu ‘saintifik’. Dalam kesibukan mengejar dan dikejar segala jenis pencapaian di atas carta, geraf, indeks dan statistik dengan semangat berapi-api yang boleh membakar itu, perlu juga bijak mengimbanginya dengan air mengalir yang menyejukkan. Sastera dan seni rupa mengizinkan kita berhenti sejenak menyelami gelora api diri dan membuat refleksi agar lebih berpaksi dengan yang batin, lebih dari yang zahir. Sekiranya USM itu sebutir cahaya kelestarian, impiannya adalah untuk menggamit lebih banyak cahaya agar dunia membakar-terbakar yang berhati hangus gelap ini semakin cerah. Cahaya atas cahaya, demikian ungkapan yang mungkin boleh kita hayati bersama. 3. Yang Tersurat, Tersirat dan Sarat Berat Apabila disebut A. Samad Said, yang tersurat tentulah menulis, bukan melukis. Bagi suku seni rupa modenis, menulis tidak sama dengan melukis. Fahaman pemisahan ini bukanlah asing kerana saya sendiri sudah dikhutbah semasa menuntut hingga sebati dalam minda dan rasa. Ini fahaman tegar orang putih yang sudah diinstitusi dan dibudayakan. Begitupun, apabila saya mula bermesra dengan himpunan seni kaligrafi Cina dan khat yang terdapat dalam Koleksi MGTF USM, jurang pemisahan antara menulis dan melukis itu menjadi semakin kabur. Menulis itu juga melukis, begitulah getar yang saya terima setiap kali menatap hasil khat Omar Basaree dan kaligrafi Kampo Harada.

16


Apabila menatap salinan karya-karya mutakhir A.Samad Said, fikiran saya sarat dengan soalan yang sama. Sasterawan Negara yang saya kagumi ini menulis atau melukis (atau dalam kes-kes tertentu, mempalit ke?). Saya kembali ke storan Koleksi MGTF USM untuk melihat deretan karya Chen Wen Hsi. Palitan-palitan berus Cinanya seakan mempersenda kebingungan saya. Adakalanya saya merasa beliau lebih menulis dari melukis. Begitu juga dengan Allahyarham Ahmad Khalid Yusof yang terkenal dengan sapuan-sapuan berusnya yang seakan tulisan khat. Begitu juga dengan motif-motif yang dilorek pada tembikar purba dalam ruang arkeologi di MGTF USM, termasuklah lorekan pada replika batu bersurat serta megalith yang telah hadir jauh lebih awal sebelum datangnya seni rupa moden ke Malaysia. Adakah mereka menulis atau melukis? Apabila mereka melihat imejan, adakah sekadar melihat atau membaca? Atau menghayati, menyerapi, mengalami dan menjadi? Mungkin agaknya, celik huruf telah membuat saya semakin dibutakan oleh pandangan yang terpecahpecah. Setiap yang pecah menjadi serpihan ilmu yang dipeta, dikotak-katikkan dan sarat dengan ego serta duri kesombongan. Mungkin juga, pada era ICT ini, celik maklumat membuat saya buta hikmah. Saya kembali kepada karya-karya A. Samad Said. Masih buntu. Kali ini terasa seperti keegoan tatabahasa tampak yang saya kutip dari kitab-kitab seni rupa moden Barat disindir. Untuk mengubat ego yang luka, fikiran saya merayau ke galeri seni persembahan tradisional di MGTF USM. Setelah lama bermesra dengan boneka wayang kulit Kelantan, Gedek, Asun, juga boneka dari Bali, Iran dan Vietnam, segala yang dipecah-pecah oleh paradigma mesin-kilang dari saka revolusi industri (juga sains) semakin kabur. Dikotomi sains dan seni juga semakin pudar. Begitu jugalah getarnya bila ke galeri keris dan alat-alat muzik tradisional. Kerja-kerja melukis, menulis, melakar, mewarna, mengukir, melarik, melorek, menggaris, mencanai, menempa dan banyak lagi, tidak rasa dicerai-berai mengikut nahu dan mazhab ilmu yang berbeza. Kesemuanya dilihat sebagai penzahiran dari kesatuan batin yang syumul. Gemanya adalah kelestarian dan kesejahteraan hidup, antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam, manusia dengan dirinya sendiri dan yang terpenting, manusia dengan Penciptanya. Yang terzahir adalah gema batin, getaran kuantum yang dicerap dengan mata hati (kata Al-Ghazali). Yang zahir lahir dari yang batin. Yang dilihat sebagai benda, bentuk dan objek itu adalah hasil dari getaran kuantum yang halus. Yang terzahir itu adalah corak tenaga. Malah, corak-corak abstrak dari alam Islam-Melayu itu sendiri kelihatan seiras dengan corak-corak abstrak yang dicerna oleh peralatan canggih terkini yang mampu mencerap frekuensi tenaga kuantum. Setelah luka dibalut makna kesatuan batin, saya merenung-semula salinan karya-karya A. Samad Said. Fikiran kembali pada pengalaman berdepan karya-karya seni rupanya yang pernah dipamerkan di Galeri Petronas dan Balai Seni Lukis Negara. Mungkin kebingungan saya hadir dari pandangan yang suka memisah-

17


misahkan disiplin ilmu zahir mengikut ego dan duri masing-masing. Apabila saya menyerah kepada getar batin, segalanya menjadi satu. Begitu jugalah dikotomi antara menulis dan melukis, mahupun antara yang abstrak dengan yang realistik. Saya pernah memegang fahaman bahawa yang abstrak itu lahir dari seni moden Barat. Saka ekspresionisme abstrak (ea) yang dicipta oleh Amerika Syarikat memang payah hendak dihalau. Malah, ia diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Tidak hairanlah, apabila saya melihat deretan karya terbaru A. Samad Said, saya dibawa kepada karya-karya para pemuka ea seperti Jackson Pollock, Wassily Kandinsky, Mark Tobey, Franz Kline, Robert Motherwell dan William de Kooning. Begitupun, saka ini boleh hilang tanpa perlu menziarahi bomoh. Setelah mentelaah pelbagai bentuk tatabahasa tampak tradisional dari alam Nusantara dan rantau Asia, saka ini hilang sendiri. Nahu abstrak yang hanya saya kenali menerusi amalan catan ea (mahupun versi ‘neo’nya pada era 1980an) sebenarnya sudah lama bertapak dan menjadi sebahagian dari kosmologi alam Islam-Melayu mahupun pelbagai bentuk seni tradisi yang lain. Saya diyakini bahawa alam ini tidaklah beriya-iya sangat memisahkan antara menulis dan melukis, atau sains dengan seni. Begitu jugalah, palitan A. Samad Said boleh dibaca sebagai kerja menulis sekaligus melukis, abstrak sekaligus realistik. Melihat dan membaca tidak lagi terpisah, tapi bergabung menjadi ‘mengalami’ dan ‘menjadi’. 4. Yang Mengalami dan Menjadi Setelah hilangnya dikotomi di atas, saya tidak merasa disindir lagi. Sekali-sekala, saya terasa seperti pengembara yang mengecilkan diri untuk meneroka alam tulisan A. Samad Said dari sudut mikro. Atau mungkin juga palitan Sasterawan Negara ini menjadi gergasi hingga saya hanya dapat melihat sebahagian darinya sahaja secara makro. Apa yang dikatakan sebagai hal benda atau subject matter dalam kamus puak formalis menjadi tidak relevan. Soal tentang apakah yang ditatap itu catan, atau lukisan, atau tulisan, sains atau seni, juga hilang. Begitu juga dikotomi kualitatif dan kuantitatif yang lesap dikejutkan oleh mata hati yang terjaga. Saya boleh mengembara secara infinit dalam getar batin. Dalam sekilas saya boleh mengalir dalam alur garis lebar palitan A. Samad Said yang merentas banjaran serta lurah zarah objek bernama kertas. Getar dan nada palitan ini tebal, rendah, berat, perlahan tapi tegas. Ada masanya ia bergerak keras dan lurus, ada masanya ia membelok, memutar dan melingkar. Ada kalanya berpusar-pusar persis pengulangan mantra mahupun ratib yang memabukkan, mengasyik dan membuat saya hilang. Ada ketikanya pula, ia bersauh menjadi tompokan rupa yang dipasung oleh graviti hukum alam. Setelah jemu bersauh, dalam sekilas yang lain saya terbang tinggi meninggalkan banjaran kertas. Ketika terapung, jelas kelihatan palitan dan tompokan tadi menggariskan peta, membina sempadan, memasang tanda, melahirkan kawasan, mewartakan daerah. Peta yang terbina menukilkan kontras yang nyata antara

18


yang hitam dengan yang putih, yang gelap dengan yang cerah, positif dan negatif. Sesekali ia berdarah menjadi daerah merah. Adakalanya terkepung, adakalanya terbuka, adakalanya mengalir untuk melagukan kebebasan. Dalam detik yang sama, saya juga boleh menelusuri jaluran garis yang sempit, sampil mendengar siulan yang nyaring bernada tinggi – ringan, berangin, beralun, menari-nari, meliuk dan melintuk. Ada masanya ia mengamuk, lalu berpusar, berpintal hingga kusut. Sekali-sekala ia terungkai, lalu terbang dan jatuh semula menjadi beberapa titisan penanda seakan mahu merakam masa. Malah, pada beberapa ketika, masa itu sendiri hilang. Segala yang boleh diwacanakan, hilang. Begitu juga dengan rutin kata-kata yang saya petakan sebagai seni rupa kontemporari Malaysia, juga hilang. Bahantara, teknik, skala, gaya, olahan, semua pecah, kemudian hilang. Ini dekonstruksi melampau. Dalam situasi mikro dan makro begini, menulis atau melukis, abstrak dan realistik, sains atau seni, adalah relatif dan cair. Dalam keadaan sekilas yang cair, saya bebas ringan untuk mengalami dan menjadi yang ‘luhur’. 5. Balada Buat Peta Dalam sekilas juga, otak kiri saya membekukan kata luhur A. Samad Said, memasungnya menjadi peta-peta yang berat dan suka memenjara. Saya kembali dipasung oleh dikotomi menulis dan melukis serta segala saka modenisme. Sambil memetik papan kekunci komputer riba, saya tenggelam semula dalam alunan kata-kata yang dipeta, melagukan balada manusia yang ‘lupa’. Hasnul J Saidon Mac 2010 Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) Universiti Sains Malaysia (USM)

