Page 1

PENGURUSAN DALAM ISLAM Asmahan Mokhtar Nurshahiza Mohamad Isa Norni Abd Wahab

Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi


© Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any mean – electronics, mechanical, photocopying, recording or otherwise; without prior permission in writing from the :

Curriculum Development and Assessment Section, Curriculum Development and Career Training Division Department of Polytechnic Education, MOHE Galeria PjH, Aras 4, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Perpustakaan Negara

Cataloguing –in-Publication Data

Pengurusan Dalam Islam – Asmahan Mokhtar, Nurshahiza Mohamad Isa, Norni Abd Wahab ISBN 1. Islam 2. Pengurusan Islam


Pengurusan Dalam Islam

Editorial Editor

Pn. Yusma bt. Yusof Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

En. Yusni b. MohamadYusak Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Pn. Suzianah bt. Sahar Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya Jabatan Pengajian Politeknik, KPT

Penulis

Pn. Asmahan bt. Mokhtar Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Pn. Nurshahiza bt. Mohamad Isa Politeknik Seberang Perai (PSP) Norni bt. Abd Wahab Politeknik Kota Kinabalu (PKK)

AA204


Bab - 1 Konsep Pengurusan Islam Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP) Norni bt. Abd Wahab (PKK)


Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 1

KONSEP PENGURUSAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS: Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 1.

1.1

Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

Memahami konsep pengurusan Islam Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.

1.1.1 Pengertian pengurusan dan pentadbiran 1.1.1.1

Pengurusan

Pengurusan

merupakan

satu

proses

sosial

selaras

dengan

perkembangan manusia dan komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara

5


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Urusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi 3 elemen utama iaitu : i.

Pengurus

ii.

Organisasi

iii.

Tatacara atau garis panduan pengurusan.

Definisi pengurusan seperti yang telah dinyatakan menjelaskan beberapa sebab pengurusan amat perlu dalam sesebuah organisasi. Antara keperluan pengurusan termasuklah :



Tanpa pengurusan, sesebuah organisasi

tidak mungkin dapat beroperasi

dengan lancar dan bersistematik. 

Pengurusan perlu supaya kerja yang sepatutnya dapat dilaksanakan dengan cekap dan pantas.



Pengurusan dapat membantu sesebuah organisasi mencapai objektif yang dikehendaki.



Pengurusan perlu bagi membolehkan organisasi menangani perubahan.



Pengurusan sebagai tuntutan fardhu kifayah ke arah mencapai al-falah.

6


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Proses Pengurusan Satu cara untuk mengetahui proses pengurusan adalah dengan mengenalpasti fungsi-fungsi asas yang bersama-sama mewujudkan proses tersebut. Fungsi ini merupakan asas bagi aktiviti pengurusan pada setiap peringkat pengurusan.

Ramalan dan Perancangan

Pengelolaan

Arahan

Penyelarasan

Kawalan

Pengurus melihat masa depan dan membuat keputusan berhubung atau berdasarkan tindakan yang akan diambil. Pengurus mengumpul yang berkaitan dalam tersendiri, kemudian ahli-ahli dan menetapkan tugas tersebut.

kerja-kerja kelompok menyusun seterusnya ahli-ahli

Pengurus memberi arahan dan panduan untuk memastikan kerja dapat dibuat dengan cekap dan sempurna. Pengurus menyatukan segala usaha dan aktiviti yang dikira penting serta memastikan segala aktiviti berjalan sesuai dengan rancangan yang telah ditetapkan. Pengurus membuat pemeriksaan dan penyeliaan yang berterusan tentang pelaksanaan rancangan dan memastikan tindakan yang diambil tepat.

7


Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.1.2 Pentadbiran Asas sesebuah pentadbiran adalah untuk mencapai matlamat organisasi melalui kakitangannya yang cekap, amanah, setia, dedikasi dan berkesan. Dalam melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan keseluruhannya pengurusan, kepimpinan, pengambilan keputusan, perhubungan manusia dan kelengkapan kerja membentuk satu sistem pentadbiran.

Definisi Pentadbiran Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lainlain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus

atau

bertindak

sebagai

ejen

dalam

hal-ehwal

fungsi

pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.

8


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dr. S.P Siagian mengklasifikasikan proses pentadbiran kepada tujuh peringkat kegiatan iaitu: Penentuan tujuan yang hendak dicapai, dimana sifat, skop dan bentuk tujuan itu akan menentukan kegiatan yang seterusnya

Perumusan tugas yang hendak dilaksanakan, dimana mencakupi tujuan akhir, strategi perlaksanaan dan taktik yang hendak digunakan. Perumusan polisi, dimana pimpinan organisasi bertanggungjawab untuk merumuskan polisi-polisi tertentu sebagai langkah awal kearah perlaksanaan

Pengambilan keputusan, di mana ia merupakan satu proses yang penting dalam pentadbiran.

Perlaksanaan melalui keputusan organisasi membolehkan tindakan selanjutnya dilaksanakan, atau dengan kata lain dipanggil fungsi pengurusan seperti perancangan, pengendalian, motivasi dan sebagainya.

Penilaian semula atau bedah siasat (post mortem), membolehkan pengukuran dan perbandingan daripada hasil kegiatan operasi yang dicapai dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan sebelumnya

Pengawasan melalui pembinaan dan penggunaan sistem maklum balas, di mana merupakan satu proses pengolahan hasil penilaian bagi memperbaiki dan membentuk satu proses pentadbiran yang lain seperti perumusan kembali perjalanan organisasi, perumusan polisi baru, perancangan semula, memperbaiki sistem pengurusan dan sebagainya.

9


Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.2 Menjelaskan peranan tauhid sebagai asas pengurusan Pengenalan Islam adalah sebagai satu cara hidup. Maka dengan itu, ianya tidak dapat dipisahkan dengan paksi Islam itu sendiri iaitu tauhid. Melalui ‘roh tauhid’ inilah masyarakat jahiliah Arab bangkit daripada kehidupan yang penuh kesesatan dan kejahilan kepada satu bangsa yang agung dan hebat pada satu ketika dahulu.

Konsep Tauhid Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan atau pentadbiran Islam semestinya berteraskan kepada konsep tauhid. Tauhid merupakan intipati ajaran Islam. Maka, tauhid bermakna hanya Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian makhlukNya. Konsep tauhid mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Keesaan Allah SWT bukan hanya sebagai konsep metafizika tetapi lebih merupakan doktrin yang dinamik dan revolusioner. Ini bermakna setiap manusia adalah makhluk Allah SWT. Konsep ini meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta, sementara manusia telah ‘dilantik’ sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

10


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Manusia tidak boleh mengagung-agungkan inovasiinovasi manusia berupa perundangan, adat-istiadat, teori-teori dan falsafah-falsafah yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. (Jiwa Mohd.Isa (1998). "Konsep Pengurusan dari Perspektif Islam”.Jurnal Produktiviti,5) Secara idealnya pula, seseorang itu tidak harus tunduk atau menurut perintah ketuanya ataupun mana-mana pihak sekiranya perintah tersebut jelas berlawanan dengan prinsip-prinsip Islam.

Sesama Manusia (Hablun Minannas)

Penciptanya (Hablun Minallah)

Konsep tauhid bertujuan untuk menjalinkan ikatan di antara manusia dengan :

Menyeru manusia memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kerjasama antara mereka bagi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Hubungan di antara manusia sesama manusia hendaklah berlandaskan kepada nilai-nilai persaudaraan, toleransi, kasih sayang, persefahaman dan keadilan. Jika nilai-nilai ini diabaikan, masyarakat akan menjadi kucar-kacir, dipenuhi dengan syak wasangka,permusuhan dan perbalahan

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan makna dan intipati tauhid ini dengan sebenarnya.

1. Tujuan Penciptaan Manusia

“ Dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku (Allah) SWT.” (Az-Zariyat : 56)

2. Mendapat Keredhaan Allah SWT

“…Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan daripada Allah dan Rasulnya, sekiranya mereka adalah daripada orang yang beriman.” (At-Taubah ; 62)

11


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Implikasi Tauhid Terhadap Pengurusan Sekiranya semangat tauhid dengan kalimah la ilaha illallah ini dijiwai oleh individu muslim dengan sepenuhnya, maka ia akan memberi implikasi yang mendalam kepada kehidupan sehariannya. Secara khususnya, penghayatan konsep tauhid akan memberikan lapan kesan utama terhadap minda, sikap dan perlakuan seseorang muslim. Ini kita hubungkaitkan dengan implikasinya terhadap bidang pentadbiran atau pengurusan seperti berikut :

12


Pengurusan Dalam Islam

AA204

1. Individu muslim akan bersikap terbuka, tidak jumud dan sempit fikirannya. Dari sudut pengurusan, dia akan menjadi seorang pekerja yang beramanah, cekap dan berdisiplin. Dia melihat organisasi sebagai satu unit kecil daripada sistem alam semesta yang tujuan akhirnya adalah untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. 2. Melahirkan insan yang mempunyai harga diri (self-respect) dan keyakinan diri (selfesteem) yang paling tinggi. Dalam organisasi , individu seperti ini akan berani memperkatakan sesuatu yang hak dan benar,walaupun ini boleh menjejas kedudukannya. Walaupun demikian, sekiranya ini perlu dilakukan di hadapan seorang ketua, ia hendaklah dilakukan dengan cara yang hikmah. 3. Menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri dan tawaduk. Ia tidak bersikap sombong, angkuh dan bongkak walaupun mempunyai kuasa atau autoriti dalam organisasi. Sikap pekerja atau pengurus seperti ini akan dapat membentuk budaya kerja yang dicirikan oleh semangat hormatmenghormati, prihatin dan tolongmenolong di antara satu sama lain. 4. Konsep tauhid akan menjadikannya manusia itu orang yang soleh, berani dan berdiri tegak dalam kebenaran. Individu tersebut percaya dia tidak akan menempah kejayaan melainkan dia mengikut perintah Allah SWT. Keyakinan seperti ini sudah tentunya akan menjadikan seseorang pekarja atau pengurus itu mengamalkan nilai-nilai murni, amanah dalam tanggungjawab dan rajin serta cekap menjalankan tugas.

