Issuu on Google+

PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

PENA SUTERA JABATAN PENGAJIAN MELAYU

EDISI 1/2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

MENARIK DI DALAM

KENALI AHLI JABATAN PENGAJIAN MELAYU Disediakan oleh : Faezah Binti Saliman

ISU BAHASA (MS 3)

HALIK BIN WANG GEMA DARI BINTANG (MS 4)

KETUA JABATAN

BERMUKUN DI BINTANG (MS 5)

MUHAIMI BIN SUHAILI SEMINAR PENDIDIKAN DISLEKSIA (MS 6-7)

TIMBALAN KETUA JABATAN

TAHUKAH ANDA (MS 8 )

ROKAIYAH BINTI JAYA

SASTERA (M-S 9) SANTAI (MS 10)

PENSYARAH KANAN

AISHAH ROHANI BINTI NAHAR PENSYARAH KANAN

Visi Jabatan Pemimpin dalam Pedagogi atau Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

MOHD. PAUZI BIN MOHD YUSOF PENSYARAH

MAZRI BIN ABD. RAHMAN PENSYARAH

ABANG MOHAMAD DAUD BIN ABANG TAHA PENSYARAH

Misi Jabatan

NOOR LIZA BINTI ABDULLAH

Penyediaan latihan dan pendidikan guru Bahasa Melayu yang dapat memenuhi tuntutan pendidikan semasa dan akan datang.

PENSYARAH

RADNA WISMAWATI BINTI YAHYA SAWEK PENSYARAH


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

PEMACU PENA

RENUNGAN

Penaung

: Encik Halik Bin Wang

Penyelaras

: Puan Noor Liza Binti Abdullah

Ketua Editor

: Muhamad Faizal Bin Khairol Sazali

Kita tidak dapat mengubah arah tiupan angin, tetapi kita masih boleh mengubah arah sayap kita. (Muhaimi Suhaili)

Penolong Ketua Editor : Diana Lau Chung Ying Setiausaha

: Siti Noor Anisah Binti Japar

Pereka Grafik

: Faezah Binti Saliman Atika Binti Hassan

AJK Percetakan

: Jacklyn Ming ak Mering Helen Chia ak Legai Juriah Binti Musrikh

AJK Promosi

: Mageret Lo Mac Henry Lembang ak Saing Onesiforus @ Muhammad Syazwan Bin Mejit

MEJA EDITOR Sebagai pembuka kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli sidang redaksi kerana telah berpenat lelah bersama-sama saya dalam usaha menjayakan penerbitan “Pena Sutera” ini. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak serta rakan–rakan yang ringan tulang bersama–sama memberi komitmen yang tinggi untuk menerbitkan “Pena Sutera Edisi Pertama” bagi Tahun 2013. Bagi saya, “Pena Sutera” merupakan satu simbolik bagi kejayaan - kejayaan yang dicapai oleh anak–anak di bawah Jabatan Pengajian Melayu sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Hal ini kerana “Pena Sutera” merupakan bukti yang

memuatkan dokumentasi aktiviti yang dilaksanakan oleh para guru pelatih di bawah naungan Jabatan Pengajian Melayu sepanjang tahun 2013. Di samping itu, karya-karya kreatif yang terdapat dalam “Pena Sutera” ini membolehkan para pelajar sentiasa menjana idea mereka dan berusaha lebih gigih lagi dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu serta berkualiti. Di sini, saya sekali lagi dengan rendah dirinya dan rasa hormatnya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam penerbitan “PENA SUTERA” bagi tahun 2013 ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat membaca kepada warga IPG Tun Abdul Razak dan memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam penghasi-

2

lannya. Semoga warga IPG Tun Abdul Razak akan terus memberi sokongan dan dorongan kepada kami agar kualiti “PENA SUTERA” yang seterusnya dapat ditingkatkan sekaligus dapat memberi ilmu dan pengetahuan kepada kita semua. Sekian, terima kasih. MUHAMAD FAIZAL B. KHAIROL SAZALI KETUA EDITOR


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA? Disediakan oleh : Onesiforus @ Muhammad Syazwan Bin Mejit

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubahsuai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cinta akan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain. Selari dengan keyakinan terhadap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada perubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar diminati oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu

disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan. Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benarbenar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat yang jahil tentang bahasa. Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri. Perubahan demi perubahan dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu” kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”;

3

kembali menggunakan “Bahasa Melayu” dan kini berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mencemarkan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan dari mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain dalam minda pelajar ialah “Mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa Malaysia”? Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjakan dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi melestarikan dan memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai penutur bahasa Melayu yang sejati, eloklah kita renungi kata-kata yang dilontarkan oleh seorang lelaki asing iaitu O.T Dussek tentang bahasa Melayu ; “Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak dalam kalangan bahasabahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu.” Fikir-fikirkanlah!