19


Carik Bendera 01 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

21


Carik Bendera 02 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

22


Carik Bendera 03 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

23


Carik Bendera 04 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

24


Carik Bendera 05 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

25


Carik Bendera 06 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

26


Pendeta menyembuh luka ibunda “Jika rakit menjadi kapal Kapal meningkat bahtera Jika bangkit melawan gagal Gagal membibit hemah.” (Sajak “Jika”, dari Rindu Ibu, karya A. Samad Said, antologi puisi kanak-kanak menjelang remaja) Kita sedang menyaksikan perjalanan seorang A. Samad Said melangkah usia emasnya, menjejaki angka 75 tahun. Sejarahnya adalah juga sejarah jatuh bangun sebuah rupa bangsa yang diberi nama Malaysia. Sejarahnya juga adalah sejarah nasionalisme Melayu, dengan pengaruh warisan budaya lampau dan nilainilai keMelayuan yang halus budi pekertinya. Seorang A. Samad Said telah melalui detik-detik penentuan makna sejarah; sejak zaman kanak-kanak remajanya membesar di Singapura sebagai kota kosmopolitan Nusantara pada awal abad ke dua puluh - hinggalah tercerainya Singapura daripada peta Tanah Melayu; dia menempuh getir perang dunia kedua dan kemudiannya merasai suasana selepas perang, dengan kebangkitan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air; kemudian ikut berpindah dan menghidupkan Kuala Lumpur, ibu kota sebuah tanah air baru Malaysia. Sejarah A. Samad juga adalah sejarah kemodenan di rantau ini - dengan segala racau dan ranjaunya. Kemodenan dalam ertikata revolusi industri - sebagai perkembangannya di Eropah menghasilkan apa yang kita faham sekarang sebagai pengkhususan dalam aliran suatu proses pengeluaran. Dalam konteks seni tampak, maksudnya jika dia seorang pelukis, maka dia hanya melukis sebagai pekerjaannya - dengan bahantara - juga imajan - yang khusus. Ekonomi kerja bergaji telah memisah-misah cara aturan kehidupan. Perkembangan kemodenan - pengkhususan - ini, pastinya berbeza dengan amalan para penyair Zen - yang melukis dan menulis puisi. Malah penulisan puisinya, juga adalah bentuk lukisan - teks yang dilukiskan - seperti yang terpancar pada kaligrafi dan seni tulisan - atau lukisan - tangan. Di zaman kegemilangan Arab Islam pula kita menyaksikan para ulamanya bukan sahaja mahir dalam urusan ritual agama, tetapi pengetahuan dan amalannya meliputi hampir segenap bidang penghidupan - sains, matematik, ahli kaji bintang, penyair, ahli falsafah - tanpa ada pengkhususan sepertimana fenomena kemodenan di Eropah. Di atas landasan inilah, tanpa ‘mendewa-dewakan’, kita melihat betapa akrabnya seorang A. Samad Said dengan tradisi para penyair Zen atau ilmuwan Islam/ Arab/ Farsi abad pertengahan. A. Samad Said atau mesra dipanggil sebagai Pak Samad merupakan seorang pengarang; novel, cerpen, esei, kewartawanan; juga seorang penyair yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah susuk janggut dan rambutnya yang memutih itu dikenal cukup ramai orang - jikalau tak berlebihan, boleh kita katakan seniman yang paling popular sekali – daripada kalangan kanak-kanak sekolah hinggalah para pemimpin dan pak menteri. Pak Samad juga seorang pelukis - seniman tampak yang ‘kontemporer’. Pastilah kekinian Pak Samad dalam

29


seni tampak lahir daripada proses penciptaannya yang juga semasa sifatnya - bahantara berserta ungkapan kupasan isu terkini yang terkandung di dalam karya-karya beliau. Meskipun Pak Samad mula melukis pada tahun-tahun selepas perang, berguru dan melukis di Orchard Road, Singapura dengan pelukis C. Mahat tetapi setelah sibuk menjadi wartawan dan pengarang sastera, dia tidak lagi melukis lukisan objek-objek kitsch, seperti lukisan cenderahati gambar bual epal. Pak Samad sebenarnya tidak berhenti melukis, tetapi dia meneroka ungkapan dan medium baru lukisannya, dengan bahantara yang cukup dekat pula dengan dirinya - seni tulisan tangan untuk karangan-karangannya, lakaran atau percik tumpahan dakwat di atas kertas. Bayangkan kesemua novel dan puisinya melalui proses penciptaan dengan ditulis tangan sebelum ditaip – bukan pula cukup hanya satu deraf sahaja. Bukan keserba-bolehan yang ingin diperbincang tetapi pemecahan bingkai atau kerangka yang mengurung kita dalam melihat kesenian. Sebenarnya, dalam sedar atau tidak sedar, Pak Samad telah turut sama memecahkan bingkai ini - ataupun menciptakan ruang baru buat para seniman seni tampak yang telah bergerak dengan label-label seperti seniman “outsider”, “low brow” dan “art brut” atau label-label yang seangkatan dengannya. Meskipun Pak Samad bukanlah orang yang pertama melakukannya, tetapi ianya amat penting dalam menyedar - selar - merubah bingkai kerangka pemikiran seni di Malaysia - para birokrat seni, para penguasa seni, para peniaga/broker/penjaja seni, para penjaga institusi-institusi seni, para doktor dan jurutera keseniannya. Bahawasanya dalam penciptaan seni, ungkapan (expression) adalah suatu yang bebas, mengalir dan sentiasa mencari bentuk-bentuknya. “Semua orang menumbuhkan metodenya sendiri,” begitu ulasnya dalam salah satu bual kata panjang kami, pada sesi bertuah saya dibelanja makan malam oleh Pak Samad. Sepanjang sepuluh tahun yang berlalu ini, Pak Samad Said bukan sahaja sebagai seorang individu pengkarya seni tampak, malah turut memayungi - menjadi penaung terhadap kelompok seniman ‘outsider’ ataupun ‘insider’ yang gugur atau gagal menjadi seniman ‘insider’. Daripada beberapa orang individu ‘kunun’ seni politik Universiti Bangsar Utama ke Lost Generation Space ke acara Notthatbalai atau Rantai Art ataupun ke rumah Frinjan. Menurut pengarang yang telah menghasilkan lebih 50 buah buku ini, “belajar hanya diberi alat, yang memberi isi adalah kehidupan itu sendiri.” Kebanyakan seniman yang didukung Pak Samad ini - terutamanya mungkin diri saya sendiri - adalah para seniman yang tergolong gagal secara dagangannya - bilamana pemilik wang diberi peluang memberi nilai sesuatu karya itu - memperluas makna aset, atau memindahkan nilai wang pada karya seni - spekulasi wang atau pelaburan berjangka panjang. Namun, kata Pak Samad, “seniman itu aneh, dia terlontar di tengahtengah kehidupan, makanya gelora hidup itulah yang cepat mematangkan hidup dan karya seninya.” Namun, sebenarnya Pak Samad bukanlah hanya membantu saya atau kawan-kawan saya sahaja. Ramai yang belum tahu nurani kemanusiaannya yang mensejagat itu membawa lebihan rezekinya (yang tidaklah sampai menjadikan dirinya bilionawan) untuk berjariah kepada sesiapa saja - tanpa mengharap balasan atau

30


si penerima merasa terhutang budi kepadanya. Hinggakan pada tahap tertentu boleh saja dianggap ianya sebagai tabiat kedermawanan melampau. Bukanlah niat saya untuk mengagungdewakan seorang yang saya anggap seperti bapa saya sendiri - jikalau ini tidak berlebihan. Kerana A. Samad Said bukanlah ‘bapak’ untuk saya seorang, tetapi puluhan, ratusan atau ribuan lainnya - jika diukur usia dan sejarah panjang penglibatannya sejak menggauli gerakan sastera Asas 50, atau kemudiannya kelompok para penyair abstrak Noor S.I, A.S Amin dan M. Ghazali hinggalah pada pertengahan tahun 80an Pak Samad turut bersama para seniman Malaysia dengan pendidikan kesenian Indonesia seperti penyair/ penggiat teater Allahyarham Aziz H.M, Marzuki Ali dan Diani ‘Kancil‘ Kasian. Pak Samad menunjukkan kepada kita tentang makna hidup Melayu yang murni. Melayu yang tidak tersanggah dengan hajat rakus kemodenan. Melayu yang menyayangi kaya warisan budayanya - bahasa ibundanya. Melayu dengan hasrat kemanusiaan tegap berdiri jauh mengakar membumi di tanah setempat dan luas pandangan ke langit cukup luas mensejagat. Kata peribahasa lama, hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Pak Samad seorang seniman yang mengerti detak rasa masyarakatnya, memahami kiasan kata-kata; enau dalam belukar melepas pucuk masing-masing; gunting dalam lipatan; duri dalam daging. Sedar atau tidak sedar, usahanya sebagai seorang warga prihatin akan derita dan kegelisahan lingkungan hidupnya selama puluhan tahun ini telah berkembang dan pada tahap-tahap tertentu mengambil alih peranan dan fungsi lembaga-lembaga negara, institusi, malahan pertubuhan atau persatuan. Di sini kita dapat belajar dan melihat dua perkara. Pertamanya, betapa perubahan dapat dibuat oleh seorang individu. Keduanya, tindakan-tindakan insaniah seperti membantu para pelajar miskin, para seniman malang dan rawan, membangun pusat sumber dan perpustakaan di desa-desa, membantu sekolah agama rakyat, bersedekah kepada yang memerlukan dilakukan Pak Samad atas kegagalan institusi-institusi negara untuk berfungsi secara tulus dan telus. Jikalau kecintaannya pada sastera dan sikap tidak ambil endah institusi untuk menghargai para pengarang mendorongnya melancarkan mogok seni pada tahun-tahun 80an, maka kecintaannya pada budaya dan bahasa ibunda Melayu mendorongnya membantah pelaksanaan dasar PPSMI (Pembelajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Malah, rekod menunjukkan Pak Samad orang yang terawal lantang bersuara sejak tahun 2003 lagi, dengan puisinya, seperti Suara Dari Dinding Dewan dan Suara Dari Dinding Madrasah, juga bercakap di forum-forum awam. Namun pada waktu itu, gema rintihannya tidak bersambut. Sehinggalah 7 Mac 2009, dengan peristiwa bersejarah demonstrasi raksasa perjuangan bahasa ibunda yang dipimpin Pak Samad. Kita cuba menyelami tindakan berani seorang tua dalam usia emas 70an ini. Mungkin tindakannya didorong atas kekecewaan atau kegagalan atau penyelewengan hasrat nasionalisme Melayu yang dijuarai segelintir politikus rakus atau menggunakan istilah ciptaan Pak Samad, “Pemimpin Catakserukin (Cakap Tak Serupa