13


Pengurusan Dalam Islam

AA204

5. Tidak akan mudah putus asa apabila berlakunya musibah ataupun kegagalan

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman dan kesungguhan yang tinggi.

7. Mewujudkan sikap aman, redha dan menghakiskan sikap dengki, tamak haloba dan iri hati.

8. Membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Pendekatan yang bersepadu dalam pengurusan semestinya berteraskan konsep tauhid. Konsep tauhid ini mencerminkan pandangan dunia dan alam yang bersepadu. Allah SWT sebagai Tuhan sekalian alam dan Maha Berkuasa ke atas sekalian mahluk-Nya. Oleh itu sebarang usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam hendaklah berteraskan kepada konsep tauhid tersebut. Seandainya semangat tauhid ini dijiwai dan dipraktikkan oleh individu Islam dengan sebenar-benarnya, maka sudah semestinya ianya akan menghasilkan implikasi dan impak yang sangat hebat dalam kehidupan seharian.

14


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Implikasi yang boleh dikaitkan dengan pentadbiran ialah :

1. Individu muslim akan bersifat terbuka, tidak jumud dan sempit

pemikirannya.

2. Konsep tauhid akan melahirkan insan yang ada harga diri dan keyakinan diri yang begitu tinggi.

3. Semangat tauhid menjana insan yang mempunyai rasa rendah diri.

4. Pegangan konsep tauhid akan menjadikan manusia itu orang yang soleh, berani bertindak dan berdiri tegak dengan kebenaran.

5. Orang yang beriman tidak mudah putus asa apabila ditimpa kegagalan.

6. Semangat tauhid membina insan yang mempunyai tahap kesabaran, keazaman, dan kesungguhan yang tinggi.

7. Semangat tauhid mewujudkan sikap aman, reda dan menghakis sikap tamak, haloba dan dengki.

8. Konsep tauhid membuatkan manusia patuh kepada peraturan-peraturan Allah.

15


Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.3 Menerangkan konsep al-istikhlaf.

Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang amanahNya untuk mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus dunia.

Prinsip istikhlaf ialah satu ketetapan Ilahi yang diperuntukkan kepada manusia sejak awal kejadian iaitu semasa Nabi Allah Adam diciptakan. Manusia dipilih oleh Allah untuk diberi kepercayaan dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain iaitu untuk memikul tugas membangun dan memakmurkan dunia. Dari prinsip istikhlaf inilah berpaksinya sistem kerana bermula dari titik inilah manusia ditetapkan dengan tanggungjawab mengurus segala isi kandungannya. Ianya adalah termasuk manusia itu sendiri, segala sumber kekayaan alam dan segala pemberian serta kemurahan Ilahi dalam bentuk ilmu termasuk sains dan teknologi. Berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “Bagi Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi�. Terjemahan Surah al-Maidah : 17. Oleh itu manusia bertanggungjawab menjaga, mengolah, mengguna dan mengagihkan harta yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang memerlukannya.

16


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Secara terperincinya boleh dijelaskan seperti berikut :-

i)

Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.

Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T dalam keadaan keadaan yang baik. Dengan kewajipan ini, aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri dan orang lain, kerosakan kepada alam sekitar, pembaziran dan pemborosan, pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang seumpama ini adalah dilarang. Status manusia dalam konteks ini diciptakan untuk menjaga kurniaan Allah S.W.T dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya. Tentang kedudukan manusia sebagai khalifah ini, Allah berfirman yang bermaksud :

“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikannya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-An’am ayat 165)

ii) Memakmurkan bumi Umat Islam mestilah berusaha untuk melakukan kebaikan, menambah pengeluaran, mempertingkatkan kidmat bakti kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan pertumbuhan. Tentang peranan ini, al-Quran menjelaskan dalam surah Huud ayat 61 yang bermaksud : “Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu sebagai pemakmurnya”. Falsafah ini jelas mengikat manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.

17


Pengurusan Dalam Islam

AA204

1.1.4 Membandingkan Pengurusan Islam dan Barat

Teras Pengurusan

Pengurusan Islam

Berdasarkan paradigm tauhid yang menekankan keseimbangan dan kesepaduan antara tuntutan keduniaan dan akhirat

Pengurusan Barat

Tidak berteraskan prinsip agama, malahan bersifat dualism dalam banyak hal

Matlamat

Pengurusan Islam

Keuntungan dan tanggungjawab sosial membawa kepada kebaikan hidup individu,organisasi, Negara dan ummah secara menyeluruh

Pengurusan Barat

Memaksimumkan keuntungan untuk kebaikandiri, organisasi serta negara dari sudut kebendaan dan keduniaan sematamata

Fungsi Individu

Pengurusan Islam

Sebagai hamba Allah dan juga khalifahNya di bumi ini.

Pengurusan Barat

Mengabdikan diri kepada ketua dan organisasi

18


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Sistem Ganjaran

Pengurusan Islam

Upah yang setimpal di samping mengambil kira persoalan dosa dan pahala yang bersifat lahiriah dankerohanian

Pengurusan Barat

Bersifat lahiriah keduniaan yang bersifat jangka pendek

Falsafah Bekerja

Pengurusan Islam

Berlandaskan niat yang ikhlas dan menjadikan bekerja sebagai satu ibadah dengan segala implikasinya

Pengurusan Barat

Bekerja untuk mendapat kepuasan kebendaan,untuk kehidupan dan kepuasan diri sematamata.

Motivasi bekerja

Pengurusan Islam

Didorong untuk mendapat keredhaan Allah selain daripada untuk memenuhi tuntutan majikan

Pengurusan Barat

Lebih didorong oleh faktor kebendaan dan pengiktirafan majikan

Ukuran Prestasi

Pengurusan Islam

Berdasarkan dimensi ekonomi, kerohanian dan juga tanggungjawab sosial

Pengurusan Barat

Lebih berdasarkan dimensi ekonomi dan kebendaan

19


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Sumber

Pengurusan Islam

Wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah

Pengurusan Barat

Sentiasa berubah dan amat bergantung kepada dorongan suasana dan tuntutan semasa

Etika Kerja

Pengurusan Islam

Berasas kepada akhlak atau etika Islam yang abadi

Pengurusan Barat

Berubah-ubah mengikut norma dan nilai masyarakat yang berubah

Penekanan

Pengurusan Islam

Membina peribadi dan akhlak insan

Pengurusan Barat

Menekankan ilmu dan kemahiran sehingga meremehkan soal akhlak

Kaitan dengan agama

Pengurusan Islam

Terikat dengan hukum hakam agama terutama dalam membuat keputusan dan membentuk budaya.

Pengurusan Barat

Tiada kaitan langsung dengan hukum hakam dalam amalan pengurusan.Ini kerana agama menurut mereka hanyalah urusan peribadi.

20


Pengurusan Dalam Islam

1.1.5

Membincangkan

contoh

model

pengurusan

AA204

zaman

Rasulullah s.a.w. Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemnya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasulullah yang dilantik dan sudah tentulah Baginda s.a.w menjadi contoh yang terbaik kepada manusia

dalam menguruskan urusan duniawi

mahupun ukhrawi.

Rasulullah SAW sebagai pemimpin tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi maka wajar dijadikan uswah hasanah (contoh tauladan). Gaya kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang.

Pengurusan Rasulullah SAW telah melalui dua era yang berlainan iaitu : i.

Era Mekah

ii.

Era Madinah.

21


Pengurusan Dalam Islam

AA204

ERA MEKAH A.

PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENYEBARAN DAKWAH

Dakwah Secara Rahsia

Peringkat dakwah secara rahsia telah berjalan selama 3 tahun di Mekah. Dakwah telah disampaikan kepada orang-orang yang paling dekat hubungannya dengan Nabi Muhammad SAW, iaitu di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai Baginda SAW. Pada hari pertama dakwah, seramai 4 orang telah memeluk Islam. Mereka ialah :i.

Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda)

ii.

Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda)

iii.

Ali bin Abu Talib (sepupu Baginda, beliau masih kanak-kanak dan di bawah jagaan Baginda)

iv.

Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda)

Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga bilangannya melebihi 40 orang. Walau bagaimanapun, berlaku perselisihan berkaitan bilangan mereka di kalangan para ulama. Golongan yang terawal memeluk Islam digelar sebagai al-Sabiqun al-Awwalun. Antara perintah awal yang diturunkan ilah perintah mendirikan solat. Sepanjang tempoh rahsia ini, terbentuk persaudaraan akrab di kalangan orang yang memeluk Islam. Setelah hampir 3 tahun, orang-orang Quraisyh Mekah mula mengetahui dakwah sulit itu. Walaupun pada awalnya mereka tidak mempedulikan, namun mereka tetap menghantar orang untuk mengintip untuk mengetahui hasil dakwah Nabi Muhammad SAW.

22


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dakwah Secara Terbuka 1. Terus terang kepada Kaum Kerabat Dakwah secara terbuka berlaku pada tahun ke -4 kenabian Baginda SAW. Ayat pertama yang turun berkenaan hal ini ilaha ayat 214 dari surah Asy-Shu’ara’ :

Ertinya : Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

Usaha dakwah secara terbuka kepada kaum kerabat dapat dibahagikan kepada beberapa langkah :

1. Memanggil Bani Hashim. Turut serta ialah Bani alMuttalib bin 'Abd Manaf. Sebelum Nabi SAW berucap, Abu Lahab terlebih dahulu memberikan ucapan dengan meremehkan Nabi SAW.

