Issuu on Google+

COM 3107 PENULISAN KREATIF SESI 2016/2017 TUGASAN KUMPULAN : ULASAN KARYA TAJUK BUKU/NOVEL : ‘TUAN DIREKTUR’ DITULIS OLEH DR. HAMKA JURUSAN : SARJANA MUDA TEKNOLOGI ALAM SEKITAR NO. KUMPULAN : K2 NAMA PENSYARAH : PUAN MARIATI BINTI MAT SALLEH @ MD NOR NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA

NO. MATRIK

NUR FARHANA BINTI YAAH

S43166

NORASYIDAH BINTI MD RAMLAN

S42924

NOR HANISA BINTI HASHIM

S42860

FATIN ADILAH BINTI MA’AMIN

S41829


‘TUAN DIREKTUR’ Buku „Tuan Direktur‟ mengisahkan kehidupan seorang ahli perniagaan yang lupa diri dan dia mempunyai sahabat yang banyak membantu ketika ingin memulakan perniagaan. Buku ini mengandungi 133 halaman dan mengandungi 12 bab yang memaparkan kisah masyarakat Indonesia antara masyarakat yang suka berniaga sama seperti masyarakat negara ini. Karya Tuan Direktur adalah kritikan murni dan ikhlas melalui sebuah pengisahan kehidupan realiti kepada golongan koprat, tokeytokey, ahli-ahli perniagaan yang tandus daripada nilai dan budi. Dengan itu, beliau mengkritik golongan ahli perniagaan yang mngejar kekayaan sehingga ketika sedang mengejar kekayaan itu, mereka tidak sedar yang mereka telah kehilangan sesuatu. Memang lumrah hidup, jika ada yang diperolehi, akan ada yang hilang. Katanya: “Sesungguhnya dunia ini tidak pernah cukup. Jika seseorang itu berlari

mengejar kekayaan wang, dalam tidak sedari dia telah miskin dalam perkara budi. Kalau

orang

berlari

mencari

sahabat

yang

akan

mengangkat-angkat

(menyanjungnya), dengan tidak sedar dia telah miskin dari sahabat yang sanggup untuk menunjuk menyantuninya. Dan kalau orang berlari mencari pergaulan dikalangan orang tingi-tingi, dengan sendirinya orang itu akan kehilangan teman dalam kalangan orang yang rendah-rendah.” Nasihat ini timbul apabila beliau melihat hampir kebanyakan pengurus-pengurus perniagaan ketika itu yang pada mulanya memang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, kemudian beransur untung dan maju, dan akhirnya mereka ini berjaya. Namun, didalam perjalanan menuju kejayaan tersebut, ramai pengurus melupakan nilai, persahabatan dan budi. Antara contoh yang diberi adalah „Tuan Direktur‟ yang memiliki perusahaan fabrik (kain). Lalu dia berazam untuk meluaskan lagi rangkaiannya dengan membina sebuah hotel di suatu daerah yang berpotensi. Sedangkan di tanah itu wujudnya orang-orang kampung yang kerjanya dan hidupnya kais pagi, makan pagi.