31


Bikin).” Makanya, dalam pameran ini kita melihat petikan-petikan puisi yang dicipta Pak Samad dalam gelora marah, kecewa, bahagia – perjuangan bahasa ibunda - bergaul, sapuan berus dakwat, kebanyakannya hitam, merah dan sedikit biru - mesra atau bercakaran meluahkan ungkapan rasanya, merakam perjalanan sejarah suatu rupa bangsa. Hakikat kewujudan kita sebagai manusia menyatakan bahawa semua orang akan merasai kematian, tetapi tidak semua dapat menikmati umur tua. Namun hormat saya pada Pak Samad, bukanlah hanya kerana dia seorang tua, ramai juga yang telah tua sebelum waktunya, atau menjadi tua tanpa bakti dan jasa. Hormat tidak didapatkan dengan paksaan kuasa. Hormat diraih atas amal tindakan mulia dan jujur kebaikan perbuatan. Suka saya memetik rangkap terakhir puisi, Jeram Seratus Langkah, karya penyair purba China, Shu Shi (hidup di antara tahun 1036 – 1101) untuk seorang Pendeta, yang dilukis tulis dengan kaligrafi: “Putarlah kapal, naikilah kuda, kita berpencar pulang, guru akan menegur yang berdebat bertutur panjang.” Makanya, saya selaku pelajar kurang ajar – dan anak derhaka – pada keMelayuan semu dan menyebalkan itu, mengambil peluang ini mengucapkan bilionan terima kasih kepada Pak Samad dan keluarga besarnya. Jangan pula ada yang bertanya, berterima kasih untuk apa. Rahmat Haron 7 Mac 2010, Kuala Lumpur

32


Daerah Rekah 01 60cm X 42cm Dakwat atas kertas

34


Daerah Rekah 02 60cm X 42cm Dakwat atas kertas

35


Daerah Rekah 03 60cm X 42cm Dakwat atas kertas

36


Daerah Rekah 04 60cm X 42cm Dakwat atas kertas

37


Daerah Rekah 05 60cm X 42cm Dakwat atas kertas

38


Wawancara Kurator bersama A. Samad Said sekitar SENI & KESENIMANAN NHK: Bila kita bercakap tentang bidang sastera, novel, puisi dan penulisan, sifatnya lebih realis. Tapi, apabila sudah masuk kepada lukisan ini, ia sudah nampak lebih abstrak. Seperti karya bapak yang lebih ke abstrak ekspressionisme. Jadi, kenapa memisahkan gaya atau genre itu? SS: Saya fikir yang saya utamakan sebenarnya adalah “words”—kata-kata. Lukisannya lebih untuk mengiringi. Kalau dilihat akan ternampaklah hampir semua lukisan itu sebenarnya bermula daripada kata-kata. Itulah sebabnya saya berikan tajuk “Kata Luhur” kepada pameran solo terbaru saya ini. Saya yakin segala-galanya bermula dengan kata-kata. Kalau kita melukis pun sebenarnya ia masih juga kata-kata. Cuma, kata-kata yang visual; bukan kata-kata yang didengari. Bukan audio. Tapi, lukisan-lukisan saya itu memang ada iringannya. Ia bermula dengan kata-kata “audio”. Tapi, paparan visualnya itu bergantung kepada “mood” saya ketika saya melukis. Dan saya selalunya mengingat dua saja: satu, bangunan-bangunan yang besar. Jadi, kalau dilihat terdapatlah banyak yang saya lukis itu adalah bayangan bangunan-bangunan yang besar. Kedua, “background” yang saya selalu gunakan adalah calitan atau layangan warna merah. Ia menggambarkan cuaca—“global warming”. Dan yang terpapar putih itu memanglah asasnya yang telah sedia ada. Bayangan daripada bangunan-bangunan moden yang gergasi di tengah iklim dunia yang sedang memanas. Itulah pesanannya. Tapi, semua yang terhantar tetap bermula dengan kata-kata. Sebab, boleh dikatakan hampir semua lukisan itu berdasarkan puisi saya. NHK: Dan iapun sebenarnya dicetuskan daripada rangkap puisi dan semua itu ada pertautan dengan puisi? SS: Saya cipta puisi dulu. Jadi, yang penting adalah kata-kata. Haruslah dimaklumi bahawa saya sentiasa berada di tengah bandar. Makanya, bangunan-bangunan gergasi melingkungi saya. Saya sebenarnya berjalan di tengah bayang-bayang bangunan tersebut. Tapi, dalam pada itu, sekarang ini iklim dunia sedang memanas—“global warming”. Sebab itulah saya memilih dakwat merah untuk mewakili kepanasannya. Hanya terkadang-kadang saya menggunakan juga dakwat hijau. NHK: Jadi tajuk-tajuk siri itu sebenarnya adalah daripada tajuk-tajuk sajak bapak? SS: Tajuknya kalau tidak sepenuhnya terangkat daripada tajuk puisi, ia masih diambil daripada inti atau semangat puisi itu sendiri. NHK: Jadi, satu-satu siri itu adalah berlandaskan daripada satu puisi? SS: Ya—sebuah puisi. Terkadang-kadang tema sebuah puisi dipindahkan kepada 6 hingga 7 buah lukisan berdasarkan rangkapan-rangkapan puisi yang disisipkan. NHK: Tapi, dari segi luahan emosi, mana yang dirasa lebih memuaskan?

41


SS: Tentunya yang memuaskan adalah puisi itu sendiri. NHK: Ada perbezaan? SS: Ada. Pertumbuhan puisi mengambil waktu yang sangat lambat, agak teratur dan sangat menyulitkan. Lebih-lebih lagi kerana puisi saya biasanya mempunyai bentuk—ada “pattern”nya. Ada “rhyme”nya. Dan selalunya “pattern” itu agak berulang. Saya ingin memberi contoh. Misalnya, ada puisi saya yang terbaru— belum disiarkan dan belum dideklamasikan (sambil mengeluarkan manuskrip). Judulnya “Binasawan Bangsa”. Larik-larik puisi itu bermula seperti inilah (sambil menunjukkan sesuatu pada manuskripnya). Pindah dari satu ke dua, ke tiga, ke empat. Selepas itu, ia berpindah pula begini (masih menunjukkan sesuatu pada manuskrip itu). Bagi saya perpindahan atau perubahan visual ini sendiripun sudah suatu “art”. NHK: Ya, betul. Dulu juga pernah karya begini ditonjolkan. SS: Setidak-tidaknya satu rangkap puisi akan membibitkan sebuah lukisan. Tapi, lukisan itu—calitan ataupun sapuannya—biasanya sama ada lembut ataupun menggertak; ataupun ternampak semacam cakaran marah ataupun layangan lembut. Sukar untuk menjelaskan bagaimana terciptanya kerana ia sangat bergantung kepada “mood”. Tapi, sebelum itu biasanya memang sudahpun ada khayalan-khayalannya. Pada sebuah lukisan mungkin saya akan melukiskannya begini (sambil menunjukkan contoh lukisan). Bentuknya mestilah “curve, square, triangle” dan “sometimes there’s a big dot”. Kalau diteliti memang semuanya begitu. Saya bayangkan bangunan-bangunan besar itu berada dalam bentuk yang terpecah-pecah. Dan yang hitam itu adalah bayangan daripada bangunan-bangunan moden. Terkadang-kadang ia berbentuk “bridges” dan terkadang-kadang berbentuk “crane”. Terkadang-kadang berbentuk rangka rumah yang sedang mula menjadi. NHK: Dan bagaimana pertautan bangunan dan segala yang urban itu dikaitkan dengan isu perjuangan bahasa (dalam siri karya “Kata Luhur”)? SS: Oh, perjuangan bahasa itu memang temanya. Terkadang-kadang saya merasakan bahawa dindingdinding itu adalah dinding-dinding yang kukuh, yang sukar dipecahkan. Terkadang-kadang ia sempat dipecahkan. Terkadang-kadang memang langsung tidak dapat dipecahkan dalam iklim buana yang memanaskan. Sebab itulah ianya berwarna merah. Begitulah yang saya rasakan selalunya. NHK: Bila kita bercakap tentang abstrak ekspressionisme selalunya kita hubungkan dengan tindakan “urgency”. Tindakan “segera” macam Pollock. Terus buat—“spontaneous” dan “urgent”. Tak boleh macam puisi yang kena ambil masa. Jadi, adakah kerana itu bapak menggunakan cara ini (melukis)? SS: Dua media yang sama sekali agak berlainan. Mungkin kalau saya gunakan “paint—it will be different”.