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

GEMA DARI BINTANG Disediakan oleh : Diana Lau Chung Ying

Tirai Malam Gema Dari

Malam Gema Dari Bintang

Bintang dibuka tepat jam 8.45

yang bertemakan “Menongkah Arus 2013�

merupakan

malam.

malam

tepat

dianjurkan oleh guru pelatih dari PISMP 1110);

di

tersebut

Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

jam

10.50

malam.

bertambah

serinya

dengan kehadiran Dr Hazami Bin

bawah

bimbingan pensyarah di Jabatan

peserta

Penganjuran program pada malam

Pendidikan

Pemulihan Ambilan Januari 2010 (PISMPPM

13

selesai mendeklamasikan sajak

pertandingan deklamasi sajak yang kumpulan

Kesemua

Hj Zamani Timbalan Pengarah guru pelatih dari pelbagai opsyen.

Dewan

Kumpulan yang bernaung di bawah

Cawangan Sarawak. Beliau juga

Jabatan

Melayu

turut mendeklamasikan sebuah

diwajibkan menghantar sekurang-

sebagai penutup tirai acara pada

kurangnya satu penyertaan bagi

malam tersebut.

Pengajian

Bahasa

dan

Pustaka

setiap kumpulan. Sambutan yang diterima daripada guru pelatih pada malam

tersebut

menggalakkan.

adalah Hal

ini

amat jelas

dibuktikan dengan kehadiran guru pelatih yang turut serta memberi Pertandingan

ini

telah

diadakan pada 16 Januari 2013 di

sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding.

Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak bersama para juri pertandingan.

Dataran Bintang IPG Kampus Tun Abdul Razak. Pemilihan Dataran Bintang sebagai pentas penganjuran adalah untuk menghidupkan aktiviti pelajar yang lebih santai.

Sebanyak

empat

Persembahan khas daripada Encik Latip Bin Poli

belas

penyertaan telah diterima daripada

4


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

BERMUKUN DI BINTANG Disediakan oleh : Siti Noor Anisah Binti Japar

Malam Bermukun Di Bintang yang bertemakan “Ilmu Dan Pendidikan� adalah satu pertandingan Gendang Melayu Sarawak anjuran guru pelatih Kumpulan PPISMP Pemulihan GSTT Ambilan Disem-

Februari 2013 bertempat di Dewan

pensyarah

di

Jabatan

dibuka pada jam 8.30 malam. Ke-

penyertaan daripada guru pelatih

lapan-lapan

dari pelbagai opsyen dan sambutan

persembahkan hasil karya dan bakat

aktiviti gendang Melayu ini amat

mereka dalam Gendang Melayu

menggalakkan.

dengan cara yang tersendiri. Sua-

Sebelum para

peserta

pertandingan,

telah

menghadiri

Pengajian Melayu IPG Kampus Tun

bengkel Bermukun di bawah bimb-

Abdul Razak.

ingan En Abdul Latip Bin Poli.

Pertandingan

Gendang

Melayu telah dilaksanakan pada 20

Malam Bermukun

Asajaya IPGKTAR. Sebanyak 8

ber 2011 yang juga di bawah bimbingan

Tirai

Bengkel ini diadakan di Bilik

peserta

mem-

sana di arena Gendang Melayu bertambah meriah dengan kehadiran guru pelatih yang menyaksikan pertandingan dan sokongan padu kepada wakil kelas mereka.

Muzik IPGKTAR pada 4 Februari 2013.

INFO GENDANG MELAYU SARAWAK Gendang Melayu Sarawak merupa-

yang lazim dipersembahkan semasa

kan salah satu daripada alat muzik

meraikan

majlis

tradisional

khatamal

al-Quran

yang

mempunyai

fungsinya yang tersendiri di negeri

perkahwinan, dan

majlis-

majlis kebesaran yang lain.

