Issuu on Google+

BENGKEL SENI HIAS LAMAN KEBUN DAPUR


TUJUAN


Untuk mewujudkan pemandanga lanskap yang menarik dan berfungsi gabungan 70% tanaman makan dan 30% tanaman hiasan di reka bentuk dalam taman. Tujuannya UTAMANYA sebagai Sayuran, Ulaman , perisa , ubatan , keindahan

PENGENALAN

“ LANDSKAP EDIBLE” merupakan satu pendekatan reka bentuk tanaman yang menggunakan gabungan kepelbagaian spesis tanaman makanan, herba dan hiasan.


Laman Kebun Dapur

ď ąMewujudkan kesedaran dan minat orang ramai terhadap landskap pertanian yang secara teratur & bersistematik. ď ą Membentuk pengetahuan dan pendidikan generasi masa hadapan berkaitan kepelbagaian spesis tumbuhan .

ď ąTUJUAN

ď ąMenggalakkan orang ramai terutamanya penduduk di taman perumahan , sekolahsekolah, kompleks peniagaan menanam sendiri sayuran, ulaman, herba sendiri. (D.I.Y)


Mewujudkan persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman edible landscape dan ekologi yang menarik.

Mengurangkan kos perbelanjaan ke atas barang keperluan di samping menambah sumber pendapatan.

TUJUAN

Mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan makanan segar yang berkhasiat bebas kimia dan organik (mesra alam)


1) TEORI ASAS PENANAMAN POKOK


- Asas penanaman pokok adalah sebagai satu garis panduan/teori pelaksanaan proses sesuatu penanaman di lakukan mengikut asas yang telah disediakan seperti berikut : 1) Peralatan Kerja 2) Penyediaan Bahan 3) Pembiakan Tanaman - keratan batang, daun, biji benih 4) Proses Pembiakan - Pemindahan anak pokok tapak semaian ke pasu/ tanah 5) Penyediaan Medium 6) Penjagaan & Penyelenggaraan Tanaman - Meumput, menyiram, menggembur, membaja pengawalan perosak & penyakit.

ď ąTEORI ASAS PENANAMAN POKOK

ASAS PENANAMAN POKOK


1.0) Alatan Asas Berkebun Bertujuan menjalankan kerja asas penanaman pokok bagi memudahkan aktiviti dapat di jalankan dengan sempurna dan cepat. Terdapat banyak jenis peralatan yang di gunakan untuk bermacam-macam tujuan dan secara amnya alatan spt berikut : 1.1) Cangkul. 1.2) Sudip Tanah 1.3) Penyodok Tanah 1.4) Pengembur tanah 1.5) Garfu Tanah

1.6) Gunting Rumput 1.7) Gunting pokok 1.8) Tong Penyiram 1.9) Gelungan getah

ď ąTEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Ringkasan :-


TEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Alatan Asas Berkebun


TEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Alatan Asas Berkebun


2) MEDIUM TANAMAN & BEKAS PENANAMAN


2.0) Kenali Tanah Untuk Medium Penanaman TANAH adalah elemen penting untuk memastikan tanaman hidup subur atau sebalik. Mengenal pasti jenis tanah yang terdapat di halaman dapat membantu memilih jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam. Begitu jugak jenis pokok hiasan yang di tanam di dalam pasu, jenis tanah yang tepat atau bersesuaian penting bagi memastikan pokok hiasan pilihan anda hidup subur dan menghasilkan kuntuman bunga-bunga mekar dan harum. Antara jenis tanah yang biasa digunakan dalam aktivti penanaman pokok ialah : a) Tanah Pasir d) Tanah Merah b) Tanah Campuran c) Tanah Bakar


Medium Penanaman


3) ASAS PEMBIAKAN POKOK


1) Pembiakan Biji Benih. Dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.

ď ąAsas Pembiakan Tanaman

ď ą Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh di jadikan panduan umum dalam mengusahakan sesuatu laman dapur. Diantara asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikan mengikut kesesuaian tanaman tersebut ialah :


Pembiakan Biji Benih


2) Pembiakan Vegetatif (tampang) -Cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. Kaedah ini menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. a) Keratan batang. terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm di gunakan.

Bunga Ros

Ubi kayu

Sireh

Buah Naga


b) Keratan pucuk berdaun. bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tumbuhan seperti kunyit ,halia.

Pisang

Nenas

Kunyit

c) Kaedah tut. Cara pembiakan digunakan bagi tanaman buahbuahan. Proses pembuangan ulit kayu untuk tujuan pengakaran menggunakan hormon penggalak akar..


d) Kaedah belahan rumpun. Dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. Dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Kebiasanya tanaman hiasan.

Buluh

Serai

Keladi

e) Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang Boleh di tanam terus tanpa di semai. Dipilih daripada pokok yang sudah tua dan matang. Jenis sayuran bebawang dan pokok hiasan.

Bawang Putih


f) Kaedah cantuman. Sering di gunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki contoh pokok durian. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk.


LAMPIRAN KAEDAH RUMPUN


LAMPIRAN KAEDAH TUT


4) KAEDAH PENANAMAN


dalam memastikan pertumbuhan tanaman subur. Penanaman yang sempurna akan menentukan kerja-kerja di peringkat penyelenggaraan bertambah mudah dan

menjimatkan kos.

