Page 1

ULASAN NOVEL LAMBAIAN KINABALU KOD KURSUS

: COM3107

NAMA PENSYARAH : PUAN MARIATI BINTI MAT SALLEH

BIL NAMA 1. FAIQ ZULFAQAR BIN ZAIRY

NO. MATRIK S41797

2.

MOHD FAIZOL SHAMRIE BIN MD SHANI

S42279

3.

WAN AHMAD AIDIL BIN WAN AZMAN

S44293

4.

NURLIDIYA ATIKAH BINTI AZMAN

S43516

5.

DALILA MURNI BINTI ALIAS

S41752


ULASAN Diberi tugasan untuk mengulas tentang salah sebuah novel yang memenangi anugerah di dalam Pertandingan Novel Remaja, kumpulan kami yang diketuai oleh saudara Faiq Zulfaqar telah memilih novel bertajuk Lambaian Kinabalu yang dihasilkan oleh salah seorang penulis tersohor tanah air iaitu saudari Norhashimah Hashim untuk dijadikan sebagai bahan kajian. Merujuk kepada tajuk novel ini iaitu Lambaian Kinabalu, novel ini mengisahkan tentang pengalaman seorang gadis yang cacat penglihatan telah terlibat di dalam satu ekspedisi untuk menakhluki Gunung Kinabalu. Mempunyai badan yang sedikit besar dan juga buta, watak utama di dalam novel ini iaitu Aina telah berjaya menyentuh perasaan pembaca dan sekaligus memberi peluang kepada penulis Norhashimah Hashim untuk memenangi anugerah Novel Remaja. Watak utama di dalam novel ini iaitu Aina, bekerja sebagai setiausaha kepada Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan SBM. Walaupun dilahirkan sebagai salah seorang insan yang buta, Aina bagaimanapun tidak pernah berputus asa dalam menjalani kehidupan sehariannya. Setiap halangan ditempuhi beliau dengan penuh semangat. Namun begitu, sebagai seorang yang buta, beliau sedar tugasnya sebagai seorang setiausaha sangatlah mencabar. Hanya ditemani mesin braillenya, Aina setia mencatat minit-minit mesyuarat yang disertainya. Kecemerlangan beliau dalam menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan kepadanya telah menarik hati Encik Nazari untuk melantik Aina sebagai setiausaha untuk Ekspedisi ke Gunung Kinabalu kali kedua.


Aina bukanlah jenis yang menggemari aktiviti lasak kerana kekurangan beliau serta faktor saiz badan yang agak besar berbanding orang lain. Namun begitu, disebabkan beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam ekspedisi kali kedua ini, beliau terpaksa mengikuti ekspedisi ini. Perkara ini semua terjadi kerana Encik Nazari yang mencadangkan beliau menjadi setiausaha bagi ekspedisi ini. Aina turut mengalami kurang keyakinan diri akibat daripada siri-siri penyertaan aktiviti yang dikelolakan oleh SBM di mana dia sering kali menjadi penyebab ahli kumpulannya susah serta selalu menjadi peserta yang terakhir serta lambat dalam melakukan acara-acara tersebut. Namun begitu, akibat desakan serta pujukan yang tidak putus-putus daripada Encik Nazari, Aina akhirnya menerima tawaran tersebut serta akan menyertai dalam latihan bagi ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu kali kedua ini. Pelbagai latihan lasak yang mencabar fizikal serta mental telah disediakan oleh pihak SBM bagi memastikan setiap peserta yang menyertai ekspedisi ini bersedia secara sepenuhnya. Jurulatih yang diamanahkan bagi menyediakan setiap peserta sebelum mendaki Gunung Kinabalu ini ialah Pak Tam dan Pak Yob yang bertugas sebagai jurulatih dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan. Setiap jenis latihan yang telah disediakan secara spesifiknya memaksa setiap peserta untuk memaksa diri mereka mengatasi had mereka. Latihan ini juga bertujuan mendidik peserta supaya mengamalkan sikap setiakawan dan tidak meninggalkan kawan mereka sekiranya ada di antara mereka yang tercedera ataupun penat. Perkara-perkara sebegini amat ditekankan oleh Pak Tam dan Pak Mat kerana setiap daripada mereka akan memerlukan pertolongan daripada emua pihak dan bukannya diri sendiri sahaja.


Melalui latihan tersebut,, Aina telah berjaya untuk menghadapi yang padanya amat sukar dan ada ketikanya dianggap mustahil olehnya. Perkara itu membuatkan semangat Aina semakin berkobar-kobar dan tidak sabar untuk mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Setelah selesai menjalani sesi latihan yang amat mencabar mereka, peserta akan secara rasminya menamatkan latihan mereka dengan menaiki tangga hingga ke tingkat 21 sebagai simbolik kepada tamatnya latihan mereka. Lantaran daripada itu, acara itu telahpun berjaya mencatat nama di dalam Malaysian Book of Records di mana sekumpulan orang cacat penglihatan beruapaya menaiki tangga hingga ke tingkat 21 bangunan tersebut. Pada hari pendakian, setiap peserta dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 empat orang peserta. Ekspedisi ini turut disertai oleh Pak Tam selaku pemerhati bagi membantu peserta dalam pendakian. Mampukah Aina serta rakan-rakannya menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya? Atau yang cacat masih kekal dicemuh dan dipandang rendah oleh masyarakat yang lain? Novel Lambaian Kinabalu membawa tema ketabahan. Karya yang menggunakan tema ini dilihat sebagai satu cara untuk mengangkat martabat orang kurang upaya khususnya yang cacat penglihatan serta buta. Karya ini menonjolkan perkara yang positif, baik serta menyemai sifat tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. Novel ini turut memperlihatkan kehidupan seharian masyarakat yang kelainan upaya berbanding masyarakat yang serta cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian. Novel ini sangat sesuai bagi pembaca yang mula berjinak untuk membaca novel kerana isi yang kurang padat serta sederhana panjang.


Ulasan novel  
Advertisement
Read more
Read more
Similar to
Popular now
Just for you