2. Baginda memanggil mereka kali kedua. Kali ini, Abu Talib telah mengatakan bahawa sokongan akan diberikan terhadap apa yang diucapkan oleh Nabi SAW.

23


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Selesai Nabi Muhammad SAW berucap, Abu Lahab telah menjerit, “ Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?� Kemudian turunlah ayat dari surah Al-Masad bagi mencela perbuatan Abu Lahab tersebut. 2. Terus terang kepada orang ramai (umum) Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah SAW setelah turunnya perintah Allah di dalam Surah al-Hjir ayat 94 :

Ertinya : Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin.

Apabila turun ayat ini, Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesarpembesar Quraisy menghadiri perjumpaan (rapat umum) di kaki bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT. Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai penyeksaan. Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pemgikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

B.

PENGURUSAN RASULULLAH SAW DARI SEGI PENDIDIKAN

Perutusan Nabi Muhammmad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan. Pendidikan

bersepadu telah

diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu. Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang mendasarinya.

24


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca. Namun pandangan Rasulullah SAW terhadap perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya apabila memberi pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk menebus diri dengan mengajar 10 orang kanakkanak Islam Madinah membaca dan menulis. Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh dengan membuat perancangan terhadap pendidikan masyarakat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya. Contoh-contoh perancangan Baginda SAW Dalam Bidang Pendidikan

25


Pengurusan Dalam Islam

Menyamp aikan ilmu Pendidika n Islam

•Rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam merupakan Pendidikan Islam yang pertama, iaitu pada tahun 610 M. Galakan Rasulullah SAW kepada umat Islam supaya menguasai berbagai ilmu pengetahuan bukan sekadar kata-kata dalam bentuk sabda dan teori sahaja, malahan diperlihatkannya menerusi amalan. Baginda tidak henti-henti menyampaikan ilmu Allah itu sama ada di rumahnya, di rumah sahabat , di masjid mahupun di tempat-tempat perhimpunan. Baginda SAW sekali-kali tidak mengizinkan individu dan masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan buta huruf.

Perintahka n sahabat belajar menulis

•Baginda menyuruh agar setiap seorang memberi pelajaran kepada keluarganya. Pada zaman permulaan itu, umat Islam hanyalah mengambil berat tentang hukum-hukum agama daripada Al-Quran dan tafsirnya, hadis dan hal-hal mengenai periwayatan hadis serta bagaimana menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara dan masalah yang baru berlaku dari satu masa ke satu masa.

Galakan kepada kaum perempua n untuk menuntut ilmu

•Rasulullah SAW amat-amat menggalakkan kaum perempuan supaya samasama menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai contoh Baginda pernah mengundang Shafah Al-Adawiyah mengajar isterinya Sayyidah Hafsah menulis dan membaca. Galakan Rasulullah itu kemudiannya menghasilkan bilangan umat Islam yang ramai tahu membaca dan menulis sama ada lelaki atau perempuan.

AA204

C. PERANCANGAN RASULULLAH SEBELUM BERHIJRAH Sebelum berhijrah, beberapa perancangan dan penyusunan kerja telah dilakukan oleh Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar iaitu : i.

Mengupah Abdullah bin Arqat sebagai penunjuk jalan. Beliau bukan seorang yang beragama Islam.

ii. Memberi tanggungjawab kepada anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah bin Abu Bakar supaya tinggal di Mekah pada siang hari untuk merisik hal ehwal puak Quraisy setelah Rasulullah dan Sayyidina Abu Bakar keluar dari rumah mereka. Pada sebelah malam, Abdullah pergi berjumpa mereka berdua untuk member perkhabaran tentang orang Quraish.

26


Pengurusan Dalam Islam

AA204

iii. Memberi tanggungjawab kepada pengembala ternakan, iaitu ‘Amir bin Quhairah supaya membawa ternakannya ke tempat persembunyian mereka bagi menghilangkan kesan tapak kaki mereka pada siang hari dan memberikan mereka minum susu pada waktu malam. Contoh di atas membuktikan bahawa perancangan dan pengurusan adalah perkara yang amat penting dalam Islam.

ERA MADINAH Madinah adalah merupakan sebuah kota yang mempunyai masyarakat majmuk, yang terdiri daripada etnik Arab dan etnik Yahudi. Orang Yahudi terdiri daripada tiga kabilah, iaitu Qainuqa’, al-Nadir dan Quraizah. Antara kabilah-kabilah ini tidak aman kerana adanya perbalahan dan rebutan antara mereka. Manakala di kalangan orang Arab pula terdiri daripada beberapa suku kaum, seperti Khazraj dan Aus. Keadaan mereka sentiasa bermusuhan, sama ada antara etnik dan kabilah atau suku kaum. Orang Arab Madinah samalah dengan orang Arab lain, menganuti kepercayaan keberhalaan, memuja dan menyembah patung-patung berhala. Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah SAW membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah. Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

27


Pengurusan Dalam Islam

Membina masjid

•Baginda telah membeli sebidang tanah untuk tapak masjid dengan harga sepuluh dinar yang dipungut daripada derma ikhlas para sahabat. Masjid ini dibina supaya ia menjadi sebuah parlimen untuk menyatupadukan ummah, sebuah universiti bagi mengajar soal-soal keagamaan dan keduniaan, sebuah mahkamah untuk kehakiman, sebuah rumah tumpangan bagi pengembara dan tempat di mana solat didirikan secara berjemaah.

Program Keluarga angkat

•Program keluarga angkat yang diamalkan pada masa kini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Islam semenjak 14 abad yang lampau. Ia mencerminkan satu pengurusan yang bervisi yang mempunyai kesan jangka panjang dalam menjayakan sesuatu kempen kemasyarakatan. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi SAW ialah menjalinkan kemesraan antara golongan Muhajirin dan Ansar di mana setiap orang daripada Muhajirin akan mengambil seorang saudara angkat daripada Ansar.

Perjanjian dengan Yahudi

AA204

•Rasulullah SAW membuat perjanjian bertulis dengan yahudi. Dalam perjanjian tersebut diakui dan ditetapkan bahwa setiap golongan memiliki hak yang sama serta mempunyai kebebasan menjalankan syariat agamanya masing- masing dengan dasar saling menghormati dan menghargai. Setiap golongan wajib menjaga dan memelihara utuhnya kedaulatan kota madinah serta bersedia menjadi pembela yang setia jika terjadi ancaman dan serangan musuh dari luar kota.Mereka akan menjadikan kota madinah sebagai Madinatul haram atau kota suci yang harus terpelihara kesuciannya.

Aspek-aspek Utama Piagam Madinah Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa-apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.

28


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.

Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad. Hal ini menunjukkan pencapaian besar Rasulullah SAW dalam pelaksanaan hijrah dan mengubah landskap akidah, undang-undang dan akhlak masyarakat jahiliah adalah kerana kecemerlangan perancangan yang strategik. Rasulullah SAW menyedari walaupun Islam baru bertapak di Makkah, tetapi ia memiliki kekuatan untuk membina masa depan manusia selari dengan standard piawaian yang ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, kepimpinan Rasulullah dalam merancang dan menguruskan pentadbiran perlu dicontohi bagi melahirkan sistem pengurusan yang terancang dan sistematik.

RUJUKAN Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur: Darul Fikir. (ISBN 9830420132) Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

29


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Kedah: Universiti Utara Malaysia Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir). Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8) Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd.

30


Bab - 2 Objektif Dan Prinsip Pengurusan Islam Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP) Norni bt. Abd Wahab (PKK)


Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 2

OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan konsep dan objektif pengurusan Islam. (CLO 1)

Objektif Pengurusan Islam Sebagai sistem pengurusan, sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif yang tersendiri. Objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting. Di antara kepentingan objektif termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011) 1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai. Ia menjadi garis panduan yang hendak dituju oleh sesebuah organisasi 2. Dengan adanya objektif yang jelas, membolehkan segala sumber yang ada serta segala usaha dapat digerakkan kea rah pencapaian objektfif yang telah digariskan.

3. Melalui objektif juga membolehkan perancangan dilaksanakan

dengan sebaik mungkin dengan mengambilkira realiti masa kini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan .

4. Di samping itu, objektif juga membolehkan pengukuran dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian diperolehi. Ia akan mengenalpasti masalah dan cabaran pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah datang.

dapat yang serta yang

32


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari dari matlamat umum syari’ah Islamiah iaitu: (Rasid Muhamad : 2011)

a Menjaga keselamatan agama Menjaga keselamata agama merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan ia berkait rapat dengan soal akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan

b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)

Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah:

Bermaksud:

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.� (al-Maidah:32)

33


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Keterangan ayat di atas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di lapangan perlu dititikberatkan. Segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindarkan.

c. Menjaga keselamatan akal

Menjaga akal dan pemikiran merupakan di antara matlamat syariah Islam. Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Ia juga merupakan keistimewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan. Oleh itu, segala bentuk unsur yang boleh merosakkan akal adalah dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia

Ini berdasarkan firman Allah:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya

kamu berjaya.� al-Maidah:90

34


Pengurusan Dalam Islam

AA204

d. Menjaga keselamatan Maruah

Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali.

Ini sejajar dengan firman Allah :

Bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).� al-Isra’:32

Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu, organisasi dapat dillihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya di kalangan masyarakat.

