Nadi sarjana edisi 9

Page 144

GELOMBANG HIDUP Emak menangis lagi. Memang salah aku juga membuat hati emak resah dan gelisah. Abang Redzuan juga menyalahkan aku. Sepatutnya mereka mendoakan ayah selamat. Ayah pergi ke laut tidak pulang-pulang lagi. Biasanya masa ini ayah telah berada di rumah. Tetapi lewat senja ini ayah masih belum pulang. Jangan-jangan ayah ditimpa kemalangan. Itulah yang aku takuti. “Kamu tidak sayangkan ayah lagi”,putus Abang Redzuan. “Hendak suruh ayah tempoh bahaya saja. Cubalah fikir sendiri, jangan harapkan bantuan orang sahaja”. “Tetapi itu memang kerja ayah”, bantah aku. “Duit itu untuk kebahagiaan anak ayah juga”. “Sampai bergadai nyawa?” tengking abang Redzuan. Aku terdiam. Sebetulnya salah aku juga tadi yang menceritakan kepada ayah di saat ayah susah hati. Bulan ini ayah begitu mudah berkecil hati dan marah-marah, maklumlah musim tengkujuh. Ayah tidak dapat mengambil upah memanjat pokok kelapa kerana pokoknya licin. Kehidupan keluarga nelayan memang sukar. Kerana itu aku mahu mengubah nasib keluargaku. Aku telah berjaya di dalam peperiksaan penilaian dahulu. Kini aku ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur. Tetapi tawaran itu ku tolak saja akhirnya. Ayah tidak mahu berhutang kerana aku. Lagipun apalah yang boleh ayah gadaikan. Keluarga aku bukanlah senang. Kalaulah aku lahir dalam keluarga senang, tidaklah aku hidup sesukar ini. Dan mudah sahaja aku dapat ke sekolah berasrama penuh. Tidak banyak rintangan di hadapan. Tetapi hakikatnya amat sukar untuk menjadi nyata. Susah payah ini jugalah yang menyedarkan aku untuk belajar lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Sekarang, kejayaan udah separuh berhasil. “Sepatutnya ayah kau sudah pulang,” emak tersedu-sedu. “Ayah dalam kesusahan?” soal Abang Redzuan membeliakkan matanya. Aku bertambah cemas. Sepanjang hari hujan turun tidak berhenti-henti. Ayah turun ke laut dengan hati yang marah. Aku tidak berdaya menahan ayah lagi. Aku juga tidak akan menyalahkan sesiapa pun, kecuali diri aku. Ayah telah banyak mendorong aku untuk belajar lagi. Emak juga begitu. Abang Redzuan tidak jemu-jemu membantu aku. Tetapi kenapa tawaran ke sekolah berasrama penuh itu baru petang kelmarin diketahui? Inilah yang payahnya. “Nama kamu terselit dalam senarai pelajar simpanan, sebab itu lewat,” bisik Cikgu Azhar kepadaku semalam.

Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.