Sarawak terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Gendang sering dikaitkan dengan tradisi bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu dan Melanau

SEKILAS PANDANG

RENUNGAN Ancaman yang nyata sebenarnya bukan pada saat komputer mulai berfikir seperti manusia, tetapi ketika manusia mulai berfikir seperti komputer.

(Sydney Harris)

5


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

SEMINAR PENDIDIKAN DISLEKSIA Disediakan oleh : Diana Lau Chung Ying

Program Seminar Pendidikan Disleksia

ini

adalah

Seminar ini dikendalikan oleh

Prof.

Dr.

Vijayaletchumy

anjuran

Subrmaniam. Antara isi ceramah

bersama Jabatan Pengajian Melayu,

yang dikongsikan oleh beliau ialah

IPG Kampus Tun Abdul Razak dan

mengenai konsep disleksia, Teori

Fakulti

dan

Sindrom Disleksia yang dipelopori

Putra

oleh Levinson (1994), dan ciri-ciri

Bahasa

Komunikasi,

Moden

Universiti

kanak-kanak disleksia.

Malaysia.

Pelancaran buku Neolexic oleh Puan Hamsiah binti Abdullah Masni

Peserta kursus Prof. Dr.Vijayaletchumy Subramaniam dan pembantunya

Melalui program ini, guruguru pelatih dapat mengenal pasti punca-punca masalah berlakunya disleksia.

Selain

itu,

guru-guru

pelatih juga dapat menghuraikan strategi

pengajaran

pembelajaran

untuk

dan

menangani

masalah bahasa dan matematik selain

dapat

menjelaskan

pengurusan program disleksia di sekolah.

Majlis Seminar Pendidikan Disleksia telah dirasmikan oleh pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak iaitu Yang Berbahagia, Pn. Hamsiah binti Abdullah Masni. Majlis diteruskan dengan pelancaran buku Neolexic oleh Prof. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam. Pada

akhir

majlis,

penyampaian

cenderamata kepada penceramah oleh Yang Berbahagia, Pn. Hamsiah binti Abdullah Masni.

Pengacara Majlis: En Muhaimi bin Suhaili

6

Penyampaian cenderamata kepada para penceramah


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

SEMINAR PENDIDIKAN DISLEKSIA Program Seminar Pendidi-

PM 1110, kumpulan PISMP BM

menghadiri

kan Disleksia ini telah disertai

1111, kumpulan PISMP PM 1613

disleksia ini.

seramai 3 kumpulan guru pelatih di

GSTT dan kumpulan PISMPBM

bawah Jabatan Pengajian Melayu.

1613 GSTT. Selain itu, kami juga

Antaranya ialah kumpulan PISMP

telah menjemput kumpulan Pemuli-

Pemulihan 1112, kumpulan PISMP

han dari IPG Kampus Rajang dan

seminar

pendidikan

IPG Kampus Batu Lintang untuk

Guru Pelatih IPG Kampus Rajang

Guru Pelatih IPG Kampus Tun Abdul Razak

Guru Pelatih IPG Kampus Batu Lintang

budaya yang sempurna. Sebenarnya

penglihatan tetapi seseorang dis-

masalah ini bukanlah satu penyakit

leksia tidak mengecam sesuatu da-

dan ia tidak memerlukan ubat untuk

lam keadaan terbalik.

mengubatinya, sebaliknya dengan

sekali

Disleksia adalah satu masalah pem-

program pendidikan yang sesuai

sesuatu

belajaran iaitu kesukaran mengenal

masalah ini dapat dikurangkan.

selalunya ia adalah pemberian Tu-

huruf,

membaca,

menulis,

mendengar dan bercakap di sebalik

Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta

pengajaran yang cukup dan peluang

Membaca

nak-kanak disleksia kebanyakannya

Mengeja

adalah dalam proses pembelajaran.

Menulis

Bertutur dan mendengar

Nombor

Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada:

7

dalam

otak,

diri seseorang dengan cara yang berlainan.

kelainan

menghuraikan

han yang terus berkembang dalam

Masalah kanak-kanak yang menghadapi disleksia Masalah utama yang dihadapi ka-

disleksia

Ternyata


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

TAHUKAH ANDA? Penggunaan Kata Pemeri “ialah” dan “adalah” yang betul. Disediakan oleh : Juriah Binti Musrikh

 Kata pemeri ini digunakan

Kata pemeri ialah kata yang bertu-

untuk menyatakan nama sesua-

gas merangkaikan frasa utama dalam

tu benda, keadaan, konsep dan

predikat dengan frasa subjek. Kata

sebagainya.

ini juga tergolong dalam kata tugas. Kata pemeri terbahagi kepada dua : i.

ii.

adalah  Kata

ialah  Kata pemeri ini berfungsi membuat takrifan.  Boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan.