Selain daripada kaedah penanaman yang betul,

pertumbuhan pokok juga bergantung kepada kesesuaian dan mutu bahan tanaman, cara menguruskannya dan juga persediaan tapak

ď ą KAEDAH PENANAMAN

Kaedah penanaman memainkan peranan yang penting


4.1 )PERSEDIAAN SEBELUM PENANAMAN A) Jenis-jenis Bahan Tanaman Bagi menghasilkan penanaman berkualiti, bahanbahan tanaman perlulah mempunyai saiz dan rupa bentuk yang baik, di jaga rapi dan subur sehingga sesuai ditanam di tapak penanaman. Contoh seperti polibeg/pasu, jenis tanah, anak benih pokok, keratan batang, biji benih B) Mengubah Penanam Pokok (Transplant) Memastikan pokok mempunyai struktur akar yang sempurna, perlu dipindahkan secara berperingkat – peringkat, mencegah kejutan & kerosakan kepada sistem akar


C) Pengendalian Bahan Tanaman

-Pengangkutan -Perlindungan Bahan Tanaman Semasa Di Tapak D) Persediaan Tapak. Persediaan tapak merupakan satu faktor fizikal Yang memberi kesan langsung kepada tumbesaran pokok.

Tapak penanaman perlulah disediakan melalui langkahlangkah seperti berikut : i) Pembersihan Tapak

ii) Penyesuaian Kawasan Penanaman iii) Penyediaan Lubang Tanaman iv) Saliran.

v) Penyediaan Tanah Campuran


4.2 )TEKNIK DAN AMALAN PENANAMAN A )Penanaman Pokok Ke Tapak - Memastikan akar pokok tidak rosak semasa masuk dalam lubang, tanah dibiarkan padat di pangkal pokok untuk melindungi akar. Untuk tujuan ini tanah & akar tersebut di lindungi dengan bekas polibeg ,guni/pasu

- Dari pasu ke tapak, pasu di pecahkan sebelum tanaman di masukkan kedalam lubang. Jika pokok berada lama dlm pasu sebelum di tanam potong akar lama dan serabut supaya menggalakkan pertumbuhan akar baru. - Oleh kerana sisem akar pokok belum berkembang perlu dilindungi daripada kekeringan. Langkah pencegahan seperti menyiram air mencukupi, mencatas dahan, menyediakan sungkupan, mengikat kanopi.


Penyediaan Lubang Penanaman

a) Saiz lubang tanaman pokok utama

b) Saiz lubang tanaman pokok Renek.

Penyediaan Tanah Campuran a) Tanah campuran nisbah 3:1 atau 3 bahagian tanah : 1 bahagian bahan organik

b) Penggunaan tanah campuran dalam l ubang penanaman


Pemindahan pokok dari pasu

Mengikat kanopi pokok bagi Mencegah kehilangan air

Cara Pemindahan pokok kedalam Lubang penanaman.


Kaedah penanaman pokok utama dengan 1 kayu pancang

Kaedah penanaman pokok utama dengan 2 kayu pancang


LAMPIRAN KAEDAH PENANAMAN DALAM PASU


5) KATEGORI TANAMAN


Kategori Tanaman Pokok Mengikut Spesis


Kategori Tanaman Pokok Mengikut Spesis


ď ąLampiran Gambar Spesis Edible


ď ąLampiran Gambar Spesis Herba


ď ąLampiran Contoh Plan Laman Dapur


ď ąLampiran Contoh Plan Laman Dapur


6) Penyelenggaraan Taman


Penyelenggaraan Taman A) B) C) D) E)

Pembersihan Kawasan Penyiraman Pembajaan Pemangkasan Pembuangan Tanaman Rumpai/Parasit F) Penggemburan G) Pengendalian Penyakit H) Penggantian Tanaman Mati/Rosak


Pembajaan sebenarnya bertujuan memulihkan kandungan nutrien di dalam tanah yang telah di serap tanaman untuk proses fisiologinya. Kekurangan nutrien akan menyebabkan tanaman mudah patah, tumbesar yang terbantut dan daun menjadi kuning. Pembekalan baja untuk tanaman di sediakan dalam berbagai bentuk iaitu seperti : a) baja bebutir kecil b) baja cecair d) baja hablur e) baja debu f) baja

ď ąTEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Baja Untuk Kesuburan Pokok


TEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Baja Untuk Kesuburan Pokok


Tindakan berjaga-jaga dan waspada hendaklah sentiasa diamalkan terhadap semua tanaman yang terdapat di laman. Pemeriksaan dan kawlan hendaklah dilakukan secara teratur atau semasa melaksanakan tindakan penyelenggaraan lainya. Kawalan terhadap penyakit, serangga dan haiwan perosak akan membolehkan tanaman kelihatan segar dan menarik. Pemeriksaan terhadap sebarang gejala serangan penyakit dan serangga mestilah dijalankan secara rutin seminggu sekali. Tanda-tanda tanaman diserang penyakit adalah seperti daun layu, berlubang pada batang, terdapat serangga pada daun & batang/ terdapat serangga/ulat pd pokok (rujuk gambar)

ď ąTEORI ASAS PENANAMAN POKOK

Kawalan Penyakit, Serangga & Haiwan


Jenis-jenis perosak dan tanaman yang di serang.


Jenis-jenis perosak dan tanaman yang di serang.



Laman dapur