Issuu on Google+

SOUL

Islam Itu Indah

BIL: 12 | APRIL 2012| RM 5.00 SM/ $ 4.50 S’PORE

hukum sambut

APRIL FOOL’S

KHASIAT MADU LEBAH

SOAL JAWAB BERSAMA UAI


TAIP ALLAH HANTARKAN 24434

JODOH?

PERTEMUAN?

REZEKI?

AJAL?


Editorial Bismillahirrahmanirrahim, syukur alhamdulillah berkat sokongan dan kerjasama pembaca sekalian, majalah ini dapat diteruskan lagi. DI sini saya berharap dapat berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian. Diharap majalah ini dapat diterima oleh semua pembaca.. Terus la menyokong SOUL. Bangunlah Islam untuk negara.

Menarik Bulan Ini

4

HUKUM

Kisah di sebalik APRIL FOOL serta hukum menyambutnya.

6 SYARIAT 12

10

FENOMENA

Menjawab isu-isu semasa bersama USTAZ AZHAR IDRUS.

PEGANGAN HIDUP Fahami rukun dan hukum sebelum mendirikan sebuah KELUARGA.

Firman Allah ketika lalai di dalam SOLAT.

14

KESIHATAN Menceritakan tentang khasiat MADU LEBAH


Hukum APRIL FOOL

P

ada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool. Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.

APRIL FOOL


Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Shaikh Atiyyah Saqr

D

iriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, katakatamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan. Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

B

eliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Shaikh Shalih Fauzan

P

enipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.


KELUARG MEMBAW

“Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila engkau melihat kepadanya membuat engkau gembira dan apabila engkau menyuruhnya sesuatu ia menuruti engkau dan apabila engkau tiada di sampingnya dia menjaga harta engkau dan mengjaga maruah dirinya.�

F

irman Allah Taala : Yang Bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah Ar-Rum : 21) Hidup berkeluarga adalah kehendak semulajadi manusia, setiap orang akan berusaha untuk mendapat pasangan hidup yang ideal (sesuai) dengannya bagi menjamin keharmonian hidup berkeluarga.


GA BAHAGIA WA KE SYURGA

HUKUM PERKAHWINAN Wajib

Jika seseorang itu mempunyai nafsu syahwat yang memuncak yang mana sekiranya tidak berkahwin akan menjerumuskannya ke lembah maksiat zina

Sunat

Jika seseorang itu mampu tetapi masih dapat menjaga dan mengawal dirinya dari melakukan maksiat zina.

Makruh

Jika seseorang itu mempunyai keinginan tetapi tidak mampu dari segi kewangan. Oleh hal yang demikianlah maka Rasulullah SAW menganjurkan kepada golongan ini supaya berpuasa.

Haram Jika seseorang itu tidak mempunyai keinginan nafsu tetapi berkahwin dengan tujuan tidak jujur yakni mempunyai tujuan jahat terhadap bakal isterinya


P

embinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan. Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup keutamaan hendaklah berpandu kepada garis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram.


P

embinaan sesebuah keluarga bermula dari perkahwinan. Oleh itu di dalam mencari pasangan hidup keutamaan hendaklah berpandu kepada garis yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya :

Ertinya : Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Utamakanlah yang berugama nescaya kamu jadi tenteram. Perkahwinan mempunyai tujuan dan matlamat yang besar ia adalah sunnah nabi Muhammad SAW, di dalam Islam perkahwinan adalah ibadat, tidak sama dengan fahaman dan pegangan ugama-ugama lain seperti kristian, budha dan lain-lain yang mana para pembesar ugamanya tidak berkahwin kerana mereka percaya berkahwin bukan ibadat. Di dalam penentuan hak tanggungjawab bersama yang mesti disempurnakan oleh suami isteri adalah merupakan asas yang teguh yang dapat menjadi keharmonian rumahtangga, Rasulullah SAW bersabda pada “Hujjatul Wida’” Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang bersama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya. Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami) mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan (isteri) yakni sebagaimana seorang isteri menanggung kewajipan terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik maka si suami juga menanggung kewajipan terhadap isteri yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik.

“Agama Islam telah mendisiplinkan umatnya dengan budi pekerti yang luhur, menghalang dari kerosakkan moral terus bermaharajalela dengan penyakit zina yang mana melalui penyakit itu boleh melahirkan satu generasi yang biadap dan tidak bermoral”


FENO USTAZ AZ

“S

abda Nabi saw :Al-mar_atu auratun Yang bermaksud : Kaum wanita itu kebanyakkan tubuhnya adalah aurat yg wajib ditutup. Natijahnya…Para fotog dimana saja berada tidak terlepas dari adab dan hukum agama yg wajib dijaga samada suka atau tidak. Sebagai Muslim yg telah mengucap dua kalimah syahadah mesti patuh pada ajaran agama. Agama itu sendiri bermaksud cara hidup. Apa artinya beragama kalau cara hidup tidak menurut lunas agama.”

SOAL JAWAB SE Soalan : Apa hukum jika fotographer wanita berkumpul sekali dengan fotographer lelaki dengan tujuan untuk pergi ambil gambar dan belajar sama-sama dan bukan niat untuk bersuka antara lelaki.