42


Dakwat itu cecair yang sangat spontan. Biasanya, saya tidak sempat membancuhnya. Dan saya, selalunya, inginkan ia jernih. Hitamnya biar jernih. Merahnyapun biar jernih, kerana ia menjadi latar kepada tulisan puisi saya itu. NHK: Itu, dari segi teknik. Tapi, dari segi “urgency” untuk menyampaikan satu-satu isu adakah rasanya, kalau dibandingkan dengan kata-kata yang lebih sampai kepada khalayak...seni abstrak ekspresisionisme bagini ada macam-macam interpretasi. SS: Memang agak mengganggu. Dan sukar saya menghuraikan sejelasnya. Tapi, spontaniti sesuatu gerak sapuan memang saya rasakan pada waktu berkarya itu. Itulah yang dapat mendokong apa yang saya tulis. Kepada mereka yang lebih ahli, barangkali ternampak bahawa antara kata-kata dengan latarnya itu seperti tidak begitu “merge”—berpadu. Tapi, kepada saya itulah yang saya rasakan pada waktu itu. Barangkali masih ada huraian-huraian mistik yang lain—sesuatu yang tidak dapat saya menghuraikannya. NHK: Dan ada satu kenyataan daripada bapak. “Lukisan adalah pencatat batin bangsa”. Bagaimana dengan penulisan? Adakah ia dalam satu kategori yang sama atau ada tahap-tahap tertentu? SS: Yang satu saya fikir lebih spontan dan agak melurus. Sementara yang satu lagi lebih “mendetail”. Ia lebih banyak bercerita—sesuatu yang boleh difahami. Tapi, dengan lukisan, saya fikir ia menghantar semacam “flashes”—macam sesuatu kilap-kilap warna. Terkadang-kadang ada “interval” (kesenyapan) dan “interval” itu barangkali memberikan erti bahawa sang pelukis sedang mengambil waktu, ataupun sedang gamam. Ataupun, dia sedang sabar secaranya sendiri. Setiap pelukis, saya fikir, mempunyai cara untuk memikirkan inti daripada kandungan isinya. Dan pada saya barangkali inti itu didukung oleh kata-kata. Jadi, lukisan itu saya harapkan akan dapat membantu, bukan sekadar menjadi hanya hiasan. Kalau tekun diikuti akan ternampaklah bahawa hampir semua lukisan itu mempunyai bentuk “repetitive”—berhubungan baik “triangle”nya, baik “flashes”nya, semuanya berulangan. Itulah yang diulangi dan disusun untuk menyatakan gelodak perasaan saya yang spontan itu. Apalagi, dalam kehidupan harianpun memang semuanya berulangan. NHK: Bapak dari awal 60-an dan 70-an sudah bergiat melukis, ya? SS: Ya, masa dulu saya melukis “still life”. Saya lukis epal, pisang; saya lukis pokok dan daun. Awal-awalnya saya lukis pemandangan juga. Tapi, pertumbuhan itu tidak melurus, juga tidak menyambung. Ada lompatanlompatan atau gangguan-gangguan. Dan apakala saya mula serius, saya merasakan saya sudah berada di tengah hutan bandar. Bila saya bermula, dunia iklim sudah menjadi amat penting. Dan iklim di situ tidak seharusnya diterjemahkan hanya kepada iklim sebenarnya—yang panas. Tapi, ia harus diterjemahkan kepada masalah bahasa yang saya hadapi itu. NHK: Bolehkah dikatakan juga oleh kerana isu bahasa, barulah bapak terpanggil untuk memilih medium

43


lukisan kalau dibandingkan dengan isu-isu lain? SS: Kalau dilihat pameran lukisan solo saya yang pertama—ia agak berbeza. Sebenarnya itu lebih banyak gaulan environmen saya di sekeliling. Tapi, apabila tiba kepada isu bahasa, ia mempunyai semacam satu lompatan yang lain. Kebanyakan yang saya buat ini adalah lompatan; tidak seperti lukisan saya yang lalu. Yang lalu agak lain. Agak hitam putih saja. Yang lalu itu terkadang-kadang saya lukis lebih mengenai hutan rimba—tentang pokok, cabang-cabang pohon, juga tentang unggas. Tapi, kini pepohon itu sudah tiada. Dan unggas-unggaspun sudah mula tiada. Sebab, segalanya sudah menjadi hanya batu bata. Malahan, di dalamnya insanpun sudah tiada. Yang ada cuma bayangan-bayangan bangunan dan hawa iklim. Dan insan itu kalaupun ia ada, hanya suaranya saja—melalui puisi yang disusupkan ke dalamnya. Maksudnya, ia boleh dipisahkan. Kerana saya seorang “poet”, maka saya bergantung sangat kepada kata-kata. Dan saya hidup semula—lahir semula—sebagai seorang pelukis. Makanya, lukisan itu menjadi pernyataan saya. Apalagi saya terlalu terdedah kepada dunia “artist” yang lebih moden, yang lebih kacau. Saya ikuti semua itu dan, mungkin secara tidak sedar, saya turut meresap ke dalamnya. NHK: Saya pernah terbaca teks oleh Rosnah Baharuddin dalam buku yang ada menyentuh tentang wanita di dalam karya bapak kalau tak silapnya. Dalam itu, dia menyentuh tiga fasa bapak. Misalnya, 80-an sebagai fasa refleksi—perenungan diri. Jadi, fasa yang terkini bapak rasa bagaimana pula? SS: Ini juga satu renungan, tapi dengan landas yang lebih jelas. Mungkin sudah sampai ke satu puncak bahawa jangan dibunuh atau diganggu kata-kata. Kerana tanpa kata-kata dan bahasa kita akan menjadi insan yang bisu. Dan itu menunjukkan kita akan mengalir—kata-kata kita sudah mula diserkup. Maksudnya, kita sudah tiada kebebasan untuk berbicara melalui bahasa peribadi atau bahasa warisan kita. NHK: Bagaimana bentuk karya sewaktu “Tampannya Budi”? (Pameran di BSLN yang menggunakan katakata sebagai subjek). Tak sempat melihatnya. SS: Itu saya tulis sebagai sebuah puisi berjudul “Sumpah El-Atatra”. Ia terbentuk daripada sebuah puisi yang dibetulkan—dirobah—berulangan. Tapi, lukisan itu—warnanya—jauh lebih lembut, berbeza daripada semangat puisi itu sendiri. Puisi itu sebenarnya tentang derita. Puisi itulah bakal saya baca pada 3 Mac bagi acara ViVa Palestina. (Acara ini diundurkan). Boleh juga dikatakan bahawa lukisan saya itu adalah proses penciptaan saya juga—proses yang menangkap fasa-fasa perasaan saya yang tertentu—“frame by frame”. NHK: Apa yang bapak maksudkan dengan “creative destruction” dalam karya itu? SS: “Creative destruction” memang macam ini (menunjukkan manuskripnya). Puisi itu sudah melalui “destruction”pun. Ia ditambah atau dibauri dengan lukisan. Ertinya, manuskrip itu tidak lagi terdiri sebagai manuskrip saja. Tapi, ia masih tetap indah dalam ertikata bahawa ia telah dibancuh atau sesudah dilempari warna ke dalamnya, ia masih mempunyai erti. “You don’t destroy that.” Seperti yang saya sebutkan, “in

44


stages”, boleh dilihat saya masih tetap menjaga setiap sukukata. Saya akan “bunuh” sukukata yang berlebihan dan menambah sukukata yang berkurangan sehingga semua larik akhirnya mempunyai 14 sukukata. Lepas itu, saya akan mencari kesempurnaan kata-kata yang lebih sesuai. “Destroy” yang sudah ada dan munculkan yang baru dengan tidak melanggar sukukata yang sedia ada, dan dengan mematuhi “rhyme”. Kalau dibaca ia tetap mempunyai rentak yang sekata. Jadi, pertukaran-pertukaran itu sebenarnya adalah upaya saya untuk mencari kata-kata yang lebih tepat, cantik, kreatif dan lebih manis. Saya fikir sangat penting menjadikan karya itu jauh lebih klasik. Dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengulangi lina (atau “line”). Semua “line” itu berbeza supaya setiap lina tetap terasa baru dan segar. Dan, sedapat-dapatnya, setiap kata itu boleh berdiri sendiri sehingga ke tahap boleh diangkat menjadi “aphorisme”. NHK: Jadi, itu yang dibuat kepada karya? Diangkat satu untuk kemudian dikembangkan? SS: Ya. Di dalam setiap puisi tentunya ada rangkap atau “line” yang boleh berdiri sendiri untuk menjadi “aphorisme”. NHK: Kita berbalik kepada seni lukis atau seni rupa. Perasaan dan pandangan bapak sendiri tentang keberadaan seni lukis sekarang dibandingkan dengan dulu. Adakah semangatnya masih sama...mungkin tentang pertautannya dengan bidang-bidang lain? SS: Saya fikir tak ramai pelukis yang berwatak. Tak manis bagi saya mengatakannya sebab saya, pada dasarnya, adalah seorang penulis—bukan pelukis. Tapi, saya fikir, kepada setiap seniman, kehidupannya itu sendiripun adalah seni. Dan kehidupannya menjadi sumber utama untuknya menghadirkan seninya. Sebab itu, barangkali A. Latiff Mohidin—caranya “is method”nyalah. Caranya memilih calitan-calitan atau bentuk-bentuk rangkanya yang tersendiri. Dan ini boleh dilihat dengan cepat betapa dia berbeda dengan Ibrahim Hussein dan berbeda dengan Syed Ahmad Jamal. Boleh tenguk saja. Tapi, himpunan daripada hasil ciptanya tentu saja menceritakan tentang laluan hidupnya sendiri. Latiff “aloof” orangnya. Itu terpancar dalam lukisan-lukisan terakhir pamerannya. Pada lukisan-lukisannya terimbas ada kelompok-kelompok yang seperti melayang atau terapung begitu saja, seolah-olah tidak berhubungan. Jadi, setiap pelukis, saya fikir, secara sedar atau tidak sedar, menghantar simbol-simbol rahsia yang menceritakan tentang hidupnya dan ini termasuklah tentang bantahan-bantahannya. Sama ada hidupnya manis atau dirinya penuh derita atau pelukis itu menjerit untuk membentak ataupun sedia mengingini suasana atau dirinya yang amat damai. Seperti Ibrahim Hussein, saya fikir, dia amat damai. Lukisan bendera 13 Mei-nyapun terbayang damainya yang menyindir—maksudnya, tidak ternampak seperti wujudnya pertarungan global. Berbeda dengan Syed Ahmad Jamal. Pada karya-karyanya kita seperti ternampak hembusan angin, hembusan api. Kita nampak itu. Jadi, itulah, saya fikir, sesebuah lukisan secara berperingkat menceritakan tentang pelukisnya. Hidup si pelukis dan masalah-masalah kehidupan yang dihadapinya sangat menyentak kalau masalah itu ada hubungannya dengan kuasa—lebih-lebih lagi kegawatan kuasa. Jadi, saya fikir kalau kelompok pelukis yang lalu kebanyakannya melukis tentang iklim dalam rumahnya—tingkap rumahnya, baju dia, bunga dia. Itu semuanya adalah gambaran kehidupannya yang barangkali agak damai. Kecuali kalau dia melukis