35


Pengurusan Dalam Islam

AA204

e. Menjaga keselamatan harta Menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid alsyariah. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:

Bermaksud:

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.�(al-Maidah:38)

Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yang dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru itu, setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku pemborosan. Warga organisasi hendaklah memastikan diri mereka memperolehi harta yang halal dan menjauhinya daripada mendapatkannya dengan cara yang salah seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. Segala amalan yang baik tersebut perlu dijadikan

budaya di kalangan warga organisasi. Dengan itu,

pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah. (Rasid Muhamad : 2011) Oleh itu bagi mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan di dalam sesebuah organisasi, perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.

36


Pengurusan Dalam Islam

AA204

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam (CLO 2)

Prinsip Pengurusan Islam Pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada “kerajaan Islam” atau pemerintahan Islam. Oleh itu, prinsip sebuah “Negara Islam.” Secara umumnya ia melibatkan prinsip-prinsip berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

a. Al-Ubudiyyah

Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseoang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri kepada Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya.

(Ahmad

Ibrahim : 1991)

37


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Firman Allah :

Bermaksud : “Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada Ku. Allah memilikki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah� (an-Nahl: Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim : 1991) 1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid sematamata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja sama ada di kebun, di tempat-tempat perniagaan kerana semua perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri dengan Allah.

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.

38


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Firman Allah Bermaksud:

“Bukankah Aku Tuhan kamu?” Maka jawab ruh: “Ya, kami bersaksi supaya Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini”. (al-A’raf :172) Firman Allah :

Bermaksud: “(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka: “adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih memuji dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah: 30)

Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya sebagai punca rezki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah.

(Ahmad

Ibrahim : 1991) Firman Allah yang bermaksud : “Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi sertra memakmurkan kamu di dalamnya.”

(Hud: 61)

39


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut. Di antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah. Ini akan menjadikan matlamatnya adalah sesuatu yang sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.

2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiah kepada Allah . Ini menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap konsep ‘matlamat menghalalkan cara.’

3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud budaya yang bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.

40


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberi kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini menjadikan mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi.

Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan

2.

setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan

menjaga

adab

dan

syarat-syaratnya.

Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang positif di dalam organisasi.

3.

Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan

menyumbang

ke

arah

pengurusan

dan

mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif seperti rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya

4.

tindakitu,

Agama menjadi unsur utama dalam menetukan tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Dengan seluruh warga organisasi dapat menjadikan agama sebagai

penentu

nilai

perkembangan organisasi

utama

dalam

kegiatan

41


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.

b. Al-Syura

Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang ke dua. Kepentingannya ditegaskan dengan nyata di dalam al-Qur’an dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat. Ia juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Antara kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah: 1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal , keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang.

2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam

3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.

4. Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai

42


Pengurusan Dalam Islam

.

5.

AA204

Syura akan meningkatkan komitmen pekrja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.

6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila mereka diajak berbincang dan membuat keputusan bersama.

Oleh kerana syura merupakan perkara penting dalam pengurusan, maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Seorang yang pintar atau bijaksana, berpandangan jauh dan berhati suci. 2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan. 3. Seorang yang jujur dan bertaqwa. . 4. Seorang yang tidak pengecut, tidak kedekut dan tidak tamak. 5. Seorang yang adil. 6. Seorang yang berilmu dan terpelajar. 7. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah

43


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Menurut Dr.Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi melibatkan perkara-perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011)

1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi. 2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah. 3. Meluluskan program-program kewangan 4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memkirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi. 5. Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu. 6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar 7. Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan organisasi. 8. Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syara.

c.

Al-Hurriyah

Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah s.w.t.. (Rasid Muhamad : 2011)

Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan melibatkan perkara-perkara berikut:

1.Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti. 2.Kebebasan berfikir. 3.Kebebasan bersuara. 4.Kebebasan memiliki dan mencari harta. 5.Kebebasan untuk menuntut ilmu. 6.Kebebasan bergerak.

44


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Kebebasan dalam Islam dijamin untuk setiap individu, dengan mengambilkira beberapa perkara berikut:

1. Ianya tidak mengganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam Islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan.

2. Tidak mengganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.

3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.

Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks sebuah organisasi, kebebasan melambangkan penghargaan Iwslam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti, serta keterbukaan yang dianjurkan oleh Islam yang akan menyumbang kea rah kebaikan dan kecemrlangan organisasi.

45


Pengurusan Dalam Islam

AA204

d. Al-Musawah

Al-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam Islam. Persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Hanya yang

membezakan setiap manusia itu dengan manusia yang lain ialah amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan.

Firman Allah:

Bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersukupuak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(al-Hujurat:13)

46


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Pelaksanaan musawah atau persamaan di dalam organisasi melibatkan beberapa perkara berikut: (Rasid Muhamad : 2011) 1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.

2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta citarasa yang tersendiri.

3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama.

4. Pembahagian tugas hendaklah mengambilkira aspek kemanusiaan dan persamaan.

Al-Musawah merupakan prinsip pengurusan Islam yang melambangkan kesejagatan Islam dan sistemnya. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya. Tetapi ia dibina atas dasar persamaan, yang mana dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan yang sama untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi.

47


Pengurusan Dalam Islam

AA204

PRINSIP OPERASI 2.3.1 MEMBINCANGKAN PRINSIP OPERASI Prinsip-prinsip asas pengurusan Islam iaitu amanah, syura dan keadilan merupakan perkara penting yang perlu dipraktikkan dalam kerja pengurusan seseorang pengurus. Untuk membantu kejayaan pengurus menguruskan pekerja dengan berkesan dan bertepatan dengan kehendak Islam, maka seseorang pengurus perlulah mengurus pekerja dengan berpandukan prinsip-prinsip operasi pengurusan Islam.

Prinsip operasi merupakan prinsip sejagat yang dalam hal ini terdapat juga sebahagian daripada prinsip ini juga dipraktis dalam pengurusan moden. Pengurusan Islam telah memperluas prinsip operasi ini dengan menambah beberapa prinsip tersendiri yang membezakannya dengan pengurusan moden. Prinsip-prinsip operasi ini penting bagi membolehkan pengurus melaksanakan kerja-kerja pengurusan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam. (Pengurusan Di Malaysia dari Perspektif Islam – Azman Che Omar)

2.3.2 MENGHURAIKAN KETAATAN KEPADA ORGANISASI PENGENALAN Menurut perspektif Islam, kehidupan manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi. Contohnya, umat Islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua (imam). Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Begitulah juga dengan amalan lain, yang menunjukkan betapa pentingnya hidup berorganisasi. Oleh itu, jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini merupakan ciri penting dalam masyarakat manusia yang bertamadun.

48


Pengurusan Dalam Islam

AA204

DEFINISI ORGANISASI Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.

KETAATAN KEPADA ORGANISASI

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.

Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.

Meskipun begitu, terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bersama bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima iaitu :

1

• arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut.

2

• kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.

3

• kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.

49


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t :

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)

Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat. Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinayatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :

“Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua)

bererti ia melanggari perintahku�. (Riwayat Muslim)

50


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud :

“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang atau kurang disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu�. (Riwayat Muslim)

Ketaatan kepada arahan pemimpin merangkumi seluruh bidang arahan, selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai dan dasar yang ditentukan oleh Allah SWT dan rasulNya. Dalam hal ini Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda yang bermaksud :

“Kewajipan seorang muslim itu mendengar dan taat dalam perkara yang disukai atau tidak disukai, selama mana ia tidak disuruh melakukan maksiat. Jikalau disuruh untuk mengerjakan maksiat maka tiada adalah menjadi kewajipan untuk didengar dan ditaati�. (Riwayat Muslim)

Kepentingan prinsip ketaatan dalam sesebuah organisasi amat jelas. Melaluinya seseorang pemimpin dapat menggunakan arahannya untuk membawa organisasi ke arah kecemerlangan. Dengan adanya ketaatan ia akan mendisiplinkan warga organisasi agar akur dan menurut segala arahan yang melibatkan kegiatan organisasi, samada ia disukai ataupun tidak selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

51


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.

Kesetiaan kepada organisasi

Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH : 1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya. 2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya. 3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing. 4. Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa

Kepatuhan kepada disiplin

1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan

operasi organisasi berjalan dengan lancar. 2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya. 3. Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya. 4. Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

52


Pengurusan Dalam Islam

AA204

CIRI-CIRI ORGANISASI Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. 2.3.3 PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada

53


Pengurusan Dalam Islam

AA204

pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi mebolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa samada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka. Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin adalah juga manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya amalanpenyerahan kuas ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Ini akan lebih mendorong seseorang yang diserahi tanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT Amalan penyerahan kuasa yang menjadi amalan Rasulullah SAW telah diwarisi pula oleh para sahabat. Mohd Kurd Ali mengatakan :

Cara pentadbiran Umar adalah sama seperti cara yang dilakukan oleh sahabatnya, Abu Bakar iaitu memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan

pentadbiran

tempatan,

permasalahan

awam

dan

mereka

juga

bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutup atau dalam keadaan terbuka.

54


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang dicita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

3.2.3 MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku di antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. Allah berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan. (al-Nahl : 97) ďƒ´ď€¨

55


Pengurusan Dalam Islam

AA204

PEMBAHAGIAN GANJARAN

PEMBAHAGIAN GANJARAN

Ekstrinsik Ganjaran kewangan upah dan bonus

seperti

Instrinsik kenaikan

Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang

Kita harus maklum bahawa pengurus hari ini tidak berkuasa untuk memberikan ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang. Justeru, pengurus akan mencadangkan pekerja yang berprestasi cemerlang diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi. Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menyediakan ganjaran instrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini seseorang pengurus tidak boleh bersifat kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berprestasi cemerlang.