UAI: Tidak menjadi kesalahan wanita outing dengan syarat mesti ditemani oleh mahramnya dan menutup aurat dengan sempurna dan ketika TT tidak boleh duduk semeja melainkan bersama suaminya. Apa yang berlaku sekarang kaum wanita tidak mematuhi hukum hukum agama apabila berouting. Dalam keadaan tidak menutup aurat kemudian bercampur gaul pulak dengan kaum lelaki dengan bergelak ketawa. Sabda Nabi saw :Al-mar_atu auratun Yang bermaksud : Kaum wanita itu kebanyakkan tubuhnya adalah aurat yg wajib ditutup. Natijahnya…Para fotog dimana saja berada tidak terlepas dari adab dan hukum agama yg wajib dijaga samada suka atau tidak. Sebagai Muslim yg telah mengucap dua kalimah syahadah mesti patuh pada ajaran agama. Agama itu sendiri bermaksud cara hidup. Apa artinya beragama kalau cara hidup tidak menurut lunas agama. Wallahua’lam Soalan: Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat?

UAI: Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

Soalan: Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum? UAI: Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain. Soalan: Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke? UAI: Tak wajib buat pembedahan semula - Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb. - Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik. Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

Hukum?

Soalan: Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar.

UAI: Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.


OMENA ZHAR IDRUS

EGALA KEMUSYKILAN Soalan: Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima? UAI: Ada tiga pendapat: - Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat. - hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang. - diterima, sebab kita dah sembahyang. Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

mahram.

Soalan: Hukum dengar nyanyian perempuan bukan

UAI: Perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi. Suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram. - sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid. Soalan: Hukum lelaki simpan rambut panjang.

UAI: Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh. Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh. Biarlah ada janggut dan misai,

bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki. Berambut panjang tidak salah. Soalan: Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana? UAI: Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup. Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel. Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati. solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang. - diterima, sebab kita dah sembahyang. Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

mahram.

Soalan: Hukum dengar nyanyian perempuan bukan

UAI: Perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi. Suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram. - sebaiknya,

perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid. Soalan: Hukum lelaki simpan rambut panjang.

UAI: Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh. Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh. Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki. Berambut panjang tidak salah. Soalan: Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana? UAI: Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup. Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih

kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel. Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh. Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh. Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki. Berambut panjang tidak salah.


“Allah berfirman bermaksud : Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai ketika mengerjakannya.� Surah al-Maaun, ayat 3 hingga 4


syariat atau

TERPAKSA? A

llah berfirman: Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardu. Demikianlah keadaan amalan lain. (Hadis riwayat at-Tirmizi). Allah juga berfirman: Sesungguhnya, solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan fan menjaga kesempurnaannya, maka dia membangunkan agama, tetapi sesiapa yang meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Sesiapa menjaga kesempurnaan solat fardu termasuk memperbanyakkan solat sunat, nescaya akan memperoleh kebaikan dan kesenangan di akhirat ketika hari pembalasan. Ini bermakna, solat menjadi syafaat (pemberi pertolongan) kepada dirinya ketika amalan dihisab untuk menentukan sama ada seseorang itu ahli syurga atau neraka.

Dalam konteks menjaga solat ini, ahli tafsir menjelaskan bahawa dua perkara yang perlu dipelihara iaitu tidak sesekali mengerjakan solat dalam keadaan malas dan juga tidak riak atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Orang bertakwa akan mengerjakan solat memenuhi syarat dan rukun serta rasa khusyuk dan patuh dengan perintah Allah. Solat ini diterima oleh Allah dan termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam hadis di atas. Bagi orang yang mengerjakan solat dalam keadaan malas dan riak, solatnya bukan saja tidak diterima, malah mendapat kecelakaan daripada Allah.


KESIHATAN

KHASIAT MADU TUALANG ALSHIFA

Allah S.W.T telah mengabadikan keistimewaan madu lebah di dalam al-Quran yang bermaksud: � Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, hendaklah engkau membuat sarang di gunung-gunung. di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan manusia.Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhan mu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dan dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada ( yang demikian itu ada tanda kemurahan allah ) bagi orang-orang yang mahu berfikir “ Surah AnNahl 68-69


KHASIAT MADU IRAN BLACKFOREST: Melancarkan peredaran perjalanan darah. Menguatkan tenaga dalaman. Melegakan dari keletihan. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Mengurangkan kesakitan dan tekanan semasa haid. Meningkatkan kepintaran, daya ingatan dan hafalan. Menguatkan daya ketahanan badan. Baik untuk wanita sebelum dan selepas bersalin. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka akibat pembedahan dan luka kecil akibat kemalangan. Boleh dijadikan antiseotik, anti alergik, antianemia, antifungusdan anti ulcer. Melegakan sakit sendi dan kebas. Melegakan batuk dan mengurangkan kahak. Membantu menerangkan penglihatan. Menjadikan kulit yang bersih dan putih bagi anak dalam kandungan.


minum.rasa.kongsi.


FENOMENA GERHANA


Rasulullah SAW pun bersabda yang mafhumnya:

“B

ahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah SWT. Allah menakutkan hamba-hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang dari kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu� (Riwayat Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari)



SOUL