45


tingkap atau pasu yang pecah; ada bendanya itu—ada pesanannya. Tapi, dengan terbukanya interaksi yang lebih baru dengan orang mula mengenal Picasso, mengenal pelukis-pelukis Amerika yang baru, kita dapati terkadang-kadang memang ada unsur-unsur yang mempengaruhi dan terpindah. Tekniknya yang terpindah. Tapi, kehidupannya itu tidak terpindah. Oleh kerana itu, bagi pelukis kehidupannya memberi erti kepada lukisannya. Ia saling berkisah. Tentu saja kalau dirinya orang yang damai seperti yang terimbas dalam kebanyakan lukisan di Burma atau di Tibet, kalau saya tidak silap—laut damai, semuanya damai, walaupun negara-negara tersebut bergelora. Terbaru, saya fikir, di sini kita mula melihat adanya gelora sedemikian. Sebab, iklim kuasa di tanah air sedang mengganggu, dan setiap pelukis ingin menyatakan apa yang difikirkannya tenang iklim bergelora yang sedang dilaluinya. Ada orang menyatakannya melalui wajah-wajah manusia yang berbentuk besar-besar seperti yang dilakukan oleh Bayu Utomo, misalnya. Ada pula yang menyatakannya dengan merakamkan alam dan manusianya itu berpecah. Ada pula pelukis yang menggunakan simbahan warna yang berlebihan. Barangkali, waktu dia melukis itu ada gangguan hatinurani yang sangat luka yang sebenarnya lambat menyedari. Ada pula artis yang dalam usia mudanya—oleh kerana kehidupannya yang terlalu tertekan—cepat menjadi sang protestor yang menjulang dan membahang. Jadi, kalau dalam lukisan saya walaupun kata-katanya bengis, marah dan resah, tapi lukisannya kelihatan damai sebenarnya. Rata-ratanya semua yang dicalit hanya sekali saja—begitu bersahaja. Kalau bangunan dinding besar saya calit begitu saja. Maksudnya, tidak sampai ditampal-tampal berulangan. Dan ia tidak memberi gambaran bahawa saya sedang berada dalam satu kocakan perasaan sehingga harus menggelorakan atau menggamatkan visual karya saya. Barangkali ini adalah kerana kehati-hatian saya atau, tidak mustahil, kerana ketidakmampuan saya, untuk menjadi artis yang lebih bergelora. Yang bergelora mungkin hanya kata-kata saya. Itu sebabnya kalau dilihat, saya memang sentiasa mencari kesempurnaan, keindahan, kejituan dan ketepatan kata-kata—kata luhur! NHK: Tapi, bila bapak membuat lukisan memang ada kepuasan? Ada rasa “relief” tak? SS: Memang ada “relief”. Walaupun terkadang-kadang tersedar juga bahawa lukisan itu tidak tersanggup untuk mengangkat apa yang benar-benar saya tulis. Terkadang-kadang saya rasa juga bahawa lukisan itu hanya berupa hiasan yang terasing daripada kata-kata. Yang saya mahu lukisan itu “merge”—berpadu— dengan kata-kata yang menjadi induk ilhamnya. Tapi, ini mungkin berlaku kerana saya kembali ke dunia lukisan itu belum lama, walaupun saya bermula sebagai seorang pelukis pada awal dekad 50-an abad lalu. Barangkali itu sebabnya saya mula ingin menggunakan “paint”, bukan sekadar dakwat. Kalau saya memanfaatkan cat barangkali ia akan menjadi agak lain. NHK: Rasanya banyak yang sudah dikongsi. Ada apa-apa lagi yang bapak ingin tambah? SS: Cuma gangguan saya yang terbesar sekarang adalah saya dapati ramai teman kuasawan saya mula mengadakan semacam langkah “menjauh”. Saya tidak menamakan mereka, tapi memang agak terimbas bahawa orang merasakan tidak harus ternampak bersama saya. Ini jelas terasa dalam jemputan-jemputan tertentu—yang ini dijemput, dan yang itu tidak. Ada kehati-hatian itu. Kuasa politik—kuasawan—itu sangat

46


mengganggu. Sebab itu, kalau orang menjemput, saya akan ulang bertanya dulu: Betulkah saya dijemput? Memang ada yang tidak tahu latarnya. Saya tidak mahu orang “teraniaya” kerana ketaktahuannya itu. Realiti itu sebenarnya adalah bayangan bahawa kedudukan kuasa atau kuasawan kita sebenarnya rapuh sekarang. Dunia kuasa itu penuh dengan prasangka. Kuasa itu dirasakan bukan kuasa lagi, sebaliknya kebimbangan, ketakyakinan dan bahaya. NHK: Walhal atas pentas seni dan budaya sepatutnya tidak perlu ada perasaan begitu. SS: Sepatutnya seniman dijadikan sebagai indikator yang tulen. Kalau ternampak seniman menentang, fahamilah bahawa mereka sedang betul-betul menentang. Jadi, sebaiknya mereka boleh “readjust”—dihalusi mana reaksi tulen seniman dan mana pula sokongan kurang yakin. Sayangnya, oleh kerana kebanyakan watak yang adapun kurang tulen sehingga kelompok kuasawan juga tidak tulen, maka begitulah terjadinya. NHK: Jadi, selepas ini bapak memang nak teruskan melukis? SS: Tidak untuk sepenuh masa. Tapi, saya merancang akan hanya mengadakan pameran setiap 3 atau 5 tahun sekali, sebab, barangkali selepas keresahan atau kemarahan saya tentang nasib bahasa saya yang kurang dibela, saya tidak tahu ke mana pula nyala keresahan saya itu akan terarah. Tapi, yang saya sudah pasti adalah seni harus hadir—wajib lebih berperanan. Hasil seni bukan hanya harus berada di atas kertas atau senyap dalam buku atau terhias kosong di dinding. Seni wajar bergolak di tengah rakyat, tempatnya menghirup bahan, tempatnya menjeritkan semula inti atau resah hati masyarakatnya. Sebab itulah saya mula memilih untuk berdakwah pula dalam teater Islami (dalam teks teater Dinsman—“Menunggu Kata Dari Tuhan”). Tindakan ini sebenarnya adalah langkah saya yang terkini untuk lebih ke tengah masyarakat. Dulu saya hanya mencipta karya, tapi kini saya memilih untuk menjadi lebih real di tengah khalayak—di pentas kehidupan. Melalui karya itu, saya bukan berlakon; istilah setepatnya saya berdakwah. Sebab, dalam teks “Menunggu Kata Dari Tuhan”, yang diperjuangkan adalah bercakap benar—kata luhur! Kita wajib bercakap benar dalam segala tindakan harian kita. Jadi, kalau dilihat kata-kata saya berpindah ke warna, dan kini katakata itu berpindah pula ke aksi. Dan memang antara azam besar saya menjelang umur 75 tahun ialah untuk melakukan dua hal saja. Satu, saya ingin membaca puisi kanak-kanak (melalui antologi Rindu Ibu) kepada khalayak remaja. Yang satu lagi, saya ingin membaca puisi panjang “Al-Amin” kepada khalayak yang lebih dewasa. Itu yang ingin saya lakukan! NHK: Alhamdulillah. InsyaAllah semoga berjaya. SS: Kejayaan saya sejauh ini kerana adanya sokongan umum. Saya fikir dekad ini memang dekad kuasa dan bahasa. Walaupun bukan saya yang memungkinkan, tapi kalau ini tidak dilakukan, PPSMI tidak akan tercabar. Dan kita sudah memboroskan lebih RM12 billion sacara sia-sia. Jadi, setidak-tidaknya gerakan GMP telah sempat memperlahankan kesia-siaan yang lain.

47


NHK: Sebagai satu “pressure group”. SS: Ternyata lukisan dan puisi membayangkan bahawa akan ada perlawanan akan datang. Kali ini, kelompok seniman tidak saja akan berlawan melalui puisi dan lukisannya, malah melalui aksinya yang sebenar. Oleh sebab watak-watak dan kuasawan yang ada kebanyakannya rapuh, maka yang ternampak muncul mungkin Dr. Mahathir. Barangkali Anwar Ibrahim. Barangkali Nik Aziz “on the other side”. Itu berlaku dalam jangka masa 50 tahun. Jadi, segala gelora bangsa itu wajar terus dirakamkan dalam kata-kata, juga dalam lukisan. Barangkali setakat ini bukti perlawanan seni itu tidak cukup tersebar oleh kerana ragam watak pelaksana dasar pelajaran kita. Tapi, di luar pagar sekolah pasti kesedaran seni akan merebak. Tentu akan sentiasa ada watak-watak individu yang cekal mencari jalan untuk mengenal batin bangsa setulennya. Mereka akan mencari jalannya sendiri—dengan meneliti pesanan-pesanan luhur daripada khazanah lukisan juga daripada hemah dan hikmah yang senyap terpendam dalam khazanah sastera. Pendeknya, seni akan menjerit nyaring. Nur Hanim Mohamed Khairuddin. 9 Februari 2010, Kuala Lumpur.

