Page 1


Tahniah! Tahniah kepada anda yang bertindak pantas merebut peluang menjadi kumpulan terawal sebagai Agen Cilibangi. Tahun 2014 adalah tahun permulaan kami mula membuka peluang kepada peminat Cilibangi menjadi agen-agen kami walaupun kami sudah menerima ratusan permohonan sebelumnya. Kami sedang membuat penyaringan dan pemilihan agen yang proaktif memberi komitmen. Cilibangi merupakan nama yang diberikan kepada varieti cili yang dihasilkan dari penyelidikan 30 tahun Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Enam varieti Cilibangi ini merupakan harta intelek UKM dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan Baru 2004. Ini bermakna, tindakan mahkamah boleh diambil kepada mana-mana individu yang didapati menjual benih Cilibangi tanpa kebenaran dan lesen dari UKM melalui anak syarikatnya iaitu Setotech Sdn Bhd. Tujuan program Agen Cilibangi ini diwujudkan adalah bagi membina sistem rangkaian pengedaran produk-produk Cilibangi yang sistematik dan menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan Cilibangi di Malaysia. Dengan melantik agen-agen di seluruh Malaysia, ia akan memudahkan kami untuk membantu pelanggan-pelanggan kami mempunyai pilihan yang lebih mudah, murah dan cepat untuk mendapatkan produk-produk kami. Selain itu, kami berusaha menjadikan program Agen Cilibangi ini sebagai peluang menjana pendapatan sampingan kepada peminat Cilibangi yang berpotensi menjadi pendapatan yang lumayan seiring dengan pertambahan kemahiran agen memahami produk ini dan hubungan yang baik yang dijalinkan dengan semua pelanggannya. Asas kekuatan produk Cilibangi untuk pendapatan yang berterusan adalah Hubungan Dengan Pelanggan. Cili merupakan tanaman yang mempunyai banyak masalah di Malaysia malah di seluruh dunia. Masalah paling utama adalah penyakit. Kebanyakan petani di Malaysia menggunakan pelbagai jenis racun yang sebahagiannya sangat membahayakan kesihatan. Kami jadikan setiap masalah itu sebagai peluang menambah nilai kepada semua penanam cili di Malaysia. Untuk program Agen Cilibangi ini, kita akan fokus kepada penanam di rumah. Mereka adalah kumpulan sasaran kita yang mempunyai hobi dan minat berkebun serta sangat prihatin dengan kesihatan dan keselamatan makanan yang bebas racun berbahaya. Kami telah hasilkan rangkaian produk Cilibangi khas untuk penanam di rumah bermula dari benih sehinggalah larutan semulajadi pencegah serangga. Produk-produk ini adalah resepi yang kami hasilkan sendiri daripada kajian-kajian yang telah kami lakukan di Rumah Tumbuhan UKM dan juga hasil maklumbalas pelanggan kami sebelum ini. Kami juga melakukan kajian berterusan menghasilkan varietivarieti cili yang baru dan produk-produk sampingan yang menarik dari semasa ke semasa. Dalam koleksi kami ketika ini, sudah ada berberapa produk baru yang akan dilancarkan setiap tiga bulan. Untuk tahun 2014, kami akan fokuskan kepada pembangunan Agen Cilibangi. Bagi agen-agen yang menunjukkan prestasi dan komitmen yang sangat bagus berpeluang dinaikkan pangkat sebagai Pengedar/Stokis Daerah/Negeri kami. Agen-agen yang mahir dengan penanaman Cilibangi berpeluang untuk dilantik menjadi Konsultan kami dan menjana pendapatan sampingan menganjurkan seminar dan kursus penanaman Cilibangi untuk peminat Cilibangi kami di seluruh Malaysia. Peluang sudah terbuka luas untuk anda. Selamat Datang ke Keluarga Cilibangi! Sharifah Nur Rahimah CEO, Serotech Sdn Bhd


Keistimewaan Agen Cilibangi 1. 2. 3. 4. 5.