56


Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur: Darul Fikir. (ISBN 9830420132) Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Kedah: Universiti Utara Malaysia Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir). Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8) Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd.

57


Bab - 3 Proses Pengendalian Pengurusan Islam Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt Mohamad Isa (PSP) Norni bt Abd Wahab (PKK)


Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 3 PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 1.

Menerangkan prinsip dan pengendalian pengurusan Islam

3.1 Memahami proses pengurusan Pengenalan Kebanyakan sarjana pengurusan bersepakat bahawa elemen pengurusan melibatkan persoalan perancangan, penyusunan (pengorganisasian), pengarahan dan pengawalan. Ianya merupakan rentetan pekerjaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pengurus. Ianya juga dikenali sebagai fungsi-fungsi pengurusan atau proses kerja pengurusan. Islam tidak melarang umatnya menggunakan sebarang teori selagi teoriteori tersebut tidak bertentangan dengan nas-nas yang sahih dan jelas dalam syariat Islam. Malahan terdapat banyak perkara dalam pengurusan konvensiaonal yang bersamaan dengan apa yang telah digariskan dalam pengurusan Islam. Begitu juga dengan perbezaan atau perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan sukar disatukan antara kedua-dua bentuk pengurusan tersebut. Bab ini akan membincangkan amalan atau proses kerja pengurusan dalam Islam seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. Prosesproses tersebut sukar dipisahkan pelaksanaannya kerana pengurus yang merancang kebiasaannya bukan hanya sekadar menyusuli tindakannya dengan menyusun, bahkan tindakan seperti merancang, menyusun dan mengawasi dijalankan secara serentak.

59


Pengurusan Dalam Islam

AA204

3.1.1 Menjelaskan proses pengurusan: Secara umumnya, elemen pengurusan dan pentadbiran melibatkan empat unsur utama iaitu :

PERANCANGAN

PEORGANISASIAN

KEPIMPINAN

PENGAWASAN

a. Perancangan

Pengenalan Elemen utama dalam pengurusan ialah perancangan. Perancangan merupakan sesuatu yang amat penting terutamanya dalam sesebuah organisasi. Tanpa perancangan yang rapi,

sesebuah organisasi tidak akan dapat dilaksanakan

dengan jayanya. Menurut Saidina Ali: “kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kepalsuan yang tersusun�. Perancangan yang teliti dan berpandangan jauh akan mempengaruhi keberhasilan dan kejayaan sesebuah organisasi. Perancangan yang teliti juga melambangkan keunggulan sesebuah organisasi terutamanya dalam persediaan menghadapi pelbagai masalah dan cabaran masa depan.

60


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Elemen perancangan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :      

Pengenalpastian sumber yang ada Penentuan matlamat atau objektif organisasi Penentuan garis panduan untuk mencapai objektif Jangka waktu yang ditentukan untuk mencapai objektif Falsafah dan prinsip organisasi Keseluruhan kegiatan organisasi

Proses perancangan : Perancangan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi biasanya melibatkan proses berikut :

Menentukan objektif yang hendak dicapai oleh organisasi (jangka panjang dan jangka pendek)

Menganalisis suasana dan status semasa yang melibatkan persekitaran dalaman dan luaran organisasi dan hubungannya dengan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan organisasi.Ini termasuklah factor atau cabaran yang boleh menjadi ancaman kepada organisasi

Mengemukakan pelan tindakan yang bersifat jangka panjang dan pendek yang seharusnya dilaksanakan bagi mencapai matlamat organisasi

Contoh perancangan dalam Islam Contoh terbaik yang dapat dijadikan sebagai ‘role model’ ialah perancangan Rasulullah ketika menyampaikan dakwah di Mekah semasa awal kedatangan Islam dan seterusnya mengembangkannya di Madinah.

61


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Peringkat pertama

Pada peringkat awal, dakwah yang dilaksanakan adalah bersifat tertutup dan sulit. Hal ini kerana mengambil kira kekuatan dalaman umat Islam ketika itu serta ancaman yang bakal diterima daripada golongan musyrikin Mekah ketika itu.

Peringkat kedua Setelah umat Islam telah mencapai sedikit kekuatan, dakwah dilaksanakan secara terbuka dan terangterangan.

Peringkat ketiga Setelah ancaman terhadap umat Islam semakin kuat, baginda merancang untuk meneruskan dakwah di Madinah. Rentetan daripada itu, penghijrahan pun dilaksanakan dengan penuh teliti dan ianya berjaya dilaksanakan. Di Madinah, rasulullah telah membuat beberapa perancangan strategik seperti mendirikan masjid, mempersaudarakan orang ansar dan Muhajirin, menggubal perlembagaan Madinah, mendirikan pasar, mengukuhkan Madinah sebagai sebuah Negara, menjalankan hukum dan peraturan Islam dan membina masyarakat dan negara yang berdaulat, kuat dan dihormati.

b. Pengorganisasian Pengenalan Perancangan yang tidak baik tidak akan mendatangkan hasil jika ianya tidak diorganisasikan. Pengorganisasian

merupakan

kesinambungan

daripada perancangan. Ia mempengaruhi keberhasilan perancangan yang dilaksanakan.

Maksud pengorganisasian Pengorganisasian ataupun juga penyusunan merujuk kepada “proses penentuan tenaga, terutama tenaga manusia supaya ianya diurus dan disusun dengan rapi agar matlamat organisasi tercapai�.

62


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Penyusunan sebagaimana yang dibahaskan oleh sarjana pengurusan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut :

 Menentukan tenaga kerja yang tertentu bagi satu tugas yang tertentu  Mengenalpasti tenaga yang terlibat  Menentukan kesesuaian bakat, potensi serta kemampuan seseorang pekerja

Kepentingan Penyusunan Penyusunan merupakan proses yang penting. Di antara kepentingan penyusunan adalah seperti berikut :

 Tenaga dan sumber organisasi yang terhad dapat dimanfaatkan secara optimum.  Warga organisasi akan disusun dan diberikan tugas secara tepat dan sesuai dengan kepakaran,pengalaman,kecenderungan, kemampuan serta potensi  Memanfaatkan bakat dan potensi yang ada untuk keberhasilan matlamat organisasi.  Dapat mengelakkan pembaziran.  Mewujudkan penyelarasan.  Dapat melakukan penambahbaikan.  Memastikan matlamat serta objektif organisasi tercapai.

63


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Proses Penyusunan Senaraikan kerja yang hendak dilaksanakan

Membahagikan tugas mengikut kesesuaian

Mewujudkan unit

Mewujudkan penyelarasan

Proses penyusunan melibatkan proses-proses berikut :

Mengawasi perlaksanaan, melakukan penyesuaian dan penambahbaikan

Contoh penyusunan :

Peristiwa hijrah yang dilaksanakan oleh Rasulullah merupakan contoh penyusunan yang sangat baik. Dalam peristiwa hijrah, baginda melaksanakan konsep di mana segala bakat dan potensi dimanfaatkan. Antaranya : 

Saidina Abu Bakar sebagai teman ketika berhijrah.

Asma’ bt Abu Bakar yang masih kanak-kanak membekalkan makanan semasa baginda bersembunyi di Thur.

Ali bin Abu Talib tidur di tempat tidur baginda di malam penghijrahan.

Amir bin Furaihah ditugaskan untuk menutup kesan tapak kaki baginda, Abu Bakar dan Asma’ melalui binatang ternakannya.

Abdullah bin Uraiqat menunjuk jalan yang paling selamat ke Madinah.

64


Pengurusan Dalam Islam

AA204

c. Kepimpinan

Pengenalan Untuk melaksanakan perancangan dan perorganisasian, ianya memerlukan pengarahan. Pengarahan ini berkaitan dengan fungsi kepimpinan dalam organisasi. Salah satu aspek penting disiplin dalam pengarahan ialah kepatuhan terhadap arahan yang diberikan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT (an-Nisa: 59)

:

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri� (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengendalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

65


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Pengarahan merupakan penggunaan kuasa dan mandat yang ada pada seseorang pemimpin. Ianya perlu digunakan secara berkesan. Kuasa merupakan unsur penting kepada pemimpin. Seperti yang dihuraikan oleh Abdul Aziz Yusof (2000), kuasa memberi keistimewaan kepada pemimpin seperti :

Membolehkan pemimpin mengarahkan pekerjanya untuk melakukan tugas dan perubahan sebagaimana yang dikehendaki

Membolehkan pemimpin melaksanakan perubahan

mengagihkan

tugas

dalam

Membolehkan pemimpin membuat keputusan terutamanya dalam menentukan siapakah yang layak untuk melakukan perubahan, apakah yang perlu diubah dan bagaimanakah perubahan perlu dilakukan . Kuasa merupakan satu sImbol atau penghormatan.Oleh itu,cadangan perubahan yang dilakukan akan lebih mudah diterima, dihormati dan disokong

Membolehkan pemimpin memberi idea baru dan meyakinkan pihak lain untuk menerima idea yang dikemukakan

Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap perubahan yang dicadangkan

Membolehkan pemimpin mempengaruhi individu tertentu atau kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan cadangan atau ingin melakukan perubahan

66


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh kepimpinan :

Dalam sejarah Islam ketika berlakunya penghijrahan, Rasulullah telah menunjukkan proses kepimpinan yang baik. Rasulullah telah mengarahkan Ali bin Abi Talib agar tidur di tempat baginda pada malam hijrah. Saidina Ali akur pada arahan tersebut walaupun menyedari akan risiko yang perlu ditempuhinya. Ini menunjukkan kepimpinan amat perlu bagi memastikan arahan dapat diterima dengan baik. Ianya melambangkan realisasi yang unggul dari konsep kepimpinan yang digariskan dalam Islam.