48


Dinding Kembara 01 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

50


Dinding Kembara 02 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

51


Dinding Kembara 03 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

52


Dinding Kembara 04 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

53


Dinding Kembara 05 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2007

54


Dinding Kembara 06 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2007

55


Dinding Kembara 07 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2007

56


Dinding Kembara 08 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

57


Dinding Kembara 09 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

58


Dinding Kembara 10 21cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

59


Unsur Seni Lukis Dalam Puisi Sasterawan Negara A. Samad Said Pengenalan “KATAK hitam yang basah berlumpur itu melompat beberapa kali tapi masih juga terlanggar tin bulat berkarat yang dipanau lumut. Ia berhenti seketika mengembangngempiskan perutnya, memandang ke sana ke mari. Selepas berpusing teragakagak, ia merangkak menyusuri rel keretapi kira-kira sedepa, sebelum cuba meloncat segar. Lompatan itu jauh, dan ia jatuh jauh ke busut berhampiran paya kecil. Ia melompat sekali lagi jatuh di tengah paya kecil, memercikkan airnya dan mengejutkan seekor anak mengkarung yang sedang merayap. Dari atas gerabak keretapi yang usang itu, Hamdar asyik memerhatikannya sejak tadi. Gerabak itu bertingkap, dan itulah rumahnya. Katak itu tenggelam beberapa saat meninggalkan buih dan kalungan air, dan sebaik-baik timbul ia bergerak-gerak segar beberapa ketika, sebelum membiarkan dirinya terapung lesu di antara daun-daun keladi subur yang terhenjut-henjut dan terketar-ketar. Anak mengkarung tadi terkejut lagiberhati-hati meniti kayu pulang rel keretapi sebelum hilang di bawah gerabakâ€?. Tulisan ini cuba menyorot semangat dalaman (intrinsik) puisi-puisi SN A Samad Said berdasarkan pendekatan dan unsur Seni Lukis. Pendekatan dan unsur seni lukis yang diutamakan di sini bertujuan untuk mencatat tentang kesedaran terhadap alam dan keindahan (jiwa) dunia kepenyairan A. Samad Said. Walau bagaimanapun tulisan ini tidak menyorot nilai keputusan karya tetapi lebih kepada penghayatan gabungan dua unsur seni iaitu puisi dan seni lukis. Kaedah menggabungkan dua unsur seni ini bukanlah sesuatu yang asing. Sejak abad pertengahan lagi, telah berkembang bentuk dan ciri-ciri kesenian yang menyatukan dunia puisi dan seni lukis. Kurikulum kesenian yang diajar di universiti (di Barat ketika itu) adalah meliputi mechanical arts dan liberal arts. Yang terakhir ini merangkumi ilmu trivium (logik dan retorik) dan quadrium (astronomi, geometri dan muzik). Tradisi ini berkembang khususnya sejak awal Renaissance dan seni lukis dimasukkan dalam Liberal Arts yang mementingkan de facto seperti perspektif, alam semula jadi dan sejarah. Pelukis mesti memahami geometri, anatomi dan kesusasteraan (Burgin, 1986: 141-142). Dalam tahun 1714, Charles Bateaux yang menghasilkan buku Les Beaux Art Recluits a un Meme Principe yang mementingkan Beaux Arts, Paris hanya mengkhusus dalam seni visual iaitu arca, catan dan seni bina. Di alam Melayu kita sendiri sejak abad ke 14, istilah seni lukis disamaertikan dengan menulis: ‌ “maka ditulis oleh Hang Nadim pada kertas bunga yang seperti kehendaknya (sejarah Melayu 1984: 163). Menulis (ditulis) di sini bererti memindahkan idea untuk dipindahkan menjadi imej seni lukis. Dalam konteks nur

61


Islam pula manusia penyair menggunakan pancaindera bagi merakam “Keindahan Abadi”. Keindahan abadi (ciptaan) Tuhan adalah “sumber , esensi dan ideal segala sesuatu” (M.M. Sharif, 1984:28). Manusia mencipta kerana ia tergerak, insaf dengan kewujudan alam. Unsur seni lukis adalah salah satu jalan manusia untuk dekat dengan alam ciptaan Tuhan. Meneliti puisi-puisi A. Samad Said, unsur seni lukis memang tidak dapat dikesampingkan malahan pendekatan seni lukis yang tergolong dalam liberal arts akan menjadi tumpuan. Sejauh manakah tanggapan atau andaian ini dapat dibuktikan? A. Samad Said memang meminati seni lukis. Dia pernah mengikuti bimbingan kelas seni lukis di Singapura kemudian dilanjutkan dengan kebiasaannya berdialog dengan pelukis, atau mengunjungi ruang-ruang pameran. Garis sketsanya lincah tegas, kadang-kadang saling berkait; dan bertolak dari alam nyata. Lukisan tentang alam nyata ini diakuinya: “… jika malam saya menjadi gelisah, jika subuh saya menjadi sayu, jika petang saya menjadi gundah” (Balada Hilang Peta 1990: IX) Mari kita warnakan kenyataan ini. Malam dapat dihubungkan dengan kelam (warna pekat, hitam), subuh dihubungkan dengan bening-sunyi sepi (warna cair) dan petang sebagai peralihan siang ke malam, senja atau teja (warna jingga – merah). Dalam seni lukis warna membawa amanat tersendiri. Ada warna panas ada warna dingin yang dihubungkan dengan gelombang rasa. Sebagai penyair yang melukis perasaan, ia sebenarnya melayan riak seni. Ia mencari atau mencipta imejan. Dengan unsur seni lukis ini-puisi dapat menjadi dan berisi. Kutipan bab pertama Daerah Zeni di atas walaupun berbentuk prosa, tetapi di sana sini berbaur kepuitisannya. Di sini tergabung unsur seni lukis yang bersifat tampak dan juga dalaman atau pengucapan batin. Unsur lukisan dalam kutipan di atas ialah: i. ii. iii.

titik, garis, gerak –rel keretapi, melompat, meloncat, berpusing, sedepa, memercikkan buih, kalungan air warna-hitam, lumpur, berkarat, dipanaui lumut, keladi bentuk – katak, tin bulat, busut, paya kecil, mengkarung, gerabak keretapi, daun keladi

melayangi hutan, melintas bukit merintangi sungai, lalu menggelupur dihanyir lumpur, badan tergelepar wajah terseringai dan hasrat tersadai.

62

Ibid:3


Rupa bentuk garis di atas dapat dirujuk seperti ini: i. Garis patah ii. Garis lurus

: -------------------- (dahan gelisah, berdetap, ranting patah terdadai)

: ____________ (melintas, merintang)

iii. Garis beralun

:

(menjalar, merayap, melayangi)

iv. Garis memencar

:

(tergegar, mencungap, menggelepar, tergelupar, terseringai)

Gaya Beberapa contoh rangkap atau bait A. Samad Said memperlihatkan kepelbagaian gaya lewat nada ucapan puisinya. Gaya naturalis dilihat dalam melukis pemandangan alam nyata. “… Di tengah belantara di Selatan bukit terkuak, terlindung telaga sejuk. Tepi mawar meliuk” (Ibid : 4) atau …..

Bumi ini tempat manjanya ikan di arus sungai, tempat nikmatnya padi menjadi muai dan getah yang mewah serta bijih yang bersimbah

Dalam “Jerkah Setinggan” (BHP:1) unsur seni lukis digabung menjadi lukisan alam nyata. …..

aku akan membersihkan parit menanam betik, ubi dan ulam raja menternak itik, keli dan angsa

Unsur-unsur alam semulajadi (ciptaan Tuhan) dan benda ciptaan manusia dan menjadi pelengkapan (kalau tidak dasar untuk menguatkan imejan, halusinasi dan pengucapan batinnya. Dalam pembicaraan ini, puisipuisi dipetik daripada Benih Semalu (BS, 1984) dan Balada Hilang Peta (BHP, 1990). BS ialah gabungan puisi daripada Benih Harapan (1973) dan Daun Semalu Pucuk Paku (1975). Meneliti puisi-puisi penyair ini, kita dibawa ke hamparan lukisan sejarah kerana ia perakam sejarah. Daripada cerita Batu Belah Batu Bertangkup tutur ibu ia kemudiannya melukis peristiwa bom gugur, ledak senjata api, kacau bilau di zaman perang membawa kepada derita sengsara mengisi kemerdekaan, resah gelisah dengan kesedaran masa kini, pergolakan dunia antarabangsa juga nostalgia di hari tua.

63


Sejak dari awal, puisinya tidak seratus peratus tergolong dalam lukisan naturalis. Lukisan puisinya impresionis, kadang-kadang mencengkam ekspresionis. Di sana-sini terkesan humor sejagat, sinis penuh harap dalam tema kemanusiaan, luka lara insan kecil “Desa Jengking”, “Jerkah Setinggan” (BHP. 10:72). Walaupun kaedah asas seni lukis mengutarakan unsur-unsur tampak (kenyataan) ditampilkan dengan gaya yang lebih ke dalam. Pengucapan naturalis berbaur dengan impresionis, ekspresionis malah menjangkau surealis. Ia cuba memberi makna dalam melebihi bentuk tampak. Misalnya dengan unsur warna diperikan “merah api, coklat berkarat, hijau berlumut”. Penyair menggunakan unsur seni lukis bagi menjelaskan pengucapan batin. Dalam “Benih Harapan” (BS: 3-11) unsur seni lukis menjadi pelengkap imej yang ingin diucapkan:

“Ledakan buas tiba-tiba merenggut jantung bumi membakarnya ganas merah ngeri berkembang berang meluru tinggi, berkembang hingga semarak/payung/api dan Hiroshima mengucur/ darah”

Puisi ini langsung membawa kisah perang dunia. Unsur seni lukis ini makin menjelas makna puisi. Tiga unsur yang diutamakan ialah garis, warna dan bentuk. Keganasan dalam rangkap pertama ini dilambangkan dengan kesan garis lincah (ledakan buas, kembang berang, meluru tinggi) dan warna panas (merah ngeri, semarak payung api, mengucur darah). Kesan panas puisi ini dilembutkan dengan warna dingin dengan suasana keharuan, kesayuan dan keinsafan melalui lambang garis-garis patah, luruh, bergelombang dan memencar:

64

Dari kemusnahan inilah tergegar dan menjalan dahan-dahan gelisah, serta berdetap merayap ranting-ranting patah di mata sekawan burung harapan setengah luka terbang mencungap mengatasi bukit

… memancang landas menjebatkan wilayah dan batin anak buahnya

Ia tidur bermimpi tidur lelah di sisi jubah ia bangun menyala tenaga


gelegak semangat merdeka

Gaya eksperisif ini sering di susuli dengan kesan surealis: … “ini masanya daun-daun rapuh jatuh tiga helai sekali – tiga detik sekali – dan tiga ranting tergoncang oleh helang berkepak satu tak sua pohon yang baru (“Benih Harapan”) Garis diiringi dengan angka tiga diulang tiga kali, merupakan ungkapan yang berkait dengan kepercayaan tradisi dalam mantera, sesuatu yang sukar dijelas secara nyata dan penting. Nada surealis ekspresif semakin lantang dalam “Saudara Politik” (BHP: 7) : …

Mereka pernah sekapal tersungkur dalam rebut terhempap layar berpeluk, mereka bersumpah sehala betapa pun perit-petir mengancamnya

dan … atau …

satu senja, cengal tumbang atas jeti masing-masing sengaja tulis bermulalah satu kesangsian

untuk bersedia lagi dicabar bencana dan melebarkan upih terbuang menyambungnya dengan jerami kusut jika tempat teduh memang dijangka tiada

Perhubungan menjadi jeti patah dari cengal, rebab berselerah jengkala mereka kembali alpa, lara dan buta mereka pernah sekapal kini telah terbakar

Jiwa penyair yang selalu tergugah, gelisah, sayu dan gundah sering menjelmakan nada dan gaya yang lebih ekspresif. Malah kadang-kadang menimbulkan kesan aneh atau surealis.