Dalam mengejar keuntungan itu. Tuan Direktur telah mencari helah bagaimana mahu mendapatkan tanah itu. Disogoknya dengan wang beribu-ribu kepada tuan tanah, sedangkan tuan tanah itu tetap tidak berganjak dari pendiriannya di tanah pusakanya. Dia dapat membezakan nilai tanah itu dengan nilai wang yang akan dibayar. Pengurus yang dilantik untuk membeli tanah itu diarah oleh Tuan Direktur agar menyelesaikannya. Namun, dia gagal atas ketegasan prinsip tuan tanah itu. Pengurus itu akhirnya dipecat dan ditinggalkan kerana gagal menyelesaikan masalah, dan gagal memberikan keuntungan kepada syarikatnya. Demikianlah situasi sesetengah ahli perniagaan, pecat, buang dan tinggalkan pekerja-pekerja yang tidak boleh membawa kemajuan dengan alasan bimbang syarikat akan ketinggalan, sedangkan belum menyelidiki masalah dan keperitan yang melanda pekerja itu sebenarnya. Nilai persahabatan Namun didalam perniagaan, kita akan diuji dengan nilai persahabatan. Disini, Dr. Hamka menegaskan bahawa jangan tertipu dengan sahabat dan kenalan. Di dalam perniagaan, sahabat yang banyak mengkritik lebih diperlukan berbanding yang selalu memuji. Yang selalu memuji adalah tukang ampu yang berkehendakkan hasil dan sesuatu daripada majikannya. Meskipun majikannya itu berbuat silap. Hakikatnya, bukan tidak boleh mengejar harta, tetapi menjadikan harta sebagai tujuan utama, itu merupakan satu kesilapan besar. Tidak ramai yang boleh berpegang dengan prinsip tatkala diuji dengan harta dan keuntungan. Mengejar harta itu boleh, tetapi janganlah ketika mengejarnya, kita meninggalkan nilai-nilai yang lebih berharga dari harta. Perbandingan watak Daripada buku Tuan Direktur, boleh kita bandingkan antara watak Tuan Direktur dengan Pak Yasin. Tuan Direktur bernama Jazuli adalah seorang peniaga yang keras hati daripada menjual emas kecil-kecilan kemudian telah berjaya membuka kedai emas yang besar di Kota Surabaya. Setelah mendapat kekayaan, sebagai seorang


manusia dia belum merasa cukup dengan apa yang ada. Selepas kekayaan, dia inginkan kehormatan. Selepas beroleh kehormatan, dia inginkan kemuliaan. Dahulunya, Jazuli seorang yang sederhana, rendah hati dan mempunyai sahabat yang sentiasa membantunya ketika susah. Tetapi kini, Jazuli hanya mengejar wang dan kehormatan. Kini, dia didekati kenalan yang hanya memuji, menyanjungnya, bertanam tebu di bibir sehingga Jazuli lupa kepada dirinya. Pak Yasin pula, tinggal di kampung di atas sebidang tanah miliknya. Di atas tanah tersebut, didirikan rumah petak kecil-kecil dan disewakan kepada orang-orang biasa yang terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil. Walaupun Pak Yasin tinggal berdekatan dengan orang-orang biasa, dia tidak pernah bertengkar atau berkelahi dengan mereka. Tambahan pula, sewa rumah yang dikenakan oleh Pak Yasin sangat rendah. Pak Yasin juga seorang yang pemurah dan ramah-tamah. Ada ketika, penyewanya ingin meminjam wang daripada Pak Yasin kerana miskin dan tidak cukup modal untuk perniagaan. Lalu, Pak Yasin bermurah hati memberi pinjaman wang. Disebabkan itu, Pak Yasin disegani dan dihormati oleh mereka semua. Antara nasihat yang diselitkan oleh Dr. Hamka di dalam novel ini yang terlibat dengan perniagaan adalah berbentuk: "Banyak orang yang aku lihat mencari harta

kerana katanya harta itu ialah suatu jalan untuk mencapai hidup. Tetapi setelah harta itu didapatinya dan terasa olehnya manisnya (harta itu), bukan lagi harta itu dipandangnya (sebagai) jalan, tetapi harta itulah dia berhenti hingga itu sahaja (tujuan hidupnya). Dan (hakikatnya) hidupnya yang sebenarnya dia (pun) tidak dapat merasainya.." Kesimpulannya, novel ini memberikan pengajaran kepada pembaca agar jangan tamak kepada dunia yang sebenarnya banyak menipu. Semua harta dunia adalah pura-pura untuk melalaikan manusia daripada tujuan sebenar hidup di bumi yang fana ini. Novel ini mempunyai banyak pengajaran dan hikmah yang boleh di ambil didalamnya.


Ulasan karya