d. Pengawasan

Pengenalan Untuk memastikan perancangan, pengorganisasian dan pengarahan dilaksanakan dengan baik, ia memerlukan pengawasan. Azman Che Omar (2003), mentakrifkan pengawasan dalam konteks organisasi sebagai :

satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang sedia ada

Jaafar Muhammad (2003:53) mendefinisikan pengawasan sebagai : Satu proses menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi kearah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002) menjelaskan bahawa kawalan ini melibatkan seluruh kegiatan organisasi, iaitu yang melibatkan perancangan, pengorganisasian dan juga pengarahan serta proses membuat keputusan. Di antara kepentingan pengawasan menurutnya termasuklah :

67


Pengurusan Dalam Islam

1 2 3 4 5

AA204

•Memastikan perjalanan organisasi sejajar dengan matlamat yang ditetapkan

•Mengetahui pelbagai masalah yang mungkin berlaku dalam perlaksanaan kegiatan organisasi

•Membolehkan pembetulan dapat dilakukan jika berlaku masalah dalam organisasi

•Menguatkuasakan undang-undang atau peraturan bagi mengemaskinikan perjalanan organisasi

•Memastikan keutuhan organisasi, kerana proses kawalan melibatkan dalaman dan luaran

Proses kawalan biasanya melibatkan beberapa kegiatan. Jaafar Muhammad (2003) menghuraikan pengawalan tersebut biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:

Menetapkan piawaian atau ukuran yang hendak dicapai berkaitan dengan matlamat organisasi

Mengukur pencapaian yang dicapai berbanding dengan matlamat yang disasarkan

Mengenalpasti masalah dan penyelewengan jika ada

Mengambil tindakan atau melakukan pembetulan terhadap masalah yang dihadapi

68


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Dalam tradisi Islam, pengawalan ini amat diutamakan. Namun jika diteliti, Islam menekankan kawalan yang melibatkan pengawasan dan pengawalan “dalaman” yang bersifat kemanusiaan. Hal ini penting kerana unsur utama dalam organisasi ialah “manusia”. Pengawasan ini perlu dilakukan dengan melibatkan semua warga organisasi sama ada dari kumpulan pemimpin, mahupun mereka yang dipimpin. Kawalan pertama dalam tradisi Islam bersifat dalaman yang merujuk kepada kawalan bersifat peribadi. Ia juga berkaitan dengan sifat intergriti yang ada di dalam diri seseorang. Syed Omar Syed Agil (1994), menghuraikan kawalan peribadi ini melibatkan perkara-perkara berikut :

1 •Seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaannnya sama ada yang melibatkan urusan peribadi atau urusan kemasyarakatan.

2 •Mempunyai sikap adil dalam pengendalian urusan orang lain dan tidak menzalimi mereka dengan tidak menyerahkan apa yang menjadi hak mereka

3 •Seseorang itu perlu melaksanakan kerja secara sempurna, walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri

Kawalan kepimpinan atau organisasi pula berkait dengan fungsi pemimpin terutama dalam memastikan apa yang dirancang berjalan dengan sebaiknya. Ini termasuklah perkara-perkara berikut :

69


Pengurusan Dalam Islam

Melakukan penilaian terhadap pencapaian setiap fungsi yang ditugaskan untuk mengendalikannya

Setiap anggota harus diberikan maklumat yang betul mengenai visi, misi dan peraturan organisasi

Melibatkan seluruh pekerja yang berkaitan dalam menjalankan tugas termasuklah sistem reward and punishment yang adil.

Memastikan tidak ada sebarang bentuk pilih kasih

Meletakkan pekerja itu di tempat yang betul dan adalah tidak adil meletakkan pekerja itu di tempat yang tidak bersesuaian dengannya.

Tidak bertundak secara dictatorship iaitu hendaklah membuat keputusan selepas musyawarah

Pengawasan bertujuan untuk melihat kelemahan sebagai manusia yang mungkin lalai dalam melakukan tugas

AA204

Pemimpin perlu mendapatkan maklumat dengan tepat untuk memastikan pekerja menjalnkan tugas dengan penuh tanggungjawab

Kawalan juga merujuk kepada penguasaan seseorang pekerja terhadap tatacara dan kaedah bekerja yang sewajarnya mereka lakukan. Ini termasuklah menguasai dan melibatkan perkara-perkara berikut :

Membuat laporan tentang perkembangan tugasan dan kenalpasti masalah yang timbul sebagai maklumbalas kepada pihak organisasi Bertanggungjawab secara langsung kepada ketua kerana tugas itu amanah Allah yang dipersetujui bersama Mengetahui sistem dan prosedur kerja yang cekap dalam melaksanakan tugas dengan berkesan Bekerja sebagai satu pasukan dengan rakan sekerja yang lain Melakukan kerja dengan penuh amanah dan tidak telibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan etika Islam

70


Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur: Darul Fikir. (ISBN 9830420132) Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Kedah: Universiti Utara Malaysia Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir). Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8)

71


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd.

72


Bab - 4 Etika Kerja Islam Asmahan bt. Mokhtar (PSAS) Nurshahiza bt. Mohamad Isa (PSP) Norni bt. Abd Wahab (PKK)


Pengurusan Dalam Islam

AA204

BAB 4 ETIKA KERJA ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Membincangkan etika kerja menurut Islam. (CLO 3) 4.1

Memahami etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja

Pengenalan Setiap profesion mempunyai etikanya yang tersendiri. Semakin tinggi taraf keprofesionalan sesuatu bidang, maka semakin tinggi dan tegas kod etika profesion tersebut. Sejarah telah membuktikan kepentingan etika dalam kehidupan dan ianya telah menjadi topik perbincangan sejak zaman dahulu lagi. Etika merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kerana ianya menjadi asas untuk seseorang bertindak yang akhirnya menjadi nilai yang dihormati dan diterima-pakai dalam masyarakat. Begitu juga denga pengurusan dalam Islam. Ianya mempunyai etika tersendiri yang mampu menyumbang kepada kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi yang dipimpin.

4.1.1 Menjelaskan etika kerja Islam, tanggungjawab majikan dan pekerja Pengenalan Dalam Islam, etika atau moral ini mirip kepada konsep akhlak walaupun ianya berbeza dengan moral Barat. Hal ini kerana akhlak dalam Islam, dasarnya ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Ianya bersifat mutlak, menyeluruh dan mempunyai pertimbangan dosa dan pahala.

74


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Kepentingan etika Antara kepentingan etika ialah :

1

2

3

4

5

6

7

•Memupuk nilai dan sikap yang positif dalam sesebuah organisasi.

•Membentuk kawalan dalaman di kalangan warga organisasi dan mengukuhkan sistem kawalan luaran sedia ada.

•Membentuk budaya positif dalam organisasi.

•Satu usaha menuju ke arah kecemerlangan dan membentuk motivasi yang unggul.

•Menggalakkan persaingan yang sihat berdasarkan etika kerja yang disepakati.

•Membantu mengurangkan pelbagai bentuk penyelewengan dalam organisasi.

•Menyumbang kepada pembentukan organisasi yang berintegriti dan dihormati.

Etika Kerja Islam Islam juga telah menggariskan etika kerja yang perlu dihayati oleh para penganutnya dalam aktiviti harian mereka. Etika kerja ini merupakan salah satu aspek utama dalam system pengurusan Islam. Sebagai garis panduan, Prof Dr. Muhammad Abdul Rauf telah mengemukakan sepuluh etika kerja yang perlu dipraktikkan untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Islam yang kukuh.

75


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Etika kerja tersebut, secara ringkasnya adalah seperti berikut:

1. Etika kerja untuk semua peringkat

1. Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah swt dan memohon keredaan-Nya. 2. Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja. 3. Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disiasiakan. 4. Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran, menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan. 5. Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang-kali.

2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan dalam pentadbiran

1. Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran. 2. Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam memberi sesuatu tugas dan layanan kepada para pekerja. 3. Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat. 4. Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan langkah-langkah

yang

cukup

untuk

mengesan

dan

mengelakkan

pelanggaran peraturan. 5. Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya.

76


Pengurusan Dalam Islam

AA204

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN Antara tanggungjawab majikan : 1.

Mengambil kira maslahah

Maslahah ialah penjagaan kepentingan tertentu yang dimiliki oleh pihak-pihak tertentu. Abdul Wahab Arbain dalam manual UIS 304 : Pentadbiran Islam 1 menitik berat kepentingan maslahah ini yang perlu dijaga dalam Islam ialah agama, keselamatan, intelektual, kehormatan dan harta benda. Dengan sendirinya dalam praktis pengurusan, kepentingan tersebut wajib diambil kira apabila seseorang pengurus mengambil sesuatu tindakan atau membuat keputusan. Dalam pengurusan Islam, maslahah besar perlu diutamakan daripada maslahah kecil. Oleh itu, maslahah masyarakat lebih penting daripada maslahah organisasi. Manakala maslahah organisasi pula perlu diutamakan daripada maslahah individu.

2. Pemilihan pekerja yang layak dengan kerja yang bakal dilakukan

Dalam pengurusan Islam, majikan mempunyai hak untuk memilih mana-mana pekerja bagi organisasi perniagaannya. Meskipun begitu, pekerja yang dipilih mestilah pekerja yang sesuai dan layak. Pekerja yang layak tidak semestinya mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang baik ataupun pengalaman yang luas. Ini bermakna pekerja yang akan dipilih perlu serasi dan sesuai dengan nilai dan fahaman yang dikongsi bersama oleh individu di dalam organisasi tersebut. Jadi organisasi Islam akan memberi keutamaan kepada pekerja mereka yang terdiri daripada orang Islam. Hal ini disebabkan hanya pekerja Islam yang faham dan boleh mempraktiskan kerja sebagai satu ibadah untuk disesuaikan dengan budaya dan persekitaran dalaman sesebuah organisasi Islam.