65


Gaya ekspresif selalu dilandasi oleh kesan garis dan warna mencengkam. Misalnya “Nafas Sematan” (BHP: 6): …

Semalam lelap dan celik harum sanggul, resah oleh rebut mengejut, masih tetap senafas – cuma sebentar gagah, sebentar gugup.

gaya ekspresif terasa juga dalam “Desa Jengking” (BHP: 10-11) Di tengah rimba buas selatan kota ganas dibangunkannya surau dan madrasah dihembuskannya pesan syahdu sabar dinding derita terancam dan diancam ulangan sejarah moyangnya

Saban bulan mengejut desanya diugut langkahnya dijerat jengking mengetap almari diselongkar menirai siasat perjuangan kharsani tertekan dan ditekan mengulangi sejarah moyangnya

Lihat bentuk dan garis surealis ekspresif dalam puisi ini:

66

Bentuk/Garis Sekapal/ tersungkur dalam rebut Terhempap layar/ perit-petir Cengal /tumbang, rebah Jeti/patah


Sebenarnya penyair tidak dapat menyembunyikan pengalaman diri. Malah dalam himpunan BHP kita dihujani dengan rindu, nostalgia, kecewa, harapan yang berbaur antara sejarah sebagai fakta berbaur dengan emosi batini. Di sinilah gerak dan pemikiran penyair digaris dan diwarnakan. “Rakan Setinggan” (BHP: 45) menyatakan garis dan warna kesenduan: …

kini, segalanya seolah sediakala kecuali suaranya yang patah-patah: ‘Kisah hidupku ringkas sekali di bawah judul tiga puisi-

Setiap insan sebuah misteri Bacalah sebelum tidur nanti

Lesu, diheret diri di lorong hamis menghala ke hospital besar. Antara tiang lampu, peti dan tong sampah tiga ekor anjing garang bertengkar Terbatuk, dia berpaling dua kali melambaiku mengah dan berjalan lagi Hujan mula merintik kasar. Guruh tajam menggegar. Dan ketika payungnya dibuka aku teringat tiga puisinya, kisah ringkas hidupnya. Dan hujan pun mengamuk liar ….. Mainan warna surealis ini dapat dirasakan lagi dalam memerikan “Bayang” (BHP: 14). Penyair menyedari makna terang dan gelap. Dan bayang menjadi subjek untuk mengenal diri. Terlalu cerah(terang, nyata) manusia juga kehilangan punca:

‘Hanya dalam terang baru kunampak bayang dalam gelap, songlap.

Tapi, tujuh lampu cari tujuh penjuru

67


mencari serentak bayangku – terlalu terang. aku kehilangan bayang’.

Sekali lagi penyair mengundang lambang angka (tujuh) untuk mencari jejak. Kesimpulan Meneliti puisi A. Samad Said dengan pendekatan seni lukis ini telah membuktikan luasnya perhatian dan kepekaan penyair terhadap alam. Alam dilihat sebagai unsur sejagat yang kerapkali dilupai oleh manusia – hanya dijadikan objek untuk mendapatkan sesuatu. Rasa kemanusiaan sendiri longgar. Pejuang tanahair yang benar tersisih. Melalui unsur seni lukis penyair kerap berimbas-imbasan, tidak langsung jauh dari beramanat, tetapi rintihan kecewa, sayu tidak dapat diselindung. Ini terpapar melalui kesan garis warna panas – menyatakan marah; atau garis dan warna dingin untuk menyatakan kemanusiaan alam atau tenangsayu dan merindu. Masih banyak yang perlu diselongkar. Bagaimana dengan “Gagah Parit”, “Latah Setinggan” atau imej Siti Zubaidah, dosa Dayang Fina, Rusuhan Natrah, atau Rentjong Aceh? Penyair melukis sejarah alam; denyut nadi, dari batin luka, resah terhadap manusia disengat pangkat/dicumbu nafsu. Tidak hairan dengan kesedaran ini ia selalu ingin menyatukan atau melukiskan sejarah dan harapan sehingga dilukisnya rasa dan pengalaman kerana tidak ada bezanya ‘angin Ranau’, nafas Sematan, degup Melaka dengan unta-unta tersingkir yang cedera ‘anak-anak Palestin yang tabah, sengat, racun menyentap nafasnya’. Dia terus bersuara dan menggaris lewat tinta dan warna rasa.

Siti Zainon Ismail 2009, Kuala Lumpur Bacaan: A.Samad Said, 1984. Benih Semalu. Kuala Lumpur: DBP ____________, 1990. Balada Hilang Peta. Kuala Lumpur: DBP ____________, 1985. Daerah Zeni. Kuala Lumpur: DBP Esei ini diangkat dengan izin penulis daripada buku bertajuk Memasuki Taman Puisi, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, 2009

68


Istana Kata 01 25cm X 22cm Dakwat atas kertas 2009

70


Istana Kata 02 25cm X 22cm Dakwat atas kertas 2009

71


Istana Kata 03

72

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 04

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

73


Istana Kata 05

74

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 06

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

75


Istana Kata 07

76

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 08

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

77


Istana Kata 09

78

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 10

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

79


Istana Kata 11

80

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 12

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

81


Istana Kata 13

82

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009


Istana Kata 14

25cm X 22cm

Dakwat atas kertas

2009

83


Jalan Retak 01 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

84


Jalan Retak 02 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2008

85


Jalan Retak 03 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

86


Jalan Retak 04 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

87


Jalan Retak 05 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

88


Jalan Retak 06 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

89


Jalan Retak 07 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

90


Jalan Retak 08 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

91


Jalan Retak 09 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

92


Jalan Retak 10 38cm X 28cm Dakwat atas kertas 2007

93


TERIMA KASIH Jika kau mau, kuterima kau kembali Dengan sepenuh hati Aku masih tetap sendiri Kutahu kau bukan yang dulu lagi Bak kembang sari sudah terbagi Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani Jika kau mau, kuterima kau kembali Tapi untukku sendiri Sedang dengan cermin aku enggan berbagi (’Penerimaan’ Chairil Anwar, Maret 1943) Lafaz antara ego pelukis dan ego penulis seakan dakapan duri kasih Chairil Anwar yang dinukilkan dalam bulan ini, enam puluh tujuh tahun dahulu. Pengamat karya Penerimaan itu nampak akan bagaimana dua insan saling memerlukan tetapi makin menikam melenyapkan ego diri kerana zat kasih hakiki itu wajib perlu berkongsi. Pentingnya perkara ini diketengahkan adalah kerana sebagai Kurator yang sering menimbangkan perihal pelukis di institusi ini, jiwa terasa terpanggil untuk mengisahkan soal ‘Penerimaan’. Jatuh bangunnya pelukis dalam putaran masa dan usia berpameran di Balai Seni Lukis Negara adalah berlandaskan ‘penerimaan’. Sama ada penerimaan itu sebenarnya sikap institusi, perasaan pemerhati atau pemikiran budayawan, ia perlu diselami untuk merungkaikan nilai rasa dan nilai erti sekiranya hasrat sejagat adalah ke arah pemantapan budaya ilmu. Benar, A. Samad Said memang terlatih dalam bidang seni lukis di Singapura terdahulu lebih awal daripada beberapa pelukis seangkatan usia dengan beliau. Pada zatnya beliau adalah pelukis yang pulang kembali. Betul, melukis itu menulis, tetapi berapa ramai pelukis mahu menggelarkan diri mereka penulis berbanding dengan berapa ramai penulis ingin menggelarkan diri mereka pelukis? Soalnya apakah jalinan sosial /psikologikal antara seniman pelukis dan seniman penulis tidak ada terkusut urai ira kainnya apabila seorang mengambil watak yang dimainkan oleh yang lain? Atau adakah ini resahan kolot intelektual budaya berpaksikan ego semata-mata? Intelektual budaya Alam Melayu fitrahnya bersifat multi-watak dan bermuafakat. Di kalangan pelukis dan pemerhati seni ada keresahan penerimaan, tetapi bukan tidak mahu menerima, hanya penerimaan secara kata-kata Chairil Anwar, Jika kau mau, kuterima kau kembali, Tapi untukku sendiri,

95


Sedang dengan cermin aku enggan berbagi. Andainya itu adalah kata-kata pelukis maka ‘Kurator’ yang memberi imbas identiti pelukis kepada orangramai adalah cermin. Pelukis mengaku tidak mudah bertolak ansur dengan kurator dalam hal imej perwatakan diri. Apatah lagi dengan rakan penulis, kekasihnya sendiri. Penulis adalah kekasih pelukis, tulisan lazim berkasihkan lukisan. John Cage sendiri mengakui sebagaimana beliau kasihkan penulisan dan menjadi saksi kepada bagaimana Picasso juga ‘dahagakan puisi’, dan kedahagaan itu menyatukannya dengan kelompok penulis pemuisi Surrealist di Paris. Dari tahun 1924 hingga 1929 karya Picassso diterbitkan dalam lapan isu makalah La Revolution Surrealiste. Kenalan Picasso termasuk Apollinaire, Stein, Breton dan Paul Eluard menyedarkan pelukis itu akan keajaiban puisi di sekelilingnya. Picasso mula selesa diberikan watak menerusi puisi. Beliau mula menulis puisi sejak 1934 dan pernah dalam setahun dari Februari 1935 hingga Mac-April 1936 beliau dikatakan langsung tidak melukis. Koleksi puisi beliau dicetak di Cahiers d’art (1935) dan di La Gaceta de Arte (1936,Tenerife) dan beberapa tahun kemudian menukilkan skrip teater Desire Caught by the Tail dalam tahun 1941. Memang beliau tidak bermegah dengan puisi beliau namun apabila Getrude Stein memperkecilkan puisi yang dibaca Picasso kepadanya, ia mula menjejaskan persaudaraan dua seniman ini. “Ego seorang pelukis” kata Stein, ”adalah amat berbeza dari ego penulis” dan sekali lagi: “Ini menjadi kebiasaan hidupnya selama dua tahun, memanglah dia boleh menulis, menulis dengan begitu baik sekali dengan lukisan dan warna, dan mengetahui menulis dengan kata-kata adalah seumpama tidak menulis langsung..” Begitulah Picasso dicerminkan oleh Stein yang tidak mampu mengasihi beliau sebagai penulis yang berpuisi dengan bait-bait sebegini: ”Mensiakan darah keringatku untuk yang lain dan potretku di x-ray pada plet beratus cairan dukun, meliputi diriku sepenuhnya dan kamera di tengah mendalami tubuhku yang rela ditatang kejutan yang bakal membuatku mati ketawa kerana terlalu gembira, dalam mata toro segalanya difahamkan dengan nombor (ukuran) dan tiada yang jernih di dasar tasik Taurus.”

