EASTpirasi MPPMJ 2011/2012

Page 86

Cerpen:

Abah.

Penulis : Qani’ah Mawaddah

9

86

Ramadhan.. Allah...pantas masa berlalu. sedar tak sedar.. sudah 9 hari aku berada di bulan yang mulia ini. Seperti kebiasaan, aku dan rakan-rakan akan ke Darul Hadith pada setiap petang. Bersama menadah kitab, berbuka beramai-ramai dan menunaikan solat Tarawih berjemaah… Sudah 2 tahun, Darul Hadith sebati dengan diriku. Terasa keindahan menuntut ilmu dengan ulama’ di sini. Kehangatan dan pelukan sebuah ukhwah yang bertunjangkan tauhid sentiasa meresap ke dalam kalbuku…Allah~ Aku datang awal hari ini. Namun, hatiku terasa kosong. Tiada rasa untuk masuk dan duduk bersama sahabiah yang lain. Aku bangun dan duduk di luar. Aku runsing. Menunggu sahabatku, dia janji nak bawa telefon aku. Aku tertinggal di Qurratul Ain.. Ya Allah.. kenapa aku tak tenang sangat ni? “Lilie..kenapa lambat sangat ni? Mana telefon ana..?” “Sori la Suha..macam tak faham pula.. kitorang jalan kaki.. nah.. tadi mak enti call..” “Yeke..ok.. terima kasih Lilie ^__^ ” Aku segera mencapai telefon. 3 sms. 5 miscall dari ummi ! Kenapa ya? Aku buka satu persatu mesej. “Salam..adik ada kat mana ni? Abah sakit teruk semalam..” Allah..aku terus terduduk. Air mata sudah laju membasahi pipi. Segera aku mendail nombor telefon ummi. “Ummi…abah macam mana?” “Alhamdulillah nampak ok sikit..adik pergi mana semalam?” “Telefon adik tertinggal kat rumah sewa kawan.. adik nak balik boleh dak?” “Ummi rasa tak payah la.. ummi nampak abah dah ok sikit.. lagipun adik kan nak exam kan..?” “Alaaa..ummi..ummi, nak balik..” “Dengar cakap ummi..tak boleh sayang..” “Ye la….”

***** Sepanjang kuliah. Hatiku sangat tidak tenteram. Aku nak balik! Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini Ya Allah… dari kejauhan, azan maghrib sudah berkumandang. Aku segera berbuka puasa. Sekadar berbuka dengan kurma dan air kosong. Tiada rasa untuk makan. Aku bangun untuk mengambil wudhu’ dan solat maghrib berjemaah. Hatiku sebak! Entah kenapa hatiku diruntun pilu. Imam sudah selesai mengimamkan solat maghrib. Kami bersama menadah tangan, mengaminkan tiap bait doa yang dibaca. Tiba-tiba angin kuat datang menerpa. Muslimat bersolat diluar. Hanya beralaskan tikar getah. Kami terpaksa bangun. Angin yang kuat membawa hujan yang lebat. Allah.. hujan yang turun selebat perasaanku tika ini. Apakah petanda ini Ya Allah? Aku sudah tidak sedap hati. Aku berlari anak menuju ke dalam rumah ustaz. Mencari telefon bimbit dan mendail nombor ummi. “Ummi…adik nak balik? adik nak tengok abah..” “Sayang… ummi penat hari ini. Lagipun tak da sapa yang boleh pergi ambil adik.. adik tunggu hari Jumaat ni ya? Ummi pergi ambik…” “Ummi…” “Adik…bolehkan?” Aku terus menekan punat merah tanpa menjawab pertanyaan ummi. Sedih! Aku nak jumpa abah. Aku dah rasakan lain. Hujan yang lebat. Kesejukan di malam 10 Ramadhan. Aku rindu abah….aku terus menangis di situ juga.

***** 15 minit kemudian. Telefonku berdering. Ummi? Aku mengangkat telefon. Namun sepi.. aku panggil ummi.. terdengar esakan kecil. Kenapa ni? “Ummi…kenapa ummi?” Ummi masih diam. Hanya esakan kecil kedengaran. Aku sudah kaget. Berkali aku panggil ummi. Sahabatku, Lilie.. dari tadi tidak henti-henti mengusap lembut belakangku. Mengerti perasaanku tika ini..Allah~ “Adik balik ye sayang..satgi Pak Su datang ambik..” “Kenapa ummi?” “Abah dan tenat..” Aku terus menangis. “Kan adik dah kata.. adik nak balik.. ummi tak kasi..” “Jangan cakap macam tuh sayang.. sayang tunggu ya.. satgi pak su datang.. adik ada kat mana tuh?” “Cakap kat Pak Su.. adik ada kat Darul Hadith..Pak Su tau..” ***** Di dalam kereta. Aku tidak henti-henti menangis. Aku rindukan abah. Teringat lagi saat-saat akhirku bersama abah. Abah genggam tanganku. Abah tak izinkan aku pulang ke rumah sewa. Aku segera lepaskan tangan abah. Merengus kasar. Mengatakan yang aku sudah lambat. Abah hanya memandangku. Aku berjalan keluar meninggalkan abah yang masih duduk di kerusi tua itu. Allah! Kejamnya aku Ya Allah..kenapa aku tegar buat begitu kepada abah…sedangkan, itulah saat akhirku bersama abah…


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.