77


Pengurusan Dalam Islam

AA204

3. Pemberian kerja atau penyerahan tugas yang berpadanan dengan kelayakan

Apabila seseorang individu diambil maka menjadi kewajipan majikan untuk memberitahunya jenis dan bentuk pekerjaan yang akan dilakukan. Pekerjaan tersebut mestilah sesuai dengan fitrah individu. Dalam Islam, tidak semua kerja sesuai untuk lelaki dan wanita. Bagi pekerjaan berat yang memerlukan perhatian peribadi seperti jururawat pula amat sesuai dengan fitrah wanita.

4. Penurunan autoriti dan kuasa yang wajar dalam pengurusan tugas

Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. Dengan sendirinya pengurus memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing. Dalam memberikan kerja, seseorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas nanti. Kejayaan penurunan kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan terletak sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.

5. Pertanggungjawaban pekerja kepada seorang ketua sahaja

Prinsip ini melihatkan tanggungjawab pekerja hanya kepada seorang ketua sahaja. Prinsip ini menerangkan bahawa seseorang pekerja perlu patuh dan taat kepada arahan dan perintah seorang ketua sahaja. Sekiranya seorang pekerja mempunyai dua ketua dalam satu masa yang sama sudah pasti keadaan ini akan mengelirukan dan membingungkan pekerja.

78


Pengurusan Dalam Islam

AA204

6. Pemberian ganjaran yang berpatutan

Seseorang pekerja bekerja untuk mendapat upah bagi menyara diri dan keluarganya. Sekiranya seseorang pekerja mendapat upah yang tidak berpadanan dengan kerja yang dilakukan, sudah tentu perkara sebegini akan melemahkan semangat dan motivasinya untuk bekerja. Hakim Mohamad Said dalam buku Hubungan Majikan-Pekerja Menurut Islam mengatakan kesesuaian upah yang berpatutan biasanya berdasarkan keadaan pasaran semasa upah dan tanggungan kos sara hidup seseorang pekerja.

7. Pengawasan dan kawalan pekerja

Prinsip ini memberikan hak kepada pengurus untuk mengawas dan mengawal prestasi dan kelakuan pekerja semasa mereka bekerja. Perangai dan kelakuan pekerja perlu diawasi kerana kedua-dua faktor tersebut mempengaruhi prestasi kerja seseorang individu dan para pekerja yang lain. Seseorang pekerja yang malas sekiranya tidak diawasi akan mengambil kesempatan melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerja yang tidak berfaedah kepada organisasi seperti melakukan kerjakerja peribadi, tidak produktif atau sengaja melengah-lengahkan kerja. Seseorang pengurus seharusnya bertanggungjawab memastikan pekerja menjalankan kerja yang telah diamanahkan kepada pekerja tersebut.

8. Latihan bina insan

Seseorang pekerja apabila bekerja di dalam sesebuah organisasi dengan sendirinya telah memperhambakan dirinya dalam waktu kerja yang ditetapkan kepada organisasi tersebut. Apa yang berlaku di sini ialah seseorang pekerja itu biasanya tidak lagi berpeluang untuk mempelajari ilmu pengetahuan terutama berkaitan dengan agama Islam kerana keseluruhan masa di pejabat digunakan untuk bekerja. Bagi pekerja Islam, mereka sudah tidak lagi berpeluang untuk meningkatkan kefahaman dan keimanan mereka tentang Islam.

79


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Organisasi hari ini lebih banyak menitikberatkan latihan bercorak pengetahuan dan kemahiran kerja. Sesebuah organisasi Islam apabila mengadakan latihan perlu meletakkan latihan bercorak Islam sebagai rangkaian kepada latihan yang sedia ada. Latihan becorak Islam lebih menitikberatkan modifikasi kelakuan seseorang individu sama ada pengurus ataupun pekerja.

9. Kebajikan pekerja

Islam amat mementingkan kebajikan pekerja. Seseorang majikan Islam tidak boleh meletakkan

keuntungan

maksimum

semata-mata

tanpa

mengambil

kira

kepentingannya terhadap masyarakat dalaman dan luaran organisasi. Sebagai seorang saudara sesame Islam, beliau mestilah juga menjaga kepentingan dan keperluan pekerja. Tujuan kebajikan di dalam Islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung dan mengurangkan tekanan psikologi mental pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang akan mempengaruhi prestasi kerja mereka. Unsur kebajikan tidak semestinya berupa wang ringgit sahaja.

10. Penjagaan hak wajib pekerja Islam

Pekerja Islam selain mempunyai hak yang sama dengan pekerja lain juga mempunyai hak wajib tersendiri, iaitu hak untuk diperlakukan sebagai seorang Islam. Hak terpenting individu Islam adalah untuk menunaikan hak-hak yang khusus dan perlu dilindungi oleh majikan. Antara hak-hak yang utama adalah seperti berikut : i.

Upah yang setimpal Majikan hendaklah member upah berdasarkan kepada keperluan asasi yang perlu dipenuhi oleh seseorang pekerja.

ii.

Penentuan bebanan pekerjaan Dalam Islam, pekerja hendaklah terus bekerja tanpa memberatkan dirinya seperti hadis Rasulullah saw : “Janganlah kamu membebankan pekerja di luar kemampuannya�.

80


Pengurusan Dalam Islam

iii.

AA204

Bentuk pekerjaan Majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk melakukan tugas yang tidak setimpal dengan kemampuannya. Jenis pekerjaan hendaklah sesuai dengan ajaran Islam.

iv.

Hak memilih pekerjaan lain Para pekerja bebas untuk memilih pekerjaannya sendiri dan mengembara ke mana sahaja untuk mencari rezeki yang halal.

v.

Kebersihan dan kesihatan Majikan perlu menjaga kesihatan pekerjanya dan menyediakan tempat kerja yang bersih.

81


Pengurusan Dalam Islam

AA204

TANGGUNGJAWAB PEKERJA Antara tanggungjawab pekerja :

Amanah

•seseorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaannya sama ada yang melibatkan urusan peribadi (dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah) atau urusan kemasyarakatannya (tugas atau tanggungjawab yang diberikankepadanya) secara konsisten.

Adil

•Mempunyai sikap adil dalam pengendalian urusan orang lain dan tidak menzalimi mereka dengan tidakmenyerahkan apa yang menjadi hakmereka.

Tekun

•Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan mereka dalammenjalankan tugas sekiranya mereka tekun

Sempurna

•Seseorang itu perlu melaksanakan kerja dengansempurna, walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Bersatu padu

•setiap pekerja memerlukan sikap menyatupadukan usaha mereka supaya matlamat organisasi tercapai. Sekiranya tidak ada perpaduan, sudah tentu organisasi tidakmenjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna

Produktiviti

•Produktiviti sesebuah kumpulan kerja dalam sesebuah organisasi perlu dipertingkatkan dalam menambahkan kualiti dan mutu organisasi dalam mencapai matlamat. Jikaproduktiviti sesebuah organisasi itu tidak mengalami perubahan atau peningkatan, ia akan menyebabkan mutu dan kualiti menurun dan tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

Kebahagiaan manusia sejagat

•Setiap pekerja hendaklah memberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan menurut ajaran Islam. Sebagaimana hadith Nabi SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang tidak menyukar-nyukarkan pekerjaan dan yang jernih mukanya dalam menghadapi manusia."

82


Pengurusan Dalam Islam

AA204

KOMUNIKASI VERBAL DAN NON VERBAL Pengenalan Komunikasi merupakan satu proses yang membolehkan pihak-pihak yang terlibat saling memahami antara satu sama lain. Sebagai makhluk sosial, manusia perlu berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Suasana yang demikian menjadikan komunikasi penting dalam kehidupan. Dalam konteks organisasi, komunikasi mempunyai peranan yang cukup signifikan dan penting. Malah komunikasi seringkali dianggap sebagai nadi kepada sesebuah organisasi. Oleh kerana itu, komunikasi seharusnya dikendalikan dengan cekap serta dihiasi dengan nilai dan adab yang digariskan dalam Islam.

Definisi komunikasi

Seni berinteraksi antara satu sama lain. Dari sudut bahasa berasal daripada perkataan ‘communicare’ yang bermaksud penyertaan atau ‘turut serta’ atau perkataan ‘communis’ yang bererti milik bersama. (Jaafar Muhammad, 1997) Komunikasi boleh didefinisikan sebagai gaya, kaedah dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi. (Mohd Yusof Hussain, 1990) Unsur-unsur komunikasi

Tujuan atau matlamat ditentukan terlebih dahulu

Pertukaran maklumat antara penghantar dan penerima

Idea atau maklumat yang bergantung kepada tujuan atau konteks

83


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Fungsi komunikasi

Memastikan seluruh warga organisasi berkongsi visi dan misi organisasi

Menyatukan usaha bagi mencapai matlamat organisasi

Memupuk suasana kerja dan budaya yang sihat dalam organisasi

Membina kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan bijaksana

Peranan Pemimpin Dalam Komunikasi

Pemimpin sebagai Penyebar Maklumat

Pemimpin Sebagai Perunding

Pemimpin Sebagai Pemantau

Pemimpin Sebagai Penghubung (Liaison)

Pemimpin Sebagai Agen Perubahan

84


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Mekanisme Dalam Komunikasi Pengenalan Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh dimanfaatkan oleh pemimpin dalam menjayakan komunikasi kepimpinan yang baik. Pemimpin boleh menggunakan secara lisan, mahupun bukan lisan samada melalui tingkahlaku dan perbuatan. Pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik supaya dapat mewujudkan suasana yang mesra dan melahirkan keinginan untuk saling bekerjasama dalam kalangan anggota organisasi.