Afdalnya pelukis atau penulis berkasih dengan perjuangan mata fikir sendiri. Dan saya hidup semula–lahir semula-sebagai seorang pernyataan saya. (SS & NHK 2010)

pelukis.

Makanya lukisan itu menjadi

Paling utama, A. Samad Said, Sasterawan Negara, mahu dewasa lagi bertemankan unsur bentuk dan

96


pemerhati mengasihinya kerana berani lahir semula. Bukankah setiap terbitan solo itu sebenarnya peluang bagi seniman lahir semula? Kelahiran semula bukan seperti resahan Dante tetapi lebih melonjak menyampuk Kierkegard atau menelusuri Hamka dimana seniman itu harus terus memilih untuk mengupas diri. Lapisan-lapisan peribadi pada seniman yang amat meneliti lumrah Alam dan Manusia seperti Pak Samad ini bukan semuanya dapat terurai dan terlerai melalui kata-kata. Betapa setelah lima dekad berjuang dan meneliti kebenaran melalui perkataan beliau yang kini berusia 75 tahun dan wujud dalam era informasi, menjadi saksi kepada permainan kata-kata di ruang siber, kuasa kata-kata membedil kota-kota maya dan melahirkan kota-kota maya baru dalam Negara bangsa yang senantiasa terjajah. Apakah peranan imej dan tanda, apabila kata-kata sering berubah? Dalam penulisan Breton kita dapat melihat bagaimana teks Picasso yang bertulis tangan berbentuk bulatan —bersambung dengan warna garis merah, kuning dan biru dikatanya seakan sarang lebah disirami cahaya mentari pagi. Dalam penghasilan A.Samad Said pula beliau amat khuatir sekiranya lukisan beliau dilihat sebagai hiasan kepada puisi beliau (SS & NHK,2010). Ini adalah kegelisahan tarik tolak dalam proses penampilan karya seni. Pelukis atau penulis senantiasa peka terhadap penerimaan khalayak dan senantiasa takut sekiranya dilihat meremehkan penghijrahan makna. Dalam pameran Tampannya Budi di Balai Seni Lukis Negara pada tahun lepas, Pak Samad menjadi Tamu Budi dengan perkongsian karya ”Sumpah El-Atatra”. Jika diteliti, ada sapuan berus merah di bawah katakata beliau. Ini bermakna, ada keinginan beliau mewarnai bidang kertas ruang letaknya kata-kata puisi yang diusahakan pada 17 keping, sehingga mencapai hajat. Lukisan itu sekadar latarhias puisi itu sendiri, makanya kali ini beliau menampilkan karya siri Carik Bendera dan Kuartet Kuasa dengan terjangan warna kontra yang nyaring dominan sehingga menyepikan kata-kata yang dibekalkan di sisi. Ekspresi berani A. Samad Said dalam sebelas siri lukisannya seakan melonjakkan kesan kepada pentadbir, pemerintah dan yang ditadbir dan diperintah supaya membuka mata fikir. Lantas A. Samad Said berperanan sebagai budayawan visual yang memaklumkan wujud kebudayaan (nilai) dalam peranan kebudayaan lahiriah (benda) yang terpancar ke indera visual (mata) dan berwatak sebagai tautan fikiran (mata fikir) manusia. Sepertimana definisi Agus Sachari, budaya visual bukanlah hanya terdiri daripada sebuah entiti kebudayaan yang unggul (neutral), melainkan bentuk implementasi ‘terluar’ dari tatapan nilai yang membentuknya. Namun budaya visual bukanlah sekadar ‘baju’ dari sebuah peradaban benda, melainkan sebuah hakikat dari struktur budaya pembentuknya, bertunjangkan inovasi teknologi, ideologi komunikasi, politik kebudayaan, dinamika sosial, tuntutan ekonomi hingga kepada segala sesuatu yang sifatnya mendasar dalam membentuk bangun

97


sebuah peradaban. Dengan demikian, budaya visual melingkupi pelbagai aspek yang berkaitan dengan wujud akhir sebuah gagasan manusia untuk ‘mendunia’. Justeru A.Samad Said ‘mendunia’ semurni dayanya dalam Kata Luhur buat memperkayakan korpus ilmu budaya visual dan kami yang berkongsi ruang dunianya hanya mampu berterima kasih. Zanita Anuar 30 Mac 2010, Kuala Lumpur

RUJUKAN Andre Breton ‘Picasso Poete’ in ‘Picasso 1930-1935 ‘ Cahiers d’art no 7-10 (1935) Pablo Picasso, Tant que a chaise ( 7 November 1935) atau ’Dalam duduk’ (terjemahan ke Bahasa Melayu oleh saya), bait ditulis buat jurufoto, kekasihnya Dora Maar yang merakamnya. A. Samad Said & Nur Hanim Khairuddin, (9 Februari 2010) Wawancara santai Kurator bersama A. Samad Said sekitar Seni dan Kesenimanan.

98


Kuartet Kuasa 01 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

100


Kuartet Kuasa 02 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

101


Kuartet Kuasa 03 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2009

102


Kuartet Kuasa 59cm X 42cm - 04

Kuartet Kuasa 04 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

103


Kuartet Kuasa 05 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

104


Kuartet Kuasa 06 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

105


Kuartet Kuasa 07 59cm X 42cm Dakwat atas kertas 2008

106


Membakar Bahtera 01 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

107


Membakar Bahtera 02 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

108


Membakar Bahtera 03 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

109


Membakar Bahtera 04 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

110


Membakar Bahtera 05 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

111


Pemimpin Catakserukin 01 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

112


Pemimpin Catakserukin 02 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

113


Pemimpin Catakserukin 03 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

114


Pemimpin Catakserukin 04 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

115


Pemimpin Catakserukin 05 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

116


Pemimpin Catakserukin 06 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

117


Pemimpin Catakserukin 07 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

118


Pemimpin Catakserukin 08 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

119


Pemimpin Catakserukin 09 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

120


Pemimpin Catakserukin 10 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

121


Pemimpin Catakserukin 11 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

122


Pemimpin Catakserukin 12 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

123


Pinggir Retak 01 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

124


Pinggir Retak 02 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

125


Pinggir Retak 03 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

126


Pinggir Retak 04 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

127


Pinggir Retak 05 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

128


Pinggir Retak 06 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

129


Pinggir Retak 07 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

130


Pinggir Retak 08 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

131


Pinggir Retak 09 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

132


Pinggir Retak 10 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

133


Pinggir Retak 11 36cm X 26cm Dakwat atas kertas 2007

134


Pusar Masa 01 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

135


Pusar Masa 02 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

136


Pusar Masa 03 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

137


Pusar Masa 04 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

138


Pusar Masa 05 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

139


Pusar Masa 06 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

140


Pusar Masa 07 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

141


Pusar Masa 08 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

142


Pusar Masa 09 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

143


Pusar Masa 10 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

144


Pusar Masa 11 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

145


Pusar Masa 12 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

146


Pusar Masa 13 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

147


Pusar Masa 14 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

148


Pusar Masa 15 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

149


Pusar Masa 16 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

150


Pusar Masa 17 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

151


Pusar Masa 18 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2009

152


Tikaman Seloka 01 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

153


Tikaman Seloka 02 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

154


Tikaman Seloka 03 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

155


Tikaman Seloka 04 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

156


Tikaman Seloka 05 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

157


Tikaman Seloka 06 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

158


Tikaman Seloka 07 42cm X 30cm Dakwat atas kertas 2008

159


Biodata Abdul Samad bin Mohamed Said atau lebih dikenali dengan nama A.Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, Singapura. Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pameran perseorangan pertama bertajuk ‘Daerah Samad - 100 sketches by A.Samad Said’ di Galeri Petronas (2007) memperlihatkan kepada khalayak akan kemampuannya bermain dengan bahasa visual. Antara pameran berkumpulan yang disertai beliau adalah seperti ‘Tampannya Budi’ di Balai Seni Lukis Negara (2009) dan ‘UN-CUT: Malaysian Arts Festival’ di Galeri Shambala, Copenhagen, Denmark (2009).

161


Penghargaan Penganjur KATA LUHUR- A. Samad Said mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said & isteri Kurator Pameran Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia Teratak Nuromar Axiata Group Berhad I&P Group Sdn Bhd Permodalan Nasional Berhad Fadhli Sabran Jo Ghazali Para penyumbang esei: Hasnul J Saidon, Zanita Anuar, Profesor Dr. Siti Zainon Ismail dan Rahmat Haron Penyumbang persembahan: Space Gambus Experiment, Dewangga Sakti, Meor Yusof Aziddin, Rahmat Haron, Rahimidin Zahari, Siti Zainon Ismail & Taheera Rosheena media massa, pengunjung serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam penganjuran pameran KATA LUHUR- A.Samad Said

163



Kata Luhur