Keuntungan jualan produk Cilibangi 20 – 25% dari harga jualan. Keahlian eksklusif Komplot Cilibangi (FB Secret Group) Bantuan promosi agen di Fanpage Cilibangi, Website, UKM Portal, Twitter, SMS Blast, Suratkhabar, Majalah dan Iklan TV9. Peluang kerjaya sebagai Konsultan Berlesen Cilibangi (Separuh Masa)untuk menganjurkan seminar dan program latihan kepada peminat Cilibangi di Malaysia. Peluang menaiktaraf kepada Pengedar/Stokis Daerah/Negeri yang bertanggungjawab mengedarkan produk kepada semua agen dan juga melatih agen sebagai konsultan.

Syarat-syarat Kelayakan Agen Cilibangi 1. 2. 3. 4.

Warganegara Malaysia Berumur 18 tahun ke atas Mempunyai Akaun Facebook yang sah dan aktif. Mempunyai minat dalam Tanaman dan Tumbuh-tumbuhan.

Kit Permulaan Agen Cilibangi RM169.00 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran) Pakej mengandungi: 1. Yuran Perlesenan Harta Intelek UKM (Perlu Diperbaharui Setiap 1 Tahun iaitu RM50 sahaja ) 2. Kontrak Perjanjian Perlesenan 3. Duti Setem Kontrak Perjanjian 4. Kad Lesen Agen Cilibangi 5. Katalog Produk 6. Panduan Agen Cilibangi 7. Produk Cilibangi (Sebagai Contoh/Sampel) * Kos Penghantaran: Lembah Klang RM15.00; Semenanjung Malaysia RM25.00; Sabah& Sarawak RM50.00 *Bayaran boleh dibuat di atas nama SEROTECH SDN BHD Akaun CIMB : 12180011741054

Carta Alir Perlantikan Menjadi Agen Cilibangi SMS/WhatsApp Nama, No Tel, Email dan Lokasi ke 011-14342796

Serotech Sdn Bhd Menghantar kepada Pemohon: 1. Maklumat Pengenalan Agen Cilibangi 2. Borang Kontrak Perlesenan Agen Cilibangi

Pemohon Mengembalikan kepada Serotech Sdn Bhd; 1. Dua Salinan Borang Kontrak Perlesenan Yang Telah Lengkap Diisi. 2. Dua Salinan Kad Pengenalan Pemohon. 3. Dua Keping Gambar Pemohon Bersaiz Pasport. 4. Bukti Bayaran Pakej Agen Cilibangi Rm169.00 5. Bukti Bayaran Kos Penghantaran (Kadar Mengikut Lokasi Pemohon)

Serotech Sdn Bhd Menghantar Kepada Pemohon; 1. Satu Salinan Borang Kontrak Perlesenan Yang Telah Lengkap Ditandatangani Serta Duti Setem. 2. Dokumen Dan Barangan Yang Dinyatakan Dalam Pakej Agen Cilibangi

Agen Cilibangi Sudah Boleh Mula Melakukan Aktiviti Jualan


PRODUK TERBARU CILIBANGI

Cilibangi Seed Starter Kit RSP: RM36.90

Repellente I Repellente I Repellente I (Ready To Use) (Refill) (Concentrated) RSP: RM12.00 RSP: RM 10.00 RSP: RM15.00

Cilibangi 1 (Seeds -Mild Hot)

Cilibangi 2 (Seeds-Hot)

Cilibangi Mini Seed Starter Kit RSP: RM16.90

Repellente II (Ready To Use) RSP: RM12.00

Cilibangi 3 Cilibangi 5 (Seeds-Very Hot) (Seeds-Mild Hot)

Repellente II Repellente II (Refill) (Concentrated) RSP: RM10.00 RSP: RM20.00

CB Food Diet RSP: RM15.00

RSP: RM3.60 – RM19.60

Serotech Sdn Bhd (935220-W) Level 3, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603 8926 1238 Fax: +603 8926 9487 Email: info@serotech.com.my Website: www.serotech.com.my


Cili bangi maklumat agent  
Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you