1. Komunikasi lisan (verbal)

Komunikasi lisan (verbal) merupakan teknik asas yang sangat mengesankan dan dapat memberikan impak yang sangat besar kepada pemimpin dan orang yang dipimpin. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan risalah Allah kepada seluruh alam secara lisan.

Firman Allah swt :

‫قُ ْل َيا أَ ُّي َها ال َّناسُ َق ْد َجاء ُك ُم ْال َح ُّق مِن رَّ ِّب ُكم‬ Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai sekalian manusia!Telah datang kepada kamu kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu’. Surah Yunus:108

85


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh-contoh komunikasi lisan (verbal)

1. Kemahiran Mendengar

Kemahiran ini sangat penting di tempat kerja kerana telah membuktikan bahawa sebanyak 53 peratus masa komunikasi diperuntukkan untuk mendengar berbanding 17 peratus untuk membaca, 16 peratus untuk bercakap dan 14 peratus untuk menulis. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang ketua yang boleh, mahu dan mempunyai kemahiran mendengar apa-apa sahaja yang ingin diperkatakan oleh kakitangannya. Pendengar yang berkesan pula sentiasa berusaha mencari unsurunsur yang menarik dalam subjek yang dibicarakan, sentiasa memfokus kepada isi perbicaraan dan idea utama yang ingin disampaikan, berusaha mendengar dengan bersungguh-sungguh dan cuba mendalami erti perkataan yang didengari. Kebolehan mendengar membolehkan pemimpin mendekati golongan yang dipimpin dengan lebih dekat, seterusnya membolehkan komunikasi dan interaksi di tempat kerja dilakukan dengan lebih baik antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

2. Kemahiran Berbicara dan Berbahasa

Dalam komunikasi seharian di tempat kerja, pemimpin dan orang yang dipimpin perlulah menguasai selok-belok berbicara dengan baik kerana ia dapat menimbulkan kuasa pengaruh dan bahasa yang lebih mudah diterima serta memberi kesan yang mendalam di lubuk jiwa.

86


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Antara contoh kemahiran beebicara dan berbahasa yang boleh diamalkan di tempat kerja ialah : i.

Menggunakan bahasa yang mudah difahami Perkara ini sangat perlu ditekankan kerana tidak semua anggota organisasi mempunyai tahap ilmu dan kemampuan yang sama. Penggunaan bahasa yang kurang difahami menyukarkan komunikasi dan menghalang penerimaan mesej yang ingin disampaikan.

ii.

Isi bicara hendaklah benar Kebenaran isi perbicaraan amat penting kerana ia merupakan sumber kredibiliti seseorang pemimpin dengan orang yang dipimpin.

iii.

Nada suara yang terkawal dan sesuai Pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu mengawal kelembutan bicara dan kelunakan suara agar dapat berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini amat jelas kerana nada suara kadangkala boleh menimbulkan tanggapan yang pelbagai kepada pendengar.

iv.

Berhujahlah dengan waras Dalam menguruskan organisasi di tempat kerja, kadangkala pemimpin dan golongan yang dipimpin perlu berdepan dengan situasi yang memerlukannya untuk berhujah atau menerangkan sesuatu hal. Dalam menghadapi situasi tersebut, mereka perlulah berusaha mengelakkan sesuatu isu yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan kontroversi kerana tujuan utama berhujah bukanlah untuk mencari kemenangan, tetapi untuk menyerlahkan kebenaran.

v.

Meninggalkan celaan dan mengumpat Bagi seseorang yang ingin mengukuhkan kredibiliti, seharusnya merebut peluang berkomunikasi dengan menitikberatkan keistimewaan dan kekuatan orang lain, bukannya mencari kesalahan dan mendedahkan keaiban sesuatu golongan.

87


Pengurusan Dalam Islam

vi.

AA204

Bercakap dengan lemah lembut dan bersopan Dalam berbicara dan berbahasa di tempat kerja perlulah berkomunikasi dengan lembut dan bersopan kerana Allah telah menekankan kepada manusia untuk berbicara dengan perkataan yang baik dan membiasakan diri dengan ucapan-ucapan yang baik.

vii.

Menyebut perkara yang penting berulang-kali Tindakan ini diamalkan bagi memastikan para pendengar betul-betul jelas dan dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Prinsip ini amat bersesuaian dengan apa yang telah diamalkan oleh Rasulullah saw. Apabila baginda memperkatakan sesuatu perkara yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda juga berbuat perkara yang sama dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh ramai orang kerana bimbang suaranya tidak dapat didengari dengan baik.

2. Komunikasi bukan lisan (non-verbal)

Komunikasi nonverbal adalah komunikasi yang menggunakan pesanpesan nonverbal. Istilah nonverbal biasanya digunakan untuk melukiskan semua peristiwa komunikasi di luar kata-kata terucap dan tertulis. Secara teorinya, komunikasi nonverbal dan komunikasi verbal adalah dua cabang komunikasi yang berlainan. Namun dalam kenyataannya, kedua jenis komunikasi ini saling jalin-menjalin, saling melengkapi dalam komunikasi yang kita lakukan sehari-hari.

88


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Contoh-contoh komunikasi bukan lisan (non-verbal) Termasuk di bawah komunikasi ini ialah : 1. Contoh teladan yang baik 2. Aspek penampilan diri, personality dan bahasa badan 3. Pendekatan psikologi

1. Contoh teladan yang baik

Asas penting yang boleh dijadikan landasan bagi teladan yang baik ialah akhlak yang baik dantindakan yang selari dengan kata-kata. Konsep akhlak dan kepimpinan dalam Islam merupakan konsep terpenting dalam pembinaan individu dan masyarakat yang sempurna dengan sifat-sifat dan perwatakan manusia yang baik dan unggul. Antara sifat yang menggambarkan teladan yang baik ialah sabar dan pemaaf. Dalam hal ini keterbukaan sikap pemimpin, sanggup menerima kritikan dan kesediaan mengubah praktik negatif yang diamalkannya dalam organisasi dapat melambangkan teladan yang baik yang boleh dicontohi. Begitu juga dengan golongan yang dipimpin perlu sentiasa bersifat terbuka dan boleh menerima teguran yang boleh memberikan impak positif dalam organisasi. Komunikasi seperti ini amat penting bagi mencipta suasana harmoni di antara pemimpin dan golongan yang dipimpin.

2. Penampilan diri, personaliti dan bahasa badan

Penampilan diri dan personaliti seseorang menggambarkan sikap, perwatakan dan peribadinya yang sebenar. Seperti contohnya pakaian yang dipakai boleh memberikan imej samada pemakainya bersikap teliti, peramah, berfikiran mantap, berdisiplin atau sebaliknya. Selain itu, ia juga dapat dilihat dari aspek perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti, penyesuaian diri dengan masa, tempat dan sebagainya.

89


Pengurusan Dalam Islam

AA204

Bahasa badan turut memainkan perananyang cukup penting dalam komunikasi. Dikatakan terdapat sebanyak 750000 bentuk bahasa badan seperti postur tubuh, penampilan, kontak mata, mimik muka dan padding, iaitu perkataanperkataan seperti ”ah”, ”uh” dan sebagainya. Bahasa badan ini penting untuk menilai maksud sebenar sesuatu maklumat terutamanya apabila terdapat percanggahan dalam perkara yang diungkapkan seperti lisan.

3. Pendekatan Psikologi

Psikologi ialah kajian terhadap jiwa dan roh manusia dan selalunya merujuk kepada kajian tentang tingkah laku. Komunikasi ini amat berkait rapat terutamanya kepada pemimpin. Ia juga amat penting dalam proses komunikasi kepimpinan bagi memahami jiwa sasaran. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pemimpin ialah dengan memberikan ucapan penghargaan, pujian dan memahami perasaan orang lain dengan empati. Saidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat pernah menyatakan : ”teruskan usaha memenuhi keperluan mereka dan memuji mereka berkali-kali terhadap perkhidmatan baik yang mereka berikan. Sikap seumpama itu insya-Allah akan mendorong tindakan yang lebih berani. Cubalah memahami perasaan orang lain dan jangan menyalahkan antara satu sama lain dan jangan merungut apabila memberi ganjaran yang sewajarnya”.

Kesimpulan Komunikasi menurut kaca mata Islam membawakan satu sudut pandangan yang berbeza. Ia bersendikan keimanan dan ketakwaan terhadap Pencipta Yang Maha Agung tanpa mengenepikan kepentingan hak-hak nilai kemanusiaan yang patut dijaga dalam berkomunikasi. Ia merupakan satu manifestasi dalam kehidupan berorganisasi supaya tugas-tugas dapat dijalankan dengan baik dan efisien serta dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan yang timbul secara profesional.

90


Pengurusan Dalam Islam

AA204

RUJUKAN Abdullah Basmeih (2001), Tafsir Pimpinan al-Rahman (Rumi). Kuala Lumpur: Darul Fikir. (ISBN 9830420132) Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ab. Mumin Ab.Ghani (2006), Dimensi Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Asmadi Mohamed Naim (2008), Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Kedah: Universiti Utara Malaysia Auni Hj Abdullah (2010), Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise. Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hashim Fauzy Yaacob (2011), Komunikasi untuk Pembangunan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir). Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8) Mokhtar Muhammad (2008), Komunikasi dan Perubahan Permasalahan. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. Wan Liz Ozman Wan Omar (1997), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd.

91

Aa204 pengurusan dalam islam 1  
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you