Kata pemeri ADALAH diikuti oleh KATA SENDI NAMA dan KATA ADJEKTIF

pemeri

adalah

digunakan untuk memberi pen-

INGAT!!

jelasan mengenai subjek.  Kata pemeri ini boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif.

SALAH

BETUL

Kursus ini ialah khas untuk kaum

Kursus ini adalah khas untuk kaum

belia.

belia.

Persembahan itu ialah yang paling

Persembahan itu adalah yang paling

sensasi.

sensasi.

Kata pemeri IALAH diikuti oleh KATA NAMA Contoh penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah”.

“Ialah” di tempat “adalah”

SALAH

“Adalah” di tempat “ialah”

BETUL

Matlamat Hafiz adalah membangunkan

Matlamat Hafiz ialah membangunkan

masyarakat luar bandar.

masyarakat luar

Pak Malau adalah orang yang kedua mene-

Pak Malau ialah orang yang kedua mene-

roka kawasan itu.

roka kawasan itu.

8

bandar.


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

SASTERA Disediakan oleh : Jacklyn Ming ak Mering

Aku Penulis Biasa

Sedang aku cuma antara jutaan manusia Yang kabur di pandangan mata

Nukilan : Atika bt Hassan (PISMP BM 1111) Kukira puisiku ini, Aku bukan pemuisi,

Tidaklah sehebat mana

yang rancak mengilhamkan berbait puisi

Tidaklah sepuitis kata pujangga

Aku bukan pujangga, yang indah tiap tutur bicara Bagiku cukup bermakna Jika kutitipkan ini buat tatapanmu Aku bukan siapa-siapa,

Untuk ditatap tiap butir kata dan intinya

untuk menulis bait puisi ini buatmu untuk menyuarakan bingkisan ilham ini kepadamu

Untuk dinilai tiap makna dan isinya

Inilah puisiku, Inilah suaraku, Aku hanya seorang penulis biasa

Dari seorang penulis biasa

hanya mampu meluah rasa dengan aksara hanya berdaya memandang dengan mata tanpa suara

Kulakar bait puisi Kutulis seikhlas hati "Terima kasih" dariku untukmu

Jauh sekali kita berbeza Kau nun tinggi di awan mega

INFO SASTERA TAHUKAH ANDA? Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.

9


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

SANTAI Disediakan oleh : Helen Chia ak Legai

1. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan ? 2. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih ? 3. Manakah yang lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas ? 4. Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya ? 5. Mempunyai enam kaki, tetapi berjalan menggunakan empat kaki ? 6. Buah yang tidak boleh dilihat dan dimakan ? 7. Saya berada di atas air tetapi tidak boleh berenang dan bergerak. Siapakah saya ? 8. Pokok di atas bukit, daun di dalam air ? 9. Air apa yang paling berani ? 10. Satu tubuh dua nyawa. Siapa ?

RENUNGAN Pengetahuan tidaklah cukup, maka kita harus mengamalkannya. Niat tidaklah cukup, maka kita harus melakukannya. (Johann Wolfgang von Goethe)

8.

7.

6.

5.

4.

3.

2.

1.

Air terjun

Teh

Jambatan

Buah fikiran

Penunggang kuda

Bayang-bayang

Sama berat

Papan hitam

Kerusi dan Meja

Jawapan :

9.

10. Ibu hamil

10


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

SANTAI

Sejauh manakah penguasaan tatabahasa anda? 1. Cabang linguistik deskriptif yang mengkaji bunyibunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 2. Sejenis sukan dan merupakan salah satu kata majmuk yang telah mantap. 3. Keseluruhan tabiat berbahasa seseorang manusia. 4. Bunyi yang dihasilkan melalui geluncuran lidah. 5. Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat

Jawapan :

1. Fonologi

2. Olahraga

3. Idiolek

4. Diftong

5. Klausa

11


PENA SUTERA EDISI 1 / 2013

GALERI GAMBAR

12


PENA SUTERA_EDISI 1 2013